sejarah pusat sumber

Upload: juraidah-bt-othman

Post on 05-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 SEJARAH PUSAT SUMBER

    1/2

    SEJARAH PUSAT SUMBER

    TAHUKAH KAMU?

    Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan salah satu elementerpenting dalam menjana pembangunan dan kemajuan akademik di

    sekolah-sekolah. Penubuhannya telah diusahakan semenjak sebelum

    negara merdeka lagi. Kepentingannya amat dirasakan sehingga

    beberapa proses penambah baikkan baik dari segi pengurusan dan

    fizikalnya sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

    Sekitar tahun 1950an beberapa buah sekolah di bawah

    pentadbiran Inggeris telah mula mewujudkan perpustakaan sekolah.Namun usaha itu tidaklah begitu diutamakan malah tidak

    mempunyai objektif yang jelas dalam membantu pembangunan

    pendidikan semasa lebih-lebih lagi tiada mempunyai kakitangan yang

    terlatih dalam pengurusan sumber pada ketika itu. Projek ini telah

    menemui kegagalan. Pada tahun 1962, Persatuan Persekutuan Tanah

    Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di

    Malaya. Antaranya:

    1.Semua bahan ditempatkan di sebuah bilik khas.2.Memberi kursus /latihan kepada guru perpustakaan selama

    setahun.

    3.Nisbah purata koleksi buku dan pelajar ialah 10 judul bagi 1pelajar.

    4.Melanggan 1 atau 3 jenis akhbar.Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran menerbitkan manual

    Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) yang disediakan

    oleh Margeret Walker. Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah

    memulakan satu program perintis bagi Sains Am yang diterbitkan di

    bawah Kementerian Penerangan bersama Kementerian Pelajaran.

    Setahun kemudian telah dilancarkan projek yang ke dua yang

    melibatkan bidang Biologi (Kajihayat).

  • 7/31/2019 SEJARAH PUSAT SUMBER

    2/2

    Pada tahun 1967 Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di

    bawah pengurusan Buku Teks di Kementerian Pendidikan. Kemudian

    sehingga tahun 1974 pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan

    pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan

    Sekolah Kementerian Pelajaran.

    Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan

    semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi

    menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah

    dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana PSS mempunyai

    koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

    Pada tahun 1983 juga Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

    kini Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), telah ditubuhkan.

    Peringkat awal, hanya empat negeri sahaja yang terpilih untuk

    menubuhkan PSPN iaitu Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

    Bagi negeri-negeri yang tiada mempunyai PSPN, Unit Teknologi

    Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang

    sama. Sehinggalah tahun 1997 semua negeri telah mempunyai PSPN

    mereka sendiri.

    Kini, semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

    diwajibkan mempunyai PSS dan dikawal selia oleh BTPN

    masing-masing.

    SUMBER DARIPADA :

    http://edu4u.edublogs.org/category/pusat-sumber-

    sekolah/page/3/#ixzz1o84GovpB

    http://edu4u.edublogs.org/category/pusat-sumber-sekolah/page/3/#ixzz1o84GovpBhttp://edu4u.edublogs.org/category/pusat-sumber-sekolah/page/3/#ixzz1o84GovpBhttp://edu4u.edublogs.org/category/pusat-sumber-sekolah/page/3/#ixzz1o84GovpBhttp://edu4u.edublogs.org/category/pusat-sumber-sekolah/page/3/#ixzz1o84GovpB