bh pilih l10 17 emel sastera penggerak bahasa … · indonesia dipilih berdasarkan ... ajak...

16

Upload: lamphuc

Post on 06-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Oleh Khatijah Ismail

Pada 13 Mac 2006, di Royal Berkshire, Jerudong Park Polo Club, Negara Brunei

Darussalam, berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) 2006. Tiga tokoh dari tiga negara anggota MASTERA iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam telah dino-batkan sebagai Penerima Anugerah Sastera MASTERA 2006. Tiga tokoh tersebut ialah Ketua Satu GAPENA, Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus (Dr.) Pendeta Linggom Banua Malayu Ismail Hussein dari Malaysia, Sutardji Calzoum Bachri dari Indonesia dan Muslim Burmat dari Brunei Darussalam. Ketiga-tiga tokoh ini mempu-nyai elemen dan kekuatan yang tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi dan perjuangkan. Penerima anugerah dari Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus (Dr.) Pendeta Linggom Banua Malayu Ismail Hussein diiktiraf kerana ketokohannya sebagai pemikir dan pejuang sastera serta budaya begitu terserlah. Perjuangannya melalui GAPENA yang telah diwujudkan sejak 23 Oktober 1970, merupakan suatu perjalanan budaya yang cukup panjang dan menuntut pengor-banan yang begitu tinggi. Beliau telah menggariskan landasan perjuangannya terhadap baha-sa, sastera dan budaya Melayu yang bersifat lokal, serantau dan global. Beliau juga sanggup mengorbankan kudrat diri dan kemampuan materialnya terha-dap perkembangan badan terse-but. Sebagai pemikir, beliau sen-tiasa berwaspada dalam setiap aksi dan ungkapannya apabila berhadapan dengan cendekiawan, pemimpin politik dan budaya yang sangat mengagumi ketoko-hannya. Gagasan bahasa, sastera dan budaya yang digagaskannya tidak pernah terhidu rasa cau-rimis atau oportunis. Setiap tin-

dakannya menggambarkan ideal-isme perjuangan sama ada untuk GAPENA, dasar kebangsaan atau kesejahteraan dunia Melayu. Sutardji Calzoum Bachri dari Indonesia dipilih berdasarkan ketokohannya sebagai sasterawan serta penulis yang prolifik kera-na keaktifannya berkarya dalam bentuk puisi dan esei. Beliau juga memberi perhatian yang serius terhadap pembinaan dan pengembangan sastera, malah aktif menulis makalah dan mem-bentangkan kertas kerja bukan sahaja di dalam negara bahkan di peringkat internasional. Antara karya beliau yang tersohor ialah O (1973), Aniuk (1976), Kepek (1979), O Amuk Kepek (1981) dan Hujan Menulis Ayam (2001). Penerima anugerah dari Brunei Darussalam, Muslim Burmat

atau nama sebenarnya Awang Haji Muslim bin Haji Burut pula, merupakan seorang penulis novel dan cerpen yang terkenal di negara Brunei Darussalam, sejak awal tahun l960-an lagi. Beliau terkenal dengan karyanya yang hebat seperti Terbenamnya Matahari, Dari Hujung ke Hujung, Sebuah Pantai di Negeri Asing, Urih Pesisir dan Terbang Tinggi.Karya-karyanya sering dijadikan bahan pemikiran ilmuwan dan bahan kajian sarjana. Penyampaian anugerah yang berprestij dan berpo-tensi ini merupakan anugerah kali kedua diadakan di Brunei Darussalam sempena Majlis Perasmian Seminar Bahasa dan Sastera MABBIM/MASTERA. Anugerah ini merupakan seba-hagian daripada kegiatan yang

telah dipersetujui dalam Sidang Eksekutif MASTERA yang diada-kan pada setiap tahun, sejak MASTERA diwujudkan pada 25 Ogos l995 dan negara Singapura dilantik sebagai negara pemer-hati. Seperti yang dipersetujui, anugerah ini dipertanggung-jawabkan kepada negara Brunei Darussalam. Oleh itu, setiap pencalonan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Tertinggi Anugerah (Panel Pusat) di nega-ra Brunei Darussalam. Pada tahun ini, penerima anugerah menerima hadiah ber-nilai B$8000.00 berserta watikah pengiktirafan yang disampai-kan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Yakub bin Abu Bakar.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006

PEDOMAN SASTERA

SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI 11

JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 10

Anugerah Sastera MASTERA SILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini. Pemenang akan menerima

cenderamata istimewa daripada Klik DBP.

1. Jikalau ada legundi pahit, Belanga baru saya jerangkan; ............................................, ...............................................

2. Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; ............................................, ...............................................

3. Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; ............................................, ...............................................

4. Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang, .............................................. ..............................................

5. Orang Aceh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang, ........................................ ........................................

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 8 Mei 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombortelefon dan alamat kepada :

Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 11,

Bahagian PengembanganBahasa Melayu,

Tingkat 25, Dewan Bahasadan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E- mel: [email protected]

SajakOleh Saifullizan Yahaya

Sajak merupakan puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional

seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan seumpamanya. Menurut Za’ba, sajak ialah suatu karangan berangkap cara baharu dalam baha-sa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarannya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan bebe-rapa sifat tertentu. (Ilmu Mengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu, 2002: 253-254). Bagi Muhammad Haji Salleh pula, sajak merupakan suatu bentuk moden yang lebih

bebas dan rangkapnya tidak teri-kat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional seperti pantun dan syair yang membawa suasana serta pan-dangan hidup yang lebih moden. (Pengalaman Puisi, 1988: 1) Perkataan sajak dipercayai bera-sal daripada perkataan Arab, iaitu saj’ yang bermaksud “karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama ada hujung tiap-tiap ayat atau suku ayatnya”. Perkataan saj’ kemudian dipinjamkan ke bahasa Melayu menjadi sajak. Dalam baha-sa Inggeris sajak dikenali sebagai poem. Sajak tidak mempunyai sifat penulisan yang tertentu seperti

bilangan suku kata dalam baris. Suku katanya tidak perlu sama atau sekata antara satu baris dengan satu baris lain berbanding dengan puisi Melayu tradisional. Rimanya juga tidak terikat seperti pantun yang mempunyai rima a-b; a-b dan syair a-a-a-a. Bilangan baris dalam rang-kap sajak juga tidak sekata antara rangkap dengan rangkap berikut-nya. Dalam penulisan sajak, baris pertama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja sekiranya per-kataan tersebut dapat mendukung makna. Rangkapnya pula tiada had tidak seperti puisi Melayu lama yang keseluruhan bentuknya teri-kat dengan ciri-ciri yang ditetapkan.

Rangkap pertama sajak boleh terdiri daripada dua baris ayat sahaja mana-kala rangkap berikutnya mungkin empat atau enam baris bergantung pada cita rasa dan motif penyajak. Pendeta Za’ba juga berpenda-pat bahawa bentuk puisi bebas ini lahir kerana para penulis ingin melepaskan diri mereka daripada bentuk dan rima yang terikat yang menyebabkan para penyajak tidak dapat menyuarakan pemikiran mereka secara spontan. Jelasnya, sajak merupakan puisi moden yang bebas sifatnya daripada puisi Melayu tradisional.

(Bersambung...)

Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki. Jenis : Kepahlawanan.

Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. Jenis : Agama.

Hancur badan tulang bercerai, Budi yang baik dikenang juga. Jenis : Budi.

PEMENANG

Encik Abdul Bari bin Shamsuddin,Kg. Melayu Sungai Sering,Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. No. K. P.: 880204-14-5569 *Diharap Pemenang Kuiz bersabar menunggu hadiah.

BH PILIH L10 17 emel

Tan Sri Dato' Prof. Emeritus (Dr.) Ismail Hussein menerima anugerah.

DBP SETENGAH ABAD

17SH010A.indd 2 4/15/06 3:45:42 AM