tahu bahasa

15
Kumpulan 2

Upload: suraini-kamis

Post on 30-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kreativiti dan reka cipta

TRANSCRIPT

Kumpulan 2

Tahu bahasa tidak dapat dipisahkan daripada:Pengguna danPenggunaan

Pengguna-siapa yang menggunakan bahasa(usia, status)

Penggunaan-masa, tempat,siapa kita berbual, situasi

Secara mudahnya~variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dan bidang tertentu.

KONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan. Beberapa orang pengkaji telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras. 

Nik Safiah Karim (1982 :1) menyatakan

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras seperti yang berikut :

Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk membincangkannya.

Halliday (1968:149) pula mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Halliday (1985) melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Contoh: Bahasa yang digunakan kepada anak yang

berusia 2 tahun harus lebih mudah berbanding anak yang berusia 17 tahun.

Orang muda harus menggunakan laras bahasa yang lebih beradab apabila berbual dengan orang yang lebih tua

Pekerja harus menggunakan bahasa yang lebih hormat apabila bercakap dengan majikan

CIRI LARAS BAHASAMenurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:1 Ciri Keperihalan2 Ciri Linguistik

1 CIRI KEPERIHALAN Terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:A) Situasi LuaranB) Situasi Persekitaran

A) Situasi Luaran – bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.■ Contoh, huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

B) Situasi Persekitaran – Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

■ Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang berlainan, yakni yang menimbulkan laras berlainan. Antaranya :

i). Cara penyampaian

■ Bentuk perhubungan yang digunakan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat tulisan, lisan, isyarat dan sebagainya.■ bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

■ Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei , novel, cerpen,

i).Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan bahasa. 

■ Terdapat dua aspek iaitu :

a).Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu sebagai anggota dalam masyarakat.

■ Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi.

■ Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan karib.

■ Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang berpangkat rendah dengan yang berpangkat tinggi.

b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara penghasil dan pembaca akhbar, buku dan majalah serta alat media lain.

iii) Bahan Yang Diperkatakan■ Isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan.■ Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah kepada bidang-bidang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

KEPENTINGAN LARAS BAHASA/LARAS SOSIAL

■ Laras bahasa amat penting.■ Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.■ Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.■ Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.■ Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.■ Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.■ Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.