sastera moden, golongan penulis agama

1

Click here to load reader

Upload: jimoh370

Post on 12-Jul-2015

247 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera moden, golongan penulis agama

SASTERA MODEN. GOLONGAN PENULIS INTELEK AGAMA.

Penulis intelek agama ialah segolongan penulis yang telah memberi sumbanga pada tahun 1920-an dan 1930-an. Dari sudut pendidikan Sekolah Melayu dan Arab, penulis golongan agama terpengaruh dengan fahaman modenisasi Islam yang dibawa oleh Muhammad Abduh, sama ada secara langsung sewaktu belajar di Timur Tengah atau melalui orang-orang yang telah belajar di Mesir. Dari segi pekerjaan, golongan penulis intelek agama menjadi guru di madrasah serta menjadi wartawan. Golongan intelek agama yang penting dalam kesusasteraan Melayu moden ialah Syed Sheikh al-Hadi, Ahmad bin Muhammad Rashid Talu, Ahmad bin Haji Ismail dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Golongan penulis intelek agama memberikan sumbangan yang amat besar dan penting dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan Melayu moden terutama selepas Abdullah Munsyi. Antara sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama ialah membentuk pemikiran masyarakat Melayu dengan mengemukakan pelbagai pandangan baru yang menyentuh aspek ekonomi, sosial dan politik orang-orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang menjadi lidah rasmi mereka seperti al-Ikhwan, al-Imam dan akhbar Saudara. Dalam bidang pendidikan, golongan penulis agama juga memainkan peranan yang amat penting dengan mengembangkan pendidikan Melayu serta Islam melalui madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh mereka. Misalnya Syed Sheikh al-Hadi telah menubuhkan beberapa buah madrasah di Singapura, Pulau Pinang serta Melaka. Antara madrasah yang telah ditubuhkan oleh Syed Sheikh al-Hadi ialah madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura. Sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama dalam bidang kesusasteraan Melayu amat penting. Antaranya menterjemah serta menerbitkan siri-siri cerita Rokambul (cerita mata-mata gelap Arab). Usaha penterjemahan noel mata-mata gelap dalam siri cerita Rokambul ini dilakukan oleh Syed Sheikh al-Hadi. Siri cerita Rokambul mengandungi cerita-cerita berikut :

a) Cerita Rokambul dalam jail.

b) Cerita Rokambul dalam Siberia. c) Cerita Rokambul dengan Korban Hindi. d) Cerita Rokambul dengan Malim Kaum Nur. e) Cerita Rokambul dengan Taman Penglipurlara.

Mereka juga menulis serta menerbitkan novel-novel Melayu saduran

dari Timur Tengah serta novel-novel Melayu asli. Karya-karya Syed Sheikh al-Hadi ialah Hikayat Taman Cinta Berahi (1928), Hikayat Anak Dara Ghassan (1929), Hikayat Cermin Kehidupan (1929), Hikayat Puteri Nurul Ain (1929), Hikayat Pembelaan dalam Rahsia (1930) dan Hikayat Setia Asyik kepada Makhsyoknya atau Hikayat Faridah Hanum (1925-1926). Dengan terbitnya novel-novel saduran ini telah menjadikan Syed Sheikh al-Hadi sebagai “Pelopor Novel Melayu”. Kesemua novel yang disadur itu diterbitkan melalui siri “The Moral Trainer” atau “Pendidikan Akhlak”. Golongan penulis intelek agama juga merupakan golongan penulis yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Ini dilakukan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu yang menulis dan menerbitkan beberapa buah novel Melayu asli. Antaranya ialah novel Kawan Benar (1927), Iakah Salmah (1928), Dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapa Jahat (1930) dan lain-lain lagi. Ahmad bin Muhammad Rashid Talu juga diiktiraf sebagai “Bapa Novel Melayu Asli.” Novel-novel yang ditulis oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu dianggap asli kerana berlatarbelakangkan Tanah Melayu. Novel Kawan Benar mengisahkan kecurangan seorang suami yang berlaku di Pinang.

Penulis-penulis intelek agama juga merupakan golongan perintis

kepada kerancakan dan perkembangan penulisan novel-novel Melayu dengan menjadikan akhbar-akhbar sebagai lidah rasmi mereka, seperti al-Imam, al-Ikhwan serta Saudara.

Sebagai seorang ulama, Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan

buku-buku agama. Buku-buku agama itu ialah Tafsir Juz Amma (1927), Tafsir al-Fatihah (1928), Kitab Alam Perempuan (1930), Kitab Agama Islam dan Akal (1931) serta Hadiah Kebangsaan (1933).