laporan program kelab doktor muda sjk chung hwa limbang sempena minggu sihat doktor muda 2014

7
Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014 (1-7 Julai 2014) Sempena sambutan Minggu Sihat Doktor Muda 2014 ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan dengan lancar dan sempurna. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti di bawah: Tarikh Masa Aktiviti 01 Julai 2014 (Selasa) 0705-1230 Gotong-royong Pembersihan Kawasan Sekolah / Hari Kitar Semula 1415-1515 Ceramah yang bertajuk : Penjagaan Gigi Yang Sihat 02 Julai 2014 (Rabu) 0705-1230 Bacaan Perutusan YB Menteri Kesihatan Tunjuk Bantu Cuci tangan Di Tadika Chung Hwa Tunjuk Cara Memberus Gigi 03 Julai 2014 (Khamis) 1005-1230 Jom! Fight it! Expo Permainan Calon UPSR 04 Julai 2014 (Jumaat) 0705-1230 Pertandingan Mewarna Bertema : Makanan Khasiat (Tahun 1) Pertandingan Melukis (Tahun 2 & 3) Pertandingan Permainan Kata Silang (Tahun 4) Pertandingan Kuiz Kesihatan (Tahun 5) 07 Julai 2014 (Isnin) 1005-1230 Pemeriksaan Kesihatan Oleh Doktor Muda

Upload: lai-hui-fang

Post on 19-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

doktor muda

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG

Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014 (1-7 Julai 2014)

Sempena sambutan Minggu Sihat Doktor Muda 2014 ini, pelbagai aktiviti

telah dirancang dan dijalankan dengan lancar dan sempurna. Antara aktiviti-

aktiviti yang telah dijalankan seperti di bawah:

Tarikh Masa Aktiviti

01 Julai 2014

(Selasa)

0705-1230 Gotong-royong Pembersihan Kawasan

Sekolah / Hari Kitar Semula

1415-1515 Ceramah yang bertajuk : Penjagaan Gigi

Yang Sihat

02 Julai 2014

(Rabu)

0705-1230 Bacaan Perutusan YB Menteri Kesihatan

Tunjuk Bantu Cuci tangan Di Tadika Chung

Hwa

Tunjuk Cara Memberus Gigi

03 Julai 2014

(Khamis)

1005-1230 “Jom! Fight it!” Expo Permainan Calon UPSR

04 Julai 2014

(Jumaat)

0705-1230 Pertandingan Mewarna Bertema : Makanan

Khasiat (Tahun 1)

Pertandingan Melukis (Tahun 2 & 3)

Pertandingan Permainan Kata Silang (Tahun

4)

Pertandingan Kuiz Kesihatan (Tahun 5)

07 Julai 2014

(Isnin)

1005-1230 Pemeriksaan Kesihatan Oleh Doktor Muda

Page 2: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

Ringkasan Perjalanan Program:

1 Julai 2014 (Selasa)

Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta hari kitar semula berjaya

dilaksanakan dengan kerjasama dan bantuan daripada semua murid sekolah

dan guru. Rajah 1 & 2 menunjukkan kerjasama yang ditunjukkan oleh murid-

murid dalam membantu membersihkan kawasan sekolah serta menyertai

program Hari Kitar Semula dengan membawa bahan-bahan yang boleh dikitar

semula.

Rajah 1: Aktiviti gotong-royong yang dijalankan di sekolah

Page 3: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

Rajah 2: Bahan-bahan kitar semula yang dibawa oleh semua guru dan murid dengan kerjasama ibu bapa.

Justeru itu, ceramah yang bertajuk “Penjagaan Gigi Yang Sihat” turut dijalankan

pada sebelah petang tersebut dengan melibatkan murid dan guru. Ia dijalankan

dengan lancar atas bantuan dan tunjuk ajar daripada jururawat pergigian yang

sudi meluangkan masa untuk menyampaikan bagaimana menjamin penjagaan

gigi yang sihat. Rajah 3 menunjukkan usaha jururawat pergigian membantu

murid lebih memahami bagaimana menjamin penjagaan gigi yang lebih sihat.

Page 4: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

Rajah 3: Murid-murid meneliti apa yang disampaikan oleh jururawat pergigian.

2 Julai 2014 (Rabu)

Bacaan Perutusan YB Menteri Kesihatan telah dijalankan pada 7:05 awal pagi

semasa perhimpunan sekolah. Ia bertujuan menyampaikan kesedaran mengenai

kepentingan menjaga kebersihan diri.

Kemudian, aktiviti diikuti pula dengan rakan sebaya Kelab Doktor Muda

menunjukkan cara memberus gigi dan mencuci tangan dengan cara yang betul

kepada murid-murid di Tadika Chung Hwa. Rajah 4 menunjukkan kesungguhan

rakan sebaya Kelab Doktor Muda membimbing murid-murid tadika memberus

gigi dan mencuci tangan.

Page 5: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

Rajah 4: Rakan sebaya Kelab Doktor Muda membimbing murid-murid Tadika Chung Hwa memberus gigi serta mencuci tangan.

3 Julai 2014 (Khamis)

Expo Permainan Calon UPSR ini dijalankan dengan lancar dan sempurna

dengan membantu bakal calon-calon UPSR ini menenangkan fikiran mereka

dengan permainan-permainan yang menarik serta menguji minda mereka.

Malahan terdapat juga pameran buku-buku yang menarik seperti buku pop-up

Page 6: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

serta buku-buku cerita yang memberi pengetahuan mengenai penguasaan

emosi dan lain-lain lagi. Berikut merupakan suasuana pada hari berkenaan:

Rajah 5: Expo Permainan Calon UPSR

4 Julai 2014 (Jumaat)

Pertandingan- pertandingan seperti mewarna, melukis, kuiz kesihatan serta

permainan silang kata dijalankan di kelas masing-masing dengan bantuan

daripada semua guru tahun 1 hingga 5. Ia dijalankan dengan lancar dan baik

atas kerjasama antara guru dan murid. Guru yang bertugas juga sempat

menyampaikan mesej-mesej yang penting menerusi pertandingan kali ini iaitu

betapa pentingnya penjagaan diri dari segi luaran dan dalaman dengan harapan

Page 7: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

murid dapat sentiasa mengambil berat tentang penjagaan diri, orang lain

mahupun ahli keluarga sendiri.

Rajah 6: Pertandingan mewarna, melukis dan teka silang dan kuiz kesihatan

yang dijalankan secara serentak di kelas masing-masing.

Page 8: Laporan Program Kelab Doktor Muda SJK CHUNG HWA LIMBANG Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2014

7 Julai 2014 (Isnin)

Pemeriksaan kesihatan oleh Doktor Muda pada waktu rehat secara bergilir-gilir

untuk membantu guru kelas tahun 1A, 1B dan 1C membuat pemeriksaan berat

badan dan ketinggian murid serta mengira BMI setiap murid sebagai rekod

kesihatan.

Disediakan oleh,

_______________

LAI HUI FAH

GURU PENASIHAT,

KELAB DOKTOR MUDA,

SJK CHUNG HWA LIMBANG