sejarah pulau besar edited

27
Sejarah Pulau Besar Dhesegaan a/l Bala Krishnan Nik Amalina Bt Mat Ajis Nurul Amalina bt Norazli Nurul Natasha Inez Bt Shamsul Ariffin Nur Faziera Bt Yusof Siah Moris Marliza Abu Bakar Siti Nursyafiqah Bt Mohamed Ali Marica Zulaika Bt Suliman Afrina Adiba

Upload: nurfaziera

Post on 24-Nov-2015

76 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

This is the history behind Pulau Besar.

TRANSCRIPT

SEJARAH PULAU BESAR

Sejarah Pulau Besar

Dhesegaan a/l Bala KrishnanNik Amalina Bt Mat AjisNurul Amalina bt Norazli Nurul Natasha Inez Bt Shamsul Ariffin Nur Faziera Bt Yusof Siah Moris Marliza Abu BakarSiti Nursyafiqah Bt Mohamed Ali MaricaZulaika Bt SulimanAfrina Adiba11)Masyarakat lebih suka menerima informasi bulat-bulat daripada sumber yang kurang sahih daripada mengkaji sendiri .Adakah masyarakat mampu mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu perkara ?

2)Adakah langkah drastik yang diambil pihak autoriti dengan merobohkan sebahagian tempat bersejarah untuk membasmi amalan khurafat adalah tepat ?

3)Apakah langkah untuk memajukan Pulau Besar supaya kembali mahsyur seperti pada zaman kegemilangannya ?

Pernyataan masalahOBJEKTIF KAJIANMETODOLOGI KAJIAN

BukuJudul Buku : Menyingkap Misteri Pulau BesarNama Pengarang : Ana FaqirKandungan :

Sejarah Melaka & Sejarah Pulau Besar serta perkaitan antara Melaka dan Pulau Besar . Kedatangan ahli ulama Islam ke Melaka & Pulau Besar . Penceritaan tentang sejarah Sheikh Ismail , Sunan Bonang & Sunan Giri

Sumber : Perpustakaan Peringatan Zaba , Universiti Malaya KAJIAN PERPUSTAKAAN

Akhbar

KAJIAN LAPANGANhttp://shalattas.blogspot.com/2012/09/penunggu-pulau-besar-dari-buku-firasat.html

http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/

http://azlanlin.blogspot.com/2010/11/pulau-besar-melaka-apakah-misterinya.html

Kajian internet

DAPATAN KAJIAN SEJARAH PULAU BESAR 1400 Masihi : didiami oleh Orang Laut & Orang Selat . Orang Laut menjalankan aktiviti :menangkap ikan menjadi lanun di Selat Melaka. Tarikan : Pusat bekalan air bersih Kedudukan yang dekat dengan Pelabuhan Melaka .PENGENALAN

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , Pulau Besar telah berfungsi sebagai :pusat bekalan air bersih & kayu api .(digelar sebagai Wu Shu(Pulau Air) oleh pedagang Cina )tempat mempelajari ilmu persilatan .tempat untuk mengawasi perairan Selat Melaka . tempat merekrut & melatih hulubalang . pusat pengembangan ajaran Islam .

KESULTANAN MELAYU MELAKA & PULAU BESARMengapa Pulau Besar dipilih untuk berdakwah?

Tempat strategik kerana ramai pedagang datang ke sini untuk bekalan air bersih .

Siapakah pendakwah-pendakwah Islam yang telah merintis usaha menjadikan Pulau Besar sebagai pusat pendakwahan Islam di Alam Melayu ? Sultan Al-Ariffin Sheikh Ismail bin Abdul Qadir Keturunan ke-18 Nabi Muhammad s.a.w. Beliau beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. ISLAM DI PULAU BESAR Mereka menetap di sana untuk berdakwah tentang Islam di Alam Melayu .Mendapat petunjuk untuk berdakwah di Pulau Besar melalui mimpi dan kunjungan ke makam baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kemudiannya , beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yemen dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.

2 orang Wali Sembilan , iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah berguru dengan Sheikh Ismail sehinggalah telah membawa kepada pengasasan Kerajaan Islam Demak .

Syeikh Yusuf As-Siddiq Guru kepada Sheikh Ismail .Guru Sufi yang tinggi ilmunya . menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW

Ada 2 sebab : Hajat ilmuGolongan yang ingin mempelajari ilmu persilatan atau ilmu agama Islam berkunjung ke sini agar hajat mereka tertunai .

Kebetulan disangka kuasa Pulau Besar- Golongan yang sama juga mendapati bahawa doa-doa mereka di Pulau Besar termakbul .- Tempat mencuba nasib . PULAU HAJAT

Makam Syarifah Rodziah Makam ini dikatakan makam milik Siti Sarah atau nama sebenar Siti Sarah Ibn Syeikh Yusuf As-Siddiq. Beliau merupakan wanita yang sangat taat kepada agama Islam sehingga mengikut ayahandanya ke Pulau Besar untuk menyebarkan agama Islam. Beliau juga dikatakan sebagai penduduk tempatan dari sebuah perkampungan di Melaka, berpindah dan menetap ke Pulau Besar bersama suaminya sehingga ke akhir hayat.

Makam Tujuh BeradikMakam ini adalah makam tujuh orang bersaudara seperguruan berasal dari Palembang dan telah datang ke Pulau Besar untuk mengembangkan ilmu persilatan.Kini, kubur tujuh beradik telah diratakan kerana dikatakan dahulu menjadi tumpuan tempat permujaan yang sangat aktif. Bagi mengurangkan aktiviti ini, pihak berkuasa telah meratakan kubur-kubur mereka.

GUA YUNUSMenurut cerita penduduk tempatan, gua ini dahulunya menjadi tempat tinggal Syeikh Yunus. Beliau digambarkan sebagai seorang sufi yang suka menyendiri dan hidup terpencil. Seminggu sekali, beliau akan datang ke kawasan penempatan penduduk di pulau ini untuk mendapatkan bekalan makanan. Bagaimanapun pada satu ketika, beliau dilaporkan tidak lagi kelihatan di pulau ini.

Hal ini menimbulkan tanda-tanya di kalangan penduduk tempatan. Mereka akhirnya pergi ke gua tersebut untuk melihat keadaan Syeikh Yunus dan mendapati beliau sudah tidak ada di situ. Peliknya, seketul batu yang menjadi tempat duduknya telah bertukar warna menjadi putih. Padahal, batu-batu dalam gua itu dahulunya berwarna hitam. Ada pelbagai spekulasi yang dibuat oleh penduduk tempatan mengenai kehilangannya. Namun begitu, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tentang segalanya.

Terdapat juga tempat bersejarah yang lain seperti :-

Kubur Al Mursyid Sheikh Yusuf As-SidiqKubur Tok JanggutPokok Disula Perigi BunianBatu BelahPerigi Nenek MusallimahTasik Biawak

AMALAN SYIRIK DI PULAU BESAR

Majoriti pengunjung ke Pulau Besar adalah berketurunan Muslim Pakistan, India (Muslim dan Hindu) serta Melayu. Upacara memuja kubur, batu, pantai atau mandi bunga biasanya dilakukan oleh golongan yang dilihat masih jahil dengan ajaran Islam yang sebenar. Kadangkala, terdapat juga kaum Cina yang bukan beragama Islam yang datang untuk melakukan aktiviti pemujaan di pulau ini mengikut kepercayaan mereka.Suatu masa dahulu, pulau ini pernah dijadikan tempat mandi safar yang diisi dengan aktiviti tarian dan nyanyian yang ternyata bercanggah dengan syarak. Hasil dakwah dan kesedaran masyarakat tentang kesalahan amalan itu, tradisi mandi safar itu lenyap begitu sahaja.

Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik pada waktu itu telah merobohkan dan menghapuskan semua bangunan dan tempat-tempat yang seringkali dijadikan tempat melakukan upacara syirik dan khurafat .

Tentangan : Golongan ulama Muslim kerana bangunan-bangunan bersejarah itu ialah tanda kegemilangan Islam .

Kejadian Aneh :

- Empangan Durian Tunggal kering kontang mendadak pada tahun 1991, tidak berapa selepas Makam Sheikh Ismail dirobohkan .

USAHA-USAHA MEMBASMI AMALAN SYIRIK Usaha ke arah memulihkan semula Pulau Besar sebagai Pusat Pengembangan Islam dimulai oleh Ketua Menteri selepas itu, Mohd Zin Abdul Ghani pada 1996. Bangunan yang kita lihat hari ini siap pada tahun 2000 dengan ingatan keras dari Majlis Agama Islam Melaka supaya setiap amalan khurafat diharamkan sama sekali di Makam tersebut. Amaran ini dinyatakan di beberapa papan kenyataan di Jeti Umbai dan juga di pintu masuk Makam tersebut.Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membina sebuah surau(telah dinaik taraf kpd masjid) dan melantik 2 orang imam untuk bergilir-gilir menguruskan masjid tersebut. Perbezaan dulu dan sekarang DULUSEKARANGSekolah tahfiz ditubuhkandan surau dinaiktarafmenjadi masjid.Amalan khurafat berkurangan .

Pulau mendapat bekalan elektrik daripada TNBAmalan yang bertentangan dgn Islam berleluasa

Tidak mendapat bekalan elektrik . Hanya menggunakan generator.1)Masyarakat perlu mengubah persepsi yang negatif terhadap Pulau Besar sebaliknya cuba menghayati sejarah berharga yang terdapat di pulau ini dengan cara mengkaji terlebih dahulu. 2)Para pengkaji atau penyelidik yang membuat kajian di Pulau ini juga perlu adil dalam memberikan maklumat yang diperoleh di pulau ini kepada orang ramai.3)Kerajaan perlu giat menggandakan usaha untuk mengembalikan nama Pulau Besar sebagai tempat yang mahsyur dengan pengembangan ajaran Islam dan juga menjadikan Pulau Besar antara tempat bersejarah yang patut dipelihara dan dipulihara . Cadangan & Kesimpulan