sejarah fotografi

15
M5: AKTIVITI 3 Sejarah Fotografi *Kamera Mammoth - 1900 Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto. Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto. Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital. Kamera jenama Kodak Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera

Upload: sh4wn99

Post on 21-Jun-2015

648 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Fotografi

M5: AKTIVITI 3

Sejarah Fotografi

*Kamera Mammoth - 1900Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto.Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto.Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17 dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.

Kamera jenama KodakDiawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.

Kamera digital jenis kompak Kamera digital SLR 

Kamera dan Alat Tambahan

Page 2: Sejarah Fotografi

Kamera SLR dan Lens

 

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.

1. Kamera dan peralatan tambahan2. Cahaya3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.

i. Ukuran Separuhii. Ukuran Leicaiii.Ukuran 6x6

i. Ukuran Separuh:

Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan

perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.

ii. Ukuran Leica:

Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.

Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:

Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin

Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR).

Page 3: Sejarah Fotografi

i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. 

ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.

i. Lensii. Exposer Meter

iii. Flashiv. Filterv Tripod

i. Lens:

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis - Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lensb. Standard Lensc. Telephoto Lens

d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. 

Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.

16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,

Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm,

70mm.

Page 4: Sejarah Fotografi

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping

gambar.

Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens

Standard dan Telephoto.

Contoh: 55mm, 105mm, 200mm

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.

Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ringb. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang

besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

Contoh Aperture analog:

f32,f22,f16,f11 - lobang kecilf8,f5.6,f4 - lobang sedarhanaf3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.

Contoh tambahan yang berlaku:

f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lobang kecilf10,f8,f5,f5.6,f4 - lobang sedarhana

f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

 

Page 5: Sejarah Fotografi

Aperture 16 Aperture 5.6 Aperture 4

Depth Of Field

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.

Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus 

Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah

Micro, atau Telephoto.

Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.

Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

Shutter Speed:

Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:

1/B - Shutter Speed paling perlahan1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan

1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan

1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling

laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B

Page 6: Sejarah Fotografi

Shutter Speed

 

Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed -

ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang

dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur.

Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.

Dua contoh gambar yang menggunakan Shutter Speed

 

ii. Exposer Meter:

Exposer Meter untuk bacaan di luar kamera. Cahaya studio dan cahaya

matahari

 

Page 7: Sejarah Fotografi

Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik. Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya.

Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.

Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran

a. Exposere Meter Binaan Dalamb. Exposere Meter Bebas Guna.

a. Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under

expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut

pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. 

Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meterjenis ini.

b. Exposere Meter Bebas Guna - Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada

keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.

Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua ketogeri.

i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari ataucahaya buatan seperti cahaya lampu. 

ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampuflash studio.

iii. Flash:

 

Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan

di bawah cahaya matahari

Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh

memberi kepuasan pada senifoto kreatif.

Page 8: Sejarah Fotografi

Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh

diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.

Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor

perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.

Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan

menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed

untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.

iv. Filter:

Filter

 

Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.

Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan

memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.

Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar. Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi

Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec)

Page 9: Sejarah Fotografi

FILEM

Filem berperanan merakamkan objek yang diperlukan. Filem yang dibuat dari Geletin dan dilapiskan dengan Bromide Perak (Silver Bromide) menjadi terlalu sensitif dengan cahaya. Filem tidak boleh didedahkan pada cahaya, ia akan exposer jika didedahkan.

Filem dikeluarkan dalam beberapa ukuran. Antaranya 16mm, 35mm, 6x6. Filem keping. Namun yang popular di pasaran ialah 35mm yang dikenali sebagai 135mm. Namun filem 6x6 yang dikenali 120mm masih digunakan di studio-studio professional.

Jenis-jenis Filem-

Filem dibahagikan kepada tiga.

Panchromatic, Othochromatic, Infrared.

Panchromatic - Sensitif pada semua warna/cahaya.Filem ini ialah filem yang digunakan secara meluas. Filem ini dipecahkan kepada dua pula iaitu filem Daylight dan Tungsten.Filem Daylight - Ialah filem warna (print dan slaid) yang hanya sesuai untuk cahaya matahari.

Filem Tungsten- Filem yang digunakan untuk cahaya tungsten sahaja (Filem Slaid).Filem Panchromatic dikeluarkan dalam dua kegunaan. Ada filem untuk dijadikan Photoprint dan sejenis lagi ialah Filem Slaid.

Dalam perkembangan teknologi yang pesat ini, filem berkembang dengan cepat sekali dimana dengan mengeluarkan filem proses tanpa bilik gelap yang dinamakan Instant Foto dari Jenama Polaroid.

Othochromatic - Tidak sensitif pada semua cahaya. Filem ini tidak sensitif dengan cahaya merah dan biru. Filem ini digunakan dalam kerja-kerja grafik, percetakan. Filem ini hanya mengeluarkan kesan contrast dan bila dicetak boleh menghasilkan imej garisan.

Infrared- Sensitif pada semua cahaya walaupun cahayanya rendah. Filem ini adalah filem istimewa yang tidak dipasarkan secara meluas atas kepentingan keselamatan. Ia boleh diperolehi hanya dengan memohon permit untuk kegunaan penyelidikan saintifik dan kerja-kerja keselamatan negara.

Ukuran Filem:

Filem 16mm banyak digunakan untuk tayangan di pawagam Filem 35mm digunakan juga di pawagam. Tapi lebih banyak digunakan oleh amatur

photographer/professional. Ia lebih sesuai dengan kamera SLR Filem 4x5, 6x6, 6x7, 6x8, 8x10, (120/220 mm) merupakan filem yang luas

penggunaannya dalam fotografi perdagangan yang sering digunakan juga dalam kerja-kerja Studio. Perbezaan ukuran frame filem tertakluk format kotak filem pada Kamera View

Filem keping digunakan dalam proses percetakan, kerja-kerja grafik, X Ray

 ISO (International Standard Organization):

Page 10: Sejarah Fotografi

ISO/ASA ialah tanda berdaftar tentang kuasa filem. Emulsion filem ditentukan dengan tanda pengenalan ISO pada filem yang dibeli.

ISO ditandakan dengan angka-angka: ISO 25,64,100,200,400. Lebih tinggi angkanya bermakna lebih pantas sensitif filem dengan cahaya.

Contoh: Jika menggunakan ISO 100 anda menggunakan sepuluh mentol, tetapi jika anda menggunakan ISO 200 hanya lima mentol sahaja diperlukan. Jika perbandingan untuk Aperture, ialah: menggunakan ISO 100 f8 tetapi jika anda menggunakan ISO 200 f11 sahaja. Mutu gambar akan dipengaruhi oleh perbezaan ISO. Gambar yang menggunakan filem ISO 100 lebih lembut kesan grainnya sedang ISO 200 kesan kontrasnya akan ketara.

ISO pada sebuah kamera digital terletak pada pengawalan kamera. Justeru penggunaan ISO boleh dilaras setiap masa untuk penggunaan memori kad yang sama.

Tarikh Luput (Expired Date):

Pastikan tarikh luput yang terdapat di kotak filem agar tidak melepasi tarikh yang telah ditetapkan.Keselamatan Filem:

1. Jangan letak berhampiran air, panas.2. Jangan bersepah, kerana akan ditarik keluar oleh kanak-kanak terutamanya.3. Tandakan pemilik, tarikh, tempat dimana gambar dirakamkan.4. Jika membeli jumlah yang banyak, simpan di dalam peti sejuk.5. Proses segera.

Jenama Filem:

Jenama filem ialah: Agfa, Fuji, Konica, Kodak, Mitshubishi, NeoponJika pada hujung nama filem terdapat perkataan Chrome ia adalah pengenalan untuk jenis slaid.

Membuat pilihan filem:Kebanyakan penggemar senifoto memilih filem berkuasa tinggi (ISO). Tapi kenapa anda tidak memikirkan untuk menggunakan filem yang ISO rendah dan sederhana. Seperti yang diterangkan, filem bermula dari yang paling rendah hingga yang tinggi. Contoh: ISO 25 hingga ISO 1000. Namun di Malaysia, sudah ada percubaan pengeluar dan pembekal filem untuk mempromosi filem berkuasa tinggi. Menurut mereka, filem ini boleh memberi kesan ceria (terang). Namun untuk kamera astamatik memang betul kerana filem ISO rendah sering memberi kesan underexpose.

Tapi tahukah anda filem berkuasa rendah dan sederhana amat perlu untuk kerja-kerja senifoto professional. Di bawah ini disenaraikan keperluan untuk filem-filem ISO rendah, sederhana dan tinggi.

Page 11: Sejarah Fotografi

TEKNIK SHUTTER SPEED PERLAHAN

Menggunakan Shutter Speed (SS) perlahan adalah sesuatu yang menarik jika anda telah mahir. . Pada anda yang baru berjinak dengan kamera SLR penggunaan SS perlahan jarang digunakan. Malahan ada yang takut untuk menyentuh dan mengubah butang SS. Kalau ada yang menggunakan cuma SS 1/60 sahaja.

Sebenarnya menggunakan SS perlahan bermula dari 1/B hingga 1/60 harus diamalkan oleh karyawan foto. Disini anda akan menghasilkan gambar untuk memberi kepuasan pada diri anda dalam berkarya. Gambar yang dihasilkan menerusi SS perlahan begitu menarik bilamana adunan cahaya dan warna akan memberikan kesan yang tajam, kontras.

Suasana bagaimana yang perlu anda gunakan SS perlahan?

Page 12: Sejarah Fotografi

Antaranya ialah:

A.Gambar air terjun agar kelihatan seperti kapas.pemandangan malam di bandar, kampung. Sunsite, Sunrise

Pilih tempat air terjun yang anda minat. Pastikan ianya boleh memberikan kesan ketenangan pada orang yang menatapnya.

Paling menarik kawasan air terjun itu disimbahi cahaya yang minimum agar kesan SS boleh diperolehi bawah dari 1/60. Ini bermakna adalah lebih baik menggunakan SS 1/15 - 1/4.

Penggunaan Aperture yang kecil amat baik agar kesan sekitar air terjun nampak tajam. Umpamanya batu-batu di sungai, pokok-pokok atau bunga akan jelas kelihatan. Lagi pun jika menggunakan fstop kecil tone warna akan memberikan kepuasan pada anda

Jika menggunakan SS perlahan, alat yang paling mustahak digunakan ialah Tripod agar kamera tidak bergoyang.Gunakan Cable Reales untuk menekan shutter. Jika tidak, anda boleh menggunakan Self Timer dengan jarak masa 10 saat.

B. Pemandangan malam ( cahaya perlahan )

Pernahkah anda melihat gambar KLCC, Menara KL di rakam pada waktu malam? Anda juga boleh membuat rakaman seumpama itu. Caranya dengan menggunakan SS perlahan. Paling mudah jika bangunan yang saya maksudkan itu diterangi dengan cahaya yang kuat. 

Pilih sudut yang anda fikir menarik, gunakan fstop yang kecil. Cari exposer yang agak perlahan. Hasilnya gambar akan dihasilkan itu menarik dengan adunan warna, cahaya aslinya. Pada anda yang memiliki filter kesan sampingan seperti star filter, anda boleh menggunakannya untuk memberi kesan yang lebih baik.

Satu lagi teknik ialah dengan menyimbah cahaya flash ke kawasan yang hendak dirakamkan. Caranya ialah dengan menggunakan SS 1/B dan fstop 22. Semasa masih belum berhenti, tekan butang pilot lamp untuk mengeluarkan cahaya flash. Tekan lebih kurang tiga atau empat kali.

Sebagai tambahan jika anda berada pada suasana lain umpamanya merakamkan gambar di dalam dewan, atau persembahan teater anda boleh juga menggunakan teknik SS perlahan agar kesan cahaya pada persembahan tersebut akan terhasil. Merakam persembahan teater, penonton tidak dibenar menggunakan flash, kerana pengarahnya tidak mahu suasana persembahan teater terjejas. Saya mencadangkan anda menggunakan SS 1/30 dan 1/60 sahaja kerana jika lebih perlahan, gambar anda mungkin memberikan kesan pergerakan pelakon agak berlebihan. Namun dalam suasana begini anda boleh juga menggunakan ISO tinggi dengan menghasilkan SS agak tinggi.