sejarah pendidikan pemulihan di malaysia

11
SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Pemulihan bermula di luar negara iaitu di Amerika selepas termaktubnya Public Law 94-142. Akta Pendidikan untuk kanak-kanak khas ini menjelaskan bahawa semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas wajib menerima pendidikan di sekolah-sekolah biasa dan sekolah khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baharu iaitu IDEA (Individuals with Disabilities Education Act) dan diperluaskan. Melalui akta ini, pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Undang-undang ini menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak pemulihan dan berkeperluan khas diberikan perhatian. Antara yang ditekankan ialah; 1. Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak berkeperluan khas. 2. Pendidikan untuk kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalang mereka untuk berkembang. 3. Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen yang bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. 4. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru Pemulihan Khas dan Guru Pendidikan Khas perlu menyediakan rancangan pelajaran individu bagi setiap murid pemulihan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Guru hendaklah merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid-murid pemulihan dalam satu-satu jangka masa tertentu

Upload: zaleha

Post on 26-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pemulihan

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan Pemulihan bermula di luar negara iaitu di Amerika selepas termaktubnya

Public Law 94-142. Akta Pendidikan untuk kanak-kanak khas ini menjelaskan bahawa semua

kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas wajib menerima pendidikan di sekolah-

sekolah biasa dan sekolah khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baharu iaitu

IDEA (Individuals with Disabilities Education Act) dan diperluaskan. Melalui akta ini,

pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Undang-undang ini

menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak pemulihan dan berkeperluan khas diberikan

perhatian. Antara yang ditekankan ialah; 1. Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan

bercorak awam yang sesuai kepada kanak berkeperluan khas. 2. Pendidikan untuk kanak-kanak

khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalang mereka untuk berkembang. 3.

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen yang bercorak diskriminasi dalam

penilaian pendidikan. 4. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai

kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru Pemulihan Khas dan Guru Pendidikan Khas perlu

menyediakan rancangan pelajaran individu bagi setiap murid pemulihan dengan mengikut

prosedur yang ditetapkan. Guru hendaklah merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid-

murid pemulihan dalam satu-satu jangka masa tertentu dengan mengambil kira potensi dan

kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini, konsep kolaboratif dalam

pendidikan diamalkan iaitu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan

guru terlibat sama dalam merancang pendidikan pemulihan. Manakala di Britain pengumuman

Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut

mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari

aspek pertumbuhan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada

kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah

merupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Laporan ini menekankan

kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa

yang dikenali sebagai intergrasi atau inklusif. Sebelum laporan ini dikemukakan, konsep

pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu

kanak-kanak ini belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada

Page 2: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini.

Dasar ini juga dijadikan panduan kepada Negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan

khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan

pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-Kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuh

pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat

diagnosis ke atas kanak-kanak khas oleh pelbagai golongan pakar ke atas keperluan mengikut

pendidikan. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak khas diganti dengan

konsep intergrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa

dalam sekolah dan kelas yang sama.

Di Malaysia, program pemulihan bermula pada tahun 1965 apabila tiga orang guru yang

mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai Sembilan orang guru

telah mendapat latihan di luar negara. Program pendidikan pemulihan bermula sebagai ‘pilot

project’ di Sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula pada

awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan,

didapati Program Pendidikan Pemulihan amat perlu bagi membantu kanak-kanak yang

menghadapi masalah pembelajaran. Dari tahun 1968 hingga 1974, kerajaan telah membekukan

pengambilan guru-guru berkursus dalam bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan

Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Hasil daripada laporan

tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif. Pada tahun 1975, Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan projek

percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah dengan menggunakan strategi

pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam

projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu,

Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah yang kompleks

diserahkan kepada guru pemulihan khas. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Cuti. Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada

guru-guru terlatih di sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut; i. 2

minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua iii. 4 minggu dalam

cuti penggal ketiga Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan

Page 3: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1981, kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti

penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk

menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.

Pada Tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas

pendidikan dengan memberi focus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya

dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan Pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-

3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah

penguasaan asas 3M. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Fokus ke arah membasmi masalah

3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras

keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan

murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia turut

memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan

menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid

(SKM). (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Beberapa program pemulihan telah

dilaksanakan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua kanak-kanak tidak

tercicir dalam pendidikan arus perdana. Antara program yang telah diperkenalkan ialah; (a)

KIA2M KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancang khusus

untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu secara sepenuh masa di Sekolah

Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Di Sekolah Kebangsaan, program ini dijalankan

dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 12 waktu dan 9 waktu di Sekolah Jenis

Kebangsaan. (b) Program Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas ialah program yang

dijalankan di sekolah khas atau kelas yang khusus untuk murid-murid bermasalah penglihatan,

pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini dilaksanakan bertujuan agar semua

murid berpeluang mendapatkan pendidikan bermula daripada intervensi awal. (c) Program

KEDAP KEDAP ialah program kelas dewasa untuk ibu bapa murid orang Asli, Penen dan

Pribumi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan mereka di

seluruh Negara. Pelaksanaannya dibuat berdasarkan keperluan ibu bapa murid orang Asli, Penan

dan Pribumi yang kurang memberikan motivasi dan membantu anak-anak dalam pelajaran

Page 4: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Matlamat utama

kurikulum KEDAP adalah membantu mereka untuk meningkatkan tahap literasi dan membentuk

sikap positif terhadap pembelajaran sepanjang hayat. (Khairuddin, 2011) (d) PROTIM PROTIM

Bahasa Melayu dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Sasaran program PROTIM adalah untuk murid

tahun 4, 5 dan 6. Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program

Pemulihan Khas dan Intervensi (P1NCH) yang dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah

rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M)

dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas

tersebut. Antara tindakan bagi pelaksanaan P1NCH merangkumi; 1. Program Pemulihan Khas

Tahun 2 • Semua murid LINUS Pemulihan/Tegar akan mengikuti Program Pemulihan Khas

(LINUS) di sekolah. • Modul LINUS Tahun 2 dan Modul Pemulihan sedia ada hendaklah

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid tersebut akan menduduki Saringan 4,5

dan 6 dalam Program LINUS 2. Program Pemulihan Khas Tahun 3 • Murid pemulihan khas di

tahun 2 (2010) yang gagal dalam Ujian Pelepasan perlu mengikuti program pemulihan khas 3.

Program Pemulihan Tahun 4, 5 dan 6 • Murid Tahun 4, 5 dan 6 yang masih tidak menguasai 3M

perlulah menjalani program pemulihan mengikut konsep KBSR (Pemulihan dalam Bilik Darjah)

yang dipertanggungjawabkan kepada guru mata pelajaran yang berkenaan. Walau bagaimanapun

guru pemulihan khas boleh membantu murid tersebut. 4. Program Intervensi 3M Sekolah

Menengah Perkembangan Program Pemulihan Khas menunjukkan pendidikan universal

diutamakan yang merupakan salah satu daripada komponen utama program Pendidikan Untuk

Semua dan Pendidikan Sepanjang Hayat serta merupakan strategi untuk mewujudkan

pendemokrasian pendidikan. Keutamaan ini diberikan kepada ketiga-tiga aspek pendidikan

sejagat iaitu Universal Access kepada pendidikan rendah, kadar menamatkan persekolahan yang

tinggi dan pencapaian maksimum. (Special Education Department, 1999)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak

tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus

dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Page 5: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

LATARBELAKANG

  

1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan

strategi  “Withdrawal System.”

 1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan”

bagi tahap satu (Tahun 1 hingga  3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan

oleh guru kelas / mata pelajaran.

 

1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan

pemulihan dalam kelas KBSR.

1998 - Program Intervensi 3M.

2000 - “Multiple Intelligence”          

         

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 :

(PERAKUAN  5)

 

“ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah

mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti

dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan

pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran

pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu ”

Page 6: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

PEMULIHAN DALAM KBSR

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini

merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus

kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program

Pemulihan Khas. 

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru

mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam

kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti

KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan

Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakanwithdrawal system.

1) Pemulihan Dalam Kelas 

Pemulihan KBSR 

- dalam kelas biasa

- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)

- oleh BPK

- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)

- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan

- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

Page 7: Sejarah Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

PROTIM

- program pemulihan 3M tahap 2

- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M

- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR 

- gagal praujian - murid PROTIM

- BM dan Matematik 

2) Program Pemulihan Khas 

- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan

- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)

- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan  

- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa

- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M

PEMULIHAN DALAM KSSR

Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun

2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai

asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun

2012.