sedih! kisah warak salahuddin al-ayubbi yang kita tidak tahu

Upload: weafareez

Post on 02-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Sedih! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu

    1/5

    SEDIH! KISAH WARAK SALAHUDDIN AL-AYUBBI YANG KITA TIDAK TAHU

    SEDIH! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu | Cuba kita tanya pada umat Islam

    sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

    Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?

    Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?

    Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?

    Siapa dia Muhammad Al-Fateh?

    Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

    Hurm..

    Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil

    mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi

    ini kisah benar-benar berlaku..

    Bila??

    Suatu Masa Dulu..

    "Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"

    kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

    Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi..

    mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-

    Aqsa?

    Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala

    persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah

    panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering

    bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

    Hebatnya Kau Salahuddin.

    Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak

    diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, Aku hampir mati kehausan.

    beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

    Penyabarnya kau Salahuddin..

    Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi

    Salahuddin.

  • 7/27/2019 Sedih! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu

    2/5

    Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-

    perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-

    celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap

    tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.

    Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah

    tentera kristian..

    Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya..

    siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar

    dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

    Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan

    kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang

    dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..

    Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan

    menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu

    terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

    Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal

    akibat dibunuh oleh tangan jahat.

    Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk

    mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.

    Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang

    mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

    Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya

    tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan

    semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada

    peperangan terganggu ..

    Asakan Tentera Islam teramat dahsyat

    Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.

    tiada lagi pertempuran berlaku

    Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul

    Maqdis..

    Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas

    orang-orang kamu terdahulu? Kata Ketua Tentera Kristian

    Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem tersumbat dengan

    mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekatdi atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat

  • 7/27/2019 Sedih! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu

    3/5

    pembunuhan orang Islam beramai-ramai.

    Kami orang Islam tidak seperti kamu Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

    Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang

    ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

    Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa

    orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh

    dibunuh dalam peperangan..

    Hari itu, Langit begitu Cerah

    Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan

    Allah telah memenuhi langit..

    Para tentera tersenyum girang..

    Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.

    Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.

    Ramai orang yang terdiri dari ulama,

    Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa

    datang merayakan gembira kemenangan ini

    Selepas menunggu hampir 90 tahun

    kini sembahyang Jumaat telah diadakan

    semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!

    Salib yang terpampang di Dome of Rock telah diturunkan.

    Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..

    Kemenangan Seluruh Umat Islam

    Kemenangan Atas Kemenangan

    27 Safar, 589H

    Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin

    Syeikh Abu Jaafar , seorang yang wara telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin

    ketika beliau Nazak.

    Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

    Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

    Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata

    (Al-Hasyr: 22)

    Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,

  • 7/27/2019 Sedih! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu

    4/5

    Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum

    dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

    Memang Benar

    Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

    Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada

    rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta

    yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam

    wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang

    menterinya.

    Empat puluh tahun kemudian,

    Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergike kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:

    Sekarang aku datang semula ke sini.

    Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan

    Salahuddin yang telah mati..

    Tidak cukup dengan itu,

    1917

    Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,

    General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela

    Islam ini sambil berkata

    Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!

    Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan

    seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam

    Dalam tidak sedar,

    aku rasa ada air mengalir dipipi..

    Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

    Reflexi dan cermin-cerminkan diri..

    mana tahap kita?

    astaghfirullah..

    lemah nya umat sekarang..lemahnya aku

  • 7/27/2019 Sedih! Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Kita Tidak Tahu

    5/5

    Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..

    aku menjenguk diluar jendela..

    Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

    Aku menggelengkan kepala

    mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??

    hurm..

    generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~