set 2 contoh soalan peperiksaan asas takaful ......peringatan: contoh soalan ini adalah untuk tujuan...

16
Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL (TBE)

Upload: others

Post on 12-Aug-2021

86 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja.

SET 2

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS

TAKAFUL (TBE)

Page 2: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 2 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

1. Di antara berikut yang manakah BUKAN contoh risiko tulen?

A. Kebakaran

B. Banjir

C. Kecurian

D. Menguruskan restoran

2. Di bawah konsep Ad-Deen, asas-asas Islam terbahagi kepada:

I.Muamalat

II. Syariah

III. Aqidah

IV. Akhlaq

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

3. Di antara kontrak berikut, yang manakah digunakan oleh Pengendali Takaful di

Malaysia?

I. Wakalah

II. Mudharabah

III.Musyarakah

IV. Waqaf

A. I

B. I dan II

C. II dan III

D. Semua di atas

4. Apabila seseorang (muwakkil) itu mewakilkan kepada individu (wakil) lain

menjalankan tugas–tugas perniagaan bagi pihaknya, akad ini dipanggil

____________

A. Hibah

B. Aqad

C. Wakalah

D. Tabarru’

Page 3: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 3 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

5. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR?

A. Peril adalah punca utama kerugian.

B. Bahaya akan mempengaruhi hasil kerugian.

C. Risiko adalah ketidakpastian samada sesuatu musibah itu akan menyebabkan

kerugian

D. Bahaya moral boleh ditentukan oleh ciri-ciri fizikal sesuatu risiko.

6. Di antara institusi berikut yang manakah menawarkan produk takaful?

I. Pengendali takaful

II. Syarikat insurans

III. Institusi perbankan yang menjalankan bankatakaful dengan pengendali

takaful

IV. Syarikat amanah saham

A. I

B. I dan III

C. II dan IV

D. Semua di atas

7. Yang manakah di antara pernyataan berikut BENAR berkenaan dana takaful?

I. Pengendali takaful tidak perlu mengasingkan dana Takaful am, dana takaful

keluarga, dan dana pemegang saham.

II. Peruntukan undang-undang berkaitan pengasingan dana adalah dikehendaki

oleh IFSA 2013.

III.Pengendali takaful mestilah menubuhkan dan menyelenggara dana takaful

mengikut kelas setiap perniagaan takaful

IV. Dana takaful tidak wajib diwujudkan oleh pengendali takaful

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

8. Berikut yang manakah BUKAN objektif yang ditetapkan syarak dalam ilmu maqasid Shariah?

A. Melindungi agama

B. Melindungi akal fikiran

C. Melindungi harta benda

D. Melindungi pengetahuan

2

Page 4: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 4 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPON nuary, 2

9. Peserta takaful menderma berdasarkan kontrak ____________.

A. Tabarru’

B. Musyarakah

C. Ta’awun

D. Wakalah

10. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai risiko?

A. Risiko khusus adalah tanggungjawab peribadi.

B. Risiko tulen wujud sekiranya kebarangkalian terjadi kerugian atau tiada

kerugian.

C. Pelaburan di dalam pasaran saham adalah risiko spekulatif.

D. Risiko asas dan spekulatif boleh ditangani dengan mudah oleh

insuran/takaful.

11. Yang manakah di antara berikut adalah Risiko yang boleh dilindungi Takaful?

I. Taufan

II. Pasaran komoditi merudum /jatuh

III.Tsunami

IV. Kemalangan

A. I dan II

B. I dan III

C. II, III dan IV

D. IV sahaja

12. Semua pernyataan berikut adalah BENAR berkenaan konsep takaful, KECUALI

A. Ianya adalah pelan perkongsian keuntungan pelaburan dengan peserta.

B. Ianya bermaksud dana dikumpulkan dari peserta supaya kerugian seseorang

ahli boleh dibayar gantirugi.

C. Ianya berdasarkan konsep saling membantu dan menjamin antara satu sama

lain.

D. Ianya adalah pelan yang hanya memberi keuntungan kepada pengendali

takaful dan pengendali takaful semula.

Page 5: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 5 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

13. Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah tanggungjawab

Jawatankuasa Pengawasan Shariah (SCC)?

I. Mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan pematuhan syarikat

terhadap keperluan Syariah.

II. Mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi kontrak agar ia

selaras dengan semangat dan objektif fatwa.

III. Memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau kemusykilan syarikat

berkaitan isu-isu perundangan Islam dalam takaful.

IV. Menentukan pembayaran yang bersesuaian kepada setiap ahli di dalam

Majlis Penasihat Syariah.

A. I, II dan III

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

14. Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan jenis insurans yang dijalankan oleh

syarikat insurans adalah transaksi perniagaan yang terbatal. Apakah jenis

insurans yang tersebut?

A. Insurans Kenderaan

B. Insurans Kemalangan Diri

C. Insurans Hartabenda

D. Insurans Hayat

15. Berikut adalah tujuan utama Takaful/Insurans :

I. Memberi perlindungan kewangan dari kerugian

II. Memberi pulangan keuntungan kepada masyarakat

III. Membantu melakukan perancangan kewangan untuk kecemasan

IV. Memaksimakan pulangan pemegang saham syarikat sahaja

A. I, II dan III

B. I, dan III

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

16. Kelebihan takaful adalah seperti berikut KECUALI :

A. Bantuan kewangan kepada yang kurang bernasib baik

B. Tanggungjawab sosial

C. Melakukan kebajikan melalui konsep Tabarru’

D. Manfaat hanya kepada orang Islam

Page 6: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 6 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPanuary, 2017

17. Gharar wujud di dalam kontrak insurans bila mana:

I. Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu secara jelas

apakah sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain

II. Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar

kepadanya sekiranya berlaku kemalangan

III. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril/musibah akan berlaku

IV. Premium peserta akan dilaburkan ke pelaburan tidak patuh Syariah

A. II dan III

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

18. Hukum kontrak yang melibatkan maisir adalah:

A. Sah

B. Batal

C. Tidak jelas

D. Tidak diketahui

19. Insurans adalah berdasarkan prinsip _____________ .

A. Pemindahan risiko

B. Pengelakkan risiko

C. Perkongsian risiko

D. Tidak pedulikan risiko

20. Dalam takaful keluarga, bilakah kepentingan boleh lindung MESTI wujud?

A. Ketika kerugian berlaku

B. Sepanjang tempoh perlindungan

C. Pada masa kontrak mula berkuatkuasa sahaja

D. Pada permulaan kontrak dan ketika kerugian berlaku

21. Peril/Musibah yang dilindungi di dalam sijil dikenali sebagai ___________ .

A. peril yang dilindungi

B. peril yang tidak dilindung

C. peril yang tiada perlindungan

D. peril yang terkecuali

22. Antara elemen di bawah, yang manakah BUKAN berkenaan model takaful?

A. Ianya model patuh syariah.

B. Peserta takaful adalah pemilik dana takaful.

C. Ianya berdasarkan kepada operasi perniagaan beretika.

D. Kutipan sumbangan dilaburkan ke dalam equiti konvensional dan Islam.

Page 7: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 7 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

23. Bergantung kepada model yang digunakan pengendali takaful, sumbangan

peserta dibahagikan seperti berikut KECUALI :

A. Fi Wakalah

B. Akaun Peserta

C. Akaun Tuntutan

D. Akaun Khas Peserta

24. Dalam triti takaful semula, semua jenis risiko yang dipersetujui di dalam

kontrak _________ .

A. dinilai dan ditawarkan atas setiap kes secara berasingan

B. ditawarkan semula selepas penilaian menyeluruh oleh pengendali takaful lain

C. terus diterima oleh pengendali takaful semula

D. dicadangkan sebagai pilihan elektif dengan produk lain

25. Di antara berikut yang manakah Tidak Benar tentang takaful semula?

A. Terbahagi kepada Triti dan Fakultatif

B. Pihak ketiga yang melindungi risiko peserta

C. Tiada hubungan langsung dengan peserta

D. Boleh mengambil tindakan ke atas peserta

26. Perhubungan di antara pengendali takaful semula dan takaful tertakluk

kepada prinsip berikut KECUALI :

A. Peserta asal tiada hak ke atas syarikat takaful semula dalam apa keadaan pun.

B. Sekiranya syarikat retakaful menjadi insolven, syarikat ‘cedant’ tidak

bertanggungjawab ke atas pesertanya di bawah terma dan syarat kontrak.

C. Sekiranya syarikat pemberi menjadi insolven, syarikat retakaful masih

bertanggungjawab di bawah terma dan syarat kontrak.

D. Syarikat retakaful tidak mempunyai hak di dalam kontrak ke atas salah

laku peserta asal.

27. Pengunderaitan takaful adalah proses ____________ .

A.membentuk produk takaful

B.pengkelasan, pengkadaran dan pemilihan risiko

C.memasarkan produk takaful

D.mengeluarkan sijil takaful

28. Ejen yang melakukan promosi dan pemasaran perlu menguasai aktiviti – aktiviti

berikut KECUALI :

A. Penetapan harga

B. Pengetahuan produk

C. Pengetahuan pasaran

D. Teknik pemasaran

Page 8: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 8 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

29. Ejen Takaful bertindak mewakili __________ manakala Broker Takaful bertindak

mewakili _________ .

A. peserta – pihak ketiga

B. peserta – penyelaras kerugian

C. pengendali takaful – peserta

D. pengendali takaful – pengendali takaful semula

30. Berapa lamakah tempoh bebas melihat /tempoh bertenang?

A. 7 hari dari tarikh sijil dihantar

B. 15 hari dari tarikh sijil dihantar

C. 15 hari dari tarikh sumbangan dilakukan

D. 21 hari dari tarikh sijil dihantar

31. Dua kaedah UTAMA perlindungan perbelanjaan perubatan utama adalah_____________ .

A. deduktibel dan takaful bersama

B. takaful bersama dan bayaran bersama

C. bayaran bersama dan bayaran balik

D. tanpa tunai dan bayaran balik

32. Yang manakah dari pernyataan berikut TIDAK terdapat dalam Pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan?

A.Perbelanjaan pembedahan

B.Kos pergi balik hospital menggunakan pengangkutan persendirian

C.Rawatan kecemasan akibat kemalangan motor

D.Kos sebelum ke hospital

33. Apakah fungsi Pentadbir Pihak Ketiga dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan?

A.Sebagai wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab

menyelesaikan pembayaran balik tuntutan dan tuntutan tanpa tunai.

B. Wakil kepada Hospital Panel, yang bertanggungjawab mendaftar masuk dan

daftar keluar pesakit.

C. Wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil

dan kad takaful perubatan.

D. Wakil kepada pengendali Hospital Panel yang bertanggungjawab

menyelesaikan tuntutan samada bayaran balik atau tanpa tunai.

34. Yang manakah di antara faktor berikut yang TIDAK mempengaruhi

pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan?

A. Kesihatan sekarang dan masa lampau

B. Sejarah perubatan

C. Sejarah keluarga mertua

D. Pekerjaan

Page 9: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 9 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

35. Kadar mortaliti dan morbiditi secara amnya bertambah apabila ___________ .

A. umur populasi bertambah

B. pendapatan populasi bertambah

C. tempoh panjang diambil untuk sembuh dari kemalangan

D. kejatuhan ekonomi

36. ____________ adalah dokumen yang disediakan oleh pengendali takaful dalam

bentuk soalan – soalan untuk setiap kelas takaful bagi membantu pengendali takaful

mendapat maklumat diperlukan untuk menilai risiko dicadang.

A. Borang cadangan perubatan

B. Borang cadangan

C. Helaian pengunderaitan

D. Borang kenyataan kesihatan

37. Apakah bukti seseorang itu dimasukkan ke hospital yang perlu dihantar dalam

membuat tuntutan perbelanjaan hospital atau perubatan?

A. Kenyataan doktor yang merawat

B. Bil asal penghospitalan dan boring tuntutan

C. Laporan perubatan

D. Surat ringkasan keluar hospital/Discharge Summary

38. Sijil Takaful Keluarga mengandungi maklumat – maklumat berikut, KECUALI :

A. Amaun tuntutan yang telah dibayar

B. Keterangan mengenai perlindungan

C. Syarat - syarat sijil

D. Pengecualian

39. Konsep yang manakah di antara skim perlindungan takaful berikut menawarkan

perlindungan untuk mengelakkan kehilangan rumah kediaman sekiranya

pemunya/pencari nafkah keluarga berkenaan meninggal dunia?

A. Takaful Gadaijanji

B. Takaful Pembiayaan

C. Takaful Pendidikan

D. Takaful Empunya Rumah

40. Di antara berikut, yang manakah BUKAN contoh kepentingan boleh lindung

dalam takaful keluarga?

A. Setiap individu mempunyai kepentingan yang tidak terhad hayatnya sendiri.

B. Ibubapa mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat anak –

anaknya yang dibawah umur.

C. Pemberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

sipenghutang setakat baki pinjaman sahaja

D. Seseorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

jirannya.

Page 10: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 10 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

41. Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri penting Takaful Keluarga?

I. Kemudahan membuat pengeluaran sebahagian

II. Menyediakan kemudahan simpanan dan pelaburan jangka panjang

III.Menyediakan pilihan tempoh sijil matang

IV. Boleh disertai oleh orang Islam sahaja

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

AKAFUL BASIC EXAMINATIPON January, 2017

42. Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga?

A. Pelan Perlindungan Individu

B. Pelan Perlindungan Gadai Janji

C. Pelan Anuiti

D. Pelan Perlindungan Harta

43. Yang manakah di antara pelan takaful berikut yang TIDAK disediakan oleh

pengendali takaful?

A. Pelan takaful gadaijanji

B. Pelan takaful perubatan dan kesihatan

C. Pelan takaful kehamilan

D. Pelan takaful berkumpulan

44. Perlindungan yang disediakan oleh Takaful Berkumpulan pengendali Takaful

Keluarga TIDAK meliputi pelan berikut:

A. Takaful Keluarga Bertempoh Berkumpulan

B. Takaful Kemalangan Diri Berkumpulan

C. Takaful Isi Rumah Berkumpulan

D. Takaful Kredit Berkumpulan

45. Jenis-jenis perlindungan Takaful Keluarga meliputi:

I. Pelan Perlindungan Individu

II. Pelan Perlindungan Gadaijanji

III.Pelan Perlindungan Berkumpulan

IV. Pelan Perlindungan Bangunan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

Page 11: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 11 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

46. Pemindahan hak milik sijil kepada orang lain di bawah pelan Takaful Keluarga

dikenali sebagai:

A. Sijil amanah

B. Sijil perundangan

C. Penyerahan hak

D. Sijil percuma

AKAFUL BASIC EXAMINATIPON January, 2

47. _____________ adalah satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang antara

pihak-pihak yang berkenaan.

A. Kontrak

B. Surat probet

C. Penyelesaian tuntutan

D. Bukti umur

48. Endosmen boleh dibuat atas mana-mana sijil takaful atas sebab-sebab berikut,

KECUALI:

A. Menambah atau mengurangkan amaun ansuran atau sumbangan takaful.

B. Perubahan tempoh takaful

C. Menyertakan manfaat tambahan

D. Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan

49. Di antara berikut, yang manakah TIDAK layak mendapat potongan cukai

pendapatan bagi individu yang bekerja?

A. Caruman KWSP

B. Sumbangan takaful keluarga

C. Bantuan kewangan kepada anak-anak yatim

D. Sumbangan Takaful perubatan peribadi

50. Maklumat penting bagi penilaian risiko yang lebih menyeluruh boleh didapati dari

sumbersumber berikut, KECUALI:

A. Laporan ejen

B. Borang cadangan

C. Laporan polis

D. Laporan perubatan

51. Yang manakah di antara berikut BUKAN maklumat yang perlu diberitahu oleh

pemohon dalam borang cadangan takaful keluarga?

A. Senarai hospital dan klinik pilihan

B. Maklumat diri

C. Maklumat pekerjaan

D. Sejarah kesihatan

TAKAF

UL BASIC EXAMINATIPON Jauary, 2

Page 12: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 12 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

52. Proses penilaian dan pemilihan risiko, penetapan bayaran sumbangan,

penetapan terma dan syarat perlindungan dikenali sebagai ____________ .

A. Pengunderitan

B. Pemasaran

C. Tuntutan

D. Urus khidmat polisi

53. Sebelum manfaat kematangan dibayar kepada peserta, pengendali takaful

memerlukan bukti – bukti asas berikut, KECUALI:

A. Bukti umur peserta

B. Bukti kematian peserta

C. Pengenalan diri pihak yang layak menerima manfaat kematangan

D. Bukti peserta masih hidup

54. Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor yang menentukan amaun

sumbangan yang perlu dikenakan di bawah sijil Takaful Keluarga?

A. Umur dan jantina pencadang

B. Keadaan kesihatan pencadang yang terkini

C. Keadaan kesihatan akan datang

D. Pekerjaan pencadang

55. Sijil yang telah luput boleh dikuatkuasakan semula apabila syarat – syarat

berikut dipenuhi:

I. Bukti kesihatan yang kekal memuaskan

II. Membayar amaun sumbangan yang tertunggak

III.Penyelesaian tuntutan kematangan

IV. Mendapat pengesahan dari ejen takaful yang berkenaan

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

56. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai pelan ILP?

I. Sikap individu terhadap risiko

II. Dana sedia ada

III.Aspek percukaian

IV. Prestasi majikan berkaitan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Page 13: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 13 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

57. __________ merujuk kepada jangkaan tempoh masa pelabur perlu menyimpan

(hold) pegangan sekuriti atau portfolio pelaburannya.

A. Kepelbagaian

B. Tempoh/Horizon pelaburan

C. Ekuiti pelaburan

D. Dagangan jangka sederhana

58. Yang manakah di antara berikut BUKAN kelebihan melabur dalam pasaran

saham?

A. Pelabur boleh terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju sesebuah

syarikat dimana ia melabur.

B. Saham menjanjikan pulangan dividen yang baik dan peningkatan modal

C. Saham mempunyai kecairan yang tinggi dan boleh didagangkan di pasaran terbuka.

D. Nilai saham tidak boleh menjadi lebih tinggi dari harga belian.

59. Dana harta ialah ___________ .

A. struktur pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan, iaitu peningkatan modal

B. struktur pelaburan yang mampu menjana pendapatan yang maksimum

C. struktur pelaburan yang menggabungkan pulangan peningkatan modal dan

juga pendapatan

D. pelaburan dalam portfolio hartanah dan instrument kewangan berkaitan

hartanah bagi tujuan mendapatkan pulangan pelaburan.

60. Yang manakah di antara mekanisma pelaburan berikut adalah bertujuan untuk

memperolehi peningkatan modal?

A. Bon Korporat

B. Saham Utama

C. Opsyen

D. Dana Pertumbuhan

Page 14: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 14 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

61. Ahmad merupakan pelabur yang sangat berhati-hati dan berminat untuk

memperolehi pendapatan yang stabil, disamping berharap dapat mengekalkan

modal pelaburannya. Di manakah beliau sepatutnya melabur?

I. Sukuk Kerajaan dan Korporat

II. Akaun Pelaburan Am (GIA)

III.Dana Tunai

IV. Dana Khusus

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. Semua di atas

62. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko kecairan dalam konteks pelaburan?

A. Risiko sekuriti/instrument yang dilaburkan tidak boleh dijual dengan segera

untuk ditukar kepada nilai tunai.

B. Risiko yang timbul disebabkan kemungkinan berlakunya semakan status asset

secara berkala dan mendapati asset patuh Syariah masa kini menjadi asset

yang tidak mematuhi Syariah.

C. Risiko menanggung kerugian akibat kegagalan membuat bayaran balik kos

pembiayaan atau kredit (samada modal pokok atau keuntungan atau kedua-

duanya sekali).

D. Pergerakan negatif dalam kadar tukaran matawang yang mengakibatkan

penurunan dalam pulangan dan kehilangan modal terutamanya apabila

melabur dalam dana dengan menggunakan denominasi matawang bukan

Ringgit Malaysia.

63. Yang manakah di antara berikut merupakan manfaat dana takaful berkaitan

pelaburan?

I. Dana Berkaitan Pelaburan diuruskan oleh pengurus dana

II. Manfaat perlindungan dan pelaburan

III. Kepelbagaian pilihan dana.

IV. Pelabur boleh menarik balik pelaburan mereka pada bila-bila masa.

V. Penukaran dana pelaburan tidak dibenarkan bagi membolehkan pulangan

pelaburan yang maksimum.

A. I, II dan III

B. I, II, III dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

14

Page 15: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 15 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPON Jan

64. Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah BENAR mengenai

peruntukan tempoh bertenang (free look)?

I. Peserta boleh menamatkan kuatkuasa sijil dalam masa 15 hari tempoh bertenang

II. Peserta akan menerima bayaran balik kesemua amaun sumbangan yang telah

dibayar dibawah sijil berkenaan.

III. Tempoh bertenang berkuatkuasa selama 15 hari, bermula dari tarikh peserta

menerima sijil.

IV. Pengendali takaful mempunyai masa untuk membuat kajian semula

keputusan pengunderitan sijil berkenaan.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II dan IV

D. Semua di atas

65. Kod Etika dan Perlakuan perniagaan takaful tidak melibatkan:

A. Mereka yang memasarkan produk takaful keluarga

B. Kakitangan pengendali Takaful Keluarga

C. Ejen insurans hayat

D. Ejen takaful keluarga

Page 16: SET 2 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL ......Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja. SET 2 TAKAFUL (TBE) Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 16 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

JAWAPAN

1.D 2.C 3.B 4.C 5.D 6.B 7.A 8.D 9.A 10.D

11.D 12.C 13.A 14.D 15.B 16.D 17.B 18.B 19.A 20.C

21.A 22.D 23.C 24.C 25.D 26.B 27.B 28.A 29.C 30.B 31.D 32.B 33.A 34.C 35.A 36.B 37.A 38.A 39.A 40.D 41.B 42.D 43.C 44.C 45.A 46.C 47.A 48.D 49.C 50.C 51.A 52.A 53.B 54.C 55.A 56.A 57.B 58.D 59.D 60.D 61.A 62.A 63.B 64.B 65.C

17