sejarah undang2 print.docx

15
1.0 PENGENALAN Tiada negara yang dapat berdiri kukuh tanpa undang-undang. Negara ialah sebuah kawasan yang mempunyai kelompok masyarakat yang mendiami wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sesebuah struktur organisasi atau kerajaan. Salah satu ciri yang perlu ada pada sesebuah wilayah agar dikenali sebagai sebuah negara ialah mempunyai undang-undang dan kedaulatan. Malaysia merupakan salah sebuah negara dan mempunyai sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen. Kini, undang- undang di Malaysia berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan, undang- undang tersebut akan terbatal dan tidak sah. Konsep undang-undang Negara meliputi golongan yang mengubal atau menulis undang-undang, golongan yang melaksana dan golongan yang mengikut undang-undang tersebut. Undang-undang merupakan suatu peraturan hidup yang wujud dan dikuatkuasakan terhadap perlakuan seseorang atau penduduk sebuah negara untuk mendisiplinkan mereka dan melancarkan pentadbiran. Undang-undang telah wujud sejak zaman silam lagi dan telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Sepanjang tempoh ini, undang-undang telah menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Semakin hari peranan undang-undang semakin dititik beratkan dan diperbaharui mengikut perubahan zaman. Undang-undang bukan setakat undang-undang . Ia membawa makna yang lebih daripada itu. Inilah topik yang akan dibincangkan dengan lebih terperinci berdasarkan contoh undang-undang tradisional di negara ini. Undang- undang tradisional yang dipilih ialah Hukum Kanun Melaka. Penulisan ilmiah ini, akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu makna 1

Upload: anaharis

Post on 25-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah undang2 print.docx

1.0 PENGENALAN

Tiada negara yang dapat berdiri kukuh tanpa undang-undang. Negara ialah

sebuah kawasan yang mempunyai kelompok masyarakat yang mendiami wilayah fizikal

yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sesebuah struktur

organisasi atau kerajaan. Salah satu ciri yang perlu ada pada sesebuah wilayah agar

dikenali sebagai sebuah negara ialah mempunyai undang-undang dan kedaulatan.

Malaysia merupakan salah sebuah negara dan mempunyai sistem pemerintahan

bercorak demokrasi berparlimen. Kini, undang-undang di Malaysia berteraskan

Perlembagaan Persekutuan. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan

perlembagaan, undang-undang tersebut akan terbatal dan tidak sah.

Konsep undang-undang Negara meliputi golongan yang mengubal atau menulis

undang-undang, golongan yang melaksana dan golongan yang mengikut undang-

undang tersebut. Undang-undang merupakan suatu peraturan hidup yang wujud dan

dikuatkuasakan terhadap perlakuan seseorang atau penduduk sebuah negara untuk

mendisiplinkan mereka dan melancarkan pentadbiran.

Undang-undang telah wujud sejak zaman silam lagi dan telah diwarisi dari satu

generasi ke satu generasi. Sepanjang tempoh ini, undang-undang telah menjadi

peraturan yang perlu dipatuhi. Semakin hari peranan undang-undang semakin dititik

beratkan dan diperbaharui mengikut perubahan zaman. “Undang-undang bukan setakat

undang-undang”. Ia membawa makna yang lebih daripada itu. Inilah topik yang akan

dibincangkan dengan lebih terperinci berdasarkan contoh undang-undang tradisional di

negara ini. Undang-undang tradisional yang dipilih ialah Hukum Kanun Melaka.

Penulisan ilmiah ini, akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu makna undang-

undang, pandangan sarjana barat, peranan undang-undang dan analisis penulisan.

1

Page 2: Sejarah undang2 print.docx

2.0 ISU PERBINCANGAN

2.1 Apakah itu undang-undang?.

Mengikut Webster’s Dictionary, undang-undang didefinisikan sebagai semua

peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat

sesuatu kaum. Sir John Salmond pula mendefinisikan undang-undang sebagai satu

prinsip yang diakui dan diterima pakai dalam sesebuah negeri bagi menjamin keadilan

dan kemakmuran dalam negeri tersebut.1 Undang-undang ialah peraturan yang

ditetapkan oleh sesebuah masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu

sendiri.

Undang-undang bukan setakat sebuah undang-undang, tetapi membawa makna

yang lebih luas daripada itu. Dari sudut ilmu antropologi, undang-undang sering dilihat

daripada dua pendekatan iaitu sebagai satu sistem berfungsi dan suatu sistem yang

berkonsep atau tersusun secara formal. Menurut Mac Glukman pula, undang-undang

adalah suatu cara untuk menyelesaikan pelbagai bentuk konflik dan kekecohan dalam

masyarakat (antara individu dalam kalangan sesama kelompok atau antara individu dan

kelompok lain) dengan sistem keadilan yang telah ditentukan oleh masyarakat tersebut.2

Dalam penulisan ilmiah ini, undang-undang yang telah menjadi pilihan penulis

ialah Hukum Kanun Melaka. Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-

undang Darat atau Risalah Hukum Kanun dan dianggap salah sebuah karya undang-

undang yang tertua. Didalamnya terkandung 44 fasal atau bab yang merangkumi segala

pantang larang diraja, tanggungjawab pegawai kerajaan serta hukuman ke atas pelbagai

1 Sir John Salmond, (1910), The Law of Torts, London : Stevens and Haynes, Bab 1, hlm 2.2 Muhammad Yusoff Hashim, (1989), Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Bab Sembilan, hlm. 198.

2

Page 3: Sejarah undang2 print.docx

kesalahan.3 Undang-undang ini mula diperkenalkan di Melaka pada abad ke-15 dengan

berpandukan hukum yang dibuat oleh Raja Iskandar Dzulkarnai. Hukum Kanun Melaka

ditulis oleh golongan elit Melayu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan

lengkap penulisannya sebagai sebuah hukum kanun di zaman pemerintah Sultan

Mahmud Syah.

Terdapat sarjana Barat yang menggunakan istilah code, law, atau legal digest

yang menerangkan maksud undang-undang Melayu. Hal ini adalah kurang sesuai

dengan ciri-ciri asas undang-undang Melayu itu sendiri. Sebaliknya istilah customary

law adalah lebih menepati sejarah dan maksud undang-undang adat kesultanan Melayu

Melaka seperti Hukum Kanun Melaka.4 Menurut Wilkison, undang-undang Melayu

adalah satu digest (ringkasan) Melayu lama dan bukannya kod undang-undang yang

mempunyai kesan kepada sesiapa yang melanggarnya.

Selain itu, terdapat juga sarjana Barat yang menyatakan bahawa undang-undang

adat Melayu seperti undang-undang rimba. Undang-undang rimba ialah undang-undang

yang dijalankan berbentuk kekejaman dan lebih berpaksikan perasaan marah, dendam,

dengki dan hukuman tanpa usul periksa. Sebagai contoh seperti pembunuhan Dang

Anum, pembunuhan budak yang menyelamatkan Singapura daripada serangan todak

dan banyak lagi. Undang-undang rimba ini bukanlah daripada undang-undang Melayu

yang sememangnya berteraskan permuafakatan antara raja dan pembesar. Oleh itu,

pandangan sarjana Barat ini tidak tepat tentang undang-undang adat Melayu.

Undang-undang Melayu adalah senarai peraturan yang disusun berdasarkan adat

istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup pada zaman

kesultanan Melayu. Sebelum adanya penulisan undang-undang adat, masyarakat

3 Ramizah Wan Muhammad, (1989), Kanun : Jurnal Undang-undang Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Bab Satu, hlm. 2.4 Jelani Harun, (06/26/2008), Kajian Naskhah Undang-undang Adat Melayu di London, hlm. 127.

3

Page 4: Sejarah undang2 print.docx

Melayu telah mempunyai peraturan hidup secara lisan yang banyak dipengaruhi oleh

hukum alam, iaitu orang yang kuat akan mengatasi orang yang lemah.

Undang-undang sememangnya sebuah topik yang mempunyai ruang lingkup

yang luas. Setiap aktiviti seharian memerlukan undang-undang atau peraturan. Undang-

undang bukan sekadar sebuah undang-undang, malah membawa makna yang lebih

mendalam lagi. Melalui undang-undang lahir raja adil, pembesar yang bijaksana, rakyat

yang taat dan negara yang aman dan harmoni.

2.2 Undang-undang adalah sebuah undang-undang.

Undang-undang adalah sesuatu peraturan yang telah digubal oleh kerajaan dan

mesti dipatuhi oleh masyarakat berkenaan. Undang-undang dapat mengawal tingkah

laku ahli di dalamnya. Pihak-pihak yang melanggarnya akan dijatuhkan hukuman

berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam konteks diri individu,

peraturan dalaman yang disebut sebagai etika yang dapat mengawal permikiran dan

tingkah laku manusia. Selain itu, dalam Al-Quran sendiri Allah menyatakan tentang

undang-undang yang telah menjadi rujukan serta panduan kepada semua umat Islam.

Sebagai contoh firman Allah yang bermaksud “ ...yang menyuruh mereka membuat

makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan yang menghalalkan segala yang baik

bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka...”.5 Tambahan lagi,

kebanyakan fasal-fasal dalam Hukum Kanun Melaka adalah berunsur Undang-undang

Islam.6

5 Abu Hasan Din Al-Hafiz, (2008), Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani, Kuala Lumpur : Dar El-Fajr, Surah Al-Araf, ayat 157, hlm. 170.6 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Tigabelas, hlm. 392.

4

Page 5: Sejarah undang2 print.docx

2.3 Undang-undang bukan sekadar undang-undang tetapi membawa

makna yang lebih luas daripada itu.

Undang-undang berfungsi sebagai panduan dan kawalan kepada raja dalam

melaksanakan proses pemerintahan negara. Undang-undang akan menjadi rujukan dan

panduan kepada raja dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh

menjatuhkan hukuman atau menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam

kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan berlakunya tindakan

raja yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan mengikut perasaan.

Dalam menjatuhkan hukuman, raja ialah seorang hakim. Dalam Fasal 4:1

Hukum Kanun Melaka.7 Cara menyelesaikan sesuatu masalah menurut undang-undang

ialah dengan melalui ujian (ordeal).8 Antara cara penyelesaian melalui ujian ini ialah

menyelam di dalam air oleh kedua-dua pihak yang terlibat dan mencelup tangan ke

dalam minyak atau timah yang sedang menggelegak. Hukuman ini bukanlah untuk

mencari siapa yang bersalah dan siapa yang benar tetapi untuk menjamin keadilan agar

pihak hakim tidak akan membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya. Hal ini

menunjukkan bahawa hanya raja dan pembesar sahaja yang boleh menjatuhkan

hukuman. Dalam Undang-Undang Laut Melaka juga ada menyebut “ ..supaya jangan

berkelahi dan jangan berbantah dan jangan menurut kehendak nafsu sendiri, supaya

sentosa kita daripada kesukaran dan kesakitan..”.9

7 Hukum Kanun Melaka menyebut : “…pada menyatakan hukuman orang bertuduh-tuduh dan sangka-menyangkal. Adapun seorang itu menuduh dan seorang itu bersangkal, maka ditanyai oleh hakim. Jikalai ia mahu berlawan, diperlawankan; itu pun jikalau tiada syaksi berdiri… Adapun pada hukum kanun, disuruh ia berlawan berselam air atau mencelur minyak atau timah… Barang siapa salah, maka dihukumkan atas hukum negeri atau dusun, jikalau besar salahnya patut dibunuh, maka dibunuh akan dia. Jikalau tiada besar salahnya,didenda akan dia mana patut dengannya; jikalau yang patut dimaafkan, dimaafkan oleh hakim..” 8 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 216-217.9 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 212.

5

Page 6: Sejarah undang2 print.docx

Fungsi undang-undang seterusnya ialah sebagai penguat kedudukan raja dan

penguasaan politiknya. Raja yang dianggap sebagai “wakil” Tuhan di dunia. Raja ialah

orang yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pemerintah di dunia. Raja yang

dipilih laksana “bayangan Tuhan di dunia”. Segala arahan dan titah raja perlu dipatuhi.

Walaubagaimana pun, kepatuhan rakyat terhadap raja mempunyai had yang tertentu,

iaitu selagi raja berada pada jalan yang benar sahaja. Seandainya raja melakukan

perbuatan yang salah, rakyat tidak seharusnya mengikut perbuatannya lagi.10 Undang-

undang yang digubal dan dilaksanakan dengan adil oleh raja akan meningkatkan

kesetiaan dan kehormatan rakyat kepada raja. Seperti kata pujangga Melayu “raja adil

raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Konsep keadilan memberi makna yang luas

dan bermakna. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang berhubung kait dengan perintah

Allah supaya menusia melakukan keadilan dalam seluruh aspek kehidupan.11 Dalam

Hukum Kanun Melaka terdapat banyak fasal atau bab yang menyatakan mengenai tugas

dan tanggungjawab raja.

Undang-undang juga menjadi asas kedaulatan sultan atau raja. Raja yang

memerintah dianggap berdaulat. Sesiapa yang ingkar titah dan perintah raja dianggap

menderhaka kepada raja tersebut. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Pantang anak

Melayu menderhaka kepada rajanya”. Sebagai contah dalam Hukum Kanun Melaka ada

menyatakan dalam Fasal 13:3 ‘berjual titah’ adalah satu kesalahan. Tiga jenis hukuman

boleh dikenakan, iaitu dibunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepalanya. Hal ini

demikian kerana, kesalahan ini adalah berat dan besar sekali.12 Terdapat dalam Sejarah

Melayu yang menceritakan bahawa Sang Rajuna Tapa iaitu Penghulu Bendahari kepada

10 Jelani Harun, (2003), Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Bab Lapan, hlm. 190.11 Salah satunya ialah firman Allah yang bermaksud, “ sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan membuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. Abu Hasan Din Al-Hafiz, Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani, Surah Al-Nahl, ayat 90, hlm. 277.12 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 207-208.

6

Page 7: Sejarah undang2 print.docx

Raja Iskandar di Singapura telah ditimpa daulat dan ketulahan dengan menjadi batu.

Kerana bersubahat dengan orang Majapahit menyerang Singapura.13

Selain itu, undang-undang bukan sekadar sebuah undang-undang sahaja.

Undang-undang telah menjadi panduan kepada golongan pembesar. Dalam sesebuah

sistem pemerintahan feudal yng tersusun rapi, seorang raja akan dibantu oleh beberapa

orang pembesar yang mempunyai susun lapis jawatan, kedudukan dan kewibawaan

kuasa yang tersendiri. Dalam Sejarah Melayu ada diceritakan tentang beberapa jawatan

penting yang terdapat di istana Melaka seperti penghulu bendahara, perdana menteri dan

sebagainya. Para pembesar merupakan orang yang paling hampir dengan raja,

dikurniakan pelbagai pangkat dan gelaran oleh raja. Hal ini menunjukkan bahawa

pentingnya tugas pembesar dalam mengetahui undang-undang dan selok-belok negara.

Hubungan antara raja dengan pembesar sering kali dilihat berbentuk dua hala.14

Terdapat kenyataan dalam Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa “semua

peraturan, larangan dan adat yang diistiadatkan yang membentuk unsur undang-undang

tadi dikumpulkan melalui tradisi lisan, diingati atau dimiliki oleh para menteri Melaka

yang kanan”.15 Hal ini terbuktilah bahawa peranan pembesar penting dalam

melaksanakan undang-undang negara dan menjadikan undang-undang sebagai panduan

dan teras dalam pemerintahan. Sebagai contoh kisah yang terdapat dalam Sejarah

Melayu yang menyatakan, “ syahdan, maka sembahlah segala menteri dan segala orang

kaya-kaya itu”.16 Hal ini demikian kerana, golongan pembesar juga penting dalam

sesebuah sistem pemerintahan yang adil dan saksama.

Fungsi undang-undang seterusnya ialah menjamin kesetiaan rakyat. Sifat

kepatuhan rakyat terhadap pemerintah turut memainkan peranan yang sangat penting 13 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Duabelas, hlm. 279.14 Jelani Harun, Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu, Bab Tujuh, hlm. 165.15 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sepuluh, hlm. 203.16 W. G. Shellabear, Sejarah Melayu, Bab Lima, hlm. 65.

7

Page 8: Sejarah undang2 print.docx

dalam pembinaan sesebuah negara yang aman dan sejahtera. Undang-undang yang

prejudis dan tidak berperikemanusiaan akan menyebabkan rakyat berasa takut dan

keluar daripada negara. Selain itu, akan menyebabkan lahirnya peribadi rakyat yang

suka memberontak, khianat, dan tidak menghormati undang-undang sehingga

membawa ke kancah kehidupan yang tidak stabil dan huru-hara. Oleh itu, undang-

undang itu sendiri telah menjadi garis panduan dan rujukan kepada rakyat.

Undang-undang juga menjadi pelindung kepada hak dan maruah individu.

Dengan undang-undang orang yang lemah dilindungi dan orang yang kuat atau

penindas dikawal. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, golongan hamba masih

mempunyai hak-hak kemasyarakatan sendiri. Gambaran daripada Hukum Kanun

Melaka menunjukkan bahawa hamba adalah terlindung daripada kezaliman. Walaupun

dimiliki oleh tuannya, tetapi hamba masih mempunyai kebebasan untuk bergerak seperti

mengambil upah daripada orang lain. Mereka juga dilindungi oleh undang-undang

jenayah. Selain itu, hukuman juga akan dijatuhkan kepada individu yang menjatuhkan

maruah hamba. Hukum Kanun Melaka menetapkan dalam Fasal 12:1 “adapun jikalau

menawar hamba orang, didendanya lima emas; itupun jikalau dengan tiada perbuatan

zina dengan dia. Dan apabila diambil daranya abdi orang itu, maka didenda akan dia

sepuluh emas”.17 Selain itu, Hukum Kanun Melaka juga terdapat fasal-fasal yang

menjaga hak individu daripada perbuatan zina, fitnah dan banyak lagi. Hal ini

menunjukkan bahawa undang-undang menjadi pelindung kepada hak-hak dan maruah

individu bukan sahaja kepada sultan dan golongan atasan malah juga kepada golongan

bawahan seperti hamba.

Pada hari ini, kita dapat lihat banyak pertubuhan dan organisasi yang ditubuhkan

dengan tujuan untuk membela dan menjaga hak-hak ahlinya dalam pelbagai aspek

17 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Duabelas, hlm. 298.

8

Page 9: Sejarah undang2 print.docx

dengan berfokuskan tujuan pertubuhan itu ditubuhkan. Sebagai contoh, undang-undang

hak asasi manusia antarabangsa iaitu badan undang-undang antarabangsa yang bentuk

untuk mengalakkan dan melindungi hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, rantau

dan dalam negeri.

Tambahan lagi, undang-undang juga penting untuk ketenteraman sosial

masyarakat. Undang-undang adalah satu cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah

dan kekecohan yang berlaku dalam masyarakat.18 Selain itu, hukum Islam dalam Hukum

Kanun Melaka dapat dirasionalisasikan untuk menjaga dan mengawal ketenteraman

sosial dalam masyarakat. Sejarah Melayu menjelaskan bahawa “akibat perbuatan

merompak yang berlaku dengan berleluasa, masyarakat telah menjadi kucar-kacir;

rakyat Melaka, “... kehilangan..tiada berhenti lagi setiap malam”.19 Namun begitu

selepas Hukum Kanun Melaka mendapat pengaruh Islam, tiada lagi kes kecurian yang

berlaku. Masyarakat Melaka hidup dengan tenteram dan aman. Dalam Hukum Kanun

Melaka, orang yang mencuri akan dihukum potong tangan iaitu tertulis dalam Fasal 7:2

hukum potong tangan kerana kesalahan mencuri.”20 Hal ini terbukti bahawa undang-

undang dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Hari ini kita lihat,

negeri Kelantan dalam perancangan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Kesan yang bakal berlaku adalah akan menyebabkan kes jenayah menurun.

Seterusnya, undang-undang juga bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat

yang bersistem iaitu sebuah masyarakat yang teratur dan saling berkepentingan.

Menurut Tome Pires, pernah menyebut tentang wujudnya the law of Malacca iaitu unit

kalimat yang ditunjukkannya kepada organisasi sistem dan urusan perdagangan.21

18 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 198.19 W. G. Shellabear, Sejarah Melayu, Bab Dua, hlm. 32.20 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Tigabelas, hlm. 392.21 Armando Cortesao, (1944), The Suma Oriental of Tome Pires : An Account of The East, from The Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515, 2 Volume, London : Hakluyt Socienty Works, Bab hlm. 261.

9

Page 10: Sejarah undang2 print.docx

Dalam kesultanan Melayu Melaka, setiap unsur tradisional yang mengawal tindak

tanduk individu yang bertujuan untuk menjaga sistem dan ketenteraman sosial

masyarakat, maka ia boleh dianggap sebagai undang-undang.22 Seperti yang terdapat

dalam Sejarah Melayu, “...maka inilah dahulunya larangan raja Melayu, barangsiapa

melalui dia salah ke bawah duli hukumnya didenda pati, yakni seketi lima. Bermula

payung putih lebih daripada kuning, kerana payung putih itu nampak dari jauh...” .23

Petikan ini menunjukkan bahawa adat istiadat diraja di dalam istana. Hal ini

menunjukkan undang-undang telah membentuk sistem dan tatacara dalam istana dan di

luar istana. Undang-undang telah digunakan dan dirujuk sebagai kaedah dan matlamat

formal dan informal bagi mewujudkan sesuatu masyarakat bersistem dan

berorganisasi.24

Selain itu, undang-undang juga berperanan sebagai penyusun hierarki fungsi dan

status dalam negara. Dalam sistem pemerintahan terdapat dua golongan iaitu golongan

atasan dan golongan bawahan. Setiap anggota masyarakat sedar akan kelas yang mereka

duduki. Seorang hamba pasti tidak akan mengakui bahawa dirinya sebagai seorang

orang yang merdeka. Begitu juga seorang pembesar tidak akan mendakwa dirinya

sebagai golongan raja. Hal ini terbukti dalam Hukum Kanun Melaka iaitu perbezaan

dari segi hukuman antara setiap golongan ini. Dalam Sejarah Melayu, ada menyatakan

“Dan tiada lagi akan sentosa kerajaan (raja), kerana raja-raja itu umpama api, akan

segala menteri itu umpama kayu jikalau tiada kayu, di manakan api itu bernyala?”.25 Hal

ini menunjukkan bahawa setiap peringkat dalam sesebuah pemerintahan amat penting

dan saling berfungsi. Undang-undang telah menjadi teras keharmonian dan

kesejahteraan sesebuah negara. Keharmonian ini dapat dilihat daripada kelancaran

22 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 200-201.23 W. G. Shellabear, Sejarah Melayu, Bab Kesebelas, hlm. 57.24 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Sembilan, hlm. 216.25 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Bab Duabelas, hlm. 290.

10

Page 11: Sejarah undang2 print.docx

sistem pengurusan dan kebebasan untuk bergerak. Sebagai contoh, undang-undang jalan

raya. Banyak kenderaan yang melalui dan menggunakan jalan raya. Jika tiada peraturan

yang menyeluruh dan seragam maka akan meningkatkan jumlah kemalangan dan

kesesakan jalan raja.

Kesimpulannya, melalui perbincangan yang dibuat, benarlah bahawa undang-

undang bukan sekadar sebuah undang-undang sahaja. Undang-undang dapat

membentuk keharmonian dan kelancaran sistem sesebuah negara. Melihat undang-

undang sesebuah negara kita akan dapat mengetahui corak pemerintahan dan budaya

yang mereka amalkan. Undang-undang Melaka telah menjadi panduan dalam undang-

undang negeri-negeri lain. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya hubungan

persejarahan Kesultanan Melayu Melaka yang lalu dengan pensejarahan beberapa buah

negeri di Malaysia pada hari ini.

3.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya dapatlah dinyatakan bahawa undang-undang bukan setakat

sebuah undang-undang sahaja, tetapi undang-undang membawa makna yang lebih

11

Page 12: Sejarah undang2 print.docx

daripada itu. Melalui undang-undang raja akan disanjung, pihak pemerintah dapat

menjalankan tugas dengan lancar dan rakyat dapat hidup dengan amat dan harmoni.

Melalui penulisan ini peranan undang-undang itu ditulis daripada peringkat

atasan iaitu pertama undang-undang penting kepada raja, pembesar dan seterusnya

kepada rakyat. Selain itu, undang-undang juga mempunyai peranan umum yang

bertujuan untuk mengekalkan sebuah sistem pemerintahan yang sistematik dan sebuah

negara yang aman.

Daripada perbincangan dan huraian di atas, kita dapati bahawa pentingnya

undang-undang dalam sesebuah negara. Perkembangan undang-undang yang dahulunya

dipengaruhi oleh tradisi Hindu telah diubahsuai oleh masyarakat Melayu silam dengan

mencampurkan undang-undang dengan amalan agama Islam. Seterusnya, undang-

undang digubal dan diubah untuk penambahbaikan mengikut peredaran zaman. Tanpa

undang-undang yang jelas dan mantap sesebuah negara atau struktur organisasi akan

mudah rapuh dan runtuh.

Kesimpulannya, undang-undang bukan sekadar sebuah undang-undang yang

sememangnya bergantung kepada penggubal,pelaksana dan golongan pengikut undang-

undang tersebut. Oleh itu, untuk menjamin kelestarian sesebuah undang-undang, semua

pihak perlu bekerjasama mematuhi setiap undang-undang yang telah ditetapkan untuk

mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara Malaysia.

BIBLIOGRAFI

A. Samad Ahmad. (2010). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hasan Din al-Hafiz. (2008). Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur : Dar

12

Page 13: Sejarah undang2 print.docx

El- Fajr.

Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya : Macmillan Publishers.

Cortesao, Armando. (1944). The Suma Oriental of Tome Pires : An Account of The East, from The Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515, 2 Volumes. London : Hakluyt Socienty Works.

Jelani Harun. (2003). Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. (2008, Jun). Kajian Naskhah Undang-undang Adat Melayu di London. (Abstrak) Sari 26, 127-148.

Kay Kim, Khoo. (1975). Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramizah Wan Muhammad. (1989). Kanun : Jurnal Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salmond, John William, Sir. (1910). The Law of Torts. London : Stevens and Haynes.

Shellabear, W. G. (1986). Sejarah Melayu. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Timothy J. Moy. (1978). The Sejarah Melayu Tradition of Power and Political Order, Sebuah Tesis Sarjana Sastera. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah, Universiti Melaya.

13