detik kejatuhan empayar uthmaniyyah dari diari sultan abd hamid

Upload: farah-fazlina

Post on 07-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    1/19

    Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dari Diari Sultan AbdHamid II

    June 21, 2010

    SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

    Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik? , saya bertanya kepada guru matapelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

    Kenapa? , cikgu bertanya balik kepada saya.

    Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit, saya cuba mengungkapkan apa yangsaya lihat di buku teks kami itu.

    Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku , cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu sayamemanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekat selepas itu, saya tibadi Turki.

    Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelakipertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

    Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itudibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibencioleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalamsebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakinsebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai

    http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/
  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    2/19

    Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001lagi tohmahan dunia kepadanya.

    Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

    Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II,

    menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

    Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakinnegara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar keseluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali , Adnan Bey cuba mententeramkan sayasambil menuang cay panas ke cawan.

    Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbahJumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantarMuhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad KamilBey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untukmengancam kuasa Koloni British.

    Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji(1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islamke Jepun.

    Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kitauntuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam.Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antaraengkau dan aku , begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

    Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demiperpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

    Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. AdnanBey melepaskan saya dengan senyuman.

    Jangan emosi sangat , katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

    Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

    Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu , saya menukar plan.

    Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yangmengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana

    hujung pangkalnya.

    Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahumembaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengahhari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibalingbatu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil danzalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    3/19

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    4/19

    Tempatku adalah di sini. Di Istanbul , saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yangtergenggam di tangan.

    Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akandilupakan oleh sejarah.

    Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di ParlimenOthmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yldz. Turut bersama beliau adalahAram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Paa, anggota Dewan Senat yang juga pemimpinArmada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptan, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

    Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga.Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok? , Sultan Abdul Hamid tidak selesamenerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

    Tiada simpati di wajah mereka.

    Ummah telah memecat kamu , Esat Paa memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

    Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

    Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan? , baginda berfikir.

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    5/19

    Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini? , SultanAbdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

    Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah? , wajah baginda kemerah-merahan menahanmarah.

    Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkolbersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuhlicik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid diSancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknyadengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

    Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telahmenyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan

    takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

    Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untukmenghantar berita penggulinganku malam itu , Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya didalam diari baginda.

    Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaatkebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

    Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami , Esat Paa menyambungkatanya.

    Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda, adiye. Malangsungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

    Bawa adik-adik kamu ke dalam , Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawaadik beradiknya ke dalam bilik.

    Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersamakeluargaku tinggal di istana araan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapaperlu menyekolahkan mereka , Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahuyang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

    Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilanlelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    6/19

    Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummahitu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam,dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

    Allahu Akbar, Allahu Akbar! , azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana

    Yldz itu.

    Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahuberhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

    Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru,Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depanmasjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaanyang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

    Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turutsedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalanmenuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

    Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernahmenyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapalmenyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yangtelah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Iamengundang bangga dan syukur.

    Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

    Stesyen Keretapi Sirkeci

    Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteridan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika,pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

    Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petandaSultan Mehmed V Read ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Readmenjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    7/19

    tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran KhilafahOthmaniyyah.

    Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Sepertisebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan , kata SultanAbdul Hamid di dalam diarinya.

    Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknyayang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuhmisteri.

    Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itukesudahan untuk semua , kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

    Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun BaniOsman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

    Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api

    sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

    Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammadini , baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

    Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

    Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

    Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung didalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalahkematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawapulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis danpelarian yang merempat di jalanan.

    Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

    Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal, doktor yang merawatSultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

    Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidakdapat berbuat apa-apa.

    Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umatini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

    Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini, seorang doktor sudah hilangupaya.

    Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan diIstana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul keranamereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkanselepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah tiada sejarah yang mampumemadamkan penyesalan itu.

    Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

    Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untukmempertahankan Ummah ini , saya berdiri sepi di dinding makam.

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    8/19

    Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makamSultan Abdul Hamid:

    [coolplayer width="480" height="380" autoplay="0" loop="0" charset="utf-8" download="1"mediatype=""]Catatan di Bumi Khilafah Video Clip[/coolplayer]

    CATATAN DI BUMI KHILAFAH [mp3]

    Sebuah taman bernama DaulahRetak seribu oleh kesombongan bangsaSeorang khalifah yang gigih memerintahMengekang rekah dari terbelahBagai terdengar bisikan di pusaramuYa Muslimi al-Aalam, Ittahidu!

    (Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

    Di sisi persemadianmuKuterkenang semalam

    Hari-hari indah bahagia

    Islam pernah gemilang

    Tiada penderitaanKeimanan pun dirasaIslam yang gagah bertakhtaRahmat alam semesta

    http://www.youtube.com/watch?v=2TsTL1xb7G8http://www.youtube.com/watch?v=2TsTL1xb7G8http://www.youtube.com/watch?v=2TsTL1xb7G8http://www.youtube.com/watch?v=2TsTL1xb7G8http://hasrizal.com/nasyid/duniaini/Catatan%20Di%20Bumi%20Khilafah.MP3http://hasrizal.com/nasyid/duniaini/Catatan%20Di%20Bumi%20Khilafah.MP3http://hasrizal.com/nasyid/duniaini/Catatan%20Di%20Bumi%20Khilafah.MP3http://www.youtube.com/watch?v=2TsTL1xb7G8
  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    9/19

    Langit tidak akan cerah selamanyaMendung datang bersama gerimis kedukaanRebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitamKekallah dunia dalam hina selamanya

    Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama

    Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisaLemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdustaIslam dan al-Quran diperhina terpenjara

    Seorang iblis yang durjanaBertopengkan manusiaMembutakan mata rakyatnyaDengan janji dunia

    Bagai tak punya agamaHidup membina hartaIslam Baru yang diciptaJauh dari Tuhannya

    Manusia yang mulia di bumi yang bahagiaKau hancurkan sejarah warisan perjuangan merekaNamun lupakah engkau Islam itu di tangan TuhannyaLangit tidak akan mendung selamanya

    Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali keduaMenjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupaBersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang EsaIslam akan dikembalikan ke takhtanya

    Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil

    Persembahan: Usrah al-FirdausAlbum: Dunia Ini (1996)

    Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku

    Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannyasekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku , SultanAbdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

    sumber :http://episod-cinta.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

    http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-

    sultan-abd-hamid-ii/

    http://episod-cinta.blogspot.com/2008_07_01_archive.htmlhttp://episod-cinta.blogspot.com/2008_07_01_archive.htmlhttp://episod-cinta.blogspot.com/2008_07_01_archive.htmlhttp://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://pedangberbisa.wordpress.com/2010/06/21/detik-kejatuhan-empayar-uthmaniyyah-dari-diari-sultan-abd-hamid-ii/http://episod-cinta.blogspot.com/2008_07_01_archive.html
  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    10/19

    Sejarah Ringkasan Kebangkitan dan

    Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah

    Kertas kerja yang dibentangkan ini menceritakan secara ringkas tentang pemerintahanKerajaan Uthmaniyyah dari zaman kebangitannya pada 1299 hingga 1924 iaitu zamankejatuhannya. Pemerintahan Uthmaniayah yang cukup panjang selama 14 abad yangbermula sejak zaman Rasulullah S.A.W.

    Penyebaran Islam yang pantas menguasai seluruh Jazirah Arab hingga ke Al-Syam iaituempat buah negara Jordan, Lubnan, Palastine dan Syria. Hinggakan penyebaran Islam keUtara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan termasuklah Alam melayu.

    Mengambil contoh Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah memerintah selama enamabad bersamaan 623 tahun dan mempunyai seramai 63 orang sultan yang telah

    memerintah. Kerajaan ini mentadbir tiga benua utama iaitu eropah, afrika dan asia.

    Kesemua kawasan jajahan adalah dibawah taklukan dua kuasa besar iaitu EmpayarByzantine (Rome) dan Parsi sebelum kedatangan Islam.

    Kejayaan Islam ke atas kerajaan Byzantine telah meluaskan kawasan taklukan hingga keeropah timur.

    Biarpun begitu terdapat kerajaan Islam berjaya mendekati masyarakat barat yangbermula pada tahun 765 iaitu Kerajaan Andalusia namun akhirnya terkubur pada 1492masihi.

    Namun Kerajaan Uthmaniayyah mula terkenal dan kukuh apabila pembukaan KotaConstantinople yang ditakluki oleh Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 masihi.

    Tetapi sebelum Muhammad al-Fatih berjaya menakluk Kota Constantinople terdapattokoh yang mencuba membuka kota ini iaitu Abu Ayub al-Ansari tetapi misi beliau gagalkerana telah gugur sebagai syahid.

    Pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13.Pemerintahan ini boleh di bahagikan kepada lima zaman yang diringkaskan atau fatrah:

    1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)2. Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682)3. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak barat (1683-

    1827)

    4. Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908)5. Pembubaran pemerintahan (1908-1924)

    Peringkat Awal Penubuhan

    Penubuhan Kerajaan Uthmaniyyah yang diasaskan oleh Osman Ghazi Khan. Beliauadalah pemimpin pasukan tentera untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    11/19

    pada 1922 dan membentuk sistem pemerintahan sendiri serta menjadi pewaris khalifahyang memerintah turki.

    Golongan Byzantine pula mengambil tindakan meninggalkan kawasan mereka keperkampungan countryside seperti di dalam negara Antolia. Byzantine juga berusahamenghalang usaha Osman meluaskan kuasanya di barat namun Osman berjaya

    menawan beberapa kawasan barat termasuklah Euphese dan mengusai Antolia disebelah timur.

    Akhir sekali Osman berjaya menentang tentera Byzantine di Bursa pada 1324 sebelummeninggal dunia. Kemudian kepimpinan Osman diwarisi adalah anaknya Orhan yangmenjadikan bursa tempat pemerintahan utama.

    Perkembangan dan Pengukuhan.Perkembangan kerajaan Utmaniyyah apabila pembukaan Kota Constantinople (1453)oleh Muhammad al-Fatih sehinggalah pemerintahan Sultan Al-Qanuni meninggal duniapada 1566.

    Di sini juga dilihat perkembangan kesenian masyarakat Islam ketika sangat hebat danmempunyai nilai artistik yang tinggi. Kebanyakannya dilahirkan daripada lukisan.

    Zaman pemerintahan Sultan Al-Qanuni paling lama iaitu selama 46 tahun bermula pada1520 sehingga 1566.

    Beliau telah melakukan perubahan daripada aspek perundangan hingga mendapatgelaran al-Qanuni pembentuk undang-undang.Memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasi wilayah Byzantine antaranya Hungary,Balgrade dan Rhodes.Kekuatan tentera laut beliau teleh menguasai Laut Mediterranian, Laut merah dan TelukParsi.

    Ketika ini juga adalah zaman kemuncak Kerajaan Uthmaniyyah kerana berjayamentadbir tiga benua Afrika, Asia dan Eropah. Uniknya biarpun kerajaan TurkiUthmaniyyah mengusai negara dengan pelbagai masyarakat dengan berlainan agama,tetapi Islam tetap kekal berada di dalam wilayahnya.

    Zaman Mendatar dan Kebangkitan Nasionalisme.

    Namun zaman pengukuhan mengalami permasalah apabila masyarakat di sebelah Afrikaingin menguatkan bangsanya yang berteraskan bangsa bukan lagi berasaskanpemerintahan semata-mata yang sedia ada.

    Selain itu faktor lain yang menyebabkan perkembangan Uthmaniyyah tidak aktif adalahkekalahan menguasi Vienna pada 1683 serta kekalahan peperangan di beberapa buahnegara eropah yang lain.

    Era Kejatuhan dan Proses Modenisasi (Tanzimat)Selain itu kerajaan juga telah melakukan penyusunan semula dengan melakukanbeberapa siri pembaikan undang-undang pada 1839-1876 yang juga di kenali sebagaiThe Imperial Rescript of The Rose Chamber. Sebuah reformasi di bawah pemeritahanSultan Abdulmecid I pada tahun 1839-1861. Pentadbiran ini juga lebih kepada sistemsekular.

    Hak sama rata (equality) kepada semua pendudk Uthmaniayyah tanpa mengira bangsaatau agama juga memberi kelebihan kepada golongan kristian dalam pendidikan. Kesan

    tanzimat juga mempengaruhi wilayah Islam yang akhirnya terlepas kepada orang bukanIslam.

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    12/19

    Terdapat beberapa tanzimat yang telah dilakukan dalam pemerintahan TurkiUthmaniyyah antaranya:

    1. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan,kesejahteraan diri dan harta.

    2. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).3. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh

    khidmat (1843-1844)

    4. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)5. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.6. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis7. Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan

    Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)

    8. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)9. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai

    bersepadu (1856)

    10.Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 186611.Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai

    penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.

    Pembubaran pemerintahan

    Empat punca kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah yang berpunca daripada beberapaperkara antaranya:

    1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaranuntuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.

    2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah termasuk di NegaraArab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.

    3. Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategikpihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku

    disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah akan jatuh apabila

    tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.

    4. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidakmempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    13/19

    wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah menandatangani persetujuan

    pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan

    sokongan dari United Kingdom.

    Sultan terakhir yang memerintah Uthmaniyyah adalah Sultan Abdulmecid II yanghanya dapat memerintah selama 17 bulan yang bermula 17 November 1922 hingga 3Mac 1924. Republik Turki telah mengadaptasikan sistem liberal dan sekular. Manakalakebangkitan golongan muda Uhtmaniyyah atau Young Turk adalah golongan pemikiryang telah terpengaruh dengan pendidikan barat mencorakkan pemerintahan padazaman akhir yang tidak mengambil kira lagi soal agama.

    http://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-

    sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.html

    http://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.htmlhttp://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.htmlhttp://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.htmlhttp://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.htmlhttp://www.vic.my/index.php/online-magazine/iman-dan-ilmu/learning-and-development/105-sejarah-ringkasan-kebangkitan-dan-kejatuhan-kerajaan-uthmaniyyah.html
  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    14/19

    Sejarah Uthmaniyah

    (1/1)

    Hafizahidan:

    Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, uniknya empayar ini tidakboleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Hal inimenjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

    Sultan Muhammad al-Fatih Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembangdaripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke AfrikaUtara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timurAnatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah

    pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal inimemastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuanEmpayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I,selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Dibawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyahmara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), danmenyerang Vienna (1529).

    Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran

    bersenjata api dan taktik di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyahjuga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti inimendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

    Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuatpengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453.Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yangtinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan

    dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau danlembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannyaditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austriapernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keteranganini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

    Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683

    Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    15/19

    pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitubermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kematian SultanSuleiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zamanpertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkankelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalahkegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

    Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaankuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim Imenawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudianmenewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah ditimur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyahmenubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan

    rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah diLaut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengankelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintahMuslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh,Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam.Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawb dalam membantuperjuangan pihak Protestant Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golonganKatholik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di LautMediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan

    kestabilan perdangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "PaxOttomanica" oleh orang Barat.

    Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyahterhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadapcampur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengahsekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannyameninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di sampingingin melancarkan perang salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, EmpayarUthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politikEropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap EmpayarUtmaniyyah.

    Kemerosotan (1683-1827)

    Sultan Murad IV Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun

    1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah.Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    16/19

    bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah jugakehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yangdilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.

    Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman danluarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi,Persekutuan Poland-Lithuania, Russia, Austria-Hungary. Perang Russia-Turki ialahpeperangan antara Russia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalamsejarah Eropah iaitu berusia selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun diantara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam PerangLepanto pada tahun 1571.

    Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730.Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yangakan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasaEropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkancukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walaubagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhEropahnya, terutamanya Russia.

    Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauhberbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilanganbanyak wilayah kepada Russia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapaikemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapatusaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukanoleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyahsendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa initelah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usahaini masih mendapat tentangan.

    Kejatuhan (1828-1908)

    Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturansemula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun,usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistemUthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula

    menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negaraEropah seperti Perancis, Belanda, Britan dan Russia. Salah satu contoh yang nyata ialah

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    17/19

    semasa Perang Crimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentangTsar Russia.

    Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasazaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di sampingpembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbirUthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinyadaripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprusdiduduki British pada 1876, dll.).

    Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme

    etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnyayang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul danmengugat Empayar Uthmaniyyah.

    Pembukaan ttihat ve Terakki Cemiyeti

    Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enamabad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan

    orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep rajaberpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. ttihat ve Terakki Cemiyeti(Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalamkumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh ttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaandapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politikUthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, ttihat ve Terakki Cemiyetimemaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun,Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengansyarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah strukturpentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah namaperlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalahbermulanya Perang Crimea.

    Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyahmenunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawareformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untukmenghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.

    Pembubaran (1908-1922)

  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    18/19

    Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasimenjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siriperebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berpelembagaan ditubuhkan yang manasultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan,lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.

    Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.Tiga buah negara Bahkan yang baru terbentukpada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegromencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada dibawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Russia, beberapa siri perjanjianditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei

    1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yangmengakibatkan Perang Balkan pertama. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan kedua.

    Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaanUthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. EmpayarUthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihakbersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, danbeberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri

    pertempuran dan ini membolehkan tentera Russia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arahVan. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihakbersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

    Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli danPalestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah danmembubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanyamengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunyaperang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka inimengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki.Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.

    http://halaqah.net/v12/index.php?topic=11779.0;wap2

    http://halaqah.net/v12/index.php?topic=11779.0;wap2http://halaqah.net/v12/index.php?topic=11779.0;wap2http://halaqah.net/v12/index.php?topic=11779.0;wap2
  • 8/4/2019 Detik Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Dari Diari Sultan Abd Hamid

    19/19