sejarah

2
kredit for sriseramakulim Sejarah seramapb.blogspot.com /p/sejarah-serama.html Tiada catatan bertulis tentang asal usul ayam yang dikategorikan sebagai terkecil didunia ini. Namun begitu, Ayam Serama dikatakan merupakan hasil kajian dan penyilangan baka seorang peminat ayam dari Kelantan iaitu Wee Yean Een. Pada tahun 1971, beliau menyilangkan Ayam Kapan dengan ayam Modern Game Bantam. Ayam Kapan dipilih kerana memiliki sayap lurus ke bawah. Manakala Modern Game Bantam memiliki postur badan tegap, leher panjang dan tertarik ke belakang menyerupai huruf S. Pada tahun 1973 Wee Yean Een menyilangkan keturunan pertama hasil kacukan antara ayam kapan dan Modern Game Bantam dengan ayam sutera (Silkie Bantams). Penyilangan baka tersebut akhirnya melahirkan ayam sutera berpostur badan kecil. Wee Yean Een nampaknya masih tidak puas dengan hasil persilangan tersebut. Beliau seterusnya menyilang keturunan kedua-dua ayam tersebut dengan Ayam Katik. Ayam ini mempunyai warna bulu yang cantik dan berkilat serta bentuk ekor yang berdiri tegak. Pada tahun 1988, beliau akhirnya berhasil menghasilkankan ayam yang kurang dari 500 gram. Wee Yean Een memberi nama “Serama” kepada ayam berbadan mikro itu kerana ayam tersebut memiliki gaya dan penampilan gagah seperti Sri Rama iaitu watak hero dalam kisah Ramayana. Namun begitu, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin anda semua pernah mendengar versi lain. FAKTA: AYAM SERAMA (Versi lain) * Dipercayai berasal dari Kelantan. * Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan. * Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana. * Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun * Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa. * Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah * Mempunyai kira-kira 2,000 warna * Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya. * Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang. * Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan. PENILAIAN AYAM SERAMA * Jenis – Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri. * Perwatakan – Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri. * Ekor – Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di Ads by OnlineBrowserAdvertising Ad Options

Upload: milamin

Post on 28-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AYAM SERAMA

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah

kredit for sriseramakulim

Sejarahseramapb.blogspot.com /p/sejarah-serama.html

Tiada catatan bertulis tentang asal usul ayam yangdikategorikan sebagai terkecil didunia ini. Namunbegitu, Ayam Serama dikatakan merupakan hasilkajian dan penyilangan baka seorang peminat ayamdari Kelantan iaitu Wee Yean Een. Pada tahun 1971,beliau menyilangkan Ayam Kapan dengan ayamModern Game Bantam.Ayam Kapan dipilih kerana memiliki sayap lurus kebawah. Manakala Modern Game Bantam memilikipostur badan tegap, leher panjang dan tertarik kebelakang menyerupai huruf S. Pada tahun 1973Wee Yean Een menyilangkan keturunan pertamahasil kacukan antara ayam kapan dan ModernGame Bantam dengan ayam sutera (SilkieBantams). Penyilangan baka tersebut akhirnyamelahirkan ayam sutera berpostur badan kecil. Wee Yean Een nampaknya masih tidak puas dengan hasilpersilangan tersebut. Beliau seterusnya menyilang keturunan kedua-dua ayam tersebut dengan Ayam Katik.Ayam ini mempunyai warna bulu yang cantik dan berkilat serta bentuk ekor yang berdiri tegak.Pada tahun 1988, beliau akhirnya berhasil menghasilkankan ayam yang kurang dari 500 gram. Wee Yean Eenmemberi nama “Serama” kepada ayam berbadan mikro itu kerana ayam tersebut memiliki gaya dan penampilangagah seperti Sri Rama iaitu watak hero dalam kisah Ramayana.

Namun begitu, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin anda semua pernah mendengar versi lain.

FAKTA: AYAM SERAMA (Versi lain)

* Dipercayai berasal dari Kelantan.* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah* Mempunyai kira-kira 2,000 warna* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.

PENILAIAN AYAM SERAMA

* Jenis – Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekorpanjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengankedudukan tengah kaki ketika berdiri.

* Perwatakan – Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.

* Ekor – Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung danberkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di

Ads by

OnlineBrowserAdvertising

AdOptions

Page 2: Sejarah

Gambar Hiasan Kredit Untuk SeriSeramaKulim.Blogspot

penghujung.

* Kepak – Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepakbersentuhan sedikit dengan lantai.

* Badan – Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi,badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.

* Kaki – Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dansederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.

Info* http://www.intro2u.net/new/2008/11/mari-pelihara-ayam-serama