sejarah pendidikan di malaysia

Upload: azrul

Post on 08-Mar-2016

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejarah Pendidikan Di Malaysia

TRANSCRIPT

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIAKronologi Sejarah Sistem Pendidikan Di Malaysia:-Tiga era:(a) Sebelum Kedatangan British;(b) Sewaktu Pemerintahan British;(c) Selepas Kemerdekaan Malaysia.ERA PERTAMA: Sebelum Kedatangan British-Pendidikan Agama: Pengajian Al-Qur'an oleh guru-guru Al-Qur'an. Juga disampaikan oleh mereka berketurunan Sayyid. Guru agama=Imam di masjid/surau kampung. Pelajaran -Pengiraan, Menulis Jawi, Tajwid Al-Qur'anul Karim, Fardhu 'Ain,Rukun Islam, Rukun Iman. Tiga pelajaran sehari(1 jam setiap pelajaran).-Sebelah pagi (selepas sembahyang Subuh); Selepas sembahyang Zuhur; Sebelah petang (sehingga ke waktu Asar). Tiada bayaran. Para pelajar membantu kerja-kerja guru mereka, (bersihkan tempat belajar, mencari kayu api, mengerjakan sawah) di antara waktu senggang pembelajaran. Proses Pengajaran-Pembelajaran:- Ulangi perkataan-perkataan Arab di awal dan akhir bacaan Al-Qur'an;- Setelah mahir, gunakannya untuk membaca Al-Qur'an dan jadi imam dalamsembahyang. Sekolah-sekolah agama awal (sekolah pondok)- di Terengganu dan Kelantan (abad ke-18);Kedah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang - (penghujung abad ke-19). Pendidikan Tak Formal -Belajar daripada ibu bapa dan mereka yang lebih tua;- Kemahiran membuat dan baiki alatan pertanian; kemahiran pertukangan; kemahiran seni silat dan juga sihir. Pendidikan Istana-Pendidikan Islam di istana, dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja;- Pelajaran:* Terjemahan buku-buku bahasa Arab - bahasa Melayu (guna tulisan Jawi);* Bahasa Arab;* Bahasa pengantar-Bahasa Melayu. Penglipur Lara- Penyampaian cerita-cerita rakyat oleh tukang cerita (Tok Selampit, Awang Batil, Tukang Karut dan Pawang Ana);- Bentuk lisan;- Cerita-cerita legenda dan dongeng: Penyerapan nilai-nilai murni kepada para pendengarnya.ERA KEDUA: Kedatangan British Tiada campurtangan British. (terpaksa dibiayai oleh orang perseorangan dan organisasi-organisasi Islam orang Melayu); Dikenali sebagai 'Madrasah' - ilmu Keduniaan (Fardhu Kifayah) dan ilmu Keakhiratan (Fardhu 'Ain); Madrasah:- Sekolah agama moden;- Lebih kemas, teratur;- Tekankan ajaran-ajaran para 'Reformis' dari Asia Barat/Kaum Muda;- Sukatan pelajaran:Pelajaran agama Islam, latihan vokasional (perdagangan,pengiraan).- Taraf pendidikan lebih tinggi (Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah di Kota Bharu;- Dari Madrasah Universiti-universiti di Timur Tengah (Al-Azhar, Mesir dan Masjidil- Haram, Makkah). Sekolah Pondok:- Sekolah agama tradisi orang Melayu;- Diperbaharui, dengan didirikan asrama-asrama/pondok-pondok pengajian (hampir dengan rumah tuk guru);- Pelajaran: Fardhu 'Ain,sepertiPengajian Al-Qur'an, Al-Hadith, Tasawwuf, Fiqah, Tauhid, Bahasa Arab, Tulisan Jawi dan seni Khat, doa-doa harian.-Didik sahsiah pelajar - seorang yang berdisiplin, amal nilai-nilai murni dan taat beragama. Sekolah Vernakular:- Ikut pecahan kaum-kaum di tanah Melayu (Melayu, Cina, India dan Inggeris); (Dasar Pecah & Perintah / Divide & Rule);- Guna bahasa ibunda masing-masing dalam proses Pengajaran - Pembelajaran.- Berterusan sehingga ke era selepas kemerdekaan. Laporan-laporan Pendidikan-Laporan-laporan Pendidikan di peringkat awal seperti:* Laporan Cheeseman ( ) - Untuk bina semula sistem pendidikan (selepas PerangDuniaKedua;* Laporan Barnes (1949) - Untuk satukan semua sekolah vernakular;* Laporan Fenn-Wu (1951) - Gubal semula sistem pendidikan sekolah-sekolah Cina di di Tanah Melayu;* Ordinan Pelajaran (1952) - Langkah awal - penubuhan sekolah-sekolah bercorak 'Kebangsaan' dan 'Jenis Kebangsaan'.ERA KETIGA: Selepas Kemerdekaan Laporan-Laporan Pendidikan-Laporan-laporan Pendidikan yang ditelah dirangka untuk menggubal suatu sistem pendidikan bersepadu adalah:(a) Laporan / Penyata Razak (1956) - Bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi kaum. - Diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak.

(b) Penyata Rahman Talib (1959) - Untuk kaji semula cadangan-cadangan di dalam Penyata Razak. - Cadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah. Kedua-dua penyata tersebut menjadi asas kepada sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini.(Untuk lihat imbasan sejarah sistem pendidikan Malaysia,klik di sini

Sekolah vernacular1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:i. Pagia. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional

ii. Petang. Bahasa Araba. dan al-Qur'an6. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitui. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.7. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Mubaligh London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.8. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.9. Contoh sekolah vernalular Cina ialah i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.10. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.11. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.12. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, yang mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.13. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.14. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

Sekolah vernakular penghalang perpaduan nasionalKUALA LUMPUR 12 Mei - Perpaduan nasional akan menjadi impian yang tidak tercapai selagi sekolah vernakular kekal di negara ini, kata Tokoh Pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.Beliau berkata, generasi muda Malaysia akan sentiasa terperangkap dalam polarisasi kaum akibat kewujudan aliran pendidikan yang berasingan."Kita kena fikir satu sistem dari awal, kalau kita teruskan sekolah jenis kebangsaan, peratusan bukan bumiputera dalam sekolah kebangsaan cuma tiga peratus sahaja."Di mana akan tercapai perpaduan? Kalau ini kekal, kita boleh laung perpaduan berkali-kali, barangkali kita hanya bermimpi," katanya kepada pemberita selepas WacanaPost MortemPilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sebuah hotel di sini hari ini.Menurut Abdul Rahman, bagi menggantikan peranan sekolah jenis kebangsaan, beliau mencadangkan bahasa Cina dan Tamil diberi penekanan di sekolah kebangsaan agar semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berada di bawah satu bumbung di sekolah yang sama."Singapura tiada sekolah Cina, seluruh negara dalam dunia tiada sekolah Cina dibiaya kerajaan kecuali di Malaysia. China pun tiada."Singapura tidak utamakan pelajaran Cina, padahal 80 peratus penduduknya Cina, maknanya orang Cina cari peluang belajar bahasa dia tapi dia nak maju juga," katanya.Beliau berkata, pendidikan sekolah satu aliran menerusi sekolah kebangsaan telah dilaksanakan oleh Singapura dan diterima rakyatnya.Sementara itu, pakar undang-undang,Datuk Mohd. Noor Abdullahberkata, kedudukan sekolah jenis kebangsaan yang menerima peruntukan kerajaan boleh dibantah melalui saluran undang-undang kerana perkara tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Bantahan ini boleh dibawa ke mahkamah kerana tiada dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan, hak yang ada cuma untuk pendidikan agama Islam."Saya minta ubahlah sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan supaya semua pelajar boleh duduk dalam satu bilik darjah dan bermain dalam gelanggang yang sama, baru boleh terap perpaduan."Kalau ada yang tidak setuju dengan cadangan ini, mereka adalah anti perpaduan," katanya.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_08/Sekolah-vernakular-penghalang-perpaduan-nasional#ixzz2cPSyMkHu Utusan Melayu (M) Bhd

Tingkatkan Bahasa Melayu, bukan hapus sekolah vernakular -AnwarOleh: Mohd Arif JuhainiKUALA LUMPUR, 20 Jun: Isu sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular adalah polemik atau wacana yang dibincangkan sekitar tahun 50-an hingga 60-an, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, sepatutnya pada ketika ini, semua rakyat menumpukan semangat perpaduan dan mutu pendidikan kebangsaan tanpa perlu merombak pendekatan sedia ada.Pada 50-an hinga 60-an, kita ada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib 1960 atau Akta Pelajaran 1961 yang sejak itu berkembang baik dan diterima sebagai dasar pendidikan kebangsaan.Bahasa Melayu atau bahasa rasmi ditingkatkan penguasaannya di semua sekolah termasuk sekolah jenis Cina, Tamil dan Arab, itu kita pertahankan, ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas.Anwar menambah adalah menjadi hak bagi para pelajar dan ibubapa memilih sekolah untuk dimasukinya termasuk aliran Cina, Tamil atau sekolah agama Arab.Terdahulu, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahman Arshad memberi cadangan agar sekolah vernakular ditukar menjadi sekolah satu aliran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk memperkukuh perpaduan rakyat.Cadangan Abdul Rahman itu mendapat tentangan keras dari pelbagai NGO dan parti politik komponen Barisan Nasional.

Tukar sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan, kata bekas Hakim

Oleh Md IzwanBekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada pengkhianatan dilakukan dalam Pilihan Raya 2013.

Kita bukan mahu membunuh bahasa mereka, kata Mohd Noor dalam satu forum bertajuk "Kedudukan Sekolah Vernakular dari Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan" di sini.

Kita mahu semua orang diberikan peluang untuk belajar bahasa-bahasa itu, tambah beliau lagi.

Menurut Mohd Noor, terma vernakular "Sekolah Jenis Kebangsaan" ditukar kepada terma baru "Sekolah Kebangsaan" ataupun "Sekolah Kerajaan" bertujuan supaya sistem persekolahan negara tidak hanya khusus kepada suatu kaum sahaja.

"Kita bukan menghapuskan sekolah tersebut.

"Jenama tersebut memecah belah. Guru dan sekolah boleh lagi berada dalam sekolah tersebut tetapi frasa vernakular boleh digugurkan," katanya.

Di samping itu, beliau turut berkata sistem sekolah tersebut perlu diselarikan dengan sekolah kebangsaan sedia ada dan mencadangkan "sekolah bahasa" yang khusus mengajar bahasa kaum tertentu diwujudkan sekiranya terdapat permintaan untuk mempelajari bahasa tersebut.

"Sistemnya mesti sama dengan sekolah kebangsaan lain... dan jika terdapat permintaan, wujudkan sekolah bahasa untuk mereka mempelajari bahasa asal mereka," jawab Mohd Noor apabila ditanya tentang cadangan penjenamaan tersebut merangkumi perubahan sistem persekolahan sekolah vernakular yang sedia ada.

Bekas hakim tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menuduh Cina merancang untuk merampas kuasa politik daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari setia kawan Melayu.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab kedua-dua individu tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tsunami Cina menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, Apa lagi Cina Mahu?.

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. - 19 Jun, 2013.

Sekolah Vernakular Adalah Punca Sebenar Perpecahan Masyarakat MalaysiaMay 13, 2013 79 Comments

Ketika para pemimpin awal Malaysia bersetuju dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular, terutama sekali pada pemimpin UMNO, mereka sebenarnya berharap, sikap tolak ansur tersebut akhirnya akan membuatkan masyarakat Cina dan India sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara Malaysia yang terasnya adalah Melayu dan Islam. Para pemimpin Melayu dan Bumiputera Malaysia mengharapkan masyarakat Cina dan India yang merupakan kaum imigran terbuang yang tidak diperlukan oleh Britain dan mereka pula enggan kembali ke negara asal kerana pelbagai masalah termasuklah kesusahan dan penderitaan, akhirnya akan memilih untuk menjadi rakyat sejati Malaysia tanpa perlu berbangga-bangga yang mereka adalah pendatang di negara ini, menerusi perwarisan bangsa dan suku kaum mereka.Namun, tolak ansur tersebut adalah satu kesilapan besar oleh para pemimpin UMNO dan Bumiputera. Laporan Abdul Razak Hussein dan Laporan Rahman Talib menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular hanyalah wujud untuk sementara sebelum satu aliran pelajaran kebangsaan berjaya diadakan dengan penerimaan secara menyeluruh ke atas Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lingua-franca di Malaysia.Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular tersebut boleh wujud TETAPI TANPA BANTUAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN. Sebaliknya sekolah-sekolah tersebut perlu dikendalikan dan segala pembiayaannya diambil daripada persatuan atau lembaga pengelola sekolah itu sendiri.Bagaimanapun, atas semangat tolak-ansur dan mahu merapatkan jurang polarisasi kaum, Kerajaan Pusat telah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Sekolah-sekolah vernakular itu telah diberikan bantuan dalam jumlah yang sangat besar, sehinggakan menjadikan sekolah-sekolah vernakular berkenaan, jauh lebih baik dan lebih hebat berbanding Sekolah Kebangsaan yang berada di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.Bukan tidak ada pihak yang menyuarakan perasaan tidak puas hati. Namun akta yang melarang perbincangan tentang sekolah-sekolah vernakular telah menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen menutup mulut.Sekolah-sekolah vernakular langsung tidak boleh dibincangkan kerana apabila dibincangkan secara terbuka, maka ia akan dianggap sebagai HASUTAN. Hukuman yang menanti adalah PENJARA DUA TAHUN.Para pemimpin Cina dan India sentiasa menafikan bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah punca kepada polarisasi kaum di negara ini. Namun mereka juga tidak dapat menafikan bahawa sekolah-sekolah berkenaan hanya mewujudkan kelompok yang lebih tegar dengan kecinaan dan ketamilan para pelajarnya!Bandingkan sikap pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dengan pelajar-pelajar di sekolah vernakular. Kita akan dapat melihat perbezaan yang amat ketara. Di sekolah-sekolah aliran kebangsaan, setiap pelajar adalah merupakan sebahagian daripada masyarakat negara ini yang kononnya berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama. Namun di sekolah-sekolah vernakular, lain pula ceritanya. Para pelajarnya lebih tahu tentang CINA dan INDIAnya berbanding Malaysianya mereka.Kalau bahasa yang menjadi tajuk persoalan, mengapa Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil tidak diwajibkan di sekolah-sekolah aliran kebangsaan? Mengapa para pemimpin India dan Cina yang begitu melenting apabila sekolah-sekolah vernakular disentuh, lebih berminat untuk melihat jurang perbezaan antara kaum di negara ini berbanding memperjuangkan sekolah satu aliran dengan pembelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil bersama-sama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Ego untuk memperkenalkan diri sebagai INDIA dan CINA adalah punca sebenar. Dan ego itu cukup besar sehinggakan apabila sudah beberapa keturunan berada di negara ini, INDIA dan CINA tetap mahu ditegakkan kerana kononnya ia adalah warisan bangsa.Anehnya, warisan bangsa tersebut tidak dapat diasimilasikan dengan budaya tempatan yang sudah bertapak di negara ini semenjak ribuan tahun lampau.Sudah seharusnya Kerajaan melakukan atau paling tidak pun merangka sesuatu agar polarisasi kaum yang bermula dari sekolah-sekolah vernakular dapat dikurangkan. Dan tidak keterlaluan juga sekiranya kerajaan yang baru diberikan mandat oleh Melayu-Bumiputera pada tahun ini, bertindak lebih tegas dengan tidak lagi memberikan semua kemudahan dan bantuan yang telah diberikan selama ini.Sebabnya, ada kalanya sesuatu yang hendak diimplementasikan, tidak boleh sama sekali menggunakan kaedah tolak ansur, sebaliknya pemaksaan.Itu pun kalau kerajaan benar-benar ingin mewujudkan sebuah bangsa Malaysia sepertimana retorik yang dikumandangkan semenjak tahun 1963 dahulu!

Sekolah vernakular bukan punca masalah perpaduan kaum di Malaysia Tan Zhong YanJUNE 20, 2013Dari masa ke semasa, kita pasti akan mendengar seruan daripada pihak yang tertentu yang menyeru supaya sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah vernakular dihapuskan dan ditukar kepada sekolah kebangsaan. Mereka-mereka yang melakukan seruan ini sentiasa mengatakan ini adalah untuk tujuan perpaduan. Tidakkah pandangan ini terlalu simplistik?Ia memang tidak dapat dinafikan bahawa jika semua pelajar tidak mengira kaum boleh belajar dibawah satu bumbung yang sama, ia adalah perkara yang baik dimana ia dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan mengukuhkan perpaduan. Akan tetapi, masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di negara Malaysia ini bukan disebabkan oleh sekolah vernakular tetapi kerana sebab-sebab yang lain. Oleh itu, meskipun kita menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, saya percaya masalah perkauman dan isu perpaduan masih akan wujud kerana ini bukan punca masalahnya.Punca masalah isu perkauman dan perpaduan adalah disebabkan oleh isu polisi negara ini. Kini walaupun kita sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional masih menggunakan teknik pemerintahan yang digunakan oleh British iaitu pecah dan perintah (divide and rule). Ini adalah amat jelas di mana parti komponen utama BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC hanya mempertahan dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing di mana Umno hanya untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Ini telahpun secara langsung atau tidak langsung memberi persepsi kepada rakyat jelata di mana jika kita menghadapi apa-apa masalah, kita hanya boleh mendapatkan pertolongan daripada pemimpin kaum kita sendiri.Ini akan secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan ketidakpercayaan terhadap kaum lain lalu mengakibatkan kesalahfahaman di mana kita menganggap bahawa hanya orang Melayu akan menolong orang Melayu, orang Cina hanya akan menolong orang Cina dan orang India hanya akan menolong orang India. Inilah punca masalahnya di mana kita akan melihat ketidaksamaan antara kaum dan kita akan melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza dan berasingan.Punca masalah yang kedua adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang rasis dan tidak bertanggungjawab. Sesetengah pihak seperti bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah yang mengeluarkan kenyataan rasis juga merupakan punca masalah perkauman dan perpaduan. Apabila sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang rasis dan berbaur perkauman, ia akan secara tidak langsung mengakibatkan kaum lain melahirkan kebencian bukan hanya terhadap individu tersebut tetapi juga kaum individu itu. Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas individu-individu ini dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang lain.Bukan itu sahaja, apa yang lagi hipokrit adalah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia dan sedangkan slogan 1 Malaysia panas dilaung-laungkan, timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, mengatakan beliau merupakan Malay First, Malaysian Second. Jadi apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi tujuan perpaduan tetapi pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila Perdana Menteri kita sendiri menyalahkan tsunami Cina bagi keputusan teruk pada PRU baru-baru ini. Saya berasa amat kesal apabila pemimpin-pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab sehingga ada daripada mereka yang sanggup mengatakan ini adalah pengkhianatan sesetengah kaum.Oleh itu, apa gunanya sekolah vernakular dihapuskan tetapi pemimpin-pemimpin negara kita sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Jadi untuk mencapai perpaduan, apa yang kita perlu hapuskan sekarang bukanlah sekolah vernakular tetapi rasisme yang wujud di negara kita. Pemimpin-pemimpin negara kita haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang rasis dan tidak bertanggungjawab. Pihak polis dan Peguam Negara haruslah menjalankan tugas secara adil dan mengambil tindakan terhadap kesemua mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengambil kira latar belakang mereka dan tidak melakukan pendakwaan selektif. Hanya apabila kita dapat melihat tidak ada perbezaan antara kita, maka hanya pada masa itulah kita akan mencapai perpaduan. Biarlah kita ingat bahawa kita kesemua ini tidak mengira kaum adalah anak Malaysia.* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. Sekolah vernacular

Di mata pengundi Cina, MCA sudah tidak laku lagi dan hanya wujud pada nama, sekaligus hilang locus standii untuk berbicara tentang isu-isu bersangkutan kaum itu, apatah lagi mahu mempertahankan isu sekolah vernakular.Gabungan NGO Melayu-IslamGabungan NGO Melayu-Islam ingin mempersoalkan apakah hak Ketua Pemuda MCA untuk mengkritik pendirian kami yang mendesak supaya semua sekolah-sekolah vernakular kerajaan ditutup?Walaupun Datuk Dr Wee Ka Siong menggembeleng 1,000 pertubuhan Cina untuk membuat laporan polis terhadap isu yang dibangkitkan dua hari lepas, namun kami sesekali tidak gentar dan berganjak daripada keputusan yang kami ambil sebulat.

Malah tindakan beliau mengguatkan lagi semangat serta iltizam kami untuk meneruskan perjuangan bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu di dalam satu aliran sekolah kebangsaan serta selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat Penyatuan Nasional atauNational Reconciliationpasca Pilihan Raya Umum ke-13.

Kami yakin dan percaya sepenuhnya bahawa perjuangan dengan niat murni untuk menamatkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular kerajaan adalah berlandaskan kepada kehendak dan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.Tindakan Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap kami adalah satu usaha terdesak demi menyelamatkan imej dan masa depan politik parti itu.

MCA sudah mati kerana telah ditalkinkan oleh semua pengundi Cina pada PRU13 lalu.Daripada 37 kerusi parlimen yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional, MCA hanya mampu menyumbang empat buah kerusi.

Kalau tidak kerana undi ehsan orang Melayu, sudah tentu empat wakil MCA di Dewan Rakyat termasuk kerusi Air Hitam yang diwakili oleh Dr Wee tidak merasa untuk bergelar Yang Berhormat.Di mata pengundi Cina, MCA sudah tidak laku lagi dan hanya wujud pada nama, sekaligus hilang locus standii untuk berbicara tentang isu-isu bersangkutan kaum itu, apatah lagi mahu mempertahankan isu sekolah vernakular.

Mengapa apabila orang Melayu menyuarakan pendirian tegas supaya sekolah vernakular kerajaan ditutup berlandaskan Perlembagaan tiba-tiba sahaja MCA berpura-pura melenting untuk menjadi jaguh tetapi senyap menikus ketika gerakan pendidikan Dong Zhong yang amat rasis menggugut kerajaan setiap kali mereka mendesak itu dan ini berhubung sekolah vernakular.

Peruntukan beratus-ratus juta ringgit yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada sekolah vernakular selama ini hanyalah atas dasar EHSAN sahaja dan bukannya diwajibkan di bawah Perlembagaan.

Kami tegaskan sekali lagi kewujudan sekolah vernakular adalah BERTENTANGAN dengan Perlembagaan Malaysia dan oleh sebab itu ia mestikan dihapuskan demi perpaduan dan kestabilan politik negara.

Sehubungan itu Gabungan NGO Melayu-Islam mencabar Dr Wee dan juga Biro Pendidikan Pemuda MCA untuk berdebat bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka berlandaskan kekuatan hujah Perlembagaan Persekutuan.

Butiran mengenai penganjuran debat itu akan kami umumkan melalui media minggu depan dan surat jemputan akan dihantar kepada mereka yang berkenaan.

Hidup Melayu!Hidup Perlembagaan Persekutuan!

Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir initidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia,tiada rasa cinta kepada tanah airdan juga menonjolkanpenulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.

Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.