undang2 islam

Upload: dr-azmil-mokhtar

Post on 20-Jul-2015

392 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    1/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap PerlaksanaanUndang-undang Keluarga DiMalaysia liii

    A SEJAUH MANAKAH KEBENARAN WUJUDNYADISKRIMINASI TERHADAP PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG KELUARGADI MALAYSIA

    B WAN MAHYUDDIN BIN WAN MUHAMMAD (LLM,UIAM)Hakim S yarie

    Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

    cPENDAHULUANUndang-undang keluarga di Malaysia adalah agak berlainan daripada undang-undang di negara lain kerana rnasyarakatnya yang dianggotai oleh pelbagai

    D bangsa dan kaum. Bagi penganut agama Islam mereka menggunakan undang-undang keluarga Islam yang terdapat di dalam Enakmen negeri masing-masing, manakala bagi penganut bukan Islam mereka menggunakan AktaMembaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Persoalandiskriminasi terhadap undang-undang keluarga terutamanya ke atas undang-E undang keluarga Islam sering berlaku sebelum pindaan perkara 121(lA)Perlembagaan Persekutuan pada 10 jun 1988. Walaupun agama Islam diiktirafsebagai agama Persekutuan dan pindaan perkara 121(lA) PerlembagaanPersekutuan telah dibuat namun, masalah konflik perundangan nampaknyamasih lagi belum selesai.

    Masalah diskriminasi terhadap undang-undang keluarga Islam akanberterusan selagi terdapat peruntukan di dalam undang-undang bertulis lainyang tidak relevan ke atas orang Islam masih belum dimansuhkan. Senario iniamat merumitkan kerana kedua-dua mahkamah sivil dan Syariah mempunyaibidang kuasa dalam sesuatu kes yang sarna. Keadaan ini disebabkan oleh statusAkta adalah lebih tinggi dan terpakai ke atas semua orang yang tinggal diMalaysia, berbanding dengan Enakrnen di negeri-negeri yang terpakai hanyake atas orang Islam dan terhad pemakaian ke atas penduduk yang tinggal dinegeri tersebut.

    F

    G

    H Rentetan dari masalah-masalah ini, wujudlah diskriminasi terhadapperundangan Islam. Untuk melihat sejauh manakah diskriminasi ini berlaku,penulis akan menganalisa beberapa isu penting di dalam undang-undangkeluarga Islam sebagai sam usaha dan cadangan ke arah Islamisasi undang-undang di Malaysia.I

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    2/28

    liv Shariah LawReports [2011] 2 ShLRKEDUDUKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI AMAlAYSIAPemakaian undang-undang keluarga Islam di Malaysia yang terasing dariundang-undang awam yang lain adalah hasil dari pengaruh Inggeris.Diskriminasi terhadap undang-undang keluarga Islam, sebenarnya bermula Bsetelah Inggeris memperkenalkan piagam-piagam keadilan dan penubuhanmahkamah-mahkamah Inggeris yang menggunakan prinsip-prinsip Inggeris.Undang-undang keluarga Islam telah ditadbir di mahkamah sivil yangdikendalikan oleh hakim-hakim Inggeris. Tanya adalah bermula dengantergubalnya Ordinan Perkahwinan Islam 1880 yang telah dikuatkuasakan di CNegeri-negeri Selat. Ordinan tersebut mengandungi peraturan-peraturannikah cerai orang-orang Islam. Ia merupakan langkah awal yang diambil olehpenjajah British dalam usaha melaksanakan undang-undang mereka di TanahMdayu.

    DDi Negeri-negeri Melayu Bersekutu undang-undang keluarga Islamdiperkenalkan melalui Registration of Muhammadan Marriages and Divorces1885 yang diperkenalkan di negeri Perak. Manakala di Negeri-negeri MelayuTak Bersekutu, antara undang-undang keluarga Islam yang terawal digubal dibawah pengaruh Inggeris ialah 'Undang-undang Orang Hendak Bercerai LakiBini' yang dilaksanakan di Kelantan pada 1909. Selepas Inggerismemperkenalkan undang-undang kduarga di negeri-negeri tersebut ianyatelah diikuti oleh negeri-negeri lain. 1

    Sebagaimana di Semenanjung, Inggeris juga telah mernperkenalkan Law ofSarawak Ordinance pada tahun 1928 sebagai undang-undang yang termasukhal enwal mengenai kekeluargaan di Sarawak. Semen tara di Sabah pula, hal-halkekeluargaan Islam pula dikekalkan di bawah urusan Mahkamah-MahkamahAnak Negeri meskipun sesudah Inggeris menubuhkan mahkamah-rnahkamahmengikut sistem mereka di negeri itu. Antara undang-undang penting bagimahkamah anak negeri ini ialah Native Administration Ordinance 1937.Sebahagian daripada undang-undang tersebut adalah mengenai kekduargaanIslam. Walau bagaimanapun, bahagian mengenai undang-undang Islam dalamundang-undang mahkamah anak negeri tersebut kemudiannya menjadiMuslim Ordinance of 1953.

    E

    F

    G

    HKesemua undang-undang yang disebut di atas telah dipinda dari masa kesemasa dan disatukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-

    negeri, bermula dengan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Sdangor 1952.Enakmen tersebut mengandungi undang-undang kduarga Islam, jenayah,harta, prosedur dan keterangan. Sekitar tahun 1970-an negeri-negeri di I

    Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengantar Undang-Undang Islam di Malaysia, PenerbitUniversiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997, ms 112-127.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    3/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga OiMalaysia Iv

    B

    Malaysia telah mula mengkaji semula undang-undang pentadbiran hukumIslam bagi tujuan menjadikanya lebih kemas dan berkesan. Antara langkahyang diambil ialah memecahkan kembali aspek-aspek perrundangan yangterdapat dalam Enakmen tersebut untuk dijadikan sebagai undang-undangyang tersendiri di bawah Enakmen lain.?

    Dalam bidang kekeluargaan, negeri Kelantan telah mempeloporimengadakan undang-undang keluarga Islam tersendiri iaitu EnakmenUndang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983 dan ianya telah diikuti disemua negeri. Pemakaian undang-undang keluarga Islam di seriap negeri iniadalah hasil daripada kecenderungan para sarjana undang-undang untukmenggubal satu undang-undang keluarga yang berorientasikan suasana dankeadaan di Malaysia. Namun biarpun pada prinsipnya semua undang-undangadalah sarna berpandukan Mazhab Shafie tetapi perbezaan tetap tidak dapatdielakkan.

    A

    c

    D

    F

    Sebenarnya Enakmen Undang-undang keluarga Islam yang terdapat dinegeri-negeri adalah berpandukan kepadaAkta Membaharui Undang-Undang(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang dikuatkuasakan pada 1 Mac 1982kepada orang-orang bukan Islam. Namun pengubahsuaian telah dibuat agarianya sejajar dengan prinsip dan kehendak hukum Islam. Jika diperhatikan didalam undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia adalahmengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan pertunangan,perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah,hadanah dan penalti terhadap kesalahan.

    Walau bagaimanapun banyak pihak telah membangkitkan persoalanmengapa di sebuah negara yang begitu giat untuk mempertingkat sistemkehakiman Islam seperti di Malaysia mempunyai undang-undang Islamkhususnya peruntukan undang-undang keluarga Islam yang berbeza dan tidakseragam. Ketidakseragaman undang-undang Islam yang sedang berkuat kuasadi negeri-negeri sudah semestinya akan mengakibatkan ketidakselarasan dalampentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam antaranegeri-negeri di negara ini.

    E

    G

    H Di samping itu ketidakseragaman ini juga akan menyebabkan perbezaandalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah antara satu negeridengan negeri yang lain walaupun penghakiman tersebut berhubung dengankes yang mempunyai fakta yang serupa. Keadaan ini boleh menimbulkekeliruan dan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini yangmajoritinya menganut agama Islam terhadap sistern kehakiman Islam."I2 Ibid, ms 121-122.3 ProfMadya Dr Muhammad Ariffin, Penyelarasan U ndang- U ndang K eluarga Islam . Terbi tan

    Tak Berkala, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Kuala Lumpur. ms 1-3.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    4/28

    I v i ShariahLawReports [2011] 2 ShLRIsunya di sini adakah kedudukan undang-undang keluarga Islam yang tidak

    seragam di Malaysia merupakan salah satu faktor utama wujudnyadiskriminasi di dalam undang-undang tersebut. Pada pandangan penulisketidakseragaman bukanlah punca utama wujudnya diskriminasi di dalamundang-undang keluarga tetapi pemakaian undang-undang bertulis lain yangberlawanan dengan hukum Syarak atau undang-undang keluarga Islam perludipinda supaya menampakkan dengan jelas status Mahkamah Syariah danbidang kuasanya.

    Oleh yang demikian, walaupun semua undang-undang Islam termasukundang-undang keluarga Islam diselaraskan di dalam sebuah Akta dandikuatkuasakan tetapi dengan pemakaian undang-undang bertulis lain yangtidak selari dengan kehendak pindaan perkara 121(lA), masalah konflikperundangan akan berpanjangan.tpindaan perkara 121(lA) merupakahlangkah awal ke arah mernartabatkan undang-undang Islam dan banyak lagiusaha yang perlu dilakukan khususnya bagi menghapuskan diskriminasiterhadap undang-undang keluarga Islam. Masalah konflik perundanganterhadap undang-undang keluarga Islam hanya akan selesai jika semua pihakkembali kepada kehendak Syarak dan menghormati bidang kuasa yang telahdiperuntukkan di bawah undang-undang Persekutuan.

    A

    B

    c

    D

    EDISKRIMINASI KE ATAS STATUS DAN BIDANG KUASAMAHKAMAH SYARIAH DALAM PERLEMBAGAANSebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, agamaIslam adalah agama Persekutuan. Menurut perkara 3(1) ;Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain bolehdiamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagianPersekutuan.

    F

    Walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama bagiPersekutuan, terapi tidak wujud di dalam perlembagaan sam peruntukanpenubuhan Mahkamah Syariah kecuali perlembagaan memperuntukkankepada Negeri-negeri untuk mentadbir undang-undang Islam khasnyaundang-undang diri dan keluarga.

    Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi Mahkamah Syariah mempunyaibidang kuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam sahaja. Bidangkuasa yang diperuntukkan hanya mengenai mana-mana perkara yangtermasuk dalam Jadual Kesembilan Senarai Il-Senarai Negeri dan tidakmempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan kecuali setakat yang diberi olehundang-undang Persekuruan. Mahkamah Syariah tidak diletakkan di bawah

    G

    H

    I

    4 Kes[umaaton @ Zaiton bt Hj Awang &SL lwn Raja Hizaruddin b Raja Nong Chik 1997 (3Kanun) ms 224.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    5/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia lvii

    A pentadbiran Persekutan (kecuali Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurdan Labuan), lanya terpisah dari Mahkamah Sivil dan tidak di bawahpenyeliaan Ketua Hakim Negara.>

    Selepas merdeka status Mahkamah Syariah telah diubah menjadiB mahkamah negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

    bahawa kuasa kehakiman Persekutuan terletak kepada:(a)(b)(c)

    Mahkamah Persekutuan;Mahkamah-mahkamah Tinggi; danMahkamah-mahkarnah Rendah (Mahkamah Sesyen, MahkamahMajistrer, Mahkamah Penghulu).

    c

    F

    Undang-undang Persekutuan mengenai susunan dan kuasa mahkamahseperti yang terdapat di dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan AktaMahkamah Rendah 1948 tidak menyebut Mahkamah Syariah. Kuasasebaliknya diberi kepada negeri-negeri untuk membuat undang-undangmengenai penubuhan, pentadbiran dan prosedur Mahkamah Syariah yanghanya mempunyai bidang kuasa yang terhad.v

    Keadaan ini menyebabkan setiap negeri membuat dan meluluskan undang-un dang Islam yang tersendiri sehingga menyebabkan ketidakseragamanperuntukan antara negeri-negeri, Perkara 74(2) memperuntukkan kuasaBadan Perundangan Negeri membuat undang-undang seperti mana yangterdapat di dalam Perlembagaan:

    Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan PerundanganNegeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, BadanPerundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-manaPerkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yangdinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

    D

    E

    G Walaupun kerajaan negeri berhak membuat undang-undang Islam namun,Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bidang kuasa MahkamahSyariah dan had undang-undang Islam yang dilaksanakan di dalam negeri-negeri di Malaysia. Jadual ke Sembilan Senarai Il-Senarai Negerimemperuntukkan bahawa perkara-perkara berikut adalah dalam bidang kuasanegeri iaitu:

    Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut

    H

    I5 YM Dato' Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman, (KeruaHakim Syarie, jabatan KehakimanSyariah Malaysia), Seminar Amarabangsa Sistern Kehakiman Islam, Dim Perkembangaan

    Terkini Mahkamah Syariah di Malaysia, di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur, pada 8-9Iun 1999, ms 4.

    6 Ibid, ms 147.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    6/28

    lviii Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi hartaberwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, penceraian, maskahwin,nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,pembahagian harta dan amanah bukan khairat ; Wakaf Islam dan ta'arif sertaperaturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugamaIslam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan,kesemuanya sekali dalam Negeri ; 'adat isti'adat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ul-mal atau hasil ugama Islam yang seumpamanya ; masjid atau mana-mana tempatsembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadaprukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalamSenarai Persekutuan ; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syari' ah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yangtermasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenaikesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan ;mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yangmenganut ugama Isla; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikaddan 'adat isti'adat Melayu.

    A

    B

    c

    D

    Bagi Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan undang-undang mengenai hukum Syarak termasuk undang-undang diri dan keluargabagi orang-orang yang menganut Islam boleh dibuat oleh ParIimen dandiletakkan dalam senarai Persekutuan. Namun statusnya masih sarna denganundang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri dan ia tidakboleh dikuatkuasakan jika berIawanan dengan peruntukan yang dibuat olehundang-undang bertulis lain yang berbentuk sebuah Akta.

    Berdasarkan kepada perkara di atas, jelas menunjukkan bidang kuasaMahkamah Syariah terhad kepada undang-undang diri dan keluarga sertasedikit dalam perkara jenayah terhadap orang-orang Islam sahaja. MahkamahSyariah tidak diberi kuasa secara meluas untuk menjatuhkan sesuatuhukuman, kuasanya adalah dikawal oleh ParIimen. Parlimen telahpunmelaksanakan Akta yang menghadkan bidang kuasa jenayah MahkamahSyariah yang dikenali dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah)(Pindaan) 1984, yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahunpenjara atau denda tidak melebihi RM5,OOO atau rotan tidak melebihi enamkali atau mana-mana campuran hukuman tersebut. Kedudukan bidang kuasajenayah yang terhad inilah yang menyebabkan usaha Kerajaan Negeri Kelantanmemperkenalkan hukuman hudud dalam Kanun Jenayah Syariah (II) tidakboleh dikuatkuasakan kerana ia bertentangan dengan PerIembagaanPersekutuan.

    E

    F

    G

    H

    I

    Di antara contoh diskriminasi yang perlu disedari oleh masyarakat ialahpengiktirafan Mahkamah Sivil sebagai Mahkamah Awam dan lebih utamaberbanding Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil terpakai ke atas semua orang

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    7/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia lix

    B

    berbanding Mahkamah Syariah yang dikhususkan kepada orang Islam?Sekiranya Mahkamah Syariah tidak dapat berjalan dengan baik berdasarkanbidang kuasanya yang telah terhad, maka sudah tentulah undang-undangkeluarga Islam tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru itulah,perlunya ada reformasi dalam sistem pentadbiran undang-undang di Malaysiasupaya pengaruh Inggeris yang memperkenalkan dua institusi kehakiman yangberasingan dapat dihapuskan.

    A

    cPENGHAPUSAN DISKRIMINASI SELEPAS PINDAANPERKARA 121(lA) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:REALITI DAN CABARAN

    F

    Pada tahun 10 Jun 1988, Kerajaan Persekutuan telah membuat pindaanterhadap Perlemhagaan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah, terkenaldengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta 704) Perkara 121. Perkara121(lA) hanya memberi bidang kuasa eksklusif terhadap Mahkamah Syariahjika diperuntukkan secara jelas di dalam sesuatu Enakmen atau Akta,Mahkamah Sivil juga dihalang dari membicarakan sesuatu kes yang terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Walau bagaimanapun, ianya tidak menjadikan sesuatu peruntukan yangberlawanan dengan prinsip-prinsip Syarak yang diluluskan oleh Parlimen akanterbatal dan status undang-undang Islam masih tetap sehagai undang-undangnegeri. Selain itu, sunguhpun peruntukan sedemikian memberikan hak yanglebih kepada Mahkamah Syariah dan menandakan tiada lagi gangguandaripada Mahkamah Tinggi, namun ia masih boleh dipersoalkan sdagimanaundang-undang bertulis lain yang tidak relevan ke atas penganut agama Islammasih lagi berkuat kuasa ke atas mereka.

    D

    E

    G Keberkesanan Perkara Pindaan 121(lA)

    H

    Keberkesanan pindaan perkara 121(IA) Perlembagaan Persekutuan dapatdilihat di dalam kes .M ohamed Habibu llah b in Mahmood lwn Faridah b t Dato'Talib" Dalam kes ini, responden yang telah berkahwin dengan perayu telahmemohon pembubaran perkahwinannya di Mahkamah Syariah KualaLumpur di bawah Akta Undang-Undang Kduarga Islam (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1984. Oleh kerana kes itu lambat diselesaikan dan untukmengelak gangguan dari suaminya (perayu) maka responden telah memfailkanguaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap suaminya denganmenuntut ganti rugi dan injunksi oleh kerana perbuatan serangan dan serangsentuh yang dilakukan oleh defendan-perayu.

    7 Lihat s 3(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.8 [1992] 2 MLJ 793 dan [1993] 5 Kanun,

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    8/28

    Ix Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRDi Mahkamah Tinggi, peguam bagi pihak perayu telah berhujah bahawa

    Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan iruatau menggeluarkan injunksi interlocutori oleh sebab kedua-dua pihak adalahberagama Islam. Oleh itu, prosiding berhubung undang-undang keluargaIslam hanya terdapat di Mahkamah Syariah, dan Mahkamah Syariah sahajalahyang mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan mengikut fasal(IA)Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Peguam pihak perayu juga telahberhujah bahawa tuntutan responden terhadap suaminya di dalam perkara tortadalah dilarang berrdasarkan s 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957.

    Sebelum membuat keputusan, hakim yang arif Mahkamah Tinggi telahmenentukan soalan-soalan seperti berikut:

    A

    B

    c(a) sarna ada mahkamah mempunyai bidang kuasa memberi keputusan ke

    atas tuntutan plaintif (responden), oleh kerana ia melibatkan perkarayang terjatuh di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    (b) sarna ada plaintif (responden) boleh membawa tindakan ini terhadapdefendan (perayu) apabila s 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957melarang seorang isteri mendakwa suaminya di dalam perkara tort

    D

    Setelah rneneliti hujah kedua-dua belah pihak, hakim yang arifMahkamah ETinggi telah memutuskan bahawa beliau mempunyai bidang kuasa mendengarkes itu walaupun s 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami tidak terpakai. Oleh itutuntutan plaintif-responden diterima oleh mahkamah. Perayu kemudiannyatelah membuat rayuan di Mahkamah Agong bagi menafikan bahawaresponden mempunyai hak menuntut ganti rugi dan injunksi terhadap suami Fdari melakukan serang sentuh. Di Mahkamah Agong, hakim telahmemutuskan seperti berikur:(1)

    (2)

    Tujuan Parlimen mengadakan perkara 121(1A) PerlembaganPersekutuan ialah menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Tinggi dan mahkamah di bawahnya (Mahkamah Sivil)mengenai apa-apa perkara yang terjatuh dalam bidang kuasaMahkamah Syariah. Oleh kerana iru apabila ada cabaran kepada bidangkuasa Mahkamah Tinggi, pendekatan yang betul ialah melihat sarnaada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan bukannya sarnaada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuatundang-undang itu yang memberi bidang kuasa kepada MahkamahSyariah.Pihak-pihak di dalam kes ini adalah orang Islam. Mereka adalah suamiisteri dan tuduhan serangan dan serang sentuh itu dibuat di dalam masaperkahwinan mereka. Kedua-dua pasangan sedang menunggukeputusan tuntutan penceraian di Mahkamah Syariah. Sebenarnyaperbuatan-perbuatan yang diadukan oleh responden-plaintif termasukdi dalam s 127 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-

    G

    H

    I

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    9/28

    A

    B

    c

    D

    E

    F

    G

    H

    I

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap PerlaksanaanUndang-undang Keluarga DiMalaysia lxi

    (3)

    Wilayah Persekutuan) 1984. Oleh itu, Mahkamah Syariah mempunyaikuasa menggeluarkan injunksi di bawah s 107 Akta 303. Oleh itu,Mahkamah Syariah telah diberi bidang kuasa mengenai perkara yang dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes ini.Oleh kerana perayu-defendan dan responden-plaintif adalah suamiisteri dan tuduhan serangan dan serang sentuh itu bukan berkaitandengan perlindungan atau keselamatan harta, tuntutan respondendihalang oleh s 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957 darimendakwa perayu.Atas fakta-fakta di dalam kes ini Mahkamah Tinggi tidak mempunyaibidang kuasa mendengar dan memutuskan tindakan responden untukmendapat ganti rugi bagi serangan dan serang sentuh terhadapsuaminya. Mahkamah Tinggi juga tidak mempunyai bidang kuasamembuat perintah injunksi berkaitan perkara itu. Oleh itu, perintahinjunksi sementara hendaklah dibubarkan dan permohonan untukmembatalkan writ dan penyataan tuntutan dibenarkan.?

    ( 4 )

    Selepas kes ini diputuskan, Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa ke atas perkara yang telah diperuntukkan secara bertulis dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil juga tidak mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes keganasan rumahtangga antara suami dan isteriapabila pihak-pihaknya orang Islam.

    Isu yang ingin dibangkitkan di sini adakah pindaan perkara 121(1A)memberi jaminan bahawa Mahkamah Sivil tidak campur tangan di dalambidang kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah. Pada pandangan penulis,walaupun kerajaan telah membuat pindaan di dalam perkara 121Perlembagaan Persekutuan dengan menambah klausa(1A) tetapi diskriminasiterhadap undang-undang Islam di Malaysia masih lagi berterusan selagimanaperuntukan di dalam perkara 4(1) dan undang-undang bertulis lain yangberlawanan dengan peruntukan perkara 121(lA) tidak dipinda.'? Keadaan inijuga menyebabkan undang-undang keluarga Islam sering kali dicabar olehundang-undang bertulis lain, yang masih berkuat kuasa di Malaysia. I I

    Diskriminasi dalam perkara 4(l) jelas menunjukkan bahawa Perlembagaanadalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang dibuatselepas Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan maka ianya terbataldan tidak boleh dikuatkuasakan. Oleh itu, kedudukan undang-undang Islam

    9 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia, InstirutKefahaman Islam Malaysia (IKlM), Kuala Lumpur, 1997, ms 399-402.

    10 Ke: Sukma Darmawan Sasmitaat Madja lwn Ketua PengarahPenjara 6-Anor [1999] 2 MLJ24l.11 Seksyen 51, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    10/28

    Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRxiidan keluarga Islam di semua negeri mesti selaras dengan peruntukan tersebut.Adalah dicadangkan supaya peruntukan ini dipinda dengan menyebut bahawaal-Quran dan al-Sunnah adalah undang-undang tertinggi dan mana-manaundang-undang lain yang berlawanan dengan kehendak Syarak hendaklahdianggap terbatal.

    Selain itu, jika diperhatikan diskriminasi terhadap undang-undangkeluarga Islam juga dapat dilihat di dalam jadual Kesembilan Senarai 11-Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini menyebabkanundang-undang Islam hanya diistilah sebagai undang-undang diri, manakalaundang-undang awam di bawah bidang kuasa kerajaan Persekuruan.Peruntukan ini telah menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah terletak dibawah bidang kuasa negeri dan Dewan Undangan Negeri boleh membuatundang-undang berkenaan hal ehwal agama Islam kecuali di Wilayah- WilayahPersekutuan. Walaupun Parlimen di beri kuasa meluluskan undang-undangIslam di Wilayah-Wilayah Persekutuan namun status Akta yang dibuat olehParlimen hanyalah dianggap sebagai Enakmen negeri kerana peruntukannyatermasuk dalam Jadual Kesembilan Senarai II-Senarai Negeri.

    lanya boleh dicabar jika keputusan sesuatu penghakiman bercanggahdengan peruntukan-peruntukan di dalam Akta dan undang-undang bertulislain yang berbidang kuasa ke atasnya. Jadual Kesembilan Senarai II-SenaraiNegeri sebenarnya perlu diletak sebagai senarai bidang kuasa Persekutuansupaya kedudukannya lebih tinggi dan tidak mudah dicabar oleh mana-manaAkta. bidang kuasanya juga perlu ditambah supaya ia setanding denganMahkamah-mahkamah Awam (Sivil).

    A

    B

    c

    D

    E

    F

    Ketidakberkesanan pindaan perkara 121 (lA)Dalam kajian seterusnya, penulis akan melihat kepada kes yang menunjukkanbahawa Mahkamah Tinggi masih mencampuri bidang kuasa Mahkamah GSyariah, walaupun selepas penguatkuasaan pindaan perkara 121 (lA)Perlembagaan Persekutuan pada 10 Jun 1988. Misalnya dalam kes Ng w a nChan lwn M ajlis Agam a Islam W ilayah Perseku tuan ,12 plaintif merupakan balukepada si mati yang telah meninggal dunia pada 2 Mei 1991. Dia memohonsatu perisytiharan bahawa si mati adalah seorang penganut agama Budha Hsepanjang hayarnya dan pada masa kematiannya. Semasa perbicaraan, suatupermohonan telah dibuat untuk mendapatkan injunksi interlokutori terhadappenentang kedua supaya tidak menghantar mayat si mati kepada sesiapapunmelainkan kepada plaintif dan terhadap penentang pertama supaya tidakmengambil mayat si mati atau campur tangan dengan penghantaran mayat si Imati oleh penentang kedua kepada plaintif

    12 [1991] 3 MLJ 487.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    11/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap PerlaksanaanUndang-undang Keluarga DiMalaysia Ixiii

    B

    Peguam bagi penentang pertama mengemukakan suatu bantahanpermulaan dan mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang mendengarkes ini untuk melayan tuntutan plaintif. Menurut hujah peguam bagipenentang pertama, ini adalah suatu kuasa atau perkara di bawah bidang kuasaMahkmah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi(Kuala Lumpur) perlu memutuskan isu sarna ada perkara tersebut termasukdalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau sebaliknya.

    Hakim Yang Arif Eusoff Chin memutuskan bahawa bantahan permulaanoleh peguam penentang pertama tersebut harus ditolak. Menurut beliau, isusarna ada si mati adalah seorang Islam atau bukan pada masa kematiannyatidaklah termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 45(2)dan (3) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor 1952memberi bidang kuasa Mahkamah Syariah di atas perkara-perkara yangdinyatakan di situ dan ini tidak termasuk bidang kuasa untuk memutuskansarna ada seseorang itu beragama Islam atau bukan pada masa kematiannya.Oleh itu, Mahkamah Syariah tidak berbidang kuasa kerana peruntukannyatidak diberi secara jelas oleh undang-undang tetapi sebaliknya MahkamahTinggi yang mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan kes ini.!>

    A

    c

    D

    E DISKRIM INASI D ! DALAM AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHW INAN DAN PENCERAIAN) 1976

    FMenurut s 51(1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan danPenceraian) 1976 yang terpakai kepada orang bukan Islam memperuntukkan:Jika satu pihak kepada suatu perkahwinantelah masuk Islam,pihakyangsatu lagiitu yang tidak masuk Islamboleh mempetisyenuntuk penceraian:

    Dengan syaratbahawatiada sesuatupetisyendi bawahseksyenini bolehdiarahkansebelum tamar tempoh rigabulan dari tarikh masuk Islamitu.G Peruntukan ini memperlihatkan bahawa pihak yang bukan Islam mempunyaiperuntukan undang-undang untuk memohon petisyen agar perkahwinannya

    dibubarkan di mana-mana Mahkamah Tinggi. Tambahan pula s 51(2) Akta1976 memberi bidang kuasa kepada pihak yang bukan Islam memohonnafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu,HMahkamah Syariah pula tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengarkes tersebut kerana salah satu pihak yang terlibat bukan terdiri dari orangIslam. Apa yang dibuat oleh Mahkamah Syariah hanyalah mengesahkan yang

    perkahwinan tersebut telah terungkai. Pihak yang memeluk Islam tidakmempunyai hak undang-undang untuk memohon petisyen agar

    13 Rozi Bainon, Wanita: Penghapusan Diskriminasi dar i P e rs pe ktif Islam dan Undang-UndangMalaysia, Dewan Bahasa dan Pusraka, Kuala Lumpur, 1999, ms 130.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    12/28

    m v Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRperkahwinannya dibubarkan oleh Mahkamah Syariah. Ini diperuntukkan didalam s 46(2) Akta Undang-Undang keluarga Wilayah Persekutuan 1984seperti berikut:

    Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam rnerneluk agamaIslam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasamembubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedernikian olehMahkamah.

    A

    B

    Selain itu, pihak yang memeluk Islam juga tidak boleh memfailkan petisyenuntuk pembubaran perkahwinan di bawah s 51 (1) Akta 1976 kerana ia hanyaterpakai kepada bukan Islam. Keadaan ini merupakan satu diskriminasiterhadap pihak yang memeluk Islam kerana mereka tidak mempunyai remedidari kedua undang-undang keluarga tersebut untuk memohon penceraian.Oleh itu, pihak yang memeluk Islam tidak boleh 'menamatkanperkahwinannya' selagi pihak yang satu lagi (bukan Islam) belum memfailkanpetisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Tinggi. 14

    Walaupun pihak yang tidak memeluk agama Islam berhakmempetisyenkan penceraian tetapi mereka hendaklah menunggu sehinggatempoh tiga bulan dari tarikh pihak yang satu lagi memeluk Islam. Isu yangingin dibangkitkan di sini apakah akan terjadi sekiranya pihak yang tidakmemeluk Islam ingin berterusan di dalam perkahwinan dan ridakmempetisyenkan penceraian. Persoalannya adakah mana-mana mahkamahboleh membuat perisytiharan bahawa perkahwinan tersebut telah ditamarkanoleh sebab berlainan agama.

    Hakikat ini sebenarnya menampakkan dengan jelas wujudnya diskriminasiterhadap orang Islam dan undang-undang keluarga Islam. Peruntukan iniadalah bertentangan dengan kehendak Syarak yang menghukumkan bahawaperkahwinan yang terdahulu dikira batal dan ditamatkan apabila salah satupihak daripada perkahwinan itu memeluk Islam tanpa diikuti oleh pihakseorang lagi sarna ada suami atau isteri. Perkahwinan juga dianggap telah tam atsekiranya salah seorang dari pasangan itu telah keluar dari agama Islam.

    Dalam kes Esw ari V isuvalingam lwn G overnm en t of M alaysia, 15 MahkamahAgong memutuskan perayu tetap berhak mendapat pencen dari mendiangsuaminya (Visuvalingarn) yang telah meninggal dunia walaupun suaminyatelah memeluk Islam kerana beliau (perayu) tidak mengemukakan petisyenpenceraian di mahkamah. Dengan itu, tiada keterangan yang membuktikan

    c

    D

    E

    F

    G

    H

    I14 Ahmad Hidayat Buang, Undang-Undang Islam Di Mahkamah-Mahkamah Syariah DiMalaysia, Dim Mohamed Azam Mohamed Adil, Kesan dan Implikasi Pertukaran Agama

    Dalam Perundangan Malaysia, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi PengajianIslam, Kuala Lumpur, 1998, ms 34-35.

    15 (1980) 1 MLJ 10.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    13/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga OiMalaysia Ixv

    A yang perkahwinan mereka sudah dibubarkan.Dalam kes Letchumy lwn Ramadason ,16 mahkamah relah memutuskanbahawa Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan penceraian)

    1976 terpakai bagi orang Islam sekiranya alasan penceraian menurut s 51(1)B AMU dan serentak dengan itu permohonan boleh dibuat untuk mendapatkanpenyelesaian mengenai nafkah, penjagaan anak dan pemeliharaan.

    Dalam kes ini pempetisyen iaitu isteri mendapat dekri penceraian atasalasan peninggallangsung. Beliau kemudiannya memohon kepada mahkamah

    c untuk mendapatkan nafkah di bawah s 77 AMU 1976. Mahkamah yangmembicarakan kes mernutuskan sungguhpun s 3(3) AMU 1976 terpakaiterhadap seorang suami yang beragama Islam tetapi pemakaiannya terhadkepada s 51(1) AMU 1976 dan mahkamah boleh membuat perintahsampingan di bawah s 51(2) AMU 1976 jika penceraian dengan alasan

    D memeluk agama Islam.17Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa bidang kuasa yang

    diberikan kepada Mahkamah Sivil adalah lebih tinggi dan mengatasiperuntukan yang diberi kepada Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian,E seharusnyaAkta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan penceraian)

    1976 dipinda dan memberikan ruang serta hak kepada pihak yang memelukIslam memohon kepada pembubaran perkahwinan tersebut di MahkamahSyariah atau di Mahkamah Sivil. Dicadangkan juga jika suatu pihak memelukIslam dan pihak yang lain enggan berbuat demikian, perkahwinan mereka

    F telah menjadi pecah belah yang tidak boleh dipulihkan dan ini membolehkanmana-mana pihak memohon penceraian seperti yang diperuntukkan di dalams 53 AMU 1976.18Di samping itu juga, hak yang diberikan kepada Mahkamah Sivil untuk

    G membicarakan kes-kes yang berbangkit daripada pembubaran perkahwinantersebut seperti hadanah, nafkah dan sebagainya harus turut sarna diberikankepada Mahkamah Syariah kerana ia adalah berkait rapat dengan hak yangdiperolehi oleh individu muslim.

    H DISKRIMINASI DI DALAM AKTA PENJAGAAN KANAK-KANAK 1961Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia

    I16 [1984]1 MLJ 143.17 Samsuddin Suhor, Panduan Ringkas Akta Membaharui Perkahwinan dan Penceraian 1976,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, ms 78.18 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia, Institut

    Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, 1997, ms 399-402.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    14/28

    lxvi Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRsahaja. Seksyen 1(2) Aha 1961 memperuntukkan bahawa Aha ini tidakterpakai dalam mana-mana negeri kepada orang-orang Islam sehinggalah Aktaini diterima pakai sebagai sebuah undang-undang yang dibuat oleh badanperundangan negeri berkenaan, serta dengan syarat, Akta ini tidak bercanggahdengan agama Islam atau adat orang-orang Melayu. Ini bererti, pemakaianAkta ini kepada orang-orang Islam dalam apa-apa juga konflik yang timbulantara undang-undang Islam dengan peruntukan Akta, undang-undang Islamhendaklah diuramakan.i? Persoalannya di sini sejauhmanakah Akta PenjagaanKanak-Kanak 1961 berlawanan dengan undang-undang keluarga Islam.

    Seksyen 2(1) mendefinisikan kanak-kanak sebagai seorang yang belummencapai umur dewasa. Seksyen 2(2) pula menyatakan umur dewasa sebagai18 tahun bagi orang Islam dan 21 tahun bagi orang yang bukan Islam. Hakatau tugas seorang penjaga kepada seorang kanak-kanak itu termasuklahmenjaga diri dan harta kanak-kanak tersebut. Ini meliputi perkara-perkaraseperti bantuan, kesihatan dan pendidikan. Peruntukan ini secara umumnyaadalah bertentangan dengan hukum Syarak yang mengatakan bahawa umurdewasa atau baligh bagi seseorang kanak-kanak ialah setelah datangnya haidbagi kanak-kanak perempuan dan keluar mani bagi kanak-kanak lelaki.

    A

    B

    c

    D

    K esan Terhadap Hak Penjagaan EIsu yang ingin dibangkitkan di sini ialah setakat manakah Akta PenjagaanKanak-Kanak 1961 masih terpakai dalam kes yang melibatkan orang Islam.Jika diperhatikan Akta ini memberi implikasi yang besar terhadap pasangan,sekiranya ia melibatkan salah saru pihak menganut agama Islam dalammemohon penjagaan anak. Mahkamah Sivil tidak mengambil kira faktoragama di dalam memberi hak penjagaan terhadap anak terapi melihat kepadakebajikan anak. Masalahnya akan timbul jika penjagaan terhadap kanak-kanakakan diberikan kepada pihak ibu atau keluarganya yang tidak memeluk Islam.

    Sebelum pindaan perkara 121(lA) kebanyakan kes penjagaan diputuskanoleh Mahkmah Sivil. Misalnya dalam kes Myriam lwn Mohamed Ariff-? , iaitumengenai permohonan untuk jagaan dua orang kanak-kanak, seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dan seorang lelaki, berumur tigatahun. Pada masa penceraian, Kadi telah merekodkan suatu perintahpersetujuan untuk memberi jagaan kedua-dua kanak-kanak tersebut kepada sibapa. Selepas bercerai, si ibu telah berkahwin semula dengan seorang lelakiyang bukan muhrim kepada kanak-kanak ini.

    Isu yang timbul ialah sarna ada permohonan boleh dibuat di Mahkamah

    F

    G

    H

    I

    19 Rozi Bainon, Wanita: P enghapusan D iskrim lnasi dari P erspekti/ Islam dan U ndang- U ndangMalaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, ms 106.

    20 [1971) 1MLJ 265.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    15/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia lxvii

    A Tinggi dengan mengetepikan perintah persetujuan (c on sent o rd er ) yang telahdibuat oleh Kadi? Adakah Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 terpakai kepadamereka yang beragama Islam? Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskanbahawa, tanpa menghiraukan perintah Kadi, pemohon (Myriarn) bolehmembuat permohonan itu dan Mahkamah sivil boleh mendengarpermohonan tersebut.

    cMengikut Guardianship ofInfants Act 1960, yang terpakai pada waktu itu,

    keputusan mengenai penjagaan anak mestilah dibuat berasaskan kepadakepentingan dan kebajikan anak-anak itu sendiri. Maka, dengan berasaskankepada kehendak undang-undang tersebut hakim telah memutuskan bahawahak penjagaan anak lelaki berkenaan diberi kepada ibunya, semen tara hakpenjagaan ke atas anak perempuan pula diberikan kepada bapanya. Dengankeputusan tersebut, keputusan Kadi berkenaan telah diketepikan.

    F

    Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 telah diterima oleh BadanPerundangan negeri Selangor melalui s 2 Guardianship of Infants (Adoption)Enactment 1961 (n No 6 of 1962). Menurut undang-undang keluarga Islam,hak hadanah atau penjagaan seorang ibu ke atas anak-anaknya akan hilang jikaia berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengankanak-kanak itu. Walau bagaimanapun s 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 adalah terpakai di sini dan tiada apa-apa peruntukan yangbercanggah dengan agama Islam atau adat istiadat orang-orang Melayu.

    Walau bagaimanapun kedudukan yang janggal ini telah sedikit sebanyakdiperbetulkan oleh pindaan baru yang melibatkan perkara 121 PerlembagaaanPersekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akra A 704). Inibererti Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusifke atas perkara-perkara hukum Syarak, undang-undang diri dan keluarga bagi orang yangmenganut Is lam .> '

    D

    E

    G Sungguhpun selepas pindaan perkara 121 (lA), Mahkamah Sivilnampaknya masih mempunyai bidang kuasa terhadap kes penjagaan anakkerana Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 boleh dig una pakai ke atas orangIslam. Misalnya dalam kes Shaham in Faizu l K ung b in Abdu llah lwn Asma bin tiH aji Ju nu s 22, yang dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi yang bersidangdi Pulau Pinang. Kes ini mengenai hak jagaan seorang kanak-kanak lelakiberumur enam tahun. Pemohon adalah si bapa; dan ibu kepada kanak-kanakberkenaan telah meninggal dunia. Beliau memohon suatu w rit hab eas corpusberkenaan anak itu yang berada dalam jagaan penentang, iaitu nenek sebelahibu kanak-kanak itu, Pihak-pihak adalah beragama Islam.

    H

    I

    21 Rozi Bainon, Wanita:P enghap usan D iskrim inasi da ri P crsp ektif Islam d an U nd ang -U ndan gMalaysia, Dewan Bahasadan Pustaka, KualaLumpur, 1999, ms 126-127.

    22 [1991]3 MLJ 327.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    16/28

    Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRxvi i iPeguam bagi pihak penentang berhujah bahawa Mahkamah Tinggi Pulau

    Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan permohonan si bapa.Ini kerana hanya Mahkamah Kadi atau Kadi Besar yang ditubuhkan di bawahEnakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Pulau Pinang 1959 sahaja yangmempunyai bidang kuasa menyelesaikan perkara itu. Isunya atas peruntukanmanakah Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikanmasalah itu,

    A

    B

    Hakim Edgar Joseph Jr mernutuskan bahawa Mahkamah Tinggimempunyai bidang kuasa menyelesaikan permohonan itu atas dua alasan.Alasan pertama ialah s 40(3) Enakmen Pentadbiran Undang-undang IslamPulau Pinang 1959 tidak memberikan bidang kuasa eksklusif kepadaMahkamah Kadi Besar dalam perkara mengenai hak penjagaan kanak-kanakberagama Islam. Alasan kedua ialah penggubal undang-undang jelas berniatuntuk mengambil terus bidang kuasa Mahkamah Tinggi berhubung apa-apaperkara yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.23 Ini menyebabkanperuntukan hak penjagaan anak ridak dapat dikuatkuasakan di MahkamahSyariah kerana berlawanan dengan s 4 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

    c

    D

    Kesan Terhadap Pemelukan Agama Islam ESelain itu, Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 juga memberi implikasi kepadakanak-kanak bukan Islam yang ingin memeluk Islam kerana terikat denganagama penjaganya selagi belum mencapai umur dewasa. Di Malaysia, AktaUmur Majoriti 1961, meletakkan umur rnajoriti (dewasa) bagi orang Islamialah 18 tahun dan bagi bukan Islam ialah 22 tahun. F

    Oleh itu, secara umumnya agama bagi seseorang di bawah umur 18 tahunditentukan oleh ibubapa atau penjaganya kerana mengikut Akta PenjagaanKanak-Kanak 1961. Implikasi dari peruntukan ini menyebabkan seseorangkanak-kanak bukan Islam yang ingin memeluk Islam pada ketika umur dibawah umur 18 tahun tidak layak memeluk Islam kecuali setelah mendapatpersetujuan dari ibubapa atau penjaganyanya.P

    G

    Dalam kes T eoh Eng Huat lwn Kadi Besar Pasir Mas 25 Mahkamah Agongtelah memutuskan bahawa kemasukan anaknya, Susie Teoh ke dalam agamaIslam adalah tidak sah. Mahkamah mengambilkira peruntukan di dalamperkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Umur Majoriti 1961menyebabkan seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun tidak bolehmemeluk agama Islam dan agama-agama lain tanpa persetujuan ibubapa atau

    H

    I23 Rozi Bainon, W ttn ita: P eng hapu san D iskrim inasi da ri P erspektifIslam da n Undang-Undang

    Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, ms 130-131.24 Ahmad Hidayat Buang, Ibid, ms 36.25 [1990]2 MLJ 399.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    17/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia I:xix

    B

    penjaganya kerana agama seseorang di bawah 18 tahun adalah ditentukan olehibubapa dan penjaganya.

    Menurut Mimi Kamariah Majid isu yang boleh dibangkitkan ialah setakatmanakah Akra Penjagaan Kanak-Kanak 1961 masih terpakai dalam kes yangmelibatkan orang Islam memandangkan adanya pindaan perkara 121(1A)Perlembagaan Persekutuan pada 10Jun 1988. Perlembagaan menyatakan yangmahkamah-mahkamah yang disebut dalam fasal(1) iaitu Mahkamah Sivil,tidak mempunyai bidang kuasa dalam mana-mana perkara yang terjatuhdalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. lni bermakna jika pihak-pihakberagama Islam dan perkara berkenaan menyentuh undang-undang keluarga,maka Mahkamah Syariah akan mempunyai bidang kuasa.

    Sebelum ini, jika pihak-pihak ingin mendapatkan keputusan di MahkamahTinggi mereka boleh menggunakan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 danjika tidak, mereka (jika kedu-dua pihak beragama Islam) boleh menggunakanEnakmen negeri masing-masing dan mendapatkan keputusan dari MahkamahSyariah. Ini menimbulkan dua kelompok kes berkaitan dengan jagaan danpenjagaan yang melibatkan pihak-pihak beragama Islam, iaitu sam kelompokkes keputusan dari Mahkmah Tinggi dan sam kelompok kes keputusan dariMahkamah Syariah. Keputusan kedua-dua ini tidak perlu secocok atau sealiranpendapat kerana ia tidak saling ikat-mengikat. Keadaan ini sudah pasti tidakmemuaskan terhadap semua masyarakat yang inginkan keadilan. 26

    A

    c

    D

    E

    FNamun, dengan pindaan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan,

    semua kes perlu dibawa ke Mahkamah Syariah oleh penganut Islam. Tetapioleh kerana terdapat perumukan yang menyatakan ia boleh juga diguna pakaioleh orang Islam di dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 dan s 4 AktaMahkamah Kehakiman 1964 maka disarankan supaya Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 dipinda dengan membuatnya tidak terpakai kepada orang-orangIslam.G

    H

    Selain itu dicadangkan s 4 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 perludimansuhkan supaya ianya selari dengan pindaan perkara 121(lA)Perlembagaan Persekutuan. Nampaknya kedua-dua peruntukan ini masihdiguna pakai sehingga sekarang. Pada pandangan penulis selagi peruntukan-peruntukan ini ada, selagi itulah Mahkamah Tinggi akan memutuskan iamempunyai bidang kuasa dan inilah dikatakan sam diskriminasi terhadapundang-undang keluarga Islam di MalaysiaY

    IDISKRIM INASI DI DALAM AKTA KETERANGAN 1950

    26 Mimi Kamariah Majid, Undang-Undang Keluarga di Malaysia, Butterworth Asia, KualaLumpur, 1992, ms 135-136.

    27 Kes Sbahamin Faizul Kung bin Abdullah lwn Asma binti Haji funus [1991] 3 MLJ 327.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    18/28

    Ixx Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRDi Malaysia, keadaan di bawah common law terpakai melalui s 112 AktaKeterangan 1950 jelas menunjukkan ianya satu diskriminasi terhadap un dang-undang keluarga Islam. Seksyen 112 Akta Keterangan 1950mernperunrukkan:

    Nyataan mana-mana orang telah dilahirkan semasa perjalanan suatu perkahwinanyang sah di antara ibunya dan mana-mana orang lelaki, atau dalarn tempoh 280 hariserelah pembubarannya, ibunya masih ridak berkahw in, hendaklah buktimuktamad bahawa dia ialah anak sah taraf lelaki itu, kecuali dibuktikan pihak-pihak kepada perkahwinan tidak mempunyai akses di antara satu sarna lain padabila-bila masa apabila anak itu dikandung

    Mengikut Mazhab Syafie pula anak yang lahir dari sesuatu perkahwinan yangsah akan dikira sebagai anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada lelakitersebut jika ianya lahir selepas en am bulan dari tarikh perkahwinan. Selain ituMazhab Syafie juga telah menetapkan anak yang lahir dikira anak sah tarafjikaianya dilahirkan dalam masa empat tahun selepas sesuatu perkahwinan tamatdan ibu tidak berkahwin lain.28

    A

    B

    c

    D

    Konflik yang timbul di sini ialah peruntukan di dalam s 112 Akraketerangan 1950 terus digunakan oleh Mahkamah Sivil dalam memutuskankes yang berkaitan dalam hal ehwal orang Islam, sehingga menimbulkanpersoalan bagaimanakah keadaannya jika kelahiran bayi tersebut adalahmelebihi tempoh 280 hari (9 bulan 9 hari) sedangkan jika dirujuk kepadaMazhab Syafie, ternpoh hamil yang maksimum ialah empat tahun atausembilan haul atau dalam mazhab yang lain ialah selama satu tahun. Persoalandi sini adakah bayi seorang Islam yang lahir selepas 280 hari dikira anak yangtidak sah taraf

    E

    F

    Dalam kesAinan lwn SyedAbu Bakar29di Perak telah diputuskan mengikutkes di India, Sift Muhammad lwn Mohammad Hamid ,30 bahawa EnakrnenKeterangan adalah statut pemakaian am dan dalam persoalan sah taraf anaks 112 Akta Keterangan ianya terpakai kepada orang Islam dan menyingkirkankaedah undang-undang Islam.

    Walau bagaimanapun, pemakaian s 112 Akta Keterangan 1950 terhadaporang Islam telah dimansuhkan berikutan dengan pindaan perkara 121(1A)serta terdapat peruntukan yang jelas di dalam Akta serta Enakrnen Undang-Undang Keluarga Islam. Seksyen 110 Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan seperti berikut:

    Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan

    G

    H

    I28 Ahmad Ibrahim, U ndang-U ndang K eluarga Islam di M alaysia, Malayan Law Journal, Kuala

    Lumpur, 1999, ms 251.29 [1939] MLJ 209.30 AIR 1926 Allahabad589.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    19/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap PerlaksanaanUndang-undang Keluarga DiMalaysia lxxi

    B

    seoranganak lebih daripadaenam bulan qamariahdari tarikh perkahwinannyaituatau dalam rnasaempat tahun qarnariah selepasperkahwinannyaitu dibubarkansarnaadaolehsebabkernatianlelakiatauolehsebabpenceraian,dan perempuan itupula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkansebagai bapaanak itu, tetapi Idaki itu, dengan cara li'an atau kutukan, rnenafikan anak itusebagaianaknyadi hadapan Mahkamah

    Peruntukan seperti ini tdah diikuti di negeri-negeri, misalnya EnakmenUndang-Undang Keluarga Islam 1979, Kedah dalam s 99 sehingga s 108 danEnakmen Undang-Undang Kduarga Islam 1984, Perak di dalam ss 106sehingga 115. Dengan adanya peruntukan ini di bawah undang-un dangkduarga Islam di setiap negeri maka pernakaian Aha Keterangan 1950 ke atasorang Islam telah dihapuskan. Keadaan ini juga dapat dilihat di dalam s 131Aha Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997yang memperuntukkan seperti berikut:

    ApabilaAkta inimula berkuat kuasa,AktaKeterangan1950tidaklah terpakaibagiMahkamah.

    A

    c

    D

    DISKRIMINASI DI DALAM AKTA KONTRAK 1950KEMUNGKIRAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWINE

    F

    Diskriminasi di dalam undang-undang keluarga dapat dilihat di dalam kesNafiiah lwn Abdul Majid .31 Makamah Tinggi di Mdaka telah memutuskanbahawa ia mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan ganti rugi daripadakemungkiran perjanjian hendak berkahwin, walaupun pihak-pihak dalam kesitu adalah orang Islam. Sungguhpun pihak-pihak di dalam kes ini telahdihukum di Mahkamah Syariah kerana mengadakan perhubungan jenis luarnikah, Mahkamah Tinggi memutuskan perempuan yang telah melahirkanseseorang anak sdepas perhubungan dengan lelaki itu boleh rnendapat gantirugi kerana kemungkiran ldaki itu yang telah berjanji hendak berkahwindengannya.

    Perjanjian itu dianggap sebagai kontrak yang membolehkan ganti rugidiberi kerana kemungkiran kontrak itu. Oleh itu, Mahkamah Tinggi Melakatelah memutuskan tuntutan itu boleh dibuat sebagai kemungkiran kontrak dibawah Aha Kontrak 1950, dan oleh kerana dalam kes itu telah terdapatpembuktian yang cukup bahawa defendan telah mungkir janji, maka pihakplaintif berhak mendapat ganti rugi yang ditaksirkan berjumlah RMl,200.

    Isunya di sini kenapakah Mahkamah Tinggi Melaka masih memberi remedikepada seorang perempuan beragama Islam yang telah melahirkan seoranganak luar nikah. Persoalan juga timbul bagaimanakah ganti rugi tersebutditaksirkan dan apakah kaedah yang dipakai. Implikasi di sebalik keputusan

    G

    H

    I

    31 [1969]2 MLJ 174.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    20/28

    lxxii Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRkes ini membolehkan mana-mana pihak sarna ada Islam atau bukan Islammenuntut ganti rugi di Mahkamah Sivil akibat kemungkiran untuk berkahwindengannya, walaupun secara zahirnya mereka diibaratkan relah berkahwinkerana sudah berlaku perhubungan jenis.

    Oleh kerana itu, percanggahan telah timbul antara undang-undang Islamyang ditadbirkan di Mahkamah Syariah dan undang-undang sivil yangditadbirkan oleh Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun pada masa sekarangtuntutan kemungkiran perjanjian perkahwinan tidak boleh dibuat diMahkamah Sivil kerana perkara tersebut telah termasuk di dalam bidang kuasaMahkamah Syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai II-Senarai Negeri.Selain itu halangan juga terdapat dalam Perlembagaan selepas berkuatkuasanya pindaan perkara 121(lA) pada 1988.32

    A

    B

    c

    Semua negeri telah memasukkan peruntukan mengenai pertunangan danganti rugi kemungkiran perjanjian hendak berkahwin di dalam Enakmenmasing-masing. Misalnya Seksyen 15 Enakmen Pentadbiran Undang-UndangKduarga Islam 1985, Terengganu memperuntukkan seperti berikut:

    Jika seseorang sarna ada secara lisan atau secara bertulis telah mengikat perjanjianpertunangan mengikur Hukum Syarak dan kemudiannya enggan berkahwindengan pihak satu lagi tanpa sebab-sebab yang sah manakala pihak yang satu lagibersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir janji, jika lelaki,hendaklah membayar sebagai ganti mgi, jumlah maskahwin yang hams dibayaratau jika tidak ada perjanjian menetapkan jumlah maskahwin yang harus dibayar,jumlah yang mahkarnah menganggap munasabah mengikut Hukum Syarakbersarna dengan apa-apa wang yang telah dibelanja dengan suci hati oleh atau bagipihak perempuan untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu, atau jikaperempuan, memberi balik hadiah-hadiah pertunangan jika atau harganya danmembayar sebagai ganti rugi apa-apa wang lain yang dibelanja oleh lelaki itu ataubagi pihaknya untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan ganti rugi danhadiah-hadiah pertunangan atau nilainya boleh dituntut melalui tindakan dimahkarnah.

    D

    E

    F

    GPeruntukan yang sarna terdapat dalam Undang-Undang Keluarga Islam Perak1984 dalam s 13, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang1985 dalam s 15, Enakmen Undang-Undang Kduarga Islam Sdangor 1984dalam s 15 dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1984 dalam s 15. H

    I

    32 Ahmad Ibrahim, U ndang-U ndang K eluarga Islam di M alaysia, Malayan Law Journal, KualaLumpur, 1999, ms 251.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    21/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga OiMalaysia lxxiii

    A DISKRIMINASI DIRUMAHTANGGA 1994

    DALAM AKTA KEGANASAN

    F

    Akta ini digubal bertujuan untuk memberikan remcdi kepada mangsa-mangsapenganiayaan. Berikutan dengan tergubalnya Akta ini, selain daripadatindakan yang boleh diambil melalui undang-undang jenayah, seseorang isreriyang teraniaya juga boleh tidak dikira sarna ada muslim atau bukan muslimboleh mengambil tindakan melalui undang-undang Sivil untuk memohonperlindungan terhadap diri dan keselamatan hartanya.

    Walaupun begitu, pada peringkat awal penguatkuasaan Akta ini, seseorangisteri tidak boleh mengambil tindakan tort terhadap suaminya seperti yangdiperuntukkan di dalam s 9(2) Akta Perempuan Bersuami 1957 (Akra 450).Namun demikian, rentetan dari peristiwa Mohd H abibu llah bin Mahm ood lwnFaridah bt D ato' T alib ,33 Akta Perempuan Bersuami 1957 (Akta 450) telahdipinda pada 1994. Pindaan itu memperuntukkan bahawa seseorang isteriyang dianiayai sarna ada beragama Islam atau tidak, mereka diberi hakmengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya bagi memohonperlindungan untuk keselamatan diri serta hartanya. Dalam erti kata lainmereka telah mempunyai remedi untuk mengemukakan tindakan tort apabilaberlaku serangan atau ancaman daripada pasangannya.

    Serentak dengan pindaan itu, kerajaan telah mengubal satu undang-undang bagi menjamin perlindungan ke atas semua pihak iaitu dikenalisebagai Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521). Pemakaian Akra iniadalah meliputi peruntukan mengenai penganiayaan terhadap kanak-kanak,rernaja, isteri dan ibubapa sebagaimana yang dinyatakan di dalam s 2 Aktatersebut. Akta ini juga memberi injunksi yang penuh kepada mangsapenganiayaan sarna ada sebelum perbicaraan atau semasa perbicaraan tanpamengira pihak teraniaya terutamanya isteri memohon penceraian atau tidak.

    B

    c

    D

    E

    G Isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah Mahkamah Syariah tidak diberibidang kuasa untuk memberi remedi sementara menunggu penyiasatanrumahtangga dilakukan. Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasamengeluarkan tegahan gangguan atau injunksi setelah salah satu pihak daripasangan rersebut membuat permohonan penceraian atau dalam dalam masaperbicaraan di Mahkamah Syariah.

    Keadaan ini telah mengundang mangsa khususnya wanita Islam lebihcenderung membuat permohonan ke Mahkamah Sivil kerana tidak semuamangsa penganiyaan menginginkan penceraian. Dalam masa yang sarna jugaia menggambarkan keluasan bidang kuasa yang diberikan kepada MahkamahSivil berbanding Mahkamah Syariah sehingga menyebabkan kes yang menjadi

    H

    I

    33 [1990] 1MLJ 174.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    22/28

    lxxiv Shariah LawReports [2011] 2 ShLRbidang kuasa Mahkamah Syariah boleh dibawa ke Mahkamah Sivilbergantung atas kehendak pemohon sarna ada ingin bercerai ataupun tidak.

    A

    Oleh itu, adalah dicadangkan supaya peruntukan di dalam s 107 AktaUndang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984dipinda dengan membolehkan Mahkamah Syariah memberi tegahangangguan sarna ada dalam penyiasatan atau semasa perbicaraan hal ehwalsuami isteri. Peruntukan seperti ini membolehkan mana-mana pihak yangdianiayai oleh pasangan masing-masing memohon perintah injunksi diMahkamah Syariah walaupun tanpa prosiding perbicaraan.

    Penulis berpendapat, pindaan terhadap peruntukan ini amat penting bagimenghapus diskriminasi terhadap undang-undang keluarga Islam danmengelak dari berlakunya konflik ke atas pasangan yang beragama Islam sarnaada untuk membawa kes ke Mahkamah Syariah atau ke Mahkamah Sivil.Untuk menggelak dari berlaku konflik bidang kuasa, penulis mencadangkanjuga supaya s 4 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 tidak terpakai kepadamana-mana pasangan yang beragama Islam di Malaysia setelah s 107(1)dipinda.

    B

    c

    D

    DISKRIMINASI TERHADAP PERUNTUKAN HARTASEPENCARIAN DI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGAISLAM

    E

    Walaupun isu harta sepencarian ini melibarkan soal kehartaan, namunperbincangan mengenainya masih termasuk di dalam undang-undangkeluarga Islam. Misalnya s 58(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 telah memperuntukkan seperti berikut:Mahkamahadalahmempunyai kusa,apabilamembenarkanlafaztalaqatau apabilamembuat suatu perintah penceraian, memerintah supaya apa-apa aset yangdiperolehioleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersamamerekadibahagi antaramerekasupayamana-mana aset itu dijual dan hasil jualanitu dibahagiantara pihak-pihak itu,

    Harta sepencarian biasanya menjadi perbincangan akademik sarna ada iabersumberkan kepada undang-undang adat atau undang-undang Islam(hukum Syarak). Perbezaan pendapat dan pemakaian amalan pembahagianakan memberi kesan kepada mahkamah manakah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan membicarakan sebarang tuntutan mengenai hartaini sarna ada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Semasa pentadbiranpenjajah, biasanya rujukan harta ini adalah bersumberkan kepada undang-undang adat dan pertikaian harta boleh diselesaikan di Mahkamah Syariah.Sebab itu, meskipun selepas Merdeka sehinggalah peruntukan 121(lA)Perlemhagaan Persekutuan dikuatkuasakan, kuasa untuk mendengar danmembicarakan tuntutan harta ini masih dibuat di Mahkamah Sivil walaupunundang-undang bertulis yang digubal oleh kerajaan-kerajaan negeri jelas

    F

    G

    H

    I

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    23/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia lxxv

    A memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah.v'Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam kes Robertas lwn UmiKalthomt> Mohamad lwn Commimisioner of Lands, 36 dan Boto' lwn jaafor .37

    Semua tuntutan harta sepencarian di dalam kes ini dibicarakan di MahkamahB Sivil kerana ianya dianggap sebagai soal adat Mdayu dan bukan soal undang-

    undang Islam.Isu yang ingin dibangkirkan oleh penulis dan ianya perlu disedari oleh

    pengkaji uundang-undang ialah walaupun kerajaan negeri memberi bidangC kuasa kepada Mahkamah Syariah mengenai pembahagian harta sepencarian ke

    atas orang Islam, namun kesahihannya masih boleh dipersoalkan. Ini keranapembahagian harta sepencarian tidak dimasukkan dengan jelas di dalambidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang telah diperuntukkan di dalamJadual Kesembilan Senarai II-Senarai Negeri.

    Persoalannya di sini, di bawah undang-undang bertulis manakahMahkamah Syariah diberi hak membicarakan harta sepencarian sedangkanianya tidak diperuntukkan sebagai kuasa eksklusif yang telah diberi kepadabadan perundangan negeri. Oleh itu, walaupun selepas pindaan perkara

    E 121(lA) Mabkamah Sivil sebenarnya masih boleh membicarakan persoalanmengenai pembahagian harta sepencaraian. Jadi, untuk mengelak dariberlakunya konflik perundangan dan diskriminasi undang-undang kduarga dikemudian hari maka adalab dicadangkan di sini supaya pembahagian hartasepencarian dimasukkan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan,

    F Jadual Kesembilan Senarai II-Senarai Negeri.

    D

    DISKRIMINASI DI DALAM AKTA MAHKAMAH RENDAH1948 DAN AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964G Seksyen 109 dalam Akta Mahkamah rendah 1948 ini memperuntukkan

    bahawa:"[ika terdapat apa-apa pertentangan atau percanggahan di antara Akta ini danapa-apa undang-undang bertulis yang lain yang berkuat kuasa pada permulaanAkta ini, maka peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi".

    H Manakala s 4 dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sebagaimanaperuntukan di bawah s 109 yang terrnaktub di dalam Akta Mahkamah Rendah1948, telah turut memperuntukkan proviso sedemikian iaitu:

    I 34 Suwaid bin Tapah, Harta Perkahwinan: Harta Sepencarian, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur, 2001, ms 7-8.

    35 [1996)1 MLJ 163.36 [1968) 1MLJ 227.37 [1985) 2 MLJ 98.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    24/28

    lxxv i Shariah Law Reports [2011] 2 ShLRJika terdapat ketakkonsistenan atau percanggahan di antara Akta ini dengan mana- Amana undang-undang bertulis lain, sclain daripada Perlembagaan, yang berkuatkuasa pada mula berkuat kuasanya Akta ini, peruntukan-peruntukan ini hendaklahmengatasi

    Berikutan dengan peruntukan s 109 dan s 4 di dalam Akra-akta ini, realiti yangwujud membuktikan telah timbul keputusan penghakiman yang memberikaninterprerasi yang salah tentang seksyen-seksyen ini. Isu yang ingindikemukakan di sini ialah adakah pindaan Perlembagaan atau undang-undangbertulis lain yang dibuat selepas berkuat kuasanya Akta-akra tersebut bolehdikuatkuasakan. Ini kerana peruntukan di dalam Akta Mahkamah Kehakiman1964 dalam s 4 dan Akta Mahkamah Rendah 1948 dalam s 109 menunjukkanbahawa bermula pada tarikh kedua-dua Akta rersebut berkuat kuasa maka jikaberlaku percanggahan dan peruntukan yang tidak sesuai dengan Akta-akta inimaka ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

    Sungguhpun tafsiran sedernikian tidak munasabah, ia boleh dibuat dantelahpun dibuat di dalam kes Shahamin Faizul Kung bin Abdullah lwn Asmabinti Haji [unus ,38 di mana Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telahmemutuskan bahawa pindaan kepada perkara 121(lA) tidak menyentuhbidang kuasa Mahkamah Tinggi di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964mengenai hak jagaaan anak. 39 Oleh itu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinangberbidang kuasa membicarakan kes berkenaan.

    B

    c

    D

    E

    Keadaan ini disebabkan Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kecuali s 5,mula berkuat kuasa pada 16 Mac 1964. Seksyen 5 pula berkuat kuasa pada 16September 1964. Sedangkan fasal(lA) perkara 121 PerlembagaaanPersekutuan hanya berkuat kuasa pada 10 Jun 1988 melalui peruntukan AktaA 704. Dalam perkataan lain, Akta A 704 itu tidak berkuat kuasa pada tarikhpenguatkuasaan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

    Oleh itu, menurut Hakim Edgar Joseph Jr. yang membicarakan kesShahamin Faizul Kung bin Abdullah, beliau berpendapat melalui peruntukans 4 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, maka ss 23 dan 24 Akta MahkamahKehakiman 1964 masih diutamakan untuk memberi bidang kuasa kepadaMahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam mendengar permohonan kes ini.Kedua-dua seksyen tersebut memperuntukkan bidang kuasa sivil am danspesifik ke atas Mahkamah Tinggi. Beliau juga menjelaskan, sebaliknya, jikafasal(lA) perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan mempunyaikesan retrospektif dan juga mempunyai kuatkuasa pada tarikh penguatkuasanAkta Mahkamah Kehakiman 1964, maka barulah objektif badan penggubal

    F

    G

    H

    I

    38 [1991] 3 MLJ 327.39 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia, Institut

    Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, 1997, ms 324.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    25/28

    [2011] 2 ShLRSejauh Manakah Kebenaran Wujudnya OiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga OiMalaysia Ixxv i i

    A untuk meminda fasal(1A) perkara 121 itu akan tercapai.t?Untuk mengelak dari berlakunya konflik perundangan, penulismencadangkan supaya s 4 Akta itu dipinda atau dimansuhkan. Sekiranya

    keadaan ini berterusan, has rat penggubal meminda perkara 121 (lA) tidakB akan tercapai. Kegagalan mencapai objektif tersebur merupakan sam

    diskriminasi yang jelas terhadap undang-undang keluarga Islam di Malaysia.KESIMPULAN

    E

    Diskriminasi terhadap undang-undang keluarga khususnya di dalam undang-undang kelurga Islam merupakan hasil dari peninggalan oleh penjajahInggeris. Apa yang menjadi masalah kebanyakan negara umat Islam telahtunduk kepada kemahuan penjajah di dalam pentadbiran undang-undangsehinggalah peranan undang-undang Islam dipinggirkan melewati undang-undang diri dan keluarga sahaja.

    Dalam konteks di negara kita, Mahkamah Syariah adalah lambangkedudukan dan keutuhan undang-undang Islam di Malaysia. Hukum Syarakdan Mahkamah Syariah adalah diakui di dalam Perlembagaan, tetapi taraf danbidang kuasanya adalah tertakluk kepada peruntukan-perunrukan dansekatan-sekatan lain dalam perlembagaan tersebut. Oleh itu, cara yang palingberkesan untuk menghapus diskriminasi terhadap undang-undang Islamkhususnya di dalam hal kekeluargaan Islam ialah dengan mempertingkatkantaraf Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya supaya ianya menjadiMahkamah Persekutuan.

    c

    D

    FOleh itu dicadangkan supaya undang-undang diri dan keluarga

    dimasukkan di bawah senarai Persekutuan. Selain itu Mahkamah Syariahhendaklah diberi pengiktirafan sebagai Mahkamah Awam. Dicadangkan jugaMahkamah Syariah sepatutnya diberi kuasa mendengar dan memutuskan kes

    G yang berkaitan muamalat Islam dan perbankan Islam agar keputusan yangdibuat selari dengan hukum Syarak. Walaupun ianya agak mustahil untukdicapai pada terdekat tetapi usaha-usaha pihak yang telah diamanatkan untukmemertabatkan perundangan Syariah hendaklah diteruskan dandiperkembangkan. Ini kerana kita perlu menyedari hakikat bahawa undang-

    H undang Islam telahpun menjadi undang-undang negara pada masa lampausehinggalah ianya dipisahkan menjadi undang-undang diri oleh penjajahInggeris.

    I

    40 Rozi Bainon, Wan ita:P en ghapusan D iskrim in asi d ari Perspek ti f I slam d an U n da ng -U n dan gMalaysia, Dewan Bahasa dan PUS taka, Kuala Lumpur. 1999, rns 130-131.

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    26/28

    lxxvi i i ShariahLawReports [2011] 2 ShLRSepatutnya ahli undang-undang muslim mengambil peluang denganpindaan perkara 121(lA) Perlembagaan dengan sikap berlapang dada bahawa

    Mahkamah Syariah yang kebanyakannya membicarakan kes-kes kekeluargaanIslam telah diberi status istimewa di negara kita. Tafsiran-tafsiran yangmerendahkan martabat Mahkamah Syariah perlu dielakkkan demi mencapaiusaha-usaha ke arah pelaksanaan hukum Islam. Kita juga tidak harus bermain'tarik tali' atau 'bersandiwara' dalam isu bidang kuasa, isu kesesuaian undang-undang Islam, isu pindaan Perlembagaan dan undang-undang bertulis lain.Sebenarnya kita sudah lama terlena dengan apa yang ada sedangkan darisemasa kesemasa kita dicengkap oleh peruntukan-peruntukan yang bolehmerugikan umat Islam.

    A

    B

    cKita harus bangun dan mengorak langkah untuk melakukan perubahan

    (reformasi) sebagai agenda utarna selepas empat puluh tahun lebih kitaMerdeka. Jika masih ditakuk lama ia boleh mencemari kesucian hukum Syarakyang diterajui oleh Mahkamah Syariah. Dalam hal ini, kita tidak bolehmengharapkan 'ehsan' dari pihak lain. Sesungguhnya kejayaan meninggikanMahkamah Syariah dan menghapuskan diskriminasi terhadap undang-undang keluarga Islam mencerminkan kejayaan urnat Islam sendiri dankegagalannya untuk mencapai matlamat utamanya nanti, adalah keranakelemahan umat Islam itu sendiri.

    D

    EAkhirnya, inilah di antara diskriminasi undang-undang keluarga Islam

    yang dapat dibuktikan melalui ketinggian Perlembagaan Persekutuan danundang-undang bertulis lain yang dibuat oleh Parlimen yang berbentuk Aktahinggakan ia boleh mencabar kepentingan Islam sebagai agama Persekuruan.Sesungguhnya konflik di antara Mahkamah Syariah dan Sivil terhadapundang-undang keluarga, pada pendapat penulis akan berterusan selagi tiada'alrernatif" terhadap pindaan undang-undang bertulis yang berlawanan denganundang-undang Islam atau bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

    Sesungguhnya peruntukan-peruntukan yang tidak selari dengan hukumSyarak dan dengan kehendak pindaan perkara 121(lA) PerlembagaanPersekutuan perlu dimansuhkan dengan seberapa segera. Sesungguhnyailtizarn dan komitmen oleh pihak-pihak yang berkenaan amat perlu bagimenjamin kebebasan ketertinggian Mahkamah Syariah yang amat 'relevan' diMalaysia. Yang terlintas di hati penulis hanya satu soalan, 'apa lagi kes, konflikdan diskriminasi di dalam undang-undang keluarga selepas ini ? '

    F

    G

    H

    RDJDKAN(1) Ahmad Hidayat Buang, 1998, Undang-Undang Islam Di Mahhamab-Mahkamah Syariah Di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah danUndang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997, Pentadbiran Undang-Undang Islam

    I

    (2)

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    27/28

    A[2011] 2 ShLR

    Sejauh Manakah Kebenaran Wujudnya DiskriminasiTerhadap Perlaksanaan Undang-undang Keluarga DiMalaysia Ixxix

    Mahmood Zuhdi Abd Majid, 1997, Pengantar Undang-Undang Islamdi Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Mimi Kamariah Majid, 1992, Undang-Undang Keluarga di Malaysia.Kuala Lumpur: Butterworth Asia.Samsuddin Suhor, 1994, Panduan Ringkas Akta MembaharuiPerkahwinan dan Penceraian 1976, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Suwaid bin Tapah 2001. Haria Perkahwinan: Harta Sepencarian,KualaLumpur: Jabatan Syariah dan Undang-Undang. Akademi PengajianIslam.

    (9) Prof Madya Dr Muhammad Ariffin, Penyelarasan Undang-UndangKeluarga Islam, Terbitan Tak Berkala, Kuala Lumpur: Universiti IslamAntarabangasa Malaysia (UIAM).

    (3)

    B ( 4 )

    ( 5 )c( 6 )

    ( 7 )D

    (8)

    E

    Di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).Ahmad Ibrahim, 1999, Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.Rozi Bainon, 1999, Wanita: Penghapusan Diskriminasi dari PerspektifIslam dan Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    F AKTA I ENAKMEN(1) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

    G(2)( 3 )

    H

    I

    Akta Keterangan 1950Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1997

    (4) Akta Kontrak 1950(11) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961(12) Akta Perempuan Bersuami 1957 (Akta 450)(6) Akta Mahkamah Kehakiman 1964(5) Akta Mahkamah Rendah 1948(7) Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984(8) Akta Membahurui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian)1976, Akta 164(9) Akta Umur Majoriti 1961

  • 5/17/2018 Undang2 Islam

    28/28

    lxxx Shariah L aw Reports [2011] 2 ShLR(10) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah APersekutuan) 1984, Akta 303(13) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1985(14) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Perak 1984(15) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang 1985 B(16) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984(17) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan 2000)KES-KES(1) Ainan lum SyedAbu Bakar [1939] MLJ 209.(2) Boto' lwn jaafar [1985] 2 MLJ 98.(3) Eswari Visuvalingam lwn Government ofMalaysia [1980] 1 MLJ 10. D(4) jumaaton @ Zaiton bt. Hj. Awang &SL lwn. Raja Hizaruddin b. Raja

    Nong Chik (J 997) 3 Kanun 224.

    c

    (5) Letchumy lwn Ramadason [1984] 1 MLJ 143.(6) Mohamad lwn CommimisionerofLands [1968] 1 MLJ 227.(7) Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah bt Dato'Talib [1992] 2

    MLJ 793(8) Faridah bt Dato' Talib lwn Mohd Habibullah bin Mahmood [1990] 1

    MLJ 174.(9) Myriam lum MohamedAriff[1971] 1 MLJ 265.(10) NafiiahlwnAbdulMajid[1969] 2MLJ 174.(11) Ng ~n Chan lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [1991] 3 G

    MLJ 487.

    E

    F

    (12) Ramah lwn Laton (1927) 6 FMSLR 128(13) Shahamin Faizul Kung bin Abdullah lwn Asma binti Haji junus [1991]3 MLJ 327. H(14) Sift Muhammad lum Mohammad Hamid AIR 1926 Allahabad 589.(15) Sukma Darmawan Sasmitaat Madja lwn Ketua PengarahPenjara&Anor[1999] 2 MLJ 241.(16) Robertas lum Umi Kaltbom [1996] 1 MLJ 163.

    I

    (17) TeohEng Huat lum Kad i BesarPasirMas [1990] 2 MLJ 399.