teks ucapan yas ketua pengarah jabatan bomba … teks ucapan...uthmaniyyah di turki, telah...

23
TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMPENA PERBARISAN TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TAHUN 2013 PADA 31 JANUARI 2013 (Khamis) MASA 9.00 pagi TEMPAT IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Upload: nguyennga

Post on 05-Jun-2019

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEMPENA PERBARISAN TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

MALAYSIA TAHUN 2013

PADA

31 JANUARI 2013 (Khamis)

MASA 9.00 pagi

TEMPAT

IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

1

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Yang berusaha saudara/saudari pengacara majlis, YAS Dato’ Mahadi bin Md.Ali

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

YAS Dato’ Haji Amer bin Haji Yusof

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

YS Penolong-Penolong Ketua Pengarah

YBhg Pengarah-Pengarah Bahagian

Page 3: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

2

YS Pengarah-Pengarah JBPM Negeri

Dato’-dato’, Dif-dif jemputan, pegawai-pegawai

kanan jabatan, rakan media dan sidang hadirin

yang dihormati sekalian;

1. Alhamdulilah terlebih dahulu saya amat

mengalu-alukan kehadiran Dato’-dato’ dan dif-dif

jemputan, diiringi ucapan jutaan terima kasih di

atas kesudian melapangkan masa untuk

bersama-sama di dalam majlis ini.

Sesungguhnya kehadiran Dato’-dato’ dan

tuan/puan sekalian memberi makna yang besar

kepada kami di Jabatan Bomba dan Penyelamat

Page 4: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

3

Malaysia yang sekaligus menunjukkan sokongan

padu kepada perjuangan warga jabatan selama

ini. Pada kesempatan awal ini, saya ingin

mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013

dengan harapan kita semua berazam untuk

terus menyokong jabatan bagi mencapai hasrat

jabatan untuk menjadi sebuah “Organisasi

Yang Berprestasi Tinggi”.

Page 5: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

4

Hadirin yang dihormati sekalian, TRANFORMASI MELALUI INOVASI 2. YAB Perdana Menteri telah mengutarakan

enam (6) prinsip baru transformasi sektor awam

yang perlu diperkasa dan direalisasikan. Enam

(6) prinsip tersebut tercantum didalam akronim

CTI dan PCI. CTI bermaksud (Cepat, Tepat dan

Integriti) dan PCI bermaksud (Productivity,

Creativity dan Inovasion). Bagi menyahut

cabaran ini, warga kerja Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia dituntut untuk lebih kreatif

dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang

Page 6: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

5

lebih berdaya saing, bijaksana dan sentiasa

mencari idea baru untuk meningkatkan lagi

kualiti perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

3. Sejarah peradaban dunia telah

merakamkan kisah beberapa tamadun yang

kegemilangannya boleh dijadikan tanda aras

oleh kita dalam usaha membina kegemilangan.

Kemegahan Constantinopel di Byzantine,

kegagahan Rom dan kegemilangan Tamadun

Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi

untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang

boleh dibongkar. Hakikatnya tamadun-tamadun

Page 7: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

6

besar dunia ini bukanlah dibina melalui kekuatan

dan kekuasaan ketenteraan semata-mata,

malah kegemilangannya disumbang dengan

kemunculan tokoh-tokoh yang mempunyai idea

kreatif dan inovatif yang menampilkan kelainan

yang cukup signifikan dan pendekatan serta

cara pelaksanaan yang mendahului zamannya.

Maka, untuk sentiasa berada di hadapan dalam

perlumbaan sengit daya saing global masa kini

jabatan amat bergantung kepada sejauh mana

warganya dapat menggunakan kreativiti dan

inovasi dalam sistem penyampaian

perkhidmatan sebagai pemacu utama jabatan

Page 8: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

7

kearah mencapai kecemerlangan. Untuk itu

usaha-usaha menyemarakkan budaya inovasi

akan terus menjadi salah satu agenda utama

jabatan. Sekaligus, semua lapisan kakitangan

diseru untuk mengubah cara pemikiran biasa

bagi menunjangi idea-idea baharu untuk

memajukan Jabatan dan seterusnya membantu

Negara mencapai status Negara berpendapatan

tinggi dan maju pada tahun 2020.

4. Pada kesempatan ini, saya ingin

merakamkan ucapan tahniah kepada Pasukan

IGNIS dari Jabatan Bomba dan Penyelamat

Page 9: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

8

Malaysia Negeri Pulau Pinang yang telah

mengungguli Anugerah Inovasi Negara bagi

kategori Perkhidmatan pada tahun 2012.

Dengan kemenangan ini, pasukan IGNIS

berjaya menggondol anugerah berupa insentif

kewangan bernilai RM 50,000.00. Ini merupakan

satu kejayaan yang belum pernah dicapai oleh

Jabatan sebelum ini. Syabas kita ucapkan

kepada Kumpulan IGNIS. Kejayaan ini

membuktikan bahawa benih-benih inovasi dan

kreativiti telah sedia wujud di dalam jabatan dan

apa yang perlu dilakukan ialah untuk

Page 10: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

9

mengembangkan lagi benih ini supaya menjadi

suatu budaya yang subur di dalam jabatan ini.

NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY

5. Kita biasa tengok anggota bomba

memadam kebakaran rumah dan itu adalah

tugas hakiki Jabatan. Tetapi mungkin jarang kita

tengok anggota-anggota bomba membina

semula rumah yang terbakar. Inilah yang

dikatakan National Blue Ocean Strategy atau

Strategi Lautan Biru Negara yang menjadi salah

satu pendekatan yang diambil oleh kerajaan

pada hari ini. Di bawah strategi ini agensi

Page 11: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

10

kerajaan diminta berfikir secara di luar kotak

atau thinking outside of the box atau dengan

kata lain kita dikehendaki berfikir secara luar dari

kelaziman. Kalau kelazimannya anggota bomba

memadam kebakaran rumah, kenapa tidak hari

ini anggota bomba membina pula rumah yang

telah terbakar. Dibawah strategi lautan biru ini

juga kita dikehendaki mencari penyelesaian

kepada pelbagai masalah dengan kaedah yang

cepat, murah dan berimpak tinggi. Pembinaan

semula rumah mangsa kebakaran ini menepati

ketiga-tiga ciri yang saya sebutkan tadi iaitu

Cepat kerana ianya dijangka dapat disiapkan

Page 12: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

11

dalam tempoh 1 bulan, Murah kerana

menggunakan kepakaran yang sedia ada di

dalam jabatan dan Berimpak Tinggi kerana kita

membantu anggota masyarakat yang kurang

berkemampuan memiliki sebuah rumah yang

selesa selepas ditimpa bencana yang dahsyat

melibatkan kehilangan tempat tinggal dan harta

benda. Pada tahun 2012, jabatan telah

melaksanakan Program Membina Semula 5

buah Kediaman Yang Terbakar iaitu setiap satu

di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

Terengganu. Manakala pada tahun ini jabatan

telah memulakan aktiviti ini dengan tambahan

Page 13: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

12

empat (4) projek lagi iaitu di Johor, Melaka,

Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya konsep

merakyatkan perkhidmatan awam merupakan

suatu agenda besar dan ianya selari dengan

matlamat 1M “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”,

Jabatan yakin program pembinaan semula

rumah terbakar di bawah strategi lautan biru

Negara ini akan mendekatkan lagi hubungan

mesra yang sedia terjalin JBPM dengan

masyarakat dan ianya selaras selaras dengan

Page 14: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

13

hasrat kerajaan untuk merakyatkan

perkhidmatan awam.

MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

6. Sebelum ini pun Jabatan telah terlebih

melaksanakan agenda “Merakyatkan

Perkhidmatan Awam” melalui Skim Teman Pili

Bomba dan penubuhan Pasukan Bomba

Sukarela. Jabatan akan meneruskan usaha-

usaha murni ini pada tahun ini tahun-tahun

seterusnya.

Page 15: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

14

7. Alhamdulillah mulai tahun ini kerajaan telah

bersetuju dengan cadangan Jabatan supaya

setiap ahli pasukan bomba sukarela diberi

perlindungan insuran bernilai RM 15,000.00

sekiranya ditimpa kemalangan atau kematian.

Disamping itu, setiap Pasukan Bomba Sukarela

di seluruh Negara akan menikmati geran

bantuan tahunan bernilai RM3,000.00 bagi

pentadbiran pasukan dan membiayai

perbelanjaan asas seperti insuran kenderaan,

cukai jalan dan penyelenggaraan.

Ini merupakan beberapa inisiatif jabatan untuk

memperkasakan lagi perkhidmatan bomba

Page 16: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

15

sukarela yang sentiasa bekerjasama dengan

jabatan bagi menjamin perlindungan kebakaran

dan penyelamatan tercapai walaupun berada

jauh dari balai bomba.

Hadirin yang dihormati sekalian,

KESINAMBUNGAN MENGGARAP KECEMERLANGAN 8. Pada tahun lepas JBPM telah response

kepada sebanyak 64,584 panggilan kecemasan

merangkumi 29,874 panggilan kebakaran,

32,859 panggilan menyelamat dan khidmat

Page 17: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

16

kemanusiaan serta 1,851 panggilan tugas-tugas

khas. Bilangan panggilan kecemasan telah

meningkat sebanyak 5.5% berbanding tahun

2011. Bilangan kebakaran juga telah meningkat

sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah kerugian harta benda akibat kebakaran

juga telah meningkat sedikit iaitu sebanyak RM

1.12 billion berbanding RM 927 juta ringgit pada

tahun 2011. Angka korban kebakaran juga telah

meningkat iaitu dari seramai 80 orang pada

tahun 2011 kepada 98 orang pada tahun lepas.

Secara keseluruhannya, perangkaan kebakaran

di Negara kita pada tahun lepas agak meningkat

Page 18: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

17

berbanding tahunsebelumnya. Ini member

cabaran kepada Jabatan untuk sentiasa berada

dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk

member respon yang pantas bagi

mengurangkan kehilangan nyawa dan harta

benda serta perlu menggandakan usaha utnuk

meningkatkan lagi kesedaran awam badi

mengurangkan kebakaran.

9. Pada 4 November 2012, kita digemparkan

dengan kejadian 11 orang pegawai bomba yang

cedera, semasa memadamkan kebakaran tangki

minyak di Kota Bharu, Kelantan. Namun

Page 19: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

18

sebenarnya banyak lagi kisah suka duka, pahit

manis dan heroeism didalam jabatan ini yang

masih “tersembunyi” dari pengetahuan umum.

Misalnya pada 27 April 2012, 3 orang

mangsa dari sebuah keluarga telah

diselamatkandari kebakaran rumah mereka

oleh pasukan dari BBP SgBakap, Pulau

Pinang. Manakala pada 1 Mei 2012 pula satu

orang mangsa telah dikeluarkan dengan

selamat oleh pasukan dari BBP Sg Besi,

Kuala Lumpur. Pada 28 November 2012 pula,

satu cubaan membunuh diri telah digagalkan

Page 20: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

19

oleh pasukan dari BBP Jalan Perak, Pulau

Pinang.

Ini merupakan sebahagian kecil dari rentetan

sejarah “HEROEISM” yang dapat saya

ketengahkan. Mereka telah berjaya menyahut

cabaran dan membuktikan bahawa taktikal

operasi kebombaan yang tepat dan cepat akan

dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda

rakyat. Saya percaya mulai tahun ini dan tahun-

tahun seterusnya, akan ada lebih banyak lagi

peristiwa “HERORISM” seperti yang disebutkan

sebentar tadi.

Page 21: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

20

PENUTUP

10. Sebelum mengundur diri, saya berdoa ke

hadrat Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan

keberanian kepada kita semua untuk

melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita

dengan amanah dan berintegriti. Saya juga ingin

mengambil kesempatan di sini untuk

merakamkan ucapan penghargaan kepada para

profesional khususnya fire engineers, arkitek,

fire contractors, pertubuhan-pertubuhan NGO

dan individu-individu yang telah bersama-sama

menjayakan misi dan visi jabatan selama ini.

Page 22: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

21

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi

mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan

Selamat Tahun Baru Cina. Saya juga

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada jawatankuasa perbarisan tahunan 2013

di atas kejayaan menganjurkan majlis ini dengan

jayanya.

Akhirnya, marilah kita bersatu hati untuk

membentuk satu barisan yang kukuh beserta

dengan keyakinan dan iltizam yang mampan

untuk meneruskan agenda jabatan menjadi

Sebuah Organisasi Yang Berprestasi Tinggi

Page 23: TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA … Teks Ucapan...Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang boleh dibongkar. Hakikatnya

22

dengan memberi Perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat Negara ini.

Sekian, Walbilahi Taufik Walhidayah

Wasalamulaikum Warahmatullah Hiwabarukatuh.

Terima Kasih.