nota penghayatan puisi

Download NOTA PENGHAYATAN PUISI

Post on 25-Jun-2015

1.700 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SIRI NOTA PENGHAYATAN PUISI (1)

PUISI TRADISIONALFauzi Abdullah

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1

PUISIPENDAHULUAN Puisi ialah bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari seseorang penulis atau penyair. Terdapat ratusan definisi puisi. Antaranya ialah: Edger Allan Poe: Puisi sebagai ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Edwin Arlington Robinson: Puisi adalah bahasa yang menyampaikan sesuatu melalui reaksi emosi, sesuatu yang sukar hendak dinyatakan. Dante: Puisi ialah perkara-perkara benar yang diucapkan dalam bahasa yang indah. T. S. Eliot: Puisi itu bukan penegasan tentang sesuatu kebenaran, tetapi ialah untuk menjadikan kebenaran itu lebih nyata kepada kita. Percy Byssche Shelley: Puisi adalah rakaman dari saat-saat yang paling baik dan paling menyenangkan dari fikiranfikiran yang paling baik dan paling menyenangkan.

MENDEKATI PUISI

Aspek dasar puisi tradisional dan puisi moden (sajak) merangkumi medan makna (isi) dan medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik). 1. Medan Makna (Isi) Medan makna merujuk kepada perkara yang gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi. (a) Maksud (b) Maksud tersurat (maksud selapis) Maksud tersirat (maksud dua lapis) membantu menjelaskan

Tema Persoalan pokok sesebuah puisi Jenis-jenis tema masyarakat/sosial agama

2

(c)

keluarga diri (peribadi) patriotik alam

Persoalan Persoalan-persoalan sampingan dalam puisi.

(d)

Perutusan/Amanat/Mesej/Pengajaran Gagasan nilai yang hendak disampaikan oleh pengarang.

(e)

Nilai kemanusiaan / Nilai murni / Nilai Moral Dalam KBSM, ada 16 nilai murni, iaitu : baik hati berdikari hemah tinggi hormat-menghormati kasih-sayang keadilan kebebasan keberanian kebersihan fizikal dan mental kejujuran kerajinan kerjasama kesederhanaan kesyukuran rasional semangat bermasyarakat

(f)

Perasaan dan sikap penyair Dalam puisi pastinya ada perasaan penyair. Perasaan penyair dalam puisi itulah yang menentukan mood sesebuah puisi; sama ada romantik, melankolik, sinis, protes ataupun patriotik. Sikap penyair pula ialah pendirian penyair terhadap sesuatu isu, sama ada menyokong, memprotes ataupun berkecuali.

(g)

Latar belakang penyair Seorang penyair biasanya memindahkan pengalamannya ke dalam hasil karyanya. Mengenali latar belakang penyair akan banyak membantu kita mengenal karya yang dihasilkannya.

2.

Medan Kata (Bahasa) Ciri khusus bahasa puisi, terutamanya sajak ialah Konotatif ambiguiti

3

Aspek medan kata (bahasa) ini meliputi diksi, imej (citra), perlambangan (simbol), bahasa perbandingan (simile, metafora, hiperbola), unsur bunyi (asonansi,aliterasi, rima, jeda dan kombinasi bunyi), personifikasi, inversi sikof, anafora dan epifora. 3.Medan Rasa (Teknik) Ini merupakan aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi, terutama struktur binaan (bentuknya) yang meliputi (i) (ii) (iii) Bentuk terikat, bentuk bebas atau bentuk eksperimen. Sukatan suku kata dan kata dalam baris ataupun baris di dalam rangkap. Unsur visual dalam puisi. aspek

CABANG-CABANG PUISI Puisi secara keseluruhannya ialah pengucapan berirama. Dalam kesusasteraan Melayu, puisi terbahagi kepada dua golongan besar, iaitu: Puisi Tradisional atau Puisi Lama Puisi Moden.

PUISI TRADISIONAL1. Definisi Puisi Tradisional Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap (Zaba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah, 1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Setengah-setengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis. Ciri-ciri Puisi Tradisional Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri berikut : i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

2.

ii) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar. iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan. v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai.

4

vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional. vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya. viii) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan sebagainya. ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu misalnya ungkapan adat pepatih. x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati. 3. Jenis-jenis Puisi Tradisional Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya : Pantun Syair Gurindam Seloka Lagu rakyat Nazam 3.1 Pantun Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan perasaan dan fikiran yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56) asal kata pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasulisa. Dalam kesusasteraan Melayu istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga. 3.1.1 Ciri-ciri Pantun: Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya : a) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. b) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya. Namun pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat dan dua kerat. c) Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. d) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. e) Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar berselangan iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu aa;aa . f) Struktur pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia. g) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. h) Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

5

i)

Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.

3.1.2

Jenis Pantun Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan:

(i) BentukBerdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada: a) Pantun dua kerat Contoh:Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. (Sehijau Warna Daun, hlm. 3)

b) Pantun Empat keratContoh:Tenang tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi sedikit rasa nak junjung. (Sehijau Warna Daun, hlm. 4)

c)

Pantun Enam Kerat Contoh:Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setititk dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, hlm. 3)

d)

Pantun Lapan Kerat Contoh:Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. (Kerusi, hlm. 4)

(ii)

Isi Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada: a) Pantun budi Contoh:Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. (Sehijau Warna Daun, hlm. 4)

b) Pantun kanak-kanak Contoh:Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)

6

c) Pantun perpisahan Contoh:Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)

d) Pantun hiburanContoh:Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan; Kami mengucap selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)

e) Pantun teka-tekiContoh:Tanam pisang sulung tahun, Malam-malam tanak nasi; Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 7)

f) Pantun nasibContoh:Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)

g) Pantun peribahasaContoh:Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, J