pengenalan turki

7
POSTED BY UPP DPMZ ON 1:01 AM NO COMMENTS Kemal Ataturk menjadi dalang kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah  SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH Pendahuluan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn  Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani  dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453(kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungarytelah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah  Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.  

Upload: affifuddin-iberahim

Post on 04-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 1/7

POSTED BY UPP DPMZ ON 1:01 AM NO COMMENTS 

Kemal Ataturk menjadi dalang kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah 

SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

Pendahuluan 

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang

pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempenanama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl diasia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawahkerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria.  Kejayaan yang terbesar dalamkerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople padatahun 1453(kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun 1526 sebagianbesar wilayah Hungarytelah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. KerajaanTurki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagiantenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah  Arab yang lain. KajayaanKerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yanghandal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan.tenggara. 

Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakankeganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agamakekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17,kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripadamasalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan,kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh

luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telahmemberi kesan kepada Negara-negara umat islam. 

Page 2: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 2/7

 

Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah 

 Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah ialahkelemahan pemerintah. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir sememangnyasedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka.Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas dasar imandan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkankerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan sukaberfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudahleka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan halkebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II padatahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana,[4] sehingga dikatakan baginda meninggal duniadisebabkan terlalu banyak minum arak.[5] Sultan salim II langsung tidak mempunyaikesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah

menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama MuhammadPasya Secilli.[6] 

Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, merekatidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkankerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al- jasiyah yang bermaksud “Allahmenjadi pembela kepada orang bertaqwa”.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat paraulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran.Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia

pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupanmereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikandiri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri. 

Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam halpentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguhdalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahimpada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dantiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwalpemerintahan.[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaituKara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV [8].  Bonda dan

isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supayasultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda danisterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebutkerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak menyentuh keperibadianperempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telahdiperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selamaini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkanbahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalammelaksanakan pemerintahan. 

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan

kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara kukubesi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun

Page 3: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 3/7

Page 4: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 4/7

 

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usahamendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya.Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan

dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelummenyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahajawang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, makamereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayatkami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."  

 Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yangdidalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda"menentang khalifah.[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telahdiisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan paramenteri yang dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa

Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifahdan sistem perlembagaan dilaksanakan semula.[15] Dengan ini sistempemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistemperlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin olehMustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yangdibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan RepublikTurki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentinganBritish, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. Britishadalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankanoleh Mustafa kamal.

Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yangsemakin hebat.Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia,telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuangkebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arabketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain.Sejakdari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britainmenduduki semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby,memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perangsalib sudah berakhir” .[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaituperjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britainmenjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.[17] Penempatan Yahudi di Palestin telah

meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau denganChaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arabkepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang DuniaPertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelahkehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British danPerancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. 

Page 5: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 5/7

 

Kerajaan Turki ditukar pada sistem barat dan ini merosakkan sistem Khilafah.

Kesan Terhadap Negara Umat Islam

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yangmendalam kepada umat islam.Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah,terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telahmenyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telahmelahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsursekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan,pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk TurkiUthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yangmenjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai,menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran agama

islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka. 

Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahandari segi perundangan, yang mana undang-undang yang digunakan dalampentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular.Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebihmengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhankerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidangpendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsursekularisme[18] yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telahmelakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki. 

Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadapinstitusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan,beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang manabeliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di manabeliau menggunakan alasan bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masayang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republicdi mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yangpertama.[19] Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. makasistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november1923 dengan memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20] Semasa

pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti terhadapislam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada

Page 6: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 6/7

Page 7: pengenalan turki

8/13/2019 pengenalan turki

http://slidepdf.com/reader/full/pengenalan-turki 7/7

[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402 

[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402 

[15]  Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas RakyatTurki.Hal 35. [16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405 

[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405 [18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia IslamModen.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130. [19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.KualaLumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426 

[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407 

[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408