hari isnin malaysia · doa (tuan yang di-pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara...

91
Jilid II Bil. 24 MALAYSIA Hari Isnin 12hb Disember, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Sessi<;m KANDUNGANNYA JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3951) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1989 [Ruangan 4017) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 4085) DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, K.M.N., A.M.P .. P.P.T., PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

Jilid II Bil. 24

MALAYSIA

Hari Isnin 12hb Disember, 1988

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Sessi<;m

KANDUNGANNYA

JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3951)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1989 [Ruangan 4017)

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 4085)

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, K.M.N., A.M.P .. P.P.T.,

PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990

Page 2: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJJ AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJJ MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N .. A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHOON, s.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.!., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJJ HussEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.s. (Dilantik).

DATO HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL MAJID BIN HAJJ ABDULLAH, P.I.S., P.P.M. (Johor).

TuAN HAn ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TuAN AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

TuAN AzuMu BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TuAN DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (Perlis).

TuAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JusoH alias YusOF, P.J.K. (Terengganu).

TUAN HAJJ HAMID ARABY BIN Mo. SALIH, A.M.N .. P.K.T., r.J.K. (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

Page 3: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3945 12 DISEMBER 1988 3946

Yang Berhormat TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN HAJJ IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik).

TuAN HAJJ IBRAHIM BIN HAJJ UJANG. P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJJ JAAI'AR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KoH IM PIN, o.s.N., P.M.C., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (DiJantik).

TUAN KuAN PENG SooN. A.M.N. (Perak).

TUAN LAu KENG SIONG alias JosEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DAro MAK HaN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJJ ZAKARIA (DiJantik).

TUAN HAJJ MOHO. NOOR BIN HAJJ ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TuAN MoHo. NooR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN Moflo. WAJDI BIN DATO' HAJJ ISHAK, J.P. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K .• (Terengganu).

DATUK HAJJ NASIR BIN HAJJ MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NAWAWI BIN MAT AWIN (DiJantik).

qR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJJ BELUAH alias HAJJ HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJJ MuuA (Sabah).

TUAN G. RAJOO (Dilantik).

PuAN HAJJAH RoGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN RoKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PuAN HAJJAH RosNAH BINTI HAJJ MoHo. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

Page 4: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3947 12 DISEMBER 1988 3948

Yang Berhormat PuAN HAJJAH SALBIAH BINTI MoHo. AKIM. A.M.N., P.J.K .• P.J.M. (Dilantik).

TuAN V. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HAJJ SHAHAROM BIN HAJJ MAASOM, A.M.N., I'.J.K. (Dilantik).

TUAN HAH SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N .. P.C.K. (Dilantik).

TuAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KARUI'PIAH (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Di!antik).

TUAN HAJJ SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF. P.I.S., B.S.I., I'.I'.N. (Dilantik).

TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TUAN T!ONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN WoNG Km YIK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAJJ YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S .. P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3949 12 DISEMBER 1988 3950

DEW AN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar. J.S.D., S.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.S.D., P.J.K.

Page 6: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3951 12 DISEMBER 1988 3952

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

lsnin, 12hb Dlsember, 1988

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

RAKYAT MALAYSIA DI BURMA

1. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Luar Negeri menyatakan mengenai kedudukan rakyat kita yang berniaga di Negeri Burma termasuk ke­selamatan mereka/kakitangan Ke­dutaan kita berikutan kacau-bilau yang berlaku di negara itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Selain dari kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Rangoon, tidak ada rakyat Malaysia, sama ada yang berniaga atau yang bermastautin di Burma.

Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia dan ahli keluarga mereka yang berjumlah 36 orang semuanya

adalah dalam keadaan selamat. Di saat-saat kemuncak pergolakan politik yang berlaku di sana, ahli-ahli keluarga kakitangan kita telah dipindahkan keluar dari Rangoon untuk kembali ke Malaysia pada 9hb September, 1988. Walau bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober, 1988 . .

Tuan P. Balaram: Bagaimanakah perhubungan di antara Malaysia dengan Burma selepas kejadian di negara Burma itu?

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku itu adalah soal hal ehwal dalam negara Burma itu sendiri. Jadi negara Burma dan rakyat Burma adalah sahabat kita.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertu'a, dengan izin, soalan No.2.

LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA--KEUNTUNGAN

2. Puan Rokiah binti Zainuddin ( di bawah S. 0. 23 (2) minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) keuntungan yang oleh Lembaga

diperolehi Tabung

Page 7: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3953 12 DISEMBER 1988 3954

Angkatan Tentera selama lima tahun yang lepas;

(b) dividen yang dibayar kepada pencarum selama lima tahun yang lepas;

(c) derma yang diberi kepada Per­satuan Bekas Perajurit Malaysia selama lima tahun yang lepas; dan

(d) sama ada Lembaga Tabung Angkatan Tentera bercadang untuk menambahkan dermanya kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen AI-Haj): Tuan Yang di-Pertua, menjawab bahagian (a), keuntungan bersih yang diperolehi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera selama lima tahun yang lepas adalah seperti berikut:

Tahun Keuntungan Bersih

$

1983 .. 72.914,438

1984 .. 98,229,172

1985 .. 101.107,166

1986 .. 85,802,682

1987 .. 91,536,990

(b) Bersabit dengan dividen yang dibayar kepada pencarum selama lima tahun yang lepas ialah:

Tahun Jumlah Kadar Dividen Dividen

$

1983 66,092,901 8.5%

1984 83,938,476 8.75%

1985 93,632,519 8.75%

1986 95,908,641 8.0%

1987 85,745,507 6.5%

(c) Jumlah derma yang telah disumbangkan oleh Tabung dan anak­anak syarikatnya bagi tempoh tersebut

kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia adalah seperti berikut:

Tahun LTAT Anak-Anak

Syarikat

1984 4,500

1985

1986 10,000 4,000

1987 2,000 4,500

1988 4,000 11,500

Di samping derma di atas, Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah berusaha memungut lebih $50,000 untuk Derma Rayuan Hari Pahlawan bagi tahun 1988.

(d) Adalah sukar pada tahap ini untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera memberikan "commitment" sama ada untuk menambah atau tidak dermanya kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia kerana tanggungjawab Tabung s_eperti yang diperuntukkan di dalam Akta Tabung Angkatan Tentera ialah untuk membayar dividen yang maksima dan.pada keuntungan dan faedah­faedah lain kepada pencarum­pencarumnya iaitu askar-askar yang masih di dalam perkhidmatan.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada keuntungan yang besar yang didapati oleh Tabung Angkatan Tentera ini adakah Tabung ini terlibat di dalam projek perumahan untuk Angkatan Tentera sendiri? Kalau tidak ada, adakah bercadang untuk berbuat demikian bagi mengatasi masalah rumah Angkatan Tentera itu sendiri?

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tabung itu sendiri tidak terlibat di dalam pembinaan rumah untuk Angkatan Tentera tetapi anak syarikatnya bernama Perwira Harta Sdn Bhd iaitu 100% hak miliki Tabung yang membuat bangunan perumahan. Saya sukalah menyatakan di sini iaitu

Page 8: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3955 12 DISEMBER 1988 3956

buat masa sekarang ada cadangan­cadangan Syarikat Perwira Harta ini bersedia untuk memberikan sumbangan, walhal 1m tertakluk kepada peraturan-peraturan yang tertentu iaitu mesti ada tender dan ada competition, dengan izin, bersama dengan syarikat-syarikat yang lain. Bagi pihak kita bersedialah memberikan, pihak Tabung atau Perwira Harta Sdn Bhd sedia memberikan apa sahaja pertolongan untuk setiap askar-askar ini mendapat rumah keluarga yang .seberapa segera yang boleh.

Jadi, saya suka menyatakanlah oleh sebab sekarang ini Kerajaan telah pun menekankan supaya memberi keutamaan untuk perumahan kepada askar-askar kita maka dengan ini kita akan berbincang dengan sehalus­halusnya agar Perwira Harta Sdn Bhd ini dapat memberikan sumbangan. dan kerjasama demi untuk kepentingan Angkatan Tentera kita.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tabu daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, sama ada Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini sebagai Lembaga yang mewakili kepentingan bumiputera menyediakan diri untuk memainkan peranan yang lebih agresif untuk merebut peluang­peluang yang sekarang sedang ditimbulkan oleh Kerajaan berhubung dengan penswastaan dan juga dalam pelaburan-pelaburan yang sedang digalakkan oleh Kerajaan.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tuan Yang di-Pertua, Tabung Angkatan Tentera pada masa yang lampau telah pun membuat prestasi yang baik dari segi pelaburan. Sepertimana yang telah pun saya berikan dalam jawapan saya awal tadi iaitu sungguhpun dalam masa recession, kelemahan ekonomi dunia dan sama juga negara kita ini, kita

telah pun dapat mencatatkan keuntungan pada tahun 1987 $91 juta dan juga pada keuntungan tahun­tahun yang lepas. Dengan ini kita telah pun memainkan peranan yang penting untuk membawakan ekonomi dan dari segi untuk sumbangan sebagai Tabung sungguhpun tidak diistilahkan sebagai bumiputera tetapi oleh sebab ahli-ahlinya demi untuk kepentingan tentera atau ahli-ahli askar semua, maka keuntungan dividen ini akan diberikan kepada askar-as.kar dari segi dividen, maka bolehlah keuntungan dan peranan dimainkan oleh Tabung ini disifatkan oleh bumiputera juga tidak secara langsung.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain dari derma yang diberi kepada Persatuan Bekas Perajurit, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah Lembaga Tabung Angkatan Tentera bercadang mewujudkan satu pusat khidmat nasihat dan kebajikan untuk balu-balu perajurit serta anak-anak mereka yang menganggur?

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Hiij: Tabung Angkatan Tentera tidak ada, malah cadangan pun tidak ada untuk menubuhkan pusat khidmat nasihat untuk bekas-bekas perajurit oleh sebab perkara ini telah pun diadakan di Kementerian Pertahanan sendiri iaitu Bahagian Bekas Perajurit, di Kementerian Pertahanan yang mana kerjasama di antara Persatuan Bekas Perajurit dengan Bahagian Bekas Perajurit di Kementerian Pertahanan ini sentiasa ada dan kita mencadangkan banyak cadangan­cadangan atau programme of action, dengan izin, untuk kebaikan supaya bekas-bekas perajurit ini dapat kerja dan sebagainya baik pun di agensi­agensi Kerajaan ataupun pejabat­pejabat Kerajaan sendiri tetapi juga di peringkat Kerajaan-kerajaan Negeri.

Page 9: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3957 12 DISEMBER 1988 3958

Maka saya rasa perlulah disebutkan bahawa Persatuan Bekas Perajurit telah pun mempunyai satu bangunan dengan pertolongan serta sumbangan Kerajaan, kalau tidak salah saya iaitu dengan ratio 2:1, kalau Persatuan Bekas Perajurit mengutip wang $1 Kerajaan beri $2 untuk membangun­kan Wisma Pahlawan yang ada kalau tidak salah saya berhampiran dengan Bulatan Edinburgh.

Dengan adanya bangunan itu, dari sewa-sew<mya Persatuan • Bekas Perajurit dapatlah menolong ahli­ahlinya terdiri dari bekas-bekas perajurit ini.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: (Bangun)

Dato' Haji Abu Bakar bin Lajim: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Saya hanya benarkan satu sahaja soalan tambahan lagi kerana soalan tambahan sudah banyak. Persilakan Yang Berhormat Puan Mazidah.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Terima kasih banyak, Tuan Yang di­Pertua. Soalan saya ringkas sahaja iaitu. mengenai Persatuan Bekas Perajurit ini, siapakah yang layak menjadi ahli, adakah ianya secara otomatik terbuka hanya kepada bekas-bekas perajurit sahaja ataupun termasuk kaum keluarga seperti isteri dan anak-anak dan setakat ini berapa ramaikah bilangan ahli-ahlinya?

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tuan Yang di-Pertua, saya sukalah mengucapkan terima kasih kerana begitu minatnya Ahli-ahli Senate ini termasuklah Senator wanita yang menunjukkan bukti bahawa kita tidak melupakan jasa dan khidmat bekas perajurit.

Saya sukalah menyatakan keahliannya terbuka hanya kepada

bekas perajurit untuk menjadi ahli Persatuan Bekas Perajurit. Tetapi untuk menjadi ahli dalam Tabung Angkatan Tentera ini dikhaskan kepada lain-lain pangkat. Pegawai boleh juga memasukinya dengan tidak ada paksaan, tetapi mengikut undang­undang lain-lain pangkat mesti masuk menjadi ahli Tabung Angkatan Tentera. Tetapi untuk menjadi ahli Persatuan Bekas Perajurit itu berlainan. Itu hanya dikhaskan kepada bekas perajurit sahaja, termasuklah pegawai sama. Jadi balu­balu dan keluarga mereka selalunya mendapat pertolongan welfare daripada Persatuan ini. Jadi, saya rasa sungguhpun mereka tidak menjadi ahli, mereka mendapat keuntungan dengan memberikan bayaran, scholarship · bermacam-macam biasiswa diberikan kepada keluarga serta pertolongan kepada balu-balu. Jadi, saya rasa tidak perlu mereka menjadi ahli.

Dato' Haji Abu Bakar bin Lajim: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, jika hendak bertanya saya beri peluang.

Dato' Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan pertanyaan. Saya ingin penjelasan. Tabung Angkatan Tentera ini sebenarnya adakah untuk bumiputera sahaja ataupun untuk semua kaum?

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Semua ahli-ahli yang menjadi tentera yang menjadi ahli . kena bayar peratusan daripada gaji mereka kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini. Mereka tidak bayar EPF sepertimana yang lain. Jadi Tabung Angkatan Tentera ini adalah EPF askar, jadi terbuka kepada semua askar dan semua bangsa.

Page 10: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3959 12 DISEMBER 1988 3960

BANGUNAN PARLIMEN­PENGUBAHSUAIAN

3. Tuan Haji. Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah wang yang digunakan untuk mengubahsuai, pembetulan, pembaikan dan pembaharuan Bangunan Parlimen baru-baru ini. Apakah Perdana Menteri puashati dengan ubahsuai, pembetulan yang dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah meluluskan sebanyak $26.38 juta untuk kerja-kerja membaiki dan mengubahsuai Bangunan Parlimen. Dari jumlah tersebut sebanyak $12 juta diluluskan dalam tahun 1985 dan $14.35 juta dalam tahun 1987. Setakat ini sebanyak $23 juta telah dibelanjakan dari jumlah keseluruhan bagi kerja-kerja yang dibutirkan seperti berikut:

(i) kerja-kerja pembaikan dan penggantian bagi kerja-kerja barigunan sebanyak $9.5 juta;

(ii) kerja-kerja pembaikan dan penggantian bagi kerja-kerja elektrik, jentera, pencegahan api, telefon sebanyak $9.5 juta;

(iii) kerja-kerja pembaharuan bilik-bilik Timbalan Yang di­Pertua Dewan Negara, surau, kantin, dewan makan, bilik­bilik Pembangkang sebanyak $1 juta; dan

(iv) anggaran kos kerja tambahan sedang dilaksanakan sebanyak $3 juta.

Ingin dimaklumkan juga bahawa baki dari peruntukan yang diluluskan itu akan dibelanjakan pada tahun hadapan bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian yang lain-lain yang telah dikenalpasti. Oleh kerana usia

Bangunan Parlimen telah meningkat lebih kurang 25 tahun sejak ia mula­mula dibina dan sebahagian besar bahan-bahan bangunan serta kelengkapan bangunan yang sedia ada telah rosak dan sukar diperbaiki, maka pembaikan dan pengubahsuaian yang dilaksanakan itu adalah memuaskan, jika dibandingkan dengan keadaan yang dahulu.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berterima kasih di atas penjelasan itu dan saya faham. Pertanyaan saya ialah, benarkah sekarang ini bangunan Parlimen ini diambil alih segenap pengubahsuaian, pembaharuan, pembetulan dan sebagainya oleh JKR? Jadi sekarang ini bangunan Parlimen ini sama seperti jabatan-jabatan atau rumah Kerajaan yang lain. Pegawai-pegawai yang ada dalam bangunan Perlimen ini sama seperti orang-orang yang duduk di pejabat-pejabat lain tidak mempunyai kuasa otonomi. Mengapa ini berlaku sedangkan ini adalah satu bangunan yang paling istimewa dalam negara kita sebagai Bangunan Parlimen?

Datuk Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, semua bangunan­bangunan Kerajaan yang diubahsuai ataupun yang dibangunkan dan yang memerlukan tender akan di­laksanakan oleh JKR, dan JKRlah pelaksana bagi pihak Kerajaan untuk melaksanakannya.

Puan Ainon binti Ariftin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya satu soalan yang pernah dikemukakan oleh sahabat saya di dalam ucapannya, iaitu Senator Mazidah, tetapi hari ini oleh sebab Menteri berkenaan ada, saya rasa saya hendak tujukan pertanyaan itu "direct" kepadanya iaitu, apakah guna bangunan menara yang ada di Parlimen ini sendiri? Kami difahamkan ada bilik-bilik yang disediakan untuk Wakil-wakil Rakyat ataupun Ahli-ahli Parlimen. Jadi

Page 11: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

-~--~~-------- --

3961 12 DISEMBER 1988 3962

bagaimana nasibnya dengan Ahli-ahli Dewan Negara?

Datuk Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil perhatian.

KONTRAK KEPADA BUMIPUTERA

4. Dr Nawawi bin .Mat Awin minta Menteri Kerja Raya menyata~an semenjak kontrak besar-besaran pembekalan air diberi:

(a) berapakah jumlah dan pe­ratusan bekalan barang dan per­khidmatan yang telah diperolehi oleh peniaga dan pengusaha bumiputera; dan

(b) daripada angka di atas berapakah jumlah syarikat bumiputera itu serta taburannya mengikut negara dan mengikut modal yang dibayar seperti berikut:

(a) $100,000 ke bawah;

(b) $100,001-$250,000;

(c) $250,001-$500,000;

(d) $500,001-$1,000,000;

(e) $1,000,001 ke atas,

dan apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk menentukan pembahagian yang saksama bagi bumiputera untuk semua projek-projek yang diswastakan.

Timbalan Menteri Kerja Raya {Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30hb November, 1988 nilai dan per­atusan pembekalan "steel pipe" yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha bumi-putera ialah sebanyak $37,352,694 atau 74.9% dari jumlah keseluruhan kerja-kerja

pembekalan barangan itu yang diserahkan kepada pembekal­pembekal tempatan, manakala nilai dan peratusa11 per­khidmatan untuk tempoh yang sama yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha bumi­putera ialah sebanyak $9,601,015 atau 62% dari jumlah nilai kerja-kerja per­khidmatan yang diserahkan kepada pengusaha-pengusaha tempatan.

(b) Mengenai soaJan Ahli Yang Berhormat yang ingin tabu mengenai bilangan syarikat­syarikat bumiputera yaf1g memperolehi kerja-kerja pem­bekalan dan perkhidmatan, sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak 4 syarikat bumiputera telah mendapat kerja-kerja pembekalan dan kesemuanya adalah dari Wilayah Per­sekutuan, manakala sebanyak 11 syarikat bumiputera telah diberi kerja-kerja per­khidmatan dan kesemua syarikat ini dari Wilayah Per­sekutuan.

Mengenai penyusunan syari­kat-syarikat tersebut mengikut jumlah modal berbayar, dukacita saya tidak dapat memberikan maklumat itu sekarang kerana maklumat­maklumat itu tiada di dalam rekod Kementerian Kerja Raya dan ianya memerlukan masa untuk mendapatkannya. Jika Ahli Yang Berhormat masih memerlukan, bolehlah saya menghantarnya apabila mak­lumat-maklumat itu diperolehi.

(c) Menyentuh mengenai langkah­langkah yang diambil untuk menentukan pembahagian yang saksama bagi bumiputera untuk projek-projek yang di­swastakan, untuk makluman

Page 12: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3963 12 DISEMBER 1988 3964

Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya mengadakan pengawasan yang rapi ke atas projek-projek sedemikian di mana beberapa buah jawatankuasa ditubuhkan. Jawatankuasa ini bermesyuarat secara kerap untuk mem­pastikan perlaksanaan projek dan syarat-syarat perjanjian dipatuhi sepenuhnya.

PROGRAM KAWALAN MUTU MAKANAN

5. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kementerian ini menubuhkan Bahagian Penyalahgunaan Racun dan Ubat-ubatan bagi menapis semua pengeluaran makanan oleh kilang­kilang atau pengusaha-pengusaha bagi menjaga keselamatan rakyat dan disesuaikan dengan makanan halal, dan adakah pegawai-pegawai yang mengendalikan bahagian ini pakar dalam bidang teknologi bahan-bahan makanan dan pakar dalam hukum syarak mengenai makanan Islam.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dr Ting Chew Peh): Tuan Yang di-Pertua, satu program yang dinamakan Program Kawalan Mutu Makanan telah pun diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan sejak tahun 1974. Di bawah program ini pegeluaran makanan telah dikawal melalui aktiviti pemeriksaan kilang dan premis makanan yang dikuat­kuasakan di bawah Ordinan Makanan dan Dadah 1952, dan mulai tahun 1985 di bawah Akta Makanan 1983 dan juga Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Di samping itu, Pegawai-pegawai Penguatkuasaan yang menguat­kuasakan undang-uridang ini sentiasa mengambil contoh makanan untuk dianalisa di makmal-makmal makanan

terutamanya di makmal-makmal Jabatan Kimia. Pegawai-pegawai yang mengendalikan program ini adalah pakar d<&lam bit:lang teknologi makanan. Walau bagaimanapun, Kementerian 101 juga sentiasa berbincang dengan agensi-agensi lain seperti MARDI dan SIRIM dalam soal-soal berkaitan dengan mutu makanan.

Berhubung dengan aspek makanan halal, Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri di mana satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Mengkaji Bahan Makanan dan Penggunaan Orang Islam telah ditubuhkan.

Puan Ainon binti Aritlin: Tuan Yang di-Pertua, dalam masa Jawatankuasa ini bertindak, tidakkah pernah kedapatan pihak-pihak yang memproses makanan ini terutamanya mengenai makanan yang halal melakukan kesilapan. Ertinya, pernah kejadian makanan ditulis di luarnya "halal" tetapi sebenarnya bahan­bahan makanan itu tidak halal. Saya ingin tabu ada berapa kes yang berlaku begitu?

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, daripada rekod yang ada pada Kementerian Kesihatan tentang pemeriksaan yang dilakukan ke atas kilang itu didapati bahawa ada pengilang-pengilang yang melanggar peraturan dan mereka dihadapkan ke mahkamah. Jadi kalau mereka didapati bersalah maka mereka dikenakan denda dan yang lain itu diberikan amaran secara bertulis. Di sini say a · tidak ada rekod sam a ada yang melanggar undang-undang itu, berhubung dengan labelling atau jenis kesalahan yang lain.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan mengenai

Page 13: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3965 12 DISEMBER 1988 3966

pengawalan mutu makanan se­bagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Parlimen tadi. Di peringkat Majlis Daerah lesen untuk mengeluarkan makanan umpamanya roti dan sebagainya pernah dikeluarkan tetapi Merinyu Kesihatan di peringkat Majlis Daerah ini tidak ada kuasa untuk membuat sesuatu. Satu perkara yang berlaku iaitu bahawa satu kilang roti telah dapat diketahui adanya campuran lemak babi, kemudian roti itu diedarkan kep~da masyarakat Islam. Saya ingin penJelasan apa kuasa yang diberi kepada Merinyu Kesihatan dalam Majlis Daerah untuk mengambil peranan tentang makanan-makanan yang tidak terkawal ini.

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya penguasa tempatan itu mempunyai kuasa untuk menghadapkan para pesalah itu ke mahkamah sekira mereka didapati bersalah dan didapati melanggar peraturan yang sedia ada.

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN

6. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Perusahaan U tam a menyatakan bahawa salah satu matlamat Pelan Induk Perindustrian ialah untuk menggalakkan penggunaan sumber kayu tempatan untuk dijadikan perabot untuk dieksport.

(a) sehingga sekarang berapakah jumlah kilang perabot kayu dan rotan serta daripada jumlah ini berapakah kilang yang mengeksport perabot; dan

(b) apakah bentuk bantuan yang telah Kerajaan berikan untuk menggalakkan eksport perabot Malaysia, terutamanya bagi pengilang yang menghadapi kesulitan mendapatkan pinjaman bank.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr Lim Keng Yaik): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Pada masa ini dianggarkan kira­kira 2,000 buah kilang perabot kayu dan rotan terdapat di Malaysia. Daripada jumlah ini sebanyak 80 buah kilang perabot telah menceburi di pasaran eksport, yang terdiri dari 50 pengeksport perabot kayu dan 30 pengeksport perabot rotan.

(b) Kerajaan telah menyediakan berbagai bentuk bantuan bagi menggalak eksport perabot keluar negeri seperti berikut:

(i) Bagi meningkatkan mutu dan kecekapan keluaran perabot Malaysia, Kerajaan telah menyedia­kan skim-skim latihan yang lebih baik bagi peringkat pengurusan, penyeliaan dan operator terutamanya bagi mengendalikan teknologi moden. Usaha juga sedang dijalankan bagi mengadakan piawaian mutu perabot dan ke­~uda~an untuk menguji ptawatan mutu perabot­perabot yang dicadang­kan untuk dieksport serta mengadakan Pusat Seni­reka untuk memberi khid­mat senireka atau nasihat dari segi senireka.

(ii) Di bidang pemasaran perabot, Kerajaan telah mengatur beberapa misi kajian pasaran dan menyertai pameran­pameran perabot di luar negeri misalnya ke Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat bagi mencari pasaran baru dan mengukuhkan pasaran tradisi perabot Malaysia.

Page 14: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3967 12 DISEMBER 1988 3968

(iii) Menubuhkan per-kampungan perabot (furniture village) di be­berapa kawasan perin­dustrian supaya industri berkenaan dapat di­pusatkan di kawasan yang strategik dari segi input-input untuk tujuan ek~port. Langkah­langkah sedang diambil untuk meningkatkan lebih banyak penubuhan zoo-zoo khas pem­prosesan kayu.

(iv) Bagi memastikan sumber bahan mentah mencukupi untuk industri perabot, Kerajaan telah mengena­kan duti ke atas eksport rotan mentah dan mengharamkan peng-eksportan balak dari Semenanjung.

(v) Menyediakan Skim Pem­biayaan Semula Kredit Eksport (ECR) yang disalurkan melalui insti­tusi kewangan bagi mem­bantu pengeksport-peng­eksport.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama kalau sekarang ini sudah ada 2,000 kilang dan 80 kilang yang mengambil bahagian di dalam bahagian mengeksport perabot, saya ingin tabu projek yang sekarang ini sedang dikendalikan di Olak Lempik, Kuala Langat itu apakah merupakan tambahan kepada kilang untuk mengeksport perabot atau hendak mewujudkan perkampungan perabot. Adakah Kerajaan sudah mengkaji? Kalau perkara ini tidak dikaji sedalam-dalamnya saya khuatir apabila rotan manau kita besok sudah

boleh dituai 15 tahun akan datang atau kayu-kayan tropika kita ini besok makin jatuh mutunya bahawa kilang yang ada 2,000 itu, 80 yang mengambil bahagian eksport dan yang akan dibina di Olak Lempik itu akan menghadapi masalah pemasaran. Kalau menghadapi masalah pemasaran, apakah kita telah fikirkan bahawa ini besok akan menjadi satu tempelakan kepada orang ramai, kepada rakyat bahawa Kerajaan tidak berhati-hati dalam hendak melaksanakan satu kompleks yang begitu besar di Olak Lempik, Kuala Langat.

Namun demikian, sebagai orang Kuala Langat saya terima kasih kompleks itu di buat di situ, sekurang-kurangnya dapat membantu penganggur tetapi kalau perkampungan ini untuk menjaga mutu perabot, saya tidak fikir penganggur biasa boleh dapat bekerja di situ. Mungkin nanti akan dibawa tukang-tukang kayu, tukang-tukang perabot yang kelas A untuk duduk di situ, bukan lagi buruh-buruh biasa.

Dato' Dr Lim Keng Yaik: Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya telah sebut jumlah kilang-kilang perabot yang ada di Malaysia adalah 2.000, tetapi banyak kali saya pun sudah menyatakan 2,000 kilang ini adalah sebenarnya kebanyakannya dalam status bengkel sahaja yang mana mereka membuat perabot-perabot untuk pasaran tempatan dan hanya 80 adalah masuk di dalam aktiviti untuk mengilangkan perabot untuk mengeksport keluar negeri.

Tujuan untuk mengadakan perkampungan perabot khas yang pertama di Olak Lempik di negeri Selangor adalah untuk memusatkan semua kemudahan seperti "showrooms" dan kemudahan-kemudahan untuk menolong kilang­kilang perabot yang berminat untuk

Page 15: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

----~· --- -- ---·

3969 12 DISEMBER 1988 3970

eksport dengan mengadakan kemudahan untuk meningkatkan mutu perabot-perabot yang dikeluarkan oleh kilang-kilang yang mahu menggunakan kawasan khas itu untuk mengeksportkan pengeluaran­pengeluaran mereka.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi maknanya projek yang di Kuala Langat itu untuk kilang­kilang lain datang mengumpulkan barangnya untuk dipamerkan, untuk dieksport, bukanlah memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Kuala Langat. Jadi saya fahamlah sekarang ini.

PARAQUAT-DILARANG PENGGUNAAN

7. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada paraquat, sejenis weedkiller, dilarang sama sekali memandangkan para pekerja menjadi mangsa kepada racun ini. Apakah Kementerian ini sedar bahawa para pekerja tidak diberi peralatan keselamatan untuk mempertahankan dari serangan racun ini.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, buat masa m1 penggunaan racun rumpai peraquat tidak dilarang memandangkan tidak ada racun rumpai yang lebih, cost-effective, dengan izin. Racun rumpai ini boleh digunakan asalkan ia telah didaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak. Walau bagaimanapun, di bawah Kaedah­kaedah Perlesenan 1988 yang dilaksanakan pada 1hb September, 1988, penjualan racun rumpai paraquat adalah dikawal di mana ia tidak boleh dijual kepada orang yang kurang umur dari 18 tahun dan penjual dikehendaki merekodkan nama, alamat dan nombor kad pengenalan setiap pembeli.

Kementerian Pertanian memang sedar tentang masalah keracunan yang melibatkan racun rumpai paraquat dan beberapa langkah telah dan sedang diambil bagi mengurangkan masalah tersebut. J abatan Pertanian menjalankan kempen keselamatan penggunaan racun perosak dari masa ke semasa. Ini termasuklah memberi latihan dan ceramah kepada para petani melalui Pegawai-pegawai Pengembangan di peringkat kawasan. Latihan dan ceramah juga diberi kepada pekerja-pekerja ladang swasta seperti Kesatuan Pekerja-pekerja Ladang Kebangsaan (NUPW). Apabila mempunyai kesempatan Jabatan Pertanian akan mengambil bahagian di dalam pameran-pameran di peringkat Negeri dan Persekutuan bagi menyebar kepada orang ramai tentang keselamatan penggunaan racun perosak. Poster, risalah dan selembaran mengenai perkara yang sama juga disebarkan kepada petani­petani.

Selain daripada itu, Lembaga Racun Makhluk Perosak sedang di dalam peringkat terakhir penyediaan satu peraturan baru iaitu peraturan Kawalan Racun Makhluk Perosak Yang Amat Berbisa. Tujuan peraturan ini di antara lain adalah bagi mengawal penggunaan racun perosak amat berbisa. Racun rumpai paraquat adalah satu satu racun perosak yang akan dikawal di bawah Peraturan baru ini. Antara lain, peraturan baru ini menghendaki majikan membekalkan pakaian perlindungan yang sesuai kepada pekerja-pekerja mereka semasa mengguna racun rumput paraquat.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Berapakah bilangan pekerja yang sudah · maut kerana serangan racun ini di ladang­ladang estet.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, pada tahun 1986 - 349 orang yang telah

Page 16: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3971 12 DISEMBER 1988 3972

meninggal dunia dan pada tahun 1987 -sehingga bulan Jun, jumlahnya ada­lah 315 orang.

KERETAPI - NAHAS

8. Tuan P. Balaram minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa banyakkah nahas keretapi berlaku dalam tahun 1987 dan berapakah kematian belaku dalam nahas-nahas tersebut, sama ada penumpang­penumpang ataupun pekerja-pekerja dan apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan nahas-nahas terse but.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 1987, nahas keretapi yang berlaku telah mengakibatkan 130 orang tercedera dan 59 orang meninggal dunia. Antaranya terdapat bahawa 87 penumpang cedera dan 12 penumpang . meninggal dunia, 27 penceroboh cedera dan 47 penceroboh meninggal dunia dan 16 pekerja cedera. Dalam tahun 1988 pula, iaitu dari 1hb Januari, 1988 hingga 20hb November, 1988, 95 orang cedera dan 61 orang meninggal dunia. Antaranya terdapat 47 penumpang cedera dan 3 penumpang meninggal dunia, 34 penceroboh cedera dan 56 penceroboh meninggal dunia dan 14 pekerja cedera dan 2 pekerja meninggal dunia. Sebahagian besar daripada kema­langan yang melibatkan penumpang berlaku akibat kecuaian para penumpang yang kurang mementingkan keselamatan diri, dengan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh KTM ketika tren sedang dalam perjalanan. Nahas keretapi yang melibatkan pihak awam yang digilis tren adalah mereka yang mencerobohi kawasan keretapi dengan melintasi landasan atau berjalan atas landasan atau berada berdekatan dengan landasan. Kes-kes seumpama ini dan juga kegiatan melontar batu atas tren-tren masih berterusan.

Setelah diteliti terdapat bahawa semua kes nahas yang menimpa pekerja KTM disebabkan oleh kegagalan pekerja tersebut mematuhi peraturan keselamatan ketika melaksanakan kerja. Sebagai langkah untuk mengelakkan nahas-nahas tersebut, orang awam sentiasa diingatkan melalui media sebaran am seperti akhbar-akhbar, radio dan televisyen supaya jangan melintasi landasan atau terlalu dekat dengan landasan keretapi kerana ini adalah merbahaya dan menjadi satu kesalahan di bawah Ordinan Keretapi, 1948. KTM juga telah melancarkan beberapa perjumpaan serta ceramah dengan penduduk-penduduk di kawasan sekitar landasan kereta di mana pemimpin tempatan diminta supaya memberi kerjasama penduduk-· penduduk khususnya kanak-kanak supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan melontar batu atas tren-tren atau melintasi landasan atau berada terlalu dekat dengan Iandasan keretapi.

Selain dari itu, KTM juga meminta kerjasama Polis untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana melintasi Iandasan keretapi adalah menjadi kesalahan di bawah Ordinan Keretapi 1948. Kemalangan begini boleh dikurangkan sekiranya orang ramai mempunyai kesedaran bahawa perbuatan melintas atau berada berdekatan dengan landasan keretapi bukan sahaja menyalahi undang­undang tetapi adalah merbahaya kepada diri mereka sendiri. Dalam pada itu landasan keretapi juga sedang diperbaharui untuk memastikan tahap keselamatan sentiasa terjamin.

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan sedar sebahagian daripada orang yang menggunakan jalan untuk melintasi keretapi itu.

Datin Paduka Ha.ijah Zaleha bin Ismail: Apa dia?

Page 17: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

-----~---

3973 12 DISEMBER 1988 3974

Tuan Yang di-Pertua: Sila ulang sekali Iagi pertanyaan?

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, adakah Kerajaan sedar bahawa ada juga penduduk-peduduk di kawasan setinggan dan sebagainya menggunakan lintasan keretapi itu sebagai jalan utama mereka lalu tiap­tiap hari. Oleh itu, kenapa mereka patut didakwa kerana tidak ada jalan yang lain lagi.

Datin Paduka Hajjah Zaleha bin Ismail Tuan Yang di-Pertua, saya kata tadi, dekat dengan lintasan itu pun adalah merbahaya. Setinggan memangnyalah penduduk haram di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan rei-rei keretapi dan menjadikan Iintasan keretapi sebagai jalan utama adaiah kesalahan bagi mereka, bukan kesaiahan bagi KTM, kerana tempat itu berbahaya dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat juga dapat menasihatkan orang ramai di daiam kawasan Yang Berhormat sendiri- semua Yang Berhormat ini - supaya tidak berbuat demikian.

Tuan Haji Shaharom bin Maasom: Tuan Yang di-Pertua, daripada penjeiasan Yang Berhormat Timbaian Menteri tadi mengenai dengan Iangkah-langkah mengeiakkan keseiamatan, tidak disebutkan rancangan memasang pagar. Kalau Lebuhraya K.L. -Air Kroh itu boleh dipasang pagar hanya untuk mengelakkan lembu supaya jangan menyeberang · Lebuhraya, kenapa tidak ada rancangan memasang pagar di mana ada setinggan duduk di tepi landasan keretapi. Di Kuala Langat tidak ada keretapi, tetapi saya sedih apabila mendengar ada orang kena Ianggar digilis keretapi. Apakah orang ini pekak tidak dengar bunyi keretapi menderu macam ribut, dia tidak boleh eiak. Jadi, adakah dia sengaja atau tidak.

Pertanyaan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, berapa jumlah KTM sudah

kena bayar insurans pampasan dari­pada mereka yang terlibat sama ada kematian atau kemalangan ataupun kompeni-kompeni yang menuntut ganti rugi daripada pengangkutan mereka. Saya juga ingin tahu berapa insurans yang telah dibayar oleh KTM semasa kemaiangan di Sengkang, Kulai. Johor pada tahun 1987. Terima kasih.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, sebenar­nya, penumpang-penumpang keretapi yang menaiki keretapi adaiah ber­tanggungjawab atas apa juga yang terjadi kepada diri mereka sendiri kerana belum ada lagi insurans. kerana dalam Ordinan Keretapi 1948 tidak ada peruntukan insurans. Namun begitu, KTM sedang mengkaji mengenai insurans itu.

J umlah pampasan itu tidak ada jumlah seluruhnya kepada saya Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat masih perlu, saya terpaksa minta notis, kerana saya tidak hendak beri. nanti agak-agak jumlahnya tidak betul pula.

Untuk membuat pakar itu. Tuan Yang di-Pertua, rei keretapi ini 2,000 km panjangnya. Jadi, kalau hendak buat pagar, rasa saya agaknya sama banyak belanja mengganti rei yang sedang diperuntukkan. Pada pendapat saya menggantikan rei itu lebih diutamakan kerana rei-rei keretapi kita ini sudah lebih 50 tahun. dekat 100 tahun usianya, dan kita tidak hendaklah disebabkan rei itu Iebih banyak Iagi kegelinciran ataupun kemalangan berlaku dan pagar ini kita telah memberitahu, dan saya pun telah katakan tadi bahawa tempat-tempat setinggan ini memang kami, sepatut­nya tidak boieh membenarkan, setinggan-setinggan itu duduk di dalam kawasan-kawsan rei-rei keretapi itu, sebab dekat dan bahaya sangat. Kalauiah Yang Berhormat sendiri lihat kadang-kadang bumbung

Page 18: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3975 12 DISEMBER 1988 3976

rumah, kalau keretapi lalu boleh dicapai oleh penumpang dalam keretapi. Jadi itu berbahaya. Kalau dipagar pula, ini menggalakkan lagi, 2000 km kita kena pagar.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, maksud saya tidaklah yang kedua ribu kilometer itu hendak pasang pagar. Yang berlaku kemalangan 101

barangkali di Segambut selalu, dekat Taiping. di Sentul. Keretapi daripada Mentakab sampai Gua Musang tidak ada setinggannya yang saya tabu ( Ketawa), sungguhpun daripada Kuala Lumpur sampai Kelang ada landasan keretapi, ada setinggan, tetapi tidak pernah pula berlaku kemalangan di situ kerana barangkali rumah di situ jauh sedikit daripada landasan. Maksud saya tempat yang selalu berlaku kemalangan itulah dipasangkan pagar. Saya hairanlah kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bumbung rumah orang setinggan itu boleh capai cermin tingkap keretapi, ini menyedihkanlah. Sepatutnya kita ada satu kuatkuasa yang boleh memindahkan orang itu jauh sedikit. 60 kaki daripada landasan atau 100 kaki. Kalau kita hendak buat rumah daripada tengah jalan 100 kaki, kena buat pelan, ini 30 kaki tepi landasan dibiarkan, ini perkara yang dukacita. Tetapi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri punya perasaan peri kemanusian yang begitu luas, dia faham masalah ini.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, sel;mb ada perasaan itulah kita tidak halau semua setinggan itu. Sebenarnya saya kata tadi, kalau hendak di­capai boleh penumpang hujung bumbung itu, ada setengah-setengah tempat. Saya atau KTM masih tidak bersetujulah iaitu kalau kita buatkan pagar, lebih ban yak lagi yang mengikut buat pagar pula, dan hendak kata tempat yang selalu berlaku kemalangan itu, saya tidak ada

maklumat yang menunjukkan di mana yang banyak berlaku kemalangan. Jadi saya tidak bolehlah hendak memberi jawapan yang tepat kepada Yang Berhormat itu dan sebenarnya keretapi bukan lalu tiap-tiap jam, hanya dua kali sehari mereka Jalu di satu-satu tempat. Kenapa pada masa itu pula mereka ini hendak menyeberang dan mereka sudah duduk di situ bertahun-tahun, jadi mereka tabu bila keretapi Jalu, janganlah menyeberang masa keretapi lalu. (}(etawa)

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

9. Tuan C. Krishnan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan semenjak tahun 1984 hingga 31-10-1988 berapa kali gangguan bekalan elektrik di kawasan Karripung Baru Sungai Pelek dan Sepang. Apakah yang menyebabkan gangguan-gangguan ini berterusan selama tiga hari. Adakah ini kerana kecuaian pekerja-pekerja LLN. Mengapakah pihak LLN mengambil masa yang lama untuk membaiki bekalan elektrik.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Abdul Ghani bin Othman): Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1984 sehingga 31 hb Oktober, 1988 jumlah gangguan bekalan voltan tinggi adalah sebanyak 22 ka1i. Kebanyakan gangguan yang telah berlaku dapat dipulihkan dalam jangka masa yang berpatutan kecuali pada 24-9-1988 dan pada hari itu gangguan telah berlaku pada jam 7.09 malam dan hanya dapat dipulihkan pada 26-9-1988 pada jam 6.37 petang. Ini adalah kerana jenis kerosakan tersebut sukar untuk dikesan dan Lembaga Letrik Negara terpaksa memanggil kakitangan tambahan daripada daerah Seremban untuk membantu mengesan kerosakan kabel itu.

Di samping itu, bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan dengan segera

Page 19: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3977 12 DISEMBER 1988 3978

kerana buat masa ini sistem bekalan elektrik di kawasan itu belum mcmpunyai kemudahan "sua-batik" atapun pembekal alternatif sekiranya bcrlaku kerosakan. Adalah dijangka masalah kemudahan "sua-batik" ini akan dapat diatasi dengan pelancaran Pencawang Utama Tanjung Rhu pada pertengahan tahun 1989.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, gangguan elektrik ini selalu berlaku pada masa musim-musim perayaan Hari Raya Puasa, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas. Sekiranya benar, apakah sebab gangguan ini berlaku pada musim-musim perayaan sahaja? (Ketawa)

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan lagi sekali bahawa gangguan itu mungkin disebabkan oleh kerosakan kabel dan kerosakan kabel ini mungkin disebabkan kerja­kerja - kalau kabel itu di bawah tanah, kerja-kerja menggali oleh pihak-pihak tertentu. Panjangnya kabel untuk kawasan ini adalah lebih kurang 60 kilometer daripada sumber tenaga hiitu Janaletrik Tunku Jaafar, itu mungkin satu sebab mengapa berlakunya gangguan.

Kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa gangguan itu berlaku pada musim­musim perayaan, mungkin juga gangguan itu disebabkan oleh keupayaan yang tidak mencukupi jika diandaikan bahawa masa perayaan keperluannya adalah melebihi daripada keupayaan pembekalan dan kalau sekiranya itu sebabnya, maka penyelesaiannya bukanlah melalui mengesan kabel-kabel yang rosak tetapi adalah untuk meningkatkan keupayaan bekalan. Jadi, dalam jawapan saya, saya mengatakan mungkin sebab kabel dan mungkin

dapat diselesaikan melalui pelancaran Pencawang Utama Tanjung Rhu pada pertengahan tahun 1989.

Tuan V. K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apabila kita memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik, pihak LLN mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai stok bagi alat-alat elektrik seperti meter elektrik, lampu dan tiang lampu, sebagai contohnya di dalam Port Dickson. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menjelaskan sebab­sebab kekurangan stok barang-barang ini? Adakah tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah ini?

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, untuk mempastikan bahawa bekalan dapat dilaksanakan pada masa yang sewajarnya, maka setiap daripada alat-alat yang diperlukan daripada yang sebesarnya dan semahalnya kepada yang paling kecil termasuklah "nuts" dan "bolts", dengan izin, perlu dilengkapi untuk kerja-kerja pemasangan. Saya ingin akui di sini bahawa ada kalanya kalau sekiranya "nuts" dan "bolts' dia punya skru ataupun nutnya tidak cukup, tidak lengkap, maka bekalan itu tidak dapat dibuat pacta masa yang sewajarnya.

Saya ingin memaklumkan di Dewan ini bahawa dalam soal ini pihak Lembaga Letrik Negara sedang berusaha untuk mempastikan bahawa dari segi alat-alat yang paling ringan dan paling mudah diperuntukkan pada stok yang mencukupi supaya ianya tidak tergendala membekalkan elektrik ke kawasan-kawasan yang sewajarnya dipasang bekalan tersebut.

INDUSTRI KAMPUNG

10. Puan Ha.ijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan kenapakah

Page 20: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

..

3979 12 DISEMBER 1988 3980

pembahagian mesin-mesin untuk industri kampung belum beres walaupun ianya telah diluluskan; adakah juruteknik disediakan untuk menunjuk ajar memasangkan mesin­mesin tersebut, atau membaiki jika berlaku kerosakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, pembekalan mesin-mesin untuk industri kampung memerlukan beberapa tingkat pemerosesan sebelum dapat diberikan kepada pengusaha. Selepas permohonannya diluluskan, Kementerian terpaksa menilai kesesuaian mesin dan seterusnya mengikuti peraturan kewangan di dalam pembelian mesin-mesin tersebut. Permohonan dan kelulusan pembelian mesin dilakukan berterusan sepanjang tahun. Oleh kerana itu pembahagian mesin-mesin industri kampung tidak mungkin dapat dibereskan pada masa-masa tertentu.

Sebelum mesin tersebut diserahkan kepada pengusaha, pembekal-pembekal mesin akan melatih pengusaha-pengusaha men jalankan mesin tersebut. Jurutera pengeluaran yang ditempatkan di Pejabat-pejabat KEMAS Negeri-negeri membantu dalam kerja pengembangan. pengeluaran dan memberi nasihat mengenai cara-cara penggunaan mesin di mana perlu.

Kementerian hanya memberi bantuan membekalkan mesin-mesin sahaja, sementara pengusaha­pengusaha adalah bertanggungjawab untuk membaiki dan penyelenggaraan mesin-mesin tersebut jika berlaku kerosakan.

Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mengetahui adakah mesin-mesin yang diberi itu mesin yang masih baru

ataupun yang telah dipakai ataupun yang telah buruk diberi kepada peserta-peserta.

Tuan Mohamed bin Jamrah: Di sini yang diberikan adalah mesin yang baru .

KEJADIAN KEBAKARAN

11. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) bilangan kejadian kebakaran yang telah berlaku pada tahun 1988;

(b) jumlah kerugian hartabenda pada tahun 1988;

(c) bilangan kehilangan nyawa yang berlaku pada tahun 1988;

(d) bilangan ahli-ahli bomba yang mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas pada tah.un 1988; dan

(e) apakah skim gantirugi bagi ahli­ahli bomba yang mengalami kecederaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya akan membentangkan kenyataan bermula daripada bulan Januari sehingga ke bulan Oktober bagi tahun 1988:

Tempat-te1npat Jumlah Menanggung herlaku kemgiw1

1$ ;wa)

Kedah/Pcrlis 467 9.42

Pulau Pinang 642 31.02

Perak H97 7.07

Selqngor H9H 22.57

Wilayah Pcrsekutuan 641 9.16

Negeri Semhilan 307 7.Xl

Mcl>1ka 321 5.12

Johor xn 71.11

Pahang 443 3.97

Terengganu 269 2.54

Page 21: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3981 12 DISEMBER 1988 3982

Tempat-lempal berlaku

Kclantan

Sarawak

Sa bah

Jumlah Menanggung kerugian ($ jula)

240 HU\5

413 10

517 2.39

Jumlah . . 6,X7X 193.0

Di samping itu, Tuan Yang di­Pertua, Bomba juga menghadapi panggilan-panggilan yang lain. Panggilan-panggilan bagi membantu kemalangan, panggilan-panggilan tanah runtuh, panggilan-panggilan terhadap ancaman ular dan sebagainya, jumlah panggilannya sebanyak 3,296.

Tuan Yang di-Pertua, di samping kerugian dapat dianggarkan pada $193.0 juta ini, alhamdulillah, Pasukan Bomba pula telah dapat menyelamatkan dianggarkan se­banyak $997.94 juta, manakala kematian yang berlaku di dalam menghadapi kebakaran ini ialah seramai 32 orang dan yang cedera ialah sebanyak 40 orang, ini tidak termasuk anggota-anggota Bomba sendiri. Peristiwa ini berlaku di dalam:

Bulan Mali Cedera

Januari 2 orang 2 orang

Fcbruari 3 9

Mac 4 II

April 4 5

Mci 6 X

Jun X

.lulai 3

Ogos I I

Oktober 3

Jumlah 32 .. 40

Manakala anggota-anggota Bomba pula:

Bulan Mali Cedera

Januari 4 orang Februari 3 orang

Bulan

Mei Jun

Ogos

Jumlah ..

Mali

1 orang 1 orang

2 orang

Cedera

1 orang

2 orang

2 orang

12 orang

Tuan Yang di-Pertua? anggota­anggota Bomba mendapat pampasan seperti pekerja-pekerja kakitangan Kerajaan biasa yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut Akta Bomba Tahun 1988 satu Tabung Kebajikan akan diwujudkan dan di dalam Skim ini, Kerajaan berharap akan dapat memberi bantuan-bantuan yang tertentu kepada kakitangan­kakitangan yang cedera atau memberi bantuan saguhati kepada keluarga­keluarga mereka. Dan bagi memenuhi Tabung ini, saya mengambil kesempatan orang ramai boleh menghulurkan bantuan, termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudah pun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 41 adalah diberi di bawah ini).

JAMBATAN PULAU PINANG­HAD LAJU

12. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kerjaraya menyatakan sama ada beliau sedar banyak pemandu kenderaan telah didenda kerana memandu terlalu laju di Jambatan Pulau Pinang. Adakah pihak Kerajaan akan menimbang untuk menambah had laju di Jambatan Pulau Pinang daripada kelajuan sekarang (80 k.s.j) ke had laju yang lebih praktikal memandangkan kepada bentuk dan keadaan di Jambatan itu adalah sebaikmana dengan Lebuhraya di mana had laju yang lebih tinggi biasanya dibenarkan.

Page 22: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3983 12 DISEMBER 1988 3984

Tuan Luhat Wan: Kerajaan memang sedar akan terdapatnya pemandu-pemandu yang memandu terlalu laju melebihi had laju 80 km. sejam, yang dibenarkan di Jambatan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak bercadang untuk menambahkan had laju melebihi 80 km. sejam yang telah ditetapkan itu. Berasaskan kajian yang dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menunjukkan bahawa had laju 80 km. sejam itu adalah merupakan had laju yang paling sesuai dari segi keselamatan.

BAHASA BAKU DI TV/RADIO

13. Puan Norani binti Haji Beluah: minta Menteri Penerangan menyata­kan dalam usaha menggalakkan rakyat di negara ini menggunakan Bahasa Baku, bilakah masanya para Juruhebah sama ada di TV atau Radio akan menggunakan Bahasa tersebut, sedangkan di TV3 pelaksanaan telah lama dijalankan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad): Jawapan bagi soalan ini adalah sama seperti jawapan bagi soalan No. 4 dari Yang Berhormat Puan Rokiah binti Zainuddin yang dijawab di Dewan ini pada 6-12-88. Kementerian ini tidak ingin membuat tambahan kepada jawapan tersebut.

JAMBATAN KONKRIT SUNGAI RAYA

14. Tuan Koh Im Pin minta Menteri Kerja Raya menyatakan projek jambatan konkrit Sg. Raya telah dijalankan iaitu dari Port Dickson ke Lubok Cina tetapi jambatan Sg. Menyala dan jambatan Sg. Linggi masih belum dilaksanakan dan juga jambatan konkrit kecil ke pekan Pasir Panjang, Batu 10 dan Batu 13 patut

dibesarkan kerana jambatan ko,nkrit tersebut sangat sempit dan kecil tidak dapat membenarkan dua kenderaan lalu pada masa yang sama.

Tuan Luhat Wan: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Menyala dan Sungai Linggi telah pun dimulakan pada 17 Oktober 1988, dan dijangka siap dalam tempoh setahun. Berkenaan dengan jambatan konkrit kecil di Batu 10 dan Batu 13 jalan ke Pasir Panjang pula, adalah dimaklumkan jalan tersebut adalah jalan negeri dan oleh itu pembesarannya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sembilan. Saya telah difahamkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Sembilan belum mempunyai rancangan untuk membesarkan jambatan-jambatan berkenaan.

BURUH 01 LADANG GETAH/KELAPA SA WIT

15. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Buruh menyatakan dalam usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pekerja ke ladang-ladang getah dan kelapa sawit, apakah sebab-sebab yang menyebabkan kegagalan program itu selain daripada soal gaji.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Kekurangan tenaga buruh di ladang­ladang, terutama sekali di ladang­ladang pendalaman yang jauh dari ban dar, hanya merupakan kekurangan setempat, manakala bagi seluruh negara terdapat berlebihan bekalan tenaga buruh.

Usaha-usaha Kerajaan untuk menggalakkan pekerja-pekerja tempatan, terutamanya belia-belia, untuk bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit tidak mencapai kejayaan yang diharapkan adalah

Page 23: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3985 12 DISEMBER 1988 3986

disebabkan oleh beberapa perkara, seperti berikut:

(i) Sikap pekerja-pekerja sendiri yang tidak begitu berminat untuk bekerja di ladang­ladang;

(ii) Peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di bandar-bandar khususnya di kilang-kilang telah menggalakkan peng­hijrahan beramai-ramai belia­belia luar bandar;

(iii) Kemudahan-kemudahan asas yang kurang sempurna terutamanya di ladang-ladang pendalaman juga merupakan satu faktor yang tidak menggalakkan pencari-pencari kerja berminat bekerja di ladang-ladang.

JALAN PERSEKUTUAN-KOS PENYELENGGARAAN

16. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Kerja Raya memberitahu berapakah kos penyelenggaraan J alan Persekutuan yang diberi kepada Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah yang dipertanggungjawab oleh Kerajaan Pusat untuk menjaganya. Adakah Kerajaan bercadang hendak menambahkan peruntukan ini.

Tuan Luhat Wan: Kerajaan Persekutuan tidak memberi apa-apa peruntukan kepada Majlis-majlis Perbandaran dan daerah bagi kos penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Oleh itu sama ada Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan tersebut tidaklah timbul.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan dari Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada negeri ialah untuk penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di negeri di mana kerja-kerja penyelenggaraan adalah dilaksanakan oleh JKR negeri.

BAJA PERTANIAN YANG DIIMPORT

17. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan jumlah ton baja-baja pertanian yang diimport dalam tahun yang lalu dan jumlah nilai ringgitnya. Apakah jenis baja yang diimport dan dari negeri mana ianya diimport. Sejauh manakah usaha­usaha dan galakan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan dalam mengurangkan import baja ini setelah diwujudkan Dasar Negara Per­industrian.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Jumlah baja yang diimport pada tahun 1987 ialah sebanyak 1,407,095.69 ton bernilai $336,934,205. Baja yang diimport terdiri daripada berbagai jenis. Di antara jenis baja-baja yang banyak diimport mengikut nilainya ialah:

I. Baja galian atau kimia yang $64.971.646 mcngandungi kalium

2. Baja yang mengandungi nitrogen. $58,851,625 fosforus dan kalium

3. Kalium klorida $56,760.749

4. Urea $54,288,494

5. Galian kalsium fosfat, galian $23.754,952 aluminium kalsium fosfat, apatit dan kapur fosforus. dikisar.

Baja-baja seperti yang disebutkan adalah diimport dari berbagai negara. Setakat ini negara ini telah mengimport baja dari 30 negara. Negara-negara utama dari mana baja­baja tersebut diimport ialah Jerman Barat, Australia, New Zealand, China, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Singapura.

Bagi mengurangkan import baja Kerajaan telah mengenakan duti import ke atasnya. Duti import sebanyak $44.29 seton dan surtax sebanyak 5% dikenakan ke atas beberapa jenis baja tertentu seperti "ammonium sulphate dan calcium

Page 24: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3987 12 DISEMBER 1988 3988

ammonium nitrate". Di samping itu, bagi menggalakkan pengeluaran baja tempatan pula, sesetengah bahan mentah yang digunakan untuk perkilangan tidak dikenakan duti import atau '.'surtax" seperti "sodium nitrate, superphosphate, potassium chloride" dan "potassium sulphate':. Kerajaan juga telah menyenaraikan keluaran baja sebagai keluaran yang digalakkan yang layak diberi pertimbangan untuk mendapat galakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986.

BADAN KEBUDAYAAN NEGERI· NEGERI

18. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan usaha-usaha Kementeriannya untuk melatih badan­badan kebudayaan yang telah sedia wujud di peringkat negeri-negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Badan­badan Kebudayaan yang ujud di negeri-negeri. adalah terdiri dari bahan-bahan teater, seni lakon, seni tari, sejarah, kraftangan dan lain-lain yang bergabong sama ada dengan Majlis Kebudayaan Negeri atau Majlis Kebudayaan Daerah. Di dalam usaha untuk menggerakkan badan-badan kebudayaan ini Kementerian memang membantu badan-badan tersebut dari segi latihan seperti mengadakan kursus kepimpinan, kuliah budaya, seminar dan bengkel dengan· menggunakan tenaga pengajar Kementerian sendiri dan juga kepakaran daripada luar Kementerian.

Selain dari itu, Kementerian juga memberi bantuan dari segi kewangan bagi tujuan membantu pengurusan pentadbiran badan-badan tersebut dan juga membantu menjalankan aktiviti­aktiviti yang diatur oleh badan-badan tersebut di peringkat negeri. Bantuan

yang diberikan ini adalah bergantong kepada permohonan yang dibuat oleh badan-badan berkenaan dan Kementerian mempertimbangkan permohonan-permohonan tersebut.

PELABURAN ASING

19. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) dalam tahun 1988 ini berapa banyakkah Pelabur Luar Negeri yang telah melabur di negara ini khasnya di negeri Pulau Pinang; dan

(b) dari negara manakah yang ramai pelabur luar negeri melabur ke Pulau Pinang.

Dato' Kok Wee Kiat:

(a) Bagi tempoh Januari-Oktober, 1988 sebanyak 36 projek telah diluluskan di Pulau Pinang dengan jumlah anggaran modal pelaburan asing sebanyak $391.6 juta.

(b) Kebanyakan pelabur asing yang bercadang untuk melabur di Pulau Pinang adalah dari negara Taiwan (10) dan Jepun (10). Dari segi anggaran pelaburan asing pula, jumlah yang terbesar sekali bagi tempoh tersebut adalah dari negara Jepun ($131.4 juta). Ini diikuti dengan negara Perancis ($101.0 juta), Amerika Syarikat ($67.9 juta) dan Taiwan ($41.6 juta).

PESTA BURUNG

20. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan adakah program dibuat bagi mengadakan "Pesta Burung" secara besaran dengan tujuan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia menghidupkan tradisi permainan

Page 25: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3989 12 DISEMBER 1988 3990

burung yang diminati oleh semua ban gsa.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Kementerian tidak ada program bagi mengadakan "Pesta Burung" seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat. Pesta Burung yang terdapat di negara ini adalah dianjurkan oleh persatuan-persatuan atau penggemar-penggemar burung. Kementerian memang menyokong usaha yang dijalankan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu acara sempena Tahun Melawat Malaysia 1990 ialah Pertandingan Suara Burung Merbok.

PROJEK KECIL/BESAR­TAWARAN KERJA

21. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. SaJih minta Menteri Kerja Raya menyatakan memandangkan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia sekarang sudah pulih, Kementerian beliau masih membekukan lagi projek-projek kecil dan besar dan tidak mahu menawarkan kerja-kerja itu kepada pemborong-pemborong dan kontraktor-kontraktor yang .sedang bernyawa ikan dan menunggu maut.

Tuan Luhat Wan: Adalah tidak benar dakwaan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan Kementerian Kerja Raya masih membekukan projek­projek kecil dan besar dan tidak mahu menawarkan kerja-kerja itu kepada pemborong-pemborong dan kontrak­tor yang sedang bernyawa ikan dan menunggu maut, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, projek­projek di bawah tanggungjawab Kementerian ini sama ada kecil ataupun besar, memerlukan per­untukan dan peruntukan tersebut perlu dipohon dari agensi pusat, yang kemudiannya dibawa ke Dewan yang mulia ini untuk diluluskan.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, selain daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian­kementerian serta Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain juga memerlukan peruntukan mereka masing-masing untuk melaksanakan projek-projek di bawah tanggungjawab mereka. Memandangkan kedudukan kewangan Kerajaan masih belum begitu baik, maka tidak semua permohonan peruntukan dari Kementerian­kementerian, termasuk Kementerian Kerja Raya, dapat diluluskan. Oleh yang demikian, hanya peruntukan untuk projek-projek yang mempunyai keutamaan yang tinggi sahaja akan mendapat peruntukan dari Kerajaan, sama ada untuk projek-projek besar ataupun projek-projek kecil. Bagi projek-projek yang tidak mendapat keutamaan yang tinggi, pelaksanaannya akan ditangguhkan ke tahun hadapan setelah kedudukan kewangan bertambah baik untuk projek-projek itu diberi peruntukan yang diperlukan.

Dengan kenyataan itu maka dakwaan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa Kementerian Kerja Raya sengaja membekukan projek-projek kecil dan besar dan tidak mahu menawarkan kerja-kerja itu kepada pemborong-pemborong dan kontraktor-kontraktor, adalah tidak tepat. Dengan kenyataan itu saya harap Ahli Yang Berhormat mengetahui sebenarnya mengapa terdapat projek-projek yang boleh

. dilaksanakan sekarang dan ada juga projek-projek yang perlu ditangguhkan oleh kerana peruntukan yang belum dapat diperolehi.

RESTORAN-KEBERSIHAN DEWAN MAKANAN

22. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kesihatan menjelaskan didapati bahawa banyak restoran yang tidak menghiraukan kebersihan sama ada di dewan makan ataupun di

..

Page 26: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

..

3991 12 DISEMBER 1988 3992

tandas-tandas. Apakah pihak Ke­menterian sedar keadaan ini. Sekiranya sedar mengapa keadaan ini masih berlaku.

Dr Ting Chew Peh: Kementerian Kesihatan menyedari tentang adanya restoran-restoran yang keadaan kebersihan dewan makan dan bilik­bilik airnya kurang memuaskan. Jika keadaan demikian berlaku di luar kawasan Majlis atau Penguasa Tempatan, tindakan sewajarnya diambil oleh pegawai-pegawai berkuasa Kementerian Kesihatan. Kebanyakan restoran-restoran ter­letak di bawah kuasa Majlis atau Penguasa Tempatan yang mengeluarkan lesen perniagaan res­toran-restoran itu dan mengawasi kebersihan premis-premis itu. Peranan Kementerian Kesihatan bagi kawasan­kawasan itu adalah untuk memberi galakan, nasihat, bantuan dan kerjasama yang sewajarnya.

SOUTH EAST ASIA BANK LTD. DI MAURITIUS

23. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kewangail menyatakan prestasi South East Asia Bank Ltd. milik Bank Bumiputra Bhd. yang dilancarkan sempena lawatan rasmi Y AB Perdana Menteri ke Mauritius baru-baru ini. Apakah bentuk kawalan yang dikenakan oleh Kerajaan terhadap Bank tersebut bagi mengelakkan berulangnya peristiwa Bumiputera Malaysia Finance Ltd. (BMF) di Hong Kong dahulu.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, The South East Asia Bank Ltd. yang ditubuhkan sempena dengan lawatan Y AB Perdana Menteri ke Mauritius baru-baru ini, sebenarnya belum lagi memulakan operasinya setakat ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa bank tersebut bukan ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia. Sebaliknya ia

merupakan pelaburan pihak swasta Malaysia di Mauritius dan tertakluk kepada pengawasan dan kawalan pihak berkuasa Mauritius. Dengan itu, adalah tidak wajar bagi Kerajaan untuk mengenakan kawatan ke atas bank tersebut.

EKSPORT MALAYSIA KE JEPUN

24. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan jumlah eksport Malaysia ke Jepun pada tahun 1986, 1987 dan jumlah import dari Jepun pada tahun-tahun tersebut. Juga diminta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan kesan ekonomi terhadap industri kereta nasional iaitu kereta Proton Saga kerana kenaikan nilai Yen Jepun.

Dato' Kok Wee Kiat: Jumlah eksport Malaysia ke Jepun dalam tahun 1986 bernilai M$8,116.7 juta manakala dalam tahun 1987 ianya bernilai M$8,827 .5 juta, iaitu pertambahan sebanyak 8.1% dari tahun sebelumnya. Import Malaysia dari Jepun pula dalam tahun 1986 bernilai M$5,736.2 juta dan dalam tahun 1987 bernilai M$6,925.5 juta, iaitu pertambahan sebanyak 17.2% dari tahun sebelumnya.

Untuk makluman Y.B., dari bulan Januari-Ogos, 1988 jumlah eksport Malaysia ke Jepun telah mencatatkan sebanyak M$6,088. 7 juta. Semen tara import Malaysia dari Jepun dari bulan Januari-Ogos 1988 mencatatkan sebanyak M$6,279.9 juta.

Kenaikan nilai Yen telah menyebabkan peningkatan kos pengeluaran kereta Proton Saga. Sebagaimana Y.B. sedia maklum, Kerajaan telah meluluskan kenaikan harga jualan bersih (NSP) Proton Saga pada bulan April, 1988 untuk menampung peningkatan kos pengeluaran tersebut.

Page 27: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3993 12 DISEMBER 1988 3994

IKAN LAUT-PROJEK MENTERNAK

25. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan adakah rancangan Malaysia/Kerajaan hendak mengadakan projek menyediakan benih serta menternak ikan taut selain daripada ikan siakap dan kerapu di negara ini.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Pada masa ini pengeluaran benih ikan siakap ( Lates calcarifer) sedang dijalankan oleh Pusat Penetasan ikan taut, Tg. Demong di Daerah Besut, Terengganu. Pusat ini akan diperbesarkan di bawah Rancangan Fasa II di mana kemudahan­kemudahan tambahan seperti tangki­tangki induk dan tangki-tangki rega akan disediakan. Fasa II telah pun dimulakan pada Oktober tahun ini dan dijangka akan siap pada pertengahan tahun depan. Dengan kemudahan tambahan ini, Jabatan Perikanan akan ni.engendalikan rancangan pembiakan ikan kerapu (Epinephalus Sp) dan ikan jenahak ( Lutianus johni dan (Lutianus argentimaculatus) secara besar-besaran.

Selain daripada tindakan ini, Jabatan Perikanan akan melaksanakan satu projek baru dengan bantuan Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) di mana 1 juta benih ikan kerapu, jenahak dan dengkis akan dilepaskan di dalam kawasan tukun tiruan. Projek ini yang dinamakan "Enhancement of Fisheries Resources" akan mengkaji kesesuaian menggunakan tukun tiruan sebagai kawasan pembesaran ikan­ikan yang berharga tinggi ini.

PELARIAN INDOCHINA DI MALAYSIA

26. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) menyatakan pelarian Indochina yang masih berada di negara ini sekarang;

(b) langkah-langkah yang tegas yang diambil untuk menyekat kemasukan pelarian Indochina ke negara ini berikutan dengan keengganan negara ketiga menerima mereka untuk penempatan semula; dan

(c) tindakan yang telah diambil di atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini untuk menutup Khemah Pelarian di Pulau Bidong menjelang April 1989.

Perdana Menteri:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pelarian Indochina yang masih berada di negara ini sekarang ( sehingga 30 November, 1988) ialah seramai 12,980 orang.

(b) Pada masa ini belum ada langkah-langkah tegas diambil untuk menyekat kemasukan pelarian-pelarian Indochina ke negara ini.

Adalah tidak benar kenyataan menyatakan bahawa negara-negara ketiga enggan menerima pelarian­pelarian untuk penempatan semula. Sebaliknya negara-negara ketiga terus meningkatkan pengambilan pelarian­pelarian itu dari tahun ke tahun. Contohnya pada tahun 1986, jumlah mereka yang dipindahkan ialah seramai 7011 orang, tahun 1987 seramai 8196 orang dan pada tahun 1988 iaitu sehingga 30 November 1988, seramai 8412 orang telah pun dipindahkan ke negara-negara ~etiga.

(c) Berikutan daripada pengu­muman yang dibuat untuk menutup Pulau Bidong kepada pelarian-pelarian, Kerajaan telah mempergiatkan langkah­langkah diplomatik ke arah mencapai matlamat tersebut.

Kerajaan telah dan akan meneruskan rundingan­rundingan serta mengadakan

..

Page 28: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3995 12 DISEMBER 1988 3996

dialog-dialog dengan negara­n~gara perhentian pertama yang lam, negara-negara ketiga dan juga negara Vietnam sendiri mengenai masalah pelarian yang membebankan negara ini.

Menerusi pihak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Orang-orang Pelarian (UNHCR) dan juga Majlis Antarabangsa. Kerajaan Malay­sia telah menggesa supaya negara-negara ketiga mening­katkan lagi jumlah pengam­bilan pendatang-pendatang haram yang ada di negara ini.

Gesaan-gesaan ini ternyata me':ldapat sambutan yang baik danpada negara-negara ketiga.

Rundingan-rundingan dengan negara Vietnam sentiasa diadakan dan Kerajaan ~alaysia telah menuntut supaya yie~_nam menepati janji­Jan]lnya seperti yang telah dibuat sewaktu lawatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke Vietnam Ogos lalu. Satu delegasi daripada Vietnam telah datang ke negara ini pada 30 Oktober lalu khas bagi menerangkan d~sar-dasar baru negara VIetnam kepada pelarian-pelarian yang ada di negara ini di samping mempelawa merek~ pulang ke Vietnam.

KILANG PERABOT KAYU DAN ROTAN

27. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan berhubung dengan me~ingkatkan harga getah, kelapa sawit dan kayu balak bagaimanakah perancangan Kerajaan dalam usaha mengekalkan harga basil tersebut:

(i) adakah Kerajaan menyediakan Tabung Simpanan Wang

sebagai persediaan di masa kemelesetan Ekonomi;

(ii) kenapakah harga basil-basil tersebut naik tinggi; dan

(iii) dari kenaikan harga hasil-hasil tersebut apakah perbezaan angka-angka kenaikannya dengan harga sebelumnya bagi tahun 1985, 1986, 1987, 1988 dan Anggaran Tahun 1989.

D'!to' Dr Lim Keng Yaik: Bagi menJawab beberapa soalan Ahli Yang Berhormat_ yang berkenaan suka saya menyampaikan maklumat seperti berikut:

Soalan (i)

Setakat ini Kerajaan tidak ada menye?iakan Tab~ng Simpanan Wang sebagai persediaan di masa kemelesetan ekonomi. Walau bagaim~napun, melalui penyertaan Malaysia di dalam Perjanjian Getah Asli Antarabangsa (INRA), Kerajaan telah menyumbangkan wang ber~u~~ah ~~13.3 )uta kepada tabung PerJanJlan Im bagi membiayai operasi stok penimbal INRO dalam usaha menstabilkan harga getah.

Bagi kelapa sawit, Kerajaan menumpukan kepada usaha-usaha galakan pasaran untuk memperkukuhkan pasaran yang sedia ada serta menerokai pasaran-pasaran baru dan berpotensi. Dalam hal ini Kerajaan telah melancarkan sat~ Tab~ng · Galaka~ Pasaran Min yak Sawit untuk memngkatkan lagi usaha­usaha promosi.

Bagi kayu balak pula, Kerajaan menyertai Perjanjian Kayu Kayan Tropi~a Antarabangsa (ITTO) yang bertujuan untuk memupuk kerjasama antara negara-negara pengeluar dan pengguna ~ay~-kayan tropika terutamanya di bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam usaha mengekalkan sumber hutan dan pembangunan industri berasaskan

Page 29: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3997 12 DISEMBER 1988 3998

kayu kayan yang bertujuan untuk meningkatkan perdagangan dan pendapatan negara-negara pengeluar.

Soalan (ii)

Harga getah telah meningkat sejak tahun 1986 sehingga kini keparas yang lebih baik oleh kerana permintaan yang kukuh dan meningkat dari negara-negara pengguna utama dunia terutamanya lateks manakala bekalan getah asli pada keseluruhannya adalah ketat dengan paras stok komersial yang rendah.

Harga minyak kelapa sawit juga telah meningkat disebabkan oleh keadaan bekalan yang ketat di samping permintaan yang semakin bertambah. Pada tahun 1987, pengeluaran min yak kelapa sawit telah bertambah dengan kadar yang kecil. Pengeluaran kacang soya di Amerika Syarikat juga telah terancam akibat kemarau yang panjang di negara tersebut. Di samping itu, pengimportan utama minyak kelapa sawit Malaysia iaitu India telah mengalami masalah pengeluaran yang rumit oleh sebab cuaca yang buruk. Dalam pada itu pula, permintaan bagi minyak kelapa sawit dari pasaran baru seperti Republik Rakyat China, Turki dan negara-negara di Timur Tengah juga semakin bertambah.

Bagi kayu balak pula, kenaikan harga yang berterusan sejak tahun 1985 adalah disebabkan oleh keadaan bekalan kayu balak tropika yang terus ketat di pasaran dunia. Negara-negara pengeluar utama kayu balak tropika telah mengambil langkah untuk mengurangkan pengeksportan balak mereka manakala Indonesia telah mengharamkan pengeksportan balaknya. Berikutan daripada itu, negara-negara pengimport utama telah mengalih pembelian kayu balak mereka kepada Malaysia. Di samping itu, peningkatan aktiviti-aktiviti pembinaan, perumahan dan industri

berasaskan kayu di beberapa negara pengguna utama balak Malaysia telah meningkatkan permintaan mereka.

Soalan (iii)

Harga getah asli RSS 1 telah meningkat daripada 188 sen sekilo pada tahun 1985 kepada 208 sen sekilo pada tahun 1986 dan menjangkau paras 247 sen sekilo pada tahun 1987 dan seterusnya meningkat kepada 320 sen sekilo pada tahun 1988. Walau bagaimanapun, pada tahun 1989 harga getah diramalkan akan !ega sedikit kepada 300 sen sekilo.

Harga minyak kelapa sawit mentah pula pada tahun 1986 telah jatuh kepada $578 satu tonne daripada $1,045 satu tonne pada tahun 1985. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987 harga bahan ini meningkat semula keparas $773 satu tonne. Pada tahun 1988, harga purata minyak kelapa sawit terus meningkat kepada kira-kira $1,000 satu tonne dan harga purata pada tahun hadapan diramalkan dalam lingkungan paras ini.

Harga kayu balak telah meningkat 8% kepada $150 semeter padu pada tahun 1986 berbanding dengan $140 semeter padu pada tahun 1985. Harga telah terus meningkat pada tahun 1987 ke tahap $185 semeter padu dan juga pada tahun 1988 sebanyak $194 semeter padu. Harga komoditi ini diramalkan dapat dikekalkan pada tahap ini dalam tahun 1989.

RINGGIT MALA YSIA-NILAI

28. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Kewangan menyatakan kenapa nilai wang ringgit Malaysia makin jatuh hari demi hari. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan nilai wang ringgit Malaysia semula.

Page 30: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

3999 ti DISEMBER 1988 4000

Tuan Mohamed Farid bin Aritlin: Soal kenapa nilai ringgit turon telah pun dijawab dalam jawapan saya kepada soalan yang sama bentuknya dari Yang Berhormat Senator Dato' Dr K. S. Nijhar pada 28hb November, 1988.

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia sentiasa mengawasi kedudukan nilai ringgit supaya nilainya stabil. Tindakan campur­tangan dalam pasaran pertukaran wang asing hanya diambil jika ada perkembangan yang kurang sihat seperti spekulasi pasaran yang mungkin menjejas keadaan ekonomi negara.

Oleh kerana nilai ringgit adalah berdasarkan kepada kedudukan ekonomi, pihak Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengukuh­kan pertumbuhan dan pemulihan ekonomi. Langkah-langkah ini telah pun dibentangkan di dalam Ucapan Belanjawan saya di Dewan Rakyat pada 21hb Oktober, 1988, dan dijelaskan secara terperinci dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan. Oleh kerana ekonomi telah pulih dengan kukuhnya nilai ringgit dijangka akan stabil pada masa yang akan datang.

PENDATANG HARAM VIETNAM DI PULAU BIDONG

29. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Perdana Menteri menyatakan bilakah agaknya Pulau Bidong akan bersih dari penghuni-penghuni pendatang haram, adakah kita masih menunggu dunia luar untuk mengambil mereka.

15-12-88.

11. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil rundingan Kerajaan dengan pihak Vietnam untuk menghantar pulang pendatang­pendatang haram Vietnam di Pulau

Bidong, Terengganu. Adakah pihak Vietnam bersetuju menerima semua sekali pendatang haram Vietnam yang ada di negara ini. Jika ia, bilakah mereka akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Perdana Menteri: Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Y. B. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif pada 15 Disember 1988 kerana mempunyai maksud yang hampir sama.

Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah pun membuat keputusan untuk menutup Pulau Bidong sebagai khemah sementara pendatang haram Vietnam dalam masa setahun. Tarikh penutupannya akan diumumkan oleh Kerajaan kelak.

Sementara itu pula kita kini sedang mengambil langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan kerjasama negara-negara ketiga untuk mengambil pendatang haram Vietnam yang berada di Malaysia dengan seberapa segera yang boleh. Kita juga telah menekankan perkara ini pada pihak UNHCR untuk membantu di dalam usaha-usaha kita. Pihak kita juga kini sedang berusaha dengan sepenuhnya untuk mencari satu penyelesaian yang komprehensif dan muktamad mengenai soal pendatang haram Vietnam melalui satu Persidangan Antarabangsa agar mendapat komitmen antarabangsa mengenai isu pendatang haram Vietnam yang telah menjadi beban kepada kita sejak 13 tahun yang lalu. Dalam hal ini, Malaysia bekerjasama rapat dengan negara-negara ASEAN yang juga menerima beban yang serupa seperti kita.

Ahli Yang Berhormat mungkin telah sedia maklum bahawa di dalam usaha kita untuk menyelesaikan perkara ini Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah membuat Iawatan ke

Page 31: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4001 12 DISEMBER 1988 4002

Vietnam pada 26-29 Ogos, 1988 khusus untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin Vietnam mengenai perlunya pihak Vietnam, sebagai negara asal, bekerjasama dengan kita dan pihak antarabangsa bagi menyelesaikan perkara ini dengan muktamad. Pihak Vietnam telah menyatakan pada kita bahawa mereka sanggup bekerjasama dan sanggup menerima kembali pendatang-pendatang haram Vietnam di Malaysia yang ingin kembali secara sukarela. Pihak Vietnam juga telah menyatakan bahawa mereka akan berusaha menyekat orang-orang Vietnam keluar secara haram (illegal departure) dan menyatakan hasrat mereka untuk memperluaskan program keluar secara teratur ("Orderly Departure Program-ODP") iaitu sebagai saluran tunggal rakyat Vietnam yang ingin tinggalkan negara tersebut.

Vietnam juga telah menghantar satu rombongan ke Malaysia pada 29 Oktober-3 November 1988 untuk berbincang lanjut dengan pegawai­pegawai kita.. Di dalam perbincangan tersebut, Vietnam menyatakan persetujuan untuk menerima semula pendatang-pendatang haram yang ingin pulang secara sukarela ke Vietnam. Bagi pihak Malaysia pula, kita mahukan Vietnam menerima semula bukan sahaja rakyat Vietnam yang ingin pulang secara sukarela tetapi juga rakyat Vietnam yang telah enggan diterima oleh negara­negara pemindahan semula supaya Malaysia tidak dibeban dengan saki bald pendatang haram Vietnam. Perbincangan dua hala dengan pihak Vietnam ini akan diteruskan lagi demi mencari penyelesaian mengenai masalah ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menekankan pendirian kita iaitu kita tidak akan sanggup lagi menerima PHV dan saki baki yang masih ada di Pulau Bidong akan

diselesaikan seJaJar dengan kepentingan kita demi menjamin tidak tertinggalnya saki baki (residues). Keputusan kita untuk menutup Pulau Bidong adalah petanda-petanda yang tepat kepada Vietnam dan pihak berkenaan yang lain bahawa kita tidak mahu lagi menerima pendatang haram Vietnam.

LEBUHRAYA CAMERON HIGHLANDS-BUKIT FRASER­

GENTING HIGHLANDS

30. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kerjaraya menyatakan adakah benar Kerajaan bercadang membina lebuhraya atau jalan daripada ke Cameron Highlands, Bukit Fraser dan Genting Highlands. Jika benar apakah faedah secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat dan negara ini dengan ter­binanya jalan tersebut. Tidak ada­kah jalan-jalan yang lebih penting yang perlu dibina!dinaikkan taraf bagi kepentingan rakyat daripada membina jalan tersebut.

Tuan Luhat Wan: Soalan yang serupa telah pun dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini pada 5 Disember, 1988 yang .Ialu dan telah pun saya jawab dengan panjang Iebar. Oleh yang demikian, saya tidaklah bercadang untuk membuat apa-apa tambahan kepada jawapan itu.

AKAUNTAN CUKAI PENDAPATAN

31. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) bilangan akauntan cukai a tau agen cukai pendapatan yang dilatih oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam tahun 1987 dan 1988 serta kelayakan­kelayakan pelatih yang diambil;

(b) apakah kesannya akauntan-akauntan dan

terhadap berdaftar;

Page 32: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4003 12 DISEMBER 1988 4004

(c) adakah sijil latihan akauntan cukai atau agen cukai pendapatan yang diperolehi oleh siswazah-siswazah yang asalnya bukan dari aliran perdagangan atau perakaunan itu diikhtirafkan oleh badan­badan profesional seperti "Malaysian Institute of Accountants" atau Badan-badan profesional seberang !aut.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin:

(a) login saya maklumkan bahawa latihan yang dijalankan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri bagi mewujudkan akauntan cu­kai atau agen cukai di bawah seksyen 153 (3) (c) Akta Cukai Pendapatan 1967 hanya bermula pada bulan Januari tahun ini. Setakat ini seramai 186 orang akauntan cukai telah dilatih. Latihan yang dijalankan terdiri daripada 2 kategori, iaitu untuk tempoh 3 bulan dan 6 bulan. Bagi latihan selama 3 bulan, peserta-peserta yang diambil ialah mereka yang mempunyai ijazah/diploma dalam bidang perakaunan, manakala bagi tempoh 6 bulan kelayakan yang dikenakan ialah pemegang diploma/ijazah bukan perakaunan, misalnya pentadbiran perniagaan, urusan bank dan sebagainya.

(b) Akauntan-akauntan cukai yang baru dilatih ini dijangka tidak akan menjejaskan perkhid­matan yang diberi oleh akaun­tan-akauntan berdaftar. Ini adalah memandangkan cuma 5,200 akauntan sahaja berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia sedangkan Jabatan Hasil Dalam Negeri menerima lebih kurang 600,000 borang retan daripada perniagaan perseorangan dalam setahun.

(c) Sukalah juga saya memaklum­kan bahawa pengiktirafan oleh Institut Akauntan Malaysia atau badan-badan profesional ke atas sesuatu sijil kelulusan bergantung kepada kelayakan yang diperlukan oleh badan­badan berkenaan. Sijil latihan akauntan cukai yang diperolehi oleh siswazah-siswazah bukan perakaunan tidaklah diiktiraf oleh Institut tersebut. Sijil latihan yang diberi itu hanyalah untuk membolehkan peserta­peserta berkenaan momohon menjadi akauntan bagi maksud Akta Cukai Pendapatan 1967.

GALAKAN PELABURAN

32. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sama ada pihak beliau boleh memberi galakan yang bermakna dengan membatalkan garispanduan­garispanduan atau batasan-batasan semasa bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing yang mempunyai ekuiti kurang daripada M$10 juta, supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih cekap.

Dato' Kok Wee Kiat: Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, Kerajaan telah mengambil banyak langkah­langkah perlonggaran (deregulatory) bertujuan bukan sahaja untuk meng­galakkan lebih banyak pelaburan, akan tetapi juga bertujuan untuk memudahkan para pelabur di negara menjalani operasi perkilangan mereka. Ini termasuk langkah Kerajaan melonggarkan syarat perlesenan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975, sebanyak 2 kali. ·

Pada bulan Disember, 1985, tahap pengecualian dari lesen perkilangan telah dinaikkan dari $250,000 kepada kurang- dari 1 juta wang pemegang saham atau 25 orang pekerja kepada

Page 33: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4005 12 DISEMBER 1988 4006

kurang dari 50 pekerja. Pada bulan Oktober 1986 pula, tahap pengecualian ini telah dinaikkan kepada kurang daripada $2.5 juta wang pemegang saham satu kurang dari 75 pekerja.

Dengan kelonggaran-kelonggaran yang telah dibuat ini, sebilangan besar daripada syarikat-syarikat perkilangan adalah terkeluar daripada perlesenan dan syarikat-syarikat ini dengan itu bebas menjalankan operasi mereka tanpa pengawasan daripada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Selain daripada langkah-langkah di atas, Kerajaan juga telah melonggar­kan dasar-dasar berhubung penyertaan ekuiti asing di dalam projek-projek perkilangan, pe­lancongan, hotel dan pertanian serta mengurangkan kerenah pentadbiran (bureaucratic red tapes) yang dianggap boleh menyusahkan para pelabur.

Pada pandangan . Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini, sudah cukup liberal dan menarik. Dengan itu, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan garispanduan-garispanduan semasa bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing yang mempunyai ekuiti kurang daripada M$10 juta.

PROTON SAGA-EKSPORT KE AMERIKA SYARIKAT

33. Tuan C. Krishnan minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kereta N asional Proton Saga akan dilancarkan di Amerika Syarikat.

Datuk Kasitah bin Gaddam: Sehingga kini Proton belum dapat menetapkan tarikh sebenar hila kereta Nasional akan dieksport ke Amerika

Syarikat. Walau bagaimanapun usaha­usaha ke arab ini sedang dijalankan dengan giatnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut perjanjian yang ditandatangani di antara Proton dengan Proton America Incorporated (PAl), pada 27 November 1987, PAl bertanggung­jawab mendapatkan pengesahan kenderaan (vehicle certification) dan kelulusan pihak berkuasa Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Amerika Syarikat sebelum kereta Proton Saga dapat dieksport ke negara tersebut. Sehingga kini P AI masih belum lagi mendapat pengesahan dan kelulusan tersebut. Dengan yang demikian tarikh pelancaran kereta PROTON SAGA di Amerika Syarikat belum dapat ditetapkan.

GURU BAHASA CINA DISEKOLAHMENENGAH­

KEKURANGAN

34. Tuan Tiong Hiew King minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) memandangkan kita masih kekurangan lebih kurang empat ratus orang Guru Bahasa Cina untuk mengajar Bahasa Cina di sekolah-sekolah menengah, apakah langkah telah dan sedang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah itu;

(b) memandangkan Jabatan Pen­didikan telah mengadakan kursus diploma pengajaran bagi siswazah-siswazah aliran sains tiap-tiap tahun (buat pertama kalinya diadakan satu kursus diploma pengajaran bagi siswazah-siswazah aliran sastera tahun ini);

(a) (i) kenapa kursus-kursus ini diadakan hanya untuk melatih/menyediakan guru­guru yang akan mengajar mata-pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Kebang­saan dan Agama Islam.

Page 34: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

..

4007 12 DISEMBER 1988 4008

(ii) kenapa siswazah-siswazah yang · telah belajar; dan mengaji mata pelajaran Bahasa Cina sebagai · mata pelajaran utama di Universiti tidak diterima untuk mengikuti kursus Diploma Pengajaran yang diadakan bagi siswazah­siswazah aliran sastera tahun ini.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan ini adalah sama seperti yang telah dikemukakan oleh Y.B. Dr Tan Chong Keng yang telah saya jelaskan jawapannya pada 7-12-1988 yang lalu. Oleh itu saya tidak bercadang untuk menjelaskannya dengan panjang Iebar. Walau bagaimanapun ingin dijelaskan di sini bahawa Kementerian Pendidikan telah dan sedang berusaha mengatasi masalah ini dengan menambah bilangan guru-guru untuk dilatih bagi membolehkan mereka me­ngajar Bahasa Cina dengan berkesan melalui maktab-maktab perguruan, kursus dalam cuti, guru-guru sandaran tanpa latihan yang bersesuaian.

(b) (i) Jabatan Pendidikan tidak mengendalikan kursus diploma pengajaran bagi siswazah-siswazah aliran sains dan sastera. Sebalik­nya Kementerian Pendidi­kan ada mengendalikan kursus "conversion" bagi siswazah-siswazah sains dan matema:tik yang terlatih untuk dijadikan guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kursus-kursus ini diadakan hanya untuk mata

pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja kerana kekurangan bilangan guru bagi kedua­dua mata pelajaran ini di samping untuk memberi peluang pekerjaan kepada siswazah-siswazah (Sains dan Matematik). Walau bagaimanapun cuma siswazah-siswazah yang mempunyai kelulusan yang baik dalam mata-mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM dan juga yang telah ditapis satu urusan temuduga untuk menentukan kesesuaian mereka telah dipilih.

(ii) Setakat ini tiada siswazah sastera termasuk yang mengkhususkan dalam bidang mata pelajaran Bahasa Cina yang diberi kursus conversion. Walau bagaimanapun sekiranya ada siswazah yang mengkhususkan dalam mata pelajaran . Bahasa Cina dan lain-lain mata pelajaran yang ingin mengikuti Kursus Diploma Pendidikan, mereka bolehlah memohon kepada universiti-universiti ber­kenaan yang menawarkan kursus tersebut. Pemilihan adalah ditentukan oleh universiti berkenaan.

DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH

35. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada dengan adanya aktiviti-aktiviti ko­kurikular seperti Kadet Polis dapat menjamin disiplin di kalangan pelajar­pelajar sekolah dan adakah Kementerian beliau akan mengambil langkah-langkah lain dalam

Page 35: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4009 12 DISEMBER 1988 4010

mengatasi masalah disiplin yang semakin merosot.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya menjadi salah satu matlamat aktiviti ko-kurikulum untuk meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, dengan mengisi masa lapang mereka secara berfaedah. Aktiviti pasukan Pakaian Seragam, misalnya Kadet Polis, dapat mem­perkukuhkan sifat kepimpinan pelajar, sanggup mematuhi peraturan, bersifat demokratik dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha supaya displin pelajar dapat dipertingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran, melalui kurikulum dan ko-kurikulum, ke arah melahirkan pelajar yang dapat membina disiplin sendiri.

LA WATAN KE CHINA­KEBENARAN

36. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa walaupun keadan lebih baik dalam hidup dinikmati oleh warganegara kita di bawah sistem Kerajaan yang baik diamalkan oleh kita perlu kita menerus mempunyai perasaan takut bahawa warganegara kita dapat dipengaruhi oleh komunis tetapi sebenarnya warganegara negeri komunis terutama di China yang lebih senang dipengaruhi oleh warganegara kita sendiri kalau dan bila mereka dibenarkan melawati negara-negara tersebut terutama sekali China dengan lebih bebas.

Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad): Untuk makluman Yang Berhormat, hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan RRC adalah berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan bukannya

hubungan rakyat dengan rakyat. Hubungan di ant:tra negara kita dengan RRC dilakukan secara berhati-hati disebabkan kita dan RRC melaksanakan sistem pemerintahan yang berbeza, malah bertentangan iaitu di antara demokrasi dan komunis, ini ditambah pula dengan suasana politik dan sosial di dalam negara kita yang unik. Sikap berhati­hati kita di dalam perkara ini bukanlah bererti kita hanya bersikap terlalu takut kepada rakyat kita dipengaruhi oleh ideologi komunis semata-mata, namun apa yang lebih penting ialah tindakan tersebut dapat mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian sosial di dalam negara kita ..

Walau bagaimana sejak ke-belakangan 101 Kerajaan telah memberi banyak kelonggaran bagi warganegara kita untuk melawat RRC untuk tujuan perdagangan dan ekonomi. Ini telah disambut baik oleh rakyat kita. Bilangan warganegara Malaysia yang telah mendapat kelulusan pergi ke RRC di atas tujuan perdagangan dalam 10 bulan tahun ini telah melebihi 12,000.

DASAR EKONOMI BARU­PENCAPAIAN

37. Tuan Hassan Nam minta Perdana Menteri menyatakan evaluasi beliau tentang kesan negatif ressesi ekonomi 1984-1986 kepada prestasi dan pencapaian matlamat. Dasar Ekonomi Baru, dan sekiranya kesan negatif ini serius serta memerlukan tindakan­tindakan radikal, apakah strategi­strategi dan program-programnya. Adakah Perdana Menteri yakin bahawa "Short-fall" 101 dapat diimbuhi dan sekurang-kurangnya, mempertahankan apa yang telah tercapai sebelum ressesi melanda Malaysia.

Perdana Menteri: Kerajaan telah membuat penilaian mengenai kesan

Page 36: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4011 12 DISEMBER 1988 4012

kemelesetan ekonomi negara, terutamanya dalam tahun-tahun l9S5-S6, terhadap pencapaian DEB. Hasil yang didapati jelas menunjukkan bahawa ia telah menjejaskan pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Misalnya, mengikut maklumat-maklumat awal, kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia hanya berkurangan sebanyak 1 unit peratus sahaja dari 18.4 peratus pada tahun 1984 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987. Bagi Negeri Sabah, kadar kemiskinan didapati meningkat sedikit dari 33 peratus ke 35 peratus sementara di Sarawak berkurang dari 32 peratus ke 25 peratus. Dari segi penyusunan semula masyarakat, pencapaiannya didapati kurang daripada yang dianggarkan. Ini adalah berikutan dari pertumbuhan ekonomi yang perlahan yang menjejaskan perkembangan sektor korporat, gunatenaga dan peluang-peluang perniagaan. Bahagian pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat misalnya tidak banyak berubah, iaitu pada tahap 19 peratus dan begitu juga bahagian rakyat Malaysia yang lain pada tahap 56 peratus. Sementara itu, usaha pengwujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera menghadapi banyak masalah bukan sahaja dari segi kerugian yang dia1ami tetapi juga bantuan-bantuan diharapkan dari Kerajaan.

Sebagaimana Yang Berhormat maklum, di dalam suasana menghadapi kemelesetan ini, terdapat juga pihak yang menuduh bahawa DEB tidak harus diteruskan di dalam konteks ekonomi yang sukar berkembang. Bagi menghadapi keadaan ini dan juga mengurangkan kesan negatif terhadap DEB, Kerajaan telah mengambil langkah­langkah pragmatik bagi membuktikan bahawa DEB ialah satu dasar yang dinamik dan "flexible" dari segi pelaksanaannya. Selaras dengan inilah

Kerajaan telah melaksanakan berbagai tindakan yang bercorak "deregulation" serta usaha-usaha konsolidasi, yang antara contohnya adalah seperti berikut:

(i) Garis panduan baru mengenai pemilikan ekuiti untuk me­narik pelabur-pelabur asing;

(ii) Peningkatan had keperluan mendapatkan lesen-lesen pembuatan di bawah ICA dari $1 juta kepada $2.5 juta tabung pemegang saham;

(iii) Perlonggaran syarat-syarat penyusunan semula harta di bawah garis panduan Jawa­tankuasa Pelaburan Asing (FIC); dan

(iv) Langkah-langkah mengawal perbelanjaan Kerajaan di samping meningkatkan kece­kapan pengurusan di berbagai peringkat Kerajaan.

Berdasarkan kepada pengalaman yang telah dialami serta tindakan­tindakan pragmatik yang telah dilaksanakan, Kerajaan memang yakin bahawa kekurangan pencapaian DEB akan dapat di perbaiki di tahun­tahun yang akan datang.

PELABURAN LUAR NEGERI

38. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan dalam usaha menambahkan Pelabur Luar Negeri melabur di negara ini, adakah perjanjian dibuat agar kebajikan pekerja-pekerja juga terjamin sama kerana ada pelabur-pelabur yang telah mengaut untung tetapi ada pekerja yang. dibuang hingga beribu orang dalam satu masa.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Pelabur-pelabur luar negeri yang ingin melabur di negara ini dikehendaki

Page 37: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4013 12 DISEMBER 1988 4014

mematuhi sebarang undang-undang yang wujud di negara ini. Undang­undang ini termasuk undang-undang yang melindungi kebajikan pekerja-' pekerja seperti Akta Kilang dan Jentera, 1967, Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Akta-akta 1m mempunyai beberapa peruntukan yang akan menjamin kepentingan dan kebajikan pekerja dan juga menentukan tanggungjawab-tang-gungjawab pihak majikan terhadap pekerja-pekerja mereka.

LEBUHRA Y A PERSEKUTUAN­GANGGUAN LALULINTAS

39. Dr Nawawi Mat Awin minta Menteri Kerjaraya menjelaskan memandangkan bahawa gangguan lalulintas makin lama makin bertambah di Lebuhraya Persekutuan, jalan raya yang sangat penting dari segi ekonomi kerana menyambung perhubungan dengan pelabuhan laut dan udara:

(i) adakah Y.B. Menteri sedar bahawa kerap kali terdapat gangguan, bukan kerana jalan

(ii)

tidak mencukupi, tetapi kerana penyalahgunaan seperti menjalankan kerja­kerja awam di waktu kesesakan dan, lebih aneh lagi, menyimpan · alat-alat besar di atas jalan semasa tidak digunakan, menye­babkan jalan raya menjadi sempit;

apakah tindakan yang akan diambil untuk mengelakkan daripada pembaziran ekonomi terutamanya basil daripada kelewatan pengangkutan barang-barang dengan !aut dan udara disebabkan keadaan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan.

Tuan Luhat Wan:

(i) Kerajaan sedar bahawa ada terdapat jalan raya persekutuan yang mengalami kesesakan akibat daripada penyalahgunaannya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu. Kerajaan memang sentiasa mengawasi dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka-mereka yang di dapati melakukan kesalahan seperti meletakkan kenderaan yang salah ditempatkan di merata­rata jalan raya. Kerajaan sentiasa memastikan supaya semua kerja-kerja penyeleng­garaan yang besar dilaksana­kan di waktu malam atau pada waktu jalan raya kurang digunakan. Peraturan juga telah ditentukan mengenai perletakan alat-alat jentera dan bahan-bahan binaan yang digunakan oleh kontraktor serta meletakkan papan­papan tanda yang sesuai bagi memberi amaran kepada pengguna-pengguna jalan raya mengenai kemungkinan gangguan berlaku di laluan berkenaan pada masa itu, dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor tersebut.

Walau bagaimanapun, mungkin ada dalam setengah­setengah keadaan di mana kerja-kerja terpaksa dilaku­kan siang dan malam Dalam keadaan ini, Iangkah­langkah yang sesuai juga diambil untuk mengurangkan kesulitan kepada pengguna­pengguna jalan berkenaan, seperti memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu di akhbar-akhbar tempatan atau media massa yang lain, tentang kerja-kerja yang akan dilakukan di jalan berkenaan.

Page 38: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4015 12 DISEMBER 1988 4016

(ii) Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat ini agak kurang jelas, walau bagaimanapun, saya anggap apa yang dimaksudkan ialah pembaziran ekonomi disebab-kan oleh kelewatan penghantaran barangan (merchandize) disebabkan oleh kesesakan Lebuhraya Persekutuan. Jika itulah yang dimaksudkan, saya berpen­dapat bahawa orang ramai mempunyai berbagai pilihan cara pengangkutan, iaitu­sama ada menggunakan pengangkutan melalui jalan raya ataupun dengan menggunakan keretapi. Se­perti Yang Berhormat telah maklum, Kerajaan sedang berusaha mengujudkan satu sistem Lebuhraya Utara­Selatan termasuk juga Lebuhraya Ekspress Lembah Kelang baru yang lebih baik, yang telah pun bermula pembinaannya pada bulan November 1988 yang lalu dan dijangka siap keseluruhannya dalam tempoh 7 tahun lagi.

Kerajaan berharap dengan wujudnya rangkaian lebuh­raya yang baik dan moden itu akan dapat memberikan faedah yang lebih besar kepada negara, khasnya kepada peningkatan ekonomi negara keseluruhannya.

METER LET AK KERET A

40. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menjelaskan adakah meter letak kereta yang dipasang di Kuala Lumpur sah dari segi undang-undang. Kalau tidak apakah langkah-langkah yang akan dfambil untuk me­nyelesaikan masalah tersebut.

Perdana Menteri: Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur •

mengambil tindakan memasang meter-meter letak kereta setelah Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan persetujuan Menteri yang bertang­gungjawab bagi Wilayah Persekutuan, menggezetkan (mewartakan) satu undang-undang kecil yang diberi nama "Perintah Lalulintas Jalan" (Letak Kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984. Perintah ini dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 62, Ordinan Lalulintas Jalan 1958, yang pada masa ini dipanggil Akta Pengangkutan 'Jalan 1987 (Akta 333-Seksyen 72). Oleh yang demikian, pemasangan meter­meter letak kereta di Bandaraya Kuala Lumpur, adalah dibuat mengikut undang-undang yang sedia ada.

WANG KERTAS PALSU

41. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) setakat ini berapa keping wang palsu bernilai lima puluh ringgit yang telah dikesan oleh Bank Negara;

(b) adakah semua orang yang terlibat dalam pencetakan wang palsu termasuk orang-orang dari sebuah negeri asing diberkas; dan

(c) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk melindung rakyat jelata daripada menjadi mangsa­mangsa sindiket wang palsu.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin:

(a) Jumlah wang kertas palsu $50 yang dikesan oleh Bank Negara Malaysia sejak tahun 1967 hingga 21 Oktober 1988 ialah sebanyak 51 ,657 keping.

(b) Pihak Bank Negara tidak pasti sama ada orang-orang yang terlibat dalam pencetakan wang palsu ini telah diberkas atau

Page 39: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4017 12 DISEMBER 1988 4018

tidak. Perkara ini adalah dalam bidang kuasa pihak polis.

(c) Sebagai usaha melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket wang palsu, pihak Bank Negara telah mengeluarkan poster-poster dan risalah-risalah bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kertas sebenar serta cara­cara untuk mengenalpasti wang kertas palsu. Dengan cara ini orang ramai diharapkan sentiasa bcrwaspada semasa menerima wang-wang kertas. Di samping itu pihak Bank Negara sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membasmi pengedaran wang kertas palsu di negara kita.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1989

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (9hb Disember, 1988)

Tuan Yang di-Pertua: Bagi giliran pertama, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi jawapan. Sekiranya ada Yang Berhormat hendak menjawab bagi pihak Kementerian lain.boleh dijawab sekali gus selepas ini. Silakan.

3.36 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada • Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan atas Dasar-dasar Am Belanjawan 1989 dan seterusnya memberi cadangan. teguran dan syor­syor mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana 1\ilenteri.

Dalam tempoh perbahasan tersebut Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai Dasar Ekonomi Baru. perpaduan, perkhidmatan awam, program kemajuan Islam, pencegahan rasuah. Suruhanjaya Pilihanraya dan sebagainya.

Ramai Ahli Yang Berhormat telah menyentuh beberapa aspek berkaitan dengan perlaksanaan dan pencapaian Dasar Ekonomi Baru serta masa depan Dasar tersebut. Pendapat-pendapat Ahli-ahli Yang Berhormat itu tertumpu kepada rasa tidak puas hati mereka berhubung dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang pada pendapat mereka adalah bercanggah dengan falsafah asal Dasar Ekonomi Baru. Rasa tidak puas hati ini masih timbul sungguhpun Kerajaan telah memberi penerangan yang panjang Iebar berkenaan pencapaian dan pelaksanaannya.

Sekali lagi saya memberikan penekanan bahawa angka-angka dan data-data yang telah dikeluarkan adalah .berasaskan kepada definisi­definisi dan methodologi yang jelas dan oleh itu sebarang salah faham dan salahtafsir ke atasnya sepatutnya tidak timbul.

U ntuk perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita say a membuat beberapa penjelasan secara keseluruhan terhadap dakwaan dan pandangan yang dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.

(i) Adalah tidak benar dakwaan bahawa Kerajaan masih mengabaikan masyarakat bukan Melayu dalam

Page 40: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4019 12 DISEMBER 1988 4020

pelaksanaan rancangan pembasmian kemiskinan. Ini terbukti dari kadar kemiskinan di kalangan semua kaum telah menurun dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Untuk makluman data-data awal menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1987 di kalangan kaum Melayu adalah kira-kira 24%, China 7% dan India 10% berbanding dengan masing­masing sebanyak 64%, 26% dan 39% pacta tahun 1970. Kadar kemiskinan di bandar juga telah bertambah baik daripada 21% pada tahun 1970 kepada 8% pada tahun 1987. Berbagai-bagai kemudahan telah pun disediakan oleh Kerajaan untuk mening­katkan taraf hidup go­longan miskin bandar tanpa mengira kaum. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa bukan bumiputera telah sama-sama menikmati banyak faedah darip;1da usaha-usaha pem­bangunan ban dar.

(ii) Faedah yang dinikmati bersama oleh bukan bumiputera boleh dilihat dalam beberapa bidang. Contohnya, dalam bidang pertanian kaum bukan bumiputera turut menikmati berbagai faedah, malah dalam beberapa program melebihi daripada kaum bumiputera sendiri. Sebagai contoh nilai per kapita yang diterima oleh orang-orang Cina di bawah Program Bantuan Tanaman Semula RISDA, bagi tempoh 1970-1984 adalah sebanyak 7,100 berbanding dengan 3,400 yang diterima oleh kaum Melalyu. Nilai per kapita subsidi harga padi dalam tahun-tahun 1980-1982

yang diterima oleh orang­orang Cina adalah sebanyak $1,700 iaitu melebhi nilai yang diterima oleh orang­orang Melayu sebanyak $746.00.

(iii) Adalah tidak benar Kerajaan telah mengabaikan penduduk kampung-kampung baru. Di bawah Rancangan Malaysia Keempat dan Rancangan Malaysia Kelima masing­masing sebanyak $25 juta dan $7 juta telah diperuntukkan untuk memajukan kampung­kampung baru. Berasaskan peruntukan Rancangan Malaysia Kelima setiap kampung baru memperolehi peruntukan sebanyak $15,390 berbanding dengan kampung tradisional yang hanya mendapat $2,985. Sungguh pun Ahli-ahli Yang Ber­hormat tidak bersetuju dengan jawapan yang sentiasa diberi berkenaan dengan kampung-kampung baru, ada­lab tidak boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk kampung baru menikmati lebih banyak peluang eko­nomi dan pendapatan secara lebih meluas her­banding dengan penduduk­penduduk di kampung-kam­pung tradisional bumi­putera. Dari segi corak pekerjaan, penduduk-pen­duduk kampung baru adalah terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti ekonomi moden yang pendapatannya tinggi berbanding dengan penduduk-penduduk di kam­pung-kampung tradisional yang terlibat dalam bidang pertanian sahaja. Berhubung dengansoalkekurangantanah di kampung-kampung baru, Ahli-ahli Yang Berhormat hams sedar bahawa kawasan­kawasan Majlis Daerah dan

Page 41: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4021 12 DISEMBER 1988 4022

Majlis Perbandaran di mana terletaknya kebanyakan kam­pung-kampung baru mem­punyai kawasan tanah yang terhad. Namun begitu pen­duduk kampung baru telah dan sedang menikmati milik tanah memandangkan keba­nyakan tanah-tanah ke­diaman telah bermilik dalam proses pemberian hak milik dan telah diberi lesen tumbangan sementara atau TOL.

(iv) Kenyataan bahawa kampung­kampung baru mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi adalah dirujuk kepada angka tahun 1983. Bagaimanapun keadaan ini adalah bertambah baik berdasarkan penyiasatan pada tahun 1985 yang rrienunjukkan bahawa 54% daripada isi rumah kampung-kampung baru mempunyai pendapatan tunai melebihi $350 sebulan. Sementara 32% mempunyai pendapatan tunai antara $250 hingga $350. Angka ini adalah lebih tinggi dari pendapatan purata isi rumah miskin di bandar yang mendapat pendapatan $205 sebulan. Untuk makluman 24% dari isi rumah miskin di luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan $175 sebulan.

(v) Pengiraan kadar kemiskinan dan bilangan isi rumah miskin adalah dibuat berdasarkan methodology yang teratur dan boleh dipertahankan kesahihannya. Perangkaan adalah diperolehi secara langsung daripada penyiasatan atau banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Keraguan yang ditimbulkan lebih merupakan keengganan Ahli-ahli Yang

Berhormat untuk mengetahui Jatar belakang penyediaan data dan adalah tidak benar Kerajaan enggan memberi cara-cara memperolehi data­data. Kerajaan bercadang memberi penjelasan yang Iebih meluas mengenai perkara ini di masa hadapan, memandangkan kebelakangan ini banyak kekeliruan telah ditimbulkan.

(vi) Tuduhan bahawa golongan miskin bukan bumiputera di Iuar bandar adalah menderita selama 18 tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru adalah keterlaluan. Data pada tahun 1976 menunjukkan bahawa kumpulan terendah 40% bumiputera mendapat pendapatan purata sebanyak $83 sebulan berbanding dengan $202 sebulan bagi kaum Cina. Pendapatan kaum Melayu dalam kumpulan ini telah meningkat kepada $283 pada tahun 1984, manakala pendapatan kaum Cina meningkat kepada $526. Data­data awal bagi tahun 1987 menunjukkan bahawa pendapatan penuh kumpulan ini terus meningkat sungguhpun keadaan ekonomi tidak begitu mantap pada tahun 1985 dan 1986.

(vii) Berkenaan tohmahan bahawa Kerajaan memutar belitkan data-data kemajuan dan penyertaan rakyat, dukacita saya mengambil maklum bahawa Ahli Yang Berhormat telah menggunakan Dewan yang.mulia ini untuk membuat kenyataan yang tidak berasas. Saya ingin menegaskan bahawa semua angka-angka mengenai pencapaian adalah berdasarkan perkiraan yang sahib dan profesional dan telah diterangkan bukan

Page 42: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4023 12 DISEMBER 1988 4024

sahaja di dalam dokumen­dokumen Kerajaan tetapi juga telah diterangkan oleh pemimpin-pemimpin Kera-jaan dari masa ke semasa Ber­kaitan dengan hal ini, basil dari penilaian Dasar Ekonomi Baru secara komprehensif sedang disediakan dan akan dibentangkan dalam Dewan ini selanjutnya.

(viii) Mengenai isu-isu layanan yang tidak adil kepada peniaga­peniaga bukan bumiputera untuk mendapat lesen perniagaan, tapak perkilangan dan sebagainya, Kerajaan ingin sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar. Sebagai contohnya lesen-lesen penjaja dan perniagaan kecil terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah dinikmati oleh bukan bumiputera. Di Kuala Lumpur, pada tahun 1986 kira-kira 70% daripada lesen­lesen penjaja dan perniagaan kecil · dikeluarkan kepada bukan bumiputera berbanding dengan 30% bagi bumiputera, manakala di Majlis Perbandaran Pulau Pinang kira-kira 80% dikeluarkan kepada bukan bumiputera. Di Majlis Perbandaran Johor Bahru, Kuantan dan daerah Gombak pula masing-masing 84%, 70% dan 60% telah dikeluarkan kepada bukan bumiputera.

(ix) Berhubung dengan cadangan penubuhan satu forum perundingan berbagai kaum, Kerajaan sedang giat menimbangkan perkara ini. Kerajaan akan berusaha seberapa boleh untuk memberi bantuan kepada badan ini bagi menentukan ia berjalan dengan lancar.

Tuan Ng Peng Hay: Minta pen­jelasan.

Datuk Kasitah bin Gaddam: Boleh.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, penjelasan. Menurut jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang apa yang telah kami timbulkan berkenaan dengan asas-asas dan definasi-definasi yang digunakan dalam pengiraan data dan statistik Dasar Ekonomi Baru, saya hari ini dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Apa yang kami mahu ialah cuma minta pihak Kerajaan macam mana cara memperolehi data-data dan statistik­statistik seperti yang disebutkan tadi, kerana ada pihak yang mana berasa, kami in gin . tabu cara memperolehi statistik dan data ini. Jadi, kalau boleh buat satu penjelasan dan mengadakan satu Jawatankuasa ataupun satu forum di mana Kerajaan kemukakan cara­cara untuk mengadakan data-data dan statistik dalam pelaksanaan DEB.

Datuk Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya terangkan tadi Kerajaan akan membentangkan mengenai pencapaian Dasar Ekonomi Baru ini dalam Dewan 101 nanti. Saya berharap Yang Berhormat akan mengambil bahagian (Tepuk).

(x) Kerajaan telah mengumum­kan program penswastaan akan diteruskan dengan mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia termasuk bumiputera. Dalam keadaan di mana kaum bumiputera belum bersedia untuk menyertai program penswastaan 1m, saluran­saluran biasa akan digunakan untuk menjaga kepentingan bumiputera.

Berhubung dengan dasar selepas 1990, seperti Ahli-ahli Yang

Page 43: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4025 12 DISEMBER 1988 4026

Berhormat sedia maklum bahawa Kerajaan sedia mempertimbangkan segala cadangan yang dikemukakan. Sukacita juga saya menjelaskan bahawa di peringkat ini, kerja-kerja mengkaji prestasi dasar tersebut sedang giat dijalankan. Dari segi falsafahnya. pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat akan terus merupakan teras utama bagi dasar baru selepas 1990. lni adalah kerana masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dijangka akan terus wujud dan sekiranya masalah ini dapat diselesaikan maka perpaduan antara kaum akan dapat dipertahankan.

Berhubung dengan teguran Yang Berhormat Senator Haji Hamid Araby bin Md. Salih bahawa keg~galan Dasar Ekonomi Baru disebabkan sifat angkuh, suka marah dan sombong pegawai-pegawai Kerajaan kepada peniaga-peniaga bumiputera. Saya berpendapat perkara tersebut bukanlah satu gejala yang meluas. Tidak dapat dinafikan dalam berurusan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan, peniaga-peniaga kadang­kala terpaksa berdepan dengan kakitangan yang tidak memberi perhatian sewajarnya kepada masalah­masalah yang dibawa. Sebenarnya hal ini melibatkan perhubungan dua hala dan dalam perkhidmatan awam terdapat peraturan-peraturan serta kaedah-kaedah yang perlu dipatuhi dalam menguruskan sesuatu perkara seperti pendaftaran atau pengeluaran lesen bagi mengelakkan penyelewengan. Proses ini kadangkala melambatkan pengeluaran atau pemberian sesuatu kemudahan yang selanjutnya menimbulkan kesulitan kepada peniaga-peniaga bumiputera. Dalam hal ini kerjasama antara dua pihak adalah perlu untuk mewujudkan suasana yang harmoni.

Ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang perkara ini melalui penyeliaan

dan pengawasan terhadap kakitangan yang ada hubungan dengan orang­orang awam. Sekiranya terdapat di kalangan perkhidmatan awam yang melakukan tindakan yang serong, maka kes-kes seperti ini menjadi tanggungjawab bagi orang ramai untuk membawa ke pengetahuan Kerajaan seperti Biro Pengaduan Awam dan sebagainya.

Yang Berhormat Senator Mustafa Awang telah menyentuh mengenai Jabatan Perpaduan Negara, Negeri · Terengganu, di mana majlis-majlis anjurannya hanya dihadiri oleh orang Melayu sahaja. Ingin saya maklumkan bahawa dalam semua program penggalakan perpaduan yang dirancang serta dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara, termasuklah Jabatan Perpaduan di peringkat negeri, asas penyertaan adalah dari rakyat berbilang kaum dan bukannya ditumpukan kepada sesuatu kaum sahaja.

Namun begitu, keadaan demografi ataupun taburan penduduk-penduduk di negara ini adalah sebegitu rupa sehingga kadangkala terdapat hampir 100% hadirin dari sesuatu kaum sahaja, termasuklah di Negeri Terengganu. Dengan demikian, tidak dapat dielakkan bahawa dalam sesuatu perjumpaan itu, walaupun diaturkan untuk penyertaan berbagai kaum, peserta-peserta dari keturunan yang lain tidak kelihatan sangat lantaran ramainya peserta-peserta dari penduduk yang terdiri dari orang Melayu. Keadaan yang sebaliknya pula berlaku di tempat-tempat lain yang mana hadirin dari keturunan Melayu menjadi kumpulan minoriti. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti-aktiviti yang dihadiri oleh majoriti rakyat satu keturunan sahaja, namun mesej untuk memupuk perpaduan dapat jua disampaikan basil dari pergaulan dan interaksi muhibah antara pihak majoriti kecil derigan kumpulan dominan itu.

Page 44: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4027 12 DISEMBER 1988 4028

Yang Berhormat Senator Sivalingam menyatakan bahawa perpaduan dalam kumpulan perkauman tidak semestinya meru:pakan perpaduan nasional. Katanya, perpaduan nasional mungkin akan dicapai sekiranya pemimpin-pemimpin kaum dapat menyatupadukan semua kaum yang berasingan. Beliau menyarankan bahawa perpaduan nasional akan hanya tercapai sekiranya langkah­langkah diambil untuk memperjuangkan perpaduan nasional yang bukan berdasarkan kepada kaum.

Ingin saya nyatakan bahawa usaha memupuk perpaduan nasional adalah berdasarkan kepada realiti keadaan di mana kita mempunyai parti-parti politik yang berlainan yang mirip kepada kaum masing-masing. Sebarang usaha untuk menyatu­padukan rakyat dalam sesuatu kaum itu sendiri tidak akan menjejas perpaduan nasional selagi ada semangat kerjasama dan perse­fahaman antara wakil-wakil kaum di dalam sesuatu organisasi politik.

Mengenai pendapat Yang Berhormat Senator Azman Atar Othman yang mengatakan bahawa Jabatan Perpaduan Negara tidak memainkan peranannya secara berkesan bagi menyatupadukan rakyat, saya tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Usaha telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan untuk memupuk perpaduan rakyat. Memang tidak dinafikan terdapat perselisihan faham serta unsur-unsur perkauman dalam keadaan tertentu tetapi ianya tidak menjejaskan pembangunan negara.

Yang Berhormat Senator Habidah Jusoh mengesyorkan supaya elaun Skim Khidmat Sambilan (SKS) dinaikkan bagi membolehkan peserta­peserta menikmati faedah kenaikan gaji seperti kakitangan Kerajaan yang lain. Kerajaan tidak bercadang untuk

menaikkan elaun bulanan siswazah­siswazah Skim Khidmat Sambilan yang diterima sebanyak $400 sebulan, seperti kenaikan yang dinikmati oleh pegawai dalam kumpulan A, B dan C. Ini kerana siswazah-siswazah berkenaan merupakan pegawai atau kakitangan Kerajaan sambilan. Perkhidmatan mereka ini hanyalah merupakan satu program latihan sahaja bagi membolehkan mereka mendapatkan pengalaman bekerja. Dengan pengalaman yang diperolehi itu, maka bolehlah mereka memohon pekerjaan tetap sama ada di sektor awam atau sektor swasta ataupun untuk bekerja sendiri.

Yang Berhormat Senator Rajoo telah membangkitkan mengenai isu pelarasan gaji Kumpulan D. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidaklah bercadang membuat pelarasan baru bagi kumpulan ini sungguhpun semenjak tarikh itu lndeks Harga Pengguna telah meningkat sedikit. Ini adalah kerana pelarasan gaji bukanlah dibuat semata-mata berdasarkan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna tetapi yang paling penting ialah kemampuan kewangan Kerajaan. Disebabkan kepada kemampuan kewangan Kerajaan inilah juga Kerajaan tidak dapat memberi pelarasan gaji kepada Kumpulan A, B dan C dengan mengkebelakangan tarikh kuatkuasanya kepada awal tahun ini.

Yang Berhormat Senator Wong Kie Yik mencadangkan agar keutamaan diberi kepada anak negeri Sarawak mengisi jawatan Persekutuan yang kosong di negeri tersebut. Di sini ingin saya jelaskan bahawa pengisian jawatan-jawatan kosong dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan dan iklan akan dibuat mengenai kekosongan jawatan tersebut. Kelayakan mereka adalah berdasarkan kepada merit dan kelulusan calon-calon. Mengenai pengisian jawatan kosong oleh

Page 45: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4029 12 DISEMBER 1988 4030

pegawai-pegawai Semenanjung, ini adalah satu langkah untuk mencapai matlamat integrasi nasional.

Yang Berhormat Senator Mazidah binti Zakaria telah membangkitkan mengenai penggunaan bilik-bilik di blok Menara Parlimen dan juga Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin telah juga bertanya mengenai perkara ini sebentar tadi. Penggunaan bilik­bilik di blok Menara Parlimen sudahpun siap diubahsuaikan. Akan tetapi oleh kerana persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan serentak pada minggu yang pertama, maka bilik-bilik telah diperuntukkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat pada minggu tersebut. Oleh kerana sekarang ini persidangan Dewan Rakyat telahpun tamat maka Yang Berhormat bolehlah menggunakan bilik tersebut. Yang Berhormat bolehlah mendapat kunci bilik daripada pentadbiran Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat nombor bilik Yang Berhormat Senator Mazidah ialah 1108. (Ketawa)

Mengenai persidangan serentak Dewan Negara dan Dewan Rakyat kami bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat yang mengatakan persidangan serentak ini membebankan kakitangan Parlimen yang terlibat. Malah Menteri, Timoatan Menterl dan Setiausaha Parlimen yang menjawab soalan­soalan juga tidak begitu senang dengan keadaan ini kerana terpaksa berlari-lari di antara kedua-dua Dewan ini. Mengenai dengan cadangan 101 untuk membahagi­bahagikan kakitangan Parlimen kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat adalah tidak dapat dipraktikkan. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menambahkan kakitangan boleh ditimbangkan oleh Jawatankuasa Penasihat Perkhid­matan Parlimen.

Di dalam membahaskan Be­lanjawan ini juga ramai Ahli Yang Berhormat menyentuh mengenai kegiatan kumpulan dakwah yang menyeleweng dan langkah-langkah untuk mengawalnya. Suka saya menjawab persoalan 101 secara keseluruhan. Untuk makluman Ahli­ahli Yang Berhormat, pengawalan kegiatan dakwah dan menyebarkan ajaran Islam adalah diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di tiap-tiap negeri dan kuasa mengenai ini adalah diberi kepada Majlis Agama Islam Negeri. Kerajaan Pusat melalui Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri adalah dari semasa ke semasa menyelaras tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan secara bersepadu oleh tiap-tiap Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri. Di samping itu, telah ada sebuah badan yang bernama Y ayasan Dakwah lslamiah Malaysia yang antara fungsi utamanya ialah menyelaras dan memberi bimbingan kepada badan-badan dakwah yang terdapat di negara ini. Yayasan ini adalah mendapat bantuan kewangan Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajidi bin Dato' Haji Ishak telah mengesyorkan supaya dipinda Perlembagaan Malaysia mengenai kuasa agama yang pada masa ini terletak di tangan Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memperkemas dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.

Syor Yang Berhormat itu adalah menyentuh hak dan kedaulatan Raja­raja Melayu sebagai Ketua Agama di negeri masing-masing. Majlis Raja­raja dalam tahun 1968 telah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dengan tujuan utama untuk mewujudkan penyelarasan yang berkesan dalam pentadbiran dan keseragaman undang-undang dan peraturan berkait

Page 46: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4031 12 DISEMBER 1988 4032

dengan pentadbiran hal ehwal Islam di seluruh negara. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri adalah menjadi urusetia kepada Majlis ini. Setakat ini banyak kemajuan telah dicapai sama ada dari segi keseragaman undang-undang dan peraturan dan juga penyelarasan dalam pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan itu. Usaha-usaha akan terus dibuat sehingga mencapai matlamat bahawa walaupun pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini dikendalikan oleh pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri, tetapi pendekatan secara bersepadu dan

· penyelarasan yang berkesan di peringkat perancangan dan di peringkat pelaksanaan menjadikan pentadbiran itu seolah-olah dilaksanakan oleh sebuah agensi sahaja.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Maasom telah menyoal mengapa Kerajaan tidak berterus terang memberitahu tentang tarikat yang menyeleweng. Di sini ingin saya maklumkan bahawa nama-nama tarikat yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai menyeleweng dari syariah adalah seperti diumumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Malah buku-buku juga dikeluarkan yang menerangkan aspek-aspek dalam ajaran dan amalan tarikat yang didapati tidak betul atau meriyeleweng. Guru-guru dan pengikut kanan tiap-tiap tarikat yang didapati menyeleweng itu dipanggil bermuzakarah oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum pengumuman dibuat kepada orang ramai mengenai pengharaman tarikat terse but.

Yang Berhormat juga men­cadangkan supaya Kerajaan menghidupkan semula pendidikan agama Islam secara sistem pondok. Sistem pendidikan agama Islam yang

sedang berjalan sekarang 1adalah lebih baik dari sistem pondofc, malah ia telah melahirkan ulama-ulama yang benar-benar berwibawa. Sistem mempelajari agama dengan menadah kitab-kitab di hadapan guru adalah juga berjalan sekarang di masjid­masjid dan di surau-surau.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom juga membangkitkan tentang laporan akhbar yang mengatakan dua orang Ketua Setiausaha Kementerian meletakkan jawatan kerana siasatan Biro Pencegah Rasuah (BPR) dan fail mereka ditutup. Di samping itu BPR hanya mengambil tindakan ke atas mereka yang berpangkat rendah dan bukan dari kalangan mereka yang berpangkat tinggi.

Terlebih dahulu ingin saya menegaskan di sini bahawa BPR tidak akan bertolak ansur -dengan mereka yang melakukan rasuah dan akan bertindak mengikut undang-undang tanpa mengira pangkat atau darjat seseorang itu. Sekiranya basil siasatan mempunyai cukup keterangan jenayah atau bukti mengikut undang-undang yang ada, maka tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka yang terlibat dan akan didakwa di Mahkamah. Sehubungan dengan ini, walaupun seseorang itu telah bersara atau meninggalkan perkhidmatan Kerajaan, sekiranya cukup bukti terhadapnya, orang-orang berkenaan tidak .boleh lari daripada diambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Sebaliknya, jika jelas selepas siasatan didapati tidak cukup bukti atau keterangan jenayah untuk disabitkan dengan kesalahan rasuah yang dilakukan, maka kita tidak boleh mendakwa seseorang itu. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat berlakunya perlanggaran tatatertib dan tatakelakuan yang bercanggah dengan mana-mana peraturan Kerajaan, seseorang

Page 47: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4033 12 DISEMBER 1988 4034

pegawai Kerajaan itu boleh diambil tindakan tatatertib.

Adalah benar bahawa dua orang Ketua Setiausaha Kementerian seperti mana yang dilaporkan oleh pihak akhbar telah meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tetapi ungkapan ini telah disalahtafsirkan oleh pihak tertentu. Lazimnya laporan-laporan seumpama ini dijadikan berita yang sensasi serta diperbesar-besarkan hingga menimbulkan pelbagai kekeliruan kepada orang ramai.

Sesebuah fail siasatan akan dibuka apabila BPR menerima maklumat atau aduan dan fail tersebut akan ditutup tanpa diambil tindakan lanjut sekiranya hasil siasatan mendapati tidak ada bukti-bukti yang saheh tentang rasuah mengikut peruntukan undang-undang. Di dalam konteks ini kita perlu juga berlaku adil terhadap pihak yang disiasat yang mana kita tidak boleh menghukum seseorang itu sekiranya tidak ada bukti ataupun tidak cukup bukti.

Namun demikian, walaupun sesebuah fail siasatan telah ditutup tetapi sekiranya Badan ini menerima maklumat lanjut tentang perlakuan rasuah itu, maka fail berkenaan akan dibuka semula supaya siasatan terhadap orang yang sama dapat dijalankan kembali.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom telah menegur mengenai adanya saluran khas mengundi bagi VIP. Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada cadangan untuk mengadakan saluran khas bagi memudahkan orang kenamaan membuang undi. Apa yang ada sekarang ialah tiap-tiap saluran mempunyai dua barisan iaitu satu barisan untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki. Suruhanjaya percaya bahawa orang yang kononnya menelefon Yang Berhormat yang

berkenaan untuk mengadakan satu saluran khas bagi orang kenamaan bukanlah pegawai-pegawai dari Pejabat Pilihanraya kerana setakat hari ini Suruhanjaya Pilihanraya tidak pernah rnengeluarkan araban supaya saluran seurnpama itu diadakan.

Mengenai perang poster ketika pilihanraya, ianya ada kaitan dengan larangan tidak mernbenarkan rapat umum dan kempen secara terbuka. Oleh itu sebagai alternatif, perang poster ialah cara jalan paling sesuai untuk memperkenalkan calon-calon yang bertanding. Setakat hari ini Suruhanjaya tidak bercadang untuk mengadakan peraturan bagi rnengawal· jumlah poster dalam satu-satu pilihanraya. Jika peraturan diadakan maka Suruhanjaya akan menghadapi masalah untuk menguatkuasannya seperti siapakah yang akan rnengelilingi satu-satu kawasan untuk mengira bilangan poster dan siapa pula yang akan didakwa kalau terdapat poster yang melebihi jumlah yang dibenarkan.

Mengenai kurangnya warganegara terutama dari golongan belia yang mendaftar sebagai pernilih adalah disebabkan oleh kurang kesedaran akan perlunya pendaftaran tersebut dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan seterusnya menggunakan hak sebagai warganegara. Dalam hal ini semua pihak, termasuk parti politik di peringkat daerah dan tempatan hendaklah rnemainkan peranan menggalakkan semua warganegara yang berkelayakan, terutama di kalangan belia supaya rnendaftar sebagai pemilih.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan serta syor-syor rnenyentuh -perkara­perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, di mana

Page 48: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4035 12 DISEMBER 1988 4036

saya tidak dapat menjawab atau menyentuhnya dengan menyebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkannya dalam per­bahasan, saya mohon maaf.

Walaupun begitu, perkara-perkara yang ditimbulkan itu telah dicatat dan akan diberi perhatian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menjawab. Kalau tidak ada, dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan.

4.08 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan­pandangan, teguran-teguran dan syor­syor mengenai perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan di sepanjang perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan, 1988 di Dewan yang mulia ini.

Sukacitalah saya memberikan jaminan bahawa segala pandangan, teguran dan syor-syor itu akan diberikan perhatian yang sewajarnya oleh Kementerian Pengangkutan. Walau bagaimanapun, izinkan saya memberikan ulasan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Mustafa Awang telah menyentuh perkara mengenai kemudahan-kemudahan jeti di pulau-pulau di sekitar negara ini. Untuk makluman Dewan ini dan Ahli­ahli Yang Berhormat, Kementerian

Pengangkutan sedar bahawa kemudahan-kemudahan jeti di beberapa pulau di semenanjung Malaysia adalah kurang memuaskan.

Satu kajian telah pun dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 1985-1986 di mana kekurangan dan keselamatan jeti-jeti di seluruh Semenanjung telah pun dikenalpasti.

Sebanyak 211 jeti telah diperiksa dan adalah didapati bahawa 29 buah jeti perlu dirobohkan dan lebih kurang 135 jeti perlu dibaiki semula. Adalah dianggarkan bahawa usaha membaiki dan membina semula semua jeti-jeti tersebut akan memerlukan satu perbelanjaan yang besar dan memakan masa yang lama. Oleh kerana itu, Kementerian Peng­angkutan telah ' pun me­rancangkan bagi mengadakan satu program untuk meningkatkan keselamatan dan ke~udahan jeti-jeti di seluruh Semenanjung secara berperingkat. Pada masa ini jeti-jeti yang sedang dibina ialah di Pulau Pangkur, Lumut dan Kuah, Langkawi. Kerja-kerja pembinaan akan juga dimulakan di Kuala Perlis, Tanjong Berlumpur dan Pulau Tioman iaitu di Tekek dan Mukut pada tahun 1989.

Selain daripada kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan, beberapa jeti lain akan dibina atau dibaiki secara berperingkat setelah mendapat peruntukan dan kelulusan daripada Kerajaan. Kementerian Pengangkutan telahpun mengenal pasti 50 buah jeti yang perlu dibina atau dibaiki semula secara priority, dengan izin. Dan dalam aspek ini juga Kementerian Pengangkutan mempunyai koordinasi dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dari segi menentukan keselamatan jeti-jeti di destinasi pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, Keraj&an belum lagi memastikan jumlah

Page 49: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4037 12 DISEMBER 1988 4038

peruntukan keseluruhannya bagi jeti­jeti yang perlu dibaiki, yang diroboh dan sebagainya. Perkara ini akan diselaraskan dengan kajian semula Rancangan Malaysia Kelima yang akan dipertimbangkan oleh Kerajaan tidak lama lagi. Jeti-jeti seperti yang telah disenaraikan adalah diberi keutamaan. Saya sebutkan di sini iaitu sebanyak 16 yang akan menelan belanja $7.5 jut a iaitu menggantikan jeti-jeti lama dengan jeti baru ialah:

(i) Jeti Gelugur, Pulau Pinang;

(ii) Jeti Shahbandar Johor Bharu;

(iii) Jeti Damar Laut, Perak;

(iv) Jeti Kukup, Johor.

Jeti-jeti yang perlu dibaiki:

(i) Jeti Pelabuhan Kelang;

(ii) Jeti Kuala Kedah;

(iii) Jeti Mersing, Johor;

(iv) Jeti Kuala Terengganu;

(v) Jeti Shahbandar Melaka;

(vi) Jeti Tanjung Puteri, Johor;

(vii) Jeti Tanjung Pengalih, Johor;

(viii) Jeti Tanjung Surat, Johor;

(ix) Jeti Bagan Datoh, Perak;

(x) Jeti Hutan Melintang, Perak;

(xi) Jeti Kongkong, Johor; dan

(xii) Jeti baru Batu Pahat.

Itulah yang disenaraikan sebagai priority yang utama.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Haji Maasom telah menyentuh mengenai had laju sebenarnya. Kalau diperhatikan bahawa dalam dekad yang lalu ini bahawa beberapa lebuhraya yang bertaraf tinggi telah dapat dibina dan ini telah menyu~bang kepada proses pembangunan negara kita khasnya dari segi pembangunan ekonomi dengan adanya pengangkutan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, kadar kemalangan tinggi di negara ini masih

merupakan masalah yang amat membimbangkan. Dalam tahun 1987, sebanyak 76,882 kemalangan jalanraya telah dilaporkan di seluruh Malaysia termasuk iaitu 2,240 kematian dan 9,227 kecederaan.

Kelajuan tinggi adalah faktor utama dalarn menentukan ketenatan sesuatu pelanggaran. Di samping itu seseorang pemandu akan menghadapi kesukaran untuk mengelakkan ke­malangan disebabkan jarak yang lebi'h jauh diperlukan bagi memberhenti­kan kenderaan sekiranya kelajuan di peringkat yang tinggi. Ada­lab juga diketahui bahawa bagi kelajuan 100 k.s.j. bagi jalanraya yang kering, kenderaan tidak akan dapat berhenti di dalam jarak kurang daripada 100 meter.

Satu faktor lagi yang perlu diambil perhatian ialah jarak yang dijalani sebelum pemandu dapat bertindak balas kepada keadaan kecemasan. Semua faktor ini sekiranya tidak terkawal dalam masa yang tertentu akan mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada pemandu sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Mengikut perangkaan dalam tahun 1987 dari jumlah 76,882 kemalangan sebanyak 48.76% berlaku di kawasan bandar dan 51.23% lagi di kawasan perkampungan dan kawasan yang belum maju. Ini menunjukkan satu bahagian besar kemalangan berlaku di kawasan luar bandar termasuklah di lebuhraya. Perangkaan keselu­ruhannya juga menunjukkan sebanyak 60.29% kemalangan berlaku di jalan­jalan yang lurus dan saya mengagak ianya juga melibatkan lebuhraya yang kebanyakannya lurus.

Pengalaman negara-negara lain telah menunjukkan bahawa had laju jalan yang direndahkan adalah merupakan cara yang berkesan sekali dalam usaha mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan akibat

Page 50: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4039 12 DISEMBER 1988 4040

kemalangan jalanraya. Oleh yang demikian, didapati kebanyakan negara-negara asing yang mengenakan had lajunya ke atas jalanrayanya yang rendah ternyata angka-angka kemalangannya kurang. Saya rasa elok saya berikan perbandingan had-had laju beberapa negara untuk pengetahuan kita bersama:

Had laju di Express way

Amerika Syarikat 90 k.s.j. England 112 k.s.j. Belanda 120 k.s.j. Jepun .. · 80 k.s.j. Scandinavia 100 k.s.j. Malaysia 110 k.s.j.

Kalau hendak laju lagi saya rasa itu kita sahaja-sahaja hendak bunuh dirilah.

Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah dikuatkuasakan pada 1-1-1988 kadar kompaun bagi kesalahan lalulintas telah diting­katkan. Ini semata-mata bertujuan untuk menghukum pihak pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan lalulintas seperti memandu terlalu laju, hendak cepat kata Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom kerana ada urusan tender katanya. Jadi, rasa saya lebih eloklah kita mengikuti had laju supaya tidak berlaku kemalangan dan dapat juga sampai ke tempat yang hendak dituju daripada kita bertempur dengan satu kemalangan dan •tidak sampai langsung ke destinasi kita.

Apa yang dilakukan iaitu dengan menaikkan kompaun dengan denda­denda yang lain-lain itu dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah dengan harapan pihak pesalah ini dapat menukar tabiatnya iaitu mendisiplinkan diri dan bertanggung­jawab di jalanraya.

Tindakan penguatkuasaan atas kesalahan memandu terlalu laju seharusnya ditingkatkan agar

jalanraya kita tidak menjadi tempat yang membunuh orang bahkan ianya menjadi tempat yang selamat; dan dengan kesedaran bahawa usaha mengawal had laju akan menyelamatkan nyawa Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menggubal peraturan menetapkan had laju nasional bagi negara kita.

Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh telah menyebut mengenai perkara pembelian relbas yang dibangkitkan iaitu pembelian 10 buah relbas dari­pada syarikat Gansnavark di Hungary dengan harga $15 juta. Relbas ini ialah untuk digunakan bagi perkhidmatan Kulai-Singapura-Kulai seperti yang telah dilancarkan pada 27hb Ogos tahun ini oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Bagi perkhidmatan Kuala Lumpur-Ipoh­Kuala Lumpur yang telah dilancarkan pada - 29-9-1988. Perkhidmatan Butterworth-Ipoh-Butterworth yang dilancarkan pada 26-10-1988 dan perkhidmatan Gem as-Mentakab­Gemas yang baru dilancarkan pada 9-12-1988.

Mengenai kes orang digilis keretapi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Kementerian sedar kes semacam ini masih berlaku. Tetapi kalau mereka memang sengaja tempah hendak bunuh diri manalah kita tabu. Tidak dapatlah kita menghalangnya dan tadi pun telah kita perkatakan mengenai masalah orang­orang yang digilis keretapi ini dan kita sentiasalah mengingatkan mereka seperti yang telah saya sebutkan dalam jawapan Soal Jawab Mulut tadi.

Mengenai perkara keselesaan di koc Kelas Satu KTM seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim mengenai suhu penghawa dingin, ianya boleh diubahsuai di dalam koc Kelas Satu oleh guard KTM. Dan masalahnya

Page 51: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4041 12 DISEMBER 1988 4042

cuma ialah suhu yang sesuai untuk semua penumpang itu tidaklah semestinya sama. Jadi kalau tiap-tiap orang hendak suhu untuk kesesuaian dirinya sendiri tidak bolehlah tetapi kalaulah dirasakan terlalu sejuk bolehlah minta diturunkan sedikit.

Tempat-tempat duduk dalam koc Kelas Satu KTM adalah serupa dengan tempat duduk di dalam kapalterbang. Jadi sukarlah kita hendak menentukan keselesaan itu kerana ianya adalah satu perkara yang subjektif.

Mengenai keadaan di stesen besar KTM di Kuala Lumpur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini pengubahsuaian stesen besar dilaksanakan dengan matlamat supaya ianya boleh menampung kehendak jangka panjang.

Memang benar sebahagian stesen besar KTM iaitu menyambung ke Dayabumi tidak digunakan pada masa sekarang tetapi bahagian stesen ini dikunci setiap masa seorang jaga bertugas pada waktu malam untuk mempastikan anasir-anasir yang tidak diingini tidak boleh masuk.

Beberapa orang Ahli Yang Ber­hormat telah menyentuh mengenai perkhidmatan udara MAS dan ada juga yang menyentuh mengenai Jahatan Penerhangan Awam. iaitu Senator Wong.Kie Yik. Senator Tiong Hiew King. Senator Pandikar Amin bin Haji Mulia. Senator Stephen Timothy Wan Ullok dan Senator Dr Nawawi Mat A win. Mengenai perkara berkaitan dengan penerhangan diantara Semenanjung Malaysia dan Singapura ke Sabah dan Sarawak yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang herkenaan itu. sava sukalah menvatakan bahawa Kerajaan telah menyiasat dan meneliti masalah-masalah yang dibangkitkan itu. Berkaitan dengan 1111 Yang Berhormat Menteri Pengangkutan

sendiri telah pun membuat pen­gumuman baru-baru 1111 bahawa Kerajaan telah pun mengambil keputusan tertentu untuk menvelesaikan masalah ini. Kerajaan telah pun mengambil langkah mengarahkan MAS mengadakan penamhahan penerbangan serta peningkatan kapasiti hagi perkhidmatan-perkhidmatan ke Sahah dan Sarawak.

Sebenarnya langkah ini telah pun diamhil semenjak heberapa bulan yang lalu herikutan pihak MAS telah pun menambahkan jumlah penerbangannya semenjak bulan November I 9HH. Penambahan penerbangan 1111 akan terus dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan. Pihak Kerajaan seterusnya akan mengawasi prestasi perkhidmatan-perkhidmatan MAS dcngan adanya perkhidmatan tambah~m itu dan jika perlu langkah­langkah lain akan diambil jika didapati masalah kekurangan penerbangan a tau kekurangan kapasiti timbul selepas tempoh enam bulan daripada awal tahun hadapan. Dengan langkah­langkah yang telah diambil bersama MAS itu Kerajaan berpendapat bahawa cadangan supaya syarikat penerbangan asing dibenar m~ng­adakan perkhidmatan ke Sabah dan Sarawak tidak ~ajar dibangkitkan ketika · ini. Keputusan Kerajaan ini diambil berasaskan bahawa masalah kekurangan penerbangan dan kapasiti yang timbul itu adalah khususnya mengenai penerbangan-penerbangan dalam negeri di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Dengan demikian seharusnya perkara ini perlulah diselesaikan tanpa penglibatan pihak asing.

Mengenai soal menurunkan tambang penerbangan di antara Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak. saya sukalah menyatakan bahawa pacta masa ini ada berbagai­bagai jenis tambang. dengan izin. promotional fare. yang memberikan

Page 52: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

II

4043 12 DISEMBER 1988 4044

diskaun di an tara I 0% hingga 5Wk daripada tambang biasa. Tambang­tambang ini diadakan khas untuk kcpcrlu:m perjalanan bagi kategori pcnumpang termasuk juga tujuan pelancongan.

Mcngenai perkara penerbangan­pcncrbangan tambahan bagi MAS kc London yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dr Nawawi Mat Awin, ingin sava memaklumkan bahawa us~tha-us;iha masih diteruskan oleh pihak Kerajaan untuk merundingkan perkara ini dengan pihak Kerajaan British bagi mencapai persetujuan dengan seberapa segera. Mengenai kehilangan traffic Malaysia, dengan izin, melalui six freedoming dari negara-negara lain seperti Singapura, ingin saya memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan MAS sentiasa mengawasi perkara ini dan sekiranya perlu akan mengambil langkah-langkah demi menentukan perkhidmatan-perkhidmatan MAS adalah tidak terjejas.

Mengenai lapanganterbang Sibu yang baru yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Wong Kie Yik, ingin saya memaklumkan bahawa kerja­kerja rekabentuk bagi civil works, dengan izin, telah pun disiapkan. Kerja-kerja civil works di tapak dijadualkan akan dapat dimulakan pada awal tahun 1989. Pada keseluruhannya projek ini adalah dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perlaksanaan civil works. Lapanganterbang ini apabila siap dibina kelak akan dapat menampung operasi pesawat Boeing 737 pada waktu siang dan malam. Selain daripada lapanganterbang baru Sibu, projek-projek lain di Sarawak dan Sabah termasuk memperbaiki landasan-landasan kecil juga akan dilaksanakan pada tahun 1989.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Dahalan Haji Embun yang menyentuh mengenai seorang pekerja kiosk, dengan izin, di lapanganterbang

Subang berambut panjang dan berpakaian tidak senonoh, sukacita saya memaklumkan bahawa Jabatan Penerbangan Awam sedang menyiasat tentang perkara ini. Yang Berhormat Senator C. Krishnan juga telah menyentuh mengenai perkara auto beca tiga roda. Mengenai perkara memperkenalkan auto beca tiga roda yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu ingin saya memaklumkan bahawa ianya adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, ianya adalah di baw:ah bidang urusan Kementenan Perusahaan A warn.

Yang Berhormat Senator Haji Dahalan Haji Embun juga ada menyebut mengenai memberi per'hatian kepada aspek kebaikan berhubung dengan pemandu teksi, ini termasuklah bertimbangrasa, jujur dan amanah. Jabatan Pengangkutan jalan telah mengarahkan untuk menekankan aspek-aspek ini dalam mengendalikan ceramah, kursus jangka pendek dan juga di masa pengujian bagi mereka mendapatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam termasuk juga untuk memandu teksi.

Mengenai tempat di mana pemandu-pemandu teksi boleh mengembalikan barang-barang tertinggal, saya rasa Kementerian Pengangkutan tidak perlu menetapkan pula tempatnya. Peraturan kebiasaan yang dibuat sekarang iaitu di mana barang-barang tertinggal di dalam teksi dihantar oleh pemandu ke balai polis yang berhampiran adalah mencukupi. Apa yang penting bagi mereka yang tertinggal barang-barang mereka dalam teksi atau mana-mana kenderaan perkhidmatan awam ialah mem&uat Iaporan di balai polis untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengesan jika ada barang-barang yang tertinggal dalam kenderaan perkhidmatan awam itu yang menyamai barang yang dilaporkan.

Page 53: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4045 12 DISEMBER 1988 4046

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membahaskan Belanjawan yang berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Saya bagi pihak Kementerian mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas segala cadangan, pandangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat itu demi kebaikan dan meningkatkan kemajuan serta prestasi Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk memberi jawapan.

4.27 ptg.

Setiausaha Kementerian Pem-bangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu ingin saya meminta maaf kerana tidak menyedari bahawa Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri telah merangkumi jawapan kepada beberapa Menteri kerana saya masih berada di luar. Say a mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua yang telah memberikan saya untuk memberi jawapan kepada perbahasan yang telah dibuat oleh beberapa Ahli­ahli Yang Berhormat.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan tenma kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara­perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam perbahasan atas dasar-dasar am Belanjawan 1989 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Shb Disember 1988 yang lalu. Saya suka memberi penjelasan di atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai pembangunan

luar bandar termasuklah kemudahan asas, industri kecil, koperasi, MARA, KEMAS, FELCRA serta kampung­kampung baru.

Yang Berhormat Senator Haji Abdul Hamid Haji Latif dan Yang Berhormat Senator Azman Atar telah menyentuh tentang kemudahan infrastruktur di luar bandar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang sedar masih banyak lagi kawasan-kawasan di luar bandar yang memerlukan kemudahan­kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air. Atas hakikat inilah Kerajaan telah menambahkan peruntukan bagi tahun 1988 dan memperuntukkan jumlah yang besar bagi tahun 1989. Namun demikian Kerajaan terpaksa melaksanakan projek-projek kemu­dahan asas ini secara berperingkat­peringkat.

Mengenai agihan peruntukan kepada negeri-negeri bagi program-program kemudahan asas ini, Kerajaan masih menggunakan angkabilangan penduduk luar bandar sebagai asas pengagihan peruntukan pembangunan di luar bandar. Kerajaan akan mengagihkan peruntukan kepada negeri-negeri mengikut pencapaian liputan kemudahan-kemudahan asas di tiap­tiap negeri. Ini bermakna negeri­negeri yang liputan kemudahan asasnya masih rendah akan diberikan peruntukan yang lebih besar daripada negeri yang mencapai liputan kemudahan asas yang tinggi.

Kerajaan juga telah melaksanakan pendekatan "hala cara baru" bagi memodenkan kawasan-kawasan luar ban dar. Di bawah pendekatan ini 3 komponen pembangunan telah diberi tumpuan:

(i) kemajuan pertanian dengan secara pengurusan perlada­ngan di mana kebun-kebun kecil dan bendang-bendang digabungkan;

Page 54: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4047 12 DISEMBER 1988 4048

(ii) pengwujudan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian; dan

(iii) perkelompokan dan penyusunan semula kampung­kampung secara teratur untuk membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru.

Di bawah pendekatan hala cara baru ini Kementerian akan membantu Kerajaan-kerajaan Negeri menye­diakan tapak penempatan semula jika ianya melibatkan penyusunan semula kampung-kampung.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator V. K. Sellappan pula menyentuh tentang pemba­ngunan industri kecil. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan memang sedar tentang peranan dan sumbangan industri kecil dalam pertumbuhan ekonomi negara. Oleh hal yang demikian, Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah memperkemas, mempertingkat, menyelaras dan memajukan industri kecil melalui program-program bercorak "quantitative" yang dilaksanakan oleh Kementerian ini ataupun oleh agensi-agensi yang berkaitan. Program quantitative bertujuan untuk mewujud atau menambahkan bilangan usahawan­usahawan dalam bidang yang kurang atau belum disertai oleh industri kecil, sementera program qualitative pula memberi penekanan aspek-aspek memodenisasi untuk menambah produktiviti dan kualiti barangan industri kecil.

Beberapa program yang meliputi bantuan kewangan, khidmat nasihat, penyelidikan dan pembangunan akan terus dilaksanakan. Di samping itu, Kerajaan juga akan memperkenalkan galakan-galakan khas untuk faedah

industri kecil seperti taraf penntts, potongan cukai dan tender-tender Kerajaan untuk pengusaha-pengusaha kecil.

Bagi mengawasi mesin-mesin yang dibekalkan di bawah bantuan industri kecil, seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator Hajjah Rosnah Mohd. Salleh, Kementerian ini telah pun melantik 12 orang p~nyelia kejuruteraan yang d1tempatkan di tiap-tiap negeri bagi mengawasi mesin-mesin yang telah dibekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator P. Balaram pula meminta Kerajaan agar dapat men:tulih kembali gerakan koperasi. Bag1 menggerakkan kembali perjalanan institusi koperasi m1, Kementerian telah pun membuat araban kepada Jabatan Pembangunan Koperasi supaya memberi perhatian yang serius dalam mengawasi perjalanan koperasi di seluruh negara. Daripada permohonan-permohonan untuk menubuhkan koperasi-koperasi baru menunjukkan orang ramai masih lagi menaruh keyakinan kepada gerakan koperasi di negara ini. Untuk rriakluman Ahli Yang Berhormat, semenjak timbul masalah koperasi pengambilan deposit pacta tahun 1986 sehingga November 1988, sebanyak 398 koperasi baru telah didaftarkan. Di samping itu ada juga permohonan untuk menubuhkan koperasi baru telah ditolak kerana mereka didapati tidak memahami konsep dan falsafah koperasi yang sebenarnya.

Yang Berhormat Senator Douglas Sullang pula menyentuh tentang pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sememangnya bercadang untuk membina sebuah MRSM di Sarawak di mana kerja-kerja mengukur tanah telah pun dijalankan

Page 55: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4049 12 DISEMBER 1988 4050

setelah Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak $5.5 jut a untuk projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hajjah Rosnah Mohd. Salleh juga meminta agar kurikulum pendidikan kelas Tadika diselaraskan. Berhubung dengan perkara 1m, pihak Kementerian sedang berusaha untuk menyelaraskan kurikulum pendidikan tersebut termasuklah bagi kelas Tabika, Tadika dan Taski di seluruh negara berdasarkan kurikulum Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Senator Hassan Nam pula telah meminta Kementerian memberi kelonggaran syarat bagi membolehkan FELCRA memajukan tanah-tanah terbiar Orang Asli yang belum digezetkan lagi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak FELCRA tidak boleh memajukan tanah-tanah terbiar Orang Asli yang belum digezetkan. Ini adalah kerana tanah-tanah terbiar yang belum digezetkan itu masih dianggap sebagai tanah Kerajaan Negeri dan pihak FELCRA mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri sekiranya tanah­tanah tersebut hendak dimajukan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Chai Ho telah menyentuh berbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung baru. Masalah kampung baru telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi saya mengambil kesempatan di sini untuk memberikan tambahan kepada apa yang telah disarankan oleh Senator yang bersangkut-paut dengan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang sedar tentang masalah­masalah itu dan langkah-langkah tertentu sedang dan telah diambil

untuk mengatasinya. Kerajaan sedang berusaha untuk mengeluarkan hakmilik pajakan kepada pemohon­pemohon yang layak sekurang­kurangnya 60 tahun oleh Kerajaan Negeri. Di Selangor Darul Ehsan pula, Kerajaan Negeri telah pun membina taman-taman perumahan di sekitar kampung-kampung baru bagi mengurangkan kesesakan penduduk ini. Di samping itu, Kerajaan juga telah mempelbagaikan kegiatan ekonomi di luar bandar termasuk kampung-kampung baru. Pengusaha­pengusaha kecil di kampung baru juga berpeluang membuat pinjaman melalui Bank Pembangunan Malaysia atau Malaysian Industrial Development Fund (MIDF). Selain dari itu, Kerajaan juga menggalakkan pengusaha , industri kecil secara usahasama (joint-venture) di antara penduduk-penduduk kampung baru dengan kampung tradisional.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar kadar kemiskinan di kampung baru dan dengan adanya Dasar Ekonomi Baru inilah Kerajaan berhasrat untuk membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum di mana peluang-peluang pekerjaan dibuka kepada . semua kaum bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan pembangunan yang diperuntukkan di bawah Kementerian 1m adalah untuk pelaksanaan projek kecil yang berbentuk infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas. Per-untukan 1m adalah bagi menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi pelaksana lain seperati JKR, LLN, JPA, JPT dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam memajukan kampung­kampung baru.

Yang Berhormat Senator Chang Choong Tak pula meminta Kerajaan mendirikan sekolah-sekolah baru di kampung-kampung baru. Untuk

Page 56: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4051 12 DISEMBER 1988 4052

makluman Yang Berhormat, Kerajaan memang sentiasa memberi penekanan kepada taraf pendidikan dan peluang­peluang pendidikan kepada masyarakat luar ban dar. Setakat ini sebanyak 92% daripada kampung­kampung baru sudahpun mempunyai sekolah rendah yang selesa digunakan dan 20% daripada kampung baru juga mempunyai sekolah-sekolah menengah.

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Di atas cadangan, pandangan dan teguran yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih. Kemc:nierian Pembangunan Negara dan Luar Bandar akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan Menteri daripada Kementerian Kerjaraya.

4.38 ptg.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Lubat Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan komen­komen dan cadangan-cadangan ke atas tanggungjawab Kementerian Kerjaraya semasa membahaskan Rang Undang-udang Perbekalan dan Pembangunan 1989. Saya menghargai pendapat-pendapat Ahli Yang Berhormat semua dan dengan ini sukacita saya menjawab komen­komen dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut untuk perhatian dan makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom telah

meminta Menteri Kerjaraya menyatakan kenapa Jambatan Seri Medan di Batu Pahat tidak boleh digunakan walaupun telah siap dibina.

Jambatan tersebut penting untuk murid-murid berulang alik ke sekolah, kata beliau. Beliau juga meminta supaya Jabatan Kerjaraya membaiki jalan Muar - Batu Pahat yang dianggap terlalu teruk pacta hal jalan tersebut merupakan jalan utama menghubungkan dari Kuala Lumpur ke Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Jambatan Sri Aman di Batu Pahat, sukalah saya memaklumkan bahawa projek tersebut adalah projek Kerajaan Negeri Johor. Saya telah difahamkan bahawa pembinaan jam­batao itu walaupun telah siap tetapi jalan yang menghubunginya belum disiapkan kerana masa­lah pengambilan tanah. Walau bagaimanapun, saya telah difahamkan masalah ini telah pun dapat diatasi dan pembinaan jalan tersebut sedang dilaksanakan dan dijangka siap pacta bulan Januari tahun depan. Berkenaan dengan jalan Muar- Batu Pahat, kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh mubin jalan konkrit yang dibuat pacta masa dahulu. Pihak Kementerian Kerjaraya memang sedar masalah ini dan sedang membuat kajian mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Sebagai langkah percubaan sebahagian jalan tersebut sepanjang 1 kilometer akan dibalikpulih menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Sekiranya 101 berjaya keseluruhan jalan yang diperbaikpulih dengan cara tersebut. Buat sementara ini peyelenggaraan biasa sentiasa dilakukan dari masa ke semasa.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Tan Chai Ho meminta Kerajaan mem­bina jalan raya yang menghubungi Sibu-Kanowit Song-Kapit dan Belaga. Beliau menyatakan bahawa

Page 57: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4053 12 DISEMBER 1988 4054

kawasan-kawasan m1 hanya boleh dihubungi oleh sungai-sungai sahaja. Beliau juga meminta Kerajaan supaya mempercepatkan pelaksanaan dan penurapan jalan raya utama negeri Sarawak. Mengenai perhubungan di antara Sibu - Kanowit Song - Kapit dan Belaga, Kerajaan sememangnya sedar bahawa kawasan-kawasan itu hanyalah dapat dihubungi melalui sungai sahaja. Buat masa ini Kerajaan tidak ada cadangan membina jalan yang menghubungi kawasan-kawasan tersebut kerana Kerajaan Persekutuan berpendapat jalan raya utama negeri Sarawak dari Semantan - Miri perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum jalan-jalan masuk boleh dibina dari jalan raya utama tersebut.

Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa Kerajaan negen Sarawak mempunyai cadangan untuk membina sebahagian daripada jalan raya menghubungi kawasan-kawasan tersebut iaitu dari Libong ke Tadak sejauh 18 kilometer. Perkara ini masih lagi di peringkat kajian Sabah, Sarawak Road Transport Review, dengan izin. Laporan akhir mengenai kajian tersebut dijangka siap awal tahun depan. Mengenai jalan raya utama negeri Sarawak yang jaraknya lebih kurang 1,200 kilometer Kerajaan Persektuan sememangnya memberi keutamaan bagi melaksanakan pembinaan jalan raya tersebut. Sudah tentu untuk mengeluarkan perbelanjaan sekali gus bagi menyiapkan jalan raya yang begitu panjang tidak mampu dikeluarkan oleh Kerajaan, tambahan pula dalam beberapa tahun kebelakangan ini keadaan kewangan Kerajaan tidak mengizinkan. Oleh yang demikian, Kerajaan melaksanakan pembinaan jalan raya utama tersebut secara berperingkat -perigkat mengikut keutamaan dan keadaan kewangan Kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan yang

sangat besar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah. Bagi pembinaan jalan raya di Sarawak pada tahun 1988 dan 1989 akan datang, pada tahun 1989 Kerajaan menyediakan

· peruntukan sebanyak $4,155 juta bagi pembinaan jalan-jalan negeri Sarawak berbanding dengan negeri Sabah sebanyak $127 juta. Dengan peruntukan tersebut Kerajaan berharap jalan raya utama negeri Sarawak akan disiapkan dalam beberapa tahun akan datang.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Douglas Sullang anak Ganda, dalam perbahasannya, meminta Kerajaan menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan bagi membina jalan raya utama negeri Sarawak pada tahun 1989 dan beliau juga ingin tabu bilakah bahagian jalan raya utama di Sri Aman-Sibu akan siap. Bagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, peruntukan yang disediakan bagi membina dan menaikkan taraf jalan raya di negeri Sarawak bagi tahun 1989 berjumlah $155 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak $125 juta telah diperuntukkan bagi membina jalan raya utama daripada Semantan­Sempadan Brunei. Berhubung dengan bilakah jalan di Bahagian Sri Aman­Sibu akan siap pembinaannya, sukalah saya memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, bahawa tender bagi kerja­kerja menaikkan taraf telah pun dikeluarkan dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah dalam kerja-kerja bahagian tersebut dijangka siap keseluruhannya dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang. ·

Tuan Yarig di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang dapat saya berikan dan saya sekali lagi ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan minat serta memberi teguran dan pandangan semasa membahaskan

Page 58: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4055 12 DISEMBER 1988 4056

Rang Undang-undang Perbekalan 1989 yang tersebut. Bagi teguran­teguran dan pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat saya jawab, sukalah saya memaklumkan bahawa semua teguran-teguran dan pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dan akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Kerjaraya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Menteri Perusahaan Utama.

4.46 ptg.

Dato' Dr Lim Keng Yaik: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sukalah saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh dan memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang terletak di bawah bidang tugas dan tanggung­jawab Kementerian Perusahaan Utama sepanjang perbahasan atas dasar-dasar am di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai syor Senator Tuan Douglas Sullang dari Sarawak pada 8hb Disember, 1988, Kementerian mengambil makluman atas saranan Yang Berhormat supaya Kementerian Perusahaan Utama meneruskan kerjasama antarabangsa dalam Pertubuhan Lada Antarabangsa (IPC), di mana IPC akan terus mengambil langkah-langkah positif untuk memajukan industri lada hitam, baik dari segi bekalan mahupun permintaan di samping mengadakan program galakan pasaran sambil menjalankan kajian-kajian untuk meningkat dan memperbagaikan penggunaan lada hitam berasaskan makanan mahupun bukan makanan. Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama lada menerusi Pertubuhan Lada

Antarabangsa supaya satu persefahaman terus dikekalkan bagi memperluaskan pasaran lada.

Di samping itu juga Malaysia akan menyertai program-program galakan pasaran bersama yang dianjurkan oleh IPC bagi tujuan meningkatkan penggunaan lada hitam dan mengadakan penyelidikan untuk kegunaan baru lada hitam di peringkat kebangsaan. Jemaah pemasaran lada hitam telah mengambil langkah­langkah yang lebih positif untuk menembusi pasaran baru di Asia Barat di samping mengukuhkan pasaran­pasaran tradisi di Jepun, Eropah Barat dan Amerika Syarikat serta meneroka peluang-peluang pasaran di Eropah Timur. Jemaah pemasaran lada hitam juga mengawal dan mengatur amalan pemasaran dalam negeri supaya memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada para pekebun lada dan menggalakkan eksport lada yang bermutu dan secara terkawal.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dari Sarawak, sebenarnya di peringkat antarabangsa nama lada yang digelar sebagai "black pepper" atau "white pepper", dengan izin, memang telah lama dikenali dan diiktiraf oleh semua pengimport. Ini adalah kerana kedua-dua jenis lada itu mempunyai mutu dan harga yang berbeza memandangkan lada hitam dan lada putih merupakan dua jenis keluaran yang berlainan. Harga lada putih lebih tinggi daripada lada hitam kerana ianya telah menjalani proses yang berlainan. Oleh itu, adalah tidak mungkin pengggunaan nama lada hitam itu secara menyeluruh akan menjejaskan mutu dan harga bahan tersebut. Sebaliknya, pihak industri memang sedar dan sentiasa maklum akan perbezaan mutu di antara lada hitam dan lada putih.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kempen anti kayu tropika yang dibangkitkan oleh Yang

Page 59: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4057 12 DISEMBER 1988 4058

Berhormat Senator Stephen Timothy, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan tidaklah berdiam diri tentang kempen-kempen yang dijalankan itu. Sebaliknya, beberapa usaha menentang kempen-kempen itu telah pun dijalankan, manakala usaha lain telah pun dirancangkan untuk dilaksanakan. Kerajaan Malaysia telah juga mendapatkan kerjasama negara-negara ASEAN untuk menen­tang kempen anti kayu tropika di mana penilaian peringkat Menteri ASEAN akan dihantar untuk berunding dengan negara-negara EEC jika perlu bagi membendung pengaruh kempen anti kayu tropika oleh MGO di Eropah.

Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia telah juga mengemukakan kertas maklumat ke mesyuarat liTO baru-baru ini mengenai usaha-usaha pengurusan dalam pemeliharaan hutan tropika di Malaysia supaya liTO tidak terpengaruh dengan kempen anti kayu tropika. Usaha­usaha menentang yang telah pun dijalankan termasuklah mengeluarkan maklumat-maklumat tepat mengenai pengurusan hutan tropika di Malaysia dalam bentuk risalah-risalah mahupun gambar-gambar dan juga pelaksanaan dasar-dasar pengurusan hutan Malaysia. Di samping itu, Kerajaan juga menghantar pegawai-pegawainya untuk menyertai forum-forum atau seminar antarabangsa mengenai pengurusan hutan dan perlindungan alam sekitar di mana dasar-dasar Kerajaan Malaysia telah dapat dijelaskan kepada masyarakat antarabangsa. Kerajaan akan meneruskan kegiatan-kegiatan seperti ini di samping menjalankan usaha­usaha lain bagi menyibarkan lagi penentangan Malaysia terhadap kempen-kempen anti kayu tropika ini di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan­penjelasan yang telah saya berikan diharap telah menjawab perkara­perkara yang dibangkitkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat dan mana-mana

yang saya tidak jawab, Kementerian Perusahaan Utama akan mengambil perhatian atas pandangan-pandangan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, dan dengan itu, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Menteri Per­tahanan.

4.54 ptg.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj): Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab beberapa pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang Senator yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 1989, khasnya kepada Senator-senator yang telah memberi pandangan dan syor-syor kepada Kementerian Pertahanan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Hamid Araby Haji Md. Salih atas sokongan serta pandangan positif beliau terhadap rancangan Kerajaan untuk membeli peralatan dari negara Britain. Sokongan Yang Berhormat itu memang wajar kerana langkah pembelian alat kelengkapan pertahanan adalah perlu dibuat dalam keadaan negara yang sedang aman ini. Pembelian ini penting untuk meningkatkan lagi keupayaan Angkatan Tentera kita dari kedudukan yang ada sekarang ke suatu tahap yang credible demi mempertahankan kepentingan negara, termasuklah kepentingan strategi dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Rancangan pembelian peralatan pertahanan yang lebih moden adalah selaras dengan konsep pertahanan negara yang berlandaskan kepada dasar berdikari dan strategy deterrent.

Yang Berhormat Senator Hamid Araby juga telah membangkitkan soal

Page 60: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4059 12 DISEMBER 1988 4060

pesawat A4 Skyhawk yang tidak dapat berfungsi lagi serta mengesyorkan supaya TUDM membuat pertimbangan yang tepat semasa pembelian-pembelian pesawat pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, pesawat A4 Skyhawk tidaklah diberhentikan terus perkhidmatannya. Penghentian penerbangannya bukanlah bermakna pesawat tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Pesawat-pesawat tersebut sebenarnya tidak rosak, tetapi hanya terpaksa menjalani pemeriksaan mendalam terhadap enjin dan sistem-sistem yang lain yang berkenaan untuk mempastikan supaya pesawat-pesawat ini benar-benar selamat digunakan. Pemeriksaan ini sedang dibuat oleh AIROD. Hingga kini beberapa sistem enjin telah diperiksa dan beberapa pengubahsuaian telah dicadangkan untuk mempertingkatkan reliability, dengan izin, sistem enjin itu. Keputusan penerbangan akan hanya dibuat selepas pemeriksaan tersebut selesai dibuat.

TUDM telah pun menimbang semasak-masaknya sebelum keputusan untuk mendapat pesawat Skyhawak. Tidak dapat dinafikan Skyhawk ialah sebuah pesawat yang baik untuk peranan-peranan yang dikehendaki seperti serangan di medan peperangan dan serangan jarak dekat. Kerajaan telah mengambil kira dari berbagai aspek sebelum satu-satu jenis pesawat dibeli. Selain dari spesifikasi yang diperlukan, penyesuaian kegunaan serta kemampuan operasi telah diambil kira. Tidak semua pesawat terpakai itu tidak baik dan kemalangan yang berlaku terhadap pesawat A4 TUDM bukanlah bermakna kerana · pesawat terse but terpakai, kerana pesawat pejuang jenis yang termoden juga tidak lepas dari berlakunya kemalangan kerana

kadangkala kemalangan pesawat adalah di luar kawalan manusia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Maasom pula telah membangkitkan soal projek perumahan Angkatan Tentera dan menggesa Kerajaan supaya memberi perhatian yang khusus terhadap perkara 101. Terima kasih atas perhatian Yang Berhormat itu. Sebenarnva masalah kekurangan tempat tinggal untuk anggota tentera memang disedari oleh Kementerian Pertahanan dan masalah ini telah diberi satu keutamaan yang tinggi dalam projek pembangunan Kementerian Pertahanan.

Beberapa rancangan khusus untuk mengatasi masalah perumahan Angkatan Tentera ini sedang dirangka oleh Kementerian Pertahanan. Di antaranya ialah rancangan membina rumah-rumah keluarga di atas tanah kepunyaan Kementerian Pertahanan yang sudah sedia ada, pembelian rumah-rumah dari pemaju-pemaju perumahan swasta, menyewa rumah secaras kelompok oleh Kementerian Pertahanan dan rancangan "turnkey" untuk tahun 1989. Sebagai langkah awal, Kementerian Pertahanan telah diberikan tanggungjawab untuk memajukan sebidang tanah dekat dengan Kementerian Pertahanan iaitu di Hawthornden Estate untuk di­jadikan kawasan perumahan untuk anggota Angkatan Tentera.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, suka saya nyatakan di sini iaitu dalam Rancangan Malaysia Kelima, Kementerian Pertahanan diberikan peruntukan untuk membina atau membeli 5,144 unit rumah. Sehingga ini sebanyak 680 unit rumah sudah siap dibina, 2,500 unit lagi dalam pelbagai peringkat pembinaan dan pelancaran pembinaan, dan yang berbaki lagi akan dimulakan sebelum akhir tahun 1989.

Page 61: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4061 12 DISEMBER 1988 4062

Adalah dijangka menjelang akhir tahun 1990 sebanyak 3,500 unit rumah akan siap dan boleh diduduki sementara 1,644 unit lagi akan siap pada akhir tahun 1991 dan akhir tahun 1992. Di samping itu Kementerian sedang menyewa lebih kurang 2,000 unit rumah untuk menampung keperluan temapat tinggal anggota tentera.

Masalah perumahan m1 telah mendapat perhatian yang serius dari Kerajaan di mana satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Am at Berhormat Perdana Menteri telah pun dibentuk semata­mata untuk mengatasi masalah perumahan ini. Saya percaya dengan terlaksananya rancangan-rancangan yang saya nyatakan tadi, akan dapat mengurangkan masalah kekurangan tempat tinggal yang dihadapi oleh Angkatan Tentera, insya Allah.

Itulah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya, ulasan saya terhadap beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh dua orang Senator ketika membahaskan Rang Undang­undang Perbekalan, 1989.

Sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkit~an oleh Senator-senator lain, saya sukalah mengatakan Kementerian saya akan mengambil perhatian yang berat di atas pandangan-pandangan yang saya tidak jawab dengan khususnya. Atas pandangan-pandangan, cadangan­cadangan serta syor Ahli Yang Berhormat itu akan diberikan pertimbangan serta perhatian yang sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang sampai kepada giliran Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

5.01 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Abdul Ghani bin Othman): Tuan Yang di-Pertua, saya

bangun untuk menjawab bagi pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Dan ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teeguran-teguran yang boleh dijadikan sebagai asas kepada Kementerian ini demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatannya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom telah membangkitkan masalah kesesakan di Pejabat Pos Banting. login saya memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia 1m bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Pos sentiasa mengambil perhatian terhadap aspek pembangunan di dalam perancangan­nya. Di samping meluaskan rangkaian perkhidmatannya di seluruh negara dengan pembinaan Pejabat-pejabat Pos yang baru, Jabatan Perkhidmatan Pos juga merancang dan melaksanakan pembinaan Pejabat Pos bagi menggantikan Pejabat-pejabat Pos yang lama.

Pembinaan Pejabat-pejabat Pos baru atau projek gantian dilaksanakan mengikut susunan keutamaan. Adalah diakui sehingga kini masih terdapat banyak bangunan Pejabat Pos lama terdapat di seluruh negara.

Di dalam hal projek gantian yang tidak dibuat, tumpuan diberikan terhadap kerja-kerja ubahsuai bangunan agar bangunan-bangunan lama sesuai untuk digunakan.

Bangunan Pejabat Pos Banting adalah sebuah bangunan Pejabat Pos yang lama. Di dalam Rancangan Malaysia Keempat pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah mengambil tindakan untuk mendapatkan sebidang tanah seluas .3 hektar bagi membina sebuah Pejabat Pos baru Banting. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat

Page 62: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4063 12 DISEMBER 1988 4064

diteruskan disebabkan harga tanah yang agak tinggi. Bangunan Pejabat Pos yang digunakan sekarang telah menjalani kerja ubahsuai termasuk membuat sambung pendawaian semula serta mengecat semula bagi menjamin kesesuaian serta keselamatan untuk terus digunakan.

Peruntukan kewangan ada disedia­kan bagi menyelenggara serta ubahsuai bangunan-bangunan lama yang memerlukannya dari semasa ke semasa.

Berkenaan dengan kadar sewa bayaran telefon yang tinggi di Bagan, ingin saya jelaskan bahawa sewa talian telefon dikira mengikut jarak jauh kediaman pelanggan dari ibusawat telefon yang berdekatan. Sewa-sewa yang dikenakan untuk talian ibusawat terus ialah:

(i) kadar kediaman. Dalam lengkongan 4 kilometer $204 setahun dan tambahan setiap .5 kilometrer $24 setahun a tau dikira $31 hingga $50 sebulan.

(ii) kadar perniagaan. Dalam lengkongan 4 kilometer $360 setahun dan tambahan setiap .5 kilometer $24 setahun atau dikira $44 hingga $54 setahun.

Sekiranya terdapat pelanggan-pelanggan yang dikenakan sewa sebanyak $80 sebulan, saya akan membuat penyiasatan yang lanjut kalau Yang Berhormat yang ber­kenaan dapat memberi butir-butir tersebut.

Dengan Int, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran dan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan yang tidak dapat dijawab di sini, saya ingin menyatakan bahawa Kementerian saya akan mengambil berat ke atas perkara-perkara tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan

Menteri Perdagangan dan Per­industrian.

5.06 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan yang membina dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1989, khususnya mengenai perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perda­gangan dan Perindustrian. Izin­kan saya memberikan jawapan ke atas beberapa perkara terhadap beberapa perkara tertentu yang telah dibangkitkan.

Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun dan Senator Tiong Hiew King telah menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan industri dan pelaburan.

Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun telah menyentuh mengenai industri simen dan meminta Kerajaan mengkaji semula galakan eksport bahan tersebut kerana terdapat besar kemungkinan simen yang dihantar keluar negeri balik semula ke Malaysia dengan harga jualan yang lebih murah daripada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan di pasaran negara. Menurut beliau harga jualan untuk eksport ialah lebih kurang $4.25 satu bag, manakala harga yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk jualan dalam negeri ialah $9.06 satu bag. Beliau juga menyuarakan kebimbangannya atas harga simen yang tinggi sekarang akan membebankan pengguna dan menyebabkan banyak projek pembangunan terbengkalai.

Mengenai teguran Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun, saya sedar bahawa simen Malaysia

Page 63: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4065 12 DISEMBER 1988 4066

yang dieksport harganya lebih murah daripada harga simen di pasaran tempatan, kerana harga eksport terpaksa dibuat berdasarkan persaingan di pasaran luar yang tertentu. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian tidak mempunyai bukti bahawa simen yang dieksport dari Malaysia diimport semula ke negara ini. Walau bagaimanapun adalah tidak wajar simen yang dieksport itu diimport semula ke negara ini memandangkan duti import ke atas simen adalah tinggi (50% atau $80 setan yang mana lebih tinggi); oleh itu tidak ekonomik untuk mengimport semula simen-simen itu ke Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran simen untuk eksport oleh pengusaha-pengusaha tempatan adalah bertujuan untuk menggunakan lebihan kapisiti kilang mereka dan untuk menjual stok-stok yang berlebihan akibat daripada permintaan dalam negeri yang lembab. Sebenarnya tidak ada galakan-galakan eksport yang khas untuk simen. Galakan-galakan yang dinikmati oleh pengeksport simen juga dinikmati oleh pengeksport keluaran­keluaran lain sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mengenai harga simen di pasaran dalam negeri yang dikatakan membebankan pengguna-pengguna, sebenarnya harganya adalah berpatutan dan stabil semenjak tahun 1981. Bagi projek-projek seperti projek khas rumah kos rendah Kerajaan telah menetapkan penjualan simen bagi projek-projek ini pada harga yang lebih murah daripada harga biasa pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tiong Hiew King telah memberi pandangan bahawa ketegangan politik negara sekarang hendaklah dihindarkan supaya negara

Malaysia menjadi lebih kondusif untuk tarikan pelaburan asing.

Beliau juga menyatakan bahawa pemansuhan AP atas import barang­barang dari Republik Rakyat China merupakan petanda baik dalam perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan . Republik Rakyat China. Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu bagi melonggarkan syarat-syarat terhadap perdagangan dan pelaburan serta memberi kebebasan bagi pengusaha-pengusaha kedua-dua negara bertukar lawatan pada bila-bila masa supaya meningkatkan lagi perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai keadaan politik negara yang dibangkitkan itu, sukalah saya menyatakan bahawa pergolakan politik yang terdapat di negara kita ke belakangan ini tidaklah bermakna yang keadaan politik di Malaysia sekarang tidak stabil. Disebaliknya perkembangan dan pergolakan politik Malaysia sekarang menunjukkan kematangan berpolitik di samping membuktikan bahawa sistem demokrasi adalah hidup dan wujud di n_egara kita.

Kemasukan pelaburan asing ke sesebuah negara itu bukanlah hanya bergantung kepada faktor politik sahaja tetapi juga berdasarkan kepada peluang-peluang pelaburan, polisi pelaburan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan di samping kemudahan infrastruktur, tenaga buruh yang tinggi produktivitinya dan mudah dilatih, sistem birokrasi yang cekap dan cepat, pengurusan ekonomi negara yang baik, suasana hidup yang aman, sikap Kerajaan terhadap pelabur-pelabur asing dan sebagainya. Kesemua faktor-faktor yang positif ini wujud di Malaysia. Buktinya ialah peningkatan jumlah pelaburan asing

Page 64: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4067 12 DISEMBER 1988 4068

antara tahun 1986 hingga Oktober 1988 yang menunjukkan jumlah pelaburan bertambah dari $1.7 billion kepada $4.3 billion.

Adalah jelas bahawa keadaan perkembangan politik negara masa kini tidaklah memberi kesan kepada keyakinan pelabur-pelabur asing untuk memilih Malaysia sebagai pusat pelaburan di rantau ini, kerana mereka memahami keadaan sebenar dan kelebihan-kelebihan yang ter­dapat di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara urusan perdagangan di antara Malaysia dengan RRC, sukalah saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah bagi melonggarkan syarat-syarat- amalan perdagangan dan pelaburan kepada pengusaha-pengusaha dan pedagang­pedagang kedua-dua buah negara untuk tujuan melicin dan memesatkan lagi perdagangan dua-hala Malaysia­Republik Rakyat China. Sebagai contoh, pada 1hb April, 1988 yang lalu, Kerajaan telah pun menandatangani Perjanjian Perda­gangan dengan RRC dan se­tetusnya pada 21hb November, 1988 yang lepas kedua-dua negara telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan. Selain dari perjanjian­perjanjian ini, Kerajaan juga telah menan·datangani perjanjian Avoi­dance of Double Taxation dan Perjanjian Perkapalan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi perdagangan dua-hala Malaysia-RRC.

Pada masa yang sama Kerajaan juga telah melonggarkan syarat-syarat bagi pedagang-pedagang Malaysia dan RRC untuk saling melawat antara satu sama lain. Sebagai contoh, seramai 1,900 pedagang Malaysia telah melawat RRC dalam tahun 1987 dan dalam tempoh Januari hingga Oktober 1988, jumlah ini telah pun meningkat kepada 2,300 pedagang. Bagi lawatan pedagang-pedagang RRC ke Malaysia

dalam tahun 1987 sebanyak 15lawatan telah dilakukan dan jumlah ini telah meningkat kepada 55 lawatan untuk tempoh Januari hingga Oktober 1988. Pada masa-masa lepas Kerajaan hanya membenarkan lawatan rakyat Malaysia ke RRC untuk tempoh maksima selama 6 bulan tetapi mulai 14hb September, 1988 tempoh lawatan ini telah dipanjangkan untuk tempoh satu tahun.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hajjah Rogayah Che Mat telah mencadangkan supaya Kerajaan menumpukan perhatian mengeksport komoditi negara ke negeri China untuk meningkatkan pendapatan negara. Berhubung dengan perkara ini adalah disedari bahawa Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada barangan eksport tradisional, barang-barang komoditi dan pasaran tradisi seperti negara­negara Eropah dan Amerika Syarikat. Justeru itu adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengeksport-pengeksport Malaysia memberi perhatian yang sewajarnya kepada RRC sebagai pasaran untuk barang­barang eksport Malaysia sama ada barang-barang komoditi mahupun barang-barang kilang.

Selaras dengan tujuan ini Kerajaan telahpun menandatangani Perjanjian Perdagangan, Perjanjian Pelaburan, Perjanjian Perkapalan. Perjanjian Pengelakkan Cukai Berganda seperti yang saya sebutkan di samping menggalakkan ahli-ahli perniagaan Malaysia melawat negara tersebut agar usaha-usaha mengeksport ke RCC dapat dipertingkatkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, hasil dari langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan ke arah tujuan ini. eksport Malaysia ke RCC telah meningkat dari $398.5 juta dalam tahun 1985 kepada $422.1 juta dalam tahun 1986 dan $702.8 juta dalam tahun 1987. Dalam tempoh bulan

Page 65: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

---------- ---

4069 12 DISEMBER 1988 4070

Januari hingga Julai 1988 ini, jumlah eksport Malaysia ke RRC telah pun mencatitkan sebanyak $528.3 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee menyarankan supaya insentif-insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan pelaburan mestilah secara "selective" dan jangan selalu menumpukan kepada pelabur-pelabur asing. Ini adalah kerana pelaburan dari sumber tempatan juga memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi dan tidak akan berlaku pengaliran keluar wang tukaran kerana lazimnya keuntungan yang dibuat akan dilaburkan semula di dalam negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan pada ketika ini menggalakkan pelaburan-pelaburan tidak mengira dan semua insentif yang disediakan adalah terbuka kepada pelabur asing dan juga pelabur tempatan. Adalah tidak benar mengatakan hanya pelabur-pelabur asing sahaja diberi keistimewaan manakala pelabur-pelabur tempatan telah tidak dihiraukan. Persepsi ini mungkin telah timbul oleh kerana misi-misi penggalakan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan keluar negeri telah banyak menerima publisiti daripada . seminar-seminar peng­galakan pelaburan yang diadakan di dalam negeri bagi menggalakkan pelaburan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan skim insentif bagi perusahaan kecil yang baru-baru ini diperkenalkan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sedang merangka prosedur-prosedur bagi melaksanakan insentif ini agar industri-industri kecil yang berminat untuk mendapatkan insentif ini dapat menikmatinya dengan mudah.

Berhubung dengan cadangan supaya ditubuhkan Pusat Serenti bagi perusahaan kecil dan sederhana, pada pandangan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian penubuhannya mungkin tidak perlu oleh kerana kesemua permohonan-permohonan bagi mendapatkan insentif bagi perusahaan kecil di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 akan diselaraskan melalui Pusat Penyelarasan Pelaburan atau COl yang bertempat di MIDA di mana pegawai daripada Kementerian/ Jabatan yang berkenaan ada ditempatkan di situ.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhotmat Senator-senator Tuan Hassan Nam, Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Maasom, Puan Habidah binti Jusoh dan Puan Noraini Beluah telah meminta Kerajaan memberikan perhatian berat kepada kenaikan harga barang-barang kerana ianya menjejaskan belanja hidup rakyat. Sukalah saya menyatakan bahawa kenaikan harga barang-barang perlu dan barang-barang mewah di negara ini memang berlaku dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah dilakukan sewenang­wenangnya iaitu tanpa pengawasan dari Kerajaan. Punca utama kenaikan harga barang-barang ini .adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan-bahan mentah yang diimport. Kuasa penawaran dan permintaan di pasaran-pasaran, perubahan-perubahan kadar pertu­karan matawang asing dan sebagainya.

Dalam hubungan ini, dasar yang diamalkan oleh Kerajaan kita ialah sebarang kenaikan harga adalah dibenarkan, tetapi hendaklah berpatutan dan disebabkan oleh faktor-faktor yang menasabah serta tidak dapat dielakkan. Untuk menjamin harga barang-barang keperluan di negara sentiasa stabil dan berpatutan. Kera_jaan telah dan akan terus melaksanakan beberapa bentuk

Page 66: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4071 12 DISEMBER 1988 4072

pengawasan dan kawalan. Walau bagaimanapun, pengawasan yang dilaksanakan ini tidaklah sampai ke tahap mengawal harga barang-barang secara undang-undang oleh kerana Kerajaan berpendapat bahawa kawalan harga secara ini adalah tidak menguntungkan negara di samping ianya bertentangan dengan dasar perdagangan bebas yang diamalkan oleh negara kita pada masa ini. Pengawasan harga yang dilaksanakan terhadap barang-barang keperluan asas seperti gula pasir, tepung gandum, simen, batu bulat, keluli lembut dan bahan-bahan petroleum ialah dengan cara menetapkan harganya secara pentadbiran. Setiap kenaikan harga barang-barang ini hendaklah mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan terlebih dahulu. Sebelum sesuatu cadangan kenaikan diluluskan oleh Kerajaan, ianya akan dikaji dengan teliti oleh sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kajisemula Harga yang ditubuhkan. di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dalam menimbangkan sebarang permohonan kenaikan harga dari sesebuah syarikat pengeluar, Jawatankuasa ini akan mengkaji serta mengambil kira kepentingan kedua­dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pihak pengguna.

Di samping tindakan-tindakan yang dinyatakan di atas, Kerajaan juga melaksanakan tindakan untuk mengawal bekalan 20 jenis barang pada sepanjang masa dan 25 jenis barang lagi di musim-musim perayaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Tujuan kita adakan kawalan bekalan ke atas barang-barang ini ialah untuk mencegah sebarang penyorokan dan memastikan barang-barang ini boleh diperolehi dengan mudah di pasaran dan bekalannya adalah stabil. Dengan adanya kestabilan bekalan barang­barang ini, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan kesempatan untuk mengeksploitasi

harganya dan pada akhirnya akan mewujudkan penawaran harga yang berpatutan. Dengan adanya pengawasan dan tindakan kawalan yang dinyatakan, kenaikan harga barang-barang yang melambung tinggi telah dapat disekat.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada beberapa isu tertentu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perda­gangan dan Perindustrian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya mempersilakan Kementerian Kema­juan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

6.26 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Tuan Adam bin Abdul Kadir): Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Belanjawan yang berkaitan dengan Kementerian ini banyak mendapat perhatian dari Ahli­ahli Yang Berhormat. Bagaimanapun saya ingin memberikan reaksi terhadap 4 orang yang bukan sahaja memberi perhatian yang serius, tetapi juga memberi ulasan-ulasan yang agak mendalam. Mereka ialah yang prolifik sekali iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom Maasom, Yang Berhormat Tuan Hassan N am, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Hamid bin Latiff dan Yang Berhormat Puan Valli Muthusamy.

Soal RISDA nampaknya mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Senator Haji Shaharom Maasom iaitu beliau telah mencadangkan supaya skim kredit sebanyak $200 sebulan diberikan kepada pekebun kecil mulai tanaman semula diselenggarakan sehingga tanaman semula dapat mengeluarkan hasil. Bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang

Page 67: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4073 12 DISEMBER 1988 4074

Berbormat babawa skim seperti ini telab dilaksanakan oleb RISDA beberapa tabun yang laiu tetapi skim ini sekarang ini telab diberbentikan kerana didapati tidak mencapai basil dan kesan sepertimana yang dibarapkan. Dia memandang saya tersekat saya sekejap.

Untuk makluman bersama, skim yang dilaksanakan oleb RISDA pada waktu ini sebenarnya telah dapat mencapai basil yang dimaksudkan iaitu menolong pekebun kecil daripada awal penanaman sehinggalah pada peringkat mengeluarkan basil. Dan di samping itu dapat juga kebolehan tunai yang boleh membantu dalam kehidupan mereka hari-hari. Selain daripada itu RlSDA juga memberi subsidi kontan iaitu memberi kelonggaran di dalam usaha­usaha penanaman semula pekebun­pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Hassan Nam telah menggesa Kerajaan supaya menyegerakan proses pengwartaan Tanah-tanah Simpanan Orang-orang Asli di seluruh negara supaya tanah­tanah tersebut dapat diusahakan seterusnya. Kementerian 1m sememangnya mengambil perhatian yang berat terhadap perkara ini dan sekarang telah berusaha bersungguh­sungguh dengan Kerajaan-kera_jaan Negeri supaya proses pengwartaan ini iaitu pengwartaan Tanah-tanah Simpanan Orang-orang Asli ini di seluruh Malaysia dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Sehingga kini jumlah keluasan Tanah Simpanan Orang Asli yang telah diwartakan ialah 36.3~~.6 hektar. Dan sebanyak 36,51X. 9 hektar telah diluluskan. tetapi masih belum diwartakan lagi. Manakala permohonan untuk kelulusan pengwartaan ialah sebanyak X7. 7X l he ktar telah diterima daripada mereka. Memang sebenarnya dalam perkara ini banyak sebab-sebab

mengapa berlakunya sedikit kelam­batan dalam proses pengwar­taan ini. Antaranya ialab ada di antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti termasuk yang dikenalpasti untuk diwartakan sebagai Simpanan Orang Asli terletak dalam kawasan Reserve Melayu dan Reserve Hutan (Forest Reserve). Oleb itu ini memerlukan pembatalan reserve tersebut terlebib dabulu untuk memproseskan pengwartaan seperti itu dan tentunya akan mengambil masa.

Sebab yang kedua ialah ada di setengah-setengah kawasan terdapat pula masalah-masalah pengukuran tanah (land survey) dengan izin. kerana adanya keadaan yang tidak memuaskan seperti bentuk dan ciri­ciri tanah tersebut ada yang berbukit. ada yang berlurah dan ada juga yang berpaya ataupun orang panggil lecak.

Yang ketiga. ada juga anggapan secara . menyeluruh bahawa kawasan Orang-orang Asli itu memang sudah dirizabkan, lagi pula mereka tidak dihalau daripada kawasan mereka. Jadi. anggapan bahawa mereka ini sudah selamat di situ maka tidak ada inisiatif ataupun daya utama bukan sahaja daripada mereka tetapi juga daripada pihak yang berkuasa untuk memproseskan pewartaan.

Masalah yang keempat ialah adanya usaha-usaha bagi mengadakan rancangan pengumpulan semua Orang Asli di sesuatu tempat tertentu.

Yang kelima ialah pewartaan kawasan adalah berdasarkan kepada keutamaan sama ada sesuatu kawasan itu telah dirancangkan untuk pembangunan. Jadi, kalau ada rancangan untuk pembangunan tentu sekali terjejas sebarang usaha untuk mewartakan tanah-tanah seperti itu.

Yang Berhormat Senator Puan Valli Mutusamy telah menyarankan supaya peneroka-peneroka di rancangan

Page 68: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4075 12 DISEMBER 1988 4076

FELDA harus mencerminkan komposisi kaum di negara m1. Sebenarnya pada keseluruhanny~ didapati bahawa peneroka . da.n keturunan Cina. Ind1a dan lam-lam tidak begitu berminat untuk menjadi peneroka FELDA jika dib~ndingkan dengan jumlah yang d1tawarkan kepada mereka. Dari rekod yang ada dalam simpanan FELDA. 36% dari keturunan orang Cina. 7.9% dari keturunan India dan 10% dari lain-lain kaum telah menolak tawaran untuk menjadi peneroka.

Di samping itu bagi mereka yang telah menjadi peneroka pula yang telah masuk di rancangan FELDA sebanyak 23% dari mereka adalah dari keturunan Cina dan 12.6c/c daripada orang India yang diterima masuk telah keluar daripada rancangan FELDA dan mereka keluar adalah secara sukarela. Kalau orang Melayu yang keluar FELDA banyak sebab­sebabnya. Ada juga yang kalau duduk di tepi pantai. dia tak bol~h de~gar desiran ombak. dia dengar nang-nang sahaja pun, dia tak boleh ti.dur dan keluar dari rancangan. Bag1 orang­orang India dan orang-orang Cina. saya tidak dapat pastikan. sangat. Tetapi kalau pengalaman d1 tempat­tempat lain umpamanya peneroka~ peneroka daripada Eropah yang pe~g1 ke Amerika. mereka sanggup b1ar berasak-asak di New York dan tidak berpindah ke kawasan-kawasa~ pertanian yang luas semesta a lam. J a.d1, mungkin juga kerana orang-orang Cma ini banyak yang datang mula-mula tinggal di bandar-band?r itu ~erasaka~ kehidupan di bandar 1tu leb1h sesum. maka apabila dipindahkan ke tempat baru dalam suasana kampung di luar bandar dan dipenuhi pula dengan orang-orang seperti orang Melayu. maka ada sedikit rasa tidak sesuai itu. Maka mereka dapati bahawa kehidupan di tempat asal dalam suasana "urban" itu lebih menarik minat mereka. Ini bukan secara statistik tetapi secara pandangan saya

sahaja. ( Ketawa) Ada orang ketawa. tctapi sebenarnya walaupun pandangan saya m1 berdasarkan pengalaman. hukan pandangan pctik daripada kepala sahaja.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sen'ator Dato' Haji Abdul Hamid Latif telah memhangkitkan mengenai konsep penyusunan semula kampung-kampung tradisi yang terletak dalam kawasan Lemhaga­lemhaga Kemajuan Wilayah yang mana pencapaian kemajuannya sehingga kini adalah kurang, memuaskan. Tentulah antaranya yang berkaitan dengan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya lagi.

Sukalah saya menjelaskan di Dewan yang mulia ini hahawa ran~a~gan pembangunan kampung trad!sional merupakan antara program-program utama yang dilaksanaka~ ol~h Kementerian ini. Di sampmg klta mempastikan hahawa rancangan­rancangan yang diaturkan (_lie~ Kerajaan dalam kawasan sepert1 d1 DARA. KEJORA. PERDA. KEDA dan KETENGAH dan sehagainya lagi itu. kita pastikan hahawa kampung­kampung tradisi yang ~erada dalam kawasan-kawasan yang d1sehutkan tad1 itu mendapat layanan yang sepatutnya dan ini tidak memherikan gambaran hahawa kampung-kampung itu dilupakan begitu sahaja kerana kita memerlukan pemhangunan yang setimpal supaya rasa puas hati itu didapati di kalangan peneroka­peneroka yang dirancangkan oleh Kerajaan dan juga penduduk kampung tradisi. Dalam perkara ini program pembangunan kampung tradisi telah dirangka secara menyeluruh da~ bersepadu sejak tahun 19g3 lag1. Program ini adalah diasaskan kepada konsep pembangunan luar ?a~dar hala cara baru yang mempunym t1ga aspek utama. iaitu:

(i) kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan

Page 69: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4()77 12 DISEMBER 1988 4078

(ii)

(iii)

perladangan bagi pekebt,m­pekebun kecil dan bendang­bendang;

pengwujudan industri ka~­pung dan perusahaan kecii atau lain-lain kegiatan eko­nomi bukan pertanian; dan

pengelompokan dan pe­nyusunan semula kampung­kampung secara teratur untuk memungkinkan pusat-pusat pertumbuhan baru.

Dalam tempoh Rancangan Malaysi!l Kelima, sejumlah kira-kira $54 juta telah diperuntukkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 21 buah projek utama yang telah dikendalikan oleh semua agensi Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah Kementerian ini. Pada masa akan datang penekanan akan lebih diberikan kepada program pembangunan kampung tradisional ini terutama kepada projek-projek pembangunan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, itulah reaksi dan jawapan saya terhadap pandangan, saya dan sebagainya oleh empat Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi. Bagi mereka yang telah memperkatakan tentang aktiviti­aktiviti pelaksanaan dan juga program­program di dalam Kementeria~ ini ketika perbahasan sebelum danpada penggulungan ini, kita mengucapka~ terima kasih dan di mana yang sesua1 tentu sekali kita akan memberikan perhatian yang serius. dan sete~usny~ kita akan mengamb1l perhatmn d1 dalam rumusan dasar kita pada masa yang akan datang khasnya pada tahun hadapan. Dengan itu, saya mengucapkan berbanyak-banyal< terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yan.g Berhor~at Timbalan Menten Pertaman menjawab.

5.37 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohamed Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua. terlebih dahulu izinkan saya menjawab perkara­perkara yang dibangkitkan mengena! Kementerian Pertanian bersekah dengan jawapan-jawapan yang ada hubung-kaitnya dengan Kementerian Luar Negeri. lzinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-senator yang telah memberi perhatian. cadangan teguran terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua. untuk makluman Yang Berhormat Senator Mustafa Awan'g, projek Rompin­Endau merangkumi kawasan seluas 4,374 hektar yang meliputi kawasan Rompin Utama, Pontian dan Anak Endau. Lebih kurang 80% didapati sesuai untuk tanaman padi. semen tara 20% lagi adalah kebanyakannya kawasan bermasalah yang diliputi oleh tanah gambut dan masam iaitu acid sulphate soil, dengan izin.

Walau bagaimanapun, meman­dangkan keputusan telah dibuat oleh Kerajaan pada tahun 1985 untuk mengurangkan pengeluaran beras ke tahap 55%-60% keperluan negara dan kawasan projek Rompin­Endau tidak dianggapkan sebagai salah satu kawasan jelapang padi negara di mana pengeluaran padi diberi tumpuan, maka projek pembangunan pertanian bersepadu Rompin-Endau telah dibubarkan pada akhir tahun 1986.

Sehubungan dengan itu tindakan telah diambil untuk mengagihkan infrastruktur, tugas dan tanggungjawab kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain. Ini termasuklah Empangan Anak Endau dan Empangan Pontian yang akan

Page 70: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4079 12 DISEMBER 1988 4080

digunakan oleh Jabatan Kerjaraya untuk bekalan air domestik bagi bandar-bandar yang berdekatan. lanya juga sekiranya sesuai akan digunakan oleh Lembaga Letrik Negara untuk projek mini-hidro. Kompleks pejabat dan rumah kakitangan projek telah pun diserahkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk dijadikan Pusat Latihan. Di kawasan Rompin­Utama seluas 300 hektar di mana infrastruktur pengairannya dan lain­lain kemudahan telah siap sepenuhnya. serta peserta-peserta telah dimasukkan seramai 31 peserta. kawasan tersebut akan diteruskan dengan tanaman padi sehingga keputusan sebaliknya dibuat.

Pembangunan kawasan Rompin­Endau (tidak termasuk Rompin Utama) selanjutnya telah discrah kepada Kementerian Kemajuan Tanah dan Kcmajuan Wilayah. dan Kerajaan Negeri. Di kawasan tcrsebut infrastruktur pengairan yang dibina akan diubahsuai mengikut keperluan jenis tanamJn baru yang akan dimajukan.

Berkaitan dengan saranan Yang Berhormat Senator Dato Haji Abdul Hamid bin Haji Latif. ingin saya menekankan di sini bahawa kajian terus dilaksana oleh agensi-agcllsi di bawah Kementerian untl.lk mengurang kos pengeluaran bahan·bahan makanan.

Di samping itu. usaha-usaha juga dilaksana untuk meningkatkan produktiviti pengusaha dan pe;ternak. Hasilnya ialah kemajuan yang menggalakkan telah dicapai bagi beberapa komoditi seperti daging lembu yang mana ianya dihasilkan dengan berasaskan sistem feedlot. Kambing biri-biri pula telah diintegrasikan dengan tanaman kekal.

Melalui usaha-usaha mt, kita berharap supaya barangan kita dapat bersaing dengan barangan negara­negara luar dari segi harga dan mutu.

Walau bagaimanapun. faktor-faktor luar seperti cuaca dan kesesuaian tanah akan mcmpengaruhi kos pengeluaran.

Dalam hal tnt Kementerian Pertanian sedang membuat percubaan ke at as. beberapa komoditi termasuk jagung bijirin bagi menentu kaedah pengeluaran yang amat sesuai sebelum menggalakkan pengcluarannya secara komersial.

Selain daripada itu kos buruh serta teknologi juga mempengaruhi kos pengeluaran komoditi-komoditi pertanian. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan purata 40% daripada kos pengeluaran bahan makanan meliputi kos buruh. Bagi meminimakan kos buruh, Kementerian Pertanian telah memberi tumpuan yang berat dalam memperkenalkan penggunaan teknologi yang sesuai dalam pengeluaran bahan makanan.

Dari sudut pengimportan. untuk makluman Yang Berhormat. Kementerian Pertanian tidak hanya menjaga ,kepentingan pengeluar makanan, tetapi juga bertang• gungjawab terhadap pengguna-pengguna agar mereka mem-perolehi bahan makanan dengan harga yang berpatutan. Dalam hal ini bahan-bahan makanan yang mana kos pengeluarannya adalah tinggi, pengimportan barang-barang tersebut wajar diteruskan.

Walau bagaimanapun. Kementerian Pertanian telah. sedang dan akan terus melaksanakan prograr'n-program bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan. mengganti import serta menggalakkan eksport tcrutamanya basil perikanan. buah-buahan dan daging.

Sekali lagi ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan

Page 71: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4081 12 DISEMBER 1988 4082

kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memheri pandangan dan teguran terhadap heberapa perkara yang ada hubung­kait dengan Kementerian Pertanian. Mana-m~~na pcrsoalan yang tiada berkesempatan hagi saya untuk menjawabnya percayalah hahawa pihak Kemcnterian Pertanian telah pun mencatatnya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil jika perlu.

Tuan Yang di-Pertua. bagi pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. s~1ya~ ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-Senator yang telah membuat teguran mengena1 perkara-perkara vang bcrkaitan dcngan Kementerian Lua~r Ncgcri semasa~ pcrbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan Jl)~<Joteh Dew:.n yang 7-nutia ini.

Tuan Yang di-Pertua. menventuh tcguran vang~ dihuat olch Ahlt Yang B~rhorm-at Senator Tuan G. Rajoo~ saya ingin mcnvatakan bahawa Malavsia memang berasa bangga deng;m kcjayaan kita untuk menduduki kcrusi Majlis Kcsclamatan Bangsa-bangsa Hcrsatu .schagai ahli tidak tctap s'etama dua tahun rn~ulai I hb Januari. Jl)~l). Pcmilihan Malaysia mencerminkan . kepercayaan masya­rakat dunia akan keupayaan kita memikul tanggungjawab yang hcrat mcngenai keselamatan dan keamanan.

Malaysia telah mcndapat sokongan dari 143 ncgara-ncgara Asia. Afrika. Amcrika Latin. Eropah Barat dan Eropah Timur. Malaysia hcrh~.,rat

untuk mcmainkan pcranan kita sebagai ahli MKBB dengan penuh tanggungjawah. dan pcnuh kerclaan bagi memhantu MKBB mt:ncari penyetcsaian yang saksama terhadap Jsu-Jsu yang dikemuka dan dibincangkan.

Malaysia akan cuba untuk mengadakan rundingan-rundingan dengan negara-negara lain sebelum

membuat pendirian mengenai sesuatu masalah keselamatan yang melibatkan bidang kuasa MKBB. Pendirian yang kita ambil kelak sepatutnya mencerminkan bukan sahaja pendirian kita tetapi perlu diambil kira pendirian negara-negara sahabat juga.

Tuan Yang di-Pcrtua, saya mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan syor yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Sivalingam mcngenai keperluan Kerajaan membeli atau membina Pejabat-pejabat Perwakilan dan kediaman kakitangan di luar negeri. Saya suka menjelaskan bahawa pihak Kerajaan sememangnya sedar di atas perlunya kita mempunyai bangunan pejahat dan kediaman kakitangan perwakilan Malaysia di luar negeri. Bagaimanapun keupayaan kita memheli atau membina bangunan­hangunan ini adalah terpulang kepada peruntukan kcwangan semasa.

Untuk makluman Dewan ini, Kerajaan kita sememangnya sudah mempunya1 bangunan-hangunan sendiri di hcbcrapa huah ncgara dan dari masa ke scmasa Kerajaan akan tcrus membina dan mcmbeli bangunan-bangunan untuk kepcrluan perwakilan dan kakitangan kita di luar ncgen.

Menycntuh tentang kebajikan pelajaran anak-anak pegawai-pegawai kita di luar negeri: Kerajaan memang menyediakan kemudahan pelajaran untuk semua kakitangan yang berkhidmat di luar negeri. Pegawai­pegawai hiasanya ditempatk~n di sesuatu negara untuk selama 3 hingga 4 tahun. Di dalam jangka waktu itu anak-anak pcgawai yang bersekolah dihcri kemudahan untuk hcrsekolah di tempat-tempat di mana pegawai­pegawai itu bertugas. Sekiranya anak­anak itu tidak mengikut pegawai­pegawai herkenaan dan mereka itu hcrsckolah di suatu negara lain ataupun di Malaysia anak-anak itu

Page 72: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4083 12 DISEMBER 1988 4084

ataupun pegawai-pegawai yang berkenaan diberi kemudahan untuk menziarahi keluarga masing-masing sebanyak dua kali setahun. Dengan adanya kemudahan ini perhubungan kekeluargaan di harap tidak terjejas.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana mengambil berat tentang kebajikan pegawai-pegawai kita di luar negeri. Ucapan terima kasih juga dihulur kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi sokongan terhadap peningkatan dan tambahan kemudahan yang sedia wujud memandangkan betapa pentingnya kekeluargaan di dalam kehidupan setiap individu termasuk pegawai­pegawai kita di luar negeri yang terpaksa berpisah dengan anak-anak kesayangan mereka di samping terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menyekolahkan mereka yang mana suasana ini bukanlah berpunca dari pilihan dan kerelaan mereka malah disebabkan oleh keadaan-keadaan yang memaksa . mereka berbuat demikian.

Saya juga· ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat Senator Puan Sivalingam bahawa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. isu-isu yang berkaitan dengan soal wanita. sosial dan undang-undang adalah di antara beberapa isu-isu yang diperbahaskan setiap tahun semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kedua-dua Jawatankuasa Ketiga dan Keenam PBB. menerima serta menimbangkan berbagai laporan yang disampai kepadanya oleh agensi-agensi khusus PBB seperti Suruhanjaya Mengenai Kedudukan Wanita.

Saya berpendapat adalah tidak perlu untuk mengkhaskan seseorang pegawai untuk mengikuti setiap isu yang dibincangkan di dalam PBB. Walau bagaimanapun. saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang

Berhormat bahawa delegasi-delegasi Malaysia kepada PBB atau agensi­agensinya di New York. Geneva dan Vienna diberi bantuan yang mencukupi untuk membolehkan delegasi Malaysia mengambil bahagian di dalam perbincangan PBB dengan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, berke­naan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Senator Tuan V. K. Sellappan supaya Kementerian Luar Negeri mencadangkan agar lbu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dipindah ke sebuah negara lain. saya ingin menyatakan bahawa beberapa buah negara ahli telah pun menyarankan pendapat sedemikian dan mungkin akan dikaji dengan lebih mendalam sekiranya Kerajaan Amerika terus menghalang urusan kerja PBB. Untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh delegasi PLO, keputusan telah pun diambil supaya Perhimpunan Agong Bangsa­bangsa Bersatu dipindahkan ke Geneva untuk membincangkan soal Palestin.

Berkenaan dengan usul Ahli Yang Berhormat Senator Tuan C. Krishnan supaya Kerajaan Malaysia mencadangkan agar Tuan Nelson Mandela dibebaskan sepenuhnya oleh Regim kulit putih Afrika Selatan, saya ingin menyatakan bahawa Malaysia sentiasa mengutuk dasar Apartheid dan oleh yang demikian setentunya menyokong supaya Tuan Nelson Mandela dibebaskan.

Tuan Yang di-Pertua. sekian sahaja yang dapat saya jawab terhadap perkara-perkara dan pandangan­pandangan yang dibuat berkaitan dengan isu-isu dasar luar negara kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap mengenai perkara-perkara berkaitan dengan dasar luar negeri. Terima kasih.

Page 73: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4085. 12 DISEMBER 1988 4086

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 ( 1). Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Perbeka1an 1989 di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas itu Majlis ini akan ditangguhkan.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Aritlin): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men yo kong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan usul atas nama Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 (1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 1989 di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas itu Majlis ini akan ditangguhkan.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1989

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya persilakan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

5.51 ptg.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze): Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan ke atas Belanjawan 1989, Yang Berhormat Senator C. Krishnan telah membangkitkan satu perkara yang menyentuh fungsi Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar iaitu berkenaan dengan soal pelupusan sisa-sisa toksit dan berbahaya di kawasan Sepang, Selangor.

Terlebih dahulu saya ingin men­jelaskan bahawa hanya sisa-sisa toksit yang telah diolah atau treated with akan dibenar dilupuskan ke tapak pelupusan yang selamat (secured land field). Pada masa kini oleh kerana tiada apa-apa kemudahan pengolahan serta tapak-tapak pelupusan terselamat di negara ini, industri-industri besar yang mengeluarkan sisa-sisa toksit selepas pengolahan sisa-sisa tersebut terpaksa menyimpan sisa-sisa yang diolah itu di dalam tong di atas premis-premis mereka. Keadaan ini tidak boleh dibenarkan berlanjutan.

Di samping itu di negara kita terdapat juga industri-industri kecil dan sederhana yang juga mengeluarkan sisa-sisa toksit dan di mana tiada langsung sebarang kemudahan pengolahan di industri­industri itu. Oleh yang demikian kemungkinan besar industri-industri kecil dan sederhana yang dimaksudkan itu mencampurkan sisa-sisa toksit dengan pembuangan sisa-sisa biasa atau sampah sarap untuk pelupusan di kawasan pelupusan sampah sarap Keadaan sedemikian sebenarnya akan membawa kesan-kesan buruk dari segi kesihatan kepada alam sekitar dan kawasan sekeliling industri-industri tersebut. Dalam usaha untuk menentukan atau memilih tapak-tapak pelupusan terselamat, beberapa faktor akan diambil kira iaitu sama ada keadaan tanah-tanah adalah sesuai

Page 74: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4087 12 DISEMBER 1988 4088

atau tidak dan juga tapak-tapak pelupusan tersebut diletakkan jauh dari sistem alor air serta tidak jauh dari industri-industri yang mengeluarkan sisa-sisa toksit.

Saya ingin menegaskan bahawa rekabentuk dan cara pembinaan tapak pelupusan terselamat akan mengikut standard-standard antarabangsa dan dengan itu tidak akan mengalami apa­apa kebocoran. Kerajaan akan menentukan bahawa tapak pelupusan terselamat itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada rakyat dan alam sekitar. Kepentingan kesihatan umum adalah diberi keutamaan yang tinggi sekali. Mengenai tapak pelupusan terselamat yang dicadangkan di kawasan Sepang, Selangor kajian terperinci terhadapnya perlu dijalankan lagi dan setakat ini belum ada apa-apa keputusan yang telah di­buat mengenainya. Sekiranya ada Ahli-ahli Yang Berhormat selain daripada Yang Berhormat Senator C. Krishnan yang benar-benar berminat untuk mengetahui butir-butir terhadap langkah-langkah keselamatan yang akan diambil untuk kemudahan pengolahan dan tapak pelupusan terselamat untuk sisa-sisa industri yang berkenaan, maka pihak Kementerian boleh mengaturkan satu taklimat khas dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan akan hadir. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perusahaan A warn.

5.56 ptg.

Menteri Perusahaan Awam (Dato' Napsiah binti Omar): Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan berbanyak­banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau, Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim · yang telah membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh Kernenterian Perusahaan A warn.

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah telah menyentuh perkara­perkara khusus mengenai pemohon­pemohon lesen teksi, bas kilang dan bas sekolah yang telah bermohon bertahun-tahun tetapi tidak mendapat lesen dan juga mengenai pemegang­pemegang lesen teksi yang menyewakan teksi mereka kepada orang lain.

Berhubung dengan perkara tersebut, terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat 1a1tu tidak semua pemohon-pemohon lesen kenderaan perdagangan dapat diluluskan walaupun mempunyai modal yang cukup. Pemohon-pemohon mestilah mencukupi syarat-syarat yang lain. Misalnya bagi teksi atau kereta sewa, syarat utamanya ialah pemohon mesti cukup tempoh pemegang lesen pengangkutan awam dan pengkalan teksi atau kereta sewa berkenaan masih kosong atau memerlukan teksi atau kereta sewa tambahan.

Bagi bas sekolah pula, syarat utamanya ialah ada keperluan dan ini perlu dibuktikan dengan senarai murid-murid sekolah yang telah disahkan oleh Guru-guru Besar berkenaan.

Pemohon bas kilang perlu membuktikan ia mempunyai kontrak dengan pekilang-pekilang dan menyenaraikan pekerja-pekerja kilang yang disahkan oleh majikan berkenaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kebanyakan permohonan· permohonan yang ditolak adalah atas sebab-sebab tidak mencukupi syarat­syarat berkenaan. Saya sedar ada pemegang-pemegang lesen teksi menyewa atau membenarkan orang lain memandu teksi mereka. Perbuatan ini adalah . salah dari segi undang­undang sekiranya ia dibuat tanpa izin

Page 75: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4089 12 DISEMBER 1988 4090

Lembaga. Sekiranya pemegang­pemegang lesen berkenaan didapati bersalah lesen mereka boleh digantung atau dibatalkan oleh LPKP. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab kepentingan operasi, Lembaga telah banyak meluluskan pemandu­pemandu kedua bagi pemegang­pemegang lesen yang memohon mendapatkan pemandu-pemandu kedua. Ini adalah kerana tidak mungkin seorang pemegang lesen yang memandu boleh memandu teksinya sepanjang hari.

Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua, dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Menteri Kesihatan.

6.00 ptg.

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang Sun): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa pandangan dan teguran yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby telah membangkitkan mengenai postmortem di atas mayat orang-orang Islam di Hospital Pulau Pinang yang tidak dapat dibuat segera kerana kekurangan pakar bedah mayat. Untuk makluman Yang Berhormat, pembedahan mayat di Hospital Besar Pulau Pinang pada satu ketika dahulu telah mengambil masa memandangkan ketiadaan pakar pathology di hospital berkenaan dan ianya dijalankan oleh pakar pathology dari Hospital Besar Alor Setar. Walau bagaimanapun, dengan adanya seorang pakar pathology yang telah ditempatkan di

Hospital Besar Pulau Pinang pada bulan November tahun 1988 ini proses pembedahan dan penyerahan mayat kepada waris mereka akan dapat dipercepatkan.

Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah Mohd. Salleh meminta supaya pemeriksaan yang kerap dan rapi dapat dijalankan oleh Inspektor Kesihatan ke atas kantin serta tempat-tempat yang menjual makanan kerana beliau mendapati ubat-ubat serta racun-racun serangga ada ditempatkan bersama bahan-bahan makanan di kedai-kedai runcit. Tuan Yang di-Pertua, perlesenan untuk menjual atau mengimport racun-racun perosak termasuklah racun serangga adalah dibuat di bawah Akta Racun Perosak 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian. Sekiranya racun serangga ini hendak dijual di kedai­kedai runcit ianya hendaklah diletakkan di satu tempat khusus berasingan dari bahan-bahan makanan. Pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan sentiasa memberi nasihat kepada pekedai­pekedai bagi mematuhi perkara ini.

Mengenai pemeriksaan oleh Inspektor Kesihatan, sukalah saya maklumkan bahawa lnspektor­inspektor Kesihatan dari Kementerian Kesihatan dan Penguasa-penguasa Tempatan adalah sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis ini di kawasan masing­masing. Kekerapan pemeriksaan rapi adalah sentiasa dipertingkatkan dari masa ke masa.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo pula meminta supaya dibuat pemeriksaan · menge jut ke atas kilang­kilang pembuat makanan bagi mengelakkan trajedi kematian akibat keracunan makanan. Tuan Yang di­Pertua, pemeriksaan mengejut (spot check) adalah satu aktiviti yang dibuat oleh pegawai-pegawai penguasa dari

'

Page 76: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4091 12 DISEMBER 1988 4092

Kementerian Kesihatan ataupun penguasa-penguasa tempatan di atas kilang-kilang pembuat makanan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kilang-kilang tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan sentiasa mengamalkan amalan pengilangan yang baik dan aktiviti ini akan dipertingkatkan lagi.

Mengenai saranan beliau supaya lebih ramai lagi pakar-pakar perubatan diambil bagi menampung kekurangan doktor-doktor pakar di hospital­hospital, dimaklumkan Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha mengambil lebih ramai pakar-pakar perubatan bagi menampung kekurangan pakar dan menempatkan mereka di seluruh Hospital Besar dan beberapa buah Hospital Daerah tertentu untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih baik. Kementerian Kesihatan juga mempunyai sistem rujukan di mana pesakit-pesakit daripada sesuatu hospital boleh dirujuk kepada hospital lain yang mempunyai peralatan serta perkhidmatan yang diperlukan.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom Maasom meminta supaya dipercepatkan pembinaan bangunan baru Hospital Daerah Batu Pahat. Sebenarnya sebuah projek untuk membina Hospital Daerah baru di Batu Pahat telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima dengan anggaran kos sebanyak $66 juta, tetapi pelaksanaannya terpaksa ditunda kerana tidak diberi peruntukan. Namun demikian, projek tersebut telah dikemukakan semula dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima dan kali ini telah diberi peruntukan, insya Allah. Pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun 1990 dan dijangka siap pada awal tahun 1993. Kenyataan ini tentulah membanggakan Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom dan lebih-lebih lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua

Dewan ini kerana kedua-dua mereka ialah tokoh-tokoh veteran politik dan sosial daripada kawasan Batu Pahat.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Penjelasan, Tuan Yang di­Pertua. Bolehkah dipercepatkan lagi, sampai 1993 itu lambat sebab Yang Berhormat Menteri Kesihatan perlu sedar bahawa sekarang ini di seberang Sungai Batu Pahat/Muar itu orang sudah tegakkan satu hospital swasta 5 tingkat. Ini menunjukkan rakyat di Batu Pahat, 3 kawasan Parlimen, perlu bangunan hospital.

Dato' Chan Siang Sun: Buat masa sekarang kita juga ada Hospital Muar, masih ada. Jadi baru sahaja kita dapat peruntukan dan saya sendiri sudah berusaha berapa kuat untuk mendapat peruntukan ini. Barangkali jikalau pihak JKR yang akan melaksanakan projek ini boleh dapat dipercepatkan, tentulah sokongan sepenuhnya bila­bila masa daripada Kementerian Kesihatan akan dapat diberi. Jadi ..... .

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, Hospital Muar itu untuk 4 kawasan Parlimen; kawasan Ledang, kawasan Muar, kawasan Pagoh dan kawasan Bakri. Terima kasih.

Dato' Chan Siang Sun: Sebab itulah kita berika keutamaan kepada hospital baru untuk kawasan Batu Pahat ini. Lain kawasan minta, saya katakan kawasan Batu Pahat yang penting, yang mustahak sekali. Sebab itulah saya beri keutamaan kepada projek ini. Boleh, okay!

Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King telah menyentuh sedikit tentang pembinaan baru Rumah Sakit Sibu dan keperluan Rumah Sakit Law King Howe yang didapati selalu penuh sesak dengan pesakit-pesakit. Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

Page 77: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4093 12 DISEMBER 1988 4094

perubatan dan kesihatan di seluruh negara, terutamanya di kawasan pendalaman termasuk negeri Sarawak. Pengagihan sumber bagi projek-projek pembangunan, kemudahan kesihatan di seluruh negara dibuat selepas kajian teliti dan terperinci dengan mengambil kira bahawa imbangan distribusi yang saksama dicapai bagi seluruh negara. Keutamaan akan diberi bagi kawasan yang masih belum ada lagi kemudahan­kemudahan kesihatan yang diperlukan. Jadi hospital baru akan dibina bagi mengantikan hospital yang sedia ada jika hospital tersebut tidak dapat lagi memperbesarkan untuk menampung pertambahan keperluan penduduk-penduduk.

Pelaksanaan Hospital Besar Baru Sibu telah diluluskan dan mendapat peruntukan untuk dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima juga, dan soalan ini juga dapat saya menjawab kepada Yang Berhormat Senator itu pada 7hb Disember 1988 dan saya sukalah sekali lagi memaklumkan bahawa kerja-kerja penyediaan tapak dijangka mula pada awal tahun 1989 dan siap pada akhir tahun 1989 juga. Pembinaan hospital ini dijangka mula pada awal tahun 1990 dan akan siap pada pertengahan tahun 1993, lebih kurang serupa Hospital Besar Daerah Batu Pahat juga, ini ambil 3lfz tahun untuk disiapkan. Anggaran kos projek ini adalah kira­kira sebanyak $90 juta.

Seterusnya Yang Berhormat menyentuh juga tentang ketiadaan seorang pakar radiologi untuk memberi perkhidmatan atau rawatan radiothetapi di hospital berkenaan. Adakah dimaklumkan bahawa seorang Pakar Radiotherapi telah ditempatkan di Hospital Law Keng Howe pada bulan Februari 1988 untuk memberikan perkhidmatan radiologi. Bagi rawatan radiotherapi, perkhidmatan ini disediakan di

Hospital Besar Kuching oleh Jabatan Radiotherapi dan ianya memberi perkhidmatan bagi seluruh negeri Sarawak.

Ahli Yang Berhormat juga menyentuh tentang peruntukan kewangan bagi pembinaan pusat kesihatan atau klinik desa bagi penduduk pendalaman, seumpamanya mereka yang tinggal dekat kawasan pembalakan di Sarawak. Dari masa ke semasa beberapa klinik-klinik kecil (subdispensary) dan klinik desa fasa 1 di negeri Sarawak dibina secara gotong royong oleh penduduk-penduduk tempatan. Bagi proses itu bahan-bahan keperluan pembinaan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perubatan Sarawak dengan menggunakan peruntukan mengurus atau operational expenditure, dengan izin, dan penduduk kampung memberikan sumbangan dari menyediakan tapak tanah serta tenaga kerja untuk membina klinik hingga siap secara gotong royong dengan bantuan Inspektor Kesihatan Awam dari Pusat Kesihatan yang berhampiran. Pembinaan kemudahan-kemudahan kesihatan perlu dikaji dari segi kesesuaian dan juga keperluan peruntukan supaya sokongan dapat dipertimbangkan untuk menyediakan tenaga pekerja. 6 buah projek klinik desa fasa satu tambahan telah diluluskan untuk dibina dan disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima khusus bagi negeri Sarawak. Projek-projek tambahan khas bagi negeri Sarawak untuk membina 6 buah klinik desa fasa 1, iaitu 3 klinik desa­satu baru dan dua naik taraf--dan 3 klinik kecil menjadi klinik desa satu telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Projek­projek ini akan dibina secara gotong royong dengan menggunakan peruntukan luar jangka, butiran projek 2, iaitu Program Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar Negeri Sarawak dengan anggaran kos

Page 78: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

..

4095 12 DISEMBER 1988 4096

berjumlah sebanyak $98,000. Projek­projek tersebut adalah seperti berikut;

(a) 3 klinik desa; 1 baru di Long Billa, 1 di Teggalong dan 1 di Nangka Mirip Lubai.

(b) naik taraf-3 klinik kecil menjadi klinik desa satu, tempatnya ialah satu di Umaramba, kedua di Skim Tunoh, dan ketiga di Longkang.

Yang Berhormat Cik Noraini binti Haji Beluah telah membangkitkan mengenai ketiadaan hospital di daerah Maran dan Rompin di negeri Pahang. Kementerian Kesihatan memang ada cadangan untuk membina sebuah hospital di daerah Maran dan Rompin di dalam Rancangan Malaysia Kelima. Projek Hospital Daerah Jengka, Maran akan memula pembinaan pada pertengahan tahun 1990. Buat masa ini pihak JKR sedang menyediakan pelan tapak bagi projek ini. Bagi prqjek Hospital Daerah Gua Shamsa, Rompin, JKR akan mula menyediakan plan tapak pada awal tahun hadapan dan pembinaan dijangka bermula pada akhir tahun 1990. Mengenai permohonan Ahli Yang Berhormat supaya satu bangunan tambahan dapat didirikan di Hospital Daerah Mentakab, Pahang Darulmakmur, sukalah saya memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan telah merancang untuk membina sebuah hospital Daerah baru di Temerloh bagi mengganti Hospital Daerah Mentakab, tetapi pelaksanaan projek ini tidak dapat diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kelima.

lni adalah kerana kajian keperluan perkhidmatan kesihatan bagi seluruh negeri telah mengesan beberapa kawasan lain yang lebih memerlukan sebuah hospital baru dalam jangkamasa yang sama. Kajian ini juga menunjukkan bahawa. bed occupancy rate. dengan IZln, di hospital ini adalah lebih kurang 63% sahaja dan didapati memadai untuk

menampung keperluan rawatan bagi penduduk-penduduk di kawasan ini buat masa sekarang. Walau bagaimanapun satu blok bangunan baru boleh diberi pertimbangan untuk menggantikan bangunan-bangunan yang lama dan mengurangkan kesesakan jika perlu.

Yang Berhormat Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff telah menyentuh tentang Hospital Daerah Keluang masih kekurangan tenaga pekerja. khasnya jawatan pakar bagi menampung pertambahan pesakit­pesakit luar dalam daerah Keluang dan persekitarannya.

Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan sedar bahawa pada masa sekarang Kerajaan masih lagi kekurangan doktor-doktor pakar. Ini berlaku bukan sahaja di Hospital Daerah Keluang malahan di beberapa buah hospital yang lain. Walau bagaimanapun Kementerian Ke­sihatan akan menempatkan mereka di Hospital Daerah Keluang apabila keadaan mengizinkan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ke­pakaran ada disediakan di Hospital Daerah Keluang menerusi lawatan yang dijalankan Z)leh pakar bedah dan pakar perubatan umum bagi setiap 2 minggu. Kedua-dua pakar ini adalah dari Hospital Batu Pahat. Di waktu yang lain pesakit-pesakit dari Hospital Daerah Keluang yang memerlukan khidmat kepakaran akan dirujukkan ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya.

Sekianlah sahaja. Tuan Yang di­Pertua, jawapan-jawapan yang dapat sava memberikan ke atas segala teguran-teguran dan masalah-mas~lah yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan ll)gl) sejak 5hb Disember lalu. Teguran-teguran ini akan diberi perhatian dan pertimbangan oleh Kementerian Kesihatan dalam masa pelaksanaan program-program yang dirancangkan. Sekian. terima kasih.

Page 79: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4097 12 DISEMBER 1988 4098

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan.

6.18 ptg.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua. saya mohon izin untuk memberikan jawapan bagi Kementerian Buruh bersekali dengan Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua. terlebih dahulu saya ingin memberikan jawapan ke atas perkara­perkara yang telah dibangkitkan mengenai Kementerian Buruh.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan G. Rajoo, Yang Berhormat Senator Tuan P. Balaram dan Yang Berhormat Tuan ·Senator Tuan C. Krishnan yang telah mengambil perhatian berat ke atas masalah perumahan pekerja-pekerja ladang dan lombong yang mana mengikut Ahli-ahli Yang Berhormat itu masalah ini telah mengakibatkan ladang-ladang mengalami masalah ke­kurangan tenaga buruh dan seterus­nya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada buruh-buruh serta pekerja-pekerja asing yang kebanyakan masuk tanpa izin ke negara ini. Terlebih dahulu saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa skim memiliki rumah pekerja ini adalah satu rancangan sukarela yang digalakkan oleh Kerajaan untuk mendapat penyertaan para majikan ladang dan lombong membina rumah­rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh pekerja-pekerja mereka. Skim ini adalah bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja ladang dan lombong memiliki rumah kediaman sendiri. Kementerian Buruh sedar bahawa sambutan untuk menyertai skim ini boleh diperbaiki lagi. Namun demikian skim ini adalah men1pakan satu proses sukarela yang berterusan, rancangannya me­merlukan masa yang panjang dan

melibatkan beberapa agensi Kerajaan selain daripada melibatkan kos yang besar.

Di bawah skim ini. pihak majikan ladang dan lombong dikehendaki menyediakan tanah bagi membina rumah-rumah kos rendah untuk dijual kepada pekerja-pekerjanya. Pihak majikan juga bertanggugjawab membantu mengaturkan pinjaman perumahan daripada institusi-institusi kewangan, mengemukakan per-mohonan-permohonan untuk mendapatkan kelulusan dari berbagai agensi Kerajaan yang terlibat, yang mana pada kebiasaanya proses ini mengambil masa yang panjang.

Proses-proses pelaksanaan skim ini termasuklah memohon untuk menukar syarat tanah daripada ladang kepada perumahan, memecah lot, memohon bekalan elektrik daripada LLN dan bekalan air daripada JKR, mendapat kelulusan daripada Penguasa-penguasa Tempatan, jika ladang-ladang mereka terletak di dalam kawasan Kerajaan Tempatan, mendapat ulasan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan sebagainya.

Walaupun Skim Memiliki Rumah Pekerja ini adalah satu rancangan sukarela. Kementerian Buruh akan terus berusaha menggalakkan majikan ladang dan lombong menyertai Skim tersebut demi kebaikan pekerja­pekerja. Kementerian ini juga sedang mengka.ii masalah-masalah yang dihadapi dengan lebih mendalam supaya Skim ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar pada masa hadapan.

Sehubungan dengan ini, langkah­langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Buruh adalah seperti berikut:

(i) mendapat kerjasama Kera­jaan Negeri dan lain-lain agensi Kerajaan Persekutuan

Page 80: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4099 12 DISEMBER 1988 4100

yang terlibat untuk mempercepatkan pelaksanaan skim ini;

(ii) Pegawai-pegawai Buruh dalam siri lawatan mereka ke Iadang-ladang dan lombong­lombong, sentiasa menyaran serta menggalakkan majikan supaya menyertai skim ini;

(iii) Pegawai-pegawai Buruh juga memberi nasihat kepada majikan-majikan mengenai cara-cara rrtengemukakan permohonan untuk mendapat kelulusan tertentu daripada agensi-agensi Kerajaan yang bersan~kutan;

(iv) Kementerian Buruh se-dang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Koordinasi Kebangsaan bagi Skim Memiliki Rumah Pekerja yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Buruh supaya aktiviti-aktiviti me­ngenai pelaksanaan skim­skim di masa hadapan dapat dipertingkatkan lagi di peringkat Kebangsaan; dan

(v) sebuah Jawatankuasa Kerja juga akan ditubuhkan untuk melaksanakan syor-syor dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Koordinasi Kebangsaan tersebut.

Semenjak Skim Memiliki Rumah Pekerja dilaksanakan pada tahun 1973, 8 buah ladang dan sebuah lombong telah menyiapkan skim-skim mereka dengan membina l ,605 unit rumah untuk dijual kepada pekerja­pekerja mereka. Di samping itu. 2 buah ladang dan 3 buah lombong sedang dalam proses melaksanakan projek masing-masing bagi membina sebanyak 2,082 unit rumah untuk dijual kepada pekerja-pekerja mereka.

Di atas dasar-dasar sukarela sebenarnya penyertaan skim ini adalah

baik. namun demikian Kementerian Buruh akan terus berusaha

· meningkatkan lagi penyertaan majikan Iadang dan lombong untuk membina rumah-rumah pekerja.

Sekianlah. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Kementerian Buruh.

Sekarang saya mohon izin untuk meneruskan jawapan bagi pihak Menteri Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran dan saranan untuk memperkemaskan lagi perjalanan aktiviti Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Senator Mustafa Awang telah menimbulkan isu pembinaan sekolah-sekolah di Terengganu yang sering tergendala sejak tahun 19X7. Perkara ini tidak harus diperbesar-besarkan kerana bilangan sekolah yang terlibat hanyalah beberapa buah sahaja. Sebenarnya. Kementerian Pendidikan telah pun berusaha untuk menyediakan kemudahan per-sekolahan kepada penduduk terutama di kawasan luar ban dar, termasuklah di kawasan Pantai Timur.

Masalahnya ialah kontraktor-kon­traktor yang ditugaskan untuk menyiapkan sekolah-sekolah tersebut tclah gaga! menyiapkan tugas mereka mengikut tarikh yang dijanjikan. Walau bagaimanapun. Kementerian Pendidikan senantiasa mengawasi kemajuan projek-projek pembinaan sekolah tersebut dan bekerjasama dengan pihak JKR untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pcndidikan ialah:

(i) mengadakan mesyuarat-mcsyuarat tapak di antara

Page 81: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4101 12 DISEMBER 1988 4102

(ii)

(iii)

(iv)

pihak kontraktor. J KR. Kcmcnterian Pcndidikan dan lain-lain al!ensi van!! terlibat dalam pe;nbangum;n untuk mcngcsan masalah vang timbul serta memhuat saranan-saranan vang sesuai untuk mcnl!atasi ~masalah rakyat:

membuat tjndakan susulan olch pihak JKR mengikut kesesuaian situasi seperti mcngcluarkan surat-surat amaran atau mcmberhentikan projck:

araban kerja-kerja

mcmansuhkan kontrak apabila tcmpoh smp projek telah tamat: dan

menjalankan proses tender scmula projek.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Bcrhimnat Senator Ainon Ariffin mcnimbulkan perkara vang berkaitan dcngan guru-guru · va~ll! tidak kommitcd scbagai . ~pendidik. Kcmcntcrian Pcndidikan hendaklah mcngambil perhatian tentang perkara 1111 dan pcrlu mengambil langkah untuk mcngubah sikaJ) guru-guru~ini.

Tuan Yang di-Pcrtua. Kcmenterian J>endidikan rnemang menvedari adanya golongan gu;u-guru seperti Yang te lah disebutkan. namun bilangan golongan ini amat keciL Keadaan demikian kadangkala dipengaruhi oleh suasana sosial dan fizikal tempat mereka ditugaskan. Setiap guru adalah tertakluk kepada penilaian prestasi tahunan oleh Pen~etua atau Guru Besar masing­masmg. Dalam hubungan ini adalah menjadi tanggungjawab Pengetua atau Guru Besar untuk membetulkan mana-mana guru yang lemah atau tidak kommited supaya mempunyai satu sikap positif terhadap profesionnya.

Bagi kommited

mcmpastikan terhadap

guru-guru profesion

pcrguruan. Kementerian Pendidikan mengambil beberapa langkah-langkah tcrtentu:

(i) menjalankan kursus dalam perkhidmatan yang bertujuan mempertingkatkan lagi prestasi mereka:

( ii) sekolah-sekolah digalakkan mengadakan "in-house traini~g". dengan izin. yang bertuJuan memantapkan lagi pengajaran dan pem­belajaran.

. .Melalui kursus-kursus pembaharuan 1111. adalah diharapkan guru-guru diberi "input" baru d~lam perkembangan pendidikan. Dengan adanya ''input" baru adalah diharapkan guru-guru lebih kommited lagi.

Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin~ .JUga menggesa supaya Kemcnterian Pendidikan mengkaji semula kurikulum memandangka·n berlakunya pengangguran di kalangan lepasan pusat pengajian tinggi basil dan pelaksanaan yang tidak sesuai dengan permintaan. Sebagai makluman Yang Berhormat. kurikulum sekolah di peringkat rendah dan menengah adalah sedang dalam proses penyemakan semula~ Susunan dan penekanan Kurikulum Tera~, mata-matapelajaran wajib dan ele~ttf, l!lata-matapelajaran pilihan bag1 penngkat Sekolah Menengah Atas adalah untuk permulaan pengkhususan yang bersesuaian dengan kerjaya.

Berhubung dengan masalah pengangguran di kalangan siswazah lepasan pusat penga~jian tinggi. sebenarnya kurikulum baru sedang disusun dan disesuaikan dala~ Kurikulum Bersepadu Sekolah Menet~.gah ( ~BSM) dan di pusat-pusat p~ngapan tmggi dengan mengambil ktra . kesesuaian dengan keperluan permmtaan tenaga kerja.

Page 82: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4103 12 DISEMBER 1988 4104

Di an tara faktor-faktor yang diambil kira dalam usaha menvcsuaikan kurikulum ini ialah: ·

(i) kurikulum yang tidak rigid dari segi latihan, 1s1

kandungan, masa latihan. bahan-bahan latihan:

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. izinkan saya mengganggu sebentar.

Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Seksyen 6 (3), saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom untuk mem-pengerusikan mesyuarat ini, dipersilakan.

(Tuan Haji Shaharom mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Sila Yang Berhormat Dato Wan Abu Bakar meneruskan ucapan.

Dato Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Terima kasih, Tuan Yang di~Pertua.

Yang keduanya. tenaga pengajar yang sentiasa mengikut perkembangan industri dan mempurtyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengubahsuai kurikulum mengikut kcpcrluan.

Yang ketiga, peruntukan yang mencukupi untuk melengkapkan bengkel-bengkel dengan kemudahan­kemudahan dan bahan-bahan yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua. mengenai syor untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda untuk rakyat Malaysia seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih. ingin ditegaskan bahawa status Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi

Negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet dan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah dan diajarkan sebagai matapelajaran wajib sc_jajar den~rcm Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dipersetujui bersama.

Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih juga menimbulkan isu mcngenai pcnumpuan kcpada matapclajaran sains dan ilmu hisab.

Sebagai makluman Yang Bcrhormat kurikulum yang dirangka bagi peringkat rendah dan menengah memang menitikbcratkan bidang sains dan m;tematik ataupun ilmu ~hisab. malahan sains dan matematik merupakan matapelajaran-mata­pelajaran teras atau pun wajib di pcringkat sckolah rcndah dan menengah.

Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih dari Pulau Pinang juga yang mcminta Kcmentcrian Pcndidikan mcmbcrikan perhatian terhadap pcrtuhuhan AI­Arqam yang memcsongkan pclajar­pclajar sckolah. Scbcnarnya Kcmcnterian Pendidikan tclah mengcluarkan Pckcliling lkhtisas Agama 3/llJ7lJ:

..Bahawa sctiap aktiviti kcagamaan dari pcrtuhuhan-pertubuhan luar dan juga orang-orang pcrseorangan tidak henar diadakan di sckolah­sekolah melainkan terlehih dahulu mendapat kehenaran Pendaftar Sekolah-sekolah Negcri dari Guru Bcsar berkenaan ...

Kegiatan pertubuhan AI-Arqam di kalangan pelajar-pt:lajar adalah tcrtakluk kcpada pcleliling terscbut dan sentiasa mendapat pengawasan dari Guru-guru Besar. Jabatan Pendidikan Negeri dan Kcmenterian Pendidikan.

Page 83: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4105 12 DISEMBER 1988 4106

Tuan Yang di-Pertua. Yang Bcrhormat Senator Tuan Haji Ibrahim bin Jendol. membangkitkan soal rnemberi kuasa yang lebih atau rnencukupi kepada Pengetua atau Guru-guru Disiplin. Mengikut peruntukan yang terkandung dalam Ordinan Education (School Oicipline Regulations ll)5l)). dengan izin:

"Kuasa disiplin yang ada pada Pengetua adalah rnencukupi".

Para 6. Ordinan tersebut .iuga membolehkan Pengetua mcnurunkan kuasa kcpada guru-guru yang berdaftar bagi satu-satu kes disiplin.

Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Jendol juga menimbulkan isu mengenai peruntukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang akan tamat pada tahun ll)~~ dan mengesyorkan juga agar peruntukan perlu ditcruskan untuk menjamin kejayaan KBSR.

Kemcnterian Pendidikan ingin rnerakamkan ucapan terima kasih di atas perhatian bcrat Yang Berhormat terhadap pcrkembangan pcndidikan khasnya mengcnai KBSR ini.

Adalah benar peruntukan KBSR telah tamat pada tahun 11)~7 untuk tahun 6 pelaksanaan ll)~~- Oleh yang demikian peruntukan perlu diteruskan demi menjamin kejayaan KBSR. Walau bagaimanapun. jumlah peruntukan untuk scbuah sekolah perlu dikurangkan. lni adalah kerana peruntukan yang diperlukan hanyalah untuk membiayai bahan-bahan habispakai dan kursus-kursus untuk mempertingkatkan prestasi guru-guru berhubung dcngan KBSR. Sunggunpun peruntukan KBSR akan ditamatkan pad a tahun ini. Kementerian masih tcrus memberi bantuan pcrkapita pada sekolah­sekolah bagi membantu menjayakan KBSR.

Menycntuh Matapelajaran Alam dan Man usia yang digesa supaya dikaji

semula. sebenarnya adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan untuk sentiasa mengkaji keberkesanan sesuatu kurikulum yang sedang dilaksanakan serta memperbaiki mana-mana aspeknya sekiranya terdapat apa-apa kelemahan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom (yang sedang mempengerusikan mesyuarat se-karang ini) mencadangkan supaya Pegawui Dakwah yang terlatih dihantar ke negara-negara di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia.

Sebenarnya Kementerian Pen-didikan memang menyedari tcntang perlunya pegawa1-pegawai agama yang terlatih dihantar ke negara-negara di mana terdapat pelajur-pelajar Malaysia. Untuk tujuan itu setakat ini seramai 8 orang pegawai dakwah telah ditempatkan di beberapa buah tempat seperti berikut:

( i) Washington

(ii) Chicago

(iii) Los Angles

(iv) Toronto

(v) London

(vi) Kaherah

(vii) Sydney

dan baru-baru ini seorang Pegawai Agama ditempatkan di New Zealand. Pegawai-pegawai ini menjalankan tugas mereka sebagai Pegawai Kebajikan Pelajar, di sam ping memberikan perhatian yang khusus dalam bidang bimbingan agama termasuk mengatasi serta menyelesaikan masalah-masalah pelajar khususnya yang bersangkutan dengan agama.

Kementerian Pendidikan akan bcrusaha menambah bilangan pegawai ini dari semasa ke semasa mengikut kcperluan.

Page 84: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4107 12 DISEMBER 1988 4108

Menyentuh perkara mewujudkan sistem pondok di seluruh negara seperti yang diwujudkan di Bachok, Kelantan untuk melahirkan ulama pelapis oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom, Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan Yang Berhormat itu. Walau bagaimanapun, oleh kerana sistem pondok ini adalah merupakan suatu sistem "pendidikan agama tradisi yang biasanya dikendalikan oleh pihak rakyat atau Majlis Agama Islam Negeri. maka adalah dirasakan lebih wajar cadangan mengkaji sistem ini dikemukakan kepada Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri. W alau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan bersedia memberi sokongan dan bantuan kepakaran dalam mengendalikan kajian tersebut.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom juga menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan pemeriksaan ke atas penjualan makanan ringan di kantin­kantin sekolah. Kantin sekolah sentiasa diberi perhatian khusus oleh para pe_gawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri. Pejabat Pendidikan Daerah serta Pengetua atau Guru Besar yang berkenaan, para Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri serta Kerajaan Tempatan juga turut menjayakan usaha ini.

Di antara aspek yang diteliti termasuklah kesesuaian penyediaan dan penyimpanan bahan-bahan makanan dan minuman.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuan G. Rajoo, Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian ke atas program-program ijazah di bidang perubatan yang dijalankan oleh universiti-unversiti tempatan. Bagi program ijazah lanjutan pula, bilangan pelajar telah

bertambah setiap tahun untuk melahirkan lebih ramai lagi pakar­pakar perubatan di negara ini.

Walau bagaimanapun, pengambilan pelajar-pelajar terpaksa disesuaikan dengan kemampuan Fakulti Perubatan tersebut, kemudahan yang sedia ada di Fakulti berkenaan, bilangan tenaga pengajar dan peruntukan yang disediakan bagi menjalankan program tersebut.

Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh telah meminta Kementerian Pendidikan mengawal selia sekolah swasta agar apa yang dicita-citakan oleh Kerajaan menerusi pendidikan boleh dicapai. Bagi memastikan cita-cita Kerajaan menerusi pendidikan di sekolah­sekolah swasta boleh dicapai, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri dari masa ke semasa mengadakan lawatan pemeriksaan ataupun kawal selia ke sekolah-sekolah swasta tersebut. Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kawai Selia sekolah-sekolah dan institusi­institusi pendidikan swasta di peringkat Kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. · Antara objektif utama penubuhan jawatankuasa ini ialah:

(i) Mengkaji perkembangan pesat dalam penubuhan sekolah-sekolah dan institusi­institusi pendidikan swasta di negara ini.

(ii) Meneliti sama ada penubuhan sekolah-sekolah dan institusi­institusi pendidikan ini serta kursus-kursus yang dijalankan adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bersesuaian dengan kepentingan negara.

(iii) Mencadangkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan bagi penubuhan sekolah-sekolah

Page 85: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4109 12 DISEMBER 1988 4110

dan . institusi-institusi pendidikan.

(iv) Mencadangkan tindakan-tindakan untuk mengawal selia penubuhan dan perjalanan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan untuk menjamin mutu pendidikan yang baik di samping menjaga kepentingan orangramai.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh juga menimbulkan isu berhubung dengan pendidikan vokasional. Kurikulum bagi semua kursus yang dinyatakan memanglah dikaji semula dari masa ke semasa, mengikut keperluan industri. Tujuan pendidikan vokasional adalah untuk memberikan latihan vokasional yang luas dalam bidang-bidang yang tertentu supaya pelajar dapat menerima, on the job training dari industri apabila mereka diterima bekerja. Ini bermakna bukanlah menjadi tujuan utama pendidikan vokasional untuk membolehkan pelajar-pelajar terus dapat . berdikari sebaik sahaja tamat persekolahan mereka. Selain daripada memb~rikan kemahiran-kemahiran dalam bidang tertentu, pelajar juga diberikan pendedahan kepada unsur-unsur keusahawanan. Dengan pelajaran ini, pelajar-pelajar mempunyai asas keusahawanan yang diperlukan. Dari pertambahan pengalaman dan pen­dedahan di alam pekerjaan, adalah dijangka pelajar-pelajar akan sanggup berdikari di masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan A. K. Sivalingam meminta Kementerian Pendidikan untuk mengambil perhatian tentang nasib sekolah­sekolah Tamil. Kementerian Pendidikan sememangnya telah dan sedang melaksanakan kursus perguruan asas dalam cuti untuk guru­guru sandaran tidak terlatih bagi

semua jenis sekolah, termasuk SRJK (Tamil).

Mengenai permintaan Yang Berhormat Tuan A. K. Sivalingam supaya Kementerian Pendidikan mengambil perhatian tentang nasib sekolah-sekolah Tamil, sebagai makluman Yang Berhormat, Sekolah­sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang dipajak atas tanah-tanah ladang adalah merupakan sekolah bantuan penuh bukan milik Kerajaan. Sekolah-sekolah berkenaan adalah milik Lembaga Pengurus. Oleh itu, urusan mendapatkan tapak berkenaan adalah tanggungjawab Lembaga Pengurus. Kementerian Pendidikan hanya memberi bantuan modal dari segi pembinaan bangunan sahaja.

Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King telah menimbulkan isu mengenai Akta Pendidikan yang mana semasa Kementerian Pendidikan mengkaji semula dan merumuskan Akta tersebut, Kementerian janganlah menghadkan dan menyulitkan penubuhan serta perkembangan kolej dan tadika swasta. Beliau juga menyatakan Kementerian Pendidikan haruslah menyediakan peruntukan bagi membiayai pengurusan kedua­dua institusi berkenaan. Soal penubuhan dan perkembangan kolej serta tadika swasta ini akan diberi perhatian yang sewajarnya semasa kajian Akta Pendidikan dijalankan.

Walau bagaimanapun, mengenai soal pembiayaan peruntukan bagi mana-mana kolej dan tadika swasta, dukacita dinyatakan bahawa Kementerian Pendidikan tidak dapat mempertimbangkannya kerana Kementerian sendiri mempunyai institusi-institusi yang perlu dibiayai. Lagipun institusi-institusi sedemikian tidak menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng menimbulkan isu pemilihan

Page 86: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4111 12 DISEMBER 1988 4112

kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah asrama penuh, hendaklah adil supaya anak-anak orang kaya ataupun pegawai kanan tidak menggunakan pengaruh untuk memasuki asrama penuh dan menggesa supaya Kementerian ini menyemak semula sistem pengambilan ke asrama penuh supaya penuntut luar bandar dapat lebih peluang masuk ke asrama penuh.

Untuk makluman Yang Berhormat, dasar pemilihan kemasukan p-elajar ke sekolah-sekolah berasrama penuh sememangnya mengutamakan pelajar­pelajar dari luar ban dar. Dasar yang digunakan sekarang ialah 70% luar bandar dan 30% bandar adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Tindakan Negara.

Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa menyemak sistem pelajar­pelajar ke sekolah berasrama penuh dari masa ke semasa supaya ianya tidak lari dari matlamat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King berhubung dengan usul untuk melonggarkan kriteria ·penuntut untuk mengikuti pendidikan teknik dan vokasional dan pendidikan tinggi berdasarkan kriteria yang sedia ada sekarang ini tempat yang ditawarkan kepada pelajar-pejalar adalah terhad sedangkan permohonan untuk memasuki institusi-institusi tersebut berlipat kali ganda. Oleh itu, sebarang bentuk kelonggaran syarat-syarat kemasukan tidak dapat dilakukan kerana syarat-syarat yang sedia ada sudah cukup sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh, Kerajaan menyedari tentang jenis dan judul bahan bacaan bagi kanak-; kanak masih kurang. Usaha telah dimulakan untuk mengatasi perkara

terse but berikut:

dengan projek-projek

(i) DEP menganjurkan Minggu Kawanku Buku tiap-tiap tahun untuk menggalakkan bakat-bakat menulis untuk kanak-kanak.

(ii) Majlis Kemajuan Buku

(iii)

(iv)

Kebangsaan mengadakan kursus untuk para editor dan penjual buku.

Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan mengadakan hadiah buku Malaysia untuk menggalakkan para penerbit menerbitkan lebih banyak lagi judul yang bermutu untuk kanak-kanak.

Kementerian Pendidikan memperuntukkan wang untuk pembelian buku-buku kanak­kanak bagi mengisi pusat­pusat sumber sekolah, buku­buku yang ada boleh dipinjam oleh murid-murid bila-bila masa termasuk masa cuti sekolah.

Yang Berhormat Senator Tuan G. Rajoo mengemukakan supaya semua sekolah-sekolah mendapat bekalan air dan api secara percuma dan beliau juga menyeru Kementerian meningkatkan kadar bantuan kadar bantuan PCG. Sebenarnya, Kementerian Pendidikan sedang berusaha dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengkaji kemungkinan kadar bayaran api bagi sekolah-sekolah diturunkan.

Selain dari itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan kadar baru bagi bantuan BCG pada tahun 1982. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kadar baru ini tidak dilaksanakan lagi memandangkan keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan pelaksanaannya, oleh sebab ianya melibatkan implikasi kewangan yang besar.

Page 87: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4113 12 DISEMBER 1988 4114

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Nasir bin Haji Manap telah mengemukakan isu supaya Kementerian Pendidikan mengkaji semula keputusan membenarkan penubuhan-penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi swasta untuk implikasi kesan dalam jangka panjang. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan ada mempunyai kriteria­kriteria yang telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 mengenai penubuhan sekolah­sekolah ini. Semua keputusan untuk mengkaji penubuhan sekolah-sekolah swasta sama ada peringkat rendah, menengah dan tinggi diwajibkan mengikuti garispanduan-garispanduan seperti yang termaktub dalam Akta tersebut. Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan tertentu jika didapati sekolah-sekolah yang telah dibenarkan menjalankan program-program mereka tetapi telah terkeluarkan dari garispanduan terse but.

Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong telah mengemukakan cadangan supaya mewujudkan Rang Undang­undang Perbekalan Tambahan bagi membaiki sekolah-sekolah uzur. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sentiasa menyediakan peruntukan untuk menyelenggarakan semua sekolah. Peruntukan yang disediakan itu adalah disalurkan melalui Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri dan kemudian diagih-agihkan. Oleh kerana peruntukan yang disediakan itu amat terhad pada satu-satu tahun masalah memperbaiki sekolah-sekolah uzur seperti yang dikatakan oleh "\hli Ya!l~ Berhormat itu terpaksa d1perbmki secara beransur-ansur.

Yang Berhormat berkenaa_n juga memaklumkan isu mengenm anak pendatang tanpa izin di sekolah­sekolah di negeri Sabah serta mencadangkan peruntukan diambil

kira bagi mengatasi masalah ini. Atas perikemanusiaan, Kementerian Pendidikan senantiasa mengambil perhatian berat terhadap kemasukan anak-anak pendatang tanpa izin di sekolah-sekolah di Sabah. Atas dasar terse but juga Kementerian Pendidikan membenarkan perkara ini dijalankan.

Berkaitan dengan peruntukan bagi menghadapi masalah ini, Kementerian Pendidikan hanya mampu menyediakan peruntukan-peruntukan berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh agensi pusat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator P. Balaram mengemukakan isu supaya Kementerian Pendidikan mengadakan peraturan undang-undang yang boleh membentuk pelajar-pelajar yang bertanggungjawab bagi tujuan melahirkan satu generasi yang berdisiplin dan mahir. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk menyatakan secara hitam putih falsafah pendidikan negara yang menekankan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk membentuk manusia yang . baik berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Berlandaskan hasrat tersebut, kurikulum sekolah-sekolah telah digubal dengan memasukkan aspek­aspek disiplin. lanya meliputi penanaman nilai dan sikap seperti menghormati dan mematuhi undang­undang, kesanggupan seseorang itu bekerja dengan tekun dan tertib, menghormati hak individu-individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah-laku yang baik dan sebagainya. Pendidikan qisiplin tersebut dilaksanakan dalam aspek­aspek pendidikan formal dan tidak formal. Alam hubungan ini, sekolah­sekolah digalakkan mewujudkan budaya yang membantu memupukkan nilai-nilai yang dikehendaki. Sekolah juga telah diarahkan untuk mempergiatkan lagi peranan PIBG supaya ibubapa sama-sama menyedari hasrat tersebut.

()

Page 88: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4115 12 DISEMBER 1988 4116

Selanjutnya bagi membentuk masyarakat yang mahir, kurikulum sekolah kini telah digubal semula dengan memberi perspektif baru kepada penguasaan, kemahiran dan praktik asas bagi menjadikan pelajar­pelajar lebih bersedia menerima latihan lanjut dalam berbagai bidang kerjaya yang berasaskan kemahiran­kemahiran praktik. Mereka juga boleh menggunakan kemahiran asas tersebut dalam kehidupan seharian.

Menyentuh isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator A. K. Sellappan yang menyarankan ~ul?aya ditambahkan peruntukan btastswa kepada pelajar-pelajar miskin yang pendapatan ibubapa mereka di antara $300-$500 sebulan, sebenarnya dasar pemberian biasiswa Kementerian Pendidikan ialah dengan memberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar yang ipubapa mereka dari golongan orang-orang yang miskin atau berpendapatan rendah. Setakat ini peruntukan dan dasar pemberian biasiswa adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, keadaan ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Senator Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh menyentuh tentang guru-guru yang dilatih oleh Kementerian Pendidikan dalam bidang khusus tetapi ditempatkan pacta tempat yang tidak ada kaitan dengan pengkhususannya. Menurut beliau tindakan ini sangat merugikan negara. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan menggunakan sepenuhnya guru-guru dalam bidang pengkhususan masing­masing, tetapi dalam beberapa perkara ia tidak dapat dielakka~ kerana mereka yang mempunym pengkhususan dalan:t . satu ma~a­pelajaran dikehendak1 J~ga mengaJ.a~ matapelajaran yang. lam. Hal 101 berlaku disebabkan antara lain:

(i) guru yang mempunyai pengkhususan dalam satu-satu matapelajaran tidak lagi

(ii)

mengajar pengkhususan yang tersebut apabila ia ditukar ke sekolah lain kerana di sekolah tersebut telah sedia ada guru yang mempunyai pengkhu­susan yang sama;

dasar pe'rtukaran guru-guru antara negeri adalah berdasar kepada ke-kosongan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan

(iii) walaupun guru-guru itu mempunyai pengkhususan dalam satu-satu mata­pelajaran tetapi mereka boleh juga diminta untuk mengajar matapelajaran yang lain.

Menyentuh mengenai isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King, Kementerian Pendidikan tidak melupakan Sarawak dalam program pembaikan bilik darjah dan peralatan kerana kebanyakan sekolah jenis kebangsaan di Sarawak dibina sebelum merdeka. Sebenarnya setiap tahun Kementerian Pendidikan memang menyediakan peruntukan di bawah tajuk Penyelenggaran Bangunan dan Alat Gantian Perabot bagi semua negeri untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Mengenai isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dr Tan Chong Keng yang menyarankan supaya Kerajaan menjimatkan wang negara dengan tidak meng~antar pelajar-pelajar ke luar negen dan wang sebanyak itu boleh disalurkan untuk menambah ataupun membesarkan universiti-universiti tempatan. Sebenarnya penghantaran pelajar-pelajar tajaan Kerajaan kel~ar negeri telah dikurangkan. PelaJar: pelajar hanya dihantar keluar negen bagi mengikuti kursus-kursus yang tidak terdapat di dalam negeri ini atau mengikuti kursus-kursus di mana tempat yang dapat ditawarkan oleh

Page 89: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4117 12 DISEMBER 1988 4118

universiti-universiti tempatan adalah terhad.

Menyentuh perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator V. K. Sellappan supaya peruntukan untuk teknologi pendidikan disalurkan kepada semua sekolah di Malaysia, sebenarnya cara ini sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan berdasarkan keutamaan serta peruntukan wang yang diberikan.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Yang Berhormat Data, saya minta maaf, saya tempohkan mesyuarat ini selama 20 minit untuk Solat Maghrib. Yang Berhormat Data boleh menyambung selepas ini. Mesyuarat ditempohkan.

Persidangan ditempohkan pada pukul 7.03 malam.

Persidangan disambung semula pada pukul 7.37 malam.

(Tuan Haji Shaharom mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membawa satu usul. Silakan, Yang Berhormat.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun usul yang telah diluluskan tadi, mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (1), Dewan

ini hendaklah ditangguhkan apabila selesai sahaja Menteri Pendidikan memberikan jawapannya.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men yo kong.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan usul atas nama Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, iaitu bahawa walau apapun usul yang telah diluluskan tadi, mengikut Peraturan Mesyuarat 11 ( 1) Dewan ini hendaklah ditangguhkan apabila selesai sahaja Menteri Pendidikan memberikan jawapannya.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan.

Bahawa walau apapun · usul yang telah diluluskan tadi, mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (1), Dewan ini hendaklah ditangguhkan apabila selesai sahaja Menteri Pendidikan memberikan jawapannya.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1989

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menyambung jawapan. Silakan.

7.39 mlm.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sedikit sahaja lagi jawapan kepada masalah-masalah yang dibangkitkan bagi Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Senator Puan Rokiah binti Zainuddin membangkit­kan isu mengenai penambahan guru­guru perpustakaan yang terlatih.

Page 90: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4119 12 DISEMBER 1988 4120

Kementerian Pendidikan melaksanakannya melalui langkah­langkah berikut:

(i) menganjurkan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru;

(ii) memberikan kursus setahun dalam bidang perpustakaan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras;

(iii) melengkapkan bilik-bilik bacaan ataupun perpustakaan di sekolah-sekolah.

Mengenai saranan Yang Berhormat Senator Dr Nawawi Mat Awin supaya dikaji dahulu kesannya sebelum mengiktiraf ijazah Universiti Taiwan, sebenarnya Kementerian Pendidikan melaksanakan sesuatu tindakan atau keputusan itu setelah ia membuat kajian terlebih dahulu iaitu berdasarkan kepada kesesuaian dan keperluan negara.

Menyentuh isu daripada Yang Berhormat Senator V. K. Sella pan yang meminta peruntukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) ditambah, sebenarnya Kementerian sentiasa mempertimbangkannya dan ia bergantung kepada peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan.

Mengenai peruntukan kepada sekolah-sekolah menengah teknik swasta dan mengiktiraf sijil mereka, sebenarnya sekolah jenis ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Mengenai sijil dari industri-industri swasta, sebenarnya terdapat sebuah Jawatankuasa Khas yang bertanggung­jawab mengkaji dan menimbangkan kelayakan-kelayakan dari institusi­institusi dalam dan luar negeri di Jabatan Perkhidmatari Awam.

Mengenai isu Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun

supaya diberikan penekanan tulisan Jawi dalam KBSR, sebenarnya hal ini telahpun diambil perhatian dan keutamaan termasuk dalam pengajian Al-Quran di sekolah-sekolah.

Yang Berhormat Senator Douglas Sullang anak Ganda meminta Kementerian Pendidikan seharusnya menempatkan guru-guru yang sudah berpengalaman di sekolah-sekolah luar ban dar.

Untuk makluman Ahli Yang Bcrhormat. jumlah guru-guru lulusan maktab yang ditempatkan di sekolah­sekolah setiap tahun adalah kecil jika di bandingkan dengan jumlah guru berpengalaman yang sudah ada di sekolah-sekolah berkenaan. Dengan lain perkataan di luar bandar jumlah guru-guru berpengalaman sudah mencukupi.

Mengenai guru-guru Semenanjung merampas peluang penduduk­penduduk Sabah dan Sarawak, sebenarnya penempatan guru-guru tersebut adalah merupakan Iangkah sementara sehingga Maktab-maktab Perguruan di Sabah dan Sarawak dapat melatih anak-anak tempatan untuk menampung keperluan di negeri Sabah dan Sarawak secukupnya. Penempat~m guru-guru Semenanjung ke Sabah dan Sarawak seharusnya tidak dianggap sebagai merampas peluang penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak kerana sebenarnya pemergian guru-guru Semenanjung adalah satu pengorbanan di pihak mereka dengan tujuan membantu murid-murid di Sabah dan Sarawak dan untuk menyelesaikan • masalah sementara kekurangan guru-guru terlatih di Sabah dan Sarawak sekarang.

Jumlah guru-guru Semenanjung yang mendapat latihan di Maktab yang akan ditempatkan ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1989 ialah bagi guru sekolah rendah di Sabah seramai

Page 91: Hari Isnin MALAYSIA · DOA (Tuan Yang di-Pertua mem ... bagaimanapun, setelah keadaan dalam negara Burma itu semakin pulih, mereka telah pun kembali semula ke Rangoon pada 25hb Oktober,

4121 12 DISEMBER 1988 4122

331 orang, manakala di Sarawak 305 orang bagi sekolah menengah bilangannya adalah 37 orang di Sabah dan 56 orang di Sarawak sementara itu 6 orang guru dari Sarawak telah ditempatkan di Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahajalah ulasan Kementerian mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan mengenai Kementerian Pendidikan. Perkara yang tidak sempat saya sentuh dalam ulasan saya tadi adalah perhatian Kementerian Pendidikan. Saya mengucapkan

L-A03664.

berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang BerhOrmat yang telah memberikan pandangan dan teguran yang membina. Terima kasih.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan mesyuarat sehingga esok jam 2.30 petang. Mesyurat ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam.