isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

30
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN (PKP 3111) TUTORIAL 8 TUTORIAL 8 (PISMP SEM 5 PEMULIHAN KHAS)

Upload: yayailyasa

Post on 20-Jun-2015

5.952 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

ISU DAN TRENDA DALAM

PENDIDIKAN PEMULIHAN

(PKP 3111)

TUTORIAL 8TUTORIAL 8

(PISMP SEM 5 PEMULIHAN KHAS)

Page 2: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

SOALAN

Bincangkan perbezaan antara kaedah stesen dan kaedah kiosk dalam pengajaran guru.

Page 3: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

BANDING BEZA KONSEPKAEDAH STESEN Menurut Jabatan Pemulihan Khas Kementerian

Pelajaran Malaysia (2003). Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan BBM yang efektif. Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.

KAEDAH KIOSK Pembinaan kisok ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran dalam diri seseorang individu. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.

Page 4: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

BANDING BEZA BILANGAN KAEDAH STESEN 14 buah stesen kemahiran P&P disediakan berasaskan

4 bidang dalam Kurikulum Pemulihan Khas, iaitu:1.Bidang Pengurusan Hidup2.Bidang Akademik Berfungsi3.Bidang Kerohanian dan Nilai Murni4.Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian

KAEDAH KIOSK Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu: 1.Kiosk Visual/Ruang 2.Kiosk matematik 3.Kiosk Interpersonal 4.Kiosk Bahasa 5.Kiosk kinestatik 6.Kiosk Alam Sekitar 7.Kiosk Muzik 8.Kiosk Intrapersonal

Page 5: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

14 BUAH STESEN KEMAHIRAN P&P DISEDIAKAN

BERASASKAN 4 BIDANG DALAM KURIKULUM PEMULIHAN

KHAS

1) BIDANG PENGURUSAN DIRIa. Komponen Pengurusan Dirib. Komponen Kemahiran Manipulatifc. Komponen Pengurusan Tingkah lakud. Komponen Kemahiran Hidup2) BIDANG AKADEMIK BERFUNGSIa. Komponen Bahasa Melayub. Komponen Matematikc. Komponen Bahasa Inggerisd. Komponen Multimedia3) BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNIa. Komponen Pendidikan Agama Islamb. Komponen Pendidikan Moral4) BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITIa. Komponen Pendidikan Jasmanib. Komponen Pendidikan Senic. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Dramad. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Page 6: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

CONTOH STESEN

Page 7: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan
Page 8: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

• Dalam stesen ini, disediakan pelbagai bahan bacaan seperti:

1.Kad Suku Kata2.Kad Perkataan3.Kad Ayat4.Carta Cerita Pendek (Big Book)

Page 9: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

• Stesen ini bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti.

• Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi.

• Aktiviti ini mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan.

• Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan dengan lancar akan diberi hadiah.

Page 10: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

• Stesen ini menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri (pembelajaran mengikut kebolehan).

• Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Page 11: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Stesen 1: Kad Suku Kata

• Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.

ba

ko

+ bakul=kul

ja + jalan=lan

se + sekolah=lah

la + lawatan=tan

+

+wa

Page 12: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Stesen 2: Kad Perkataan

• Di dalam stesen ini, guru pemulihan menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti:

memasak

tembikai

permata

membaca

Page 13: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Stesen 3: Kad Ayat

• Di sini, guru pemulihan menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:

Page 14: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah :

a) Pengukuhan • Guru meminta murid mengeja dan membatangkan suku

kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.

• Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.

b) Pengayaan • Guru meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal

yang diberi. Kemudian guru bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat.

• Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.

Page 15: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Stesen 4: Big Book

• ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik.

• Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

Page 16: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

a) Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada.

b) Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.

c) Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan.

d) Penilaian

Page 17: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

• Selepas murid menjalani aktiviti-aktiviti di keempat-empat stesen, guru boleh memberi ujian kepada murid.

• Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.

Page 18: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

CONTOH KIOSK

Page 19: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK BAHASARuang belajar - mengajar yang menggunakan pergerakan badan

dalam menjalankan aktiviti P&P.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan membuat teka silangkata.

Contoh Bahan Bantu Belajar:Kad huruf/ suku kata/ perkataan/ ayat Kad bacaan, Buku Bacaan, Pita audio Permainan sahiba,silangkata

Page 20: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK RUANG/VISUALMengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-

peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Gunting,tampal dan warna huruf pada gambar Lukis dan cantum gambar.Terang arah ke sesuatu tempat.

Contoh Bahan Bantu Belajar :Gambar, Abjad getah, Jigsaw puzzle,maze,buku bergambar

Page 21: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK INTERPERSONALRuang belajar - mengajar yang menggunakan interaksi

dan bekerjasama dengan orang lain.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Bermain kuiz,menyampaikan maklumat dan bermain jual beli

Contoh Bahan Bantu Belajar :Kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambarBahan untuk aktiviti jual beli

Page 22: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK MATEMATIKRuang belajar - mengajar yang menggunakan kebolehan

menaakul dan menyelesaikan masalah kompleks/matematik.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkatan berdasarkan sukukata dengan simbol matematik dan mengira jumlah harga barang

Contoh Bahan Bantu Belajar :Kad nombor Alat pembilang,Dekak-dekak,Kad Do.mino dan Kad perkataan

Page 23: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK MUZIKRuang belajar - mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik, lagu sebagai perantaraan P&P yang dijalankan.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan memperdengarkan muzik semasa belajar

Contoh Bahan Bantu Belajar :Radio/VCD,Alat muzik sebenar/ciptaan dan pita rakaman

Page 24: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK ALAM SEKITARRuang belajar - mengajar yang menggunakan persekitaran

semulajadi sebagai bahan dalam menjalankan P&P.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Melabel anggota badan, menulis nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batu-batan

Contoh Bahan Bantu Belajar :Gambar, Carta haiwan dan tumbuhan, model haiwan dan akuarium

Page 25: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK KINESTATIKRuang belajar - mengajar yang menggunakan

pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P&P.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Menulis abjad di kad tebuk menggunakan jari, berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan bermain karom bahasa

Contoh Bahan Bantu Belajar :Kad tebuk, Bola, Doh dan Plastecine

Page 26: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

KIOSK INTRAPERSONALRuang belajar secara individu.

Cadangan Aktiviti dalam P&P :Menulis jurnal, duduk bersendirian membuat refleksi diri, catat kenangan atau perasaan dan membuat projek berbentuk arahan kendiri.

Contoh Bahan Bantu Belajar :Komputer, Kad-kad(huruf,perkataan,ayat), Buku cerita

Page 27: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

BANDING BEZA KEKUATANKAEDAH STESEN • Proses pengajaran dan pembelajaran yang

sistematik• Mempunyai sokongan bahan bantu mengajar

yang efektif• Murid-murid diberikan pendedahan belajar

sambil bermain• Murid-murid mengambil bahagian secara aktif

dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran.

KAEDAH KIOSK • Bentuk pembelajaran lebih mudah kerana seiring tahap kecerdasan individu.

• Minda murid akan tercabar bukan dalam keadaan bosan untuk belajar

• 8 kiosk dapat dibina dalam setiap kelas (mengikut teori kecerdasan pelbagai)

• Murid berpeluang merasai kepelbagaian suasana pembelajaran.

Page 28: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

BANDING BEZA KELEMAHANKAEDAH STESEN • Murid-murid akan melebihkan aktiviti

bermain daripada fokus terhadap belajar.

KAEDAH KIOSK • Suasana disiplin murid akan menjadi suasana yang negatif sekiranya kawalan kelas oleh guru tidak dijalankan dengan baik.

• Murid gagal mendengar arahan guru untuk beralih menggunakan kiosk lain kerana hanya minat kiosk yang tertentu

Page 29: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

ISU-ISU 1. Kurang pengetahuan dalam kalangan guru Pemulihan Khas untuk

membina stesen dan kiosk yang menarik.2. Kekurangan tenaga guru Pemulihan Khas yang pakar untuk

mengendalikan setiap stesen dan kiosk. Misalnya bagi stesen matematik, kekurangan guru matemtik dalam program Pemulihan Khas boleh menyebabkan gangguan untuk stesen dan kiosk berjalan dengan lancar.

3. Memerlukan peruntukan yang banyak dalam membina setiap stesen dan kiosk. Contoh hendak membina stesen muzik tetapi tiada bajet untuk membeli kelengkapan barang-muzik muzik.

4. Kurangnya kemudahan fizikal seperti ruang yang tidak mencukupi untuk dibuat banyak station atau kiosk.

5. Menyukarkan sesetengah pelajar yang mengalami masalah fizikal seperti sukar berjalan untuk bergerak ke tempat yang lain.

Page 30: Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan

An inspirational dialogue...

An atheist stops a little boy on the street and asks him: “Tell me where is Allah and I will give you one

apple.” The boy says:

“You tell me where He is NOT, I will give you thousand apples....”

SEKIAN, TERIMA KASIH.