sejarah turki uthmaniyyah

Upload: rahani-abas

Post on 03-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

    1/4

    SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

    Pendahuluan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani .[1] Nama

    kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn

    Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asi a[2] Pada abad ke-14 mereka telah

    menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunanid an Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam

    kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453 (kemudian ditukar namakepada Istanbul) .[3] Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah.

    Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan

    bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan

    laut yang handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara.

    Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka

    menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17, kelemahan

    kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi,

    ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa

    luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.

    Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan

    Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka

    tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian

    pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka

    berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia

    sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II

    pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang

    istana ,[4] sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak .[5] Sultan salim II langsung tidak

    mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran

    Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli .[6] Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah

    s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan

    kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud Allah menjadi pembela kepada orang

    bertaqwa.Sultan -sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar

    nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang

    menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat

    Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup

    dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

    Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa

    sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultanIbrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk

    campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan .[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara

    Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV [8]. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah

    agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan isterinya tidak

    puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak

    menyentuh keperibadian perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh

    wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di

    http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009/03/sejarah-turki-uthmaniyyah.htmlhttp://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009/03/sejarah-turki-uthmaniyyah.htmlhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn2http://ms.wikipedia.org/wiki/Yunanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bulgariahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Constantinoplehttp://ms.wikipedia.org/wiki/1453http://ms.wikipedia.org/wiki/Istanbulhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn3http://ms.wikipedia.org/wiki/1526http://ms.wikipedia.org/wiki/Hungaryhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Iraqhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn4http://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Iraqhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hungaryhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1526http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn3http://ms.wikipedia.org/wiki/Istanbulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1453http://ms.wikipedia.org/wiki/Constantinoplehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bulgariahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yunanihttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn1http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009/03/sejarah-turki-uthmaniyyah.html
  • 8/12/2019 SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

    2/4

    sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan.

    Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah

    melaksanakanpemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun

    baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah

    menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir Negara dengan corak pentadbirannya yang

    tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini

    telah menyababkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkankuasa pemerintahannya.

    Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki

    Uthmaniyyah pada awal penubuhannya .[9] Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki

    Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dikalangan

    pegawai atasan semakin lemah .[10] Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah

    menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan

    telah bermula diperingkat atasan lagi, malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik

    untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan

    ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan

    lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi

    pegangan umat islam pun tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-

    pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan

    mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris bagi mendapatkan

    jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari .[11]

    Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan

    kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca

    daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan

    tujuan kepentingan dirisendiri .[12] Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah menjalankan

    dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini

    sekali gus telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah

    tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah

    menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak.

    Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan

    Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin

    sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual

    bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar mereka. [13] Sungguhpun jumlah tawaran

    tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan yang

    dihantar untuk perundingan tersebut :

    "Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat

    menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat

    saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannyadengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka

    yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.

    Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."

    Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah

    melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah .[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan

    telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang dipilih oleh Turki

    Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan

    http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn9
  • 8/12/2019 SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

    3/4

    khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula .[15] Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh

    Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan

    Khilafah dengan Republik Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British,

    sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi

    menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal.

    Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.Britain melalui perisiknya yang

    dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaanArab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan

    memihak kepada Britain.Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain menduduki

    semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi

    ucapan - hari ini, perang salib sudah berakhir .[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian

    antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi .[17] Penempatan

    Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun 1919, Emir Faisal I

    ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau

    dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam

    Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

    British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.

    Kesan Terhadap Negara Umat Islam Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang mendalam kepada umat islam.Kesan yang

    paling ketara yang dapat dilihat ialah, terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telah

    menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang memandang tinggi

    terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan

    yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang

    barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas.

    Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.

    Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan, yang

    mana undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular.

    Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebih mengagungkan undang-undang yang

    diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang

    pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularism e[18] yang telah melihirkan golongan pro barat

    yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.

    Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal

    Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang mana

    beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di mana beliau menggunakan alasan bahawa sultan

    telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di

    mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama . [19] Dengan bermulanya corak pemerintahan

    republic tersebut. maka sistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923 dengan

    memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya .[20]

    Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnyayang anti terhadap islam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa Kamal

    yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah

    dan berbau islam, malah yang paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan dalam bahasa

    arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.

    Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesan kepada Negara-negara islam

    lain.Umat islam telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-

    masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat. Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi

    http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn15
  • 8/12/2019 SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

    4/4

    lemah dan mula dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan

    penaklukan.

    Kesimpulan Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung

    di dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan

    kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga

    luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kajatuhan empayar Turki Uthmaniyyah telahmemberi kesan tehadap Negara umat islam sehingga ke hari ini. Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga telah

    memberi kesedaran kepada umat islam untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama . [21] Hal ini telah menyebakan

    muncullah ulama -ulama yang sedar dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.

    [1] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 386[2] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 346

    3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398[4] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376[5] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 411[6] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376.[7] Lois A. Aroin Dan Richard P. Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala

    Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.[8] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 413[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S

    Library`S Sdn.Bhd.Hal 3[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun

    Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 50[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun

    Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 151[12] Stanford Shaw.1976.History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal

    234.[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402[15] Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas Rakyat Turki.Hal 35.[16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405[18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130.[19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408.

    http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref21http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref20http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref19http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref18http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref17http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref16http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref15http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref14http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref13http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref12http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref11http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref10http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref9http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref8http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref7http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftnref1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=416821401213018148#_ftn21