burma dan thailand

27
PENDAHULUAN Burma/Myanmar dan Thailand merupakan dua buah negara Asia Tenggara yang saling bersempadanan antara satu sama lain. Pada awalnya, Burma dan Thailand merupakan kuasa besar Asia Tenggara sehinggalah kedatangan Barat terutamanya British ke rantau tersebut. Perbezaan yang ketara telah tercetus antara Burma/Myanmar dengan Thailand semasa kedatangan British di rantau tersebut iaitu kemerdekaan menjadi titik pemisahnya. Thailand telah dapat mengekalkan kemerdekaan negaranya daripada ditakluk oleh Barat manakala Burma/Myanmar tidak mampu mengekalkan kemerdekaannya apabila telah ditakluk oleh British melalui tiga siri peperangan. Pemerintah setempat menjadi faktor utama yang mewujudkan perbezaan tersebut. FAKTOR POLITIK DASAR PEMERINTAH BURMA/MYANMAR Penaklukan Burma/Myanmar 1 melalui tiga siri peperangan utama iaitu Perang British-Burma I (1824-26), Perang British-Burma II (1852-1853) dan Perang British-Burma III (1885) sebenarnya jikalau dikaji dengan terperinci adalah turut berpunca dengan dasar yang diwujudkan dan diamalkan oleh pemerintah tempatan Burma/Myanmar itu sendiri. Dasar yang dikatakan menjadi punca meletusnya siri peperangan tersebut seterusnya menyebabkan Burma/Myanmar terjajah adalah pengamal dasarnya yang tidak selari dengan kehendak British. 1 Pemerihalan tentang sejarah Burma/Myanmar secara keseluruhannya telah dipahatkan oleh Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1

Upload: harunzz-abdullah

Post on 03-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

burma& thai

TRANSCRIPT

DASAR PEMERINTAH

PENDAHULUAN

Burma/Myanmar dan Thailand merupakan dua buah negara Asia Tenggara yang saling bersempadanan antara satu sama lain. Pada awalnya, Burma dan Thailand merupakan kuasa besar Asia Tenggara sehinggalah kedatangan Barat terutamanya British ke rantau tersebut. Perbezaan yang ketara telah tercetus antara Burma/Myanmar dengan Thailand semasa kedatangan British di rantau tersebut iaitu kemerdekaan menjadi titik pemisahnya. Thailand telah dapat mengekalkan kemerdekaan negaranya daripada ditakluk oleh Barat manakala Burma/Myanmar tidak mampu mengekalkan kemerdekaannya apabila telah ditakluk oleh British melalui tiga siri peperangan. Pemerintah setempat menjadi faktor utama yang mewujudkan perbezaan tersebut. FAKTOR POLITIKDASAR PEMERINTAH BURMA/MYANMARPenaklukan Burma/Myanmar melalui tiga siri peperangan utama iaitu Perang British-Burma I (1824-26), Perang British-Burma II (1852-1853) dan Perang British-Burma III (1885) sebenarnya jikalau dikaji dengan terperinci adalah turut berpunca dengan dasar yang diwujudkan dan diamalkan oleh pemerintah tempatan Burma/Myanmar itu sendiri. Dasar yang dikatakan menjadi punca meletusnya siri peperangan tersebut seterusnya menyebabkan Burma/Myanmar terjajah adalah pengamal dasarnya yang tidak selari dengan kehendak British.

Dasar pemerintah Burma/Myanmar yang bercorak imperialis ke atas kawasan berhampiran dengan sempadan Burma/Myanmar telah mendesak kepada peperangan ini. Bodawpaya telah menjalankan misi perluasan kawasan jajahan meliputi kawasan Arakan yang bersempadan dengan Chittagong yang dikuasai British. Dasarnya kemudiannya telah diteruskan oleh cucu saudaranya yang menjadi pemerintah Burma/Myanmar iaitu Bagyidaw (1819) yang telah meneruskan dasar imperialis datuk saudaranya. Bukan setakat itu sahaja, malah Bagyidaw telah menguatkan lagi pengamalan dasar meluaskan tanah jajahan oleh Burma/Myanmar. Hal ini terbukti apabila beliau yang dibantu oleh Jeneral Maha Bandula telah menyerang dan seterusnya berhasil menawan negeri-negeri kecil di sempadan timur laut India iaitu Assam pada tahun 1820 dan Manipur pada tahun 1822. Dasar agresif Bodawpaya dan kemudiannya diikuti oleh Bagyidaw telah membuatkan British beranggapan bahawa Burma/Myanmar bercita-cita untuk menawan Benggal.

Sikap pemerintah turut menjadi penyebab kepada tercetusnya peperangan di antara Burma/Myanmar dengan British. Pertamanya, layanan buruk terhadap wakil-wakil British di Burma/Myanmar (Residen/Penasihat). British telah menghantar wakil mereka ke Burma/Myanmar bagi tujuan demokrasi dan hubungan antarabangsa yang wujud dengan Burma/Myanmar. Wakil-wakil atau lebih tepat dipanggil sebagai Residen British ini berperanan seperti duta pada hari ini. Mereka adalah informer utama kepada Kementerian Luar British di Britain. Walau bagaimanapun, residen-residen tersebut telah merungut dengan mengatakan bahawa mereka tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pemerintah Burma/Myanmar. Peristiwa ini dapat dibuktikan apabila Hiram Cox dan John Canning (Residen British di Rangoon) terpaksa pulang ke India pada tahun 1798 dan 1803 akibat mendapat layanan buruk daripada pegawai-pegawai istana Burma/Myanmar. Ketidakpuasan hati di kalangan pegawai British ini tidak terhenti pada Hiram Cox dan John Canning itu sahaja malah turut dibangkitkan oleh Henry Burney yang menjadi Residen pertama di Amarapura (ibu kota Burma/Myanmar)pada tahun 1830. Layanan yang buruk yang diterimanya telah menyebabkan beliau berpindah dari Amarapura ke Rangoon. Tempat yang ditingalkan oleh Henry Burney di Amarapura telah digantikan oleh Kolonel Richard Benson yang kemudiannya turut mengambil langkah yang sama dengan Henry Burney pada Mac 1839. Tempatnya telah diisi oleh pembantunya, Kapten William McLeod yang juga terpaksa meninggalkan Amarapura pada Julai 1839. Layanan yang buruk dan tidak memuaskan daripada pegawai-pegawai Burma/Myanmar menjadi alasan utama. Disebabkan sikap Burma/Myanmar yang dingin terhadap wakil British telah menyebabkan pada Januari 1840, British telah menutup pejabat residennya di Amarapura. Penutupan pejabat residen di Amarapura ini menjadi petanda pemutusan hubungan diplomatik antara British dengan Burma/Myanmar yang telah membawa kepada serangan British terhadap Burma/Myanmar.

Sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin tertinggi (Raja) terutamanya di Asia iaitu yang mementingkan konsep Raja sebagai kuasa dan individu tetinggi dalam kawasan naungannya telah menjadi salah satu daipada sebab yang mencetuskan sistem semacam kasta atau perbezaan taraf bagi rakyat dengan raja. Barat seperti yang diketahui begitu benci dengan konsep perbazaan taraf dalam masyarakat kerana ideologi mereka berpegang kepada persamaan taraf. Perbezaan ideologi yang berlaku inilah yang telah menyebabkan wujudnya perasaan bangga diri oleh pemerintah Burma/Myanmar yang akhirnya menjadi suatu keangkuhan dan pada masa yang sama mengalirnya perasaan tidak puas hati akibat terasa terhina dengan tindakan British. Sikap yang mementingkan perbezaan taraf dan darjat ini dapat disorot melalui peristiwa Raja Burma/Myanmar yang enggan untuk mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral India kerana menganggapnya tidak setaraf. Peristiwa ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak British dan telah merengangkan lagi hubungan diplomatik yang baru hendak dijalin oleh British dengan Burma/Myanmar. Abu Talib menulis;

London yakin Bodawpaya dan kemudiannya Bagyidaw sengaja menggalakkan pegawai Myanmar bersikap angkuh terhadap British.

Akibat mempertahankan ideologi yang mengatakan bahawa mereka (Burma/Myanmar) adalah tinggi tarafnya dan mulia berbanding orang Barat telah menyebabkan mereka bermegah-megah. Walau bagaimanapun, kemegahan yang mereka perjuangkan telah luntur bagai dipijak-pijak apabila termeterainya Perjanjian Yandabo pada 24 Februari 1826 selepas kekalahan Burma/Myanmar dalam Perang British-Burma I. Kekalahan ini telah merobek keangkuhan Burma/Myanmar kerana terpaksa membuat perjanjian yang berat sebelah dengan British. Perjanjian Yandabo bukanlah suatu perjanjian dalam erti kata sebenarnya kerana ia semacam hanya untuk memperoleh persetujuan Burma/Myanmar bagi British mengaut hasilnya. Ekoran daripada termeterainya Perjanjian Yandabo pada 1826 ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh pemerintah Burma/Myanmar kemudiannya iaitu Raja Tharawaddy. Raja Tharawaddy telah bertindak untuk tidak mengakui keabsahan perjanjian tersebut, sekaligus kawasan-kawasan yang diserahkan kepada British seperti yang tertera dalam Perjanjian Yandabo iaitu Arakan, Tenasserim, Manipur dan Assam adalah masih menjadi hak milik Burma/Myanmar. Perihal tidak mengiktiraf perjanjian ini telah menyebabkan pihak British menganggap Burma/Myanmar tidak telus. Masalah kasut turut menjadi kesinambungan perbezaan taraf yang diamalkan Raja Burma/Myanmar terhadap British. Masalah kasut ini tercetus semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78) telah menyebabkan putusnya hubungan diplomatik antara British dengan Burma/Myanmar. Tindakan Residen Shaw yang mengadap Raja Mindon tanpa menanggalkan kasut telah menyebabkan Raja Mindon Min menganggap British ingin memperlekeh-lekehkannya kerana sudah tertera dalam adat mengadap raja, rakyat perlu menanggalkan kasut/sepatu semasa mengadap raja. Tindakan-tindakan yang semacam memperlekehkan ketertinggian taraf Raja Burma/Myanmar ini telah menyebabkan hubungan dengan British yang sudah sedia parah menjadi semakin tenat.

Skop keduanya yang dapat disorot melalui penyebab kepada siri peperangan antara British dengan Burma/Myanmar yang membawa kepada penjajahan British ke atas Burma/Myanmar adalah berlakunya kekacauan dalam politik Burma/Myanmar. Pemberontakan yang dicetuskan oleh pelarian Arakan ekoran dasar imperialis Bodawpaya dan Bagyidaw terhadap Arakan telah mewujudkan kekacauan di Arakan. Pelarian Arakan yang diketuai Chin Byan dikatakan telah ditaja oleh British yang mempunyai sempadan yang sama dengan Burma/Myanmar di Chittagong. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin Byan membuat persetujuan dengan British untuk memerintah kawasan Arakan jikalau dia berjaya mengambilnya daripada Burma/Myanmar. Siri-siri pemberontakan yang kecil terus tercetus seperti pemberontakan di Assam dan Manipur. Seterusnya, turut tercetus pemberontakan oleh orang-orang Kachin dan orang-orang Cina yang telah membakar Bhamo. Siri pemberontakan yang tercetus di kawasan Burma/Myanmar ini telah mencetuskan rasa sangsi Burma/Myanmar tentang sejauhmana keterlibatan British disebalik pemberontakan yang tercetus. Kesangsian Burma/Myanmar ada asasnya kerana setiap kawasan yang tercetusnya pemberontakan merupakan kawasan yang pernah mempunyai kepentingan British atau bersempadan dengan kawasan taklukannya seperti di Arakan yang bersempadan dengan Chittagong. Kesangsian Burma/Myanmar terhadap taktik kotor yang mungkin dimainkan oleh British ditambahkan lagi dengan pernyataan ketua pemberontak Arakan iaitu Chin Byan yang akan memerintah Arakan sebagai mewakili British apabila pemberontakannya berjaya.

Kekacauan politik yang benar-benar memberi impak yang dahsyat kepada sistem pemerintahan Burma/Myanmar timbul apabila wujudnya pertelingkahan dalam sistem beraja Burma/Myanmar. Ketidakseimbangan dalam sistem beraja Burma/Myanmar telah dimulakan selepas Tharawaddy merampas kuasa daripada permaisuri Bagyidaw yang ketika itu memegang tampuk tertinggi pemerintahan Burma/Myanmar. Rampasan kuasa beerti wujudnya pertentangan dalam sistem yang diamalkan dan merujuk kepada situasi Burma/Myanmar ini adalah berlakunya pertentangan dalam sistem politik yang mendasari sesebuah negara. Jikalau berlaku pertentangan yang bercorak revolusi terhadap sistem politik negara tersebut, maka akan berlakunya kekacauan yang mungkin sementara atau mungkin akan berpanjangan. Sejarah politik Burma/Myanmar telah memaparkan peristiwa rampasan kuasa yang berulang kali berlaku. Tharawaddy yang telah merampas kuasa daripada permaisuri Raja Bagyidaw seakan diberi pembalasan apabila beliau kemudiannya telah dikhianati oleh sebahagian tentera dan menterinya yang telah berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada adiknya, Mindon Min.

Raja Thibaw kemudiannya telah mencetuskan satu fenomena politik beraja yang mengejutkan pengamal sistem tersebut. Thibaw telah bertindak membunuh kira-kira 80 orang ahli keluarga diraja ekoran tidak mahu ketertinggian dan kemutlakan kuasanya digangu gugat oleh sesiapa. Pembunuhan ini telah mencetuskan suasana politik yang tidak keruan dan hal ini amat berbahaya bagi perjalanan sesebuah negara berdaulat. Iklim politik yang tidak stabil kerana tidak berada dalam landasannya yang betul akibat tercetusnya siri pemberontakan dan rampasan kuasa yang tidak kunjung sudah telah menimbulkan pengwujudan dasar-dasar politik yang saling bertentangan bagi sesetengahnya kerana ideologi Raja merupakan asas kepada pembentukan dasar politik Burma/Myanmar.Sistem politik boleh dikatakan menjadi penyebab utama mengapa Burma/Myanmar telah diserang dan dijajah. Masakan tidak, dasar-dasar yang dijalankan oleh pemerintah Burma/Myanmar seperti dasar imperialis dan pengamalan konsep perbezaan taraf yang membawa kepada pemuliaan diri sendiri bagai telah mencabar sistem British yang bersifat demokrasi dan kolonial yang kemudiannya mengamalkan dasar imperialisme. Ketidakseimbangan iklim politik diraja telah membawa kepada pemberontakan dan rampasan kuasa yang kemudiannya telah membawa kepada darjah kesangsian yang tinggi oleh Burma/Myanmar terhadap British telah diakhiri dengan serangan oleh tentera Burma/Myanmar terhadap kepentingan-kepentingan British tetapi akhirnya Burma/Myanmar terpaksa membayar balik segalanya dengan kekalahannya. Kekalahan Burma/Myanmar ini telah membawa kepada penjajahan British yang berperingkat di Burma/Myanmar.

DASAR PEMERINTAH THAILAND

Mongkut sedar pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi menyelamatkan kemerdekaan Siam. Mongkut juga perlu membuktikan bahawa Siam merupakan negara progresif dan liberal bagi mengurangkan campur tangan asing dalan hal ehwal Siam. Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat lebih berkuasa daripada kuasa-kuasa Timur. Pengalaman yang dilalui oleh Burma/Myammar, China dan Vietnam telah menyedarkan Mongkut kesan sekiranya kuasa Timur cuba menentang kuasa Barat dan dengan itu Mongkut berusaha untuk bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar bahawa Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Dengan itu, Mongkut telah menamatkan dasar isolasi (dasar tutup pintu) kepada dasar buka pintu.

Dengan itu Mongkut mula menerima perwakilan asing yang telah dihantar ke Siam, contohnya perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke. Manakala perwakilan Amerika Syarikat diwakili oleh Joseph Ballestier. Mongkut juga menghantar perwakilannya ke England dengan mewakilkan Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse. Mongkut juga menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Antaranya ialah perjanjian Bowring yang berjaya menamatkan dasar isolasi yang telah ditandatangani pada 18 April 1855 antara Raja Mongkut dengan ketua perunding British iaitu John Bowring. Perjanjian Bowring merupakan bukti penting bagi mengesahkan dasar diplomatik Mongkut dan kerajaan baginda yang bertujuan menjalin hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat. Sesungguhnya Perjanjian Bowring ini adalah penamat kepada dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Siam. Perjanjian ini menjadi model untuk lebih dua puluh tahun perjanjian yang ditandatangani antara Siam dengan negara-negara Barat lain dalam tahun-tahun berikutnya. Syarat-syarat penting dalam Perjanjian Bowring adalah mengenai cukai import-eksport dan hak wilayah asingan. Siam diminta menjalankan perniagaan berdasarkan sistem laissez-faire. Cukai import Siam ditetapkan sebanyak tiga peratus daripada harga bahan-bahan berkenaan, manakala cukai eksport tidak melebihi lima peratus.

Seterusnya Mongkut juga menandatangani perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862, Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868. Mongkut sedar bahawa nasib Siam sebahagian besarnya adalah bergantung kepada sejauhmana mereka menjalinkan hubungan dengan Barat dan mengambil pelajaran dari Barat. Sebagai contohnya, Mongkut telah berusaha meminjam dan menyesuaikan fikiran dan teknik Barat walaupun mengancam keselamatannya dalam mengurus hubungan dengan kuasa asing. Mongkut mengubah corak pentadbirannya dengan mengikut sistem pentadbiran Barat, pada waktu pemerintahan baginda, seramai 84 orang Eropah diambil berkhidmat dengan baginda dan berperanan menasihati kerajaan. Antaranya ialah pegawai-pegawai tentera, seorang pengajar dalam istana, seorang ketua dalam pelabuhan, pengarah rumah kastam dan ketua polis.

Setelah Chulalongkorn mengambil alih pentadbiran, beliau turut membuat pembaharuan dalam bidang politik dengan membuat pembaharuan berdasarkan idea Barat. Chulalongkorn telah bertindak dengan menghantar Putera Devawongse pada tahun 1887 untuk mengkaji dengan teliti sistem kabinet di England untuk disesuaikan dengan keperluan Siam. Dengan ini, beliau telah mempercepat dan memperluaskan pembaharuan yang telah dilakukan semasa pemerintahan Mongkut. Chulalongkorn telah membangunkan semula institusi kerajaan yang berkuasa mutlak dan yang mempunyai kedudukan sebagai sumber kuasa dalam pentadbirannya. Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada Barat dengan menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman, Perancis dan British. Chulalongkorn juga mengadakan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat dengan mengadakan hubungan dengan pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman) dan Prince Of Wales (England). Beliau juga mengadakan lawatan ke Eropah dan merupakan Raja Siam pertama yang melawat Eropah pada tahun 1897 dan 1907.

Dalam pentadbirannya Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan Barat bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat. Ekoran itu, beliau sanggup menyerahkan hak wilayah asingan Siam kepada kuasa luar. Contohnya Siam menyerahkan wilayah Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai kepada Perancis pada tahun 1888. Walaupun telah kehilangan banyak wilayah asingannya kepada kuasa luar, namun langkah ini telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam.

Chulalongkorn telah mengambil penasihat-penasihat dari Barat untuk melicinkan pentadbirannya. Contohnya, penasihat British di Kementerian Kewangan, Perancis di Kementerian Undang-undang, Jerman di Jabatan Kereta api, orang Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah serta Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Hal ini seterusnya dapat mempertahankan Siam daripada dijajah oleh kuasa asing berikutan masing-masing mempunyai kepentingan yang perlu dijaga. Malahan dengan cara ini juga, tidak terdapat kuasa asing yang berkuasa mutlak di Thailand dan ini dapat mengelakkan Thailand daripada dijajah seperti di Burma.

Beliau juga memodenkan pentadbiran dengan menubuhkan 2 buah majlis iaitu Majlis Penasihat Tertinggi Negeri yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri yang dianggotai pegawai kerajaan. Dengan ini beliau berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892 dengan menghapuskan struktur pentadbiran lama dengan menggantikannya dengan 12 kementerian.

Dasar pemerintah Siam yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam adalah dengan mengubah adat-adat sosial. Pembaharuan dalam aspek sosial dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa perkara yang melibatkan masyarakat di Thailand. Semasa zaman pemerintahan Mongkut, beliau telah menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Baginda juga menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Baginda juga memecah tradisi dengan mengadakan lawatan menemui rakyatnya dan berbincang dengan mereka. Langkah ini membolehkan baginda mengetahui sendiri dengan jelas keadaan kehidupan rakyatnya. Ini disebabkan baginda telah bergaul dengan sami-sami yang datang dari kelas yang sama semasa baginda menjadi sami dalam jangkamasa yang lama.

Pada zaman Chulalongkorn juga, baginda turut membuat pembaharuan dalam banyak perkara terutamanya berkaitan dengan sistem adat, perhambaan dan perhubungan serta infrastruktur. Pembaharuan pertama yang dilakukan oleh Mongkut ialah menghapuskan adat menyembah atau menundukkan kepala ke lantai semasa berhadapan dengan raja. Pada waktu pertabalannya, baginda mengisytiharkan penghapusan adat merangkak, sujud dan sembah di depan raja mereka. Apabila mendapat tahu bahawa amalan tersebut adalah memalukan, baginda menggantikan dengan amalan Barat seperti berdiri, tunduk kepala dan mengangkat topi. Pada tahun 1874, amalan sistem perhambaan telah dihapuskan. Ianya dilaksanakan bagi menunjukkan bahawa siam adalah sebuah negara yang beradab dan bertamadun. Raja telah membuang konsep beraja ketuhanan dengan hubungan manusia seperti tuan dengan hambanya. Perkara penting dalam aspek sosial yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam daripada diceroboh oleh kuasa barat dan menyelamatkan Siam menerima nasib yang sama seperti Burma/Myanmar adalah dengan tindakan Raja Chulalongkorn mengizinkan orang-orang asing menunjukkan tanda penghormatan kepadanya dengan cara mereka sendiri. Orang asing juga tidak lagi dipaksa untuk mematuhi adat sujud atau meniarap seperti adat tradisi adat tradisional orang Siam ketika mengadap raja. Perkara ini adalah sangat jelas berbeza dengan Burma/Myanmar yang mengamalkan adat menanggalkan kasut ketika mengadap raja, perkara ini telah mengundang kepada kejatuhan Burma/Myanmar di tangan kuasa British apabila adat ini tidak dipatuhi oleh pegawai-pegawai British ketika mengadap raja dan akhirnya menjadi satu faktor kepada terjadinya Perang British-Burma.

FAKTOR EKONOMIKAYU JATI DI BURMA/MYANMAR

Myanmar/Burma merupakan salah sebuah negara pengeluar kayu jati utama di dunia. Penggunaan kayu jati dalam aspek pembuatan amatlah penting khususnya dalam pembinaan dek kapal, bingkai jendela, perabot dan sebagainya. Kayu jati di Burma/Myanmar dikenali sebagai Kayu Kenegaraan iaitu melambangkan prospektus utama kegiatan pengeluaran hasil hutan di Burma/Myanmar. Pohon jati, boleh didapati dalam kuantiti yang banyak di Burma Hilir. Perusahaan kayu jati hanya berkembang apabila perusahaan tersebut telah diambil alih oleh firma-firma British. Kayu jati lazimnya digunakan sebagai bahan pembuatan kapal ekoran daripada revolusi pembinaan kapal stim pada awal abad ke-19 malahan struktur ketahanan fizikal yang ada pada kayu tersebut sesuai dijadikan bahan pembinaan kapal. Ekoran daripada itu British yang telah menduduki India mula berhasrat untuk menguasai hasil ekonomi yang kaya di Burma/Myanmar sekaligus membawa kepada bermulanya satu bentuk penjajahan koloni British di Burma/Myanmar.

Selain daripada kecenderungan menguasai pengeluaran kayu jati di Burma/Myanmar, Pihak British juga berminat untuk menguasai aktiviti pedagangan beras yang juga merupakan aspek utama aktiviti pertanian di Burma/Myanmar. Aktiviti penanaman padi berjalan lancar dan hasil tanaman yang diperolehi berlipat kali ganda khususnya ketika awal dan pertengahan tahun. Penanaman padi dijalankan di dataran sungai Irrawaddy yang terkenal akan kesuburan tanih aluvium yang mendap di tebing-tebing sungai. Padi yang dituai akan di perdagangkan di pasaran setempat dan luar negara. Burma/Myanmar juga pernah menjadi pengeluar utama beras dunia ketika era penjajahan British, apabila sistem pertanian dan insentif modal yang lebih efektif diperkenalkan oleh British ketika itu di mana para petani akan diberi pinjaman modal dan dikehendaki untuk menjelaskan pinjaman melalui agihan hasil tanaman kepada pihak British sebagi tukaran pinjaman. Penguasaan ke atas Burma/Myanmar juga berlaku ekoran daripada faktor untuk memasarkan hasil keluaran industri British sendiri di Burma/Myanmar. Hal ini kerana bilangan penduduk Burma/Myanmar adalah ramai dan sesuai untuk tujuan pemasaran barang daganggan.

PERDAGANGAN DI BURMA/MYANMARPedagang-pedagang British telah dilayan dengan buruk di Rangoon, malahan juga pihak Burma/Myanmar tidak dapat memahami idea British tentang perluasan sempadan dan perdagangan yang dilihat sebagai suatu unsur penyelewengan luar biasa daripada satu hubungan di antara negeri yang telah lama dilaksanakan dengan baik. Selain itu juga Raja Burma/Myanmar seperti Raja Bodowpaya telah bertindak memonopoli aktiviti perdagangan kayu jati dengan hanya membuka peluang pedagangan dalam komuniti yang rendah kepada pihak British.

Pedagang-pedagang British juga menghadapi masalah dalam urusan jual beli barang-barang dagangan dengan pihak tempatan Burma/Myanmar, ekoran daripada sikap saudagar-saudagar Burma/Myanmar yang telah bertindak mengenakan harga yang tinggi ke atas barang dagangan yang diperlukan oleh pihak British. Dalam pada itu para pedagang British juga telah mengadu tentang kadar cukai yang dikenakan terhadap barang dagangan mereka terlalu tinggi serta membebankan seperti yang telah dilakukan oleh Maung Ok iaitu seorang Gabenor Pegu. Contohnya pada bulan Julai dan Ogos 1851, Maung Ok telah menuduh dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis membunuh dan menipu serta memaksa beberapa orang Burma membayar denda kira-kira $5000 ribu Rupi. Apabila Lord Dalhousie menerima aduan-aduan daripada Sherppard dan Lewis, beliau telah menghantar Kommodor Lambert bersama-sama tiga buah kapal pada bulan November 1851 bagi menuntut pampasan dan penggantian Maung Ok dari penjawatan sebagai Gabenor Pegu. Kerajaan Burma/Myanmar setuju dengan syarat-syarat kata dua tersebut. Maung Ok telah digantikan dengan seorang gabenor baru. Namun demikian beliau masih seorang yang bersikap anti-British. Kerajaan Burma/Myanmar juga enggan membincangkan pampasan yang dituntut oleh British, kesannya telah membawa kepada berlakunya siri perlanggaaran kapal Burma/Myanmar oleh tentera British di pelabuhan Rangoon seterusnya menjadi titik tolak permulaan peperangan.

EKONOMI THAILAND

Perkara yang sangat penting yang telah membezakan nasib yang diterima oleh Siam dengan Burma/Myanmar adalah keadaan ekonomi di kedua-dua negara ini. Keadaan ekonomi Burma/Myanmar yang kaya dengan pengeluaran kayu jati dan pengeluaran beras yang paling banyak di Asia Tenggara telah menarik minat British untuk menjajah Burma/Myanmar berbanding Siam. Hal ini ditambah dengan keadaan kayu jati yang merupakan bahan kebanggaan bagi orang British. Ekonomi di Siam hanya tertumpu kepada pengeluaran beras dan beras merupakan bahan eskport utama Siam tetapi pengeluarannya tidak dapat menandingi dengan pengeluaran beras di Burma/Myanmar. Selain daripada pengeluaran beras, Siam juga turut mengusahakan perindustrian gula untuk dieksport. Dalam tahun 1843, perusahaan gula telah diberi galakan oleh pemerintah dengan meningkatkan keluasan kawasan penanaman tebu dan perusahaan gula sebagai satu langkah untuk menggalakkan perkembangan ekonomi di Siam. Lada hitam dan tembakau juga merupakan bahan hasil pertanian yang diusahakan di Siam. Lada hitam ditaman secara besar-besaran di wilayah Chanthaburi dan Tungyai yang dikatakan mempunyai mutu yang lebih baik berbanding lada hitam yang ditanam di Tanah Melayu. Pada tahun 1820-an Siam telah mengeluarkan lada hitam sebanyak lapan juta paun untuk dieksport. Manakala perusahaan tembakau yang bermutu tinggi telah dihasilkan di Chanthaburi dan Bangplasoi. Tembakau juga menjadi bahan keluaran pertanian yang penting walaupun sebelum tahun 1820-an Siam masih mengimport tembakau dari Jawa untuk keperluan dalam negerinya.

Perubahan yang penting dalam ekonomi di Siam berlaku selepas termeterainya Perjanjian Burney. Dalam perjanjian ini Siam bersetuju untuk mengeksport beras dan padi dengan aman dan dengan langkah yang dijalankan ini telah menyelamatkan Siam daripada dijajah oleh kuasa Barat. Seterusnya satu perjanjian lain yang ditandatangani antara Siam dan British iaitu Perjanjian Bowring pada tahun 1855 telah menamatkan dasar isolasi Siam kepada dasar buka pintu yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi Siam. Menurut Chulalongkorn, pemulihan dan kemakmuran ekonomi Siam merupakan aspek terpenting untuk membolehkan Siam menyelamatkan dirinya daripada ancaman luar dan dalam negara. Pemikiran yang dicetuskan oleh Chulalongkorn telah membawa Siam ke arah permodenan dan memelihara kedaulatan Siam daripada dirampas oleh kuasa-kuasa barat. Semasa zaman pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn, beberapa langkah pembaharuan telah dijalankan. Walau bagaimanapun, pemerintah dinasti Chakri terdahulu seperti Rama I, II dan III pada asasnya telah menggariskan beberapa pembaharuan dalam bidang ekonomi namun pembaharuan lebih menonjol ketika pihak Barat giat memperluaskan dasar imperialisme ke kawasan Asia Tenggara. Semasa zaman Mongkut, baginda mula menandatangani beberapa perjanjian yang melibatkan perkembangan dalam kegiatan ekonomi. Perjanjian perniagaan yang ditandatangani adalah dengan pihak British, Amerika Syarikat dan Perancis. Perjanjian Bowringyang telah ditandatangani juga bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan secara tidak langsung mengekalkan kemerdekaan Siam. Dalam perjanjian ini juga Siam telah bersetuju untuk membenarkan eksport beras dengan baik dan tanpa ada sekatan, syarat ini diterima oleh Siam untuk menjaga kedaulatannya daripada diceroboh oleh British. Menurut perjanjian ini juga, Siam dikehendaki menjalankan sistem perniagaannya mengikut sistem laissez-faire atau perniagaan bebas berdasarkan acuan sistem ekonomi yang telah diamalkan di Barat. Manakala sistem cukai juga turut dikemaskinikan. Penetapan cukai import telah ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%. Dengan penetapan cukai ini, ianya dapat menarik minat pedagang dari Barat untuk berdagang di Siam. Pada tahun 1890, eksport Siam bernilai sebanyak 5.5 juta bath dan telah meningkat kepada 11 juta bath pada tahun 1870. Manakala dalam kegiatan import pula, jumlah nilai import pada tahun 1850 bernilai sebanyak 4.3 bath dan meningkat 8 juta bath pada tahun 1870.

Semasa zaman Chulalongkorn pula, ekonomi Siam telah berkembang maju ekoran daripada pembaharuan yang dijalankan oleh Mongkut. Ekonomi Siam terbuka sejak temeterainya Perjanjian Bowring dan menyebabkan satu revolusi menyeluruh dalam jentera kewangan kerajaan. Kementerian Kewangan yang diwujudkan oleh Chulalongkorn dalam pentadbirannnya dapat melancarkan sistem audit dan akaun yang lebih teratur. Hasilnya, belanjawan Siam yang pertama dapat dikeluarkan. Tambahan lagi, Chulalongkorn adalah raja Siam yang pertama yang membezakan antara takhta dan negara. Beginda mengadakan perbezaan antara harta diraja dengan harta negara.

Baginda juga mengiktiraf hak rakyat unutk mendapatkan tanah dan penubuhan sistem hak hakmilik. Dengan ini, menggalakkan lagi pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman padi bagi tujuan eksport serta mengurangkan cukai yang dikenakan dalam penaman padi sawah. Tradisi ekonomi sara diri petani telah digantikan dengan pengeluaran berasaskan tanaman jualan untuk diperdagangkan. Penubuhan bank-bank asing seperti bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan bank Perancis pada tahun 1987. Dua buah bank perniagaan besar yang pertama di negera itu ialah Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation yang membuka cawangannya di Bangkok dalam tahun 1888 dan Chartered Bank of India, Australia dan China yang menyusul dalam tahun 1984.

Kepentingan perdagangan British di Thailand juga menjadi salah satu punca untuk menyelamatkan Thailand dijajah berbanding dengan Burma/Myanmar. Hubungan British dengan Thailand terjalin sejak tahun 1826 disebabkan adanya kepentingan perdagangan Syarikat Hindia Timur di Asia. Hubungan yang diadakan adalah bertujuan untuk menjamin kepentingan keselamatan perjalanan perdagangan dari India dengan China, sebagai pasaran terbesar bagi bahan eksport ke Eropah dan India dan juga bahan import dari Asia dan Eropah ke China. Hal ini jelas menunjukkan kepentingan British menjalinkan hubungan yang baik dengan Thailand bagi kepentingan ekonominya di Asia dan perkara ini menyelamatkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa Barat.

FAKTOR SOSIALAGAMA

BURMA/MYANMAR

Majoriti masyarakat Burma/Myanmar, menganuti agama Buddha sebagai asas pegangan hidup dan keabdian diri pada yang mencipta. Hal ini dapat dilihat melalui pembinaan beberapa buah kuil pagoda yang gah terkenal yang dibina ketika era pemerintahan Raja-Raja Burma/Myanmar yang terkenal. Pengaruh agama yang kuat telah mendorong masyarakat Burma/Myanmar untuk menghalang kemasukan dan penyebaran agama yang lain, khususnya ajaran Kristian yang cuba disebarkan oleh para mubaligh Kristian Katholik ketika era penjajahan British. Justeru itu, kesannya dapat dilihat hanya lima peratus sahaja penduduk Burma/Myanmar iaitu di bahagian Tenasserim yang terdiri daripada sebilangan kecil suku kaum Karen telah berjaya dibaptiskan melalui pengKristianan. Malahan bilangan yang kecil ini berjaya mendapat perlindungan dari pihak British dari terlibat dalam peperangan British-Burma/Myanmar.

Selain agama Kristian, kemasukan pengaruh Islam juga turut ditentang oleh penduduk Burma/Myanmar yang beragama Buddha. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa kemasukkan ajaran Islam di Arakan iaitu lokasinya yang bersebelahan dengan India Bengal telah dibuka untuk penghijrahan penduduk muslim ke Burma/Myanmar. Ini telah menimbulkan kemarahan oleh penganut Buddha yang mempercayai tanah dan agama mereka telah diragut oleh imigran muslim kesannya hanya terdapat sebanyak lima peratus sahaja yang berjaya di Islamkan. Namun begitu penambahan populasi masyarakat yang berlainan agama dan etnik di bahagian Tenasserim dan Arakan dalam masyarakat Burma/Myanmar berjaya memberi kesan perubahan ekonomi yang penting sewaktu pendudukan Brtish di Burma/Myanmar.

Pengaruh agama Buddha juga amat kuat dibawah pemerintahan Raja Mindon Min (1852-1878) .Pada tahun 1869 beliau telah berhajat untuk melawat pagoda dan ingin menghadiahkan sebuah payung yang baru sebagai simbol kekuatan politik dan keagamaan di Burma/Myanmar. Namun begitu hasrat beliau telah dibatalkan oleh pihak British ekoran khuwatir dengan kebangkitan dan penentangan daripada masyarakat tempatan Burma/Myanmar. Selain itu juga, semangat perjuangan berasaskan kekuatan simbol politik dan keagamaan juga dapat dilihat melalui pengunaan pagoda sebagai unsur simbolik kekuatan politik dan agama Buddha iaitu Shwedagon yang telah dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan pertahanan bandar sewaktu perang British-Burma II.Contohnya, Raja Tharawaddy (1837-1852) telah mendermakan sebuah loceng dan membina bumbung merintangi anak tangga yang berunsurkan kesenian Barat di istananya. Langkah ini, telah berjaya membangkitkan semangat penduduk-penduduk Burma/Myanmar untuk bersatu menghalangi kemaraan British. Sebagai kesannya membawa kepada tercetusnya Perang British-Burma II pada tahun 1852. Pihak British telah bertindak merampas penguasaan pagoda tersebut dari raja, malahan pengaruh agama Buddha telah disekat dalam pemerintahan seterusnya di mana British enggan menyokong ajaran Buddha dan mengisi jawatan Tha-thanabaing (iaitu ketua penganut-penganut Buddha) buat beberapa tahun selepas tahun 1895. Malahan sami-sami Buddha telah diletakkan di bawah kawalan mahkamah-mahkamah sekular dan pengawasan pihak polis.

THAILANDKemerdekaan yang dapat dikekalkan oleh pemerintah Siam adalah dengan memberi sokongan kepada kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Siam untuk menjalankan kegaiatan mereka. Kebenaran yang diberikan oleh pemerintah Siam adalah berkait rapat dengan keadaan pemerintah Siam yang banyak menerima pendidikan barat daripada mubaligh-mubaligh Kristian. Raja Mongkut telah mempelajari bahasa Latin, geografi, ilmu kimia, fizik, ilmu hisab dan astronomi daripada mubaligh-mubaligh Kristian terutama Biskop Pallegoix iaitu seorang mubaligh Kristian dari Perancis. Selain itu, Mongkut juga mempelajari bahasa Inggeris dan sistem petadbiran di negara-negara barat daripada mubaligh-mubaligh dari Amerika seperti Reverend D.B. Bradley yang telah menjadikan Mongkut sebagai seorang raja yang pertama yang pandai menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris.

Pemerintah Siam telah membenarkan mubaligh-mubaligh Kristian menjalankan kegiatan mereka dalam mengembangkan agama Kristian dalam masyarakat Siam. Sabagai contoh untuk menunjukkan kebenaran pemerintah terhadap pengembangan agama Kristian adalah dengan kebebasan yang diberikan kepada mubaligh-mubaligh Kristian dari Perancis untuk membina sekolah, maktab mubaligh dan gereja untuk mereka beribadat. Mubaligh-mubaligh Kristian adalah merupakan golongan yang pertama memperkenalkan sistem pendidikan barat yang lebih maju dangan ini menarik minat pemerintah Siam untuk menggalakkan kedatangan mereka untuk mengembangkan sistem pendidikan. Bukti lain untuk menunjukkan ada galakan daripada Mongkut terhadap kegiatan mubaligh-mubaligh Kristian dalam bidang pendidikan di samping menyebarkan agama Kristian adalah dengan pembinaan sebuah sekolah Kristian di Bangkok pada tahun 1852. Mongkut yang banyak memberi galakan kepada mubaligh-mubaligh Kristian telah membenarkan percetakan akhbar yang diperkenalan oleh pertubuhan Kristian.

PENUTUPSecara keseluruhannya, keadaan atau faktor utama yang menyebabkan Burma/Myanmar telah dijajah dan Thailand tidak adalah balikan daripada sikap/dasar yang diamalkan oleh pemerintah tempatan bagi kedua-dua negara tersebut. Sikap agresif pemerintah Burma/Myanmar telah membuatkan British merasa tergugat seterusnya membawa kepada peperangan di Burma/Myanmar yang penyudahnya makin menyempitkan lagi kawasan Burma/Myanmar kerana terpaksa menyerahkannya kepada pihak British. Manakala pemerintah Thailand yang lebih bercorak diplomasi dan membawa diri selari dengan arus semasa Barat telah menyebebkan Barat lebih selesa untuk duduk semeja untuk berunding berbanding daripada mencetuskan peperangan. Hal ini telah membawa kepada pengekalan kemerdekaan kepada Thailand. BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Aung, M. H., (1967). A history of Burma. New York: Columbia University Press.Hall, D.G. E., (1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussein Ahmad (1971). Sejarah Thailand. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Kobkua Suwannathat~ Pian (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kobkua Suwannanthat~ Pian (2003). Asia Tenggara: hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kratoska, P. H., (Ed.). (2001). South East Asia colonial history. London: Routledge.Phillippe, D.(1988). Sejarah Indo-China Moden. (Ruhanas Harun, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oui Keat Gwun (2004). South East Asia: a historical encyclopedia from Angkor Watt to East Timor volume 3. California: California ABC. Co.

Sardesai, D. R., (2003). Southeast Asia: past & present fifth edition. Los Angeles: Westview Press.

Steinberg, D. J., Wyatt, D. K., Smail, J. R. W., Woodside, A., Roff, W. R., dan Chander, D. P., (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Tate, D. J. M., (1971). The making of modern South-East Asia volume I: the European conquest revised edition. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tate, D. J. M., (1980). Sejarah pembentukan Asia Tenggara: perubahan ekonomi dan sosial, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Thawatt Mokaradong (1987). Sejarah Revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

http://id.wikipedia.org/wiki/Jati#Kegunaan_kayu_jati. Pemerihalan tentang sejarah Burma/Myanmar secara keseluruhannya telah dipahatkan oleh Abu Talib

Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

D. J. M. Tate (1971). The making of modern South-East Asia volume I: the European conquest revised

edition. Kuala Lumpur: Oxford Unuversuty Press, hlm. 405.

David Joel Steinberg, et al. (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 135.

Dasar agresif ini merujuk kepada dasar perluasan kuasa Bodawpaya dan Bagyidaw. Rujuk D. R. Sardesai

(2003). Southeast Asia: past & present fifth edition. Los Angeles: Westview Press, hlm. 111. Rujuk juga

Kobkua Suwannanthat~ Pian (2003). Asia Tenggara: hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207.

Maung Htin Aung (1967). A history of Burma. New York: Columbia University Press, hlm. 203-204.

David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 136.

Abu Talib, op. cit., hlm. 192.

Perjanjian Yandabo yang dimeterai telah mengaraahkan agar Burma/Myanmar perlu menyerahkan

wilayahwilayah Arakan, Tenasserim, Manipur dan Assam kepada British, Burma juga perlu membayar

ganti rugi sebanyak 10 juta rupi, tidak akan berperang dengan Siam, menerima seorang Residen British di

Amarapura, satu perjanjian perdagangan hendakl dirundingkan secara berasingan dan syarat terakhirnya

adalah Burma bersetuju menubuhkan kedutaannya di Culcutta.

Abu Talib, op. cit., hlm. 194.

D. R. Sardesai, op. cit., hlm. 113-114.

Paul H. kratoska (Ed.). (2001). South East Asia colonial history. London: Routledge, hlm. 204.

Rujuk David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 142.

Peristiwa pemberontakan Arakan yang diketusi oleh Chin Byan atau turut dkenali Chan Byan dapat

dirujuk dalam Paul H. Kratoska (Ed.)., op. cit., hlm. 198. Juga boleh rujuk D. J. M. Tate, op. cit., 402-404

dan Maung Htin Aung, op. cit., hlm. 206.

David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 136.

Tragedi rampasan kuasa ini dapat difahami dengan lebih terperinci dengan merujuk kepada tulisan Ibid.,

hlm. 138. juga rujuk D. J. M. Tate, op. cit., hlm 480. D. R. Sardesai, loc. cit turut membincangkan

mengenai rampasan kuasa Tharawwady. Juga boleh rujuk Maung Htin Aung, op. cit., hlm. 210.

David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 139. Kisah Tharawwady digulingkan dapat disorot dalam

tulisan D. J. M. Tate, op. cit., hlm. 409.

D. J. M. Tate, op. cit., hlm. 406.

Hussein Ahmad (1971). Sejarah Thailand. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm. 155.

David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 155.

Devillers, Phillippe (1988). Sejarah Indo-China Moden. (Ruhanas Harun, Terjemahan). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm. 67.

Hussin Ahmad, op. cit., hlm. 157

Thawatt Mokaradong (1987). Sejarah Revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka., hlm. 45

Ibid., hlm. 199.

Kementerian yang ditubuhkan ialah kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian hal Ehwal Luar

Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian

Keadilan, Kementerian kesihatan, Kementerian Istana, Kementerian Kerajaan Tempatan, kementerian

Kerja Raya, Kementerian Tanah dan kementerian Pertanian.

Thawatt Mokaradong , op. cit., hlm. 45.

Ibid., hlm. 46.

Ibid., hlm. 47.

Jati adalah sejenis HYPERLINK "http://id.wikipedia.org/wiki/Pohon" \o "Pohon" pohon penghasil HYPERLINK "http://id.wikipedia.org/wiki/Kayu" \o "Kayu" kayu bermutu tinggi. Pohon besar, berbatang lurus, dapat tumbuh

mencapai tinggi 30-40 HYPERLINK "http://id.wikipedia.org/wiki/Meter" \o "Meter" m. Berdaun besar, yang luruh di musim kemarau. Jati dikenal dunia dengan nama

teak ( HYPERLINK "http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggris" \o "Bahasa Inggris" Bahasa Inggeris) dan nama saintifiknya dikenali sebagai Tectona Grandis L f. Untuk keterangan

yang lebih lanjut sila rujuk laman web berikut http://id.wikipedia.org/wiki/Jati#Kegunaan_kayu_jati.

David Joel Steinberg, et al., op. cit., hlm. 138.

Ibid., hlm. 139.

Kobkua Suwannanthat~Pian (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia , hlm. 144.

Ibid., hlm. 201.

D. G. E. Hall (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 817.

Thawatt Mokaradong, op. cit., hlm. 46.

D. J. M Tate, (1980). Sejarah pembentukan Asia tenggara: perubahan ekonomi dan sosial. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 573

Ibid., hlm. 574

Oui Keat Gwun (2004). South East Asia: A historical encyclopedia from Angkor Watt to East Timor

volume 3. California: California ABC.Co, hlm. 297.

Ibid.

Ibid., hlm. 1129.

D.G.E. Hall, op. cit., hlm. 820.

PAGE 24