sejauh manakah penghayatan guru terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah dapat membantu...

Upload: thevarani-mohan

Post on 12-Oct-2015

468 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

anjakan dalam pppm

TRANSCRIPT

Sejauh manakah penghayatan guru terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah dapat membantu mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan matlamat 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025

Kesedaran kepelbagaian budaya dalam kalangan semua anggota masyarakat khususnya antara guru dan pelajar amat penting. Perkara perkara seperti bangsa, bahasa , adat resam, struktur masyarakat atau kelas sosial dan jantina harus diberi penekanan yang lebih mendalam oleh guru dalam bilik darjah dalam usaha mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Guru seharusnya membantu pelajar memahami kepelbagaian budaya yang wujud di bilik darjah seterusnya di negara Malaysia agar mereka dapat mengetahui budaya dan struktur masyarakat lain yang terdapat di negara kita. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya masyarakat lain, guru mampu menyemai perasaan hormat , bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Di samping itu, mereka akan peka terhadap isu isu sensitif antara budaya demi mewujudkan integrasi nasional. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa

2Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris

3Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni

4Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan

5Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah

6Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan

7Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia

8Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian

9Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta

10Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja

11Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semaka PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan Seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan pertama adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Bagi mencapai tujuan ini dalam konteks pelbagai budaya guru mempunyai tanggungjawab yang terhingga dalam bilik darjah. Untuk melicinkan peranan guru dalam soal pendidikan kerajaan telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.. Kerajaan telah pun melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. Di samping itu, kerajaan Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan yang ke 7 adalah memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia Bagi mencapai hasil daripada anjakan ini, kerajaan telah memberi notebook 1 Malaysia kepada warga Malaysia yang layak mendapatnya. Pemberian notebook ini diharapkan mampu memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai kemudahan IT di samping membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mengakses internet. Dengan adanya notebook, para pelajar dapat menggunakan Notebook 1Malaysia bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan ilmu masing-masing dengan menggunakannya untuk mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di dalam Internet. Demikianlah,hasrat kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus seperti dalam anjakan ketujuh

Sehubungan dengan itu, satu lagi program telah dianjurkan oleh kerajaan iaitu 1 Malaysia Pad Atau 1Pad Teknologi Terbaru Malaysia . Dalam perubahan pesat yang melandaduniakhususnyadalam era teknologi, Malaysia telahmemperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali 1Malaysia Pad yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuhJualan awal sebanyak 5,000 unit denganharga pengenalan RM999. Dengan adanya usaha kerajaan seperti ini, murid murid akan diberi pendedahan kepada teknologi terkini dan mepunyai pengetahuan terknologi yang akan membantu mereka untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan yang update.

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia ( BB1M) diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Matlamat utamanya, adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Baucar ini diberikan kepada warganegara Malaysia yang Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi. Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping. Pemberian baucar ini daripada kerajaan dipercayai dapat membantu anjakan pertama yang berbunyi menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Pemberian baucar ini dipercayai dapat membantu pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar yang meneruskan pengajian tinggi untuk membeli buku-buku ilmiah. Hal ini demikian kerana, baru baru ini kerajaan telahpun menghadkan pembelian alat alat tulis kepada 20 % dan buku sebanyak 80 %. Dengan ini, para pelajar digalakkan untuk membelu buku buku ilmiah untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka serta menjimatkan perbelanjaan pelajar untuk membeli keperluan pengajian seperti buku-buku dan peralatan tulis. Justeru, pelajar tidak akan menyalahgunakan duit yang diberikan dengan membeli barang-barang bukan keperluan pembelajaran.

Bagi mencapai anjakan ke -3 iaitu, melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai, konsep satu Malaysia telah mengadakan program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas di semua sekolah. Program ini merupakan suatu program yang diadakan untuk merealisasikan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai rutin sepanjang kehidupan mereka YAB Tan Sri DatoHaji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menterimerangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011.Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Secara keseluruhan senamrobik telah disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Hal ini turut dapat membantu hasrat kerajaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi JERIS. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dapat membantu meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan. Di samping itu, sukan ini melibatkan penyertaan semua murid. Dengan adanya penyertaan semua murid, nilai - . nilai murni seperti bekerjasama , tolong menolong , saling percaya antara satu sama lain dapat dilahirkan dalam diri pelajar tanpa mengira warna kulit dan latar belakang keluarga. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri pada tarikh dan masa yang sama. Lagu dan Rentak Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysiaamat memainkan peranan penting untuk merealisasikan melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai .

Guru seharusnya memastikan setiap murid profisien dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris. Ini merupakan anjakan kedua dalam PPPM. Bahasa ialat perwujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi. Di Malaysia bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Guru seharusnya sentiasa memikirkan bagaimana mengaplikasikan pelbagai pedagogi yang bersesuaian dalam pengajaran supaya matlamat tercapai. Guru boleh mengaplikasikan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada pelajar sendiri sebagai bahan pengajaran. Namun begitu, sebelum seseorang guru itu menggunakan mana mana kaedah dalam mengajar kemahiran berbahasa pelajar, beliau haruslah mengetahui latar belakang pelajar, budaya, kekuatan dan kelemahannya, serta minatnya supaya proses pengajaran pembelajaran bahasa berlaku berjalan dengan lancer. Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan sokongan pemulihan intensif untuk muriud yang memerlukan bagi menggantikan kelas pemulihan Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluas peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa InggerisMenggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025Sebagai contoh, di sekolah guru amalan ucapan Selamat Pagi , Salam Sejaterah. Terima Kasih dan lain lain contoh pengucapan yang mudah dan bersifat universal dalam pelbagai bahasa pertuturan kaum kaum di Malaysia boleh digalakkan untuk diucap di dalam bilik darjah oleh guru dan murid. Guru mesti berperanan dalam melahirkan rakyat malaysia dengan penghayatan nilai. Usaha ini haruslah dimulakan di bangku sekolah lagi. Kementerian Pendidikan telah menjadikan Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017. Guru harus menggunakan usaha kerajaan ini sebagai landasan untuk memupuk murid murid yang bermoral dan berakhlak tinggi. Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memeberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017Memperkembang murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan BeruniformMengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi

transformasi keguruan sebagai profesioan pilihan Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah Memastika guru memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016 Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025

Guru membimbing murid memenuhkan sudut Grafity Area untuk sudut 1MALAYSIA dengan aktiviti P &P berdasarkan tema daripada KSPK yang menggambarkan konsep 1 Malaysia. Persembahan murid murid sekolah prasekolah dalam acara tahunan sekolahseperti hari kecemerlangan disyarat bertemakan atau menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Sambutan hari kebangsaan berteraskan kepada semangat patriotism dan perpaduan kaum.

Sambutan hari Malaysia - dicadangkan disambut pada 15 atau 17 sep setiap tahun. Pertandingan pakaian tradisional semua kaum di Malaysia, aktiviti mendeklamasi sajak, syair, pantin, aktiviti berwarna, dan menghasilkan kolaj yang mencerminkan perpaduan diadakan di sekolah.

Pertandingan menyalin lirik lagu patriotic dan pertandingan tulisan cantik dalam kalangan murid prasekoalh digalakkan.

Cadangan aktiviti di peringkat seperti pertandingan sudut 1 Malaysia paling kreatif dan bermakna diantara sekolah atau zon.Lawatan kelas prasekolah berkonsepkan 1malaysia sekitrannya terdapat permohonan mengadakan lawatan kelas JPN atau PPD boleh meyusun jadual lawatan kelas prasekoalh dengan memastikan lawatan mestilah terdiri daripada SK. SJKT, SJKC. Murid murid ditempatkan dalam satu auta dua bas yang sama dan menuju ke satu destinasi lawatan yang sama. Dengan ini, satu pertemuan atau aktivit yang melibatkan pelbagai kaum di Malaysia dapat dijalankan.

Adalah menjadi tugas guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Guru perlu mengajar mengajar kumpulan pelajar yang berbeza budaya, adat resam, kepercayaan serta ragam. Dalam hal sedemikian guru harus mengkaji dan memahami budaya setiap kaum etnik pelajar dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Sesungguhnya, pelajar dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa yang berbeza.

Pembelajaran yang berkesan bagi kumpulan pelajar yang pelbagai budaya ialah pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan saling berinteraksi untuk kejayaan kumpulan masing masing. Secara tidak langsung, pelajar yang pelbagai etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa dapat mengenali budaya sesame mereka. Kesedaran ini mampu mengeratkan hubungan dan kerjasama dan toleransi yang diperlukan untuk membina konsep 1 Malaysia yang diidamkan. Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minority akan berasa terabai dan tidak dihargai jika tiada unsure budayanya dalam P&P . Nama watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang melibatkan kaum boleh diambil oleh guru untuk dijadikan kuliah untuk menjadikan pelajar bermotivasi. Contohnya guru memilih adat resam pelbagai etnik di Malaysia sebagai sumber pengajarannya. Maka guru boleh menjadikan muridnya sebagai sumber dalam menyampaikan malkumat. Contohnya, upacara perkahwinan, upacara kelahiran dan kematian. Murid boleh membentangkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk yang diingini. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah dengan menggunakan boring pengurusan grafik untuk membolehkan murid menghayati kepelbagaian budaya. Di samping itu, dalam pemilihan sumber pengajaran guru hendaklah menggelakkan unsure unsure negative dan sensitif kaum. Lantaran itu, guru haruslah memberikan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Dalam memastikan pelaksanaan kurikulum guru perlu mengambil kira beberapa aspek. Hasil pembelajaran tidak hanya befokus pada pencapaian akademik semata mata, sebalknya turut berhasrat untuk mepertahankan identity dan warisan budaya. Guru perlu meluangkan masa untuk hadir di majlis komuniti untuk menunjukkan sokongan moral kepada murid dan komuniti mereka. Contohnya, guru dari semenanjung Malaysia yang mengajar di Sarawak boleh menghadiri di majlis sambutan Hari Gawai untuk menunjukkan rasa hormat dan menghargai muridnya.

Mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid serta membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid terhadap kejayaan bersama. Aktiviti gotong royong antara semua murid tanpa membezakan kelas sosial dan perbezaan budaya memupuk ikatan dan membina satu matlamat yang perlu dicapai. Sewaktu mengendalikan pengajaran, disarankan guru menggunakan kekuatan yang ada pada murid. Contohnya, guru boleh memilih muridnya daripada etnik pedalaman untuk mengajar kawan kawannya cara berburu dengan menggunakan sumpit. Murid belajar membuat sumpit dan menghayati seni menghasilkan sumpit.Guru hendaklah menjalinkan hubungan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Guru boleh menjemput ibu bapa dan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti untuk menonjolkan kehebatan budaya masing- masing. Contohnya, menjemput ibu bapa murid untuk mengajar murid menyanyikan lagu tradisional etnik untuk dipersembahkan pada hari guru atau pada hari penyampaian hadiah. Guru membawa murid melawat dan menjalankan projek di kawasan sesuatu etnik, contohnya lawatan ke perkampungan orang asli dapat mendekatkan murid dengan kepelbagaian cara hidup etnik di Malaysia.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budayabukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaanKesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnyadan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.Implikasi kepada muridMurid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan;Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).Petikan perlembagaan Malaysia

Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara.Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.Guru sebagai role model kepada murid murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative.Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya muridKepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P.Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak kanak berkeperluan khas.Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah?Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah buahan. Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak Orang Asli di dalam kelas tersebut.

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Gagasan ini merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain kerana gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti akiviti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum. Apakah peranan remaja untuk menjayakan Gagasan I Malaysia ini? Inilah persoalan yang akan dikupas dalam huraian saya di bawah ini.

Isi 1 :Remaja melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan - menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman - dengan tujuan untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang - bak kata peribahasa "Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya" yang memberi maksud bahawa jika kita tidak berusaha untuk mendapat kejayaan, nescaya kejayaan tidak akan kita perolehi.

Isi 2 :Remaja mengamalkan semangat perpaduan - perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain - bersikap toleransi dan memahami budaya dan agama pelbagai masyarakat yang ada di dalam negara ini - bergerak seiring untuk membangunkan negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020 - bak kata pujangga " Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni". Sederap melangkah bagi memastikan negara ini dapat dibangunkan secara bersama-sama.

Isi 3 :Remaja memantapkan sahsiah diri agar menjadi orang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara - mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan seharian - melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral - menjauhkan diri dari terlibat dalam gejala-gejala negatif dan masalah sosial yang boleh memudaratkan kehidupan remaja - Remaja Malaysia menjadi ikon yang membawa imej baik dan terpuji di peringkat global dan serantau - Bak kata peribahasa "Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau".Remaja perlu ada jati diri bagi menepis dan menangkis segala perkara buruk yang cuba diserapkan dalam jiwa mereka. Jadilah model insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Isi 4 :Menghayati dan mengamalkan rukun negara - aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan atau meniti dibibir sahaja tetapi perlu dihayati dan diamalkan agar menjadi warganegara yang berintegriti - remaja perlu berusaha membentuk diri menjadi modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat - remaja perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke arah wawasan 2020 - Bak kata pujangga " bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sikap mementingkan diri sendiri atau hanya mementing kaum sendiri perlu dielakkan.

Isi 5 :Remaja perlu memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat negara ini - hal ini kerana, 70 % daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja - golongan ini perlu kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekalipun kecuali bidang yang boleh memudaratkan diri, keluarga, negara dan juga agama. Pepatah menyatakan "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

Penutup :Remaja ialah aset negara - semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia - usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.1Malaysia adalah gagasan yang mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Di samping menjaga kepentingan semua kaum,konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan sebuah Bangsa Malaysia.Oleh itu kita semua tidak harus bersikap memilih kawan berdasarkan kaum dan perlu saling hormat menghormati sesama kita sebagai rakyat dalam satu negara. Turut serta menghormatiperayaan kaum lain juga merupakan salah satu peranan yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan .Selain dapat mengeratkan hubungan sesama kaum,kita juga dapat mengenali dengan lebih dekat tentang perayaan,adat serta budaya kaum lain. Malahan 1Malaysia juga menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Konsep 1Malaysia menekankan kepada pendidikan sebagai prasyarat yang penting. Negara kita Malaysia amat memerlukan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan untuk membangunkan negara. Oleh itu, anda sebagai remaja harus lebih banyak membaca dan menyelidik di samping sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan kaum lain bagi mengadakan aktiviti bersama.

Di Negara Malaysia, terdapat banyak jenis sekolah seperti yang telah dinyatakanpada awal topik pengenalan. Ianya termasuklah sekolah rendahk (SRK), Sekolah menengah kebangsaan (SMK), dan sekolah jenis kebangsaan Cina, India serta sekolah Teknik dan Vokasional. Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah mewujudkan corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan di setiap jenis sekolah. Sebagai contoh, terdapat sekolah wawasan yang dibina dengan tujuan mengeratkan pertalian dari segi perkauman di Malaysia. Hal ini memberikan kesan yang positif. Sungguhpun corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan, kerajaan amat bijak menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikawal seperti monopoli kuasa oleh sesetengah pihak. Dengan adanya Kementerian Pendidikan di Malaysia, sistem pentadbiran dan pengurusan telah diseragamkan. Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak tersebut dengan sebulat suara melancarkan masa pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul tiga setiap hari. Dengan adanya arahan seperti ini, maka seluruh Jabatan Pendidikan di setiap daerah wajib melaksanakannya di semua sekolah. Justeru, sistem pemusatan pendidikan amatlah penting, terutamanya di Negara kita yang berbilang kaum. Selain daripada memudahkan sistem pentadbiran dan pengurusan Negara, ia juga dapat memulihara hubungan antara kaum dan dapat mengelakkan sebarang perebutan kuasa di kalangan pendidikKesimpulannya, Senario tidak menentu ekonomi dunia dan politik yang berlaku sekarang merupakan satu tamparan hebat di mana kita bakal berhadapan dengan pelbagai dugaan dan onak duri dalam menuju wawasan 2020 dan cabaran era globalisasi. Konsep 1 Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pula amatlah bertepatan dalam usaha bersama kita untuk mencapai matlamat wawasan 2020 yang semakin dekat menghampiri.Konsep 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan antara rakyat berbilang bangsamembawa aspirasi untuk memperbaiki dan mengeratkan lagi hubungan kaumdi negara ini. Perpaduan yang kukuhmerupakan aset penting negara untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Malahan, definisi negara maju menurut Tun Dr. Mahathir juga merangkumi kemajuan dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial. Semangat perpaduan yang perlu diterapkan merangkumi perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Oleh yang demikian, elemen perpaduan tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah golongan masyarakat kerana kemajuan negara mengkehendaki supaya rakyat bermuafakat dan bersatu-padu bersama kerajaan dalam mengembleng usaha untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 nanti.Mengimbas kembali pengenalan konsep satu Malaysia ini, ia bukanlah sebuah dasar baru kerajaan tetapi merupakan pelengkap dan kesinambungan daripada pendekatan-pendekatan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), wawasan 2020, slogan cemerlang, gemilang dan terbilang dan sebagainya. Konsep 1 Malaysia juga sudah pastiselari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.Golongan bumiputera tidak perlu bimbang dengan konsep 1 Malaysia ini kerana hak istimewa mereka sudah termaktub dalam perlembagaan manakala bangsa-bangsa lain dan kaum bumiputera sendiri haruslah bersatu menyokong dan menghayati konsep 1 Malaysia supaya kita menjadi warganegara berbangsa Malaysia yang berjiwa patriotik dan bukan bersifat perkauman.1 Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakanmenuntutsetiap rakyat dan pemimpin memainkan peranan masing-masing demi tanah air tercinta. Peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa seharusnya mengukuhkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian. Tetapkan dalam minda bahawa kita semua berbangsa Malaysia yang bersama-sama mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan kelompok kaum kita sahaja.Konsep 1 Malaysia amat menekankan soal integrasi dan memelihara kepentingan semua kaum. Fahamilah, negara ini adalah negara untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Ini bermakna kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dan masyarakat daripada menikmati pembangunan dan pembelaan yang adil. Konsep 1 Malaysia amat penting untuk dititikberatkan oleh semua rakyat kerana kerajaan tidak mahu peristiwa rusuhan kaum seperti 13 Mei berulang kembali. Kejadian sebegini seharusnya dielakkan kerana bukan sahaja ia menjejaskan kemakmuran negara malah membantutkan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan negara dan rakyat sendiri.Kerajaaan menggalakkan setiap warganegara menanam sikap kesamaan dan kekitaan dalam diri masing-masing supaya semangat perpaduan di antara rakyat dapat lebih dipereratkan lagi untuk sama-sama kita mengharungi cabaran getir era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, kepercayaan dan budaya dari pelbagai negara.Konsep 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang sememangnya telah menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik negara bangsa untuk masa hadapan terutamanya bagi mengharungi cabaran getir era globalisasi. Konsep 1 Malaysia juga menjelaskan prinsip sebuah kerajaan Malaysia yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan 1 Malaysia YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Penubuhan Klinik 1 Malaysia sebagai contoh menunjukkan kesungguhan usaha kerajaan mementingkan perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik untuk dinikmati bersama oleh semua masyarakat Malaysia tidak kira perbezaan warna kulit, agama atau fahaman politik.Konsep 1 Malaysia sebenarnya menjelaskan satu konsep dalam bidang pentadbiran Malaysia yang mengkehendaki setiap pemimpin-pemimpin kerajaan melaksanakan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. 1 Malaysia juga mahukan kepimpinan tertinggi dan rakyat mempunyai nilai integriti yang tinggi. Sifat yang mulia seperti ikhlas, jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, dan amanah amat penting untuk kita bersama melaksanakan tanggungjawab kita kepada negara.Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini bertujuan menyatu-padukan setiap rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti. Pemimpin dan rakyat Malaysia perlu bersama memahami, mendasari dan menghayati prinsip-prinsip utama 1 Malaysia seperti kebersamaan(togetherness)dan kekitaan(sense of belonging)bagi menjayakan konsep 1 Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya rakyat Malaysia bukan penghalang untuk kita bersatu mengeratkan perpaduan kerana ianya adalah lambang keunikan dari Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Hal ini selari dengan firman Allah dalam surah al-hujurah ayat 13 yang bermaksud:"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya."Perkara yang tak kurang penting mengenai agenda utama konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh pimpinan Dato Sri Najib adalah merancang strategi komunikasi terbaik agar dapat disampaikan kepada seluruh rakyat sama ada di bandar dan juga kawasan pedalaman supaya kita sama-sama dapat menghayati semangat 1 Malaysia. Persoalannya di sini, adakah mesej 1 Malaysia benar-benar sampai, difahami dan dihayati oleh ahli masyarakat?Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat 1 Malaysia dengan berkesan, kita haruslah memikirkan strategi-strategi komunikasi untuk menarik perhatian masyarakat menghayati konsep 1 Malaysia. Semangat 1 Malaysia penting untuk diserapkan ke dalam minda masyarakat supaya segala kekeliruan dan salah faham yang berlaku antara kaum dan etnik di Malaysia dapat diatasi dan menghapuskan segala perselisihan antara kaum yang boleh menghuru-harakan masyarakat dan negara bangsa jika dibiarkan berlarutan.Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain, sehinggakan perbuatan dan tingkah laku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi (Narimah, 2004). Tanpa komunikasi, konsep 1 Malaysia tidak dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat. Begitu juga dengan perancangan strategi komunikasi yang terbaik perlu dilaksanakan segera demi untuk menyebarkan konsep 1 Malaysia kepada setiap rakyat yang berbilang kaum.Antara strategi-strategi komunikasi terbaik yang boleh dijalankan adalah seperti saluran pertunjukan pentas yang membawa mesej 1 Malaysia iaitu contohnya dikir barat, wayang kulit dan lain-lain. Selain itu, saluran media massa iaitu radio, televisyen, akhbar, majalah, media alternatif seperti laman sesawang, blog, akhbaronline, laman sesawang sosial yang semakin menarik perhatian anak muda sepertifacebook,twitter,youtubedan sebagainya boleh diaplikasikan. Begitu juga di sekolah, universiti, pertubuhan sosial seperti kumpulan kebudayaan, badan agama, kesatuan sekerja, badan NGO dan lain-lain seharusnya dijadikan salah satu strategi komunikasi untuk menerangkan konsep 1 Malaysia dengan lebih jelas kepada masyarakat. Perancangan strategi komunikasi terbaik mestilah dilakukan dengan cara yang berkesan dan kreatif untuk menarik perhatian dan membujuk masyarakat menghayati semangat 1 Malaysia.Selain itu, strategi-strategi komunikasi yang lain adalah seperti mengadakan forum terbuka sama ada di sekolah, universiti, televisyen, radio, forumonlinedi laman sesawang bertemakan 1 Malaysia, kuiz, pertandingan, konsert 1 Malaysia, drama, filem kreatif 1 Malaysia, lirik nyanyian yang berunsurkan konsep 1 Malaysia, kempen 1 Malaysia di papan iklan, pengedaran risalah, poster 1 Malaysia, khidmat pesanan ringkas (sms), syarahan, pidato, sajak, debat, cerpen, novel, ceramah agama dan sebagainya juga boleh menyelitkan kepentingan menghayati semangat 1 Malaysia di kalangan masyarakat.Manakala setiap individu di antara kita yang memahami konsep 1 Malaysia pula haruslah bertanggungjawab menerangkan konsep ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Janganlah kita hanya mengharapkan jentera kerajaan sahaja yang patut menggerakkan strategi komunikasi 1 Malaysia kepada masyarakat. Kita haruslah mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersama-sama kerajaan menyampaikan konsep 1 Malaysia. Kita boleh menggunakan strategi komunikasi secara tidak formal seperti berbual-bual secara santai untuk menerangkan kepada ahli keluarga, saudara-mara, jiran-jiran, serta teman-teman yang tidak faham mengenai konsep 1 Malaysia. Kita juga boleh menggunakan strategi komunikasi masa kini seperti media alternatif sama ada menerusi laman blog,emel, telefon, sms, mms,chattingdan lain-lain teknologi komunikasi untuk meransangkan kesedaran dan juga kefahaman orang-orang yang kita kenali untuk menghayati semangat 1 Malaysia.Pihak guru dan pensyarah juga haruslah memainkan peranan menerapkan semangat 1 Malaysia kepada para pelajar. Contohnya memberikan tugasan yang ada kaitan dengan konsep 1 Malaysia dan juga menyelitkan konsep 1 Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga pihak universiti, pusat pengajian dan persatuan-persatuan pelajar haruslah mengambil inisiatif menggerakkan strategi komunikasi seperti mengadakan seminar konsep 1 Malaysia kepada warga universiti dan masyarakat luar serta mengadakan pameran kempen menghayati 1 Malaysia secara besar-besaran.Para pelajar juga haruslah berperanan menyebarkan konsep 1 Malaysia dengan pelaksanaan strategi komunikasi untuk menyedarkan rakan-rakan, warga universiti dan masyarakat luar tentang kepentingan menghayati 1 Malaysia. Antara contoh strategi komunikasi yang boleh digunakan oleh para pelajar ialah memaksimumkan penggunaan sudut pidato yang telah diberi kebenaran semula oleh kerajaan dan parlimen mahasiswa.Manakala organisasi, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan dan swasta juga haruslah bekerjasama membantu kerajaan menyebarkan konsep 1 Malaysia kepada para pelanggan mereka dan juga orang ramai. Syarikat-syarikat telekomunikasi khususnya, gunakanlah strategi komunikasi yang dimiliki untuk membantu menyampaikan konsep 1 Malaysia seperti menyebarkan khidmat pesanan ringkas(sms)kepada telefon bimbit pelanggan mengenai konsep 1 Malaysia. Strategi komunikasi menerusismsini amat berkesan kerana penggunaan telefon bimbit merupakan barang keperluan masyarakat masa kini. Kadar pemilikan telefon bimbit di negara ini mencatatkan peningkatan mendadak melebihi 100.1 peratus sejak tiga tahun lalu dengan penduduk memiliki sekurang-kurangnya dua alat komunikasi itu.Selain itu, syarikat-syarikat korporat digalakkan mempromosikan iklan-iklan mereka dengan mengaitkan konsep 1 Malaysia, mengadakan kuiz atau pertandingan berkaitan 1 Malaysia kepada pelanggan, menyediakan info ringkas konsep 1 Malaysia pada label produk-produk, menjalankan seminar kempen kesedaran 1 Malaysia kepada staf-staf dan juga para pelanggan.Peranan media massa pula amatlah penting untuk menggerakkan usaha kempen 1 Malaysia kepada khalayak sasaran yang ramai melalui strategi komunikasi media yang efektif. Stesen-stesen televisyen haruslah mempergiatkan usaha menerbitkan rancangan-rancangan berunsurkan konsep 1 Malaysia sama ada berbentuk forum, ceramah, bual-bicara, rancangan hiburan seperti nyanyian, rancangan animasi dan drama yang berkonsepkan 1 Malaysia, penyiaran pesanan khidmat masyarakat mengenai 1 Malaysia di waktu puncak, penyiaran berita 1 Malaysia dan sebagainya. Pihak pengurusan panggung wayang juga haruslah berperanan menyiarkan pesanan khidmat masyarakat 1 Malaysia sebelum tayangan filem dimulakan. Ini juga boleh menjadi strategi komunikasi terbaik untuk merangsang kesedaran mengenai konsep ini kepada penonton-penonton filem juga.Manakala syarikat akhbar dan majalah perlulah menerbitkan artikel yang menarik dan kreatif mengenai konsep 1 Malaysia supaya pembaca tertarik untuk membaca sehingga tersemat dalam sanubari dan menghayati semangat 1 Malaysia. Penulis-penulis buku juga boleh menyelitkan konsep 1 Malaysia dalam penulisan mereka sama ada penulisan buku berbentuk novel, akademik, ekonomi, agama dan sebagainya.Begitu juga stesen-stesen radio terutamanya stesen radio swasta seharusnya memutarkan lagu berkonsepkan 1 Malaysia di stesen radio mereka. Di samping itu juga, pesanan khidmat masyarakat 1 Malaysia di stesen radio perlulah lebih kerap diputarkan di waktu puncak dan dihasilkan dengan lebih kreatif serta menarik supaya pendengar memperolehi kesedaran dan dapat menghayati kandungan mesej 1 Malaysia. Manakala peranan juruhebah stesen radio juga haruslah sentiasa mengingatkan dan menjelaskan kepada pendengar mengenai konsep 1 Malaysia sekurang-kurangnya secara ringkas apabila ke udara.Komposer dan penulis lirik lagu tempatan juga haruslah berperanan menyelitkan elemen 1 Malaysia dalam proses gubahan lagu-lagu sama ada genre pop, hip-hop, balada, nasyid, rock dan sebagainya sebagai satu strategi komunikasi untuk menyedarkan remaja dan golongan dewasa yang gemarkan hiburan supaya menghayati konsep 1 Malaysia kerajaan.Pemimpin-pemimpin negara khasnya pula perlulah memperkasakan strategi komunikasi supaya tahap kesedaran rakyat mengenai 1 Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan perlu memastikan masyarakat di ceruk pedalaman dapat menerima mesej 1 Malaysia dan menghayatinya. Pemimpin masyarakat haruslah turun padang ke ceruk-ceruk kampung untuk berkempen menyampaikan konsep 1 Malaysia ini dengan cara terbaik sama ada ceramah kempen, tayangan slaid atau tayangan video, pameran dan lain-lain yang boleh menarik perhatian masyarakat luar bandar untuk menghadiri kempen sebegini. Selain itu, pusat-pusat pertemuan sosial penduduk seperti kedai kopi, balai raya, surau, masjid dan lain-lain juga perlu digunakan sebagai strategi komunikasi yang berkesan kerana kebanyakan penduduk tempatan berkumpul di tempat-tempat begini.Penting juga memahami keberkesanan strategi komunikasi kita agar ia dapat menolong membawa kepada perubahan sikap dan mentaliti masyarakat. Antara strategi yang perlu diperhatikan ialah kepentingan mengadakan komunikasi dua hala semasa proses penyampaian mesej 1 Malaysia kepada khalayak sasaran. Dengan cara ini, khalayak boleh menyoal maklumat yang kurang difahami atau diragui supaya boleh dijelaskan dan diyakinkan oleh komunikator.Selain itu, amat penting buat komunikator untuk menilai dahulu maklumat yang akan disampaikan itu sama ada sesuai atau tidak dan sejauh mana maklumat tersebut dapat menarik perhatian sasaran. Setelah menilai maklumat itu, maka komunikator boleh mengolah semula maklumat berkenaan agar ia lebih sesuai sama ada dari segi cara penyampaian, teknik pembujukan dan juga contoh-contoh yang akan disampaikan.Kesimpulannya, pelaksanaan strategi komunikasi yang menggabungkan kesemua saluran komunikasi adalah amat penting untuk diaplikasikan kerana bukan sahaja untuk menangkis tohmahan golongan yang tidak memahami daripada memberikan takrifan yang mengelirukan terhadap konsep 1 Malaysia ini malahan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan 1 Malaysia kepada seluruh masyarakat majmuk di negara ini.