sejarah sekolah jenis kebangsaan chung hwa

Upload: janic-chew

Post on 10-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WELL DONE

TRANSCRIPT

SEJARAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWASekolah rendah Chung Hwa, Tenom berasal daripada gabungan sekolah rendah Ming Nan dan Sekolah Rendah Hua Chiao. Pada tahun 1925, sekolah rendah cina Ming Nan dapat dibina atas usahasama golongan cendekiawan Hokkien yang diketuai oleh En. Gan Gui Chiao. Bilangan pelajar hanya melebihi sepuluh orang sahaja. Menjelang tahun 1931, bilangan pelajar meningkat kepada empat puluh orang dan terdapat sepuluh orang pelajar tamat sekolah dalam setiap graduan. Pada tahun 1939, bilangan pelajar telah meningkat dengan cepat, bilangan kelas di sekolah ini tidak mencukupi, oleh itu, Zheng Yu Chun, Wong Yu Shu telah menyediakan dermawan untuk membangunkan sebuah blok untuk memberikan kawasan sekolah yang besar. Sekolah rendah Cina Hua Chiao pula dibina pada tahun 1931 atas gabungan tenaga golongan cendekiawan Kantonis yang diketuai oleh EN. Lee Sin Fook. Sekolah ini juga dibina sebagai asrama bagi murid-murid sekolah ini. Selepas beberapa tahun, bilangan pelajar telah meningkat kepada melebihi 80 orang. Bagaimanapun, pada tahun 1941, kedua-dua sekolah itu terpaksa ditutup apabila Jepun mengatur serangan ke Sabah. Setelah Jepun mengundur, pada tahun 1945, para cendekiawan mencadangkan supaya sekolah dibina dengan gabungan dua buah sekolah rendah iaitu sekolah rendah Ming Nan dan sekolah rendah Cina. Dengan itu, nama sekolah bertukar menjadi Sekolah Rendah Chung Hwa lalu mengorganisasi Lembaga Pengelola Sekolah.Pada Mei 1964, pihak sekolah telah memutuskan untuk membina sebuah blok yang mempunyai 6 buah kelas. Disebabkan oleh sebuah blok bangunan yang mempunyai dua tingkat terlalu lama dan telah diumumkan sebagai blok bahaya,dengan itu, blok tersebut telah dimusnahkan pada Oktober 1981. Pada July 1982, Lembaga Pengelola Sekolah telah memohon masyarakat ketempat memberi sumbangan dari segi kewangan dan akhirnya mendapat RM20000. Selepas mendapat kewangan yang mencukupi, pihak sekolah telah membuat keputusan untuk membina dua blok bangunan yang merangkumi 6 buah kelas dan sebuah klinik pergigian. Seterusnya, sebuah pejabat dan meluaskan klinik pergigian telah dijalankan kerana pihak sekolah telah membuat perancangan yang baru. Disebabkan kekurangan kelas, para cendekiawan telah menderma wang untuk membangunkan dua buah kelas. Pada masa yang sama, pihak sekolah mendapat persetujuan daripada syarikat di Taiwan untuk menderma sebuah pintu sekolah agar sekolah ini dapat kelihatan ceria.