7,8,9 sejarah awal pendidikan

Click here to load reader

Post on 26-Oct-2015

63 views

Category:

Documents

18 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

  • INSTITUT PERGURUAN GAYAKOTA KINABALU,SABAH

    PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

    NAMA PENSYARAH:EN.RAVI A/L MARGAPANDUNAMA PELAJAR:MARLON ANAK HENRY LUKINGKUMPULAN:PPISMP BM/PJ/PSV SEMESTER 1 AMBILAN JULAI 2008

  • SEJARAH AWAL PENDIDIKAN JASMANI

  • PENGENALANDidorong oleh perasaan untuk terus hidup.Merupakan satu kegiatan harian yang dilakukan dalam kalangan manusia.Contoh aktiviti yang popular ialah memburu.

  • ZAMAN PALEOLITIKManusia hidup dalam keadaan nomad.Setiap penempatan aktivitinya hanya tertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan.Merupakan sebahagian dari keperluan dan satu komponen sosial.Setiap hasil kejayaan tangkapan mereka akan membuat pesta secara besar-besaran seperti menari.Aktiviti ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

  • ZAMAN NEOLITIK-REVOLUSI PERTANIANMerupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Manusia tidak lagi hidup berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang sedia ada.Ini kerana penggunaan haiwan dan teknik pertanian yang dicipta oleh manusia.

  • Ini sekaligus merubah cara hidup manusia zaman primitif kepada cara hidup manusia pertanian yang dikenali sebagai argrarianAkibatnya,manusia mengamalkan gaya hidup sedentari akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.Sekaligus mereka sudah mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

  • TAMADUN KUNO CHINA DAN INDIA

    DI CHINA.

  • Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal.Kung fu diperkenalkan untuk membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi.Pergerakan kung fu dicipta dengan pelbagai pergerakan fizikal.Contohnya,pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan.Ketika itu,wujud juga aktiviti lain seperti memanah,lawan pedang dan gusti.

  • DI INDIA

  • Lebih kepada aktiviti spiritualDihalang kerana aktiviti kepercayaan agama HINDU dan BUDDHA.Mengabaikan aktiviti kecergasan.Walau bagaimanapun,mereka juga telah mencipta satu senaman yoga yang masih terikat dengan kepercayaan agama. Yoga dipercayai telah wujud lebih 5000 tahun.

  • Yoga bermaksud penyatuan.Ini merujuk kepada kepercayaan falsafah Hindu yang percaya penyatuan terhadap tubuh,akal dan roh.Diciptakan oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi.Pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga.

  • Mereka percaya aktiviti ini mendekatkan mereka dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.Kelebihan yoga ialah dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

  • TIMUR TENGAHMementingkan kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnyaTahap kecergasan diperolehi oleh rakyat melalui pelbagai latihan keras yang dilalui oleh mereka.Ketika itu,umur kanak-kanak 6 tahun perlu menjalani pelbagai latihan seperti berkawad,memburu,berkuda dan memanah.Objektifnya ialah untuk meningkatka kekuatan dan stamina.

  • Kaedah ini sebenarnya adalah untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.Setelah kejatuhan kerajaan ini,,masyarakat kurang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan.

  • ZAMAN GREEK-ATHENSMengutamakan kesempurnaan fizikal.Kota yang terkenal dalam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens.Di sparta,objektifnya ialah menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat.Di athens,objektifnya ialah banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi.Penglibatan masyarakat athens dalam aktiviti fizikal ialah untuk membina tubuh badan.

  • Masyarakat Greeks pula percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat.Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.Ketika itu, pengajaran aktiviti gimnastik berbantu muzik ada dijalankan.Gimnastik dikatakan tubuh badan mereka dan muzik itu untuk jiwa mereka.

  • Diajar di sebuah tempat yang dipanggil Palaestras ianya tempat remaja lelaki bagi Pendidikan Jasmani dan merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan.Setelah dewasa (14-16 tahun),tempat mereka berubah kepada sebuah tempat yang lain dipanggil gimnasiumKedua-dua tempat ini dikawal oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe

  • PEDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PERTENGAHAN (Medival / Middle ages)Zaman ini meliputi Zaman Gelap dan Zaman Feudalisme.

  • Pendidikan Jasmani di Zaman Gelap (the Dark Ages)Pada kira-kira 476 M,kerajaan Rom runtuh dan tempoh selepas ini di anggap Zaman Gelap.Kejatuhan tamadun Rom disebabkan keruntuhan moral dan fizikal dalam kalangan rakyat mereka.Walaubagaimanapun,penjajahan Rom menyebabkan rumpun manusia yang kuat.Pada zaman ini,terdapat 2 pengaruh negatif terhadap pendidikan jasmani iaitu dengan kewujudan asetisisme dan skolastisisme.

  • Asetisisme mementingkan kehidupan selepas mati.Aktiviti fizikal yang meningkatkan kesihatan tubuh badan dianggap usaha yang tidak bijak kerana tubuh badan adalah buruk.Mereka menganggap badan dan otak (minda) adalah 2 entiti yang berlainan.Oleh itu,Sukan OLimpik dihapuskan oleh Raja Theodius pada 394 M kerana ia dianggap pagan.

  • Agama Kristian mementingkan penyebaran agama dan tidak membenarkan pendidikan jasmani ke dalam kurikulum persekolahan dan pihak universiti turut berbuat demikian.Aliran kedua ialah skolastisisme percaya bahawa fakta (ilmu)adalah paling penting dalam pendidikan;untuk memperkembangkan mental dan meningkatkan kuasa intelektual.

  • Pendidikan Jasmani pada Zaman FeudalismeAntara abad ke-9 hingga 14 M,kerajaan adalah lemah dan keadaan ini menyebabkan munculnya Feudalisme.Rakyat bergantung kepada tuan yang kaya.Anak bangsawan saja yang diberi peluang untuk menjadi paderi dan kesatria(knight).Bagi menjadi kesatria,kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun dihantar untuk berlatih dalam acara tinju,berlari,melompat,berenang,berpedang dan dipanggil kundang(page boy).

  • Pada umur 14 tahun ,budak lelaki itu ditugas sebagai pembantu kesatria(squire) dan latihan fizikal diteruskan;aktiviti termasuklah memburu,menembak berlari,memanjat,berpedang dan berkuda.Jikalau bernasib baik budak itu menjadi kesatria ketika beusia 21 tahun.

  • Pendidikan Jasmani pada Zaman Pembaharuan(Renaissance)Zaman ini adalah antara zaman gelap dan permulaan zaman moden dan jangka masanya adalah dari abad ke-12 hingga abad ke-16.Zaman ini merupakan zaman perkembangan pesat manusia dalam bidang akademik dan penggunaan sains.Pendidikan jasmani diberi penghormatan tinggi kerana mental dan fizikal dianggap sebagai 2 entiti yang tidak boleh dipisahkan dan pembelajaran boleh ditingkatkan dengan adanya tubuh badan yang sihat.

  • PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

  • Di negara kita sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada 4 era iaitu : a) Zaman sebelum penjajahan British b)Zaman pemerintahan British c) Zaman sebelum merdeka d)Zaman selepas merdeka

  • ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH

  • Langsung tidak memiliki satu sisitem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal.Kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak mempunyai objektif yang jelas.

  • ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

  • British memperkenalkan sistem pendidikan kebaratan.Banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British.Kebanyakan sekolah diuruskan oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.Latihan Jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya merupakan matapelajaran sampingan.

  • Setelah tahun 4, PJ diajar di Special Malay Class.Tahun 1856,ia hanya diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura.Namun,kurikulum Pendidikan Jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.Tahun 1815,sekolah cina di Melaka menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai matapelajaran lain.

  • Di singapura pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran lain yang diajar di tiga buah sekolah.Pada ketika itu juga,Pendidikan Jasmani turut diajar di sekolah menengah rendah seperti pulau pinang,Kuala Lumpur,Ipoh,dan Muar dalam tahun 1923-1925.Pada tahun 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang,KL dan Ipoh.

  • ZAMAN SEBELUM MERDEKA

  • Sebelum merdeka sekitar 1930-an,banyak usaha dilakukan bagi menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani.Kebanyakan kandungannya sama dengan latihan fizikal sekolah-sekolah di England.Pada tahun 1946,Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,Perak telah menggubal sukatan latihan Jasmani.

  • Rentetan daripada perubahan dasar mulai tahun 1952,guru tempatan dihantar ke luar negara dan dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brisnford.

  • ZAMAN SELEPAS MERDEKA

  • Sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950 dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.Dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan.Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab perguruan Ilmu khas memulakan Kursus Tambahan

  • Setahun Pendidikan Jasmani.Kursus ini diperluaskan oleh kaum wanita pada tahun 1961.Pada tahun 1971,sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi.Kali ini ia dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Turut digabungkan dengan pelajaran Kesihatan.