anjakan ke-4 pelan pembangunan pendidikan malaysia

4
KANDUNGAN: KANDUNGAN: Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 Contoh Susun Atur Kelas Abad Ke-21 Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru- guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Upload: muhammad-affrini-azim-zahari

Post on 22-Jan-2018

3.867 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN:

KANDUNGAN:

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan

Di Sekolah

Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21

Contoh Susun Atur Kelas Abad Ke-21

Pembelajaran Abad Ke-21:

Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi

abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-

bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan

yang mampu memenuhi harapan dan keperluan

pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar

pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan

pembelajaran perlu berubah sesuai dengan

perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet

yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional

seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil

menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang

lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran

yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia

melakukan perubahan dalam pengajaran dan

pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan

inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada

tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh

negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran

kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21

serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur

kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian

Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi

pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia

pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk

tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring

perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru-

guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula

mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan

memenuhi keperluan murid.

Page 2: Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21:

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian

Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad

ke-21:

Anjakan Bilangan 4/2015

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21

Page 3: Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan

pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang

pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah

bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan

teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan

perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru

secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan

(kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya

kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Berupaya membuat hubung kait

Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Dahagakan ilmu

Mengambil risiko

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

Fleksibel Mendengar dan membuat refleksi

Fleksibel

PEMBELAJARAN

Berkemahiran kritis

Fleksibel Menguasai kemahiran literasi

Fleksibel Berani mencuba

Fleksibel

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil

pembelajaran abad ke-21

Mampu berfikir sendiri

Fleksibel

Anjakan Bilangan 4/2015

Berinisiatif

Fleksibel Mampu berkerja dengan orang

lain

Fleksibel Membuat perubahan

Fleksibel Berintegriti

Fleksibel Berkeperibadian tinggi

Fleksibel

Masa Lampau Abad ke-21

Page 4: Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Ruang Untuk Aktiviti

Altiviti

Susunan meja membolehkan murid berinteraksi dan

melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan

kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang

ramai

Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah

darjah

Persekitaran fizikal bilik darjah yang

kondusif sangat penting kerana akan

menggalakkan pembelajaran yang

berkesan.

Suasana fizikal bilik darjah mungkin

merupakan ‘kawan ‘ atau ‘musuh’ dalam

pembelajaran (Marland 1975)

Contoh Susun Atur Kelas Abad ke-21 Perkongsian

Maklumat

Anjakan Bilangan 4/2015

Sumber: www.cikguhailmi.com