sejarah

3
SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukanYMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896. Sejak diperkenalkan,permainan bola tampar terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.1916 - Undang – undang permainan diterbitkan.1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. Pada tahun 1949 , Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. Pada 1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukandalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari

Upload: belle-queen

Post on 11-Aug-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah

SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang

mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukanYMCA,di

Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah‘minoneete’ dan

kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.

Sejak diperkenalkan,permainan bola tampar terus menjadi satu permainan rekreasi

yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun

1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam

permainan bola tamper adalah seperti berikut:1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.1912

- system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.1916 - Undang – undang permainan

diterbitkan.1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang

sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter.1921 - Garis tengah diwujudkan

dalam gelanggang bola tampar.1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.1923 - Saiz

gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.1947 - IVBF

(International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa

ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.

Pada tahun 1949 , Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama

diadakan di Prague. Pada 1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi

salah satu acara sukandalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.Di Malaysia,permainan ini

diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-

an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar

utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab

kebajikan di Tionghua yang wujud pada masaitu.

Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar

Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun

1959.Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukansekolah

di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM). Permainan ini adalah

unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yanglain seperti bola keranjang, bola

jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh

pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam

permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti

yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.

Page 2: Sejarah

2. SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERTANDINGAN YANG AKAN

DILAKSANAKAN

a. Servis paling banyak dalam 1 minit

b. Menimbang bola paling lama

c. latihan servis dan timbang bola

d. latihan jaring

e. pertandingan antara rumah sukan

f. Karnival Sukan dan Permainan

e.Melukis logo bola tampar