7m 9h indahnya turki - nabi-nabi yang lain seperti pedang nabi daud, tongkat nabi musa dan serban...

Download 7M 9H indahnya turki - nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi…

Post on 10-May-2019

218 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha dengan memori indah di negara 2 benua Turki.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan bumi Cappadocia dari Hot Air Balloon dengan bayaran tambahan hanya USD220 seorang (tertakluk kepada keadaan cuaca semasa). Anda juga dapat menonton Evi Wherling Dervish Ceremony yang asli oleh ahli-ahli sufi sebenar di Cappodocia dengan bayaran tambahan USD30 seorang.

HARI 08-09 S P

aturcara

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Konya yang terkenal dengan upacara Wherling Dervish dan hikayat ahli sufi Nasreddin Hoca. Singgah sebentar melawat Ancient Caravanserai yang merupakan hotel bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Melawat Mevlana Museum yang dahulunya merupakan pusat keagamaan Islam dan pembelajaran ahli sufi di Turki ketika era pemerintahan Seljuk Turks dan Uthmaniyyah. Makan tengahari di Konya dan meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 03 P A M U K K A L E - K O N YA - C A P P A D O C I AS P / M T / M M

Sarapan pagi di hotel. Melawat tarikan pelancongan sekitar Cappadocia yang mana muka bumi lembahnya yang indah terbentuk hasil dari letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Antaranya ialah Pigeon Valley yang mana batuan-batuan di sini diukir lubang bagi burung merpati, menjelajahi penempatan awal bawah tanah orang Kristian di Kaymakli Underground City, berfoto di Uchisar Village yang sebahagian darinya digelar Uchisar Castle di mana penduduk tempatan menebuk dan mengukir batuan di situ menjadi rumah mereka seakan filem The Flintstones dan mengabadikan foto berlatarbelakangkan Mount Aktepe. Selain itu, tetamu juga akan dibawa melihat hasil kerja tangan tradisional orang Turki iaitu membuat tembikar di Avanos Pottery Village, butik barangan kemas berasaskan batu turquoise dan Silk Carpet Factory yang terkenal dengan seni halus dan kualiti karpet buatan tangan Turki. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 04 C A P P A D O C I AS P / M T / M M

Bertolak ke Ankara, ibu negara Turki selepas bersarapan pagi di hotel melepasi sebuah tasik sejauh mata memandang yang cukup indah, Salt Lake. Selesai makan tengahari di ibu kota negara Turki ini, bersolat di Haci Bayram Mosque sebelum menziarahi Haci Bayram Veli Mausoleum yang menempatkan makam Haji Bayram Wali, seorang ahli sufi terulung zaman Uthmaniyyah yang meramalkan Sultan Fatih Mehmed II ketika itu masih bayi merupakan raja yang bakal menakluk Constantinople seperti sabda Rasulullah SAW. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Ataturk Mausoleum yang merupakan sebuah kompleks makam seakan Parthenon di Athens yang menempatkan jasad bapa Turki, Mustafa Kemal Ataturk di samping muzium yang menempatkan koleksi-koleksi peribadi beliau. Kemudian meneruskan perjalanan ke Bolu. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 05 C A P P A D O C I A - A N K A R A - B O L US P / M T / M M

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa menyaksikan persembahan fesyen dan berpeluang membeli barangan kulit seperti jaket dan tas tangan. Selepas itu, menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari di Eyup Sultan Mosque. Selepas makan tengahari, tetamu berpeluang bersolat di Suleymaniye Mosque, sebuah masjid yang cukup indah dibina oleh Sultan Suleiman I pada tahun 1558. Tetamu berpeluang menyaksikan keindahan kota 2 benua Asia-Eropah sambil menyusuri Selat Bosphorus menggunakan bot persiaran melewati sekian banyak tarikan utama bersejarah di kota ini seperti kota pertahanan Rumelian Castle, istana kediaman presiden Turki Dolmabahce Palace, Galata Tower dan Dolmabahce Mosque yang terletak indah di tepi Selat Bosphorus. Seterusnya tetamu akan dibawa membeli-belah di Spice Market, pasar terbaik untuk merasai makanan tradisional Turki seperti Turkish Delight dan Baklava. Makan malamdan pulang ke hotel.

HARI 07 I S T A N B U LS P / M T / M M

I S T A N B U L D O H A K U A L A L U M P U R

l a w a t a n t a m b a h a n

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, lawatan diteruskan ke Hippodrome yang dahulunya merupakan gelanggang lumba kereta kuda zaman Byzantium, Ayasofya atau Hagia Sophia yang dahulunya pada zaman Byzantium merupakan sebuah gereja namun diubah menjadi masjid oleh Sultan Fatih Mehmed II selepas menakluk Constantinople dan istana kediaman sultan-sultan empayar Uthmaniyyah, Topkapi Palace yang begitu gah. Di istana ini juga tetamu berpeluang untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. Bersolat di Sultan Ahmet Mosque atau lebih terkenal dengan nama Blue Mosque selepas makan tengahari. Membeli-belah cenderamata untuk dibawa pulang ke tanahair di Grand Bazaar yang wujud sejak tahun 1455 lagi dan sekarang menempatkan lebih 3,000 buah lot kedai dan makan malam

HARI 06

P A K E J K H A S M U S L I M B E R K U M P U L A N P E N G A N G K U T A N YA N G S E L E S A P E N G I N A P A N S E L E S A T A R A F 3 * - 4 . 5 * T O U R L E A D E R YA N G T E R L A T I H

M A K A N A N S E S U A I M U S L I M P E N J A G A A N S O L A T J A M A K

B O L U I S T A N B U L ( 3 J a m / 2 5 5 K M )S P / M T / M M

03-7803 0170info@kowamasholidays.com

indahnya turki9H7M

( 5 J a m /4 1 0 K M )

( 3 J a m /2 4 0 K M )

( 3 . 4 5 J a m /2 9 0 K M )

( 2 . 3 0 J a m /2 2 0 K M )

Berkumpul di KLIA sebelum penerbangan ke Istanbul melalui Doha. Ketibaan tetamu di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul akan disambut oleh pemandu pelancong dan kemudian memulakan perjalanan ke Bursa melalui Istanbul dan menaiki feri. Setibanya di kota Bursa, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 01 K U A L A L U M P U R - I S T A N B U L - B U R S AM M / M T

Sarapan pagi di hotel dan menziarahi Ulu Cami Grand Mosque yang dibina pada tahun 1399 oleh Sultan Bayezid I, membeli-belah tenunan sutera di Koza Han yang menjadi merupakan titik terakhir laluan sutera dari China sejak tahun 1491 lagi dan menyusuri perkampungan tradisi orang Turki Cumalikizik Village yang masih mengekalkan cara hidup dan bangunan di situ sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi. Meneruskan kembara ke Pamukkale pula. Kawasan pergunungan ini amat terkenal dengan tarikan Cotton Castle yang merupakan teres-teres kolam air panas berwarna putih di lereng bukit, di mana anda berpeluang untuk merasai kenyamanan air panas tersebut setidaknya dengan merendam kaki. Manakala di puncak bukit tersebut juga terdapat peninggalan kota lama yang akan dilawati iaitu Ancient Hierapolis yang wujud sejak zaman sebelum pemerintahan Byzantine lagi. Antara peninggalan utamanya ialah Gates of Hell, Theater, Cleopatras Pool dan Roman Bath. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 02 B U R S A - P A M U K K A L E S P / M T / M M

( 3 J a m /1 7 5 K M )

( 5 J a m / 4 2 5 K M )

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang. Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 4-4.5* (rujuk jadual senarai hotel). Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara. Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara. Percuma tiket bot persiaran sewa khas persendirian menyusuri Selat Bosphorus bernilai USD60 seorang. Tiket masuk ke tempat lawatan: Hierapolis, Mevlana Museum, Kaymakli Underground City, Topkapi Palace dan Ayasofya. Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman. Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran. Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays yang terlatih.

pakej termasuk

Caj tambahan ketika musim puncak/perayaan. Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dll. Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara. Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi. Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara. Sebarang insurans kembara hubungi kami bagi konsultansi premium yang sesuai.

pakej tidak termasuk

Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang. Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir. Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika. Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua. Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan. Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri. Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik. Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet Antarabangsa. Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada Terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

nota penting

Bank : MAYBANK BERHADPenerima : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHDNo Akaun: 5625 6230 4881

maklumat akaun

harga pakej

INFO PENERBANGAN

01

01

08

08

QR 853

QR 239

QR 240

QR 844

0240

0740

1235

1945

0545

1130

1740

07