sejarah bomba

22
Sejarah Aktiviti Sejarah Aktiviti Badan Beruniform Badan Beruniform Puteri Islam Pengakap Bulan Sabit Merah Kadet Tentera Kadet Polis St John Ambulans Pandu Puteri Persatuan Seni Silat Lincah/Tae Kwan Do Persatuan Rakan Pembimbing Persatuan Sukan Dan Rekreasi 1

Upload: a112099aq

Post on 18-Jun-2015

564 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah bomba

Sejarah AktivitiSejarah AktivitiBadan BeruniformBadan Beruniform

Puteri IslamPengakap

Bulan Sabit MerahKadet Tentera

Kadet PolisSt John Ambulans

Pandu PuteriPersatuan Seni Silat Lincah/Tae Kwan Do

Persatuan Rakan PembimbingPersatuan Sukan Dan Rekreasi

Sejarah Puteri Islam

1

Page 2: sejarah bomba

Persatuan ini mula dikenali sekitar tahun 60-an. Ilham mewujudkan persatuan untuk perempuan berteraskan Islam ini adalah hasil buah fikiran Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia ( LKPIM ). LKPIM telah diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tungku Puan Besar Kursiah, Raja Permaisuri Agong Yang Pertama Malaysia.

Pada awal penubuhannya persatuan ini bukanlah persatuan yang secara rasminya sebahagian daripada ko-korikulum sekolah dan dianggotai oleh golongan pelajar sekolah. Sehinggalah tarikh 6 Mei 1980 barulah Persatuan Puteri Islam diterima sebagai salah sebuah pergerakan beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bertempat di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak UKM pada tanggal 17 Jun 1981 Persatuan Puteri Islam Malaysia secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-6 Almarhummah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah.

Visi PPIM ialah untuk melahirkan generasi wanita muslim yang mempunyai ciri-ciri iaitu beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip- prinsip Islam. Antaranya, mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal dan mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Misi utama penubuhan Persatuan Puteri Islam ialah

melahirkan puteri-puteri yang mempunyai sahsiah baik, boleh memimpin dalam konteks diri, keluarga dan masyarakat

2

Page 3: sejarah bomba

Sejarah Kadet Polis

Bahagian XI akta polis 1967 telah membolehkan penubuhan pasukan kadet polis di mana-mana sahaja di Malaysia sepertimana yang diperintah Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri.

Pasukan kadet polis terdiri daripada pegawai kanan PKP, pegawai pangkat rendah PKP dan anggota PKP. Penubuhan kadet polis hanya di jalankan di sekolah menengah sahaja dan boleh disertai oleh pelajar lelaki (PKP lelaki) dan pelajar perempuan (PKP wanita).

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).      

PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an.

Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul.    

Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.

Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat

3

Page 4: sejarah bomba

kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

Memandangkan keberkesanannya, maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada     tahun 1992 dan kepada 579 platun pada tahun 1996 di seluruh negara. Ini bertepatan dengan     keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli unit beruniform. Di negeri Pulau Pinang, sejumlah 30 buah platun telah ditubuhkan sehingga tahun 2000.

Sejarah Tae Kwan Do

4

Page 5: sejarah bomba

Taekwon-Do ialah "Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki " yang terunggul dalam sejarah Korea yang di dokomentasikan tentang teknik mempertahankan diri . Ia diperkenalkan lebih kurang 600 selepas masihi semasa pemerintahan Silla Kingdom di Korea Selatan. Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi.Ianya diikuti oleh Seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih tentera bagi Dinasti tersebut.Walaubagaimanapun semasa penjajahan Jepun ke atas Korea , Seni Teak won do serta banyak lagi lain-lain seni tradisional Korea tidak benar di amalkan. Seni Tae Kwon hanya di pertahankan oleh beberapa orang seperti Master Song Duk Ki dan Han Li Dong yang tidak mahu warisan mereka terkubur begitu sahaja.

Dalam tahun 1933 seorang pemuda bernama Choi Hong Hi telah dihantar untuk belajar kaligrafi dengan seorang guru yang bernama Han Ii Dong yang semasa penjajahan telah mengamalkan seni Tae Kwon secara sulit tanpa mengenal penat lelah.Setelah melihat Choi seorang pemuda yang kecil dan lemah beliau mengambil keputusan untuk mengajar Tae Kwon dalam masa yang sama mengajar Kaligrafi. Dalam tahun 1937 Choi telah dihantar ke Kyoto, Jepun untuk melanjutkan pelajarannya di bawah seorang berbangsa Korea bernama Kim. Beliau mempelajari karate dan memperolehi Tali Pinggang Hitam tingkat ke dua.( 2nd Degree)

Semasa perang Dunia yang kedua Choi Hong Hi telah pulang ke negaranya dan dipaksa untuk bertugas dengan Tentera Jepun. Semasa bertugas di Pyongyang beliau terlibat sebagai perancang Pergerakan Kemerdekaan Korea dan di penjarakan. Didalam penjara beliau telah memperkenalkan asas seni mempetahankan diri yang dipelajarinya itu dengan mengajar rakan sepenjaranya.Dalam tahun 1945 peperangan tamat dan Korea mencapai kemerdekaan maka Choi pun dibebaskan dari penjara.

5

Page 6: sejarah bomba

Pada Januari 1946 Choi dilantik sebagai Leftenan Muda dalam Tentera Korea yang baru dibentuk. Dia ditugaskan di Kwang Ju sebagai pemerintah Kompani dimana dia telah mengajar asas Seni mempetahankan diri yang baru itu pada seluruh kompaninya. Beliau kemudiannya di naikkan pangkat kepada Leftenan dan dihantar untuk bertugas di Tae Jan. Di sana bukan hanya terdapat pengkalan tentera Korea tetapi terdapat juga tentera Amerika. Dalam beberapa tahun Choi Hong Hi telah berjaya memperkembangkan Seni Tae Kwon melalui kerjayanya sebagai seorang tentera. Pada tahaun 1949 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan berpeluang untuk belajar di Fort Riley Grand School , Kansas , Amerika. Semasa di sanalah Choi Hong Hi telah memperkenalkan Tae Kwon-Do kepada rakyat Amerika

Menjelang tahun 1953 Choi Hong Hi telah mewujudkan Korea Grand General di Pusan. Sebagai Timbalan Komander dan Ketua Jabatan Akademik, pada tahun 1952 beliau telah memberi taklimat kepada Jeneral Mac Arthur semasa lawatan beliau ke Kang Numg .Semasa genjatan senjata beliau adalah Pegawai Pemerintah Divison ke 5 Infantri.

Dalam tahun 1954 telah bertugas di Divison ke 29 Infanteri di Pulau Cheju. Semasa bersama Major Nam Tae Hi, beliau juga Komander "Chon Do Kwan" iaitu sebuah Gimnisium awam yang terbesar di Korea. Beliau bukan sahaja berjaya melatih tentera-tentera Korea tetapi juga telah dapat memperkembangkan Taek Kyon dan teknik-teknik Karate kepada Seni Taekwon-Do yang moden.Dengan usahanya yang gigih itu beliau dinaikkan pangkat lagi kepada Major Jeneral.

Dalam tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia.Beliau mula memperkenalkan Seni Taekwon-Do ini kepada masyarakat di sini. Pada tahun 1963 Persatuan Taekwon-Do Malaysia pun ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demontrasi di adakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj.

6

Page 7: sejarah bomba

Akhirnya Seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih Jeneral Choi dan anak-anak buahnya.Jeneral Choi Hong Hi dilatik sebagai Presiden Taekwon-Do Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.Seni Taekwon-Do di anggap sebagai Seni mempertahankan diri kebangsaan bagi negara Korea.

Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah

Persatuan Bulan Sabit Merah telah wujud sejak 55 tahun dahulu di Malaysia. Pertama kali ia di tubuhkan di Malaysia adalah pada tahun 1984 dipanggil pertubuhan Bulan Sabit Merah british di borneo utara atau kini Sabah dan Sarawak.

Pada awal tahun 1950-an barulah Persatuan Bulan Sabit Merah mula ditubuhkan di tanah semenanjung bermula daripada Pulau Pinang, Perak Terengganu dan Selangor. Selepas daripada itu semakin banyak lagi cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah mula di tubuhkan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang.

Sehingga kini bilangan ahli bagi Persatuan Bulan Sabit Malaysia telah mencapai angka 286,382 orang ahli yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Ahli –ahli yang menyertai persatuan bulan sabit merah boleh di kategorikan kepada 5 jenis tahap keahlian iaitu honorary life member, life member, ordinary member, red crescent youth dan red crescent link.

7

Page 8: sejarah bomba

Sejarah Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 dan semenjak itu telah berjaya menarik ramai ahli untuk menyertainya. PPPM telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah, personaliti dan sifat kepemimpinan wanita dewasa dan remaja ke tahap potensi yang maksima dan membanggakan.

PPPM merupakan salah sebuah persatuan gabungan dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Kebangsaan (MBM). PPPM telah diletakkan di bawah pengelolaan Kementerian Belia dan Sukan walaupun kebanyakan ahlinya (lebih daripada 90%) adalah terdiri daripada pelajar dan para pendidik dari sekolah, kolej dan universiti. Dengan itu, PPPM mempunyai jalinan yang rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan Dasar Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempereratkan lagi jalinan ini dengan mewajibkan semua pelajar sekolah dan para pendidik menjadi ahli kepada mana-mana satu badan berpakaian seragam di sekolah dan kolej masing-masing sama ada dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Bulan Sabit Merah dan lain-lain.PPPM menyediakan suatu corak pendidikan tidak formal yang fleksibel, ceria dan aktif yang memenuhi kehendak dan keperluan wanita dewasa dan remaja Malaysia.

Program PPPM tersusun secara padat, tersusun dan secara berperingkat iaitu Tunas Puteri (untuk 7-12 tahun), Pandu Puteri (untuk 12-17 tahun), Renjer Puteri (untuk 16-18 tahun) khasnya untuk pelajar sekolah, Kadet Pandu Puteri (untuk guru pelatih di Maktab Perguruan) , Kelab Renjer Pandu Puteri (untuk lepasan sekolah dan mereka yang bekerja), dan Kelab Pandu Puteri (untuk penuntut institusi pendidikan tinggi). Kesemua tahap ini dikendalikan oleh pemimpin kepanduan yang bertauliah.

8

Page 9: sejarah bomba

Dalam usaha memastikan sekurang-kurangnya terdapat seorang pemimpin kepanduan berwaran di sekolah atau istitusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah setuju memasukkan latihan kepanduan sebagai salah satu aktiviti latihan keguruan di Maktab Perguruan di Malaysia.

Latihan kepimpinan oleh PPPM diberi secara wajib kepada semua bakal pemimpin kepanduan di semua tahap untuk memastikan kelinciran dan keberkesanan pelaksanaan segala program yang telah disusun. PPPM adalah ahli sepenuh (FULL MEMBER) ' World Association of Girl Guides and Girl Scouts ' (WAGGGS).

Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap keprofesionalisme mereka dengan menyertai persidangan, seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di semua peringkat dalam negeri, negara, rantau dan antarabangsa.

Sejarah Pengakap.

Sejarah Pengakap di Malaysia pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

9

Page 10: sejarah bomba

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927

10

Page 11: sejarah bomba

Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan]

Sejarah Kadet Bomba

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan

untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut.

Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba

maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah

Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh

pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba

Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut

berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk

Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan

penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah

penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran

tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain.

Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang

mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi,

rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat

ramai pelajar menyertainya.Matlamat utama penubuhan

11

Page 12: sejarah bomba

persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka

terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan

dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan

praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan

meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan

memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara

umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.

Sejarah Seni Silat Lincah (Silat Cekak)

Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember

1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan

Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan

kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah

yang ditubuhkan pada Februari 1964.

12

Page 13: sejarah bomba

Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah

ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu

sudut yang kecil di kedai makanan En. Hussain b. Ahmad,

Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas

telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di

Kuala Lumpur dibawah seksi Seni Silat, Persatuan Bawean

Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Seni Silat Cekak telah dapat diterima oleh masyarakat

Kuala Lumpur. Sesuai dengan perkembangannya, Persatuan

Seni Silat Cekak Malaysia telah diasaskan dan didaftarkan

pada 19 Ogos, 1971 oleh YM Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin

Haji Ahmad. Pada tahun 1975, buat pertama kalinya lambang

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan

ianya telah digunakan sehingga sekarang.

Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia adalah

dibawah YM Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni

Silat Cekak Malaysia, Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji

Ahmad. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986

setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan Seni Silat

Cekak Malaysia keseluruh negara selama 21 tahun.

Bak pepatah Melayu "Patah tumbuh hilang berganti"

Tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji

Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden

PSSCM pada 21 September, 1986 sehingga sekarang.

Dibawah kepimpinan beliau PSSCM telah berkembang

pesat keseluruh lapisan masyarakat.

13

Page 14: sejarah bomba

Persatuan Pembimbing Rakan

Persatuan pembimbing rakan sebaya mula ditubuhkan

di sekolah-sekolah pada awal tahun 1997. Tujuan penubuhan

persatuan ini ialah melatih pelatih pelajar terpilih untuk

menjadi pembimbing rakan sebaya yang seterusnya akan

membantu rakan sebaya mereka yang bermasalah. Pelajar

yang dipilih adalah dari golongan yang mempunyai

pencapaian akademik yang cemerlang dan mempunyai sikap

yang baik dan terpuji. Pelajar ini diletak sebagai pembantu

kepada guru kaunseling di sekolah. Penubuhan persatuan ini

adalah atas dasar percaya bahawa pengaruh rakan sebaya

adalah amat besar dan mereka yang terpilih adalah

berkemampuan mengubah dan membantu membentuk sikap

rakan mereka menjadi lebih positif.

14

Page 15: sejarah bomba

Persatuan Sukan Dan Rekreasi

Persatuan sukan dan rekreasi boleh dibahagikan kepada

beberapa bahagian seperti persatuan bola tampar, persatuan

bola sepak, persatuan bola keranjang, persatuan bola jaring,

persatuan pingpong, persatuan persatuan badminton,

gimnastik, renang dan sebagainya. Kegiatan sukan dan

rekreasi terdapat dalam sistem kokurikulum baru sekolah

menengah (kbsm) dan kokurikulum baru sekolah rendah

yang diperkenalkan pada tahun 1985. malahan program

sukan terperuntuk sebagai kegiatan luar bilik darjah dalam

peraturan kursus pengajian ,akta pelajaran 1956.Tujuan

program sukan dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar

yang cergas tubuh badan dan berkemampuan untuk

mencungkil bakat sukan yang mungkin terpendam dalam

jiwa pelajar. Kebolehan mereka juga dapat di ketengahkan

bukan sahaja pada peringkat sekolah dan daerah tetapi juga

pada peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya mampu

menjadi wakil negara.

Sejarah St John Ambulans

15

Page 16: sejarah bomba

St. John Ambulans Malaysia telah diperbadankan dibawah

UNDANG-UNDANG MALAYSIA, AKTA 74, yang dikenali sebagai

AKTA)Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972.

Dibawah Akta ini telah dibuat Kaedah-Kaedah St. John

Ambulans 1973 yang telah dikeluarkan dalam Warta

Kerajaan Jil. 17 NO. 25 Tambahan No. 63 PERUNDANGAN (A)

bertarikh 6hb. Disember 1973

Kelakuan dan perlantikan serta lencana/lambang dan

uniform Perbadanan ini adalah dikawal dibawah AKTA ini.

Secara Amnya organisasi perbadanan ini terbahagi

kepada tiga peringkat :

1.         Peringkat Kebangsaan

2.         Peringkat Negeri/Wilayah

3.         Peringkat Kawasan

Di peringkat Kawasan ia terdiri dari Division yang

mempunyai keanggotaan mengikut status division.

    Division Kadet Rendah (8-11 tahun)

    Division Kadet (11-17 tahun)

    Division Dewasa (17-70 tahun)

Walaubagaimana  atas pertimbangan  Pemerintah pada

umur 16 tahun seseorang boleh dimasukkan ke dalam

Division Dewasa.

16

Page 17: sejarah bomba

Seseorang yang menjadi ahli St. John Ambulans boleh

bertukar dari satu Division kepada Division/Kawasan dalam

mana-mana tempat dalam Malaysia dan luar Malaysia

dimana terdapat St. John Ambulans di tempat tersebut.

Sejarah Kadet Bersatu Malaysia

Pertubuhan ini telah diiktiraf sebagai sebuah

pertubuhan yang rasmi pada tahun 1952 di bawah Ordinan

Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952. Pertubuhan

Kadet Bersatu Malaysia di letakkan di bawah portfolio

Menteri Pendidikan. Undang-Undang Kor Kadet Bersatu

Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia sebagai

penasihat dalam semua aspek iaitu yang berkaitan dengan

pembentukan, pembesaran unit pertubuhan, organisasi dan

pembubaran, pentauliahan, kenaikan dan penurunan

pangkat dan sebagainya.

Pengendalian latihan dan pentadbiran yang meliputi

pembekalan senjata, peluru latihan, bantuan latihan dan

17

Page 18: sejarah bomba

peralatan adalah dibawah pengurusan dan tanggungjawab

Kementerian Pertahanan

Penubuhan Kadet Bersatu Malaysia adalah untuk

melahirkan generasi warganegara yang berdisiplin, cergas

dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna pada bangsa dan

negara serta agama dan mempunyai semangat kepimpinan

yang tinggi.

18