sdp isl 15

2
ISL 15: PANTUN EMPAT KERAT Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. Orang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku. Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan. Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian. Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan. Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu; Minta selisih malaikat empat puluh, Janganlah saya diberi malu. Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi; Biarlah buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati. Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu. Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu.

Upload: parkmickyboo

Post on 12-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mn

TRANSCRIPT

Page 1: SDP ISL 15

ISL 15: PANTUN EMPAT KERAT

Orang Jawa mencari benang,Mencari benang di atas bukit;Orang jauh jangan dikenang,Lama-lama jadi penyakit.

Orang mengail di Teluk Bulang,Apalah umpannya si kulit duku;Jangan bermain kekasih orang,Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Patah jarum dalam peti,Buat menjahit kain bertimbun;Nasihat sepatah kurang dimengerti,Rupanya penawar beribu tahun.

Padi muda jangan dilurut,Kalau dilurut patah batangnya;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut susah datangnya.

Bawa mari ke kedai Cina,Kerana itu buah dagangan;Hidup kita biar sempurna,Kerana dunia ini adalah tumpangan.

Beras kisar mudik ke hulu,Tanak pulut santan durian;Tak ada orang menyesal dahulu,Banyak orang menyesal kemudian.

Bukan tidak saya katakan,Merbuk biasa makan di papan;Bukan tidak saya katakan,Buah mabuk jangan dimakan.

Bukit Jertih berhutan buluh,Tempat raja pergi memburu;Minta selisih malaikat empat puluh,Janganlah saya diberi malu.

Orang hulu memalu nobat,Nobat dipalu kayu berangan;Fikir dahulu sebelum buat,Kalau dibuat menyesal jangan.

Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi;Biarlah buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati.

Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.

Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat;Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu;Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu.

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci;Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti , Tolong masukkan segala barang;Jikalau anak-anak bersatu hati . Kerja yang susah menjadi senang .

Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ; Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya .

Selasih tumbuh di tepi telaga , Selasih dimakan si anak kuda;Kasih ibu membaa ke syurga, Kasih saudara masa berada.