sample soalan-soalan peperiksaan tbe under ibfim · aliran mazhab utama yang manakah bersetuju...

24
Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM Set II Q 1: Perhubungan di antara pengendali takaful semula dan takaful tertakluk kepada prinsip berikut KECUALI: Peserta asal tiada hak ke atas pengendali takaful semula dalam apa keadaan pun. Sekiranya pengendali takaful semula menjadi insolven, syarikat pemberi tidak bertanggungjawab keatas pesertanya di bawah terma dan syarat kontrak. Sekiranya syarikat pemberi menjadi insolven, pengendali takaful semula masih bertanggungjawab di bawah terma dan syarat kontrak. Pengendali takaful semula tidak mempunyai hak di dalam kontrak keatas salah laku peserta asal. Q 2: Pemodal di dalam kontrak Mudharabah dalam konteks takaful adalah ____________. pengendali Takaful peserta Takaful ejen Takaful pemilik Takaful Q 3: Saluran yang manakah yang boleh digunakan di bawah untuk menyelesaikan permasalahan tuntutan? I. Penyelesaian secara rundingan dan kompromi II. Litigasi III. Arbitrasi IV. Perantara I, II dan III I, III dan IV II, III dan IV Semua di atas Q 4: Dalam triti takaful semula, semua jenis risiko yang dipersetujui di dalam kontrak ________. dinilai dan ditawarkan atas setiap kes secara berasingan ditawarkan semula selepas penilaian menyeluruh oleh pengendali takaful lain terus diterima oleh pengendali takaful semula dicadangkan sebagai pilihan elektif dengan produk lain Q 5: Yang mana satu di antara penyataan berikut BUKAN tugas ejen? Membuat cadangan perlindungan bersesuaian kepada bakal pelanggan.

Upload: others

Post on 26-Mar-2021

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM – Set II

Q 1: Perhubungan di antara pengendali takaful semula dan takaful tertakluk kepada prinsip berikut KECUALI:

Peserta asal tiada hak ke atas pengendali takaful semula dalam apa keadaan pun.

Sekiranya pengendali takaful semula menjadi insolven, syarikat pemberi tidak bertanggungjawab keatas pesertanya di bawah terma dan syarat kontrak.

Sekiranya syarikat pemberi menjadi insolven, pengendali takaful semula masih bertanggungjawab di bawah terma dan syarat kontrak.

Pengendali takaful semula tidak mempunyai hak di dalam kontrak keatas salah laku peserta asal.

Q 2: Pemodal di dalam kontrak Mudharabah dalam konteks takaful adalah ____________.

pengendali Takaful

peserta Takaful

ejen Takaful

pemilik Takaful

Q 3: Saluran yang manakah yang boleh digunakan di bawah untuk menyelesaikan permasalahan tuntutan? I. Penyelesaian secara rundingan dan kompromi II. Litigasi III. Arbitrasi IV. Perantara

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 4: Dalam triti takaful semula, semua jenis risiko yang dipersetujui di dalam kontrak ________.

dinilai dan ditawarkan atas setiap kes secara berasingan

ditawarkan semula selepas penilaian menyeluruh oleh pengendali takaful lain

terus diterima oleh pengendali takaful semula

dicadangkan sebagai pilihan elektif dengan produk lain

Q 5: Yang mana satu di antara penyataan berikut BUKAN tugas ejen?

Membuat cadangan perlindungan bersesuaian kepada bakal pelanggan.

Page 2: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Menulis proviso di atas sijil pelanggan.

Membantu bakal pelanggan melengkapkan permohonan.

Memastikan pelanggan memahami perlindungan yang mereka pilih.

Q 6: Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah tanggungjawab Jawatankuasa Pengawasan Shariah (SSC)? I. Mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan pematuhan syarikat terhadap keperluan Syariah. II. Mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi kontrak agar ia selaras dengan semangat dan objektif fatwa. III. Memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau kemusykilan syarikat berkaitan isu-isu perundangan Islam dalam takaful. IV. Menentusahkan pembayaran yang bersesuaian kepada setiap ahli di dalam Majlis Penasihat Shariah.

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 7: Waranti ini adalah suatu pernyataan berkenaan fakta yang akan datang atau fakta yang akan terus kekal sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.

Waranti Pengakuan

Waranti Akujanji

Waranti Lemah

Waranti Penolakan

Q 8: Secara amnya, ‘Muamalat’ bermaksud hubungan diantara _________.

manusia dengan manusia

manusia dengan makhluk Allah yang lain

manusia dengan Allah

manusia dengan alam sekitar

Q 9: Dengan ketiadaan kepentingan boleh lindung dalam Takaful Am, kontrak tersebut ________________.

terbatal

kekal sah

boleh diperbaharui

Page 3: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

sah kerana kerugian disebabkan peril

Q 10: Sesuatu kontrak, menurut Syariah dianggap batal sekiranya __________.

kontrak yang dipersetujui tanpa saksi

kontrak yang memenuhi syarat yang ditetapkan

kontrak yang jelas unsur ketidakpastiannya (gharar)

kontrak yang dihasilkan tanpa paksaan

Q 11: Yang manakah di antara faktor berikut yang TIDAK mempengaruhi pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan?

Kesihatan sekarang dan masa lampau

Sejarah perubatan

Sejarah keluarga mertua

Pekerjaan

Q 12: Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko tulen?

Peribadi

Harta

Bahaya

Liabiliti

Q 13: Konsep disebalik insurans adalah dimana sumbangan dibuat oleh sekumpulan individu yang berkongsi risiko yang sama dan dikumpulkan oleh syarikat insurans dalam bentuk __________.

pampasan

premium

denda

faedah

Q 14: Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR?

Peril adalah punca utama kerugian.

Bahaya akan mempengaruhi hasil kerugian.

Risiko adalah ketidakpastian samada sesuatu musibah itu akan menyebabkan kerugian.

Page 4: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Bahaya moral boleh ditentukan oleh ciri-ciri fizikal sesuatu risiko.

Q 15: Skop Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi perkara berikut KECUALI:

Pengunderaitan sijil takaful

Had manfaat yang perlu ditetapkan

Pengkadaran ke atas program takaful semula

Penetapan harga dan rezab ke atas sijil

Q 16: Yang manakah dari perlindungan takaful di bawah yang membayar kadar tetap mengikut hari peserta berada di hospital?

Takaful Endowment

Takaful Perubatan dan Kesihatan

Takaful Anuiti

Takaful Motor

Q 17: Baca kenyataan berikut dengan teliti. I. Pengendali takaful menambah sumbangan asas takaful untuk melindungi perbelanjaan operasi dan mengendali perniagaan. II. Sumbangan takaful tambahan biasanya dikaitkan dengan sejarah perubatan yang kurang baik, tabiat atau hobi berbahaya. III. Pengalaman tuntutan tidak akan menjadi faktor untuk pengendali takaful mengenakan sumbangan takaful tambahan. IV. Sekiranya peserta menghidapi penyakit sedia ada tertentu, sumbangan takaful tambahan akan dikenakan sekiranya risiko tersebut dianggap tinggi. Penambahan sumbangan merujuk kepada:

I, II dan III

I, II dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 18: Di antara institusi berikut yang manakah menawarkan produk takaful? I. Pengendali takaful II. Syarikat insurans III. Institusi perbankan yang menjalankan bankatakaful dengan pengendali takaful IV. Syarikat amanah saham

I

I dan III

Page 5: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

II dan IV

Semua di atas

Q 19: Yang mana satu di antara penyataan berikut adalah BENAR berkenaan penyelaras/penilai kerugian? I. Mereka biasanya dilantik oleh pengendali takaful untuk menilai tahap kerugian sesuatu kerosakan dan jumlah penyelesaian kerugian. II. Mereka selalu membantu peserta dalam persediaan dan rundingan berkenaan tuntutan III. Mereka menjalankan perniagaan penyelaras iaitu menyiasat penyebab dan keadaan kerugian serta menentukan jumlah kerugian. IV. Mereka bebas daripada sebarang ikatan dengan mana-mana pihak.

I dan II

II dan III

III dan IV

Semua di atas

Q 20: Secara tradisi, takaful perubatan dan kesihatan dipasarkan secara __________.

Sijil individu atau berkumpulan

Bertempoh atau pelbagai sijil

Tanpa tunai atau sijil berkumpulan

Sijil pelbagai atau sijil mel terus

Q 21: Yang manakah kenyataan berikut adalah BENAR berkenaan arbitrasi? I. Arbitrasi diadakan di luar mahkamah. II. Kedua-dua pengadu memilih pihak ketiga yang tidak berpihak sebagai arbitrator. III. Kedua-dua pengadu bersetuju lebih awal untuk mengikut keputusan arbitrator. IV. Keputusan arbitrator mestilah disahkan oleh FMB.

I dan II

I, II dan III

I, III dan IV

Semua di atas

Q 22: Proses pengurusan risiko adalah melibatkan: I. Mengenalpasti risiko. II. Pembangunan pelan pengurusan risiko. III. Perlaksanaan pelan pengurusan risiko. IV. Pemeriksaan dan penilaian risiko.

I dan II

Page 6: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

I dan III

II, III dan IV

Semua di atas

Q 23: Pengendali takaful boleh memfaatkan kelebihan peraturan bilangan jumlah besar. Mereka boleh menguruskan keterukan tinggi, frekuensi rendah dalam akaun mereka dengan melaksanakan program takaful semula __________.

halang kerugian

pindah kerugian

bendung risiko

kongsi risiko

Q 24: Kaedah yang digunakan oleh pengendali takaful untuk membendung kos dan mengelakkan salah guna disebabkan bertambahnya tuntutan perubatan termasuk menggunakan klausa berikut: I. Deduktibel II. Memfailkan tuntutan untuk bayaran balik III. Jadual prosedur pembedahan IV. Bayaran bersama untuk menaik-taraf bilik

I dan II

II dan III

I, III dan IV

Semua di atas

Q 25: Takaful semula merujuk amalan pengendali takaful __________.

memperbaharui sijil sedia ada

mengeluarkan sijil yang baru

berkongsi risiko dengan pengendali takaful lain

melindungi risiko yang sama dua kali

Q 26: __________ telah ditubuhkan untuk membentuk suatu dana berpusat yang dikendalikan oleh penanggung insurans dimana mangsa kemalangan jalanraya mendapat bayaran pampasan dari dana berkenaan, sekiranya ia adalah mangsa langgar lari.

Konsortium Kajian Motordata

Perkhidmatan Insuran Malaysia

Biro Insurer Motor

Persatuan Insuran Am Malaysia

Page 7: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 27: Yang manakah di antara faktor berikut akan meninggikan risiko Takaful Perubatan dan Kesihatan? I. Umur II. Pekerjaan III. Faktor persekitaran IV. Majikan

I dan II

II dan IV

I, II dan III

Semua di atas

Q 28: Matlamat utama kawal selia diri termasuk:

Untuk memperkenalkan undang-undang berkanun bagi mendisiplinkan industri.

Untuk menyediakan kayu ukur yang tidak dapat bertindak pantas kepada perubahan yang diperlukan.

Untuk melaksanaakan kod amalan yang mempunyai kuasa undang-undang.

Menggalakkan keseragaman dalam amalan pasaran dan meningkatkan tahap kerjasama didalam industri.

Q 29: Yang manakah di antara pernyataan berikut BENAR berkenaan dana takaful? I. Pengendali takaful diwajibkan mengasingkan dana Takaful Am, dana Takaful Keluarga, dana pemegang saham dan dana Waqaf. II. Peruntukan undang-undang berkaitan pengasingan dana adalah dikehendaki oleh Akta Takaful 1984. III. Pengendali takaful mestilah menubuhkan dan menyelenggara dana takaful mengikut kelas setiap perniagaan takaful. IV. Semua penerimaan wang oleh pengendali takaful berkaitan perniagaannya hendaklah dimasukkan ke dalam dana takaful.

I, II dan III

I, II dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 30: Peruntukan penerusan sijil Takaful Kesihatan bermaksud pengendali takaful tidak boleh membatalkan sijil perlindungan ketika ia masih berkuatkuasa, tetapi boleh menolak permohonan memperbaharui sijil dibawah syarat-syarat tertentu yang dinyatakan dalam kontrak dinamakan __________.

pembaharuan terpilih

pembaharuan terjamin

pembaharuan bersyarat

Page 8: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

pembaharuan boleh batal

Q 31: Sijil Takaful Perbelanjaan Perubatan utama biasanya membayar:

Perbelanjaan dari Ringgit yang pertama

Manfaat tunai harian

Berkongsi kos

Deduktibel yang telah dipersetujui

Q 32: Klausa ini menerangkan tentang kandungan penting kontrak dengan menyatakan peril yang dilindungi dibawah sijil ini dan keadaan-keadaan yang menjadikan pengendali takaful bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau seumpamanya kepada peserta. Klausa tersebut adalah ____________.

klausa operasi

pendahuluan atau klausa kuatkuasa

klausa pengecualian

klausa penyaksian

Q 33: Model yang manakah TIDAK digunapakai oleh pengendali takaful?

Waqf

Wakalah

Mudharabah

Murabahah

Q 34: Yang manakah di antara berikut adalah elemen-elemen ‘Muamalat’? I. Pihak di dalam kontrak; II. Bentuk kontrak termasuk ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan); III. Perkara pokok kontrak; IV. Tujuan dan niat semua pihak;

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 35: Riba yang muncul daripada jual beli barangan ribawi disebut sebagai _________.

Riba faedah

Page 9: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Riba fuyu’

Riba qusudh

Riba buyu’

Q 36: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada ejen takaful? I. Pengetahuan yang mendalam mengenai produk takaful II. Menjelaskan fakta, bukan memaksa atau mengugut III. Tidak mengamalkan jualan paksa atau membuat bermacam-macam janji IV. Memberi perkhidmatan berkualiti dan menepati masa

I dan II

II dan III

I, III dan IV

Semua di atas

Q 37: Yang manakah di antara contoh berikut adalah peril? I. Kebakaran hutan II. Gempa bumi III. Perlanggaran kenderaan IV. Lebih muatan

I dan II

II dan IV

I, II dan III

Semua di atas

Q 38: Insurans adalah kontrak di antara DUA (2) pihak iaitu:

Penanggung insurans dan pengendali takaful

Pihak yang diinsurans dan peserta

Penanggung insurans dan pemegang saham

Penanggung insurans dan pihak yang diinsuranskan

Q 39: Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dikira terbatal sekiranya ________.

sumbangan dibuat dalam tempoh tenggang

tiada sumbangan dibuat sebelum tamatnya tempoh tenggang

sumbangan dibuat melalui ejen takaful

peserta ingin bertukar kepada sijil lain

Page 10: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 40: Yang manakah di antara pernyataan berikut TIDAK melanggar Penuh Percaya Mutlak?

Tidak menyatakan fakta matan

Sengaja menyambunyikan fakta

Kenyataan bertujuan menipu

Tuntutan atas perkara dilindungi

Q 41: Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut syarak, elemen atau komponen berikut perlu wujud KECUALI:

Modal

Saksi

Pemodal

Usahawan

Q 42: Kontrak __________ adalah dimana apabila seseorang diletakkan kembali kepada keadaan kewangan seperti sebelum kerugian berlaku.

nilai tunai sebenar

pengambilkiraan

sumbangan

indemniti

Q 43: Antara yang berikut yang manakah BUKAN organisasi yang menetapkan piawaian dan mengawalselia perniagaan takaful?

Bank Pembangunan Islam (IDB)

Bank Negara Malaysia (BNM)

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOFI)

Q 44: Kontrak Wakalah adalah kontrak ____________.

derma atau hadiah

perkongsian untung diantara usahawan dan penyedia modal

agensi apabila seseorang menyerahkan tugasnya atau perniagaannya kepada orang lain

jaminan

Page 11: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 45: Kenapakah notifikasi tuntutan amat penting?

Pengendali takaful perlu memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia.

Ejen takaful akan mendapat komisyen dengan mendaftar tuntutan.

Pengendali takaful perlu membuat peruntukan bagi menampung kos tuntutan.

Ejen takaful akan dilantik untuk membuat siasatan berkenaan tuntutan.

Q 46: Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga (riba'), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggap tidak sah?

Shiah, Hanafi, Hanbali dan Mailki

Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali

Shafii, Salafi, Zahiri dan Maliki

Shiah, Shafii, Zahiri dan Maliki

Q 47: Gharar wujud di dalam kontrak insurans bila mana: I. Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain II. Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku kemalangan III. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril/musibah akan berlaku IV. Premium peserta akan dilaburkan kepelaburan tidak patuh Syariah

II dan III

I, II dan III

II, III dan IV

Semua di atas

Q 48: Sijil yang meletakkan peserta kembali kepada keadaan kewangan asal sebelum terjadinya perkara yang dilindungi di dalam takaful kesihatan dan perubatan tertakluk kepada had maksima peserta dikenali sebagai __________.

sijil had sepanjang hayat

sijil setiap had maksima

sijil faedah

sijil indemniti

Q 49: Ejen yang melakukan promosi dan pemasaran perlu menguasai aktiviti-aktiviti berikut KECUALI:

Page 12: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Penetapan harga

Pengetahuan produk

Pengetahuan pasaran

Teknik pemasaran

Q 50: Sebahagian daripada sumbangan itu akan dikumpulkan di bawah satu dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) di bawah konsep tabarru ' (derma). Tujuan dana ini adalah untuk __________.

memenuhi kewajipan bantuan bersama, sekiranya mana-mana peserta menghadapi nasib malang

memenuhi tanggungjawab pengendali takaful di mana ia akan bertindak sebagai dana kontinjensi

memenuhi tanggungjawab pengendali takaful untuk membayar fi wakalah apabila diperlukan

memenuhi keperluan pengendali takaful untuk melabur dana tersebut bagi pihak peserta

Q 51: Dana harta ialah _______________.

struktur pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan, iaitu peningkatan modal

struktur pelaburan yang mampu menjana pedapatan yang maksimum

struktur pelaburan yang menggabungkan pulangan peningkatan modal dan juga pendapatan

pelaburan dalam portfolio hartanah dan instrumen kewangan berkaitan hartanah bagi tujuan mendapatkan pulangan pelaburan

Q 52: Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai saham utama dan saham biasa?

Saham utama lebih terjamin berbanding dengan saham biasa tetapi keuntungan yang diperolehi adalah lebih rendah.

Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama tetapi menjanjikan keuntungan yang lebih rendah.

Saham utama adalah lebih terjamin berbanding dengan saham biasa dan lebih menguntungkan.

Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama dan lebih menguntungkan.

Q 53: Apabila ejen dikehendaki menggunakan Borang Carian Fakta Pelanggan, ejen berkenaan sedang berusaha untuk _______________.

mewujudkan dan mendefinisikan hubungan antara ejen dengan pelanggan

mengumpulkan semua data-data kewangan, termasuk matlamat kewangan

menganalisa dan menilai status kewangan pelanggan

merangka dan mengemukakan cadangan

Page 13: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 54: Tempoh selepas tarikh jatuh bayaran yang membolehkan pemegang sijil takaful keluarga membayar sumbangan tanpa dikenakan penalti atau lucuthak dikenali sebagai:

Tempoh Keutamaan

Tempoh Tenggang (Grace Period)

Tempoh Tidak Lucut Hak

Tempoh Pembaharuan

Q 55: Apakah yang dimaksudkan dengan risiko kecairan dalam konteks pelaburan?

Risiko sekuriti/instrumen yang dilaburkan tidak boleh dijual dengan segera untuk ditukar kepada nilai tunai.

Risiko yang timbul disebabkan kemungkinan berlakunya semakan status aset secara berkala dan mendapati aset patuh Syariah masa kini menjadi aset yang tidak mematuhi Syariah.

Risiko menanggung kerugian akibat kegagalan membuat bayaran balik kos pembiayaan atau kredit (samada modal pokok atau keuntungan atau kedua-duanya sekali).

Pergerakan negatif dalam kadar tukaran mata wang yang mengakibatkan penurunan dalam pulangan dan kehilangan modal terutamanya apabila melabur dalam dana dengan menggunakan denominasi matawang bukan Ringgit Malaysia.

Q 56: Jenis-jenis perlindungan Takaful Keluarga meliputi: I. Pelan Perlindungan Individu II. Pelan Perlindungan Gadaijanji III. Pelan Perlindungan Berkumpulan IV. Pelan Perlindungan Bangunan

I, II dan III

I, II dan IV

II, III dan IV

Semua di atas

Q 57: Salah satu cara untuk menilai aset ialah melalui ‘nilai buku’, yang bermaksud:

Nilai buku di pusat sumber pengendali takaful.

Nilai sebenar sekiranya aset berkenaan dijual dipasaran terbuka.

Harga ketika aset berkenaan dibeli/diperolehi.

Nilai yang diletakkan pada aset berkenaan didalam buku akaun pengendali takaful.

Q 58: Apakah yang dimaksudkan dengan surplus/lebihan dana?

Perbezaan diantara nilai aset dengan nilai liabiliti.

Keuntungan dana risiko.

Perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan dana risiko.

Page 14: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Perbezaan nilai pada awal tahun dan penghujung tahun.

Q 59: Endorsemen boleh dibuat atas mana-mana sijil takaful atas sebab-sebab berikut, KECUALI:

Menambah atau mengurangkan amaun ansuran atau sumbangan takaful.

Perubahan tempoh takaful.

Menyertakan manfaat tambahan.

Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan.

Q 60: Yang manakah di antara berikut TIDAK dianggap sebagai perbelanjaan permulaan dibawah sijil Takaful Keluarga?

Kos pengiklanan

Kos pemeriksaan perubatan

Perbelanjaan pengeluaran sijil

Perbelanjaan urus khidmat sijil

Q 61: Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga?

Pelan Perlindungan Individu

Pelan Perlindungan Gadai janji

Pelan Anuiti

Pelan Perlindungan Harta

Q 62: Dana berkaitan pelaburan menawarkan kepada pemilik sijil bentuk pelaburan seperti berikut:

Kepelbagaian portfolio spekulasi

Pulangan pelaburan yang dijamin

Kepelbagaian portfolio pelaburan

Pulangan pelaburan yang tinggi

Q 63: Apabila nilai serahan tidak ditetapkan terlebih dahulu, pengiraan nilai-nilai itu perlu mendapat pengesahan dari pihak _______.

Kewangan

Aktuari

Pelaburan

Saluran pentadbiran

Page 15: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 64: Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor yang menentukan amaun sumbangan yang perlu dikenakan di bawah sijil Takaful Keluarga?

Umur dan jantina pencadang

Keadaan kesihatan pencadang yang terkini

Jenis pelan/sijil perlindungan yang diperlukan

Pekerjaan pencadang

Q 65: Bagaimana seorang pelabur boleh mengurangkan risiko pasaran?

Dengan mempelbagaikan dana.

Dengan melantik pengurus dana yang berpengalaman.

Dengan melantik penasihat Syariah yang berpengalaman.

Melalui kajian secara berkala mengenai pelaburan oleh Jabatan Pematuhan Syariah (SCD) dan Jawatankuasa Syariah (SC).

Q 66: Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor utama yang mempengaruhi kemortalan?

Umur

Jantina

Rakan-rakan

Pekerjaan

Q 67: Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai penamaan sijil takaful? I. Orang yang dinamakan akan bertindak sebagai pemegang amanah untuk menerima prosid/manfaat sijil. II. Prosid/manfaat sijil akan membentuk sebahagian daripada harta pusaka si mati. III. Orang yang dinamakan adalah pemilik yang sah kepada prosid/manfaat sijil. IV. Penama akan mengagihkan prosid/manfaat sijil kepada waris yang berhak. V. Prosid/manfaat sijil tidak dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati.

I, II dan III

I, II dan IV

II, III dan V

Semua di atas

Q 68: Perlindungan yang disediakan oleh Jabatan Takaful Berkumpulan pengendali Takaful Keluarga TIDAK meliputi pelan berikut:

Takaful Keluarga Bertempoh Berkumpulan

Page 16: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Takaful Kemalangan Diri Berkumpulan

Takaful Isi Rumah Berkumpulan

Takaful Kredit Berkumpulan

Q 69: Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai penyerahan hak sijil takaful?

Terdapat dua bentuk penyerahan hak iaitu penyerahan hak mutlak dan penyerahan hak bersyarat

Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis

Penyerahan hak perlu disahkan oleh ejen takaful

Penyerahan hak ialah perpindahan hak dan liabiliti sijil dari pemilik sijil kepada orang lain

Q 70: Apakah faktor yang perlu diambilkira oleh bakal peserta bila melabur di dalam Takaful Berkaitan Pelaburan? I. Sikap individu terhadap risiko II. Dana sedia ada III. Layanan percukaian IV. Prestasi majikan berkaitan

I, II dan III

I, II dan IV

I, III dan IV

II, III dan IV

Q 71: Apabila pengantara menghubungi dan berjumpa dengan bakal pelanggan, ejen hendaklah:

Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebagai pengantara berdaftar.

Memberitahu pengendali takaful mengenainya.

Meminta dan mengutip bayaran sumbangan takaful.

Meminta pengendali takaful mengeluarkan sijil.

Q 72: Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri penting Takaful Keluarga? I. Kemudahan membuat pengeluaran sebahagian II. Menyediakan kemudahan simpanan dan pelaburan jangka panjang III. Menyediakan pilihan tempoh sijil matang IV. Boleh disertai oleh orang Islam sahaja

I dan II

I, II dan III

II, III and IV

Semua di atas

Page 17: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 73: Bagaimana risiko kadar keuntungan boleh menjejaskan prestasi pelaburan dana takaful berkaitan pelaburan?

Perubahan dalam kadar keuntungan akan memberi kesan kepada harga unit aset yang menjadi sandaran.

Risiko pasaran akan menjejaskan status aset pematuhan Syariah.

Risiko pasaran akan menyebabkan pengendali takaful melanggar pematuhan

Risiko pasaran akan memberi kesan kepada keupayaan peminjam membayar balik pinjaman.

Q 74: Sijil yang telah luput boleh dikuatkuasakan semula apabila syarat-syarat berikut dipenuhi: I. Bukti kesihatan yang kekal memuaskan II. Membayar amaun sumbangan yang bertunggak III. Penyelesaian tuntutan kematangan IV. Mendapat pengesahan dari ejen takaful yang berkenaan

I dan II

I dan III

II dan IV

III dan IV

Q 75: Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah BENAR mengenai tahap cukai dan pengecualian yang dikenakan atas pelan takaful berkaitan pelaburan?

Ia dinilai dua kali setahun oleh Menteri Kewangan dan dicadangkan untuk kelulusan pada tahun berkenaan.

Ia dinilai setiap suku tahun oleh pihak Bank.

Jualan unit dalam pelan takaful berkaitan pelaburan hendaklah dikenakan cukai kerana ia adalah pendapatan daripada modal.

Ia dicadangkan oleh Menteri Kewangan dalam bajet tahunan dan dimasukkan dalam Akta Kewangan bagi tahun berkenaan.

Q 76: Apakah yang dimaksudkan dengan risiko kegagalan kredit?

Risiko menanggung kerugian akibat kegagalan membuat bayaran balik kos pembiayaan atau kredit (samada modal pokok atau keuntungan atau kedua-duanya sekali).

Risiko bahawa sekuriti/instrumen yang dilaburkan tidak boleh dijual dengan segera untuk ditukar kepada nilai tunai.

Pergerakan negatif dalam kadar tukaran mata wang yang mengakibatkan penurunan dalam pulangan dan kehilangan modal terutamanya apabila melabur dalam dana dengan menggunakan denominasi matawang bukan Ringgit Malaysia.

Risiko yang timbul disebabkan kemungkinan berlakunya semakan status aset secara berkala dan mendapati aset patuh Syariah masa kini menjadi aset yang tidak mematuhi Syariah.

Q 77: Prinsip jualan am di bawah Kod Etika menghendaki pengantara: I. Menunjukkan Kad Kuasa Pengantara Berdaftar semasa berjumpa dengan pelanggan.

Page 18: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

II. Memujuk bakal pelanggan untuk membatalkan mana-mana sijil takaful yang dimilikinya. III. Memberi khidmat yang berterusan kepada peserta. IV. Menyimpan semua maklumat yang dibekalkan oleh pelanggan sebagai maklumat sulit yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

I, II dan III

I, II dan IV

I, III dan IV

Semua di atas

Q 78: Yang manakah di antara berikut BUKAN maklumat yang perlu diberitahu oleh pencadang dalam borang cadangan takaful keluarga?

Senarai hospital dan klinik pilihan

Maklumat diri

Sejarah peribadi dan keluarga

Maklumat perlindungan yang dipohon

Q 79: Proses penilaian dan pemilihan risiko, penetapan bayaran sumbangan, penetapan terma dan syarat perlindungan dikenali sebagai _________.

Pengunderaitan

Pemasaran

Tuntutan

Urus khidmat polisi

Q 80: Pelabur mempunyai hak, walaupun bukan tanggungjawab, untuk membeli atau menjual sekuriti pada tarikh yang akan datang. Hak ini dipanggil ______________.

opsyen panggilan/beli (call)

opsyen jual (put)

opsyen khas

opsyen

Q 81: Aset yang dimiliki oleh Pengendali Takaful Keluarga meliputi aset berikut, KECUALI:

Pelaburan dalam sekuriti kerajaan

Wang tunai

Pembiayaan dari Perbankan Islam

Saham di badan-badan korporat

Page 19: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 82: Ahmad merupakan pelabur yang sangat berhati-hati dan berminat untuk memperolehi pendapatan yang stabil, disamping berharap dapat mengekalkan modal pelaburannya. Di manakah beliau sepatutnya melabur? I. Sukuk Kerajaan dan Korporat II. Akaun Pelaburan Am (GIA) III. Dana Tunai IV. Dana Khusus

I, II dan III

I, II dan IV

I, III dan IV

II, III dan IV

Q 83: Yang manakah di antara berikut BUKAN kelebihan melabur dalam pasaran saham?

Pelabur boleh terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju sesebuah syarikat di mana ia melabur.

Saham menjanjikan pulangan dividen yang baik dan peningkatan modal.

Saham mempunyai kecairan yang tinggi dan boleh didagangkan di pasaran terbuka.

Nilai saham tidak boleh menjadi lebih tinggi dari harga belian.

Q 84: Kod Perlakuan perlu dipatuhi oleh semua pengantara yang terdiri dari: I. Kakitangan pengendali takaful II. Individu yang menjalankan urusniaga takaful III. Pengendali takaful semula yang berdaftar IV. Kakitangan Bank Negara Malaysia

I dan II

I, II dan III

II, III dan IV

Semua di atas

Q 85: Yang manakah di antara berikut merupakan manfaat dana takaful berkaitan pelaburan? I. Dana Berkaitan Pelaburan diuruskan secara aktif dan dilaburkan dalam pelbagai peruntukan aset. II. Operasi perniagaan Pengendali takaful dikawal selia rapi oleh Bank Negara Malaysia bagi melindungi pelaburan orang ramai. III. Pelabur boleh menarik balik pelaburan mereka pada bila-bila masa. IV. Penukaran dana pelaburan tidak dibenarkan bagi membolehkan pulangan pelaburan yang maksimum.

I, II dan III

I, II dan IV

II, III dan IV

Page 20: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Semua di atas

Q 86: Di antara berikut, yang manakah BUKAN faktor yang perlu diberi perhatian?

Objektif pelaburan

Pelan yang paling murah

Dana sedia ada

Horizon/prospek pelaburan

Q 87: Yang manakah di antara skim perlindungan takaful berikut menawarkan perlindungan untuk mengelakkan kehilangan rumah kediaman sekiranya pemunya/pencari nafkah keluarga berkenaan meninggal dunia?

Takaful Gadaijanji

Takaful Pembiayaan

Takaful Pendidikan

Takaful Empunya Rumah

Q 88: Dana terimbang ialah dana yang dibentuk bagi menyediakan :

Pertumbuhan, iaitu peningkatan modal

Pendapatan yang maksimum

Kombinasi peningkatan modal dan pendapatan

Pelaburan harta

Q 89: Kod Etika dan Perlakuan perniagaan takaful tidak melibatkan:

Mereka yang memasarkan produk takaful keluarga.

Kakitangan pengendali Takaful Keluarga.

Ejen insurans hayat.

Ejen takaful keluarga.

Q 90: Apakah manfaat kematian minimum bagi sumbangan tunggal pelan takaful berkaitan pelaburan?

RM5,000 atau 125% dari sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi.

RM3,000 atau 125% dari sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi.

RM5,000 atau 125% dari sumbangan tunggal, yang mana lebih rendah.

RM7,500 atau 125% dari sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi.

Page 21: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 91: Di antara berikut, yang manakah BUKAN contoh kepentingan boleh lindung dalam takaful keluarga?

Setiap individu mempunyai kepentingan yang tidak terhad terhadap hayatnya sendiri.

Ibubapa mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat anak-anaknya yang dibawah umur majoriti.

Pemberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat sipenghutang setakat baki pinjaman sahaja.

Seseorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat jirannya.

Q 92: Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR?

Kemortalan wanita adalah lebih rendah dari kemortalan lelaki.

Kemortalan wanita adalah lebih tinggi dari kemortalan lelaki.

Kemortalan wanita adalah sama dengan kemortalan lelaki.

Kemorbidan wanita adalah lebih tinggi dari kemorbidan lelaki.

Q 93: Sebelum manfaat kematangan dibayar kepada peserta, pengendali takaful memerlukan bukti-bukti asas berikut, KECUALI:

Bukti umur peserta

Bukti kematian peserta

Pengenalan diri pihak yang layak menerima manfaat kematangan

Bukti peserta masih hidup

Q 94: Yang manakah di antara pelan takaful berikut yang TIDAK disediakan oleh pengendali takaful?

Pelan takaful gadaijanji

Pelan takaful perubatan dan kesihatan

Pelan takaful kehamilan

Pelan takaful berkumpulan

Q 95: Pendapatan dari pelaburan bagi dana ini dilaburkan semula ke dalam dana dan ini menyebabkan harga unit akan meningkat dalam jangka masa panjang. Kenyataan ini merujuk kepada jenis struktur yang berikut:

Agihan unit

Pengumpulan unit

Unit permulaan

Pengasingan unit

Page 22: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Q 96: Di antara berikut, yang manakah TIDAK layak mendapat potongan cukai pendapatan bagi individu yang bekerja?

Caruman KWSP

Sumbangan takaful keluarga

Bantuan kewangan kepada anak-anak dibawah tanggungan

Bil perubatan peribadi

Q 97: Pemindahan hak milik sijil kepada orang lain di bawah pelan Takaful Keluarga dikenali sebagai:

Sijil amanah

Sijil perundangan

Penyerahan hak

Sijil percuma

Q 98: Di antara berikut, yang manakah dokumen yang TIDAK diperlukan dalam membuat tuntutan kematangan sekiranya pemegang polisi ialah peserta itu sendiri?

Bukti umur

Bukti kemandirian

Sijil kematian

Dokumen sijil

Q 99: Kegagalan untuk melaporkan ke Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai dokumen sijil boleh menyebabkan Pengendali Takaful didenda sehingga _________ bagi setiap kesalahan.

RM1,000

RM4,000

RM5,000

RM10,000

Q 100: Dokumen-dokumen berikut diperlukan dalam tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan, KECUALI:

Borang cadangan yang telah lengkap diisi

Salinan laporan polis yang diakui sah

Pengesahan perubatan dari doktor yang merawat

Sijil kematian

Page 23: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga

Recommended Answer for Set II

Pengingatan 提醒 :

Jawapan yang diberi hanya sekadar nasihat dan rujukan sahaja, dan tidak dijanji betul sepenuhnya, adalah digalakkan untuk menyemak jawapan atas usaha sendiri dari sumber eBook IBFIM. Dan sekiranya anda mempunyai jawapan yang betul menurut sumber yang sah sila kemukakan kepada Cik Bella 0125605145

Updated on 15/06/2012

No Jawapan No Jawapan No Jawapan No Jawapan No Jawapan

1 B 21 A 41 B 61 D 81 C

2 B 22 D 42 D 62 C 82 A

3 D 23 D 43 A 63 B 83 D

4 C 24 C 44 C 64 C 84 B

5 B 25 C 45 C 65 A 85 A

6 A 26 C 46 B 66 C 86 B

7 B 27 C 47 B 67 B 87 A

8 A 28 B 48 D 68 C 88 C

9 A 29 A 49 A 69 C 89 C

10 C 30 C 50 A 70 A 90 A

11 C 31 A 51 D 71 A 91 D

12 C 32 A 52 A 72 B 92 A

13 B 33 D 53 B 73 A 93 B

14 D 34 D 54 B 74 A 94 C

15 C 35 D 55 A 75 C 95 B

16 B 36 D 56 A 76 A 96 D

17 B 37 C 57 D 77 C 97 C

18 B 38 D 58 A 78 A 98 C

19 D 39 B 59 D 79 A 99 B

20 A 40 D 60 A 80 D 100 C

Page 24: Sample Soalan-Soalan Peperiksaan TBE under IBFIM · Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga