tbe part a dan c: takaful exam notes for agents

458
Pengenalan Mu’amalat Islam 1 BAHAGIAN A ASAS TAKAFUL DAN TAKAFUL PERUBATAN & KESIHATAN

Upload: diyana-arus

Post on 18-Jul-2015

1.340 views

Category:

Recruiting & HR


284 download

TRANSCRIPT

Page 1: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 1

BAHAGIAN

A

ASAS TAKAFUL DAN

TAKAFUL PERUBATAN &

KESIHATAN

Page 2: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

2 Amalan Asas Takaful

Page 3: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 3

BAB A1

PENGENALAN MU’AMALAT ISLAM

PENGENALAN

Bermula dengan Nabi Adam a.s., risalah suci mengesakan Allah s.w.t.

telah diwahyukan dan seterusnya diperkembangkan sepanjang masa.

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir telah menutup segala

kerasulan para anbiya’ dengan termaktubnya satu sistem hidup

dengan peraturan tertib Ilahi dengan penuh saksama lagi sempurna.

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Islam’ yang

bermaksud ‘berserah diri atau patuh’ menggambarkan penyerahan

sejati yang terkandung di dalamnya makna kata kerja ‘aslama’.

Agama Islam mencakupi satu sistem kesempurnaan hidup lagi

menyeluruh ke atas setiap aspek kehidupan manusia. Pada dasarnya,

Islam adalah ajaran tauhid yang sama telah diperturunkan wahyu Ilahi

kepada semua Nabi terdahulu, bermula dari Nabi Adam, Nuh,

Ibrahim, Ismail, Daud, Musa, Isa dan seterusnya Nabi akhir zaman,

Muhammad s.a.w.

Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar

Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-

Qur’an:“Pada hari ini, telah Ku sempurnakan bagimu agama kamu

dan telah Ku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Ku

redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Al-Qur’an, 5: 3).

A1.1 PENGENALAN SYARI’AH

1.1.1 Objektif Syari’ah

Syari’ah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syari’ah

ialah “jalan ke sumber mata air”. Ia merangkumi keseluruhan

undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan

Page 4: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

4 Amalan Asas Takaful

manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik,

perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif

utama Syari’ah ialah untuk memastikan sekalian manusia

melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya

(kejahatan). Istilah ma’ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti

amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat,

sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan

kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.

1.1.2 Konsep Ad–Deen (Syari’ah)

Sumber: Kitab Mughni al-Muhtaj (Imam Shafi’i); Kitab al-Mughni

(Imam Hanafi); Kitab Bidayat al-Mujtahi (Imam Malik)

Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi

tiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syari’ah (undang-

undang) dan Akhlak (kod moral/adab).

Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari

perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan

ISLAM

SYARI’AH AKIDAH AKHLAK

IBADAT MU’AMALAT JINAYAT

POLITIK SOSIAL

MUNAKAHAT

EKONOMI

Page 5: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 5

iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul,

Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Syari’ah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh

adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yang

ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral /

adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh

termasuklah Ibadat, Mu’amalat, Munakahat and Jinayat;

Fiqh Ibadat

Ibadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan

manusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan / perbuatan

mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan bentuk-

bentuk ibadah lain. Kesemua aturan hubungan tersebut

memperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadap

Allah s.w.t.

Fiqh Mu’amalat

Bidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama

manusia dalam urusan harta benda, kotrak / perjanjian, organisasi

perniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan,

pemberian / hadiah, warisan dan wakaf (pemberian sebahagian

harta seseorang atas dasar sukarela, kekal dan tidak boleh

dibatalkan, sama ada tanah atau barangan kepada jalan Allah).

Fiqh Munakahat

Bidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yang

berkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga seperti

perkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan

perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Secara

konvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan dengan

undang-undang persendirian.

Page 6: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

6 Amalan Asas Takaful

Fiqh Jinayat

Bidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman;

merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri

(sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan jenayah-jenayah

lain yang tertakluk di bawah hukum hudud.

Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat

kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam,

tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputi

tingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh

mempengaruhi segala tindakannya.

1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)

Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorang

Muslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau

berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu

perbuatan. Mengikut ajaran Islam, setiap perbuatan seseorang Muslim

hendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah) berikut:

Wajib (Iijab)

Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syarak

secara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya.

Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t.

mengikut aturan dan tatacara yang tertentu.

Sunat (Mandub)

Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidak

dikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orang

yang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan

meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberi

derma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Page 7: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 7

Haram

Haram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarak

untuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tatacara yang

tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan harta

milik orang lain.

Makruh

Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk

meninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain

perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksa

bagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialah

berhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).

Harus (Mubah)

Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilih

untuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yang

melaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat

pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak / perjanjian

adalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.

1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syari’ah

No. Sumber Utama Keterangan

i. Al-Qur’an Al-Qur’an adalah kata-kata dari Allah

s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu

untuk dijadikan pedoman kepada seluruh

umat manusia. Al-Qur’an merupakan

satu-satunya mukjizat tertinggi yang

menjadi sumber rujukan utama dalam

perundangan Islam dan masyarakat

Muslim seluruhnya. Al-Qur’an adalah

sumber lengkap dan muktamad dalam

Page 8: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

8 Amalan Asas Takaful

menentukan sahnya setiap obligasi

udang-undang. Al-Qur’an dijadikan

sumber panduan yang lengkap dan

menyeluruh, dan ia hendaklah diterima

pakai dan dilaksanakan seluruhnya.

ii. Sunnah Sunnah secara harfiah bermaksud

“kaedah” yang merangkumi sesuatu

yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

berupa perkataan (qawl), perbuatan (fi’l)

dan ketetapan (taqrir).

Sebarang amalan yang datangnya dari

hasrat dan disandarkan kepada

Rasulullah s.a.w adalah juga merupakan

inspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.

Istilah Sunnah perlu dibezakan dengan

Hadis, di mana hadis berupa kata-kata

atau ucapan Rasulullah s.a.w.

No. Sumber

Sokongan

Keterangan

i. Ijma’

(kesepakatan

pendapat)

Ijma’ ialah kesepakatan pendapat ulama

di kalangan masyarakat Islam di zaman

selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,

dalam menyelesaikan masalah berkaitan

kedudukan perundangan Islam.

Dari sudut perlaksanaannya, Ijmak

merupakan persetujuan perundangan

oleh para ulama (mujtahid) apabila

kaedah penyelesaian masalah tidak

diperolehi melalui rujukan al-Qur’an dan

Sunah. Para ulama’ perlu mencapai kata

sepakat perundangan ketika sesuatu

permasalahan itu timbul.

Page 9: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 9

ii Qiyas

(kesimpulan

secara

perbandingan)

Qiyas bermaksud membandingkan dan

mencari persamaan dari sudut

perundangan atas perkara yang baru

terjadi, yang secara jelasnya tidak

terdapat dalam al-Qur’an ataupun Hadis.

Dengan lain perkataan, para ulama akan

merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah

perkara yang serupa dengan itu, dan

kemudiannya membuat kesimpulan /

ketetapan dengan membandingkan di

antara permasalahan yang baru terjadi

dengan perkara yang telah ada hukum

sebelumnya.

Secara amnya, Qiyas adalah lanjutan

kepada bidang Syari’ah berkaitan

permasalahan / kes terdahulu

dibandingkan dengan permasaalahan /

kes terbaru, disebabkan kes terbaru

mempunyai sebab dan akibat serta kesan

yang sama dengan kes terdahulu.

iii Maslahah

(kepentingan

umum)

Maslahah (pertimbangan kepentingan

umum) merupakan suatu konsep dalam

perundangan Islam tradisional yang

membolehkan atau menghalang sesuatu

hukum itu dibuat berasaskan kepada

matlamat sama ada ia adalah untuk

kebaikan dan menjaga kebajikan orang

ramai atau sebaliknya. Konsep Maslahah

berkait rapat dengan Istislah. Maslahah

bermaksud menjaga ‘pertimbangan

kepentingan umum’ sementara Istislah

bermaksud ‘mencari yang terbaik demi

menjaga kepentingan umum’ yang selain

dengan tujuan dan objektif syari’ah.

Page 10: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

10 Amalan Asas Takaful

iv ‘Uruf (adat

resam atau

kebiasaan)

‘Uruf adalah merujuk kepada adat resam

atau ‘pengetahuan’ yang dimiliki oleh

sesuatu masyarakat yang menyebabkan

perubahan dalam perundangan Islam.

‘Uruf merupakan salah satu sumber

keputusan/ketetapan Syariat Islam

apabila tiada sebarang nas atau teks yang

dinyatakan dalam Al-Qur’an dan

Sunnah. Uruf juga boleh membuat

ketetapan atas sesuatu yang dinyatakan

secara umum di dalam al-Qur’an dan

Sunnah.

v Istishab

(andaian)

Istishab bermaksud penetapan hukum

tentang wujud atau tidaknya sesuatu

fakta kes. Ia digunakan apabila tiada

sebarang dalil atau bukti yang dapat

mengubah hukum tersebut. Istishab

menetapkan sesuatu berdasarkan

keadaan yang sudah berlaku

sebelumnya, sehingga ditemukan dalil

yang menunjukkan ada perubahan.

vi Istihsan

(mengutamakan

yang terbaik)

Istihsan bermaksud menetapka hukum

yang ‘lebih baik’. Pendokong beberapa

Mazhab menetapkan hukum yang

menjadi keutamaan bagi sesuatu masalah

dalam perundangan Islam, mengatasi

hokum-hukum lain yang sedia ada. Ia

merupakan salah satu prinsip dalam

penetapan undang-undang / hukuman

yang mengutamakan pentafsiran peribadi

atau ijtihad (menggunakan pertimbangan

akal).

Page 11: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 11

1.1.5 Objektif Syari’ah (Maqasid Syari’ah)

Maqasid adalah perkataan Arab yang membawa maksud matlamat

atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang

ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Dalam ilmu

Maqasid Syari’ah, terdapat 5 perkara utama yang perlu dipelihara. 5

perkara utama tersebut ialah:-

Memelihara Keterangan / Catatan

Agama Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi agamanya (Ad-Deen) dalam apa jua

keadaan. Contohnya, mempertahankan pegangan

dan kesucian agama dari ancaman musuh-musuh

Islam.

Nyawa Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi keselamatan nyawa (Hifz al-Nafs)

dalam apa jua keadaan. Contohnya, dalam usaha

memelihara nyawa manusia, undang-undang telah

digubal untuk mengenakan hukuman yang setimpal

kepada mereka yang melakukan pembunuhan.

Dalam Islam, hukuman kepada mereka yang

membunuh manusia yang tidak berdosa ialah

hukuman mati mandatori.

Keturunan Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi keturunan masing-masing dalam apa

jua keadaan. Contohnya, Islam melarang umatnya

melakukan zina atau perbuatan-perbuatan lain tidak

bermoral agar kemuliaan keturunan tetap

terpelihara.

Akal Fikiran Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi kecerdasan akal fikiran (Hifz al-‘Aql)

dalam apa jua keadaan. Pemeliharaan akal

termasuk melindunginya dari perkara-perkara yang

Page 12: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

12 Amalan Asas Takaful

boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta

keupayaan berfikir. Contohnya, Islam telah

mengharamkan minuman keras dan benda-benda

yang memabukkan kerana ianya boleh

menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan

akal.

Harta Benda Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi harta yang dimiliki dalam apa jua

keadaan. Terdapat pelbagai cara mengumpulkan

harta secara tidak sah. Antaranya ialah

mengamalkan riba, menipu dalam urusan jual beli,

pecah amanah dalam urusan berkaitan harta,

mencuri harta milik orang lain dan penipuan harta

lain yang seumpamanya. Sesungguhnya, Islam

melarang keras perbuatan tersebut.

A1.2 ASAS MU’AMALAT

1.2.1 Pengenalan Mu’amalat

Mu’amalat dari sudut istilah bermaksud “perhubungan” dan peraturan

urusan jual beli, manakala secara teknikalnya Mu’amalat merupakan

sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama

antara manusia dalam menyelesaikan masaalah / keperluan harian,

terutamanya hal ehwal yang berkaitan dengan perdagangan dan

perniagaan. Mu’amalat adalah suatu bentuk hubungan sosial yang

membentuk pelbagai aktiviti ekonomi dan aktiviti bukan ekonomi.

Prinsip-Prinsip Asas Mu’amalat

Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalam

membentuk perundangan Syari’ah dalam bidang Mu’amalat ialah:

Page 13: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 13

Kebebasan membentuk kontrak / perjanjian

Para Muslim bebas menetapkan sebarang terma dan syarat dalam

kontrak perjanjian, kecuali meletakkan syarat yang melarang

melakukan transaksi yang dibenarkan atau melakukan transaksi

yang dilarang.

Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan

Kedudukan atau taraf semua perkara kecuali hal ehwal yang

berkaitan dengan adat resam adalah dibolehkan oleh syarak,

sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang melarangnya.

Dibolehkan oleh adat resam

Perumpamaan perundangan fiqh ada meyatakan “dikuatkuasakan

di bawah budaya dan adat resam”. Dalam kebanyakan kontrak

perdagangan Syari’ah, hampir semua perkara yang tidak

menyalahi budaya dan adat resam adalah dibenarkan.

1.2.2 Larangan dalam Mu’amalat

Semua kegiatan dan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan selagi ia

tidak menyalahi atau bertentangan dengan tuntutan Syari’ah.

Sehubungan dengan itu, kesemua 4 mazhab utama (Hanafi, Maliki,

Syafi’i, dan Hanbali) bersepakat pendapat bahawa semua bentuk

urusan perniagaan yang bertentangan dengan tuntutan Syari’ah

dianggap batal dan tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am:

Tidak dibenarkan terlibat dalam kotrak jual beli barangan yang

ditegah dari hukum syarak seperti minuman keras dan lain-lain

produk yang dilarangan.

Tidak dibenarkan terlibat dalam kontrak jual beli yang terdapat

unsur-unsur riba (bunga atau faedah).

Page 14: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

14 Amalan Asas Takaful

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian adalah dilarang

dalam Syari’ah Islam.

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian (gharar)

juga tidak dibenarkan. Kontrak boleh dibatalkan sekiranya

terdapat unsur gharar.

Riba (bunga atau faedah)

Istilah riba dari sudut bahasa bermaksud ‘melebihkan’ atau

‘tambahan’ kepada sesuatu transaksi.

Larangan berkaitan riba adalah sepertimana firman Allah s.w.t.

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah

kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan

hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Al-Qur’an, 3: 130).

Dan Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya,

“Apabila emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam – ia

mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara

terus (pada satu masa). Sekiranya berlainan jenis, maka berjual

belilah kamu sebagaimana disukai tetapi bayaran hendaklah

dibuat dengan segera” (Riwayat Muslim).

Dari Hadis yang dinyatakan di atas, emas dan perak adalah

mewakili wang ringgit; sementara gandum, barli, buah tamar dan

garam adalah mewakili barangan makanan. Kesemua barangan

berkenaan termasuk dalam jenis barangan ribawi.

Adalah jelas bahawa pengharaman boleh dibahagikan kepada 2

jenis yang berbeza. Riba yang pertama ialah larangan menambah

jumlah hutang (duyun) yang juga dikenali sebagai Riba al-Duyun

(Riba Hutang Piutang); sementara dalam urusan pertukaran

barangan ribawi yang sama jenis ditukar dengan kadar / nisbah

tukaran yang berbeza. Riba ini juga dikenali sebagai Riba al-

Page 15: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 15

Buyu’ (Riba Jual Beli). Secara ringkasnya, ia adalah seperti

berikut:

Riba al-Duyun (Riba Hutang Piutang) terbentuk melalui pinjaman

kewangan iaitu;

i. Riba al-Qard – di mana sejumlah tambahan (bunga atau

faedah) dari pinjaman pokok dikenakan dan dipersetujui

ketika kontrak dibuat.

ii. Riba al-Jahiliyah – di mana hutang yang dibayar melebihi

pinjaman pokok kerana si peminjam lewat atau tidak mampu

membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.

Riba al-Buyu’ (Riba Jual Beli) terjadi melalui urusan pertukaran

barang; iaitu Riba al-Fadl (barangan ribawi sama sejenis tetapi tanpa

persamaan timbangan atau sukatan) dan Riba al-Nasi’ah

(penangguhan penyerahan atau penerimaan barangan ribawi).

Peraturan pertukaran barangan berikut digunakan dalam

menentukan sama ada transaksi berkenaan dikategorikan sebagai

Riba al-Fadl atau Riba al-Nasi’ah.

Peraturan 1:

Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis (dan kadar atau

sukatan) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan

atau jumlah serta bayaran / penghantaran barangan hendaklah

dibuat pada waktu itu juga.

o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan dibuat

dengan serta merta tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya

tidak sama, maka berlakulah Riba al-Fadl.

o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan

ditangguhkan tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya

adalah sama, maka berlakulah Riba al-Nasi’ah.

Page 16: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

16 Amalan Asas Takaful

Peraturan 2:

Bayaran dan penghantaran barangan ribawi dari jenis dan kadar

yang berbeza hendaklah dibuat pada waktu itu juga walaupun

mungkin dengan harga yang berbeza. Kadar berat, sukatan atau

jumlah barangan yang ditukar tidak menjadi keutamaan.

o Sekiranya pembayaran dan penghantaran barangan tidak

dibuat dengan segera (on the spot), maka Riba al-Nasi’ah

telah berlaku.

Perjudian (Maisir)

Perjudian ialah sebarang aktiviti urus niaga yang di dalamnya

terdapat unsur-unsur permainan yang melibatkan pertaruhan atau

perjudian. Sesuatu kontrak yang melibatkan unsur-unsur

perjudian (maisir) adalah dianggap batal (batil). Judi boleh

ditakrifkan sebagai suatu pertaruhan atau mengenakan caj tertentu

yang mana bayaran tersebut akan lupus sekiranya seseorang itu

tidak berjaya memperolehi keuntungan / ganjaran yang

diharapkan. Ia juga dikenali sebagai “permainan dengan hasil

bersih sifar”, iaitu nilai ganjaran yang diterima oleh pemenang

pertaruhan dan mereka yang kalah pertaruhan adalah bersamaan

dengan sifar. Kemenangan yang diperolehi oleh satu pihak adalah

kerugian kepada pihak yang lain. Sekiranya sesuatu transaksi itu

melibatkan perkara yang menyalahi undang-undang dan

membawa keburukan atau kemusnahan harta benda, maka ia

boleh dianggap sebagai perjudian.

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Mereka akan bertanya

kepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: pada

keduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia. Tetapi

dosanya lebih besar dari pada manfaatnya…” (Al-Qur’an, 2:

219)

Page 17: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 17

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar atau ketidakpastian dalam sesuatu transaksi atau aktiviti

yang tidak berlandaskan Syari’ah, yang menyebabkan berlakunya

ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini adalah

disebabkan kuantiti dan kualiti barangan yang dinyatakan dalam

transaksi berkenaan tidak diketahui atau tidak ditetapkan nilainya.

Ayub (2007) mentakrifkan gharar sebagai sejenis permainan judi,

untung nasib, pertaruhan atau risiko. Gharar berlaku apabila

terdapat unsur-unsur ketidakpastian dalam transaksi dimana ciri-

ciri dan kewujudannya tidak dapat dipastikan secara tepat,

disebabkan sifatnya yang berisiko. Keadaan tersebut

menyebabkan kontrak berkenaan dianggap batal atau boleh

dibatalkan.

Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya terlibat dalam Gharar,

Al-Baji al-Andalusi menyatakan:

Nabi Muhammad s.a.w melarang urusan jual beli yang

melibatkan gharar dan boleh menyebabkan urusan tersebut tidak

sah. Jual beli melibatkan gharar bermaksud transaksi di mana

terdapat unsur-unsur gharar yang nyata dan jelas sehingga ia

boleh dikategorikan sebagai jual beli gharar. Para ulama’

bersependapat bahawa jual beli seperti ini adalah dilarang dan

tidak sah. Sebaliknya, gharar kecil tidak menyebabkan urusan

jual beli terbatal kerana para ulama berpendapat tiada kontrak

yang benar-benar bersih dari unsur-unsur gharar.

Gharar boleh dikategorikan kepada dua pecahan kecil iaitu

Gharar Kecil dan Gharar Besar;

(i) Gharar Kecil (Yasir)

Gharar Kecil diberi kelonggaran dan boleh dimaafkan kerana

ia tidak membatalkan kontrak jual beli, bermaksud unsur-

unsur gharar di dalamnya tidak mempengaruhi komponen

penting dan syarat-syarat utama kontrak (contohnya syarat-

Page 18: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

18 Amalan Asas Takaful

syarat berkaitan aset, harga, bahasa yang digunakan dan

sebagainya).

(ii) Gharar Besar (Fahish)

Gharar yang menyebabkan kontrak tidak sah dikenali sebagai

Gharar Besar. Secara amnya, gharar besar mengandungi

ciri-ciri berikut;

unsur-unsur ketidakpastian (gharar) terlalu nyata

sehingga ia tidak boleh diterima sebagai suatu kontrak

yang sah; atau ia terlalu kabur sehingga sukar untuk

dinilai dan difahami.

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Mu’amalat

Al-Barbati dalam bukunya, Al-‘Inayah ‘ala Fath al-Qadir

mendefinisikan ‘aqad atau kontrak seperti berikut:

“Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui ikatan

dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan atas perkara pokok

yang dimaksudkan”.

‘Aqad dari sudut bahasa bermaksud “ikatan” atau “simpulan”. Dalam

bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘kontrak’. Kontrak juga boleh

didefinisikan sebagai “pernyataan persetujuan pertukaran hak milik

atas barangan / perkara pokok yang ditawarkan oleh penjual dan

pernyataan penerimaan barangan / perkara pokok oleh pembeli.

Kontrak yang lengkap perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Rukun Aqad Keterangan

‘Aqidain (pihak-

pihak yang

terikat dalam

kontrak)

Ia merupakan syarat utama yang menjadikan

kontrak tersebut sah dimana pihak-pihak yang

terlibat memenuhi syarat kelayakan mengikat

kontrak. Keupayaan memenuhi syarat

kelayakan menjadikan seseorang itu

Page 19: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 19

mempunyai hak dan layak untuk memikul

tanggungjawab yang diamanahkan.

Sighah

(pernyataan ijab

dan qabul)

Sighah ialah suatu bentuk kontrak yang

mengandungi ikrar ijab (lafaz penjual) dan

qabul (lafaz pembeli) atau tawaran dan

penerimaan. Tawaran yang dibuat oleh pihak

pertama dipanggil ijab kerana ia menawarkan

dan mengesahkan persetujuan penerimaan oleh

pihak kedua.

Ma’qud alaih

(barangan dan

harga jual beli)

Ia adalah perkara pokok atau barangan yang

dimaksudkan di dalam kontrak. Mengikut

perundangan Islam, terdapat beberapa syarat

yang perlu dipenuhi bagi barangan berkenaan

untuk menjadikan kontrak tersebut sah; iaitu

barangan tersebut hendaklah sah disisi undang-

undang, wujud (sedia ada) dan telah

dikenalpasti.

A1.3 PENERAPAN KONTRAK SYARI’AH DALAM

PERNIAGAAN TAKAFUL

Dalam perundangan Islam, kontrak boleh wujud dalam bentuk dua

keadaan iaitu kontrak dua pihak (bilateral) atau kontrak satu pihak

(unilateral). Kontrak didefinisikan sebagai hubungan antara tawaran

dan penerimaan yang menghasilkan persetujuan perundangan atas

perkara pokok kontrak. Sebarang urusan perjanjian yang melibatkan

harta benda perlu memenuhi beberapa keperluan asas kontrak yang

bersesuaian dengan tujuan urusniaga berkenaan.

Secara amnya skim Takaful melibatkan dua pihak iaitu Pengendali

Takaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai

pemegang polisi dalam insurans konvensional. Ringkasnya, kontrak

Takaful yang mewujudkan hubungan di antara Pengendali Takaful

dengan peserta boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu

Page 20: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

20 Amalan Asas Takaful

Tabarru’, Wakalah dan Mudharabah bergantung kepada kehendak

dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Keterangan lanjut mengenai

bentuk kontrak berkenaan adalah seperti berikut:

No. Keterangan Kontrak Keterangan Lanjut Kontrak

Takaful

i. Kafalah

Satu kontrak jaminan di

mana seseorang

mmenambah kepada

dirinya tanggungjawab

atau liability bagi pihak

orang lain.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta menyumbang kepada

dana Takaful dengan persetujuan

bersama bahawa Pengendali

Takaful diamanahkan untuk

melaksanakan dalam

menguruskan dana takaful secara

berhemat dan membayar

manfaat Takaful kepada peserta

sekiranya ditimpa musibah.

Kontrak Kafalah yang wujud

dalam operasi sistem Takaful di

Malaysia dan seluruh dunia.

ii. Tabarru’

Bermaksud sumbangan

atau derma yang

diberikan oleh seseorang

yang kemudiannya

diberikan kepada orang

lain yang

memerlukannya, tanpa

mengharapkan apa-apa

balasan.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta bersetuju untuk

menderma sejumlah wang ke

Dana Takaful berdasarkan

kontrak tabarru’. Kontrak

Tabarru’ merupakan elemen

utama dalam perniagaan Takaful

dan ianya bukan sahaja

diamalkan di Malaysia, malah ia

juga diamalkan diseluruh dunia.

Page 21: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 21

iii. Wakalah (wakil-mewakil)

Kontrak agensi wujud

apabila seseorang itu

mewakilkan individu lain

menjalankan tugas-tugas

perniagaan bagi pihaknya.

Individu yang menerima

tugas tersebut dipanggil

‘wakil’. Oleh yang

demikian, kedua-dua

pihak iaitu prinsipal dan

wakil sama-sama terikat

di bawah kontrak

wakalah.

Kafalah (menjamin atau

menjaga).

Dalam perniagaan Takaful,

peserta melantik Pengendali

Takaful sebagai wakilnya untuk

mengurus dana dan perlindungan

Takaful. Kontrak wakalah

diamalkan oleh semua

pengendali Takaful di Malaysia

dan juga sebahagian besar

pengendali Takaful di seluruh

dunia.

iv. Ju’alah

Kontrak menyewa bagi

perkhidmatan, di mana

satu pihak berjanji untuk

membayar amaun yang

dinyatakan wang bagi

perkhidmatan yang

diberikan selaras dengan

terma-terma yang

dirundingkan di antara

mereka.

Dalam perniagaan Takaful, para

peserta menyumbang sejumlah

wang kepada dana Takaful.

Pengendali Takaful adalah

diamanahkan untuk

menguruskan dana Takaful

secara berhemah dari segi

pelaburan dan pembayaran

manfaat Takaful kepada peserta

yang layak jika berlaku musibah.

Pengendali Takaful berhak

kepada fi untuk perkhidmatan

yang diberikan.

Kontrak Ju’alah diamanahkan

oleh semua Pengendali Takaful

di Malaysia manakala

Page 22: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

22 Amalan Asas Takaful

kebanyakan Pengendali Takaful

di seluruh dunia beroperasi di

bawah model Wakalah.

v. Mudharabah

Amalan Mudharabah

(berkongsi keuntungan)

bermaksud suatu kontrak

kewangan di mana pihak

pertama yang dikenali

sebagai Rabb al-Mal

menyediakan dana kepada

pihak yang satu lagi yang

dipanggil Mudharib.

Mudharib kemudiannya

diberi tanggungjawab

mengurus dana berkenaan

melalui urusan pelaburan

atau perniagaan yang

boleh memberi

keuntungan. Kedua-dua

pihak akan berkongsi

keuntungan yang

diperolehi mengikut kadar

yang ditetapkan.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta mencarum sejumlah

wang ke dana Takaful di mana

peserta bertindak sebagai Rabb

al-Mal, sementara Pengendali

Takaful menjadi Mudharib yang

bertindak sebagai pengurus dana

dan berusaha mencatat

keuntungan dari pelaburan yang

dibuat. Peserta dan Pengendali

Takaful akan berkongsi

keuntungan yang diperolehi

mengikut kadar yang

dipersetujui terlebih dahulu.

Kontrak Mudharabah diamalkan

oleh Syarikat Takaful Malaysia

Berhad ketika syarikat

berkenaan mula beroperasi.

Walau bagaimanapun,

sebahagian daripada Pengendali

Takaful yang beroperasi di

Malaysia mengamalkan kontrak

Mudharabah hanya pada

beberapa produk kewangan

sahaja.

vi. Musyarakah

Kontrak Shirkah

(perkongsian).

Musyarakah adalah satu

Dalam perniagaan Takaful, para

pemegang saham masing-masing

bersetuju bersama untuk

Page 23: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Mu’amalat Islam 23

perjanjian di antara dua

atau lebih pihak untuk

mengendalikan

perniagaan tertentu di

mana semua pihak

menyumbang kepada

modal untuk berkongsi

keuntungan. Dalam

urusan musyarakah, pihak

yang terlibat di sini

berkongsi liabiliti,

keuntungan dan juga

kerugian berdasarkan

kepada persetujuan

mereka.

menyumbang sejumlah wang

untuk memulakan perniagaan

Takaful. Ini adalah persejutuan

bersama di kalangan para

pemegang saham yang dipanggil

musyarakah.

Kontrak musyarakah diamalkan

di kalangan semua pemegang

saham semua Pengendali

Takaful di Malaysia dan

Pengendali Takaful di seluruh

dunia.

Page 24: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

24 Amalan Asas Takaful

Page 25: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 25

BAB A2

KONSEP RISIKO

PENGENALAN

Risiko boleh ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang apa yang

akan berlaku pada masa hadapan. Istilah ‘risiko’ mempunyai pelbagai

pengertian dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian. Risiko

secara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan,

kecederaan atau kerugian. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang

situasi di mana terdapatnya ketidakpastian tentang apakah yang akan

berlaku dan kesan yang perlu ditanggung. Risiko biasanya dikaitkan

dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang

atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang

menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosa

kanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana

ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidap

kanser berkenaan ataupun tidak.

A2.1 KONSEP RISIKO

Oleh kerana tujuan perbincangan berkait rapat dengan risiko yang

boleh diTakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang

berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugian

kewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilai

disebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan.

Selain dari risiko ketidakpastian sama ada sesuatu musibah itu akan

menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitan

dengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan

(severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan.

Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. Heinrich

Triangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang

berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalah

rendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan

Page 26: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

26 Amalan Asas Takaful

menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangan

di udara yang melibatkan kapalterbang jarang berlaku tetapi sekiranya

berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukan – cedera parah

atau kematian – adalah tinggi.

2.1.1 Peril dan Bahaya

Konsep

Keterangan Contoh

Peril

Peril digunakan untuk

mengenal pasti sebab-sebab

kerugian. Sebarang

kerugian akibat

kemalangan disebabkan

oleh sesuatu peril adalah

tertakluk kepada tuntutan di

bawah polisi / pelan

perlindungan yang

berkaitan. Contoh-contoh

peril termasuklah

kebakaran, banjir,

pelanggaran, kemalangan,

gempa bumi, sakit dan

kematian.

Kenderaan yang

dilindungi di bawah

polisi insurans motor

mengalami kerosakan

akibat kemalangan

(kemalangan adalah peril

yang dilindungi). Oleh

itu, tuntutan boleh dibuat

di bawah polisi ini

Sekiranya sebuah

restoran musnah

disebabkan kebakaran

(kebakaran adalah peril

yang dilindungi), maka

tuntutan boleh dibuat di

bawah polisi insurans

kebakaran.

Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang

meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahaya

boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. Bahaya Fizikal -Merujuk

kepada ciri fizikal

perkara pokok insurans

yang boleh

meningkatkan

kemungkinan

berlakunya kerugian.

Kerja-kerja pendawaian

yang tidak sempurna dalam

sesebuah bangunan yang

boleh meningkatkan

kemungkinan berlakunya

kebakaran.

Page 27: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 27

2. Bahaya Moral –

Merujuk kepada sikap

seseorang yang

meningkatkan

kemungkinan

berlakunya kerugian.

Bahaya moral sukar

untuk diramal.

Seseorang itu dengan

sengaja membakar produk

yang tidak laku dijual tetapi

telah diinsuranskan untuk

menuntut ganti rugi dari

insurer; atau pemilik polisi

yang tidak jujur membuat

tuntutan yang melampau

dan sengaja diada-adakan.

2.1.2 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu:

Risiko

Keterangan Contoh

Tulen Merujuk kepada kebarangkalian

terjadi kerugian ataupun tiada

sebarang kerugian. Risiko tulen

secara umumnya boleh dilindungi.

Kebakaran, petir,

banjir taufan,

kematian,

kemalangan,

kecurian dan

sebagainya.

Spekulatif

Merujuk kepada kebarangkalian

berlaku kerugian, tiada kerugian

atau mengaut keuntungan. Tidak

dapat dipastikan sama ada sesuatu

kejadian itu boleh membawa

keuntungan, kerugian atau tiada

kerugian. Risiko spekulatif tidak

boleh dilindungi/diisuranskan

Pelaburan di

pasaran saham,

pasaran

matawang asing,

meneroka bidang

perniagaan baru

dan sebagainya.

Page 28: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

28 Amalan Asas Takaful

2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus

Risiko

Keterangan Contoh

Risiko

Asas

Risiko Asas akan memberi kesan

ekonomi yang menyeluruh

kepada masyarakat seluruhnya

atau kepada kumpulan individu

dalam masyarakat. Risiko Asas

adalah di luar kawalan mana-

mana individu.

Kerosakan harta

benda disebabkan

gempa bumi,

peperangan dan

sebagainya.

Risiko

Khusus

Risiko khusus akan hanya

memberi kesan kepada individu

tertentu dan bukannya keseluruhan

masyarakat dan risiko ini boleh

dikawal.

Kerosakan harta

benda disebabkan

kemalangan,

kecurian,

rompakan dan

sebagainya.

2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen

Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincangan

mengenai insurans dan Takaful akan memberi tumpuan kepada

risiko-risiko berkenaan.

Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang

kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu

Risiko Peribadi, Risiko Harta, dan Risiko Liabiliti.

Risiko

Keterangan Contoh

Risiko

Peribadi

Merujuk kepada risiko yang memberi kesan

langsung kepada individu yang boleh

menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugian

atau pendapatan semakin berkurangan,

Page 29: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 29

menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset

yang semakin susut.

Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat

(4) jenis iaitu:

Risiko Mati Awal Kematian ketua keluarga

atau pencari nafkah boleh

menyebabkan keluarga yang

ditinggalkan menghadapi

masaalah kewangan.

Risiko Simpanan

Tidak Mencukupi

ketika Persaraan.

Para pesara menghadapi

kemungkinan kehilangan

atau ketiadaan punca

pendapatan ketika bersara

sekiranya mereka tidak

mempunyai aset cair yang

mencukupi atau tiada

sumber-sumber pendapatan

lain ketika persaraan. Risiko

yang perlu ditanggung ialah

taraf dan gaya hidup yang

lebih rendah.

Risiko Kesihatan

yang semakin

Buruk.

Kemungkinan seseorang itu

perlu menanggung kos

perubatan yang amat tinggi

dan seterusnya kehilangan

pekerjaan / pendapatan.

Risiko Kehilangan

Pendapatan

Merupakan ancaman

kewangan yang terbesar

disebabkan perniagaan

menghadapi zaman

kesukaran, perubahan

ekonomi dan aplikasi

Page 30: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

30 Amalan Asas Takaful

teknologi dan sebagainya.

Risiko Harta Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya

kerugian disebabkan kerosakan harta akibat

kebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alam

lain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan

dengan harta benda:

Kerugian Langsung

Kerugian kewangan

yang berlaku atas

kerosakan fizikal

harta benda

disebabkan

kecurian atau

kemusnahan harta

tersebut.

Sebuah kilang mengalami

kerosakan disebabkan

kebakaran (kerosakan fizikal

kilang berkenaan merupakan

kerugian langsung).

Kerugian Tidak

Langsung atau

Kerugian Turutan

Kerugian kewangan

yang berlaku secara

tidak langsung atas

kerosakan fizikal

harta benda

disebabkan

kecurian atau

kemusnahan harta

tersebut.

Selain dari kerugian akibat

kerosakan fizikal kilang

berkenaan, pemilik kilang

juga kehilangan mata

pencarian / pendapatan

sepanjang tempoh kilang

tersebut menjalani kerja-kerja

baik pulih. Kehilangan

pendapatan adalah

merupakan kerugian tidak

langsung / kerugian turutan.

Page 31: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 31

Risiko

Liabiliti

Merujuk kepada

risiko kecederaan

badan pihak ketiga

atau kerosakan

harta. Pihak

mahkamah

mungkin

memerintahkan

pihak yang dituntut

membayar ganti

rugi atas

kecederaan anggota

badan pihak ketiga.

Organisasi atau firma

perniagaan terdedah kepada

tuntutan liabiliti disebabkan

kecacatan produk yang

dihasilkan. Produk tersebut

mungkin boleh menyebabkan

kecederaan anggota badan

atau kerosakan harta kepada

pengguna yang menggunakan

produk berkenaan.

2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan

Ciri-Ciri

Keterangan

Mempunyai Nilai

Kewangan

Risiko berkait rapat dengan kerugian di mana

ganti rugi kewangan boleh dibayar setelah

berlaku sesuatu musibah umpamanya

kerosakan rumah kediaman disebabkan

kebakaran, kecurian kenderaan dan

sebagainya. Harta berkenaan mungkin

mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi,

tetapi ia hanya boleh diinsuranskan

berdasarkan nilai kewangan dan bukannya

nilai sentimental harta / perkara pokok

insurans.

Risiko

Pendedahan yang

Sama

Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah

mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat

jumlah yang banyak,

a) Penilaian risiko melalui analisa

kebarangkalian dan statistik amat

Page 32: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

32 Amalan Asas Takaful

bergantung kepada pengalaman lepas

yang dianggap munasabah jumlahnya.

b) Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4

pengalaman pendedahan, ia akan

menyebabkan kos perlindungan dan

bayaran premium yang tinggi serta tidak

kompetitif. Contohnya insurans

perlindungan sepasang kaki milik model /

peragawati terkenal.

Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen

(kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang

boleh diinsuranskan kerana seseorang itu

tidak boleh meraih keuntungan dari insurans.

Risiko spekulatif memberi kemungkinan

berlaku kerugian, pulang modal (tiada

kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh

itu ia tidak boleh diinsuranskan.

Risiko Khusus Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia

memenuhi kriteria risiko yang boleh

diinsuranskan.

Risiko asas biasanya tidak boleh

diinsuranskan, contohnya risiko peperangan

atau perubahan nilai budaya. Walau

bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang

boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia

bergantung kepada lokasi geografi risiko

berkenaan.

Kerugian Tidak

Dijangka

Adalah tidak munasabah untuk

menginsuranskan risiko yang pasti akan

berlaku kerana ia bertentangan dengan salah

satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu

kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan

Page 33: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 33

ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar

jangkaan, contohnya dalam insurans hayat –

bila / tarikh kematian adalah diluar

pengetahuan manusia untuk memastikannya.

Contoh risiko yang telah dijangka, dengan

niat dan disengajakan ialah bunuh diri.

Kepentingan

Boleh Lindung

Bermaksud suatu hak hubungan yang sah di

sisi undang-undang di antara diri yang

diinsuranskan dengan perkara pokok insurans.

Risiko yang hendak dilindungi mestilah

mempunyai kepentingan kewangan yang

diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang

diinsuranskan merupakan individu yang akan

menanggung kerugian kewangan sekiranya

risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.

Contohnya, pemilik rumah berhak

menginsuranskan rumah kediamannya.

A2.2 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir

(Qada’ dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka

telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak

perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk

berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah

tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan

hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatu

kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada

diri mereka” (Al-Qur’an, 13:11)

Page 34: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

34 Amalan Asas Takaful

Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya

kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat,

“Mengapa kamu tidak menambat / mengikat unta kamu?” Orang

Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada

Allah s.w.t”. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, “Ikatkan

dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal”.

Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawa

sesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada Qada’ dan

Qadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha

dan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan

risiko menanggung kerugian.

Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahaja

diterima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagai

salah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan

seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yang

penuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.

A2.3 RISIKO DAN TAKAFUL

Risiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasi

perniagaan Takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang

dinyatakan di bawah:

Jenis-jenis

Risiko

Keterangan

Risiko Operasi Risiko menghadapi kerugian disebabkan

kegagalan proses kerja dalaman, sumber

manusia dan sistem kendalian atau pengaruh

luar antara lainnya seperti:

Amalan dan keselamatan tempat kerja:

kerugian disebabkan cara bekerja yang tidak

selaras atau bertentangan dengan undang-

undang dan peraturan pekerjaan, kesihatan

dan keselamatan tempat kerja, sistem

ganjaran / upah.

Page 35: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 35

Penipuan dalaman: kerugian disebabkan

tindakan pekerja yang berniat untuk menipu,

menyalahguna harta syarikat atau menyalahi

peraturan, undang-undang dan dasar syarikat,

amalan rasuah.

Penipuan luaran: kerugian disebabkan

tindakan pihak ketiga / luar yang berniat

untuk menipu atau pemalsuan dokumen,

penyalahgunaan harta syarikat atau

menyalahi peraturan/undang-undang.

Kerosakan harta: kerugian disebabkan

kerosakan atau kehilangan harta syarikat

akibat bencana alam atau tindakan lain

seperti keganasan, vandalisme dan

sebagainya.

Gangguan perniagaan dan sistem pincang

tugas: kerugian disebabkan gangguan

bekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan

perisian komputer.

Proses pengurusan, perlaksanaan dan

penyampaian: kerugian akibat kegagalan

proses transaksi atau proses pengurusan,

kerugian yang berkaitan dengan urusan

dengan rakan niaga atau pembekal akibat

kesilapan kemasukan data, kesilapan akaun,

kegagalan menyiapkan laporan mandatori,

kerugian harta pelanggan disebabkan

kecuaian.

Pelanggan, produk dan amalan perniagaan:

kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau

cuai) untuk memenuhi tanggungjawab

profesional terhadap pelanggan tertentu

(termasuk keperluan industri dan

kesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan

reka bentuk atau ciri-ciri produk.

Page 36: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

36 Amalan Asas Takaful

Risiko Undang-

undang

Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang

dari pihak ketiga.

Risiko Strategik Risiko kerugian akibat kesilapan membuat

keputusan atau strategi perniagaan yang

menimbulkan kesan negatif.

Risiko Reputasi Sebarang keraguan atau kesilapan dalam

membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif boleh

mencemarkan nama dan reputasi syarikat

Pengendali Takaful.

Risiko

Pengunderaitan

Risiko sekiranya dana caruman / tabarru’ tidak

mencukupi untuk menampung bayaran tuntutan

dan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian

semasa tidak mencukupi.

Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampir

kesemua bentuk pelaburan mempunyai

risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bon

atau sukuk tidak berfungsi sepatutnya, aset

sandaran pasaran derivatif tidak berfungsi

seperti yang dijangkakan.

Risiko Tadbir

Urus

Biasanya ia berkisar tentang aktiviti perniagaan

seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko

perusahaan dan pematuhan korporat dengan

peraturan dan undang-undang sedia ada.

Risiko

Meneruskan

Perniagaan

Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahan

organisasi terhadap ancaman dalaman dan

luaran serta penggemblengan kemahiran dan

aset bagi merangka tindakan pencegahan dan

pemulihan yang berkesan untuk organisasi,

mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai

integriti sistem untuk memastikan

kesinambungan dan daya maju syarikat.

Page 37: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 37

Risiko

Pematuhan

Syariah

Terdapat risiko kemungkinan operasi urus niaga

Takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Pengendali Takaful mungkin menghadapi risiko

tidak memperolehi pendapatan yang dijangka

serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yang

telah diterima mungkin tidak mematuhi prinsip-

prinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak dan

menyarankan agar kotrak dibatalkan atau

mendermakan pendapatan kepada badan-badan

kebajikan.

A2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO

Apabila sesuatu risiko itu telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik

pengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat

cara menangani risiko:

Pengelakan risiko

Pengawalan / pengurangan risiko

Pengekalan risiko

Pemindahan risiko

Perkongsian risiko

2.4.1 Pengelakan Risiko

Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawa

terdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh

memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yang

mengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, maka

individu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko.

Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapi

mengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan

sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan.

Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan

risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehi

keuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan

Page 38: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

38 Amalan Asas Takaful

perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandung

didalamnya.

2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko

Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risiko

demi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses

penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standard

yang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkan

keterukan / ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegah

dari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis

air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugian

disebabkan kebakaran.

2.4.3 Pengekalan Risiko

Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima,

individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko

berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya ia

benar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yang

berdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko

berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbanding

dengan jumlah kerugian yang dialami.

2.4.4 Pemindahan Risiko

Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer)

atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh

organisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko

berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko

Contoh Kotrak Insurans / Takaful: Pemilik rumah boleh

memindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnah

dijilat api iaitu dengan membeli pelan Takaful kebakaran.

Contoh Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Sesebuah pasar raya boleh

memindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk

Page 39: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 39

yang megalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian dengan

pengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugi

kepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produk

yang rosak.

A2.4.5 Perkongsian Risiko

Islam tidak membenarkan risiko ditukar iaitu pemindahan secara

keseluruhan kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak

diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh membawa

kepada beban lebih-tuntutan di luar niat asal syarikat insurans, atau

sebaliknya juga boleh mengakibatkan tahap premium yang tidak boleh

diterima oleh pihak yang dilindungi.

Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko

dengan orang lian yang mempunyai sifat risiko yang serupa. Amalan

ini dipanggil perlindungan Takaful.

A2.5 PENGURUSAN RISIKO

2.5.1 Mengenalpasti Risiko

Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam

proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pasti

risiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firma

sebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko

telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individu

bagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugian

dan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit.

Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firma

terdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya boleh

menyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam erti

kata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko yang boleh

diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti

risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.

Page 40: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

40 Amalan Asas Takaful

Kaedah Mengenal pasti Risiko

Pemeriksaan Fizikal

Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untuk

membantu memahami risiko berkaitan, yang kemudiannya

diikuti dengan proses formal mengenal pasti risiko secara

lebih menyeluruh.

Carta Organisasi

Satu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat dan

hubungan di antara kakitangan dan jabatan yang berlainan

dapat membantu mengenal pasti kelemahan struktur

organisasi.

Carta Aliran Kerja

Satu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja

'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana

bahagian yang lemah / tidak berfungsi boleh dikenal pasti.

Senarai Semak

Suatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang

berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti boleh

membantu mengenal pasti bahagian-bahagian yang

mempunyai risiko.

2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko

Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesan

risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil

berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risiko

melibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan

menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan

Page 41: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 41

kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugian

akan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko.

Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu

musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatu

tempoh masa yang ditetapkan (kebarangkalian berlakunya).

Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari

segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah

berkenaan.

Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan atau

diinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia boleh

diabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku.

Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama ada

ia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan

yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadap

kedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan.

Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang

berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauh

lebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku

tetapi hanya melibatkan kos yang kecil.

2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko

Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya

untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian.

Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan

pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya.

Terdapat empat kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko;

Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko.

2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko

Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan

pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalam

melaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan

Page 42: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

42 Amalan Asas Takaful

disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satu

bentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan /

melindungi risiko tersebut.

2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko

Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting

dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan

kajian / penilaian semula secara berkala, memantau proses

perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan

supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran

perniagaan dan ekonomi.

Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk

mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko , laporan

tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko

yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza,

khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih

kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan.

Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti

sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan

objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian / penilaian

semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko

Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi

ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Ini

adalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemua

fasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan

komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan dan

pemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan

objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.

Page 43: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Konsep Risiko 43

Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang

berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-dua

sumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusan

risiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada

bidang pengkhususan risiko masing-masing.

Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat.

Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individu

dalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif

pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusan

risiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah

penting.

Page 44: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

44 Amalan Asas Takaful

Page 45: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful 45

BAB A3

PENGENALAN TAKAFUL

PENGENALAN

Dalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orang-

orang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana

penjenayah perlu membayar ganti rugi berupa ‘Darah-Wang’ (diyat)

sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang telah mati

dibunuh. Ia adalah menjadi hak keluarga si mati untuk menuntut

pampasan daripada suku atau keluarga pesalah / pembunuh. Adat

membayar diyat diamalkan bagi menggantikan adat primitif

sebelumnya iaitu ‘hutang darah dibayar darah’. Diyat diperkenalkan

bagi mengelakkan berlakunya balas dendam dan peperangan antara

puak. Sistem pampasan 'darah-wang' terus diamalkan walaupun

selepas kedatangan Islam kerana kebaikan dan manfaat berikut;

Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan.

Menjadikan tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab

kolektif.

Mengurangkan beban kewangan individu yang terlibat.

Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak

masing-masing

Doktrin ini telah mendapat perkenan Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w. dan kemudiannya diwajibkan dalam tempoh

Khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan dalam

amalan insurans Islam hari ini.

Dalam Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan di

sisi undang-undang selagi ia lakukan dengan tidak melampaui batas

mana-mana rukun yang telah ditetapkan melalui dua sumber rasmi

undang-undang Syari’ah iaitu al-Qur’an dan Sunnah. Selaras dengan

ketetapan tersebut, kesemua empat aliran mazhab utama iaitu Hanafi,

Page 46: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

46 Amalan Asas Takaful

Maliki, Shafi’i, dan Hanbali telah sebulat suara bersetuju bahawa

semua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur faedah /

bunga (riba), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggap

tidak sah/haram.

Doktrin Maqasid Syari’ah menyatakan adalah menjadi

tanggungjawab semua umat Islam untuk melindungi aset ketara, harta

benda, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Kaedah / bentuk

perlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syari’ah dan

garis panduan undang-undang dan prinsip-prinsipnya. Malangnya,

hampir kesemua kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan

amalan-amalan yang dilarang oleh Syari’ah.

A3.1 DEFINISI TAKAFUL

Perkataan ‘Takaful’ berasal dari kata kerja bahasa Arab kafala yang

bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu,

permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju

untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku

kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan

sebagai 'Takaful '.

Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep

Takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasi

perniagaan atau transaksi komersil di sektor tijari atau sektor

perniagaan sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran

ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, Takaful bukan satu

alternative tetapi lebih kepada kewajipan kepada agama.

A3.2 KONSEP TAKAFUL

Majlis Akademik Liga Dunia Islam, selepas membuat

pengubahsuaian yang sewajarnya telah menyimpulkan bahawa bentuk

kerjasama insurans boleh diterima dan dianggap sebagai alternatif

kepada insurans. Sistem yang berfungsi selaras dengan rangka kerja

Islam perlu dirangka berasaskan konsep-konsep berikut:

Page 47: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful 47

3.2.1 Takaful

Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan

yang sesuai dengan kehendak Syari’ah hendaklah berdasarkan

konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal

dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga

dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-

royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan

berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan

dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah

berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan

persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai

tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling

menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari

kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah

seorang daripada mereka.

Ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

o Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang

menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan

bersetuju melindungi antara satu sama lain.

o Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak

peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan

Takaful.

o Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan

dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan

pembayaran manfaat Takaful.

o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam

mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis

Syari’ah.

3.2.2 Mudharabah (berkongsi keuntungan)

Mudharabah boleh ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian

keuntungan komersial di antara pembekal atau penyedia dana dan

usahawan yang menjalankan usaha perniagaan.

Page 48: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

48 Amalan Asas Takaful

Mudharabah ialah permuafakatan berkongsi keuntungan di mana

satu pihak yang dikenali sebagai sahib al-mal (peserta)

menyediakan semua modal perniagaan. Pihak yang satu lagi,

yang dikenali sebagai mudharib atau usahawan (pengendali

Takaful), yang tidak memiliki modal tetapi memiliki kepakaran

untuk mengendalikan perniagaan. Semua keuntungan daripada

usaha niaga ini akan dikongsi di antara kedua-dua pihak

berdasarkan nisbah yang dipersetujui, umpamanya 50:50 atau

60:40 atau apa sahaja yang dipersetujui bersama.

Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut hukum

syara', pelbagai elemen atau komponen perlu wujud, iaitu:

o Penyedia modal

o Usahawan

o Modal

o Aktiviti

o Nisbah Keuntungan

o Tawaran dan Penerimaan

Ciri-ciri Utama Kontrak Mudharabah ialah;

o Sekiranya berlaku kerugian, adalah menjadi tanggungjawab

pemberi modal untuk menerima dan menanggung kerugian

tersebut.

o Sekiranya berlaku kerugian yang disebabkan oleh salah urus

Pengendali Takaful, maka pengendali Takaful perlu

menanggung kerugian tersebut.

o Sekiranya usaha niaga tersebut memperolehi keuntungan,

maka keuntungan akan dikongsi antara Pengendali Takaful

dan pemberi modal.

o kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan semua modal

terkumpul serta keuntungan (perniagaan Takaful Keluarga

sahaja) hendaklah dikembalikan kepada pemberi modal,

setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran.

Page 49: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful 49

o pemberi modal perlu memberi persetujuan untuk melantik

usahawan (Pengendali Takaful) untuk mengendalikan usaha

niaga bagi pihaknya.

o pemberi modal tidak akan mengeluarkan arahan Pengendali

Takaful atau terlibat dalam pengurusan perniagaan Takaful.

3.2.3 Tabarru’

Tabarru’ adalah perkataan Arab yang bermaksud derma atau

hadiah. Tabarru’ ialah dimana Peserta bersetuju untuk

melepaskan semua bahagian atau sebahagian derma atau

sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi tanggungjawab

saling membantu dan saling menjamin.

Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru’

ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi

tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atas

semangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akan

digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.

Tabarru’ kini telah mengIslamkan kontrak insurans dengan

membuang semua unsur-unsur yang bertentangan dengan

Syari’ah. Inilah perbezaan asas yang paling ketara antara insurans

yang mematuhi Syari’ah dengan insurans konvensional. Tanpa

konsep derma, urus niaga akan bersifat jual beli insurans iaitu

membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar

sekiranya peserta menghadapi nasib malang. Janji mungkin atau

tidak mungkin dipenuhi, bergantung kepada sama ada peristiwa

yang diinsuranskan itu berlaku atau tidak. Sekiranya tiada

sebarang tuntutan, penanggung insurans akan berpeluang

memperolehi kesemua premium yang dibayar.

Walau bagaimanapun, semangat yang tertanam dalam konsep

tabarru’ ialah peserta tidak hanya memikirkan perlindungan diri

sendiri, malah dia juga memikirkan untuk membantu peserta lain.

Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan

sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudara seagamanya

Page 50: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

50 Amalan Asas Takaful

yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran

di akhirat kelak. Ini berbeza dengan insurans konvensional di

mana seseorang membeli insurans perlindungan tertentu untuk

diri mereka sendiri sahaja.

Apa yang membuatkan konsep tabarru' lebih menarik ialah

peserta mendapat dua kali ganda manfaat apabila menyertai skim

Takaful, pertamanya, mereka mendapat perlindungan insurans

yang halal dan kedua, pada masa yang sama ia mendapat ganjaran

pahala atas amalan baik yang dilakukannya.

3.2.4 Wakalah

Istilah wakalah dalam Bahasa Arab ertinya wakil atau agensi.

Oleh itu di bawah struktur agensi, wakalah ialah hubungan agensi

yang dipersetujui bersama di antara dua pihak untuk menjalankan

aktiviti perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini, model yang

menggambarkan satu perjanjian agensi antara pengendali yang

bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak

sebagai prinsipal, untuk menguruskan penglibatan peserta dalam

pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh pengendali.

Sebagai balasan kepada perkhidmatan agensi yang diberi,

pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah

perjanjian tersebut. Fi atau yuran perkhidmatan dibayar dari dana

sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah

model ini, perbelanjaan pengurusan boleh dikenakan kepada dana

Takaful sebagai bayaran pendahuluan.

A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT TAKAFUL

Aplikasi Takaful

Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yang

mengamalkan etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan

mengambil kira dasar-dasar berikut:

Page 51: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful 51

Ta’awun

Takaful adalah berdasarkan konsep Ta'awun yang bermakna

saling membantu. Peserta bersetuju untuk membantu antara

satu sama lain dalam aspek kewangan sekiranya timbul

keperluan (seperti yang dinyatakan dalam kontrak Takaful),

dengan menyumbang kepada dana bersama.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tolong-menolonglah

dalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu

tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan

permusuhan” (Al-Qur’an, 5: 2)

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya

Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi dia

membantu orang lain” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam

Abu Daud).

Pemilikan

Di bawah prinsip Milkiyah (pemilikan), manfaat sijil ialah

pemilikan sempurna (Milkiyah) oleh peserta. Apabila peserta

meninggal dunia, manfaat akan diamanahkan kepada penama.

Tanggungjawab Bersama dan Saling Menjamin

Sejajar dengan disiplin Syari’ah Takaful (yang bermaksud

tanggungjawab bersama dan saling menjamin), peserta saling

bersetuju untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku

kejadian yang tidak diingini.

Tanggungjawab dan Perlindungan Bersama

Peserta skim Takaful bersetuju untuk memikul

tanggungjawab bersama atau berkongsi tanggungjawab.

Page 52: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

52 Amalan Asas Takaful

Pampasan Bersama

Pengesahan tentang kewujudan konsep Takaful adalah

berasal dari adat resam (‘urf) orang-orang Arab yang

dipanggil Aqila. Ia merupakan suatu bentuk awal insurans

melalui perlindungan bersama dalam satu kumpulan individu

yang mengambil langkah-langkah untuk menampung

kerugian yang ditanggung. Peserta Skim Takaful kini

mengamalkan konsep bekerjasama dan saling membantu

antara satu sama lain.

Masalih al-Mursalah (Kepentingan Awam)

Takaful juga antara lain adalah berasaskan kepada doktrin

Masalih al-Mursalah atau kepentingan awam. Tujuan utama

ialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli

masyarakat yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian.

Kontrak

Sijil Takaful mengikat pihak-pihak yang bersetuju dengan

tawaran dan penerimaan berdasarkan prinsip-prinsip kontrak.

Hubungan antara pengendali Takaful dan peserta adalah

tertakluk di bawah satu kontrak khas iaitu kontrak wakalah

atau kontrak mudharabah.

Kelebihan Takaful

Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan

keluarga

Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang

kurang bernasib baik

Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan

gharar (ketidakpastian) dan elemen-elemen lain yang

dilarang

Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalam

semua aktiviti dan operasi perniagaan.

Page 53: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful 53

Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, ia

membolehkan peserta Takaful mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t. dan mencapai ketenangan fikiran.

Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan

persaudaraan.

Page 54: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

54 Amalan Asas Takaful

Page 55: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55

BAB A4

PERBANDINGAN DI ANTARA

TAKAFUL DAN INSURANS

PENGENALAN

Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang

timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang

boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium

kepada syarikat insurans.

Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu

yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan.

Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga

bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang

kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang

tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan

menggunakan dana berkenaan.

Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko.

Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang

dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang

terdedah kepada risiko yang sama.

A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS

Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali

sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang

dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada

individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan,

sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam

tempoh tertentu.

Page 56: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

56 Amalan Asas Takaful

Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah

kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak

yang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugi

sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas

sumbangan/bayaran premium.

Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan

mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE,

iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agar

menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan

menggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh,

ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal

kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod

Perundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenai

insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk

menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-

peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari

perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa

sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-

pegawainya.

Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk

bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah

insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila

pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe

berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's.

Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan

dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar

Fisher, 2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi

juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan

Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England

pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama

William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri

insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley

dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad

Page 57: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 57

kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan

berwibawa.

Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18

dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-

rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat

insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai

kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans

tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat

insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada

syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh

dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan

memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini,

pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah

kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan.

A4.2 ASAS-ASAS INSURANS

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh

segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan

sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri

insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di mana

beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang

diinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans

ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa

saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan

dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko

kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan.

Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu

yang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutip

oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan

kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta,

maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu

Page 58: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

58 Amalan Asas Takaful

kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan

harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian

kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang

sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang

berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang

Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran

premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh

tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yang

diinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkan

nilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan mengalami

kerosakan disebabkan peril yang dilindungi.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insurans

hayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yang

diguna pakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalam

kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa

musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkat

permulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetuju

menyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlaku

kerugian. Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambil

kira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang

diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premium

tambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan

berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu,

musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak

boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat).

A4.3 JENIS-JENIS INSURANS

Seksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa:

1. Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepada

dua kelas utama iaitu;-

a) Perniagaan Insurans Hayat – iaitu selain dari perniagaan

polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semua

perniagaan insurans yang berkaitan dengan polisi insurans

Page 59: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 59

hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan

insurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahaja

di bawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan

b) Perniagaan Insurans Am – iaitu semua perniagaan insurans

yang bukan perniagaan insurans hayat.

2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatu

polisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans di bawah

kelas dan perihalan yang berkaitan dengannya di mana polisi

tersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insurans

am dan insurans semula.

A4.4 RESOLUSI SYARI’AH MENGENAI INSURANS

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan

menyeluruh daripada para ulama’ sama ada ia dibenarkan (halal) atau

dilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional

sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman

Nabi Muhammad s.a.w., ijtihad atau pertimbangan menggunakan akal

digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau

sebaliknya.

4.4.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam

mesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara

mendalam mengenai perkara yang berkaitan dengan insurans

hayat.

Page 60: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

60 Amalan Asas Takaful

Diputuskan:

Produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat

insurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi

tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaan

Islam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar

(ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Riba (riba).

Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syari’ah,

“insurans adalah haram”. Satu jawatankuasa yang dikenali

sebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada

tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan Insurans

Islam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuat

kesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid.

Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapan

konsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan

kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984

telah digubal dan seterusnya syarikat Takaful yang pertama iaitu

Syarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun

1984.

Akademi Fekah Islam, OIC

Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya oleh

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan

mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28

Disember 1985. Selepas mengkaji semula laporan perbincangan

para ulama’ yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan

mengenai subjek ‘Insurans dan insurans semula’, dan selepas

dibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan

bentuk insurans serta mendalami prinsip asas, objektif dan

matlamat, dan setelah meneliti pendapat / keputusan yang

dikeluarkan oleh Akademi Fekah dan badan-badan pemikir lain

mengenai perkara yang sama; para ulama’ mengambil ketetapan

berikut;

Page 61: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 61

Diputuskan:

Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetap

berkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil

adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarang

yang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang

(Haram) dibawah Syari’ah Islam.

Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niaga

Islam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasar

kebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans

semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsip

koperasi insurans.

Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negara

Islam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi

dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untuk

membebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terang-

terangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruh

umat manusia.

4.4.2 Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang

dilindungi oleh kontrak atau timbul ‘ketidakpastian’ di mana

kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau

tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju

untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa

pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan

melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil

yang akan diperolehi kelak.

Page 62: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

62 Amalan Asas Takaful

o Justifikasi Larangan

“Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpa

memberitahu dengan jelas keadaan sebenar barangan

tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yang

mengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidak

memberitahunya” - Al-Hakim dan Al-Bayhaqi.

Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabila

satu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihak

yang satu lagi tidak menerima haknya - Ibn Taymiyah

o Jenis-jenis Gharar

Al-Gharar al-Kathir: Gharar yang keterlaluan, dan

menyebabkan kontrak terbatal.

Al-Gharar al-Yasir: Gharar yang remeh, boleh

dipertimbangkan dan dibenarkan.

Al-Gharar al-Mutawassit: Gharar yang sederhana, iaitu

berada di antara keduanya.

o Gharar dalam amalan insurans:

Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans

tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan

tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua

pihak samada syarikat insurans atau pihak yang

diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontrak

tersebut.

Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah

pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku

kemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan

ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat atau

kesan kontrak insurans berkenaan juga tidak

diketahuinya.

Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril /

kecelakaan akan berlaku.

Page 63: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 63

Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yang

diinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya

peril yang dilindungi / kecelakaan tidak berlaku, tiada

sebarang bayaran yang akan dibuat.

Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasan

yang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidak

dapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai

peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuat kuasa,

hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapat

dipastikan.

o Riba (faedah / bunga)

Perkataan riba secara literal bermaksud 'menaikkan' atau

'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang

bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan

peminjam dan pada masa yang sama ia akan menjadikan

pemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenci

orang ramai.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu

takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan” (Al-

Qur’an, 3: 130)

o Jenis-jenis Riba

Riba al-Duyun (riba daripada hutang)

Riba al-Qard - Iaitu sebarang manfaat tambahan yang

disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuat

pada awal kontrak pinjaman.

Riba al-Jahilliyah – iaitu kadar atau sebarang manfaat

tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam

gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telah

dipersetujui.

Page 64: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

64 Amalan Asas Takaful

o Riba al-Buyu’ - muncul daripada jual beli barangan ribawi

Riba al-Fadl – berbeza kadar berat dan kuantiti.

Riba al-Nasi’ah – berbeza masa.

o Riba dalam amalan insurans;

Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannya

dalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah /

bunga.

Syarikat insurans membayar faedah / bunga atas produk-

produknya.

Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang

dalam pengiraan premiumnya.

Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabila

ia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari

premium yang dibayar.

Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat

dibayar.

Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.

o Maisir (perjudian)

Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan

mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam

melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan

kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi

dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya.

Tidak seperti gharar di mana terdapat beberapa kelonggaran

dan dibenarkan, maisir tidak dibenarkan sama sekali.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman

keras, perjudian dan daging yang disembelih dengan batu

nusub dan ramalan nasib itu semua adalah perbuatan

Page 65: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 65

syaitan. Oleh itu, jauhilah ia agar kamu mendapat kejayaan”

Al-Qur’an, 5: 90)

o Unsur Perjudian (Maisir) dalam Kontrak Insurans:

Pihak yang diinsuranskan mendapat manfaat bayaran

yang tinggi berbanding dengan caruman (premium) yang

dibayar.

Membayar premium tanpa mendapat sebarang pulangan.

Syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya

terlalu banyak tuntutan.

Premium yang dikutip melebihi jumlah tuntutan dan

syarikat insurans memperolehi keuntungan besar.

A4.5 PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN

INSURANS

Item

Isu-isu

Penting

Takaful Insurans

1. Intipati Niat Niat adalah untuk

mewujudkan

hubungan kerohanian

dan hubungan

undang-undang.

Niat adalah untuk

mewujudkan

hubungan undang-

undang sahaja

2. Formaliti Kontrak satu pihak

untuk Tabarru’ dan

kontrak dua belah

pihak untuk

Mudharabah dan

Wakalah.

Kontrak dua belah

pihak

3. Isu

Perakaunan

Untuk Takaful Am,

akaun yang

disediakan ialah

akaun Tabarru’

(derma). Untuk

Untuk Insurans

Am, bayaran

premium

dikreditkan ke

Akaun Insurans

Page 66: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

66 Amalan Asas Takaful

Takaful Keluarga,

terdapat dua akaun

iaitu Akaun Peserta

yang diuruskan

mengikut prinsip

Mudharabah, dan

Akaun Khas Peserta

yang diuruskan

mengikut prinsip

Tabarru’.

Am. Untuk

Insurans Hayat,

premium

dikreditkaan ke

Akaun Insurans

Hayat.

4. Perkara

Pokok

Perkara pokok yang

akan dilindungi

hendaklah mematuhi

keperluan Syari’ah.

Perkara pokok

yang akan

dilindungi

hendaklah

mematuhi

keperluan undang-

undang lazim.

5 Jaminan

Pengedali Takaful

hanya bertindak

sebagai pengurus

dana sahaja. Peserta

saling jamin

menjamin antara satu

sama lain.

Syarikat insurans

yang memberi

jaminan.

6. Dana Dana dimiliki oleh

para peserta dan

diuruskan oleh

pengendali Takaful.

Pengendali Takaful

dibayar yuran

perkhidmatan atas

perkhidmatan yang

diberikan

Dana adalah milik

syarikat insurans.

Terdapat

pengasingan dana

aset iaitu dana

pemegang saham

dan dana

pemegang polisi.

Page 67: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 67

7. Bayaran

premium /

sumbangan

Bayaran (bahagian

caj Takaful) dianggap

sebagai derma

(Tabarru’).

Bayaran premium

dianggap sebagai

tanggungjawab

pemegang polisi

atas kontrak jual

beli.

8. Elemen

terlarang

Berlandaskan prinsip

Islam yang bebas dari

elemen yang

terlarang.

Polisi insurans

diresapi elemen-

elemen Gharar,

Riba dan Maisir.

9. Pengawasan

Syari’ah

Akta Takaful 1984

mewajibkan

pembentukan Majlis

Pengawasan Syari’ah.

Tiada keperluan

mewujudkan

Majlis Pegawasan

Syari’ah.

10. Keuntungan Keuntungan dikongsi

bersama di antara

peserta dan syarikat.

Pembahagian

keuntungan atas

budi bicara

syarikat.

11. Kontrak Gabungan antara

kontrak tabarru’

(derma) dan agensi

atau kontrak

berkongsi

keuntungan.

Kontrak

pertukaran (jual

beli) antara

syarikat dan

pemegang polisi.

12. Indemniti Bayaran indemniti

(ganti rugi) diperolehi

dari Dana Takaful.

Bayaran indemniti

(ganti rugi)

diperolehi dari

dana syarikat yang

disediakan oleh

syarikat insurans.

Page 68: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

68 Amalan Asas Takaful

13. Prinsip-

prinsip

Operasi

Operasi perniagaan

adalah mematuhi

keperluan Syari’ah.

Operasi

perniagaan tidak

mematuhi

keperluan

Syari’ah.

14. Kawalan

Risiko

Konsep perkongsian

risiko dikalangan

peserta.

Konsep

perpindahan risiko

15. Percukaian Cukai dan zakat

Cukai sahaja

16. Manfaat Dibayar dari dana

khas yang

diwujudkan secara

indemniti bersama di

kalangan peserta.

Dibayar dari dana

yang diwujudkan

secara sah oleh

syarikat insurans.

17. Keuntungan /

Bonus

Dinyatakan secara

jelas bagaimana

keuntungan akan

dikongsi bersama

antara peserta dan

syarikat.

Secara umum

syarikat

menyatakan

mungkin akan

membayar bonus

dan keuntungan

atas polisi

penyertaan sahaja.

18. Tanggungjaw

ab pemegang

polisi /

peserta

Peserta

menghulurkan derma

dan bersetuju untuk

saling menjamin di

bawah skim

perlindungan.

Pemegang polisi

membayar

premium dan

memindahkan

risiko kepada

syarikat.

19. Liabiliti

syarikat

Pengendali Takaful

bertindak sebagai

Syarikat insurans

bertanggungjawab

Page 69: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 69

insurans /

Pengendali

Takaful

pentadbir skim

perlindungan dan

membayar manfaat

Takaful melalui dana

Takaful.

Sekiranya dana tidak

mencukupi,

Pengendali Takaful

akan menyalurkan

pinjaman tanpa

faedah demi

mengatasi masaalah

kekurangan tersebut.

membayar

manfaat polisi

seperti yang

dijanjikan dari aset

yang dimiliki

(dana insurans dan

dana pemegang

saham).

20. Pelaburan

dana

Dana aset dan dana

Takaful dilaburkan

dalam instrumen

pelaburan yang

mematuhi keperluan

Syari’ah.

Tiada keperluan

untuk mematuhi

keperluan Syari’ah

dalam aktiviti

pelaburan, asalkan

ia mematuhi

dasar-dasar

pelaburan syarikat.

Page 70: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

70 Amalan Asas Takaful

Page 71: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 71

BAB A5

PRINSIP-PRINSIP DAN MODEL

PERNIAGAAN TAKAFUL

PENGENALAN

Kontrak Takaful tidak hanya tertakluk kepada prinsip-prinsip am

undang-undang kontrak tetapi juga prinsip undang-undang tertentu

yang telah termaktub dalam kontrak Takaful.

Berdasarkan kepada ketetapan perundangan konsep fekah, al-Asl fi

al-Ashya’ al-Ibahah, kontrak Takaful disesuaikan dengan prinsip-

prinsip insurans konvensional dalam amalan yang mendokong konsep

keadilan dalam urusniaga, seperti yang dijelaskan oleh Syariah.

Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip tersebut mestilah tidak

bercanggah dengan Syari’ah.

Prinsip-prinsip khas undang-undang yang terkandung dalam

pembentukan kontrak Takaful adalah seperti berikut:

Kepentingan Boleh Lindung;

Penuh Percaya Mutlak;

Indemniti;

Subrogasi;

Perkongsian Sama Rata;

Sebab Terhampir;

Tabarru’

Waranti;

A5.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

5.1.1 Prinsip Kepentingan Boleh Lindung

Kepentingan Boleh Lindung merujuk kepada hak di sisi undang-

undang untuk menyertai skim Takaful yang timbul daripada

Page 72: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

72 Amalan Asas Takaful

hubungan kewangan yang diiktiraf di sisi undang-undang di antara

peserta dan perkara pokok Takaful, iaitu orang yang diberi

perlindungan.

Kepentingan Boleh Lindung wujud apabila terdapat hubungan antara

peserta dengan perkara pokok Takaful, yang biasanya timbul daripada

beberapa situasi seperti berikut:

Pemilikan harta - pemilik harta akan menanggung kerugian

kewangan sekiranya harta benda miliknya rosak atau musnah.

Potensi berhadapan dengan liabiliti undang-undang - Kepentingan

Boleh Lindung juga boleh wujud apabila berlaku kerugian

kewangan yang timbul daripada liabiliti undang-undang. Sebagai

contoh, majikan menanggung liabiliti undang-undang untuk

membayar pampasan kepada pekerja-pekerjanya sekiranya

berlaku kemalangan semasa bekerja.

Hak perundangan - kepentingan boleh lindung boleh wujud

sekiranya terdapat peruntukan dalam kontrak yang menyatakan

seseorang itu mempunyai tanggungjawab kewangan atas apa-apa

kerugian atau kerosakan kepada harta dan liabiliti pihak ketiga.

Hubungan kewangan di antara peserta dengan perkara pokok insurans

perlu memperlihatkan yang peserta akan terus menikmati manfaat

ekonomi dan kewangan melalui kesinambungan, kekal kewujudan

dan keselamatan; atau sebaliknya akan menanggung kerugian

ekonomi & kewangan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan

terhadap perkara pokok Takaful. Oleh yang demikian, kepentingan

boleh lindung mestilah mampu diukur atau dinilai dari sudut

kewangan bagi membolehkannya dilindungi oleh Takaful.

Di bawah kontrak Takaful am, kepentingan boleh lindung mesti

wujud pada awal dan pada masa berlakunya kerugian - jika tidak,

perlindungan Takaful dianggap tidak sah. Contoh: seseorang itu tidak

boleh/sah memiliki perlindungan Takaful motor untuk kenderaan

yang beluk dimilikinya.

Page 73: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 73

Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi Takaful

marin. Dalam Takaful Marin, peserta perlu mempunyai kepentingan

boleh lindung pada masa kerugian berlaku bagi membolehkannya

membentuk kontrak yang sah. Contoh: Berdasarkan dari keadaan dan

sifat perniagaan, pengimport barangan akan mendapatkan

perlindungan Takaful terhadap barang dagangan yang ia ada

kepentingan keatasnya, iaitu dengan menjadi pemilik kepada

barangan berkenaan sebelum bahaya / kerugian yang dilindungi

berlaku.

Di bawah Pelan Perlindungan Kemalangan Takaful, kepentingan

boleh lindung mesti wujud pada masa kontrak itu dikuatkuasakan dan

pada masa berlakunya kerugian.

Untuk Pelan Takaful Keluarga, kepentingan boleh lindung perlu

wujud pada peringkat awal sahaja. Peserta hanya perlu mempunyai

kepentingan boleh lindung pada masa kontrak Takaful keluarga itu

dikuatkuasakan.

Antara contoh seseorang yang mempunyai kepentingan boleh lindung

adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-

a) Seorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung yang

tidak boleh dipertikaikan terhadap anggota badan dan hayatnya

sendiri untuk apa-apa amaun yang difikirkan wajar. Kepentingan

tersebut tidak mampu dinilai dan sukar dibuktikan yang ianya

adalah perlu (Wainwright v. Bland [1835]).

b) Seseorang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

dan harta pasangannya (suami / isteri).

c) Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap

kanak-kanak atau bayi di bawah umur majoriti ketika

perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan juga terhadap

sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian

daripadanya.

d) Pemiutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak

mempunyai kepentingan terhadap hayat si pemiutang.

Page 74: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

74 Amalan Asas Takaful

e) Penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap

peminjam. Pemberi pinjaman mungkin tidak berpuashati

sepenuhnya dengan jaminan cagaran yang ditawarkan oleh

peminjam, tetapi bersedia untuk menerima jaminan seorang

penjamin. Dengan memberi jaminan tersebut, penjamin

mempunyai kepentingan boleh lindung atas hayat peminjam.

f) Majikan, terhadap hayat pekerja-pekerjanya.

g) Pemilik / tuan punya (tunggal atau perkongsian), terhadap harta

miliknya.

h) Penggadai janji (peminjam) & pemegang gadai janji (pemberi

pinjam), masing-masing mempunyai kepentingan ke atas harta

berkenaan.

i) Penyewa & pemberi sewa juga mempunyai kepentingan ke atas

harta yang serupa.

j) Bailer – contohnya pemilik pajak gadai, pembawa atau tukang

membaiki jam mempunyai kepentingan atas barangan / harta

milik pelanggan (bailor) kerana harta berkenaan di bawah

tanggungjawab / jagaan mereka.

k) Ejen – Prinsipal (Pengendali Takaful) mempunyai kepentingan

boleh lindung ke atas ejen dan ia boleh menguatkuasakan pelan

perlindungan Takaful bagi pihak ejen.

l) Pemegang amanah – mempunyai kepentingan atau hak disisi

undang-undang ke atas harta yang diamanahkan kepadanya

sekiranya surat ikatan amanah membenarkan atau

mengarahkannya.

m) Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful Semula – kedua-

duanya mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat

peserta-peserta yang menyertai pelan perlindungan Takaful.

5.1.2 Prinsip Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak

(Uberrima Fides)

Prinsip Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan

positif secara sukarela mendedahkan dengan tepat dan sepenuhnya

semua fakta matan mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada ia

diminta atau tidak.

Page 75: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 75

Kontrak Takaful Keluarga dan Takaful Am mengikat semua pihak

yang terlibat secara penuh percaya mutlak, yang bermaksud kedua-

dua pihak (peserta & pengendali Takaful) perlu mendedahkan semua

fakta-fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau tidak, yang

dianggap penting kepada pihak yang satu lagi membuat keputusan

untuk terikat dengan kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat

penting walaupun tidak diminta, memberikan hak kepada pihak yang

terkilan untuk menganggap kontrak tersebut sebagai tidak sah dan

terbatal. Di bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak, kedua-dua pihak

bertanggungjawab mendedahkan semua fakta matan dengan lengkap

dan benar.

Di bawah pelan Takaful kebakaran, antara contoh fakta matan adalah

kegunaan dan jenis bahan pembinaan. Sekiranya pencadang (peserta)

mengisytiharkan dalam borang cadangan bahawa bangunan itu

digunakan sebagai sebuah kedai runcit yang dibina daripada bahan

batu bata, dan kemudiannya didapati selepas berlaku kebakaran

bahawa premis itu sebenarnya adalah sebuah bangunan kayu yang

digunakan sebagai stor menyimpan bahan kimia. Ini secara jelas

bertentangan dengan doktrin Penuh Percaya Mutlak dan boleh

menyebabkan tuntutan ditolak. Begitu juga, dalam kes Takaful

keluarga, contoh-contoh fakta matan ialah umur, pekerjaan dan

keadaan kesihatan.

Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga menuntut agar tiada

penyembunyian, salah nyata atau penipuan fakta matan. Prinsip

Penuh Percaya Mutlak ini perlu terus diamalkan sepanjang tempoh

perlindungan Takaful di mana peserta dikehendaki memberitahu dan

mendedahkan kepada Pengendali Takaful apa-apa perubahan fakta

material yang mungkin meningkatkan risiko. Pengendali Takaful

akan membuat keputusan sama ada sebarang peningkatan risiko boleh

dikenakan kadar caruman / sumbangan yang lebih tinggi,

menguatkuasakan syarat-syarat tambahan, atau menolak terus

cadangan berkenaan. Contoh: perubahan fungsi/kegunaan sesebuah

bangunan daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan

bahan bunga api.

Page 76: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

76 Amalan Asas Takaful

Walau bagaimanapun, pencadang atau peserta tidak perlu

memberitahu perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang mengurangkan risiko kepada Pengendali

Takaful. Sungguhpun demikian, peserta digalakkan untuk

memberitahu fakta berkenaan dengan harapan mendapat terma

dan syarat kontrak yang lebih baik atau mendapat diskaun

premium.

Fakta yang menjadi pengetahuan umum. Umpamanya undang-

undang pematuhan dan keselamatan bangunan-bangunan

pencakar langit di Kuala Lumpur adalah terletak di bawah

pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Fakta-fakta dan sumber maklumat yang diperolehi dari peserta

yang boleh dibuat kesimpulan. Contohnya: peserta yang

mempunyai ketinggian 150 dan berat badan 100 kg boleh

disimpulkan sebagai obesiti dan akan tertakluk kepada

pengunderaitan perubatan.

Fakta-fakta yang tidak diperlukan oleh Pengendali Takaful.

Fakta-fakta yang tertakluk di bawah syarat-syarat dalam Sijil

Takaful.

Bagi tujuan penguatkuasaan sijil kontrak Takaful, pihak-pihak yang

terlibat perlu jujur dan mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tindakan

tidak memberitahu fakta penting, penipuan, salah nyata atau memberi

kenyataan palsu adalah merupakan elemen-elemen yang boleh

membatalkan sijil Takaful.

Prinsip Penuh Percaya Mutlak tidak dipenuhi apabila pencadang

mengetahui atau sepatutnya mengetahui tentang fakta matan tetapi;

gagal untuk memberitahu atau mendedahkan fakta material

berkenaan; atau

menyalahnyatakan fakta penting.

Apabila peserta gagal memberitahu fakta material, pelanggaran

prinsip penuh percaya mutlak tersebut diklasifikasikan sebagai tidak

memberitahu / mendedahkan atau menyembunyikan fakta, iaitu

Page 77: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 77

penipuan kerana tidak memberitahu. Sekiranya peserta membuat

salah nyata fakta, kesalahan tersebut diklasifikasikan sebagai

salahnyata tanpa niat atau penipuan kerana salahnyata.

Apabila pelanggaran Prinsip Penuh Percaya Mutlak berlaku, kontrak

Takaful boleh terbatal tanpa mengira sama ada pelanggaran itu telah

dilakukan tanpa niat atau dengan niat untuk menipu.

Kontrak Takaful mengenakan tanggungjawab uberrima fides atau

Penuh Percaya Mutlak kepada pihak-pihak yang terlibat dengan

kontrak Takaful.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberitahu/

mendedahkan kepada pengendali Takaful tentang semua fakta

penting mengenai perkara pokok insurans dan keadaan yang

berkaitan dengannya.

Fakta matan adalah fakta yang boleh mempengaruhi pertimbangan

pengendali / syarikat insurans dalam menetapkan amaun premium /

sumbangan atau menentukan sama ada menerima atau menolak risiko

yang dicadangkan. (Rivaz v. Gerussi [1880] 6 QBD 222).

Sama ada sesuatu fakta itu adalah fakta matan atau sebaliknya, ia

bukanlah hak peserta untuk menentukannya. Hakikatnya, keputusan

muktamad hanya boleh ditetapkan oleh mahkamah.

Fakta matan termasuk perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang cenderung untuk menyebabkan risiko yang

dicadangkan menjadi lebih merbahaya daripada biasa. Kecacatan

fizikal seperti kehilangan deria penglihatan atau anggota badan

boleh meningkatkan risiko kemalangan dan memberi kesan

kepada kesihatan dan tempoh hayat pihak yang dilindungi.

Tabiat, aktiviti harian dan sejarah keluarga juga boleh

mempengaruhi risiko.

Fakta yang difikirkan perlu untuk menjelaskan sifat-sifat luar

biasa risiko yang dicadangkan untuk perlindungan Takaful, di

Page 78: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

78 Amalan Asas Takaful

mana tanpanya, pengendali Takaful menganggap ia adalah risiko

biasa. Contohnya, pekerjaan yang merbahaya.

Fakta-fakta yang kelihatan mempunyai motif tertentu. Contohnya

perlindungan umum.

Adalah menjadi keperluan undang-undang untuk menyatakan dengan

jelas dan nyata di dalam borang cadangan akan perkara-perkara

berikut:

Mengikut peruntukan Seksyen 28, Akta Takaful 1984;

"Pencadang hendaklah memberitahu sepenuhnya dan dengan jujur

dalam borang cadangan akan semua fakta yang diketahui atau

sepatutnya diketahui, jika tidak, sijil yang dikeluarkan mungkin

menjadi tidak sah”.

Tanggungjawab memberitahu fakta matan adalah perlu ketika:-

Ketika permulaan kuat kuasa sijil

Tugas memberitahu fakta matan dianggap selesai apabila

rundingan mengenai perlindungan dimuktamadkan. Walau

bagaimanapun, sebelum risiko diterima atau sekiranya peserta

masih perlu mendedahkan fakta-fakta tambahan, peserta

bertanggungjawab dan perlu memberitahu fakta-fakta tersebut.

Ketika pembaharuan sijil

Tanggungjawab memberitahu memainkan pernanan sekali lagi

ketika rundingan memperbaharui sijil.

Ketika sijil sedang berkuatkuasa

Peserta mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu semua

fakta matan yang berkaitan dengan sebarang perubahan terhadap

risiko yang dilindungi.

Page 79: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 79

5.1.3 Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai mekanisme yang digunakan oleh

pengendali Takaful membayar pampasan dalam usaha untuk

meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama seperti

yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian.

Kontrak Takaful mejanjikan perlindungan kepada peserta sekiranya

berlaku kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah

gantirugi yang boleh dituntut dikenali sebagai ‘ukuran ganti rugi’. Ia

bermaksud bayaran gantirugi disebabkan kecederaan atau kerugian

yang dialami. Prinsip indemniti memerlukan pengendali Takaful

mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama

sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian.

Semua perlindungan harta dan wang Takaful adalah merupakan

kontrak indemniti, iaitu sejumlah amaun yang perlu dibayar apabila

berlaku sesuatu kejadian yang dilindungi, terhad kepada setakat

amaun kerugian kewangan yang dialami oleh peserta. Oleh itu,

apabila berlaku kerugian, tanggungjawab pengendali Takaful adalah

meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama

sebagaimana yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian, tertakluk

kepada kecukupan jumlah perlindungan dan syarat-syarat polisi lain -

penggunaan prinsip purata (average), lebihan dan had.

Produk Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk meletakkan

peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang

dinikmati sebelum berlaku kerugian. Ia memastikan peserta tidak

mendapat lebih daripada jumlah sebenar kerugian dan menghalang

peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan itu. Semua

kontrak perlindungan harta dan liabiliti Takaful adalah tertakluk

kepada prinsip ini. Takaful Keluarga, termasuk pelan perlindungan

kesihatan dan kemalangan diri bukan kontrak indemniti kerana

kehilangan nyawa tidak boleh dinilai dan diganti dengan ganti rugi

kewangan.

Page 80: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

80 Amalan Asas Takaful

Prinsip indemniti digunapakai dalam keadaan-keadaan berikut:

Peserta perlu membuktikan bahawa mereka telah megalami

kerugian akibat kerosakan atau kehilangan perkara pokok (subject

matter) yang dilindungi di bawah pelan perlindungan Takaful dan

kerugian tersebut boleh dinilai dalam bentuk nilai kewangan.

Jumlah pampasan yang dibayar adalah jumlah perlindungan

dibawah pelan Takaful di mana jumlah indemiti tidak boleh

melebihi jumlah perlindungan.

Sekiranya peserta menerima jumlah pampasan yang melebihi

jumlah kerugian sebenar, Pengendali Takaful berhak untuk

mendapatkan semula amaun lebihan tersebut dari peserta. Begitu

juga sekiranya peserta menerima amaun yang melebihi dari

kerugian sebenar daripada pihak ketiga selepas ganti rugi

sepenuhnya diperolehi dari Pengendali Takaful, Pengendali

Takaful mempunyai hak di bawah prinsip Subrogasi untuk

mendapatkan kembali apa-apa amaun yang dibayar oleh pihak

ketiga.

Perlu diingat bahawa amaun perlindungan bukanlah ukuran

sebenar indemniti tetapi hanya sebagai suatu penetapan had

amaun yang boleh dibayar. Amaun ganti rugi sebenar adalah

berdasarkan prinsip ‘jumlah perlindungan atau nilai pasaran yang

mana lebih rendah’.

Dalam amalan Takaful Am, peserta perlu memastikan bahawa dia

tidak menilai kurang daripada nilai sebenar perkara pokok insurans

semata-mata untuk membayar caruman yang lebih rendah dan

mengharapkan bayaran pampasan penuh atas kerugian yanag

ditanggung. Perbuatan ini dianggap hina di syarak kerana membuat

sumbangan yang tidak setimpal kepada dana Takaful serta

membebankan peserta lain. Dalam situasi seperti ini, ‘Klausa Purata’

akan digunakan. Sebagai contoh, peserta yang dilindungi di bawah

pelan Takaful motor sebanyak RM30,000 amaun perlindungan

mengetahui sepenuhnya bahawa nilai pasaran sebenarnya ialah

RM50,000. Apabila berlaku kerosakan akibat kemalangan dan kos

pembaikan ialah RM20,000 maka peserta akan menerima bayaran

Page 81: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 81

ganti rugi yang dikira berdasarkan formula 'Klausa Purata' seperti

berikut:

Amaun perlindungan X kerugian

Nilai pasaran

RM 30,000 X RM 20,000 = RM 12,000

RM 50,000

Berdasarkan contoh di atas, Pengendali Takaful hanya perlu

membayar RM12,000, sementara baki sebanyak RM8,000 perlu

ditanggung sendiri oleh peserta.

Peserta boleh membuat tuntutan ganti rugi atas kerugian kewangan

yang ditanggung, dan ia tidak termasuk kerugian emosi atau

kerugian-kerugian lain yang berkaitan dengannya. Selain dari itu,

peserta tidak boleh mengaut keuntungan dari musibah / kerugian yang

ditanggung. Sekiranya kerosakan yang berlaku adalah sebahagian

sahaja maka peserta tidak berhak menuntut jumlah penuh kerugian.

Tuntutan terhad kepada jumlah kerugian sebenar sahaja. Apabila

peserta telah menerima bayaran ganti rugi sepenuhnya, peserta

dikehendaki memindahkan hak tuntutan terhadap pihak ketiga kepada

Pengendali Takaful. Peserta tidak boleh mendapatkan ganti rugi lanjut

daripada pihak ketiga atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan

hak Subrogasi). Peserta tidak berhak memperolehi bayaran gantirugi

lebih daripada sekali, tanpa mengira berapa banyak sijil Takaful yang

dimiliki. Peserta tidak boleh menerima bayaran lebih daripada amaun

penuh kerugian dari lain-lain pengendali Takaful atas kerugian yang

sama. (Ini berkaitan dengan Prinsip Perkongsian Sama Rata).

Indemniti menetapkan amaun maksimum yang boleh dibayar di

bawah sesuatu pelan Takaful, tertakluk kepada had jumlah

perlindungan. Jumlah perlindungan adalah had liabiliti yang perlu

ditanggung oleh Pengendali Takaful.

Kontrak Takaful Am adalah kontrak indemniti dimana kepentingan

boleh lindung boleh diukur; contohnya harta benda, kontrak Takaful

Page 82: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

82 Amalan Asas Takaful

kewangan dan liabiliti. Kontrak kemalangan diri dan Takaful keluarga

tidak tergolong dalam kontrak indemniti.

Ukuran indemniti bergantung kepada jenis-jenis perlindungan

Takaful. Secara umumnya, indemniti Takaful harta adalah

berdasarkan sama ada kos penggantian selepas ditolak susut nilai atau

nilai pasaran; sementara di bawah Takaful liabiliti, indemniti diukur

berdasarkan amaun award yang diputuskan oleh pihak mahkamah

atau amaun penyelesaian luar mahkamah, termasuk kos dan

perbelanjaan yang diluluskan. Indemniti dalam Takaful kewangan

diukur berdasarkan jumlah kerugian kewangan yang dialami oleh

peserta, sebagai contoh:

Skim Takaful Ukuran Indemniti

Harta benda Kos Penggantian ditolak susut nilai atau

nilai pasaran

Liabiliti Award mahkamah + Kos & Perbelanjaan

Kewangan Kerugian kewangan

5.1.4 Prinsip Subrogasi

Subrogasi boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful setelah

membayar indemniti di bawah obligasi undang-undang, bertindak

menggunakan hak dan remidi peserta, sama ada ia telah

dikuatkuasakan atau tidak.

Ini adalah turutan dari prinsip indemniti. Subrogasi adalah hak

Pengendali Takaful yang telah bersetuju membayar ganti rugi, dan

setelah bayaran dibuat maka pengendali mempunyai hak untuk

menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang menyebabkan

kerugian berkenaan.

Prinsip subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful bertindak

di tempat peserta selepas penyelesaian tuntutan, untuk membuat

tuntutan balas daripada pihak ketiga. Hak subrogasi juga boleh

digunakan oleh Pengendali Takaful walaupun bayaran tuntutan belum

Page 83: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 83

lagi dibuat. Pada dasarnya, doktrin subrogasi digunakan dalam

perkara-perkara berikut:

Ia adalah turutan dari prinsip indemniti bagi memastikan peserta

tidak meraih keuntungan dari musibah / kerugian yang berlaku.

Hak ini boleh digunakan sungguhpun amaun gantirugi belum lagi

dibayar kepada peserta. Sekiranya sebahagian bayaran telah

dibuat oleh pihak ketiga, pengendali Takaful hanya perlu

membayar amaun bakinya sahaja.

Amaun tuntutan subrogasi tidak boleh melebihi jumlah tuntutan

yang dibayar kepada peserta. Sekiranya Pengendali Takaful

menuntut amaun yang lebih tinggi dari apa yang dibayar kepada

peserta, lebihan bayaran hendaklah diserahkan kepada peserta.

Prinsip ini tidak boleh digunapakai dalam kontrak Takaful

Keluarga dan Kemalangan Diri.

Prinsip subrogasi dijelaskan melalui contoh berikut:

Rumah kediaman milik peserta A telah musnah dijilat api yang

berpunca dari kebakaran disebabkan letupan dikilang berhampiran.

Peserta A mengemukakan tuntutan kepada pengendali Takaful

sebanyak RM500,000. Apabila pembayaran tuntutan telah dibuat,

pengendali Takaful diberikan hak subrogasi untuk menuntut jumlah

yang serupa dari pemilik kilang yang bertanggungjawab

menyebabkan kebakaran dan kerugian berkenaan.

Sebelum hak tersirat Subrogasi yang memihak kepada Pengendali

Takaful itu digunakan, dua syarat berikut perlu dipenuhi:-

i. Kontrak Takaful yang wujud hendaklah merupakan kontrak

indemniti. Oleh itu, subrogasi tidak boleh digunapakai untuk

kontrak bukan indemniti seperti kontrak Takaful Keluarga dan

Kemalangan Diri.

ii. Pengendali Takaful hendaklah menyelesaikan bayaran tuntutan

terlebih dahulu. Mengikut amalan biasa, pengendali Takaful

menyatakan hal ini dengan jelas di dalam sijil Takaful bagi

memperolehi hak subrogasi sebelum bayaran ganti rugi dibuat.

Page 84: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

84 Amalan Asas Takaful

Subrogasi adalah hak seseorang untuk bertindak bagi pihak orang lain

dengan memiliki semua hak dan remedinya, sama ada ia telah berkuat

kuasa atau sebaliknya. (Burnard vs Rodocanachi). Prinsip ini

bermaksud setelah membayar indemniti, pengendali Takaful berhak

untuk menerima kembali apa-apa bayaran yang diterima daripada

mana-mana sumber atas tuntutan yang serupa

Hak subrogasi di bawah undang-undang lazim tidak diiktiraf selagi

Pengendali Takaful tidak memproses, meluluskan dan membayar

tuntutan. Disebabkan masaalah yang timbul dari prinsip ini,

Pengendali Takaful meletakkan syarat dalam sijil Takaful yang

memberikan diri mereka hak subrogasi sebelum bayaran tuntutan

dibuat (kecuali Takaful Marin), tetapi Pengendali Takaful perlu

bertindak atas nama peserta.

5.1.5 Prinsip Perkongsian Sama Rata

Prinsip ini boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful untuk

meminta Pengendali Takaful lain yang sama-sama menanggung risiko

berkenaan supaya membuat sumbangan (bayaran ganti rugi) mengikut

bahagian masing-masing.

Prinsip tersebut juga adalah satu lagi akibat turutan dari prinsip

indemniti. Ia merupakan syarat tersirat dalam kontrak indemniti di

mana sekiranya terdapat kontrak indemniti lain yang memberi

perlindungan atas perkara pokok dan risiko yang sama, jumlah

bayaran ganti rugi kepada peserta hendaklah dibahagikan di kalangan

semua pengendali mengikut nisbah masing-masing.

Prinsip Perkongsian Sama Rata digunakan di bawah kontrak Takaful

Am bagi mengelakkan peserta meraih keuntungan daripada tuntutan

berganda atas kerugian yang sama daripada Pengendali Takaful yang

berbeza. Di bawah prinsip ini, amaun kerugian hendaklah dikongsi

bersama antara Pengendali Takaful mengikut bahagian atau nisbah

masing-masing. Amalan ini dapat mengukuhkan prinsip indemniti.

Page 85: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 85

Penjelasan mengenai Prinsip Perkongsian Sama Rata adalah seperti

contoh berikut:

Peserta B mendapat perlindungan Takaful untuk rumahnya bernilai

RM1 juta dengan pengendali Takaful X, Y dan Z dengan harapan

untuk membuat keuntungan dengan membuat tuntutan daripada

semua Pengendali Takaful bagi jumlah sebanyak RM3 juta (RM1 juta

dari setiap pengendali Takaful) sekiranya rumah miliknya itu musah

akibat kebakaran. Apabila rumah tersebut musnah dijilat api, peserta

B mengemukakan tuntutan kepada semua Pengendali Takaful seperti

yang dirancang. Walau bagaimanapun, apabila hal tersebut telah

diketahui, setiap pengendali Takaful hanya akan membayar bahagian

masing-masing iaitu sebanyak RM333,333 untuk jumlah keseluruhan

RM1 juta.

Prinsip Perkongsian Sama Rata hanya boleh diguna pakai dalam

kontrak indemniti sahaja. Pengendali-Pengendali Takaful yang

terlibat mestilah telah memberi perlindungan kepada:

Kepentingan yang sama (iaitu peserta yang sama, melindungi

kepentingan yang sama dengan lebih dari satu pengendali

Takaful).

Perkara pokok yang sama (iaitu kesemua sijil Takaful yang

dikeluarkan melindungi perkara pokok yang sama)

Peril yang sama (di mana prinsip perkongsian sama rata akan

digunakan sekiranya semua sijil melindungi peril yang sama yang

mengakibatkan berlakunya kerugian).

Dengan menyatakan syarat-syarat sumbangan secara terang dan nyata

di dalam sijil Takaful, pengendali tidak akan bertanggungjawab untuk

membayar atau menyumbang lebih daripada nisbah sepatutnya atas

jumlah keseluruhan bayaran pampasan.

Jika syarat ini tidak dinyatakan dalam sijil perlindungan, peserta

mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana

pengendali. Seterusnya, pengendali yang telah membayar ganti rugi

akan membuat tuntutan bahagiannya dari pengendali Takaful lain.

Page 86: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

86 Amalan Asas Takaful

Di bawah undang-undang lazim, apabila peserta mempunyai lebih

daripada satu sijil Takaful, dia hanya boleh membuat tuntutan kepada

salah satu pengendali sahaja. Pengendali Takaful perlu membayar

gantirugi, terhad kepada jumlah liabilitinya sahaja, kemudian barulah

boleh menuntut sumbangan daripada pengendali lain selepas dia telah

membayar bahagiannya.

Prinsip Perkongsian Sama Rata boleh digunakan hanya apabila

syarat-syarat berikut dipenuhi. Sijil Takaful tidak semestinya

melindungi kepentingan, peril atau perkara pokok yang sama, tetapi

hendaklah terdapat pertindihan sijil di mana:

a) Terdapat dua atau lebih sijil indemniti yang berkuatkuasa.

b) Sijil-sijil berkenaan melindungi kepentingan yang sama.

c) Sijil-sijil tersebut melindungi peril yang sama yang menyebabkan

berlakunya kerugian.

d) Setiap sijil mestilah bertanggungjawab atas kerugian yang

berlaku.

Untuk mengatasi kesulitan ini, kebanyakan sijil Takaful Bukan Marin

mengandungi klausa perkongsian sama rata. Ia menyatakan bahawa

Pengendali Takaful hanya bertanggungjawab atas nisbah atau

bahagiannya sahaja.

Pengendali Takaful bertanggungjawab atas bahagiannya sahaja, dan

peserta boleh membuat tuntutan berasingan terhadap Pengendali-

Pengendali Takaful yang lain. Tujuan diadakan fasal sumbangan ini

adalah untuk menghalang peserta daripada membuat tuntutan

terhadap satu pengendali sahaja sehingga menyebabkan pengendali

tersebut terpaksa menanggung jumlah penuh kos tuntutan, walaupun

kemudiannya ia berhak meminta / menuntut pengendali lain membuat

sumbangan atas kerugian yang sama.

Pengendali Takaful bersetuju bahawa kaedah pengiraan kadar

sumbangan tidak tertakluk kepada klausa purata (average clause)

adalah seperti berikut:

Page 87: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 87

a.

Amaun perlindungan dari setiap

Pengendali Takaful

------------------------------------------- X kerugian = liabiliti

Amaun perlindungan dari semua

Pengendali Takaful

Contoh

A : RM6,000 x RM1,000 = RM600

B : RM4,000

Rugi : RM1,000

A bayar : RM6,000 x RM1,000 = RM600

RM10,000

B bayar : RM4,000 x RM1,000 = RM400

RM10,000

b. Perlindungan harta lain (kaedah lebih kerap digunakan)

Sekiranya sijil perlindungan tertakluk kepada fasal purata atau

had kerugian individu dikenakan atas amaun perlindungan,

kaedah “liabiliti bebas” akan digunakan. Liabiliti bebas ialah

jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh pengendali sekiranya ia

adalah antara Pengendali Takaful yang menawarkan

perlindungan.

Liabiliti pengendali bebas x kerugian = pengendali bebas

Jumlah liabiliti dari semua

Pengendali Takaful

i) A : RM2,000.00

B : RM1,000.00

Rugi : RM 450.00

Page 88: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

88 Amalan Asas Takaful

A bayar : RM2,000 x RM450 = RM200

RM4,500

B bayar : RM1,000 x RM450 = RM100

RM4,500

ii) Sekiranya A melindungi RM4,500

A bayar : RM4,500 x RM450 = RM450

RM4,500

B bayar : RM100 x RM450 = RM100

RM550 = RM550

======

Dalam kes ini, jumlah liabiliti pengendali bebas adalah melebihi

amaun kerugian dan nisbah pembayaran ialah:

A bayar : RM450 x RM450 = RM368.20

RM550

B bayar : RM100 x RM450 = RM 81.80

RM550 RM450.00

========

Prinsip ini tidak boleh digunakan di bawah kontrak Takaful

kemalangan diri. Oleh yang demikian, seseorang itu boleh menuntut

jumlah ganti rugi penuh di bawah beberapa sijil Takaful yang

dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang berbeza (kecuali

perbelanjaan perubatan). Walau bagaimanapun, semua pengendali

menetapkan peraturan agar pencadang memberitahu penanggung

akan polisi / sijil perlindungan kemalangan diri lain yang dimilikinya.

Terdapat Pengendali Takaful yang menetapkan syarat dalam sijil

perlindungan iaitu sijil Takaful akan terbatal sekiranya peserta

menguatkuasakan sijil Takaful yang baru tanpa kebenaran bertulis

dari Pengendali Takaful terdahulu.

Page 89: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 89

5.1.6 Prinsip Sebab Terhampir (Proximate Cause)

Ia ditakrifkan sebagai punca atau sebab paling efektif yang

mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada

kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula

dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas. Pepatah

Latin menyebutnya sebagai sed causa Proxima non-remota

spectature (tumpukan kepada sebab hampiran dan bukan sebab

terpencil). Sebab-sebab berlakunya kerugian perlu dikenalpasti kerana

hanya risiko tertentu yang dilindungi sahaja (tidak dikecualikan risiko

seperti yang dinyatakan dalam sijil Takaful) yang boleh dibayar ganti

rugi. Kerugian yang berlaku mungkin bukan disebabkan dari peril

atau peristiwa tunggal. Mungkin ada sebab-sebab serentak atau

rantaian sebab-sebab yang mungkin berlaku dalam turutan peristiwa

atau dalam rantaian peristiwa yang berasingan.

Doktrin sebab terhampir boleh dijelaskan secara tepat dengan

merujuk kepada satu kes perundangan yang berlaku di United

Kingdom, di mana seorang pemegang polisi mengalami kecederaan

akibat kemalangan ketika memburu. Dia tidak dapat berjalan selepas

kemalangan dan terpaksa berbaring di atas tanah basah dan

menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan seterusnya

meninggal dunia. Terdapat rantaian sebab-sebab yang tidak putus-

putus yang menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian.

Mahkamah memutuskan bahawa punca atau sebab terhampir yang

membawa kepada kematian adalah kemalangan, bukan sakit radang

paru-paru.

Beban untuk membuktikan kerugian ditanggung oleh peserta. Apabila

berlaku kerugian, tanggungjawab peserta ialah untuk membuktikan

bahawa kerugian yang membawa kepada tuntutan ganti rugi adalah

disebabkan oleh peril yang dilindungi. Sekiranya kerugian berlaku

berpunca dari satu sebab sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk

menentukan liabiliti.

Page 90: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

90 Amalan Asas Takaful

5.1.6.1 Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab atas peril

yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan

Pengendali Takaful bertanggungjawab ke atas kerugian yang

disebabkan oleh peril atau bahaya yang dilindungi. Sebaliknya,

Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab keatas kerugian

yang disebabkan peril yang tidak dilindungi atau peril yang

dikecualikan. Peril yang dilindungi ialah peril yang dinyatakan secara

jelas dalam sijil Takaful bahawa ia diberi perlindungan. Peril yang

tidak dilindungi ialah peril yang tidak dinyatakan dalam sijil dan oleh

itu tiada perlindungan diberikan, kecuali ia berlaku akibat dari peril

yang dilindungi. Contoh peril yang tidak dilindungi di bawah sijil

Takaful kebakaran ialah asap dan kerosakan disebabkan air. Peril

yang dikecualikan ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil

bahawa ia tidak dilindungi.

Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh dua atau lebih

sebab-sebab yang terjadi serentak atau pun berturutan. Masalah

timbul apabila dua atau lebih sebab-sebab tersebut melibatkan peril

yang dilindungi dan juga peril yang dikecualikan. Dalam keadaan

yang sedemikian, ia menjadi sukar bagi peserta untuk menentukan

punca sebenar kerugian. Untuk menyelesaikan kesukaran ini, undang-

undang memperkenalkan doktrin Sebab Terhampir berdasarkan

perumpamaan Latin ‘maxim causa proxima non remota spectatur’

yang bermaksud tumpukan kepada sebab hampiran, bukan sebab

terpencil. Oleh itu, sekiranya kerugian berlaku disebabkan oleh

beberapa sebab hampiran, sebab yang paling unggul atau efektif perlu

dikenalpasti dan disahkan sebagai punca kepada kerugian.

Sebab Terhampir ialah punca atau sebab paling efektif dan berkesan

yang mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa

kepada kerugian. Sekiranya Sebab Terhampir itu merupakan peril

yang dilindungi, maka ganti rugi akan dibayar. Tiada pampasan untuk

peril yang tidak dilindungi. Perlu diambil perhatian bahawa mesti ada

hubungan langsung antara sebab dan akibat, di mana ia mestilah

merupakan sebab hampiran yang paling efektif dan berkesan,

walaupun tidak pada masa berkenaan. Doktrin ini digunapakai

Page 91: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 91

terutamanya apabila kerugian berlaku disebabkan oleh sebab-sebab

yang berturutan.

5.1.6.2 Pengendali Takaful bertanggungjawab atas kerugian

akibat Sebab Terhampir bagi peril yang dilindungi

sahaja.

Dalam kes Pawsey & Company v Scottish Union & National

Insurance Company (1907), mahkamah mendefinisikan sebab

terhampir sebagai “sebab paling efektif dan berkesan yang

mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada

kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula

dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas”.

Biasanya terdapat rantaian kejadian atau sebab-sebab yang membawa

kepada kerugian, bukan kerana satu sebab sahaja.

Sekiranya kerugian berlaku disebabkan secara langsung oleh peril

yang dilindungi maka tuntutan ganti rugi akan dibayar, dengan syarat

ia tidak melibatkan peril yang tidak dilindungi / dikecualikan yang

menjadi punca utama dalam rantaian peristiwa yang menggerakkan

peril yang dilindungi.

Doktrin ini sangat penting kerana lebih daripada satu sebab yang

boleh dikaitkan sehingga menyebabkan terjadinya keadaan yang

membawa kepada tuntutan kerugian. Oleh itu, perlu dikenalpasti

samada sebab efektif dan berkesan itu adalah peril yang dilindungi

atau dikecualikan dari kontrak perlindungan.

Contoh:-

1. Seorang peserta pelan Takaful yang menghidap penyakit batu

karang telah dirempuh oleh sebuah kereta dan kemudiannya

meninggal dunia. Penyakit batu karang yang dihidapinya tidak

menyebabkan kematian. Sebab kematian beliau tidak termasuk

peril seperti yang dinyatakan dalam polisi. (Louden v British

Merchants Ins. Co. Ltd [1961]).

Page 92: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

92 Amalan Asas Takaful

2. Seorang peserta jatuh dari tangga dan patah kaki, dan

kemudiannya dibawa ke hospital. Di hospital, beliau dijangkiti

sakit kerongkong dari salah seorang pesakit di katil sebelah.

Peserta kemudiannya meninggal dunia. Kemalangan yang berlaku

tidak menyebabkan kematian. Sakit kerongkong bukanlah punca

yang menyebabkan patah kaki.

3. Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat rantaian penyebab

kerugian yang tidak terputus, sebab yang paling awal adalah

merupakan sebab hampiran. Seorang peserta secara tidak sengaja

telah mencalarkan kakinya, menyebabkan erysipelas;

kemudiannya merebak menjadi septicemia, diikuti dengan septik

neumonia dan akhirnya meninggal dunia. Calar adalah sebab

hampiran yang membawa kematian. Setiap jenis penyakit yang

dialami adalah dianggap normal atau semulajadi, yang

berkemungkinan mempunyai kaitan / rantaian antara calar dan

kematian.(Mardorf v Accident Insurance Co [1903]).

Contoh-contoh lain ialah:

Sekiranya peserta telah menghidap penyakit sebelum terlibat

dalam kemalangan, penyakit dan kemalangan itu dianggap

sebagai sebab yang berasingan dan bebas dari sebarang

pengaruh. Contohnya, sakit yang dihidapi oleh peserta tidak

menghalangnya untuk pergi ketempat kerja. Semasa dalam

perjalanan, peserta terlibat dalam kemalangan dan meninggal

dunia. Sebab kematian adalah kemalangan, bukan sakit

kerana sakit dianggap sebagai sebab yang berasingan.

Sekiranya kesan dari kemalangan telah mendedahkan

kewujudan sesuatu penyakit yang merupakan punca tunggal /

awal yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya,

peserta tidak dilindungi oleh sijil Takaful.

Sekiranya selepas berlaku kemalangan, peserta membuat

tuntutan atas alasan kemalangan telah menyebabkan tulang

retak. Kemalangan tidak menyebabkan sebarang kecederaan,

Page 93: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 93

Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit setelah

berlaku kemalangan, sebab hampiran tidak semestinya bebas

dan berasingan sehingga menyebabkan kematian atau hilang

upaya, walaupun mungkin sebab langsung kematian ialah

kerana penyakit, namun mungkin juga akibat semula jadi

disebabkan kemalangan - penyakit menjadi sebahagian dari

rantaian penyebab dan kemalangan menjadi sebab hampiran,

bukan sebab terpencil.

Oleh itu, kematian disebabkan sakit burut setelah jatuh akibat

“kemalangan” adalah menepati peruntukan yang dinyatakan

dalam sijil Takaful, kecuali sekiranya dinyatakan secara jelas

bahawa sakit burut tidak dilindungi.

Sekiranya berlaku kerugian, beban untuk membuktikan bahawa

kerugian yang berlaku disebabkan peril yang dilindungi adalah

ditanggung oleh peserta. Sebaliknya, beban untuk membuktikan

bahawa kerugian yang berlaku tidak dilindungi kerana terdapat

pengecualian tertentu adalah ditanggung oleh Pengendali Takaful.

5.1.7 Prinsip Tabarru’ (Derma)

Tabarru’ atau derma, bermaksud prinsip berkongsi tanggungjawab

dan saling menjamin antara satu sama lain yang secara jelas

menyatakan bahawa derma atau caruman yang dikutip akan

digunakan untuk membantu “peserta yang memerlukan bantuan

mengikut syarat-syarat yang dipersetujui selagi syarat-syarat tersebut

tidak bercanggah dengan Syariah”.

Dalam perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga, tabarru'

(derma Takaful) adalah suatu kontrak di mana peserta bersetuju

menderma ke dana Takaful mengikut kadar tertentu, dan dana itu

digunakan untuk membantu peserta yang memerlukannya. Dengan

cara ini, peserta telah memenuhi tanggungjawab saling membantu dan

menjamin apabila peserta lain mengalami kerugian. Penerapan

konsep derma dapat menghapuskan unsur gharar dalam kontrak

Takaful.

Page 94: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

94 Amalan Asas Takaful

Dengan mengambil kira konsep-konsep asas Takaful, pengamal

Takaful telah mengambil langkah kehadapan demi mengembangkan

model Takaful sedia ada ke model perniagaan yang lebih berdaya

maju dan bernilai komersil. Apabila seseorang itu membuat tuntutan

yang sah, pengendali akan membayar gantirugi dengan menggunakan

wang dari dana/derma terkumpul. Dalam masa yang sama, dana

terkumpul juga akan dilaburkan dalam portfolio pelaburan yang

mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan pemegang

sijil/polisi kepada sebarang risiko yang merugikan. Agama Islam

menerima baik prinsip saling membantu dan menunaikan

tanggungjawab bersama.

5.1.8 Prinsip Waranti

Satu lagi prinsip yang digunapakai dalam urusniaga Takaful ialah

waranti. Waranti adalah “jaminan yang biasanya dibuat secara

bertulis tentang integriti sesuatu produk dan tanggungjawab pengeluar

untuk membaiki atau mengganti barangan yang rosak”.

Waranti yang terdapat dalam perlindungan Takaful ialah janji oleh

pihak peserta bahawa kenyataan yang menentukan kesahan sesuatu

kontrak itu adalah benar. Kebanyakan kontrak Takaful

mengkehendaki peserta membuat waranti tertentu. Contohnya, untuk

mendapatkan pelan perlindungan Takaful kesihatan, peserta mungkin

perlu memberi jaminan bahawa dia tidak menghidap sebarang

penyakit merbahaya. Jika jaminan atau waranti yang dibuat oleh

peserta ternyata tidak benar, Pengendali Takaful boleh membatalkan

sijil / pelan perlindungan dan menolak sebarang tuntutan.

Tidak semua salah nyata yang dibuat oleh peserta memberi hak

kepada Pengendali Takaful untuk membatalkan sijil atau

perlindungan Takaful atau menolak tuntutan. Hanya salahnyata

berkaitan syarat dan waranti dalam kontrak sahaja yang memberi hak

berkaitan kepada pengendali. Untuk melayakkannya menjadi suatu

syarat atau waranti, kenyataan hendaklah dibuat dengan jelas dan

dicatatkan dalam kontrak. Peruntukan syarat hendaklah secara jelas

menunjukkan semua pihak bersetuju bahawa hak-hak peserta dan

Page 95: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 95

pengendali adalah tertakluk kepada sejauhmana kebenaran kenyataan

yang dibuat. Waranti dalam kontrak Takaful boleh dibahagikan

kepada dua jenis iaitu:

Perakuan; dan

Akujanji

Jenis Waranti Keterangan

Waranti Perakuan Waranti perakuan ialah suatu kenyataan

pengakuan mengenai fakta yang dibuat

ketika kontrak dibuat. Waranti perakuan yang

tidak benar akan menjadikan kontrak Takaful

terbatal ketika perlindungan mula

berkuatkuasa.

Waranti Akujanji Waranti akujanji ialah suatu kenyataan

mengenai fakta masa akan datang atau fakta

yang akan terus kekal kebenarannya

sepanjang tempoh perlindungan.

Sebagai contoh, peserta membuat perakuan / waranti bahawa harta

miliknya yang dilindungi dibawah sijil Takaful kebakaran tidak akan

digunakan sebagai tempat menyimpan bahan letupan. Pengendali

Takaful boleh membatalkan perakuan itu jika peserta membuat

keputusan untuk memulakan aktiviti pencampuran bahan letupan

dipremis berkenaan. Peruntukan waranti perlu menggunakan bahasa

yang menyatakan secara jelas sama ada ia adalah Perakuan atau

Akujanji.

Kontrak Takaful adalah satu perjanjian yang menyatakan Pengendali

Takaful akan membayar ganti rugi kepada pemegang sijil atas

kerugian yang berlaku disebabkan oleh peril / bahaya yang

dilindungi. Sijil Takaful ‘tidak menjamin integriti produk’, seperti

rumah, kereta, bot dan sebagainya. Ia juga tidak menjamin bahawa

jika sesuatu yang buruk berlaku keatas harta berkenaan (atau kepada

Page 96: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

96 Amalan Asas Takaful

peserta), ia akan dilindungi. Sijil Takaful menetapkan kategori khusus

apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi.

A5.2 DANA TAKAFUL

Pengendali Takaful dikehendaki mewujudkan dan mengurus tiga

kategori dana iaitu:

Dana Takaful Am

Dana Takaful Keluarga

Dana Pemegang Saham

Peruntukan undang-undang berkaitan dana Takaful yang terdapat

dalam Akta Takaful 1984 adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Seksyen 16 – Penubuhan dan penyelenggaraan dana Takaful, dan

peruntukan surplus.

(1) Setiap pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah

menubuhkan dan menyelenggara mengikut seksyen ini, suatu

kumpulan wang Takaful berkenaan dengan kelas atau setiap kelas

perniagaan Takaful yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia,

sebagai perniagaan yang berkaitan dengan sijil Malaysia.

(2) Semua penerimaan (wang) pengendali yang boleh diagihkan

kepada perniagaan yang berkaitan dengan dana (termasuk

pendapatan dana) hendaklah dimasukkan ke dalam dana Takaful,

dan aset yang terkandung dalam dana itu hendaklah digunakan

hanya untuk memenuhi apa-apa bahagian liabiliti dan

perbelanjaan pengendali sebagaimana yang sepatutnya diagihkan.

A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL

Operasi kendalian Takaful dalam sektor tijari (komersil) boleh

dibahagikan kepada beberapa model perniagaan seperti yang

ditunjukkan dibawah:

Page 97: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 97

Model Wakalah

Model Mudharabah

Model Mudharabah + Wakalah (model hibrid)

Model Waqaf

Apa yang penting ialah teras pada mana-mana model seperti yang

dinyatakan dalam kontrak masing-masing adalah berdasarkan

Syariah. Pilihan model oleh Pengendali Takaful menunjukkan

fleksibiliti Syariah. Sesungguhnya, objektif yang perlu dicapai ialah

pencapaian umat manusia kearah kesempurnaan seperti yang

digariskan dalam Maqasid (objektif) Syari’ah.

5.3.1 Model Wakalah

Istilah wakalah dalam Bahasa Arab bermaksud agensi. Oleh itu, di

bawah struktur agensi, hubungan agensi telah dipersetujui antara dua

pihak untuk menjalankan perniagaan tertentu. Berdasarkan dari

pengertian tersebut, model ini menerangkan suatu perjanjian agensi

antara pengendali yang bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada

peserta yang bertindak sebagai prinsipal, untuk menguruskan

penyertaan prinsipal dalam urus niaga pelbagai produk Takaful yang

disediakan oleh pengendali. Sebagai balasan atas perkhidmatan

agensi yang diberikan, pengendali dibenarkan untuk mengenakan

bayaran di bawah perjanjian itu. Bayaran diperolehi melalui

sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah model

ini, perbelanjaan pengurusan dikenakan atas dana Takaful sebagai

bayaran pendahuluan.

Melalui model ini, pengendali memperolehi pendapatan dari yuran

agensi dan juga keuntungan dari pelaburan dana pemegang saham.

Sungguhpun demikian, terdapat Pengendali Takaful yang

mengamalkan model perniagaan ini dengan mengenakan yuran

prestasi atas perkhidmatan dan peranan yang dimainkan dalam

mengurus pelaburan dana Takaful. Sekiranya berlaku pembatalan

atau penyerahan sijil, baki bersih sumbangan / derma (jika ada) akan

dipulangkan kepada peserta, selepas ditolak semua caj seperti yuran

wakalah dan perbelanjaan pengurusan lain.

Page 98: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

98 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Am

Page 99: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 99

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Keluarga

Page 100: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

100 Amalan Asas Takaful

5.3.2 Model Mudharabah

Pada asasnya, Mudharabah ditakrifkan sebagai satu prinsip

perkongsian keuntungan yang biasanya digunakan dalam perniagaan

atau kontrak komersial di antara pihak yang menyediakan dana /

modal dan pihak yang menguruskan perniagaan. Bagi Takaful, ia

bermaksud kontrak perkongsian keuntungan antara peserta-peserta

Takaful dan pengendali atas keuntungan (jika ada) perniagaan

Takaful. Di bawah perjanjian ini, kontrak perkongsian keuntungan

yang ditandatangani oleh pengendali, sebagai usahawan atau yang

dipanggil mudharib yang diamanahkan untuk mengurus perniagaan

Takaful dan para peserta sebagai pemodal, yang dipanggil sahib al-

mal - pihak yang bertanggungjawab membayar sumbangan / derma

Takaful sebagai modal atau ra'sul-mal. Kontrak yang ditandatangani

akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah

keuntungan untuk dikongsi bersama di antara kedua-dua pihak seperti

50:50, 60:40 atau 70:30. Pada dasarnya, keuntungan dalam

perniagaan Takaful ditakrifkan sebagai pulangan keatas pelaburan

dan lebihan dari pengunderaitan yang berkaitan dengan dana Takaful

sahaja. Oleh itu, ia tidak termasuk keuntungan yang dicatatkan oleh

dana pemegang saham. Bagi perniagaan Takaful keluarga, ia

termasuk lebihan kemortalan (mortality) yang diperuntukkan kepada

peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari

setiap akhir tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti

kontrak Mudharabah bagi produk perbankan Islam, perkongsian

keuntungan dalam Takaful akan hanya dilaksanakan selepas semua

obligasi Takaful telah diambil kira - obligasi terbesar ialah membayar

tuntutan. Sekiranya urus niaga mengalami kerugian atau dana Takaful

mengalami defisit, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta

sebagai pemberi modal.

Meskipun demikian, adalah menjadi tanggungjawab utama

pengendali untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha

memastikan perniagaan tidak akan terjejas oleh kerugian yang

mungkin menjejaskan kewibawaan dan keyakinan Takaful secara

keseluruhan. Atas sebab ini, amalan tadbir urus yang betul, berhemat

dan profesionalisme dalam menguruskan perniagaan adalah penting.

Page 101: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 101

Sekiranya perniagaan mencatatkan kerugian, ia adalah tanggungjawab

pengendali untuk mengatasinya, umpamanya dengan membuat

pinjaman (Qard) dari pemegang saham. Antara ciri-ciri penting di

bawah model Mudharabah yang perlu diberi perhatian ialah

perbelanjaan pengurusan tidak dikenakan keatas dana Takaful,

sebaliknya ia ditanggung oleh dana pemegang saham. Perolehan

pedapatan dana pemegang saham ialah dari sebahagian perkongsian

keuntungan daripada dana Takaful dengan peserta, dan semua

pulangan atas pelaburan para pemegang saham dana itu sendiri.

Page 102: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

102 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Am

Page 103: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 103

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Keluarga

Page 104: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

104 Amalan Asas Takaful

5.3.3 Model Hibrid

Seperti yang difahami melalui namanya, model perniagaan ini adalah

kombinasi kedua-dua model yang diterangkan sebelum ini. Di bawah

model hibrid ini, hubungan antara pengendali yang menggabungkan

peranan sebagai usahawan atau mudharib serta ejen atau wakil

kepada peserta; manakala peranan kedua ialah mempunyai kapasiti

sebagai pemberi modal atau sahib al-mal dan prinsipal kepada ejen.

Sebagai Pengendali Takaful melalui ketetapan ini, yuran agensi boleh

dibayar sebagai caj pendahuluan dari dana Takaful dan dalam masa

yang sama pengendali mempunyai hak untuk berkongsi keuntungan

pelaburan dana Takaful seperti yang dinyatakan dalam kontrak

Mudharabah.

Di bawah model ini, kontrak Mudharabah digunakan bagi tujuan

aktiviti pelaburan sahaja. Keuntungan dana diperolehi dari lebihan /

surplus pengunderaitan serta pulangan ke atas pelaburan secara

keseluruhan. Disamping bayaran yuran wakalah, model ini

membenarkan pengendali menggunakan budi bicara untuk

mengenakan yuran prestasi keatas lebihan dana Takaful, sebagai

balasan khidmat menguruskan perniagaan Takaful secara

keseluruhan.

Keseluruhannya, Pengendali Takaful mempunyai tiga sumber

pendapatan: yuran wakalah dan perkongsian keuntungan daripada

pulangan pelaburan dana Takaful; dan pulangan ke atas pelaburan

dana pemegang saham. Bagi peserta, mereka mempunyai hak untuk

berkongsi lebihan pengunderaitan bersih serta perkongsian

keuntungan pelaburan dana Takaful.

Model ini menyokong kerjasama perkongsian risiko yang diamalkan

di kalangan peserta manakala pengendali memperolehi bayaran atas

perkhidmatan yang diberikan sebagai ejen atau wakil kepada peserta.

Dalam erti kata lain, sebahagian dari pendapatan pengendali

diperolehi dari yuran pendahuluan atas caruman. Tidak seperti model

Mudharabah, model ini membolehkan pengendali yang menggunakan

sistem agensi mengenakan bayaran perkhidmatan kepada dana

Page 105: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 105

Takaful bagi menampung perbelanjaan pengurusan serta kos agensi.

Di samping itu, terdapat perkongsian keuntungan mudharabah atas

pelaburan dana Takaful, tetapi sebarang lebihan pengunderaitan dana

Takaful akan hanya dikongsi di kalangan peserta sahaja.

Page 106: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

106 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Am

Page 107: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 107

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Keluarga

Page 108: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

108 Amalan Asas Takaful

5.3.4 Model Wakaf

Istilah wakaf yang disebut untuk model ini menjelaskan kontrak

Takaful yang menggariskan perjanjian atau persetujuan peserta

bahawa sumbangan Takaful yang dibayar sebagai balasan untuk

menyertai produk Takaful dikreditkan oleh pengendali ke dalam dana

Takaful mengikut prinsip wakaf atau endowmen. Pengendali Takaful

perlu mewujudkan akaun wakaf dalam dana Takaful dan untuk

mengaktifkan akaun berkenaan, pengendali disyaratkan untuk

menyerahkan sesuatu (wang) sebagai wakaf bagi memperolehi

keberkatan akaun berkenaan. Akaun wakaf yang berfungsi di bawah

dana Takaful ini akan dilaburkan sama seperti pelaburan dalam

ketiga-tiga model perniagaan yang dibincangkan sebelum ini. Dana

Wakaf diwujudkan untuk mencapai objektif berikut:

a) untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada peserta yang

ditimpa musibah atau kesusahan.

b) untuk menyediakan suatu bentuk manfaat / ganjaran kepada

peserta mengikut apa yang dinyatakan dalam surat ikatan wakaf.

Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pengunderaitan dan kos

operasi Takaful hendaklah dicaj kepada dana wakaf. Sebagai

pengurus, pengendali Takaful akan melaksanakan semua fungsi yang

diperlukan bagi operasi wakaf dengan yuran wakalah yang ditolak

dari sumbangan peserta. Sebagai Mudarib, pengendali akan

menguruskan pelaburan dana Takaful termasuk akaun wakaf dalam

portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah dan akan

berkongsi pulangan pelaburan pada nisbah yang telah dipersetujui,

iaitu sama dengan struktur perkongsian keuntungan di bawah kontrak

Mudharabah.

Perlu ditegaskan bahawa prinsip-prinsip Syariah yang berbeza

digunakan dalam kontrak Takaful untuk mendapatkan persetujuan

peserta agar sumbangan mereka dimasukkan ke dalam dana Takaful

bagi tujuan melaksanakan konsep jaminan bersama sebagaimana yang

terkandung dalam kontrak Takaful. Berbeza dengan model wakaf,

tiga model lain menggunakan prinsip tabarru’ dalam kontrak mereka.

Page 109: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 109

Di antara ciri-ciri asas model perniagaan ialah dana wakaf akan

menggariskan peraturan pengagihan prosid kepada benefisiari dan

menentukan berapa banyak pampasan akan dibayar kepada peserta.

Di samping itu, wakaf berfungsi sebagai pemilik sumbangan dan

mempunyai hak untuk bertindak sebagai sebuah entiti yang sah dalam

menguruskan surplus atau lebihan. Pengendali Takaful, selain

mengurus dana wakaf, ia juga akan berfungsi sebagai pengurus dan

juga mudharib atau usahawan.

Page 110: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

110 Amalan Asas Takaful

Page 111: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 111

BAB A6

PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN

INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

PENGENALAN

Pembangunan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an

didorong oleh keperluan semasa masyarakat Islam untuk mempunyai

alternatif insurans yang mematuhi keperluan Syari’ah selain dari

insurans konvensional, juga untuk melengkapkan operasi perbankan

Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Desakan ke arah perubahan ini semakin meningkat apabila dicetuskan

melalui fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Malaysia, yang memutuskan bahawa kontrak insurans hayat yang ada

pada waktu itu adalah tidak sah (haram) disebabkan oleh kehadiran

unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Riba dan Maisir (perjudian).

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi undang-undang

Islam. Jawatankuasa itu kemudiannya telah mengemukakan laporan

dan draf Akta Takaful, yang akhirnya telah diluluskan oleh Parlimen

pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah sumber undang-undang

Takaful di Malaysia di mana Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada

Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 (Akta) adalah Akta yang

memperuntukkan peraturan kawalselia perniagaan Takaful di

Malaysia dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

A6.1 SEPINTAS LALU INDUSTRI TAKAFUL DI

MALAYSIA

Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984- 2010

Page 112: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

112 Amalan Asas Takaful

Isu 1984 2010

Pengendali

Takaful

Satu pengendali komposit

dengan modal berbayar

RM10 juta, yang menjadi

asas kepada industri

Takaful.

Sembilan pengendali

komposit dengan modal

minimum RM100 juta

setiap pengendali, yang

menggalakkan

persaingan yang sihat

dalam industri.

Pelabur /

Pemegang

Saham

Bank Islam, Majlis

Agama Negeri dan

Yayasan Dakwah Islam.

Kumpulan Pelabur yang

terdiri dari pelabur

swasta, kumpulan

perbankan, insurer dan

reinsurer.

Produk Produk terhad, tumpuan

hanya kepada Takaful

motor, kebakaran dan

gadaijanji. Produk

Takaful am menguasai

63% pasaran (

sumbangan / premium

kasar)

Pelbagai pilihan produk

dengan ciri-ciri yang

lebih sofistikated.

Produk Takaful keluarga

menguasai 71% pasaran

(sumbangan/ premium

kasar).

Pelanggan Majoriti orang Islam Islam dan juga bukan

Islam, dengan jangkaan,

keutamaan, kehendak

dan keperluan yang

berbeza.

Saluran

Pengagihan

Cawangan-cawangan,

Pegawai Pemasaran dan

Meja Takaful.

Cawangan-cawangan,

Pegawai Pemasaran,

Anggota Agensi,

BankaTakaful, broker,

internet dan pakatan

kerjasama startegik.

Page 113: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 113

Bentuk

Pelaburan

Terhad kepada deposit

Islam dan Sekuriti Islam

kerajaan.

Instrumen pelaburan

yang lebih luas yang

diterbitkan oleh kerajaan

dan sektor swasta.

Dalam usaha untuk membangunkan industri Takaful di Malaysia,

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa pendekatan

yang dibahagikan kepada tiga fasa:

Fasa I (1984-1992)

Bermula dengan enakmen undang-undang kawalselia, iaitu Akta

Takaful 1984 dan penubuhan pengendali Takaful yang pertama

pada tahun 1984. Akta yang masih digunakan ini digubal untuk

mengawal tatacara urus niaga Takaful dan mewajibkan

pendaftaran setiap Pengendali Takaful. Akta juga

memperuntukkan peraturan penubuhan Jawatankuasa Syari’ah

bagi memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful

mematuhi prinsip-prinsip Syari’ah.

Fasa II (1993-2000)

Mula memperlihatkan persaingan dalam industri Takaful dengan

kemunculan beberapa Pengendali Takaful yang mula memasuki

pasaran. Tempoh ini juga menyaksikan kerjasama yang lebih erat

di kalangan Pengendali Takaful di rantau ini termasuk

pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan

penubuhan ASEAN ReTakaful International (L) Ltd pada tahun

1997. Ini telah membantu urusan Takaful semula di kalangan

Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau Asean seperti

Brunei, Indonesia dan Singapura.

Fasa III (2001-2010)

Bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan

(PISK) pada tahun 2001 yang antara lain objektifnya ialah untuk

Page 114: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

114 Amalan Asas Takaful

meningkatkan keupayaan Pengendali Takaful dan mengukuhkan

rangka kerja undang-undang, Syari’ah dan peraturan kawalselia.

Seksyen PISK yang berkaitan dengan Perbankan Islam dan

Takaful ialah pelan tindakan ke arah merealisasikan aspirasi

menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam

antarabangsa. Fasa ini juga telah menyaksikan kadar

pertumbuhan yang pesat dalam pembangunan industri Takaful,

dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pada

tahun 2002, sebuah persatuan bagi Pengendali Takaful. MTA

bercita-cita untuk meningkatkan kawal selia diri dalam industri

melalui keseragaman dalam amalan pasaran dan menggalakkan

tahap kerjasama yang tinggi di kalangan pemain dalam usaha

membangunkan industri.

A6.2 PERKEMBANGAN KAWALAN PERATURAN

TAKAFUL

Seperti yang diterangkan sebelum ini, Takaful bukanlah suatu kontrak

pertukaran jual beli. Di bawah kontrak Takaful, risiko tidak

dipindahkan dan dilindungi oleh pengendali. Dari perspektif konsep

saling membantu dan berkerjasama, ia adalah satu persetujuan dan

jaminan bersama di kalangan peserta. Apabila ia diterjemahkan ke

dalam operasi praktikal, ia adalah suatu kontrak mudharabah,

wakalah, gabungan antara kedua-duanya atau wakaf, di antara peserta

dan pengendali.

Sebagai pemegang amanah peserta, Pengendali Takaful juga

bertindak sebagai pemegang amanah awam, di mana peserta

menyumbang dengan objektif dan kewajipan yang berbeza seperti

yang ditunjukkan dalam dana Takaful. Selaras dengan tanggungjawab

amanah ini, ia menjadi tanggugjawab Pengendali Takaful untuk

melindungi kepentingan orang ramai bagi memastikan operasi

perniagaan Takaful dikawalselia dan tadbir urus dengan baik.

Dalam hal ini, rangkakerja operasi dan kawal selia perniagaan

Takaful di Malaysia dikawal oleh peraturan-peraturan berikut:

Page 115: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 115

Akta Syarikat 1965

Akta Takaful 1984

Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan

Islam (AAOIFI)

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Akta Bank Negara Malaysia 2009

Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB)

Akta Cukai Pendapatan 1967

6.2.1 Akta Syarikat 1965

Di Malaysia, Pengendali Takaful haruslah merupakan entiti korporat

dengan liabiliti terhad dan modal berbayar yang telah ditetapkan.

Bagi tujuan ini, pengendali mestilah sebuah syarikat yang

diperbadankan di bawah Akta ini. Pengendali menjadi entiti yang sah

di sisi undang-undang untuk berurusan dengan ahli-ahli dan pegawai-

pegawai termasuk pengarah, seperti yang ditakrifkan dalam Akta, dan

perkara-perkara yang berkaitan dengan objektif, kuasa dan kuatkuasa.

6.2.2 Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA)

Rangka kerja yang berkuat kuasa pada bulan Julai 2007 merupakan

suatu usaha industri yang bertujuan memperbaiki lagi amalan

penyelesaian premium insurans am dengan menumpukan usaha

menyelaraskan akaun, bayaran premium dan bayaran komisen antara

broker dan syarikat insurans atau Pengendali Takaful. Ia juga

memberi penegasan tentang penguatkuasaan yang lebih berkesan

terhadap syarat-syarat waranti premium bagi kelas tertentu insurans

dan Takaful bukan motor agar ia dapat mengurangkan risiko yang

ditanggung oleh penanggung insurans dan Pengendali Takaful bagi

polisi yang bayaran premiumnya masih belum diterima.

Perlaksanaan Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA) oleh

Pengendali Takaful meningkatkan lagi tahap profesionalisme dalam

industri Takaful.

Page 116: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

116 Amalan Asas Takaful

ITA memberi tumpuan kepada:-

tatacara atau perlakuan para pengamal Takaful dan intermediari;

dan

membantu penubuhan suatu mekanisma berpusat yang berfungsi:

pendaftaran intermediari Takaful,

mekanisma penguatkuasaan dan

rangkakerja disiplin bagi memastikan ia dipatuhi oleh

ahlinya.

Pelaksanaan ITA akan menggalakkan etika kerja dan perlakuan yang

lebih teratur dan memastikan amalan pasaran yang lebih konsisten di

kalangan Pengendali Takaful, di samping menggalakkan persaingan

yang adil dikalangan penanggung insurans dan Pengendali Takaful.

6.2.3 Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

Peraturan-Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

diperkenalkan dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Adalah

penting bagi para profesional perkhidmatan kewangan di Amerika

Syarikat dan di tempat-tempat lain untuk berhati-hati apabila

berurusan dengan pendatang atau warganegara Malaysia yang

berkaitan dengan kepentingan insurans dan pelaburan di Malaysia.

Umum perlu mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia adalah bank

pusat bagi Malaysia. Bank Negara Malaysia berfungsi mengawal:

Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan

Kawalselia Insurans dan Takaful

A6.3 RANGKA KERJA PERUNDANGAN INDUSTRI

TAKAFUL

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi Syari’ah Islam.

Jawatankuasa ini telah mengemukakan laporan dan akhirnya Akta

Takaful telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta

Page 117: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 117

Takaful 1984 adalah sumber undang-undang Takaful di Malaysia.

Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful

1984. Seksyen 53A Akta Takaful 1984 mengkehendaki pengendali

Takaful membentuk Jawatankuasa Syari’ah masing-masing. Akta

Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan peruntukan

undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan tujuan-tujuan

lain yang berkaitan dengan Takaful.

Undang-undang am yang mempengaruhi Takaful meliputi prinsip-

prinsip am kontrak di mana mesti ada ijab (tawaran) dan qabul

(penerimaan), dan juga pengeluaran nota perlindungan atau nota

perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil Takaful

adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau

balasan yang wujud dalam kontrak ialah peserta membuat bayaran

premium atau sumbangan secara berkala, sementara pengendali

Takaful menjanjikan bayaran indemniti kepada peserta / pihak yang

diinsuranskan.

Perlaksanaan Akta Takaful dilengkapkan dengan pengenalan

Peraturan Takaful (Peraturan) dimana Bank Negara Malaysia (BNM)

menyatakan dengan terperinci tentang keperluan-keperluan mandatori

yang terkandung dalam peruntukan tertentu dibawah Akta berkenaan.

A6.4 MAJLIS PENASIHAT SYARI’AH DAN

JAWATANKUASA SYARI’AH

Majlis Penasihat Syari’ah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 1997.

Objektif penubuhan adalah untuk meneliti dan menimbangkan

sebarang keputusan Syari’ah mengenai perniagaan perbankan Islam

dan Takaful di bawah penyeliaan BNM. Majlis ini bertanggungjawab

untuk menyelaraskan pentafsiran Syari’ah bagi perkara-perkara yang

di bawah bidang kuasa mereka.

Akta BNM 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun

2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syari’ah.

Pindaan tersebut telah memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai

Page 118: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

118 Amalan Asas Takaful

sebuah badan yang berwibawa dan mempunyai hak ke atas perkara

Syari’ah yang berkaitan dengan kewangan Islam dan Takaful. Status

Majlis telah dinaiktaraf sebagai pusat rujukan bagi mahkamah

Malaysia untuk isu-isu berkaitan dengan kewangan Islam dan

Takaful.

6.4.1 Majlis Penasihat Syari’ah (SAC) – Bank Negara Malaysia

BNM telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 bertujuan

meningkatkan peranan dan fungsi SAC dalam hal berkaitan

Perbankan Islam dan Takaful. Pindaan ini telah mengiktiraf kuasa

SAC sebagai badan berkuasa tunggal Syari’ah berkaitan kewangan

Islam. Sebagai sebuah badan berkuasa tunggal Syari’ah, SAC akan

menjadi pusat rujukan bagi pertikaian melibatkan isu-isu perbankan

Islam, kewangan dan Takaful yang dirujuk oleh mahkamah atau

penimbang tara. Untuk menjadikannya sebagai sebuah badan yang

berkesan, SAC beroperasi sebagai sebuah badan bebas dengan tahap

integriti yang tinggi demi meraih keyakinan orang ramai. Dengan

cara ini, ia akan dapat merangsang perkembangan industri ketahap

yang lebih tinggi. Terdapat keperluan yang mendesak untuk

menentukan hubungan diantara SAC dan badan-badan Syari’ah lain

yang bertindak sebagai penasihat dalam industri. Sebuah badan

Syari’ah industri yang dikenali sebagai Majlis Penyeliaan Syari’ah

(SSC) telah diperkenalkan dan akan memainkan peranan sebagai

pelengkap dan sokongan kepada SAC.

Bank Negara Malaysia telah menyediakan satu garis panduan

pematuhan SSC bagi institusi kewangan Islam, di mana SSC akan

mengawal tadbir urus institusi Kewangan Islam. Objektif garis

panduan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut:-

merangka peraturan, undang-undang dan prosedur penubuhan

SSC.

menetapkan peranan, bidang tugas dan tanggungjawab SSC.

menetapkan had hubungan dan kaedah perlaksanaan tugas SSC

dan SAC.

Page 119: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 119

6.4.2 Jawatankuasa Syari’ah (SC) – Pengendali Takaful

Setiap Pengendali Takaful dikehendaki membentuk satu

jawatankuasa SSC, selaras dengan keperluan Akta Takaful 1984.

Keterangan lanjut garis panduan mengenai kawalselia SSC adalah

seperti berikut:

Perlantikan ahli

Berdasarkan dari cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa

Penamaan, Lembaga Pengarah akan melantik SSC. Perlantikan

ahli SSC perlu mendapat persetujuan bertulis dari Bank Negara

Malaysia. Perlantikan ahli SSC adalah sah untuk tempoh dua

tahun dan keahlian boleh diperbaharui.

Kelayakan

Nama yang dicadangkan untuk menjadi ahli lembaga SSC

mestilah mempunyai sijil kelayakan atau mempunyai

pengetahuan yang diperlukan, kepakaran atau pengalaman dalam

bidang perundangan Islam (Usul al-Fiqh) atau urus niaga

Islam/undang-undang komersil (Fiqh al-Mu'amalat). Walau

bagaimanapun, memiliki sijil kelayakan dalam bidang / mata

pelajaran yang dinyatakan diatas bukanlah syarat wajib, tetapi

calon perlu mempunyai kepakaran atau pengalaman yang

diperlukan dalam bidang berkaitan.

Jumlah Keahlian

Jumlah keahlian dalam SSC hendaklah mengandungi sekurang-

kurangnya tiga (3) orang ahli. Sebagai tambahan, sekurang-

kurangnya seorang pegawai hendaklah dilantik, di mana calon

berkenaan perlu memiliki pengetahuan dalam bidang Syari’ah

dan akan bertugas di sekretariat SSC.

Page 120: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

120 Amalan Asas Takaful

Had Sekatan SSC

Selaras dengan peruntukan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara

Malaysia 1958, pengendali Takaful tidak dibenarkan melantik

mana-mana ahli Majlis Penasihat Syari’ah (SAC) dilantik sebagai

ahli SSC.

Tugas dan Tanggungjawab SSC

Mestilah tidak terlibat dalam kumpulan pengurusan syarikat

Takaful. Tugas Pengurusan dan dasar syarikat adalah

tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelicinan

perjalanan operasi pengendali Takaful, tugas dan tanggungjawab

SSC ditetapkan seperti berikut:

o mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan

pematuhan syarikat terhadap keperluan Syari’ah, dalam

Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang-Pemegang Saham.

o mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi

kontrak agar ia selaras dengan semangat dan objektif fatwa.

o memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau

kemusykilan syarikat berkaitan isu perundangan Islam dalam

Takaful. Keputusan hendaklah dibuat secara sebulat suara

(syura), bukan berdasarkan keputusan majoriti.

o mengemukakan pendapat / cadangan yang difikirkan wajar

serta memberi nasihat agar perkara berbangkit dirujuk ke

Majlis Penasihat Syari’ah.

A6.5 BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia sebagai badan pengawal dan penyelia industri

Takaful telah merangka dan memperkenalkan rangka kerja kawal

selia bagi mengimbangi objektif:

1. Pengawal

2. Pengendali

Page 121: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 121

3. Pengguna

4. Pemegang saham tempatan dan antarabangsa

Tujuan utama rangka kerja adalah untuk memastikan agar pengantara

/ intermediari Takaful mendapat maklumat yang mencukupi

mengenai bakal peserta sebelum memberikan nasihat yang wajar dan

kesesuaian sesuatu produk Takaful keluarga kepada bakal peserta.

Garis panduan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap

profesionalisme dan kebertanggungjawaban pengantara Takaful serta

melindungi kepentingan peserta dengan memastikan bahawa mereka

berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan yang betul

apabila menyertai skim Takaful keluarga.

6.5.1 Objektif Penyeliaan

Mengekalkan kestabilan industri Takaful

Memupuk keyakinan orang ramai terhadap industri Takaful

Menggalakkan standard kawal selia yang terbaik dalam

pengurusan pengendali Takaful

Memastikan pengguna diberitahu sepenuhnya sebelum

membuat keputusan

Mengintegrasikan usaha penyeliaan yang merentasi

sempadan dan sektor.

Bank Negara Malaysian memainkan peranan penting dalam:

Memastikan pengendali Takaful melaksanakan urusniaga

dengan cara yang terbaik demi manfaat para peserta.

Memastikan operasi pengendali Takaful mengikut keperluan

Syari’ah.

Memupuk keyakinan orang ramai terhadap Takaful dan

kewangan Islam secara keseluruhannya.

Menggalakkan amalan pemasaran yang baik serta

mengukuhkan tadbir urus korporat.

Page 122: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

122 Amalan Asas Takaful

Memastikan saluran sumber ekonomi yang berkesan dan

sesuai. Mengekalkan kestabilan sistem kewangan secara

keseluruhannya.

BNM sebagai badan pengawal dan penyelia industri Takaful telah

mengeluarkan beberapa surat pekeliling dan garis panduan seperti

yang termaktub dalam Perundangan Tadbir Urus yang disediakan

oleh senarai pekeliling dan garis panduan BNM (www.bnm.gov.my).

Untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Kelakuan Pasaran dan

Perlindungan Pengguna, Bank Negara Malaysia telah mengenal pasti

aspek-aspek berikut:

Pendedahan kepada pengguna - Memastikan peserta

memperolehi akses kepada maklumat yang tepat, cepat dan

berkaitan.

Kecekapan Pengantara - pengawasan yang lebih rapi amat

diperlukan bagi memastikan amalan jualan yang betul

memandangkan manfaat yang ditawarkan adalah tidak

dijamin.

Pendidikan Pengguna - Memupuk kesedaran yang lebih

tinggi dan pemahaman tentang risiko serta hak-hak berkaitan

produk Insurans dan Takaful.

Saluran Sedia ada - mekanisme penyelesaian pertikaian yang

menawarkan kaedah penyelesaian pertikaian dengan kadar

segera.

A6.6 AKTA TAKAFUL 1984

Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan Takaful di Malaysia.

Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful

1984. Akta Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan

peruntukan undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan

tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

Antara Peruntukan Utama yang terkandung dalam Akta Takaful 1984

ialah:

Page 123: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 123

Penubuhan anak syarikat (subsidiari) dan pembukaan pejabat

cawangan.

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful

mendapatkan lesen kelulusan dari BNM terlebih dahulu sebelum

membuka pejabat dalam negeri atau luar negara.

Dana Takaful dan Dana Pemegang Saham

Pengendali Takaful perlu menyelenggara dana berasingan untuk

urusniaga di Malaysia dan luar negara, serta urusniaga Takaful

Keluarga dan Takaful Am, di samping memastikan aset yang

mencukupi dalam dana Takaful bagi memenuhi liabiliti.

Modal Berbayar Minimum

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful yang

diperbadankan di Malaysia perlu mempunyai dan mengekalkan

modal berbayar minimum sebanyak:

RM35 juta pada atau sebelum 31st Dec 1998

RM50 juta pada atau sebelum 31st Dec 2000

RM100 juta pada atau sebelum 30th June 2001

Margin Kesolvenan Minimum

Margin Kesolvenan yang bertindak sebagai penahan (cushion)

terhadap turun naik di luar jangkaan dalam tuntutan dan/atau

kerugian pelaburan. Peraturan telah menetapkan bahawa

Pengendali Takaful berlesen perlu mengekalkan margin

kesolvenan minimum. Jumlah minimum yang dikehendaki

dibawah Akta bagi setiap kelas perniagaan (Takaful Keluarga dan

Takaful Am) ialah:-

RM40 juta, bermula dari 1 Januari 2000

RM50 juta, bermula dari 1 Januar1 2001

Page 124: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

124 Amalan Asas Takaful

Arahan dan Kawalan terhadap Pengendali Takaful yang Ingkar

Satu sistem amaran awal disediakan bagi Pengendali Takaful

yang mematuhi margin kesolvenan minimum tetapi mencatatkan

pulangan perniagaan yang merugikan atau menghadapi

kekurangan margin kesolvenan.

Kuasa memeriksa dan menyiasat oleh BNM, penggulungan

syarikat dan memindahkan lesen perniagaan.

Tugas penyeliaan urusniaga Takaful meliputi pemeriksaan

tatalaku urus niaga komersial, aktuari dan tatalaku pasaran

perniagaan Pengendali Takaful serta cawangannya. Pemeriksaan

juga meliputi kajian semula secara mendalam dan penilaian

Perolehan, Pengurusan, Aset dan Kesolvenan (Earning,

Management, Assets and Solvency - EMAS ).

Penguatkuasaan Undang-undang oleh BNM terhadap

Kesalahan

Akta ini memberi kuasa kepada Gabenor BNM untuk

mengkompaun kesalahan di bawah Akta atau Peraturan, termasuk

mengenakan denda.

Perkara-Perkara berkaitan Sijil / Polisi dan peruntukan-

peruntukan am lain.

Peraturan menyediakan peruntukan bagi mempercepatkan

bayaran manfaat polisi di bawah sijil Takaful Keluarga atau

kemalangan diri. Ia juga mewujudkan amanah bagi pihak penama

yang merupakan pasangan (suami atau isteri), anak atau ibu bapa.

Mengendali aduan dan pertanyaan awam berkaitan isu Takaful

BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan di bawah

Jabatan Kawalan Insurans dan Takaful. Biro Perantaraan Insurans

dan Takaful telah ditubuhkan pada 1992 yang berfungsi sebagai

Page 125: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 125

saluran alternatif kepada orang ramai untuk mengendali aduan

mereka.

Dana Skim Jaminan Insurans

BNM diberi kuasa untuk menubuhkan dan mengurus Dana Skim

Jaminan Takaful (Takaful Guarantee Scheme Fund - (TGSF)

yang berasingan untuk perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful

Am, bagi polisi / sijil yang dikeluarkan di Malaysia. Penubuhan

TGSF bertujuan memenuhi liabiliti kesolvenan mana-mana

Pengendali Takaful. Dana ini dibiayai dari bayaran levi yang

dikenakan ke atas Pengendali Takaful berlesen.

A6.7 PERLINDUNGAN PENGGUNA

Biro Perkhidmatan Pelanggan

Pada 1 Julai 1998, BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan

Pelanggan (Customer Services Bureau - CSB) di bawah Jabatan

Kawalan Insurans, yang berfungsi sebagai pusat rujukan setempat

bagi semua aduan dan pertanyaan mengenai perkara-perkara

berkaitan insurans yang diterima daripada orang ramai.

Setiap pertanyaan atau aduan akan diserahkan kepada penyiasat

yang kemudiannya akan mengkaji kes tersebut bagi memastikan

syarikat insurans dan / atau pengendali yang terlibat telah

mematuhi semua keperluan statut insurans dan peraturan yang

berkenaan, serta pengguna telah dilayan secara adil. Ketika

mengendalikan kes berkaitan, penyiasat akan menghubungi

syarikat insurans / pengendali dan meminta mereka memberi

maklumbalas terhadap semua aspek aduan / pertanyaan. Setelah

siasatan dan kajian semula itu selesai, penyiasat akan

menyediakan dan menghantar laporan keputusan siasatan kepada

pengguna. Sekiranya difikirkan wajar, kes akan dirujuk kepada

Unit Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut, yang mungkin boleh

mengenakan tindakan denda / penalti pentadbiran.

Page 126: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

126 Amalan Asas Takaful

Kebanyakan aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans

melibatkan:

kelewatan menyelesaikan tuntutan

pertikaian mengenai amaun tuntutan yang ditawarkan

kelewatan dalam urusan surat menyurat

menolak tuntutan / liabiliti disebabkan syarat-syarat polisi

pembatalan polisi / sijil

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

Bank Negara Malaysia telah menubuhkan beberapa agensi bagi

memenuhi keperluan pengguna melalui penubuhan Biro

Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

yang berfungsi sebagai alternatif kepada mahkamah, untuk

menyelesaikan pertikaian di antara pengguna dan penyedia

perkhidmatan kewangan. FMB adalah sebuah organisasi bebas -

organisasi tidak berorientasikan keuntungan, yang diperbadankan

sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan, yang disokong

oleh ahli-ahlinya dengan levi tahunan, seperti yang ditentukan

oleh Lembaga Pengurusan bagi menampung semua perbelanjaan

Biro. Fungsi utama FMB ialah menyediakan saluran penyelesaian

pertikaian yang bebas, mudah, cekap dan percuma.

Perantaraan adalah satu alternatif kepada proses pendakwaan

mahkamah. Perantara menjadi pendamai kepada kedua-dua pihak

iaitu pengadu dan institusi terbabit, melalui proses meneliti dan /

atau menyiasat aduan yang diterima membabitkan isu dan pihak-

pihak yang terlibat. Perantara juga perlu meneliti tentang

keadaan, situasi dan isu-isu di luar amalan undang-undang dan

industri bagi setiap kes yang disiasat. Perantara boleh

membincangkan hasil siasatan dengan salah satu atau kedua-dua

belah pihak yang bertelagah apabila siasatan selesai. Sekiranya

kedua-dua pihak bersetuju dengan jalan penyelesaian yang

dicadangkan, perkara tersebut dianggap telah dapat diselesaikan.

Page 127: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 127

Sekiranya kedua-dua pihak tidak mencapai jalan penyelesaian,

perantara akan membuat keputusan berdasarkan:

o hasil siasatan dan kajian mengenai kes berkenaan

o amalan dalam industri berkaitan serta undang-undang yang

berkaitan

o maklum balas yang diterima dari penyedia perkhidmatan

kewangan

o maklumat / dokumen yang disediakan oleh pengadu

o pemerhatian perantara keatas kes diluar ketetapan undang-

undang atau amalan industri bagi setiap aduan, tuntutan atau

pertikaian.

Keputusan yang dibuat oleh perantara akan mengikat pihak

institusi terbabit tetapi tidak ke atas pengadu. Pengadu

mempunyai pilihan sama ada menerima keputusan perantara atau

memanjangkan kesnya ke pihak lain (jika ada). Penubuhan biro

ini adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan

Pengguna Kebangsaan yang berperanan menyediakan

perkhidmatan perantaraan di bawah satu bumbung untuk

kemudahan dan keselesaan pengguna. FMB mempunyai

kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi.

Bidang kuasa FMB telah diperluaskan kepada:

Aduan / pertikaian

Amaun tuntutan

Amaun

dipertingkatkan

Amaun terdahulu

Insurans/Takaful

Motor dan Kebakaran

Maksimum

RM200,000

Maksimum

RM100,000

Kerosakan Harta

Pihak Ketiga

Maksimum

RM5,000

-tiada-

Lain-lain Maksimum

RM100,000

- tiada-

Page 128: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

128 Amalan Asas Takaful

Pengecualian

FMB tidak akan memberi pertimbangan ke atas aduan, pertikaian

atau tuntutan yang berkaitan dengan:

Harga produk

Polisi-polisi berkaitan produk

Perkhidmatan ahli

Keputusan berkaitan kredit (diluluskan, ditolak &

penjadualan semula pinjaman)

Kes penipuan (selain dari kes yang tidak melebihi

RM25,000.00)

Kes yang mempunyai tempoh masa atau melebihi 6 tahun

Kes yang akan / telah dirujukkan ke mahkamah dan / atau

timbang tara.

A6.8 PERSATUAN-PERSATUAN DALAM INDUSTRI

Persatuan-persatuan yang wujud dalam industri adalah merupakan

persatuan mandatori, yang dinyatakan secara khusus dalam Akta.

Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful wajib menyertai atau

melanggan persatuan-persatuan mandatori berkaitan sebelum mereka

boleh memulakan aktiviti perniagaan. Jika pengendali tidak menyertai

persatuan, denda / penalti yang dikenakan ialah sebanyak RM80,000

dan RM16,000 setiap hari, seperti yang diperuntukkan di bawah

Seksyen 4(2) d dan 4(5) Akta Takaful, 1984.

Tujuan diwujudkan persatuan dalam industri adalah untuk

memudahkan proses kawal selia diri (self regulation) dikalangan

penggiat-penggiat industri. Ia juga memudahkan proses perantaraan

di antara pihak berkuasa dan industri. Ia akan menjadi platform utama

yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengawal industri.

Page 129: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 129

No. Nama Persatuan Objektif Utama

1. Persatuan Insurans

Am Malaysia

(PIAM)

Menggalakkan pembentukan

struktur insurans yang kukuh di

Malaysia.

Mengumpul dan menyebarkan

maklumat dan statistik yang

berkaitan dengan insurans am.

Membuat peraturan, undang-

undang, tarif dan undang-undang

kecil setelah dibincangkan dan

mendapat persetujuan Ketua

Pengarah Insurans (DGI) untuk

dilaksanakan oleh ahli-ahli

persatuan.

Mengendali ‘kumpulan motor tidak

berinsurans (unplaced motor pool)

dan Persatuan Perlindungan

Kebakaran.

Membantu dengan apa cara

sekalipun yang termampu untuk

mengurangkan kadar kerugian dan /

atau kemalangan, dan mencegah

jenayah.

Bekerjasama dengan persatuan

Takaful dalam usaha menggalakkan

perkembangan yang sihat dalam

industri insurans dan Takaful.

2. Persatuan Broker

Insurans dan

Takaful Malaysia

(Malaysian

Insurance and

Takaful Brokers

Association -

Menggalakkan dan mewujudkan

suasana perniagaan pembrokeran

yang berdaya saing, dengan

kerjasama dan panduan dari Ketua

Pengarah Isurans.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli-ahli.

Page 130: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

130 Amalan Asas Takaful

(MITBA)

Membuat catatan mengenai

peristiwa, kenyataan dan pendapat

orang ramai yang boleh memberi

kesan kepada ahli, dan

menasihatkan mereka agar

memperjuangkan kepentingan

mereka dengan mengemukakan

pendapat atau pandangan sekiranya

difikirkan wajar.

Bekerjasama dengan Persatuan-

persatuan lain yang serupa

dengannya, di dalam atau di luar

negara.

Bekerjasama dengan mana-mana

badan perundangan atau persatuan

atau mana-mana badan yang serupa

dengannya yang dilantik bagi tujuan

pertimbangan, latihan, pindaan atau

pengubahan mana-mana undang-

undang yang berkaitan dengan

insurans.

3. Persatuan

Penyelaras

Kerugian Malaysia

(Association of

Malaysian Loss

Adjusters - AMLA)

Menggalak pembentukan struktur

penyelarasan kerugian yang

dinamik, dengan kerjasama dan

nasihat dari pihak berkuasa.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli dengan apa cara sekalipun,

selaras dengan undang-undang dan

perlembagaan Malaysia.

Bekerjasama dengan lain-lain

persatuan yang serupa dengannya,

didalam atau diluar negara.

Menyebarkan maklumat yang

bermanfaat kepada ahli, membuat

perbandingan statistik dan

menerbitkannya, menyiarkan mana-

Page 131: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 131

mana maklumat penting yang

berkaitan dengan penyelarasan

kerugian.

Bekerjasama dengan mana-mana

badan perundangan atau persatuan

atau mana-mana badan yang serupa

dengannya yang dilantik bagi tujuan

pertimbangan, latihan, pindaan atau

pengubahan mana-mana undang-

undang yang berkaitan dengan

penyelarasan kerugian.

4. Persatuan Insurans

Hayat Malaysia

(Life Insurance

Association of

Malaysia - LIAM)

Menggalak dan mewakili

kepentingan ahli syarikat dan

industri insurans hayat.

Memberi khidmat nasihat dan

bantuan sewajarnya kepada ahli

syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang

memberi manfaat kepada ahli

syarikat, membuat perbandingan

statistik dan menerbitkannya,

menyiarkan mana-mana maklumat

penting yang berkaitan dengan

insurans hayat.

5. Persatuan

Kebangsaan

Penasihat Insurans

Hayat dan

Kewangan

Malaysia (National

Association of

Malaysian Life

Insurance and

Financial Advisors

(NAMLIFA)

Ditubuhkan pada tahun 1978

Sebuah persatuan untuk ejen-ejen

insurans hayat dan penasihat

kewangan Malaysia.

Menitikberatkan dan menjaga

kepentingan ahli-ahli yang terlibat

dalam bidang penjualan insurans

hayat dan pengurusan penjualan.

Menggalak dan meningkatkan tahap

profesionalisma dikalangan ahli-

Page 132: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

132 Amalan Asas Takaful

ahlinya melalui kerjasama dengan

lain-lain organisasi yang serupa

dengannya.

6. Persatuan Aktuari

Malaysia (The

Actuarial Society

of Malaysia -

ASM)

Menggalakkan pengajian dan

penyelidikan bidang aktuari dan

kaitannya dengan aspek-aspek

insurans hayat; manfaat persaraan

pekerja, kewangan dan pelaburan.

Membantu pelajar yang ingin

mendalami pengajian aktuari.

Menyediakan Jadual Kemortalan

berdasarkan pengalaman

kemortalan hayat yang

diinsuranskan di Malaysia.

7. Persatuan Insurans

Kebangsaan

Malaysia (National

Insurance

Association of

Malaysia - NIAM)

NIAM ditubuhkan pada 1973, terdiri

dari 45 ahli syarikat. Untuk

melayakkan diri menjadi ahli penuh,

syarikat insurans mestilah sekurang-

kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat

Malaysia.

Sisen (Cessions) dan Retrosisen

(Retrocession)

Pelaburan dalam MNRB

Statistik dan tindakan pembetulan

Bidang baru dalam insurans

Insurans hayat

Kumpulan pertukaran insurans

semula

Latihan dan pendidikan

8. Persatuan Takaful

Malaysia

(Malaysian Takaful

Association -MTA)

Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

telah diperbadankan pada tahun 2003

dengan objektif utamanya untuk

memajukan struktur perniagaan

Page 133: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 133

Takaful (insurans Islam) yang terbaik

di Malaysia dengan kerjasama dan

khidmat nasihat dari Ketua Pengarah

Takaful.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli syarikat dan industri Takaful.

Memberi khidmat nasihat dan

bantuan sewajarnya kepada ahli

syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang

memberi manfaat kepada ahli

syarikat, membuat perbandingan

statistik dan menerbitkannya,

menyiarkan mana-mana maklumat

penting yang berkaitan dengan

Takaful.

Bekerjasama dengan persatuan-

persatuan lain, samada dalam negeri

atau luar negara, demi kepentingan

bersama.

9. Biro Insurer Motor

(Motor Insurers’

Bureau - MIB)

MIB telah ditubuhkan untuk

membentuk suatu dana berpusat yang

dikendalikan oleh penanggung

insurans dimana mangsa kemalangan

jalanraya mendapat bayaran pampasan

dari dana berkenaan, sekiranya ia

adalah mangsa ‘langgar lari’. Dalam

kes ini, mangsa dinafikan haknya

untuk mendapat bayaran pampasan

dari pemandu kenderaan terbabit

kerana:

Pemandu tidak mempunyai

insurans

Pemandu dan insuransnya tidak

dapat dikesan.

Page 134: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

134 Amalan Asas Takaful

Walau bagaimanapun, mangsa perlu

mengemukakan bukti yang

memuaskan dan memenuhi keperluan

perundangan ketika membuat

tuntutan.

10. Institut Insurans

Malaysia (The

Malaysian

Insurance Institute

- MII)

MII adalah satu-satunya institut latihan

insurans sepenuh masa, yang

mengendalikan kursus dan

peperiksaan insurans peringkat asas

dan lanjutan kepada mereka yang

terlibat dalam industri insurans.

11. Institut Perbankan

dan Kewangan

Islam Malaysia

(IBFIM)

Merupakan Institut Latihan Kewangan

Islam sepenuh masa yang dilantik

sebagai institut milik industri,

menumpukan masa dan tenaga dalam

membentuk individu dan eksekutif

yang terlatih dan berkemahiran tinggi

serta memiliki kepakaran yang

diperlukan dalam industri kewangan

Islam.

12. International

Centre of

Excellence in

Islamic Finance

(INCEIF)

Strategi utama INCEIF ialah

membantu membangunkan industri

kewangan Islam melalui galakkan

kajian penyelidikan oleh pensyarah

dan juga pelajar. Bantuan penyelidikan

juga diberikan melalui peruntukan

kemudahan untuk menganalisa dan

membincangkan isu-isu yang dihadapi

oleh industri kewangan Islam.

13. Akademi

Penyelidikan

Syari’ah

Antarabangsa –

Penubuhan Akademi Penyelidikan

Syari’ah Antarabangsa (ISRA) –

kewangan Islam, bertujuan

menggalakkan kajian penyelidikan

Page 135: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 135

The International

Syari`ah Research

Academy - ISRA)

gunaan dalam bidang Syari’ah dan

kewangan Islam.

Akademi ini juga disifatkan sebagai

gedung pengetahuan berkaitan fatwa

atau pandangan Syari’ah, di samping

menjalankan kajian mengenai isu-isu

kontemporari dalam industri kewangan

Islam. ISRA akan membantu dan

menyumbang ke arah memperkasa

pembangunan modal insan dalam

bidang Syari’ah, menyediakan

platform untuk penglibatan yang lebih

besar di kalangan para pengamal

kewangan, cendekiawan, pengawal

selia, ahli akademik melalui

penyelidikan dan dialog, dalam

persekitaran domestik dan juga

antarabangsa. Melalui penyelidikan

perintis dan dialog intelektual yang

mendalam, ISRA berhasrat untuk

menggalakkan inovasi dan

kedinamikan ke sempadan baru

kewangan Islam. Adalah diharapkan

melalui penyelidikan yang menyeluruh

serta dialog, sikap saling menghormati

dan memberi pengiktirafan akan

muncul dalam komuniti industri

kewangan Islam global.

14. Asean ReTakaful

International

Limited (ARIL)

Asean ReTakaful International (L)

Limited (ARIL) telah diperbadankan

pada 17hb Mei 1997 (10 Muharram

1418H) dan dilesenkan dibawah Akta

Insurans Luar Pesisir 1990 di Pusat

Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa

Labuan (Labuan International Offshore

Page 136: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

136 Amalan Asas Takaful

Financial Center - IOFC), Malaysia.

Penubuhan ARIL menandakan

kehadiran syarikat insurans semula

Islam yang pertama di rantau

berkenaan. Sejak dari itu, ia telah

berkembang menjadi pengendali

insurans semula yang memiliki

kepakaran dalam menyediakan

perkhidmatan insurans semula Takaful

am dan Takaful keluarga.

15. Pertubuhan

Perakaunan dan

Pengauditan untuk

Institusi Kewangan

Islam (Accounting

and Auditing

Organisation for

Islamic Financial

Institutions -

AAOFI)

Pertubuhan Perakaunan dan

Pengauditan untuk Institusi Kewangan

Islam (AAOIFI) merupakan sebuah

badan korporat autonomi Islam

antarabangsa yang tidak

berorientasikan keuntungan, yang

berfungsi menyediakan laporan

perakaunan, audit, pematuhan, etika

dan standard Syari’ah untuk institut

dan industri kewangan Islam. Program

kelayakan profesional (terutamanya

CIPA, -Shari`a Adviser and Auditor

“CSAA”, dan program pematuhan

korporat) kini dikendalikan oleh

AAOIFI dalam usaha untuk

meningkatkan asas modal insan dalam

industri dan struktur pematuhan.

AAOIFI telah ditubuhkan mengikut

Perjanjian Persatuan yang

ditandatangani oleh institusi kewangan

Islam pada 1 Safar, 1410H, bersamaan

dengan 26 Februari, 1990 di Algiers.

Kemudian, ia telah didaftarkan pada 11

Ramadhan 1411H, bersamaan dengan

Page 137: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 137

27 Mac, 1991 di Bahrain.

Sebagai sebuah organisasi bebas

antarabangsa, AAOIFI disokong oleh

ahli-ahli institusi (200 ahli dari 45

buah negara) termasuk bank-bank

pusat, institusi kewangan Islam, dan

para peserta lain dari perbankan Islam

antarabangsa dan industri kewangan di

seluruh dunia.

16. Kumpulan Takaful

Global (Global

Takaful Group -

GTG)

Kumpulan Takaful Global (GTG) telah

diperbadankan pada 21 Mei 2007.

Sebelum ini, kumpulan Takaful global

hanyalah sebuah kumpulan tidak

formal pengendali Takaful dan

pengendali Takaful semula yang

bergerak dibawah nama Kumpulan

Takaful ASEAN (ASEAN Takaful

Group - ATG).

ATG dibentuk pada 28 Oktober 1995

dengan objektif untuk meningkatkan

kerjasama dikalangan pengendali

Takaful di Malaysia, Republik

Indonesia, Negara Brunei Darussalam

dan Republik Singapura, dimana ahli

asal terdiri dari Syarikat Takaful

Malaysia Berhad, Takaful Nasional

Sdn Bhd, PT Asuransi Takaful Umum,

PT Asuransi Takaful Keluarga,

Insurans Islam Taib Sendirian Berhad

dan Takaful IBB Berhad.

17. Lembaga

Perkhidmatan

Kewangan Islam

Organisasi penetapan piawaian

antarabangsa yang menggalak dan

meningkatkan kekukuhan dan

Page 138: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

138 Amalan Asas Takaful

(Islamic Financial

Services Board -

IFSB)

kestabilan industri perkhidmatan

kewangan Islam telah mengeluarkan

piawaian berhemat global dan prinsip

panduan industri, yang juga meliputi

perkhidmatan perbankan, pasaran

modal dan sektor insurans. IFSB juga

menjalankan penyelidikan, menyelaras

inisiatif mengenai isu-isu berkaitan

industri serta menganjurkan

persidangan meja bulat, seminar dan

persidangan untuk pengawal selia dan

pihak berkepentingan industri.

Page 139: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 139

BAB A7

TAKAFUL SEMULA

PENGENALAN

Takaful semula (Retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme

melalui perjanjian yang membolehkan pengendali Takaful langsung

yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian

daripada risiko yang ditanggung kepada Pengendali Takaful atau

Pengendali Takaful Semula yang lain. Objektif utama Takaful semula

adalah untuk mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti cedant

sekiranya berlaku tuntutan. Konsep perkongsian ini akan

membolehkan pengagihan risiko yang lebih luas dan membolehkan

Pengendali Takaful memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan

bilangan jumlah besar. Kesimpulannya, Takaful semula berperanan

menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana Takaful.

A7.1 DEFINISI TAKAFUL SEMULA

Takaful semula telah ditakrifkan di dalam pelbagai bentuk. Ia adalah

“satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang

itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan

kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah

dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai

pengendali pihak ketiga”. Oleh yang demikian, kontrak Takaful

semula adalah satu kaedah di mana pengendali mendapatkan pihak

ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau liabiliti

berdasarkan risiko sebenar perlindungan Takaful asal.

7.1.1 Pandangan Syari’ah terhadap Takaful Semula

Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai

satu sistem insurans Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah

diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syari’ah, berasaskan

penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi Akademi

Page 140: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

140 Amalan Asas Takaful

Fekah (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC mengenai subjek ini

adalah sebagaimana berikut:

‘... kontrak insurans komersil yang biasa digunakan oleh syarikat

insurans komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur

utama risiko yang dilarang mengikut hukum Syari’ah. Alternatif bagi

insurans dan insurans semula mestilah berasaskan kepada prinsip-

prinsip insurans koperasi...'

A7.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL SEMULA

Takaful semula adalah suatu aturan di mana sebuah syarikat iaitu

Pengendali Takaful Semula, bersetuju untuk membayar ganti rugi

kepada Pengendali Takaful iaitu syarikat pemberi (ceding company)

atas semua atau sebahagian risiko utama Takaful yang ditaja jamin

oleh syarikat pemberi di bawah satu atau lebih kontrak Takaful.

Walau bagaimanapun, Takaful semula tidak melepaskan syarikat

pemberi daripada liabilitinya terhadap peserta.

Dalam hal ini:

Peserta asal (pemegang sijil) tidak mempunyai sebarang hak

terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua keadaan.

Sekiranya Pengendali Takaful Semula menjadi tidak solven

(muflis), syarikat pemberi masih menanggung liabiliti di bawah

terma-terma kontrak.

Sekiranya syarikat pemberi menjadi tidak solven (muflis),

Pengendali Takaful Semula juga masih menanggung liabiliti di

bawah terma-terma kontraknya.

Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak perundangan

terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh peserta asal.

Berdasarkan dari definisi di atas, elemen-elemen penting Takaful

semula boleh diringkaskan seperti berikut:

Takaful semula adalah sama seperti Takaful tetapi ia mempunyai

kontrak yang berbeza dan berasingan daripada kontrak Takaful

Page 141: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 141

yang asal. Kontrak Takaful semula mengambil format kontrak

Takaful.

Takaful semula boleh menanggung sebahagian daripada risiko,

tetapi tidak boleh lebih dari itu.

Kontrak Takaful semula hendaklah melindungi risiko yang sama

seperti perlindungan Takaful yang asal.

Kedua-dua sijil Takaful dan sijil Takaful semula hendaklah wujud

pada masa yang sama.

7.2.1 Keperluan Takaful Semula

Takaful semula adalah satu mekanisma pengurusan risiko yang

kritikal yang perlu dihadapi oleh Pengendali Takaful bagi mencapai

objektif berikut:

Memastikan keberkesanan penyebaran risiko. Melalui proses ini,

pasaran Takaful dan Takaful semula akan dapat berkongsi

pembangunan dan pertumbuhan pasaran, dan dalam masa yang

sama ia melindungi pengendali Takaful daripada pendedahan

risiko yang melampau keatas liabiliti yang ditanggungnya.

Menyediakan kapasiti tambahan bagi Pengendali Takaful

(penyerah) untuk menerima penyertaan risiko yang lebih besar

dan kompleks yang mungkin melebihi keupayaan kewangan dan

teknikal yang dimiliki.

Takaful semula mempunyai kesan penstabilan atau melicinkan

aliran pendapatan dan kerugian sepanjang tempoh satu tahun,

iaitu suatu tempoh yang agak panjang untuk mewujudkan

kestabilan dan daya tahan kepada dana Takaful.

Dengan kepelbagaian dan jumlah besar risiko yang ditanggung

dalam portfolio mereka, Pengendali Takaful Semula boleh

membuat analisa kajian penyelidikan kerana ia mempunyai

pengetahuan dan pengalaman luas mengenai risiko. Ia mampu

melihat dari perspektif yang berbeza dan lebih menyeluruh atau

perspektif makro, dan dalam kebanyakan kes ia mampu menilai

Page 142: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

142 Amalan Asas Takaful

risiko merentasi beberapa bidang kuasa yang berbeza. Maklumat

yang unik ini boleh dikongsi dengan pengendali Takaful bagi

tujuan memastikan pengurusan risiko yang lebih cekap. Ini

seterusnya akan membantu Pengendali Takaful memanfaatkan

data yang ada bagi tujuan mereka-bentuk produk baru, penetapan

kadar sumbangan, dan yang lebih penting, mampu mewujudkan

amalan pengunderaitan yang lebih menyeluruh dan kompetitif.

Dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang

mereka miliki, Pengendali Takaful Semula mampu menyediakan

tenaga pakar dalam bidang pengunderaitan, reka bentuk risiko

kewangan, perkhidmatan aktuari, penyelesaian IT, mekanisma

pemindahan risiko alternatif (alternative risk transfer

mechanism), pengurusan tuntutan, pemasaran, dan lain-lain

kepada Pengendali Takaful.

Demi menjaga amanah peserta, Pengendali Takaful bersedia

melindungi dan menjaga dana Takaful pada setiap masa dari

terdedah kepada risiko buruk /tuntutan yang merugikan. Kepada

peserta, keupayaan untuk membayar tuntutan oleh pengendali

adalah suatu jaminan. Pengendali Takaful perlu berusaha untuk

memenuhi janji seperti yang dinyatakan dalam sijil tentang

kesediaannya untuk berkongsi lebihan operasi Takaful.

Kemudahan dan kelebihan yang ada pada Takaful semula akan

membantu Pengendali Takaful berusaha ke arah mencapai

objektif berkenaan.

7.2.2 Bidang kuasa Syari’ah mengenai Takaful Semula dengan

Syarikat Insurans Semula

Insurans semula dalam perniagaan Takaful di bawah prinsip-prinsip

Islam dikenali sebagai Takaful semula, suatu konsep insurans semula

yang mematuhi dan diluluskan oleh Syari’ah. Pada peringkat awal

perniagaan Takaful, kemudahan insurans semula disediakan oleh

syarikat-syarikat insurans konvensional kerana:

Page 143: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 143

Pengendali Takaful memiliki keupayaan yang terhad.

Pengendali Takaful tidak mempunyai sumber kewangan yang

mencukupi.

Tiada kemudahan Takaful semula.

Pengendali Takaful semula adalah terhad.

Pengendali Takaful Semula kekurangan modal.

Pengendali Takaful Semula bertaraf ‘A’ amat terhad.

7.2.3 Pepatah Undang-Undang (Legal Maxims) / Prinsip-

Prinsip Syari’ah

Antara Pepatah Undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan

dalam urusniaga Takaful semula adalah seperti berikut:

Legal Maxims Keterangan

Al-Darurah Tubih al-

Mahzurah

Mengikut pendapat Ulama’, prinsip ini

boleh digunakan sebagai suatu

kelonggaran apabila wujud keadaan

yang mendesak (darurat). Prinsip ini

membenarkan umat Islam mengerjakan

perkara yang dilarang semasa waktu

biasa atau perbuatan yang menyalahi

hukum Syari’ah.

Al-Darurah Tuqaddaru

Biqadariha

Prinsip ini menyatakan bahawa

Pengendali Takaful boleh

menginsuranskan risiko yang

ditanggungnya dengan syarikat insurans

semula konvensional hanya pada

bahagian risiko yang tidak dapat

diTakafulkan dengan Pengendali

Takaful Semula.

Ma Ubiha lil-Darurah

Yataqaddaru

Biqadariha

Prinsip ini menyatakan bahawa setakat

mana had tindakan tersebut boleh

dilakukan. Ini bermaksud bahawa

Page 144: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

144 Amalan Asas Takaful

walaupun Ulama’ membenarkan

melakukan perkara yang terlarang dalam

waktu darurat, tetapi ia hendaklah tidak

melampaui batas.

Ma Jaza Li Uzrin

Batala Bi Ziwallihi

Prinsip ini menyatakan bahawa perkara

yang dibolehkan disebabkan darurat

tidak lagi dibenarkan apabila keadaan

darurat telah tiada. Apabila tiada

darurat, undang-undang Syari’ah akan

kembali digunakan, yang bermaksud

`Takaful semula dengan syarikat

insurans konvensional tidak

dibenarkan’.

7.2.4 Garis Panduan untuk Pengendali Takaful Mengurus

Takaful Semula dengan Syarikat Insurans Semula

Konvensional

Kerjasama dalam urusniaga insurans semula dengan penanggung

reinsurans konvensional tidak akan menjejaskan kedudukan

kewangan dan ketidakstabilan sistem kewangan negara-negara

Islam.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful

Semula sekiranya ada kemudahan tersebut.

Pakar-pakar Pengendali Takaful Semula perlu bertindak dengan

berhati-hati dalam menentukan kuantum liabiliti yang akan

dilindungi.

Pengendali Takaful perlu mengkaji semula keperluan Takaful

semula setiap tahun dan berusaha seboleh mungkin

mengurangkan penggantungan dengan reinsurans konvensional.

Pengendali Takaful hendaklah menyatakan secara jelas syarat-

syarat pengecualian dari membayar atau menerima sebarang

bayaran yang mengandungi elemen faedah / bunga dari reinsurans

konvensional.

Page 145: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 145

Apabila kedudukan rezab kewangan mengizinkan dan terdapat

Pengendali Takaful semula baru mula memasuki pasaran,

penggantungan kepada reinsurans konvensional hendaklah

ditamatkan.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila

risiko yang dilindungi tidak diterima oleh Pengendali Takaful

atau Pengendali Takaful Semula.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila

Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula tidak

mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menerima

risiko berkenaan.

A7.3 JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA

Secara umumnya terdapat dua jenis Takaful semula iaitu fakultatif

dan triti. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua: Triti

Proposional dan Triti Bukan Proposional. Triti proposional boleh

dikategorikan kepada tiga jenis: kongsi kuota (quota-share), surplus

dan fakultatif obligatori. Begitu juga, triti bukan proposional boleh

dibahagikan kepada dua jenis; lebihan kerugian (excess of loss) dan

kerugian tersukat (stop loss).

Perniagaan Takaful semula dikategorikan mengikut jenis perniagaan

iaitu Takaful Semula Am dan Takaful Semula Keluarga. Dalam

Takaful Semula Am, terdapat pengendali yang hanya menyediakan

kemudahan Takaful semula untuk kelas tertentu sahaja. Sebagai

contoh, terdapat pengendali yang menawarkan Takaful semula triti

proposional, sementara pengendali lain menerima triti bukan

proposional sahaja. Di seluruh dunia, hanya terdapat beberapa

Pengendali Takaful Semula kerana ciri-ciri perniagaan yang begitu

khusus, di samping memerlukan modal yang besar untuk memulakan

perniagaan Takaful semula.

Pengendali Takaful Semula berkenaan menawarkan perkhidmatan

mereka mengikut pembahagian rantau tertentu di samping di

peringkat antarabangsa, dengan pejabat-pejabat yang terletak di

Page 146: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

146 Amalan Asas Takaful

pusat-pusat perdagangan dan luar pesisir utama. Contohnya, sindiket

insurans Lloyds di London mempunyai keupayaan menyediakan

perkhidmatan Takaful semula untuk pasaran antarabangsa.

Satu lagi komponen penting dalam pasaran Takaful semula adalah

broker. Perkhidmatan broker profesional Takaful semula biasanya

digunakan untuk membantu pengendali Takaful mencari dan

merundingkan program Takaful semula yang paling efektif.

Gambar rajah berikut memberikan gambaran menyeluruh tentang

jenis-jenis Takaful semula yang terdapat dipasaran:

Carta Aliran Takaful Semula dan Insurans Semula

7.3.1 Takaful Semula Fakultatif

Fakultatif adalah satu bentuk Takaful semula di mana kontrak

dirundingkan bagi sijil Takaful atau perlindungan Takaful tertentu.

Takaful Semula / Insurans Semula

Fakultatif Triti

Proposional Bukan-Proposional

Surplus Kongsi Kuota

(Quota Share)

Lebihan

Kerugian

Kerugian Tersukat

(Stop Loss)

Page 147: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 147

Kontrak ini biasanya memerlukan penyertaan kerana risiko atau

perlindungan adalah besar atau luar biasa, dan Pengendali Takaful

biasanya begitu berhati-hati berhadapan dengan pendedahan risiko

yang sedemikian rupa.

Syarikat mengesid (pengendali asal) boleh menawarkan kesemua atau

sebahagian dari risiko kepada mana-mana syarikat Takaful semula

dan syarikat Takaful semula tersebut bebas untuk memutuskan sama

ada untuk menerimanya atau tidak.

Takaful semula jenis ini biasanya akan digunakan bagi membolehkan

syarikat mengesid/memindahkan sebahagian besar risiko merbahaya

di mana skop perlindungannya diluar kemampuan kontrak triti.

Ini merujuk kepada kaedah di mana sesuatu risiko (kes demi kes)

diserahkan kepada Takaful semula dan sebahagian daripada

sumbangan Takaful yang asal akan dibayar kepada Takaful semula

mengikut peratusan pegangan. Biasanya komisen tertentu akan

dikenakan ke atas Pengendali Takaful Semula.

Pengendali Takaful Semula mempunyai pilihan untuk menerima atau

menolak tawaran risiko berkenaan.

Di bawah ini ialah ilustrasi penempatan risiko yang dibuat

menggunakan kaedah Takaful semula fakultatif:

Pengendali Takaful X bercadang untuk menerima cadangan

perlindungan bernilai RM10 juta

Pengendali Takaful X mengekalkan RM1 juta

Baki yang perlu disidkan ialah RM9 juta

Sumbangan (contribution) Takaful asal ialah RM10,000

Page 148: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

148 Amalan Asas Takaful

Takaful / Takaful

Semula

Amaun

perlindungan /

Kongsi Risiko

(RM)

%

Pegangan

Pegangan

Sumbangan

(contribution)

(RM)

Pengendali

Takaful X

1,000,000

10%

1,000

Pengendali

Takaful Semula A

2,700,000

27%

2,700

Pengendali

Takaful Semula B

4,500,000

45%

4,500

Pengendali

Takaful Semula C

1,800,000

18%

1,800

Jumlah

10,000,000

100%

10,000

7.3.2 Takaful Semula Triti

Triti adalah suatu perjanjian tahunan yang dibuat secara bertulis di

antara Pengendali Takaful Langsung (pejabat pengesid) dan

Pengendali Takaful Semula (pejabat penerima), di mana Syarikat

Takaful Semula (penerima) secara automatik akan menerima apa-apa

penyerahan hak / bahagian perlindungan yang termasuk dalam syarat-

syarat perjanjian.

Sisen (cession) ialah sejumlah unit / amaun Takaful yang dipindahkan

kepada Pengendali Takaful Semula. Perjanjian (triti) ini akan

berkuatkuasa untuk tempoh masa tertentu dan tertakluk kepada

sekatan kepada jenis risiko atau nilai yang terlibat. Perjanjian itu

menyediakan kemudahan secara automatik, iaitu telah dipersetujui

lebih awal dan biasanya rundingan hanya perlu diadakan setiap tahun

pembaharuan.

Kaedah Takaful semula ini biasanya dikendalikan berasaskan

‘portfolio’, iaitu mana-mana nilai risiko yang melebihi had

bendungan (retention limit) Pengendali Takaful akan

memindahkannya (cede) kepada Pengendali Takaful Semula.

Biasanya dalam tempoh setahun perjanjian, semua risiko dalam

Page 149: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 149

portfolio yang dipersetujui akan dipindahkan dan secara automatik

akan diterima oleh Pengendali Takaful Semula. Urusan perakaunan

yang berkaitan dengan portfolio ini akan disediakan dan dipersetujui

oleh pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian triti ini setiap suku

tahunan.

Perbezaan ketara antara fakultatif dan triti ialah dalam fakultatif,

risiko dipindahkan mengikut kes (case to case basis) sementara triti

pula merujuk kepada program Takaful semula secara pukal

(wholesale) yang disidkan dalam tempoh tertentu yang telah

dipersetujui. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua

bentuk iaitu proposional dan bukan proposional.

7.3.3 Triti Proposional

Dalam Takaful semula proposional, amaun yang dibendung dan

amaun yang disidkan mewakili nisbah tertentu jumlah perlindungan

asal yang diterima oleh pejabat mengesid dan sumbangan / premium

yang diterima oleh pejabat pengesid akan dikongsi dalam kadar yang

sama. Begitu juga, pembayaran tuntutan akan dikongsi bersama oleh

pejabat mengesid dan Pengendali Takaful Semula dalam kadar yang

sama.

a. Kongsi Kuota (Quota Share)

Merujuk kepada perjanjian triti di mana pejabat mengesid terikat

untuk memindahkan risiko dan Pengendali Takaful perlu

menerima bahagian yang ditetapkan bagi setiap risiko dalam

portfolio risiko yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Perjanjian ini ditetapkan dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh,

sekiranya pejabat mengesid mengambil 20%, syarikat Takaful

Semula akan mengambil baki 80%. Caruman Takaful semula

dikongsi secara nisbah sumbangan Takaful asal dan setelah

mengambil kira kadar komisen yang dipersetujui. Begitu juga

dengan liabiliti tuntutan, ia akan dikongsi megikut bahagian

masing-masing.

Page 150: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

150 Amalan Asas Takaful

Kaedah pengendalian seperti ini biasanya digunakan oleh

Pengendali Takaful baru yang tidak mempunyai rekod Takaful

semula atau mempunyai pengalaman tuntutan yang buruk.

Dengan cara ini, risiko yang baik dan risiko buruk dapat dikongsi

bersama bagi mengelakkan anti pemilihan.

Syarikat mengesid mesti memindahkan risiko dan Pengendali

Takaful Semula mesti menerima bahagian yang dipersetujui bagi

setiap risiko yang diambil oleh syarikat mengesid. Syarikat

mengesid tidak boleh membendung semua risiko, tidak kira

betapa kecil jumlah yang dilindungi.

Triti digunakan dalam keadaan berikut:

apabila ia melibatkan perniagaan baru yang amat memerlukan

perlindungan Takaful semula pada tahun-tahun awal

perlindungan disebabkan kekurangan pengalaman dan

kedudukan kewangan tidak mengizinkan.

apabila surplus/lebihan milik syarikat mengesid mengalami

kemerosotan yang ketara.

untuk mencapai skala ekonomi sewajarnya dalam

pengendalian Takaful semula.

b. Surplus / Lebihan

Pengendali Takaful Semula Triti berhak untuk berkongsi apa-apa

risiko lebihan yang diterima oleh pejabat mengesid, iaitu surplus

yang melebihi had bendungan pejabat mengesid sehingga ke had

triti. Had kapasiti triti ditunjukkan dalam bentuk lini (lines),

dimana satu lini menandakan bendungan risiko syarikat

mengesid. Oleh itu, triti sepuluh lini bermaksud jumlah

keseluruhan kapasiti kasar syarikat mengesid ialah sebelas kali

ganda berbanding dengan amaun yang dibendung.

Melalui kaedah ini, Pengendali Takaful (cedant) akan

menyerahkan surplus/lebihan keseluruhan risiko yang melebihi

had bendungan kepada pengendali Takaful semula, sementara

Page 151: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 151

pejabat mengesid hanya menanggung risiko dengan nilai yang

lebih kecil. Sumbangan Takaful semula yang diserahkan kepada

Pengendali Takaful Semula adalah seimbang dengan sumbangan

asal Takaful, setelah ditolak komisen untuk pejabat mengesid.

Bayaran komisen dikenakan untuk menampung kos

pengambilalihan oleh pejabat pengesid. Menggunakan kaedah

yang sama, liabiliti tuntutan dibayar mengikut bahagian masing-

masing. Di samping itu, perkongsian surplus yang digelar

‘komisen keuntungan’ dana Takaful semula juga dimasukkan

dalam triti.

7.3.4 Triti Bukan Proposional

Triti ini hanya akan berfungsi apabila amaun tuntutan melebihi had

yang ditetapkan oleh pejabat pengesid. Pejabat pengesid dan

Pengendali Takaful Semula tidak berkongsi setiap kerugian dalam

kadar yang tetap, malah mungkin sebahagian kerugian tidak dikongsi

sama sekali. Syarikat mengesid akan bertanggungjawab bagi semua

kerugian dibawah had amaun kerugian, sementara Pengendali Takaful

Semula akan bertanggungjawab membayar baki pampasan yang

melebihi had yang dinyatakan, biasanya untuk had kerugian tertinggi.

Ia merujuk kepada satu persetujuan di mana pejabat pengesid akan

menggunakan teknik lindung nilai yang meletakkan had tuntutan,

terutamanya terhadap kerugian akibat bencana. Tidak seperti triti

proposional, kaedah bukan proposional membolehkan pejabat

pengesid memindahkan (ceding) jumlah kerugian sahaja, berbanding

dengan mengesidkan risiko dibawah kaedah proposional. Kaedah ini

menjadi lebih berkesan apabila jumlah kerugian bersih yang

ditanggung oleh pejabat pengesid disebabkan oleh satu kes kerugian

besar atau beberapa siri kerugian yang melebihi had yang dipersetujui

dibawah triti. Caruman Takaful semula yang dipanggil Sumbangan

Deposit Minimum MDC) yang dikenakan di bawah Takaful semula

bukan proposional tidak berasaskan kepada sumbangan Takaful asal

tetapi berdasarkan kepada struktur penentuan harga yang mengambil

kira pengalaman kerugian dan anggaran jumlah sumbangan tahunan

bagi kelas perniagaan berkaitan untuk tempoh tiga tahun yang lalu.

Page 152: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

152 Amalan Asas Takaful

Terdapat dua jenis triti bukan proposional iaitu:

a. Lebihan Kerugian

Pejabat pengesid membayar pampasan bagi setiap tuntutan dan

setiap risiko sehingga mencapai had yang ditetapkan, sementara

Pengendali Takaful Semula membayar jumlah tuntutan yang

melebihi had tersebut sehingga ke had jumlah tertentu. Urusan

Takaful semula dikendalikan dalam bentuk lapisan (layers)

dengan penetapan pelbagai had dan deduktibel. Ia mungkin boleh

diseleggarakan dalam bentuk akaun menyeluruh atau akaun

berasingan mengikut kelas perniagaan.

b. Kerugian Tersukat (Stop Loss)

Triti lebihan nisbah kerugian juga dikenali dengan nama triti stop

loss. Triti ini direka bentuk untuk menghalang turun naik yang

drastik dalam nisbah tuntutan portfolio tertentu dalam tempoh

satu tahun kewangan. Contohnya, jika akaun Takaful kebakaran

mencatatkan nisbah kerugian 60% untuk beberapa tahun yang

lalu dan pihak syarikat menetapkan objektif untuk menghalang

nisbah tersebut terus meningkat sehingga ke tahap 90% dalam

tahun-tahun tertentu, maka pihak syarikat akan membeli polisi

perlindungan lebihan nisbah kerugian pada tahap 90% sehingga

120%.

Perlindungan ini direka untuk menghalang turun naik dalam

nisbah tuntutan. Ia melindungi Pengendali Takaful terhadap

agregat jumlah tuntutan sepanjang tempoh tertentu yang biasanya

sepanjang tempoh perjanjian, agar tidak melebihi peratusan yang

ditetapkan berbanding dengan jumlah sumbangan Takaful.

Takaful semula lebihan nisbah kerugian tidak melindungi

tuntutan individu. Kaedah kawalan lebihan nisbah kerugian

melindungi pejabat pengesid dari kemungkinan jumlah

keseluruhan nisbah kerugian melebihi had amaun tertentu yang

telah ditetapkan atau peratusan tertentu jumlah sumbangan

Takaful dari kelas perniagaan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya

Page 153: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 153

nisbah kerugian portfolio perniagaan melebihi had yang

dipersetujui, katakan 120%, maka Takaful semula akan

membayar lebihan itu sehingga ke had lain yang dipersetujui,

katakan 160%. Pada dasarnya, Takaful semula lebihan nisbah

kerugian dirangka bagi tujuan melindungi Pengendali Takaful

dari pendedahan baki bersih terhadap pengalaman tuntutan yang

merugikan.

7.3.5 RetroTakaful

Risiko Takaful semula sama seperti risiko Takaful, iaitu ia perlu

diurus dan dilindungi oleh Pengendali Takaful Semula melalui

pelbagai mekanisma yang terdapat di pasaran. Dalam hal ini,

Pengendali Takaful Semula perlu mempunyai program retroTakaful

yang sesuai dengan kaedah proposional dan bukan proposional.

Berdasarkan dari perkembangan semasa dan disebabkan

ketidakcukupan kapasiti retroTakaful, sebahagian besar daripada

risiko retroTakaful dipindahkan ke pasaran konvensional, sehinggalah

apabila pasaran Takaful semula telah berkembang maju sepenuhnya

dan menyeluruh.

A7.4 FUNGSI TAKAFUL SEMULA

Fleksibiliti

Tanpa Takaful semula, Pengendali Takaful hanya akan menerima

risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka mampu

menanganinya berdasarkan dari sumber-sumber yang mereka ada.

Ini akan menghadkan perkhidmatan yang boleh disediakan

kepada orang ramai dan juga akan menimbulkan kesukaran

kepada pelanggan.

Pengembangan

Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada

pengendali dalam bidang di mana pengendali mempunyai

pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Dengan

Page 154: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

154 Amalan Asas Takaful

memberikan kemudahan ini dan menerima sebahagian atau

semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu

pengendali memperkenalkan dan mengembangkan barisan

produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Penghimpunan

Pengendali tidak dapat menanggung kerugian atas beberapa risiko

yang berbeza yang terhasil daripada satu kejadian atau peristiwa.

Sebagai contoh, pengendali mungkin boleh melindungi

sekumpulan individu yang bekerja dibeberapa buah syarikat dan

lokasi tempat kerja yang berbeza pada satu-satu masa, dan

mungkin mereka menaiki kapal terbang yang sama. Jika kapal

terbang terhempas dan semua penumpang terbunuh, tuntutan

yang perlu dibayar mungkin jauh melebihi kerugian maksimum

yang telah ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu

pengendali menghadkan kerugian kepada suatu jumlah yang

mampu ditanggug oleh pengendali berkenaan.

A7.5 PENGURUSAN RISIKO DI BAWAH TAKAFUL

SEMULA

7.5.1 Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula

(BNM/RH/GL/004-12)

Demi memastikan perniagaan Takaful semula dapat berkembang

maju sejajar dengan pertumbuhan perniagaan Takaful di Malaysia,

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggubal satu rangka kerja

kawal selia (Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula

(BNM/RH/GL/004-12) untuk Pengendali Takaful Semula seperti

berikut:

Rangkakerja Kawalan

Pengendali Takaful Semula

Keterangan/Catatan

Kekukuhan kedudukan

kewangan dan Fleksibiliti

Kewangan

Pemohon mesti mempunyai

kedudukan kewangan yang

kukuh, sokongan modal yang

Page 155: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 155

memuaskan dan berupaya

mencatat rekod keuntungan

operasi yang menggalakkan

untuk memastikan

Pengendali Takaful semula

baru yang dicadangkan

mampu menyediakan

jaminan perlindungan dan

komitmen berterusan

terhadap operasi Takaful

semula di Malaysia;

Pemohon perlu mempunyai

gabungan modal berbayar

dan lebihan sekurang-

kurangnya USD100 juta dan

mencapai taraf kedudukan

antarabangsa atau penarafan

yang baik dari agensi

penarafan yang diiktiraf.

Pengalaman dalam bidang

Takaful/Takaful semula

Pemohon perlu mempunyai

pengalaman mengendali

pelbagai jenis perniagaan

Takaful semula. Pertimbangan

sewajarnya akan diberikan

kepada pemohon yang

mempunyai kepakaran teknikal

tertentu yang boleh memberi

manfaat kepada pasaran Takaful

Malaysia dan rantau ini.

Kemampuan untuk

menyumbang ke arah agenda

nasional

Pemohon mestilah dapat

menunjukkan bahawa

Pengendali Takaful Semula

yang dicadangkan boleh

menyumbang secara

Page 156: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

156 Amalan Asas Takaful

berkesan kepada

pembangunan industri

Takaful dan seterusnya

menyokong usaha-usaha

yang diambil oleh Kerajaan

dan Bank untuk menjadikan

Malaysia sebagai pusat

kewangan Islam

antarabangsa. Pertimbangan

akan diberikan kepada

pemohon yang bercadang

untuk menubuhkan Takaful

semula di Malaysia dan

menjadikannya sebagai pusat

perniagaan Takaful semula

serantau atau antarabangsa;

dan

Pemohon juga dikehendaki

menyediakan pelan

perancangan kearah

memindahkan pengetahuan

teknikal kepada pasaran

Takaful tempatan dan

mengoptimumkan bakat

tempatan dalam pengurusan

syarikat.

Daya maju operasi di Malaysia Pelan perniagaan Pengendali

Takaful Semula yang

dicadangkan penubuhannya di

Malaysia perlu menunjukkan

daya maju dalam tempoh 5

tahun berdasarkan unjuran yang

realistik.

Page 157: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 157

7.5.2 Kapasiti Pembendungan (Retention Capacity)

Semua Pengendali Takaful mesti mempunyai had pembendungan

(retention limit) kerana adalah penting untuk menetapkan had liabiliti

demi melindungi modal, keuntungan, dan juga mampu terus

membayar dividen yang munasabah. Yang paling penting ialah dapat

menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam aset bebas

(keuntungan modal dan keuntungan terkumpul) supaya dapat

menyokong pertambahan dalam sumbangan / premium.

Pembendungan ditakrifkan sebagai "had liabiliti yang biasanya

dinyatakan dalam bentuk amaun kewangan, yang ditanggung oleh

Pengendali Takaful dalam akaun bersih selepas Takaful semula". Ia

juga boleh ditakrifkan sebagai 'jumlah maksimum yang mampu

dibayar oleh Pengendali Takaful disebabkan kerugian atas sijil, risiko

atau kumpulan risiko. Oleh itu, pembendungan akan melibatkan

risiko tunggal atau siri risiko, atau kerugian tunggal atau siri kerugian.

Proses penetapan had pembendungan melibatkan beberapa faktor.

Had pembendungan ditetapkan berdasarkan kelas perniagaan

secara berasingan (keluarga, kebakaran, kemalangan, marin,

penerbangan dan lain-lain) dan dalam setiap kelas perniagaan

terdapat beberapa sub-bahagiannya. Ia juga mungkin ditetapkan

berdasarkan jumlah pembendungan keseluruhan berbanding

dengan gabungan portfolio pelbagai kelas. Walaupun faktor-

faktor yang menentukan had pembendungan telah menjadi

pengetahuan umum, Pengendali Takaful boleh menggunakan

nilai yang berbeza bagi setiap faktor dan seterusnya menghasilkan

keputusan yang berbeza juga. Oleh itu, adalah penting untuk

menetapkan had pembendungan optimum untuk setiap

Pengendali Takaful, bukannya had pembendungan yang paling

tepat. Had pembendungan optimum boleh membantu Pengendali

Takaful meyediakan rangka kerja untuk mencapai objektif

tertentu korporat. Oleh itu, jika terdapat dua Pengendali Takaful

dengan portfolio yang sama tetapi mempunyai matlamat korporat

yang berbeza, besar kemungkinan mereka mempunyai had

pembendungan yang berbeza.

Page 158: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

158 Amalan Asas Takaful

Tujuan utama Pengendali Takaful menetapkan had

pembendungan adalah untuk mengawal keadaan turun naik

dalam: (a) nisbah kerugian, (b) pendapatan perniagaan, atau (c)

aliran tunai. Mana-mana Pengendali Takaful akan berhadapan

dengan pilihan pengunderaitan samada mengunderait sebanyak

mungkin risiko atau meminimumkan risiko. Dengan

mengunderait risiko yang lebih tinggi, pengendali akan

berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi; tetapi jika pengendali

tidak berbuat demikian, ia mampu untuk mengunderait lebih

banyak kes. Oleh itu, pengendali mesti menetapkan tahap

pembendungan atau kapasiti pada tahap yang optimum.

Dalam usaha menentukan had keupayaan pembendungan bagi

setiap pengendali, perkara yang juga perlu diberi perhatian ialah

pengalaman tuntutan. Selain daripada memberi kesan kepada

jumlah pembendungan dan nisbah pendapatan caruman kasar, ia

juga akan memberi kesan kepada kos dan / atau amaun Takaful

semula yang Pengendali Takaful Semula bersedia untuk

menawarkannya. Juga, semakin kurang pengalaman tuntutan,

sepatutnya semakin konservatif polisi pembendungannya. Ini

adalah kerana tahap ketepatan yang boleh dicapai dalam

menganggarkan kos tuntutan masa depan mempunyai kaitan

langsung dengan jumlah data yang didapati mengenai kekerapan

dan ketenatan sesuatu tuntutan.

Cara termudah untuk mengukur pengalaman tuntutan ialah

melalui nisbah tuntutan, iaitu nisbah kos tuntutan yang dibayar

untuk tempoh tertentu dibahagikan dengan pendapatan

caruman/sumbangan bagi tempoh yang sama. Nisbah boleh

diukur sama ada untuk akaun kasar atau caruman Takaful semula

bersih dan mendapatkan kembali tuntutan. Dengan mengira

nisbah tuntutan kasar atau bersih, kita akan mendapati bahawa

tahap turun naik kos tuntutan berbanding dengan pendapatan dari

caruman / sumbangan, dan sejauh mana berkesannya pengendali

menguruskan Takaful semula untuk mengurangkan kadar turun

naik akaun pembendungan, berbanding dengan akaun kasar.

Page 159: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Takaful Semula 159

Menurut kajian yang dijalankan, ‘saiz relatif turun naik dalam

nisbah tuntutan kasar dari masa ke masa akan cenderung untuk

berubah dengan saiz akaun seperti yang diukur oleh pendapatan

premium (sumbangan)’. Ringkasnya, semakin kecil pendapatan

sumbangan / premium kasar, semakin rendah kapasiti

pembendungan.

Kesimpulannya, strategi korporat Pengendali Takaful memainkan

peranan penting dalam menentukan keupayaan pembendungan

pengendali. Pengurusan Pengendali Takaful berbeza dalam

falsafah, pandangan, pengalaman, pengetahuan dan juga sikap

terhadap risiko.

Page 160: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

160 Amalan Asas Takaful

Page 161: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 161

BAB A8

PENGANTARA TAKAFUL

PENGENALAN

Pengantara Takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan

Takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani

kontrak Takaful dengan Pengendali Takaful. Mereka juga dikenali

sebagai ejen Takaful dan broker Takaful.

Ejen merupakan wakil Pengendali Takaful dalam hubungan ejen-

prinsipal, yang dilantik mengikut kelaziman undang-undang.

Ikatan utama ejen ialah hubungannya dengan Pengendali Takaful,

bukan dengan peserta Takaful. Seorang ejen Takaful mewakili

Pengendali Takaful dan tugas utamanya ialah mempromosikan

pelan atau produk Takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali

Takaful yang diwakilinya.

Broker secara umumnya tidak mempunyai perjanjian kontrak

dengan Pengendali Takaful dan hubungannya bergantung kepada

kaedah umum / langsung bagi menyempurnakan urus niaga

dengan Pengendali Takaful. Ia memberi impak positif dan

bermanfaat terhadap rundingan perniagaan Takaful yang

diperolehi melalui broker. Broker Takaful menyediakan pelbagai

perkhidmatan profesional pembrokeran Takaful yang

komprehensif dalam membantu bakal pelanggan mengenai

bagaimana untuk menjadikan sumbangan / premium yang dibayar

lebih kos efektif dan dalam masa yang sama dapat menikmati

perlindungan maksimum. Berlainan dengan ejen, broker Takaful

mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang pelan

Takaful yang paling sesuai. Penasihat kewangan ialah pihak

bebas yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan

kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan.

Page 162: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

162 Amalan Asas Takaful

Penasihat kewangan adalah seorang profesional yang

menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu,

perniagaan dan kerajaan. Ia mungkin melibatkan khidmat nasihat

pelaburan yang merangkumi perancangan persaraan, nasihat

mengenai pelan Takaful keluarga dan lain-lain seperti

perlindungan pendapatan, penyakit kritikal, dan / atau nasihat

mengenai gadai janji, kewangan serta kemudahan pinjaman.

Perancang kewangan atau perancang kewangan peribadi adalah

seorang yang profesional dalam membantu orang ramai berurusan

dengan pelbagai isu-isu kewangan peribadi melalui perancangan

yang rapi dan meliputi bidang-bidang utama seperti pengurusan

aliran tunai, perancangan pendidikan, perancangan persaraan,

perancangan pelaburan, pengurusan risiko dan perancangan

Takaful, perancangan cukai dan zakat, perancangan harta dan

wakaf serta perancangan penerusan perniagaan (bagi pemilik

perniagaan).

Pengantara Takaful seperti ejen, broker atau perancang kewangan

perlu mempunyai kemahiran dan memiliki ciri-ciri berikut:

Pengetahuan yang mendalam mengenai produk insurans dan/atau

produk Takaful.

Memahami kehendak dan keperluan pelanggan.

Memastikan pelanggan memahami apa yang dibeli atau sertai.

Tidak mengamalkan jualan paksa atau membuat bermacam-

macam janji.

Menjelaskan fakta, bukan memaksa atau mengugut.

Memberi perkhidmatan berkualiti dan menepati masa.

A8.1 PERKEMBANGAN PENGANTARA TAKAFUL

Sistem Kewangan di Malaysia

Sistem perbankan yang terdiri dari bank perdagangan, bank pelaburan

dan bank-bank Islam adalah penggerak utama dana kewangan dan

sumber terpenting pembiayaan bagi menyokong aktiviti-aktiviti

Page 163: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 163

ekonomi di Malaysia. Pengantara kewangan bukan bank seperti

institusi pembangunan kewangan, dana simpanan wang dan dana

persaraan syarikat-syarikat insurans / pengendali Takaful telah

membantu menyempurnakan peranan institusi perbankan dalam

menggerakkan fungsi dana simpanan serta memenuhi keperluan

kewangan dalam sistem ekonomi Malaysia.

Di dalam struktur monetari dan kewangan negara, Bank Negara

Malaysia (BNM) berada dikedudukan yang paling atas. Objektif

utama BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan

kewangan yang membantu kepada pertumbuhan mampan ekonomi

Malaysia. Fungsi utama BNM seperti yang termaktub dalam Akta

Bank Negara Malaysia 2009 yang baru dikuatkuasakan, antara lain

ialah:

merangka dan melaksanakan dasar kewangan negara

mengawal dan menyelia aktiviti institusi kewangan yang

tertakluk dibawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh

BNM

menggalakkan pertumbuhan sistem kewangan yang kukuh,

progresif dan menyeluruh

bertindak sebagai penasihat kewangan, penasihat bank dan ejen

kewangan kerajaan.

Untuk mencapai mandat yang diberikan, BNM diberi kuasa di bawah

pelbagai bidang perundangan untuk mengawal dan menyelia institusi

perbankan dan pengantara kewangan bukan-perbankan termasuk

aktiviti kewangan yang berkaitan dengan Takaful.

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat pada April 2009 mengenai

langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan yang

merangkumi pengeluaran lesen baru dan peningkatan had ekuiti

asing, terdapat minat yang mendalam di kalangan institusi kewangan

antarabangsa untuk menjalankan operasi perniagaan mereka di

Malaysia. Langkah-langkah liberalisasi ini bertujuan

memperkukuhkan jalinan hubungan ekonomi Malaysia dengan sektor

ekonomi negara-negara lain, serta meningkatkan peranan sektor

Page 164: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

164 Amalan Asas Takaful

kewangan sebagai penggerak utama dan pemangkin pertumbuhan

ekonomi negara.

Kewangan Islam merujuk kepada sistem kewangan yang meliputi

Perbankan Islam, Pasaran Wang Antara Bank Islam, Takaful dan

ReTakaful, Pasaran Modal Islam dan Pengurusan Harta Islam yang

kesemuanya mematuhi undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas

yang mengawal kewangan Islam adalah perkongsian risiko dan

perkongsian keuntungan dikalangan pihak-pihak yang terlibat,

jaminan keadilan untuk semua dan semua transaksi adalah berasaskan

aktiviti perniagaan atau aset dasar.

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras kewangan Islam di

mana aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat keusahawanan,

perniagaan dan perdagangan serta usaha murni dalam membangunkan

masyarakat adalah digalakkan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan

faedah (riba), perjudian (maisir) dan dagangan spekulatif (gharar)

adalah dilarang.

A8.2 KEPENTINGAN PENGANTARA TAKAFUL

Ejen Takaful Keluarga menjalankan urusniaga produk Takaful

keluarga sementara ejen Takaful am mempromosikan produk Takaful

am. Semua ejen Takaful adalah mewakili prinsipalnya iaitu

pengendali Takaful dan fungsi tugas mereka ialah:

Mempromosikan produk Takaful bagi pihak Pengendali Takaful;

Menerangkan ciri-ciri produk / pelan Takaful kepada bakal

pelanggan; dan

Memberi perkhidmatan berkaitan pengeluaran, pembaharuan atau

kesinambungan mana-mana sijil Takaful.

Broker Takaful dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan tugas-

tugas berikut:

Membantu pelanggan mendapatkan dan memperbaharui

perlindungan Takaful dari pengendali Takaful; dan

Page 165: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 165

Memberi khidmat nasihat dan mencadangkan pelan / produk

perlindungan Takaful yang paling sesuai dan memenuhi

kehendak pelanggan serta memberitahu syarat-syarat yang

ditawarkan oleh pengendali Takaful.

Penasihat kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan

fungsi tugas berikut:

Membantu pelanggan mengendali dan mengekalkan imbangan

pendapatan pelaburan, keuntungan modal dan tahap risiko yang

boleh diterima dengan menggunakan peruntukan aset yang betul.

Menggunakan saham atau stok, sukuk dan bon, dana bersama,

amanah pelaburan hartanah (REIT), opsyen, niaga hadapan, nota,

dan produk Takaful untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Penasihat kewangan menerima bayaran komisen bagi pelbagai

produk kewangan yang mereka pasarkan walaupun bayaran

'berasaskan fi' semakin popular dalam industri perkhidmatan

kewangan.

Perancang kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melakukan tugas-

tugas berikut:

Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh profesional ini lebih dikenali

sebagai perancangan kewangan peribadi.

Ketika melaksanakan fungsi tugas perancangan, dia dipandu oleh

proses perancangan kewangan untuk mewujudkan satu pelan

kewangan; strategi terperinci yang disesuaikan dengan keperluan

unik pelanggan bagi memenuhi matlamat khusus yang telah

ditetapkan.

Aspek utama penentu kejayaan perancang kewangan ialah

memikirkan semua soalan, maklumat dan bentuk nasihat kerana

ia akan memberi impak dan kesan keatas seluruh kehidupan dan

keadaan kewangan pelanggan.

Pengantara biasanya dibayar komisen atau yuran (seperti yuran

pembrokeran untuk broker dan yuran nasihat kewangan atau yuran

perancangan) atas setiap pelan / produk yang berjaya dipasarkan.

Page 166: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

166 Amalan Asas Takaful

Bayaran komisen adalah dalam bentuk peratusan dari sumbangan /

tabarru’ yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan yang juga dikenali

sebagai ‘peserta’.

A8.3 TANGGUNGJAWAB PENGANTARA TAKAFUL DI

BAWAH AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 36(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua ejen atau pengantara yang

memasarkan atau memperkenalkan produk Takaful yang dikeluarkan

oleh pengendali Takaful, dikehendaki dibawah peruntukan Akta

untuk memberitahu kepada semua bakal pelanggannya bahawa ia

adalah ejen yang bertindak bagi pihak pengendali Takaful tertentu.

Seksyen 36(2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini adalah merujuk kepada Seksyen 36(1) dan sekiranya

mana-mana ejen didapati tidak mematuhi seksyen ini, melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan, ejen boleh didenda tidak

melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi

enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasarkan

atau mempromosikan produk Takaful atau menjalankan perniagaan

sebagai ejen atau broker bagi seseorang atau pengendali selain dari

pengendali Takaful berlesen. Sekiranya seorang itu didapati tidak

mematuhi perutukan Akta dan jika disabitkan kesalahan, ia boleh

didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(2) subseksyen (3) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua broker Takaful hendaklah

menjalankan transaksi perniagaan Takaful dengan pengendali Takaful

Page 167: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 167

yang berlesen dan berkelayakan sahaja. Seksyen ini juga meyatakan

bahawa sekiranya terdapat mana-mana broker Takaful yang didapati

tidak mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Akta dan jika

disabitkan kesalahan, broker Takaful boleh didenda tidak melebihi

RM8,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam

bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(3) subseksyen (2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa kontrak seperti yang ditetapkan

dalam Akta hanyalah merujuk kepada perniagaan Takaful langsung

sahaja, dan bukannya perniagaan Takaful semula.

A8.4 PERLANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB

PENGANTARA TAKAFUL

Pengantara Takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan

Takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani

kontrak Takaful dengan pengendali Takaful. Mereka juga dikenali

sebagai ejen Takaful dan broker Takaful.

Ejen Takaful mewakili pengendali Takaful dan tugas utamanya ialah

mempromosikan produk-produk Takaful yang dikeluarkan oleh

pengendali Takaful yang diwakilinya. Broker Takaful pula mewakili

pelanggan dan tugas utamanya ialah memberi khidmat nasihat kepada

pelanggan tentang pelan / produk Takaful yang paling sesuai dan

memenuhi keperluan. Penasihat kewangan merupakan seorang

penasihat bebas yang meyediakan perkhidmatan perancangan

kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan

pelanggan.

Ejen Takaful dilesenkan/berdaftar dengan Pendaftar Pengantara

Takaful – Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful

Association - MTA).

Broker Insurans / Takaful dilesenkan/berdaftar dengan Bank

Negara Malaysia (BNM).

Page 168: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

168 Amalan Asas Takaful

Penasihat kewangan dilesenkan / berdaftar dengan Bank Negara

Malaysia (BNM).

Perancang Kewangan dilesenkan / berdaftar dengan Suruhanjaya

Sekuriti.

A8.5 PERATURAN PERILAKU PASARAN UNTUK

PENGANTARA TAKAFUL

Penyeliaan dan Penguatkuasaan Perilaku Pasaran

Bank Negara Malaysia mengawal amalan perilaku pasaran

penyedia perkhidmatan kewangan dan mengambil langkah-

langkah pembetulan dan/atau penguatkuasaan terhadap sebarang

perlakuan yang melanggar peraturan perilaku pasaran.

Piawaian minimum perkhidmatan

Pengantara Takaful dikehendaki memenuhi piawaian minimum

perkhidmatan yang ditetapkan sama ada oleh Bank Negara

Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful

Association, MTA) atau Persatuan Broker-broker Insurans dan

Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers

Association, MITBA). Piawaian minimum perkhidmatan ini

memastikan pengantara Takaful menjalankan urusan dengan

tingkat kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang tinggi.

Ejen Takaful am:

o tertakluk kepada Tataetika Pengantara Takaful, yang

ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic

Examination – TBA) dan memenuhi syarat minimum 20 jam

latihan setahun di bawah program Pembangunan Profesional

Berterusan (Continuous Professional Development - CPD);

dan

o perlu mematuhi piawaian minimum keperluan pendedahan

yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang antara

Page 169: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 169

lain menghendaki ejen semasa menawarkan produk,

memberikan penjelasan kepada bakal peserta tentang ciri-ciri

utama produk yang ingin disertai, butir lengkap komisen yang

dibayar, dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan.

Ejen Takaful keluarga:

o tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful yang

ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic

Examination – TBE) dan memenuhi syarat minimum 30 jam

latihan setahun dibawah program Pembangunan Profesional

Berterusan (Continuous Professional Development - CPD);

dan

o perlu mematuhi piawaian minimum nasihat yang wajar yang

dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki

ejen mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal

pelanggan. Ini bagi membolehkan ejen menganalisis keadaan

peribadi dan kewangan bakal pelanggan, dan mengenal pasti

keperluan kewangan dan keutamaannya supaya ejen dapat

mencadangkan produk Takaful yang bersesuaian dan mampu

disertai oleh pelanggan.

Sebagai tambahan, ejen Takaful perlu lulus Peperiksaan Asas

Takaful mengikut pilihan pengkhususan iaitu sama ada Takaful

Keluarga atau Takaful Am atau kedua-duanya.

Broker Takaful:-

o tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung dengan

Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan Tataetika dan

Tatakelakuan yang ditetapkan oleh MITBA; dan

o mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta

Takaful 1984.

Selain itu, pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah syarikat

broker Takaful mesti memenuhi kriteria ‘layak dan sesuai’ dan

Page 170: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

170 Amalan Asas Takaful

kakitangannya juga perlu lulus Kursus Sijil Asas Pembrokeran

Insurans.

A8.6 TANGGUNGJAWAB PENGANTARA TAKAFUL

MEMPROMOSIKAN TAKAFUL

8.6.1 Kod etika asas pengantara Takaful

Pengantara Takaful perlu memiliki piawaian kod etika profesional

ketika berurusan dengan pelanggan. Pengantara Takaful hendaklah:

menunjukkan Kad Kuasa Ejennya apabila diminta berbuat

demikian (berkaitan dengan ejen Takaful sahaja).

ejen yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar

Pengantara Takaful, memiliki Kad Kuasa yang mengandungi

maklumat seperti nama pengendali Takaful yang diwakili oleh

ejen berkenaan, dan tempoh sah pendaftaran ejen berkenaan.

ejen Takaful am boleh mewakili sebanyak dua pengendali

Takaful am sahaja, manakala seseorang ejen Takaful keluarga

hanya dibenarkan mewakili satu pengendali Takaful.

ejen Takaful yang mempromosikan produk Takaful keluarga dan

juga Takaful am boleh menjadi wakil kepada satu pengendali

Takaful keluarga dan dua pengendali Takaful am sahaja.

Seseorang broker Takaful perlu menjadi ahli MITBA dan

mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Lesen ini tertakluk kepada kajian semula setiap tahun;

memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk dan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali Takaful dan

pasaran Takaful;

memahami keperluan pelanggan dan membantu mereka memilih

produk dan perkhidmatan Takaful yang bersesuaian;

menerangkan dengan jelas kepada pelanggan tentang jenis

maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan dan juga

tentang betapa mustahaknya untuk memahami fakta-fakta matan /

penting;

Page 171: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 171

menerangkan dengan jelas, syarat dan terma kontrak Takaful

yang dicadangkan untuk memastikan pelanggan benar-benar

faham tentang produk Takaful yang dipertimbangkan;

menarik perhatian pelanggan kepada apa-apa sekatan dan

pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak Takaful yang

dicadangkan;

membuat tindakan susulan dan memberikan perkhidmatan yang

berterusan kepada pelanggan, seperti memperbaharui sijil

Takaful, dan memaklumkan pelanggan tentang maklumat produk-

produk baru yang berkaitan;

membantu pelanggan membuat tuntutan terhadap pengendali

Takaful.

8.6.2 Kelas-kelas Ejen

Setiap ejen termasuk ke dalam salah satu daripada tiga kategori

berikut. Mereka dikelaskan mengikut kuasa yang diberi kepada

mereka:

Ejen Khusus

Ejen khusus adalah ejen yang dilantik untuk melakukan tindakan

atau transaksi yang khusus, misalnya seseorang dilantik sebagai

proksi untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan syarikat bagi

pihak pemegang saham.

Ejen Am

Ejen am adalah ejen yang boleh berbuat apa sahaja bagi pihak

prinsipalnya di dalam had kuasa am yang diberikan kepadanya.

Misalnya, ejen insurans yang diberi kuasa untuk menguruskan

perniagaan baru tetapi tidak mempunyai kuasa untuk memberi

pinjaman atas sijil dan terikat kepada prinsipalnya.

Ejen Universal

Ejen universal adalah ejen yang mempunyai kuasa tidak terbatas.

Page 172: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

172 Amalan Asas Takaful

Dia boleh berbuat apa sahaja untuk prinsipalnya yang mana

prinsipal itu sendiri boleh melakukan tugas tersebut.

8.6.3 Tugas-tugas Ejen

Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dalam bentuk

bertulis. Walau bagaimanapun, ia mungkin dinyatakan secara lisan

sahaja. Ia mengandungi tempoh dan syarat yang berkaitan dengan

tataetika agensi dan kadar upah (komisen) yang boleh dibayar kepada

ejen.

Tidak seperti pekerja pejabat, ejen adalah ahli perniagaan bebas

yang tidak memerlukannya terikat dengan masa kerja tertentu

bagi urusniaga yang telah berjaya dimuktamadkan. Biasanya,

sebahagian tertentu masa diperuntukkan untuk perniagaan agensi

di luar waktu kerja pejabat. Hak ejen yang paling utama ialah

mendapat bayaran dari perkhidmatan yang telah ditawarkan,

biasanya dalam bentuk komisen.

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah

dibelanjakannya dengan kuasa nyata dari prinsipalnya. Walau

bagaimanapun, perbelanjaan tersebut hendaklah munasabah dan

berpatutan serta tidak melebihi had yang difikirkan wajar.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang

difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha

yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia

bekerja.

Ejen bertanggungjawab melaksanakan kerjanya dengan teliti,

cekap dan tekun dan juga mematuhi syarat dan terma yang

terkandung dalam perjanjian agensinya.

Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh ejen sebagai

tambahan kepada tanggungjawab kontraktual nyata adalah seperti

berikut:

Page 173: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 173

o menyerahkan penyata akaun kepada prinsipal seperti yang

diminta.

o tidak membiarkan kepentingan diri bertentangan dengan

tanggungjawabnya kepada prinsipal.

o tidak membocorkan maklumat-maklumat sulit yang

diperolehi ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai

ejen kepada pihak lain kecuali principal / syarikat pengendali.

o tidak membuat sebarang keuntungan rahsia atau mengambil

rasuah dari mana-mana pihak yang ia berurusan bagi pihak

prinsipal.

o tidak mewakilkan tanggungjawabnya kepada sub-ejen tanpa

kuasa nyata atau tersirat.

o mematuhi arahan prinsipal dan memberitahunya jika arahan

berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

8.6.4 Hak-hak Ejen

Ejen layak menerima bayaran upah / komisen dan bayaran balik

(reimbursement).

Hak paling utama bagi seorang ejen ialah menerima bayaran di

atas perkhidmatan yang diberikan, biasanya dalam bentuk

komisen atau yuran.

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah

dibelanjakan dalam had jumlah yang munasabah, setelah

mendapat kuasa nyata dari prinsipalnya.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang

difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha

yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia

bekerja.

8.6.5 Tanggungjawab Prinsipal

Prinsipal mempunyai tanggungjawab berikut terhadap ejen-ejennya:

Page 174: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

174 Amalan Asas Takaful

membayar upah / komisen dan kos perbelanjaan seperti yang

dipersetujui: atau perjanjian yang gagal, sebagaimana kebiasaan,

atau melanggar kebiasaan, membayar apa yang difikirkan

munasabah.

membayar ganti rugi kepada ejen akibat dari sebarang tindakan

yang dibuat mengikut undang-undang, yang tidak bercanggah

dengan kuasanya, bagi pihak prinsipal.

8.6.6 Penamatan Agensi

Hubungan diantara prinsipal dengan ejen boleh ditamatkan oleh

pihak-pihak yang terlibat atau melalui kuatkuasa undang-undang

seperti berikut:

Melalui notis pembatalan yang diberi oleh prinsipal kepada ejen.

Melalui notis pelepasan yang diberi kepada prinsipal oleh ejen.

Dengan menyelesaikan transaksi di mana kuasa diberi untuk

transaksi itu sahaja.

Dengan tamatnya tempoh seperti yang ditetapkan dalam

perjanjian agensi.

Melalui persetujuan bersama.

Pada umumnya, dengan sebab kematian, gila atau bankrap

samada kepada ejen atau prinsipal.

Melalui kuatkuasa undang-undang yang menyebabkan kontrak

dengan ejen berkenaan menjadi tidak sah.

8.6.7 Ciri-ciri Ejen Takaful

Ciri-ciri penting bagi seorang ejen insurans ialah dia telah diberi

kuasa undang-undang untuk mewujudkan hubungan kontrak antara

pengendali Takaful dan peserta.

Hakikat bahawa majoriti ejen Takaful direkrut oleh penyelia atau

pengurus agensi yang terikat dengan kontrak agensi dengan

pengendali Takaful tidak mengubah ciri-ciri asas ini kerana

hakikatnya ejen Takaful memegang kontrak untuk memberi

Page 175: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 175

perkhidmatan kepada pengendali Takaful dan bukan dengan orang

yang merekrutnya.

8.6.8 Ejen Siapa?

Pepatah undang-undang Latin yang terpakai kepada agensi ialah ‘qui

facit per alium facit per se’ yang bermaksud “Sesiapa yang

melakukan sesuatu melalui orang lain adalah dianggap disisi undang-

undang telah melakukannya sendiri”.

Oleh itu, ejen insurans yang telah dilantik dan bertindak dalam bidang

kuasanya telah mengikat prinsipalnya dengan tindakan-tindakan yang

diambil, seolah-olah prinsipal itu sendiri yang melakukan tindakan

tersebut. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi ejen untuk

membuat keputusan iaitu untuk siapakah ejen Takaful bertindak pada

masa yang berkaitan. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika dilihat dari

sudut undang-undang dikatakan ejen pengendali Takaful dianggap

sebagai ejen peserta untuk perbuatan atau tindakan tertentu, dan

begitu juga sebaliknya.

8.6.9 Kutipan Sumbangan

Apabila pembayaran sumbangan / premium dibuat kepada ejen

Takaful yang diberi kuasa, bagi peserta pembayaran tersebut

disifatkan sebagai bayaran kepada pengendali. Oleh itu, walaupun

sekiranya ejen Takaful gagal mengemukakan sumbangan berkenaan

kepada pengendali, peserta masih akan dilindungi. Sebaliknya, jika

ejen tidak berdaftar menerima bayaran dari peserta atau orang ramai,

pengendali tidak bertanggungjawab ke atas salah laku ejen berkenaan.

Adalah penting bagi ejen untuk mengambil perhatian bahawa selagi ia

tidak mendepositkan wang sumbangan kepada pengendali Takaful,

dia akan terus bertanggungjawab kepada peserta terbabit.

8.6.10 Mewujudkan Hubungan

Hubungan antara penanggung insurans dan ejen boleh diwujudkan

melalui cara berikut:

Page 176: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

176 Amalan Asas Takaful

Melalui janji nyata.

Melalui implikasi Undang-undang, yang mungkin timbul dari

i. tatacara atau perlakuan pihak yang terlibat, atau

ii. keperluan kes.

Melalui pengesahan tindakan tidak diberi kuasa.

Melalui statut (Seksyen 151, Akta Insurans 1996).

A8.7 PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Takaful tidak tertakluk dibawah kontrak jual beli mengikut perspektif

Syariah. Walau bagaimanapun, didalam kempen produk dan program

aktiviti kesedaran termasuk kolateral dan e-pemasaran dengan

harapan dapat mewujudkan lebih banyak pengkalan data pelanggan,

teknik penjualan dan perundingan memainkan peranan penting dalam

industri Takaful. Apabila penekanan diberikan kepada aspek jualan,

teknik jualan aggresif kerap digunakan untuk merangsang minat

pelanggan terhadap produk syarikat. Setelah pelanggan akhirnya

bersetuju untuk membeli produk Takaful melalui ejen atau broker,

mereka akan diberi sijil perlindungan Takaful yang mereka mungkin

tidak memahaminya, tidak memenuhi keperluan atau mereka tidak

mampu untuk membiayainya.

8.7.1 Produk Berorientasikan Pasaran Direka & Dipasarkan

demi Memenuhi Keperluan Pengguna

Melihat kepada perubahan besar yang berlaku dipersekitaran pasaran,

pengendali-pengendali Takaful mula mengubah perspektif menjadi

syarikat berorientasikan pasaran. Dalam industri Takaful

berorientasikan pasaran, peranan jabatan jualan dan pemasaran ialah

untuk menentukan keperluan pelanggan dan memenuhi keperluan ini

dengan mencipta dan memasarkan produk / sijil yang menepati

citarasa pasaran. Secara amnya, jabatan pemasaran syarikat Takaful

yang berorientasikan pasaran perlu menjalankan fungsi-fungsi

berikut:

Page 177: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 177

Harga

Ia melibatkan proses penetapan sumbangan dan bagaimana ia

harus dibayar.

Pemilihan Saluran Pengedaran

Ia melibatkan proses mengenalpasti dan memilih saluran yang

paling sesuai untuk mengedarkan pelan / produk Takaful kepada

pelanggan. Saluran pegedaran yang digunakan oleh pengendali

mungkin termasuk ejen, broker, pekerja bergaji, mel umum,

mesin jualan, bank, syarikat kad kredit dan syarikat kad diskaun.

Promosi

Ia melibatkan proses mengenal pasti dan memilih aktiviti promosi

yang paling sesuai termasuk pengiklanan, promosi jualan dan

jualan persendirian yang dapat membantu pengedaran produk.

Kesemua yang dinyatakan di atas adalah antara Fungsi Tugas

Jabatan Pemasaran.

8.7.2 Ejen Boleh Membantu Membangunkan Produk Yang

Memenuhi Keperluan Pelanggan

Ejen Takaful sering terlibat dengan beberapa aspek pemasaran. Ejen

boleh mempengaruhi reka bentuk produk kerana pandangan mereka

biasanya diperlukan oleh operator sebelum mereka memulakan proses

mereka bentuk produk baru pelan Takaful. Lebih ketara, ejen

membentuk saluran pengedaran yang paling penting. Walaupun lain-

lain faktor pemasaran (pelan pemasaran, mengenalpasti pasaran,

pembangunan produk, harga dan promosi) boleh mempengaruhi

berapa banyak pelan Takaful boleh dijual, ejen-ejen menjadi kuasa

utama di belakang kebanyakan insentif pemasaran Takaful. Oleh itu,

kejayaan usaha-usaha pemasaran pengendali Takaful bergantung

kepada sejauh mana ejen-ejen mengamalkan jualan berorientasikan

pasaran. Dalam erti kata lain, untuk memastikan kejayaan dalam

usaha pemasaran, pengendali Takaful yang berorientasikan

Page 178: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

178 Amalan Asas Takaful

pemasaran mesti disokong oleh anggota agensi yang juga

berorientasikan pemasaran.

8.7.3. Khidmat “Selepas Menyertai”

Kejayaan memasarkan dan menjual produk Takaful kepada peserta

tidak menamatkan jalinan interaksi antara ejen dengan pelanggan-

pelanggannya. Malah, kontrak Takaful khususnya pelan Takaful

keluarga mungkin memerlukan ejen untuk memberi khidmat 'selepas

jualan' secara berterusan. Interaksi ini menjanjikan manfaat bersama.

Antara beberapa aspek di mana ejen atau broker, malah pengendali

sendiri boleh membantu termasuklah:

Pertikaian mengenai tuntutan yang sah

Kehilangan kad ahli atau kertas kerja

Kos sumbangan

Masaalah kutipan sumbangan

Menngenalpasti polisi alternatif

Pertanyaan mengenai manfaat sijil

Pindaan sijil (penambahan nama ahli keluarga / ahli di bawah

jagaan, pertukaran alamat dan lain-lain).

Perubahan keadaan / risiko

Kemungkinan untuk polisi terbatal atau peserta menyertai

pengendali Takaful lain boleh dikurangkan.

Keperluan baru pelanggan dapat dikenalpasti dan jualan produk

baru boleh dimuktamadkan, dan ini dapat meningkatkan

pencapaian perniagaan ejen; dan

Reputasi pengendali Takaful / penanggung insurans sebagai

syarikat berorientasikan perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

Dalam hal ini, perkhidmatan ejen amat diperlukan dalam situasi

berikut:

Page 179: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 179

Situasi/Peristiwa

Keterangan

Peringatan awal

kepada peserta

mengenai sumbangan

yang sepatutnya

dibayar

Sumbangan Takaful merupakan suatu

balasan dari peserta atas manfaat

perlindungan yang disediakan oleh

pengendali Takaful.

Untuk memastikan kontrak Takaful terus

berkuatkuasa, sumbangan hendaklah

dibayar mengikut mod bayaran yang dipilih

dan dibayar tepat pada masanya atau dalam

tempoh tenggang (grace period) yang

dibenarkan untuk bayaran lewat.

Atas sebab-sebab yang munasabah,

sebahagian dari peserta mungkin terlepas

pandang untuk membayar sumbangan

Takaful (premium) tepat pada waktunya.

Membantu pelanggan mengingati tarikh

bayaran adalah antara khidmat yang boleh

diberikan oleh ejen sepanjang tempoh pelan

perlindungan Takaful.

Kekerapan dan

Kaedah Bayaran

Selain dari sijil Takaful sumbangan

(premium) tunggal, peserta perlu membayar

sumbangan Takaful sama ada secara

tahunan, setengah tahunan, suku tahunan

dan bulanan. Ini dikenali sebagai kekerapan

bayaran.

Bayaran sumbangan yang dibuat secara

bulanan, suku tahunan dan setengah tahunan

adalah lebih tinggi berbanding dengan

bayaran secara tahunan kerana: Pertama,

kerja-kerja pentadbiran untuk mengutip

bayaran sumbangan akan bertambah dan

akibatnya kos perbelanjaan menjadi lebih

Page 180: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

180 Amalan Asas Takaful

tinggi. Kedua, oleh kerana kadar

sumbangan dikira berdasarkan dari andaian

bahawa ia akan dibayar pada awal tahun

dan kutipan sumbangan akan segera

dilaburkan, pengendali Takaful akan

menanggung kerugian pendapatan

pelaburan apabila sumbangan dibayar selain

dari bayaran tahunan.

Biasanya, bayaran secara bulanan tidak

digalakkan, kecuali ia dibayar dengan

menggunakan kaedah arahan bank atau

skim potongan gaji. Kaedah bayaran

sumbangan secara bulanan ini adalah seperti

berikut:

Arahan Bank atau Arahan Tetap

Melalui kaedah pembayaran sumbangan

ini, pemegang sijil memberi kuasa

kepada banknya untuk mengkreditkan

sejumlah amaun sumbangan kepada

pengendali, yang kemudiannya

didebitkan dari akaunnya. Pihak bank

akan mengenakan caj kepada pemegang

sijil untuk perkhidmatan ini. Jelas sekali,

pemegang sijil perlu memastikan bahawa

terdapat baki yang mencukupi di dalam

akaunnya untuk kiriman wang tetap yang

akan dibuat kepada pengendali Takaful.

Perkhidmatan Rumah ke Rumah

Skim perkhidmatan rumah ke rumah

adalah berkaitan dengan perlindungan

Takaful keluarga perindustrian yang

biasanya menyediakan perlindungan bagi

Page 181: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 181

orang-orang yang mampu untuk

mengambil perlindungan Takaful hanya

dalam jumlah yang rendah. Sumbangan

Takaful untuk Takaful keluarga

perindustrian dibayar secara mingguan,

dua minggu atau bulanan. Sumbangan

biasanya dikutip dirumah pemegang sijil

oleh pengutip wang yang diberi kuasa

yang boleh jadi ejen Takaful, tetapi

mungkin juga kakitangan pengendali

sendiri.

Skim Potongan Gaji

Skim potongan gaji ini adalah

berdasarkan kepada perjanjian di antara

pengendali dan majikan peserta di mana

majikan memotong caruman dari gaji

pekerja yang menjadi ahli Takaful dan

membayar kepada pengendali setiap

bulan. Majikan hanya boleh membuat

potongan dengan keizinan (kebenaran)

bertulis dari pekerja.

Notis Bayaran

Sumbangan

Untuk memastikan pemegang sijil

membayar caruman tepat pada masanya,

pengendali biasanya akan menghantar notis

pemberitahuan tentang bayaran sumbangan

tiga atau empat minggu sebelum tarikh

tamat tempoh. Jika sumbangan masih tidak

diterima dua hingga tiga minggu selepas

tarikh tamat tempoh, notis peringatan akan

dihantar kepada peserta.

Ada masa-masa tertentu apabila peserta

membayar caruman selepas tamat tempoh

tangguh. Caruman sedemikian masih boleh

Page 182: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

182 Amalan Asas Takaful

diterima di bawah keadaan-keadaan tertentu

(contohnya penyerahan borang Waranti

Kesihatan) dan bayaran lewat boleh

dikenakan denda. Walau bagaimanapun,

bayaran denda lewat itu tidak dikira dari

tarikh tamat tempoh, tetapi dari tarikh

sepatutnya ia dibayar.

Perlu difahami bahawa tindakan pengendali

mengeluarkan notis pemberitahuan adalah

semata-mata sebagai suatu khidmat

tambahan untuk mengingatkan peserta.

Hakikatnya, adalah menjadi obligasi

kontrak kepada peserta untuk membayar

caruman secara berkala dan tepat pada

masanya. Walau bagaimanapun, pengendali

juga mempunyai kepentingan untuk

mengeluarkan notis pemberitahuan

sumbangan kerana ia boleh membantu

secara aktif merealisasikan kutipan

sumbangan yang mencukupi. Oleh itu,

penghantaran notis ini telah menjadi suatu

amalan perniagaan.

Resit Bayaran Pengendali akan mengeluarkan resit rasmi

setelah menerima bayaran sumbangan. Resit

rasmi adalah sah apabila tertera tandatangan

bercetak Ketua Eksekutif atau pegawai-

pegawai lain yang diberi kuasa, dengan

disertai tandatangan juruwang kaunter dan

sebagainya. Resit rasmi merupakan bukti

pembayaran sumbangan.

Tempoh tangguh Adalah menjadi satu syarat kontrak bahawa

amaun sumbangan yang kena bayar

hendaklah dibayar pada tarikh yang

dinyatakan dalam perakuan itu. Walau

Page 183: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 183

bagaimanapun, kebanyakan kontrak

memperuntukkan bahawa pembayaran itu

boleh dibuat dalam tempoh beberapa hari,

biasanya 30 hari dari tarikh tamat tempoh

yang dinyatakan. Tempoh ini dikenali

sebagai tempoh tangguh.

Terdapat dua faedah penting daripada

peruntukan ini. Pertama: sumbangan yang

lewat diterima tetapi masih dalam tempoh

tangguh tidak akan dikenakan caj faedah.

Kedua: dan yang lebih penting, jika peserta

meninggal dunia dalam tempoh tangguh ini

sedangkan sumbangan masih belum

dibayar, tuntutan mungkin boleh ditolak.

Adalah menjadi keperluan undang-undang

agar setiap pengendali mewujudkan dan

menyelenggara dengan mengemaskini buku

daftar semua sijil Takaful yang dikeluarkan,

dan tiada sijil-sijil yang boleh dipindahkan

atau dikeluarkan dari daftar ini selagi

pengendali masih bertanggungjawab ke atas

pelan Takaful tersebut.

Daftar sijil ini berfungsi sebagai rekod

rasmi sijil-sijil perlindungan yang

dikeluarkan oleh pengendali. Buku daftar

sijil mestilah menyatakan maklumat

minimum yang diperlukan untuk

dimasukkan oleh Akta dan Peraturan-

Peraturan. Daftar boleh disediakan sama ada

dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau

dalam bentuk cetakan komputer. Akta tidak

menyatakan sebarang bentuk khusus bagi

tujuan di atas.

Page 184: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

184 Amalan Asas Takaful

Amalan Profesional

Sebagai tambahan kepada usaha untuk

memastikan penyelesaian tuntutan yang

segera dan adil sekiranya berlaku tuntutan,

tataetika Amalan Profesional harus

menyediakan jadual pemeriksaan

pengurusan risiko di mana pemeriksaan

boleh dijalankan, nasihat dan laporan

tuntutan dibincangkan dengan pelanggan

dalam usaha untuk menyediakan dan

memastikan situasi yang selesa kepada

pelanggan pada setiap masa. Tujuan

pemeriksaan tersebut adalah untuk

mengurangkan jumlah kos risiko

perniagaan, yang akhirnya membawa

kepada pengurangan kos pelan Takaful

yang disertai pelanggan.

Pengendali yang menerapkan Amalan

Profesional sedia maklum tentang semua

perkataan dan fasal yang terkandung dalam

sijil Takaful. Pengendali boleh membantu

peserta dengan membuat penilaian semula

pelan perlindungan Takaful secara percuma

di mana perlindungan sedia ada akan dikaji

secara terperinci dan menyediakan laporan

mengenai kesesuaian perlindungan tersebut

menghadapi risiko. Sekiranya terdapat

kekurangan dalam perlindungan sedia ada,

jabatan pengunderaitan akan menyediakan

laporan yang menonjolkan kekurangan

tersebut serta mencadangkan perlindungan

tambahan/lain yang bersesuaian.

Page 185: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 185

A8.8 NASIHAT DAN AMALAN YANG WAJAR

8.8.1 Piawaian Syariah Pertubuhan Perakaunan dan

Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)

AAOIFI menyediakan garis panduan mengenai isu-isu Syariah

berkaitan operasi Takaful seperti berikut:

Piawaian Syariah 26 – Takaful

Piawaian Syariah 41 – Takaful Semula

8.8.2 Piawaian Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan

AAOIFI

Garis Panduan Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan AAOIFI

berkaitan operasi Takaful adalah seperti berikut:

FAS 12 - Pembentangan dan Pendedahan Umum dalam

Penyata Kewangan Pengendali Takaful.

FAS 13 - Pendedahan mengenai Asas bagi Menentukan dan

Memperuntukkan Surplus atau Defisit Pengendali Takaful

FAS 14 – Pelaburan Dana

FAS 15 – Peruntukan dan Rezab dalam Operasi Takaful

FAS 19 – Sumbangan dalam Pengendali Takaful

8.8.3 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Piawaian IFSB berkaitan operasi Takaful adalah seperti berikut:

i. IFSB 8 - Garis Panduan Prinsip-Prinsip Pematuhan Akujanji

Takaful

Skop dan Liputan

Prinsip-Prinsip panduan hendaklah diguna pakai dalam semua

urusan operasi perniagaan Takaful atau akujanji, tanpa mengira

status mereka di sisi undang-undang. Prinsip itu juga harus

Page 186: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

186 Amalan Asas Takaful

diterapkan kepada semua model operasi yang diguna pakai oleh

akujanji Takaful. Akujanji Takaful digalakkan untuk

melaksanakan penggunaan amalan terbaik secara berterusan,

selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Prinsip Panduan ini,

dan menjelaskannya dengan membuat pendedahan yang

berkaitan. Matlamat mereka seharusnya mampu melaksanakan

struktur dan proses tadbir urus agar ia setanding dengan, jika

tidak lebih baik dari rakan konvensional mereka.

Prinsip-prinsip panduan telah digubal untuk digunakan dalam

akujanji Takaful am dan Takaful keluarga. Kesesuaian

penggunaannya kepada pengendali Takaful Semula agak terhad

kerana konsep operasi mereka yang berbeza dalam hal-hal

penting: contohnya, peserta reTakaful adalah pengendali Takaful

langsung (sebagai pejabat pengesid) berbanding dengan orang

ramai sebagai peserta Takaful. Oleh itu, isu-isu tadbir urus yang

timbul adalah agak berbeza. Satu kajian yang menyeluruh

mengenai model perniagaan pengendali Takaful semula adalah

diperlukan sebelum struktur dan proses tadbir urus yang baik

boleh disyorkan. Walau bagaimanapun, pengendali Takaful

Semula dan pihak berkuasa yang mengawal operasi Takaful

digalakkan untuk mempertimbangkan kebaikan prinsip-prinsip

panduan dalam usaha mereka mengukuhkan rangka kerja tadbir

urus dan menggunakannya sekiranya bersesuaian.

Pengendali Takaful mesti mematuhi sepenuhnya tanggungjawab

asas mereka kepada peserta, khususnya berhubung dengan

pematuhan dengan peraturan dan prinsip Syariah. Pematuhan

terhadap hukum-hukum Syariah perlu terus dikekalkan. Oleh

kerana ‘sebab-sebab kewujudan’ (raison d'être - bahasa Perancis)

Takaful ialah menawarkan produk perlindungan yang mematuhi

keperluan Syariah, prinsip-prinsip panduan hendaklah sentiasa

merujuk dan menyesuaikan cadangan dari prinsip-prinsip

panduan IFSB mengenai sistem tadbir urus Syariah berkaitan

dengan semua isu-isu pematuhan Syariah yang dihadapi oleh

pengendali Takaful.

Page 187: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 187

Menyentuh tentang keperluan pendedahan untuk menggalakkan

amalan yang baik dan ketelusan dalam operasi Takaful, Prinsip-

Prinsip Panduan mengesyorkan agar menerapkan pendekatan 6 -

'mematuhi atau menerangkan'. Pendekatan ini membolehkan

perlaksanaan Prinsip Panduan untuk menangani kepelbagaian

rangka kerja undang-undang dalam bidang kuasa masing-masing

di mana Takaful beroperasi. Tambahan pula, ia akan

memudahkan penerapan rangka kerja tadbir urus yang seimbang

dengan saiz, kerumitan dan ciri-ciri setiap Takaful.

ii. IFSB 11 – Piawaian Keperluan Kesolvenan Akujanji Takaful

(Insurans Islam)

Objektif Utama

Objektif dasar dokumen ini adalah untuk mengemukakan prinsip-

prinsip utama kepada keperluan kesolvenan untuk Takaful. Ia

dirangka berdasarkan tujuan dan objektif berikut:

Untuk meningkatkan kemungkinan bahawa Takaful akan

dapat memenuhi semua tanggungjawab kontraktual dan

komitmennya;

Untuk bertindak sebagai sistem amaran awal bagi campur

tangan pengawalseliaan dan tindakan pembetulan dengan

serta-merta, dengan mengambil kira bahawa pihak berkuasa

penyeliaan kadang-kadang mungkin mempunyai akses hanya

kepada maklumat yang tidak lengkap, dan kemungkinan

tindakan pembetulan yang diambil akan mengambil masa

untuk menghasilkan impak yang diingini;

Untuk menyediakan kaedah penampan supaya walaupun

peserta mengalami kerugian apabila berlaku kegagalan

dipihak Takaful, kesannya boleh dihadkan atau

dikurangkan, terutamanya kesan sistemik; dan

Untuk memupuk keyakinan dikalangan orang ramai,

khususnya para peserta terhadap kestabilan kewangan dalam

industri Takaful.

Page 188: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

188 Amalan Asas Takaful

Skop Penggunaan

Piawaian ini adalah terpakai kepada semua perniagaan Takaful

dan Takaful Semula. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa

penyeliaan boleh, mengikut budi bicara mereka, melanjutkan

kesesuaian penggunaannya kepada ”jendela” operasi Takaful

yang berada dalam bidang kuasa mereka. Di Malaysia operasi

“jendela” tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Piawaian ini memberi tumpuan hanya kepada Takaful sebagai

satu entiti tunggal, sementara isu-isu penyeliaan seluruh

kumpulan tidak diliputi dalam piawaian ini. Persatuan Penyelia

Insurans Antarabangsa secara aktif telah menggubal piawaian dan

panduan dalam bidang ini. IFSB akan memantau perkembangan

ini dan boleh membuat cadangan-cadangan lanjut pada masa akan

datang.

Piawaian ini memberi penekanan yang lebih khusus terhadap

keperluan kesolvenan untuk 'Dana Risiko Peserta (PRF) atau

Akaun Khas Peserta (PSA) yang tertakluk kepada pengunderaitan

dan kadar sumbangan yang dibuat atas dasar Tabarru’.

Pertimbangan atas keperluan kesolvenan untuk perniagaan

Takaful keluarga yang mempunyai elemen simpanan dalam

akaun berasingan, yang dipanggil Dana Pelaburan Peserta (PIF)

atau Akaun Peserta (PA). Biasanya, dana akaun peserta tidak

mengambil kira sama ada keperluan kesolvenan Takaful telah

dipenuhi kerana dana ini tidak memiliki surplus dalam PIF atau

PA individu atau PA untuk memenuhi kekurangan dalam PRF

atau PSA. Di samping itu, PIF atau PA biasanya adalah dana

yang dikhususkan kepada pelaburan, dan risiko pelaburan yang

berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta Takaful

tanpa perlu untuk sokongan modal dari pengendali Takaful dalam

bentuk Qard (pinjaman).

Page 189: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengantara Takaful 189

8.8.4 Garis Panduan Berkaitan untuk Takaful

Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia) di bawah bidang

kuasa Ketua Pengarah Takaful telah menyediakan garis panduan

tambahan bagi operasi Takaful yang merangkumi aspek

pengunderaitan, pelaburan dan memfailkan pulangan dan data

statistik (Penyerahan Statistik Pengendali Takaful - TOSS). BNM

juga mempunyai fungsi pemantauan iaitu dengan membuat

pemeriksaan audit ke atas pengendali Takaful.

Bagi Piawaian Perakaunan, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia

(MASB) telah mengeluarkan piawaian perakaunan bagi operasi

perniagaan Takaful am dan Takaful keluarga. Piawaian ini adalah

selaras dengan yang Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa yang

terpakai bagi entiti kepentingan awam.

Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 menyediakan garis panduan

percukaian untuk pengendali Takaful yang mengurus dana Takaful.

Terdapat beberapa aspek percukaian keatas beberapa perkara tertentu

yang tidak jelas atau meragukan kerana peruntukan percukaian

dirujuk kepada operasi insurans konvensional, sedangkan Takaful

beroperasi mengikut asas yang berbeza.

Page 190: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

190 Amalan Asas Takaful

Page 191: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 191

BAB A9

PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

PENDAHULUAN

Bab ini merupakan pengenalan kepada Takaful Perubatan dan

Kesihatan dan ianya akan dibincangkan di bawah tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan kepada Takaful Perubatan dan Kesihatan

Prinsip dan Amalan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Perundangan dan Peraturan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Tanggungjawab Memberitahu

Perlindungan Tidak Ditamatkan dengan Bayaran Tuntutan

Risiko Meningkat mengikut Masa dalam Takaful Perubatan

dan Kesihatan

Langkah-langkah Pembendungan Kos

Kemasukan ke Hospital 'Tanpa Tunai’

A9.1 PENGENALAN KEPADA TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

Berdasarkan dari statistik, seseorang itu besar kemungkinan

memerlukan beberapa jenis rawatan perubatan ketika hayatnya. Tiada

siapa yang boleh meramalkan apa dan berapakah bil-bil perubatan

yang akan mereka tanggung kelak. Sekiranya berlaku kemalangan

atau penyakit kritikal, kos perubatan boleh menjadi beban yang begitu

berat untuk ditanggung. Hanya segelintir individu yang mungkin

mampu menanggung kos perubatan. Takaful Perubatan dan Kesihatan

merupakan salah satu cara seseorang itu berupaya membayar kos

rawatan iaitu melalui pengumpulan sumber-sumber kewangan dari

peserta-peserta dan dikumpulkan dalam dana Takaful.

Page 192: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

192 Amalan Asas Takaful

Orang ramai menyertai skim Takaful Perubatan dan Kesihatan atas

sebab yang sama seperti mereka menyertai lain-lain pelan Takaful

iaitu untuk melindungi risiko kewangan mereka. Dengan Takaful

Perubatan dan Kesihatan, mereka melindungi diri dan keluarga

mereka sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan yang boleh

menjadi sangat mahal harganya.

Perkara 4 dalam Garis Panduan perniagaan Takaful Perubatan dan

Kesihatan mendefinisikan perlindungan Takaful Perubatan dan

Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat tertentu

seperti dinyatakan, terhadap risiko yang boleh menjadikan seseorang

itu hilang upaya sepenuhnya atau sebahagiannya, disebabkan sakit

atau lemah anggota badan. Manfaat mungkin ditawarkan dalam

bentuk bayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh

peserta sama ada dalam bentuk bayaran sekaligus daripada jumlah

perlindungan atau bayaran elaun atau aliran pendapatan sepanjang

tempoh masa yang dinyatakan, sekiranya peserta mengalami hilang

upaya dan/atau dimasukkan ke hospital.

A9.2 PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

Prinsip-prinsip Takaful yang sama dalam Takaful bukan-perubatan

digunakan dalam Takaful perubatan dan kesihatan. Antaranya ialah:

1. Kepentingan Boleh Lindung

2. Penuh Percaya Mutlak

3. Sebab Terhampir

4. Indemniti

5. Perkongsian Sama Rata

6. Subrogasi

7. Tabarru’

8. Waranti

Page 193: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 193

Amalan Takaful melibatkan proses berikut:

1. Pengunderaitan

2. Urus tadbir Tuntutan

A9.3 PERUNDANGAN DAN PERATURAN TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

9.3.1 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan

Kesihatan

Industri Takaful telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan

perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan telah muncul sebagai

segmen perniagaan yang pesat berkembang dalam industri Takaful.

Selaras dengan pertumbuhan industri yang pesat, Bank Negara

Malaysia telah memperkenalkan Garis Panduan Perniagaan Takaful

Perubatan dan Kesihatan yang dikuatkuasakan untuk semua sijil

Perubatan dan Kesihatan Takaful yang dipasarkan atau diperbaharui

pada atau selepas 2 Januari 2008.

1. Objektif

Objektif garis panduan ini ialah:

a. Mengekalkan kewibawaan dan kepercayaan orang ramai

untuk memastikan industri ini berkembang dan tumbuh

dengan pesat dan teratur.

b. Untuk mewujudkan pasaran Takaful kesihatan swasta yang

cekap dan berkesan yang menyokong matlamat dasar awam

demi memperluaskan liputan Takaful kesihatan swasta dan

melengkapi sistem penjagaan kesihatan awam yang sedia ada.

Berdasarkan dari objektif tersebut, garis panduan ini telah

menetapkan piawaian minimum yang secara keseluruhan

bertujuan untuk mencapai matlamat berikut:-

Page 194: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

194 Amalan Asas Takaful

a. Memenuhi keperluan individu agar mempunyai akses kepada

penjagaan kesihatan swasta mengikut kemampuan komersil

yang munasabah untuk penduduk berpendapatan sederhana.

b. Menetapkan tahap perlindungan yang sesuai untuk peserta.

c. Memastikan perniagaan yang mampan melalui

pengunderaitan yang munasabah dan dasar harga yang

berpatutan.

d. Menggalakkan persaingan yang sihat dalam industri bagi

membolehkan orang ramai mempunyai akses kepada pelbagai

pilihan perlindungan Takaful perubatan dan kesihatan yang

luas dan mampu dimiliki.

2. Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini meliputi syarat-syarat dan pengunderaitan

sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan, had manfaat yang perlu

ditetapkan, penetapan harga dan rezab atas polisi / sijil,

pemberitahuan kepada pengguna dan keperluan untuk

memasarkan sijil perlindungan kumpulan tanpa menjejaskan

kepentingan Takaful.

Garis panduan ini harus dibaca bersama-sama dengan:-

a. Seksyen 25, 26, 27, 28, 35 dan 36 Akta Takaful 1984.

b. Garis Panduan Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan

Produk dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan.

c. Garis Panduan mengenai Larangan Terhadap Amalan yang

Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful.

3. Penggunaan

Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua jenis produk

Takaful Perubatan dan Kesihatan yang termasuk dalam takrif

umum di bawah Bahagian II, termasuk, tetapi tidak terhad kepada

yang berikut:-

Page 195: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 195

a. Perbelanjaan Perubatan atau Hospital dan Takaful

Pembedahan;

b. Penyakit Kritikal atau Takaful Penyakit Merbahaya;

c. Takaful Penjagaan Jangka Panjang;

d. Takaful Pendapatan Hospital; dan

e. Takaful Pergigian

9.3.2 Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan Produk

dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan

Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah satu pelan yang kompleks,

oleh itu adalah sangat penting bagi pengguna untuk mempunyai

kefahaman yang memuaskan sebelum membuat keputusan untuk

menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali Takaful pula

mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat yang

mencukupi dan penting kepada bakal peserta untuk memastikan pelan

ini memenuhi keperluan dan kemampuan kewangan mereka.

Pemberitahuan Ini akan membantu mereka lebih memahami tentang

pelan perlindungan dan mengurangkan kemungkinan kes luput kerana

tidak membayar caruman / sumbangan.

Oleh yang demikian, surat pekeliling telah dikeluarkan untuk

menetapkan piawaian minimum bagi pendedahan produk dan

ketelusan dalam pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Piawaian minimum menetapkan keperluan pendedahan bahawa

semua pengendali Takaful yang mengunderait perniagaan Takaful

Perubatan dan Kesihatan perlu mematuhi piawaian minimum

tersebut. Ia juga memberitahu kepada bakal peserta tentang beberapa

perspektif maklumat yang perlu didedahkan oleh pengendali Takaful

sebelum bakal peserta membuat komitmen untuk menyertai pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan.

1. Objektif

Objektif surat pekeliling ini ialah:-

Page 196: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

196 Amalan Asas Takaful

a. Untuk memastikan peserta diberikan maklumat yang lengkap

dan jelas mengenai produk ketika dalam proses pemasaran,

bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan

memastikan produk tersebut benar-benar telah memenuhi

keperluan mereka.

b. Untuk membantu secara konsisten dalam pendedahan

maklumat penting perniagaan Takaful Perubatan dan

Kesihatan.

c. Untuk meminimumkan kemungkinan berlakunya kesilapan

pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

2. Penggunaan

Piawaian Minimum ini adalah terpakai untuk semua jenis pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan individu, termasuk rider yang

disertakan dalam pelan Takaful individu. Untuk pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, pengendali Takaful perlu

memastikan agar keperluan pemberitahuan dibuat kepada pemilik

sijil induk.

Piawaian minimum juga terpakai untuk semua saluran yang

digunakan untuk memasarkan pelan Takaful Perubatan dan

Kesihatan. Bagi maksud piawaian minimum ini, ‘bahan-bahan

pemasaran’ merujuk kepada semua bahan promosi dan apa-apa

bahan lain yang digunakan dalam proses penjualan. Sebarang

bentuk hebahan atau bahan pengiklanan mengenai pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan tidak tertakluk kepada piawaian

minimum. Hebahan atau iklan ini perlu memberikan maklumat

yang mencukupi kepada bakal peserta dan maklumat yang

diberikan hendaklah jelas, adil dan tidak mengelirukan.

3. Keperluan Pendedahan Khusus

Perkara 8 garis panduan piawaian minimum menyatakan bahawa

terdapat aspek-aspek tertentu didalam sijil Takaful Perubatan dan

Kesihatan berkaitan pelan dan ciri-ciri perlindungan yang

memerlukan penjelasan yang lebih teliti. Oleh itu, pengendali dan

Page 197: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 197

pengantara Takaful perlu menyediakan butir-butir yang

mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan

dan Kesihatan kepada bakal peserta. Ini bermakna bahawa bahan-

bahan pemasaran hendaklah mengandungi maklumat minimum

berikut;-

a. Maklumat mengenai Pengendali Takaful

Bahan-bahan pemasaran perlu menyatakan nama dan alamat

pengendali Takaful. Maklumat mengenai pengendali Takaful

hendaklah tepat dan terkini.

b. Keterangan Produk

Pengendali Takaful perlu menyertakan satu kenyataan

ringkas yang menerangkan tentang pelan, objektif utama dan

tujuan produk berkenaan.

c. Manfaat

Maklumat khusus mengenai manfaat pelan Takaful Perubatan

dan Kesihatan yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut:-

Bentuk dan amaun manfaat yang dibayar dibawah sijil

perlindungan; dan

Keterangan lanjut mengenai peristiwa, kejadian atau

keadaan kecemasan yang membolehkan manfaat dibayar.

Sebarang perubahan yang ingin dilakukan terhadap manfaat

pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat hanya

pada ulang tahun pelan atau apabila pelan diperbaharui.

Semua perubahan terhadap manfaat kritikal pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan hendaklah menyatakan sebab-sebab

dilakukan perubahan dan perlu diberitahu kepada semua

pemegang sijil pelan terbabit secara bertulis, sekurang-

kurangnya satu bulan sebelum tarikh pertukaran. Ini adalah

untuk memastikan pemegang sijil menyedari tentang

Page 198: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

198 Amalan Asas Takaful

perubahan yang akan dibuat dan memberi masa yang

mencukupi untuk menilai semula keperluan Takaful mereka

dan untuk mencari pelan alternatif, jika perlu.

d. Pengecualian dan batasan manfaat, pra-syarat sedia ada,

penyakit yang ditentukan dan tempoh kelayakan

Kebanyakan peserta tidak menyedari bahawa bayaran

manfaat Takaful Perubatan dan Kesihatan mungkin

dikecualikan atau terhad dibawah keadaan-keadaan tertentu

dan tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada, penyakit-

penyakit yang dinyatakan dan tempoh kelayakan. Oleh itu,

maklumat mengenai pengecualian faedah dan batasan

sebagaimana yang ditakrifkan dalam Panduan Pengunderaitan

Takaful Perubatan dan Kesihatan mestilah didedahkan

secukupnya dan diterangkan dengan jelas kepada bakal

peserta. Semua kemungkinan pengecualian atau batasan

dalam bahan pemasaran hendaklah didedahkan atau

diberitahu. Pendedahan sekurang-kurangnya perlu meliputi

perkara-perkara berikut:-

Sesuatu pernyataan untuk memberi amaran kepada bakal

peserta tentang fakta bahawa terdapat pengecualian dan

had batasan dalam manfaat pelan;

Menyatakan pengecualian penting dan had batasan

manfaat serta keadaan dimana pengecualian dan had

batasan digunakan;

Menyatakan syarat sedia ada yang penting, penyakit yang

dinyatakan dan tempoh kelayakan yang dikenakan;

Menyatakan tempoh menunggu, deduktibel, pembayaran

balik, Takaful bersama, pemastautin tunggal diluar

negara, rawatan di luar negeri dan keadaan yang

membolehkan pengecualian dan pembatasan digunakan;

dan

Suatu kenyataan untuk memberitahu bakal peserta

bahawa pengecualian dan pembatasan manfaat pelan

yang dinyatakan adalah tidak menyeluruh dan perlu

Page 199: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 199

merujuk kepada sijil Takaful untuk mendapatkan

maklumat lanjut. Pengendali Takaful boleh menggunakan

contoh-contoh mudah untuk menggambarkan pendedahan

diatas.

e. Sumbangan

Maklumat khusus mengenai sumbangan pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan yang perlu didedahkan adalah

seperti berikut:-

Jumlah, kekerapan dan tempoh sumbangan perlu dibayar

untuk mendapatkan manfaat pelan;

Jadual kadar sumbangan yang menunjukkan kadar

sumbangan pelan untuk semua peringkat umur diawal

kemasukan;

Keadaan-keadaan yang mungkin membawa kepada

senario berikut ketika pembaharuan sijil:-

Sijil diperbaharui dengan sumbangan paras (level).

Sijil diperbaharui dengan sumbangan meningkat.

Sijil tidak boleh diperbaharui.

Suatu kenyataan juga perlu dibuat untuk memberi amaran

kepada bakal peserta bahawa syarat-syarat yang dinyatakan

adalah tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin akan

dikaji semula atau permohonan pembaharuan sijil ditolak atas

sebab-sebab yang wajar;

Samada ia adalah sumbangan paras atau berbeza semasa

pembaharuan. Sekiranya sumbangan berbeza-beza

sebelum ini, statistik yang menunjukkan peningkatan

tahunan dan sumbangan purata untuk pelan berkaitan

dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, untuk contoh umur

yang dipilih pada umur kemasukan 30, 40, 50 dan 60

hendaklah didedahkan. Juga hendaklah ada suatu

kenyataan peringatan yang memberitahu bakal peserta

bahawa aliran kadar sumbangan yang meningkat pada

Page 200: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

200 Amalan Asas Takaful

tahun-tahun sebelumnya tidak semestinya menunjukkan

aliran yang serupa pada masa akan datang;

Pengendali Takaful berhak untuk mengkaji semula kadar

sumbangan peserta ketika pembaharuan sijil; ;

Implikasi sekiranya sumbangan tidak dibayar, khususnya

untuk sijil perlindungan yang bayaran sumbangan adalah

selain dari sumbangan tunggal; dan

Apabila maklumat mengenai kelayakan mendapat

potongan cukai pendapatan atas sumbangan yang telah

dibayar dinyatakan dalam bahan pemasaran, pengendali

Takaful harus memastikan bahawa maklumat tersebut

adalah benar. Perubahan dalam sumbangan pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat pada ulang tahun

sijil atau apabila pembaharuan sahaja. Semua perubahan

dalam sumbangan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan

serta sebab-sebab bagi perubahan perlu dimaklumkan

kepada peserta secara bertulis sekurang-kurangnya satu

bulan sebelum tarikh pembaharuan.

f. Lain-lain

pendedahan maklumat lain yang berkaitan dengan pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah seperti berikut:-

Peserta diberi ‘tempoh bebas melihat / tempoh bertenang’

selama 15 hari dari tarikh menerima sijil Takaful untuk

mengkaji semula kesesuaian pelan Takaful Perubatan dan

Kesihatan yang baru disertai. Pengendali perlu

menekankan bahawa peserta boleh mengembalikan sijil,

dan potongan perbelanjaan yang ditanggung untuk

pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada caruman jika

sijil Takaful dikembalikan kepada pengendali Takaful

dalam tempoh berkenaan; dan

Terdapat kemungkinan peserta akan beralih dari satu

jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada

pelan yang lain atau dari satu pembekal kepada pembekal

yang lain. Peserta perlu diberitahu bahawa sekiranya

Page 201: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 201

mereka bertindak menukar pelan perlindungan, mereka

tidak akan menerima bayaran penuh sebagaimana yang

dinyatakan di bawah manfaat Takaful Perubatan dan

Kesihatan.

4. Senarai semak

Senarai semak menunjukkan pengesahan bahawa pengantara

telah memberi penerangan dengan jelas mengenai maklumat-

maklumat penting produk kepada bakal peserta.

5. Melaporkan ke Bank Negara Malaysia mengenai Semua

Produk Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Perkara 11, garis panduan piawaian menyatakan bahawa terma-

terma dan syarat-syarat, kadar caruman dan bahan-bahan

pemasaran semua pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mesti

diluluskan oleh aktuari yang dilantik dalam mana-mana

perniagaan Takaful Keluarga dan kelulusan aktuari berkelayakan

untuk perniagaan Takaful Am, serta melaporkannya kepada Bank

Negara Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ia

digunakan untuk memasarkan pelan Takaful Perubatan dan

Kesihatan.

9.3.4 JPI/GPI 28 – Garis Panduan Amalan Tidak Adil dalam

Perniagaan Takaful

Lanjutan dari Cadangan 4.27 Pelan Induk Sektor Kewangan, Bank

Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Tidak

Adil dalam Perniagaan Takaful. Ia bertujuan mengukuhkan peraturan

tingkah laku pasaran bagi menggalakkan layanan yang lebih adil dan

saksama kepada pengguna. Antara langkah-langkah yang

dilaksanakan di bawah garis panduan ini termasuklah menggalakkan

standard ketelusan, profesionalisme dan akauntabiliti yang lebih

tinggi semasa menjalankan perniagaan Takaful. Garis panduan ini

akan terus menyokong asas yang sedia kukuh bagi pembangunan

Page 202: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

202 Amalan Asas Takaful

industri Takaful yang teratur dalam persekitaran yang semakin

kompetitif di sektor kewangan.

A9.4 PERLINDUNGAN TIDAK DITAMATKAN DENGAN

BAYARAN TUNTUTAN

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan

bayaran tuntutan sehingga ke had yang dinyatakan dalam sijil

Takaful. Had bayaran tersebut mungkin salah satu atau kombinasi

berikut:

1. Had bagi setiap hilang upaya (per disability limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta bagi

setiap hilang upaya, umpamanya bagi setiap kemasukan ke

hospital.

2. Had tahunan keseluruhan (overall annual limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam

satu tahun sijil.

3. Had sepanjang hayat (lifetime limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta

sepanjang hayatnya.

Bayaran tuntutan tidak akan menamatkan kuatkuasa sijil, kecuali

disebabkan tuntutan kematian.

A9.5 RISIKO MENINGKAT MENGIKUT MASA

Takaful Perubatan dan Kesihatan melibatkan morbiditi

(kebarangkalian hilang upaya akibat dari kemalangan atau penyakit).

Secara umumnya, risiko meningkat seiring dengan peningkatan usia.

Lain-lain faktor-faktor luaran seperti pekerjaan dan faktor-faktor alam

sekitar juga boleh mempengaruhi risiko.

Page 203: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 203

A9.6 LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KOS

Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful

Perubatan dan Kesihatan menjadi kurang menguntungkan. Bagi

membendung kos dan penyalahgunaan yang timbul daripada tuntutan

yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh pengendali

Takaful, termasuk kaedah berikut:

1. Had kawalan dalaman

2. Jadual prosedur pembedahan

3. Tempoh maksimum pampasan

4. Tempoh masa kos perbelanjaan akan dibayar

5. Pembayaran bersama untuk menaik-taraf bilik

6. Deduktibel

7. Panel hospital

A9.7 KEMASUKAN KE HOSPITAL TANPA BAYARAN

TUNAI

Dibawah konsep kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai, apabila

pemegang sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dimasukkan ke

hospital, kemasukan ke wad hospital panel diuruskan dengan adanya

surat jaminan dan pihak hospital tidak lagi memerlukan bayaran

deposit. Apabila pemegang sijil mendaftar keluar dari hospital, ia

tidak perlu membayar bil rawatan. Semua faedah rawatan yang layak

diterima oleh pemegang sijil akan ditanggug oleh pengendali Takaful.

Pengendali Takaful yang diwakili oleh pentadbir pihak ketiga (Third

Party Administrator – TPA) akan berurusan dengan pihak hospital

dan menyelesaikan semua bayaran bil rawatan. Pemegang sijil hanya

perlu membayar caj yang tidak ditanggung oleh pengendali Takaful.

Perlu dinyatakan bahawa urusan kemasukan ke hospital tanpa

menggunakan wang tunai ini biasanya dibuat tanpa ikatan kontrak

tetap, kecuali sekiranya ia dinyatakan secara khusus dalam kontrak

Takaful. Kemudahan ini dianggap sebagai khidmat nilai tambah yang

disediakan oleh pengendali Takaful kepada pemegang sijil yang

layak.

Page 204: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

204 Amalan Asas Takaful

1. Pentadbir Pihak Ketiga (Third Party Administrator – TPA)

Pentadbir Pihak Ketiga adalah wakil kepada pengendali Takaful,

yang bertanggungjawab menyelesaikan pembayaran balik

tuntutan dan tuntutan tanpa tunai. Pentadbir pihak ketiga juga

yang meluluskan permintaan pihak yang menuntut (pemegang

sijil) perkhidmatan tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan

tersebut. Fungsi tugas pentadbir pihak ketiga adalah seperti

berikut:

a. Perkhidmatan Tanpa Wang Tunai

Perkhidmatan tanpa wang tunai adalah salah satu fungsi

penting pentadbir pihak ketiga, yang bermaksud sekiranya

peserta dimasukkan ke hospital yang disenaraikan dalam

senarai panel pengendali Takaful, bil rawatan akan dibayar

secara langsung oleh pengendali Takaful dan peserta tidak

perlu membayar apa-apa.

b. Penyelesaian Tuntutan

Pentadbir pihak ketigalah yang bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal tuntutan – dari menerima notis

pemberitahuan tuntutan, menasihati pelanggan mengenai

pilihan hospital panel, meluluskan tuntutan tanpa tunai dan

pembayaran balik, dan sehinggalah membayar tuntutan

kepada pelanggan.

c. Menyelenggara Pengkalan Data

Apabila sijil Takaful telah dikeluarkan, semua rekod

pemegang sijil akan disampaikan kepada pentadbir pihak

ketiga. Semua urusan komunikasi peserta adalah dengan

pentadbir pihak ketiga dan tidak dengan pengendali Takaful.

Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir pihak ketiga untuk

menyelenggara pangkalan data peserta dan mengeluarkan kad

keahlian kepada mereka dengan nombor pengenalan yang

unik.

Page 205: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205

BAB A10

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut:

Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Skop perlindungan

Istilah-istilah penting yang digunakan dalam Takaful

Perubatan dan Kesihatan

A10.1 JENIS PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN

KESIHATAN

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mempunyai pelbagai jenis

dan syarat-syarat perlindungan. Ia boleh ditawarkan sebagai pelan

individu atau pelan berkumpulan. Untuk pelan individu,

sumbangan biasanya bergantung kepada umur dan akan meningkat

seiring dengan usia, sementara untuk pelan berkumpulan,

sumbangan dikira berdasarkan ciri-ciri kumpulan secara

keseluruhan, seperti umur purata dan tahap bahaya pekerjaan.

Secara amnya, pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi

jenis-jenis berikut:

1. Takaful Perbelanjaan Perubatan iaitu termasuk Takaful

Penghospitalan & Pembedahan dan Takaful Perbelanjaan

Perubatan Utama.

2. Takaful Faedah Tunai Penghospitalan

3. Takaful Penyakit Kritikal

4. Takaful Pendapatan Hilang Upaya

Page 206: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

206 Amalan Asas Takaful

Terdapat pengendali Takaful yang menawarkan pelan Takaful

perbelanjaan perubatan yang melindungi:

1. Perbelanjaan klinikal (rawatan pesakit luar)

2. Perbelanjaan pergigian

3. Perbelanjaan bersalin

A10.2 SKOP PERLINDUNGAN

1. Perbelanjaan Perubatan (Medical Expenses)

Skop perlindungan perbelanjaan perubatan ialah membiayai kos

rawatan penyakit dan kecederaan, tertakluk kepada had dan syarat-

syarat yang terkandung didalam sijil Takaful. Pelan perbelanjaan

perubatan biasanya melindungi amaun yang melebihi amaun

deduktibel yang telah dipersetujui lebih awal.

2. Penghospitalan dan Pembedahan (Hospitalization and

Surgical)

Perlindungan penghospitalan dan pembedahan meliputi

perbelanjaan berkaitan kos rawatan kemasukan ke hospital. Tujuan

utama pelan ini untuk menampung perbelanjaan pembedahan dan

penginapan hospital. Pilihan perlindungan dan kos pembiayaan

adalah berbeza-beza, bergantung kepada sijil tertentu. Walau

bagaimanapun, perlindungan pelan ini biasanya tidak menyeluruh

berbanding dengan pelan Takaful perubatan utama.

Secara amnya, manfaat yang disediakan di bawah pelan Takaful

penghospitalan dan pembedahan adalah seperti berikut:

• Bilik dan Penyediaan Makanan

• Unit Kawalan Rapi

• Perkhidmatan dan Bekalan Hospital

• Yuran Pakar Bius

• Yuran Pakar Bedah

• Bayaran Bilik Bedah

Page 207: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 207

• Lawatan Doktor Pakar di Hospital

• Ujian Diagnosa Sebelum Kemasukan Ke Hospital

• Khidmat Pakar Runding Sebelum Kemasukan Ke Hospital

• Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital

• Rawatan Pesakit Luar Kecemasan / Kemalangan

• Bayaran Khidmat Ambulans

Terdapat juga pelan yang melindungi:

• Elaun Tunai Hospital

• Rawatan Kanser Pesakit Luar

• Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

• Pemindahan Organ

3. Perbelanjaan Perubatan Utama (Major Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama adalah sejenis pelan Takaful

perubatan dan kesihatan yang menyediakan manfaat untuk

kebanyakan perbelanjaan perubatan yang mungkin ditanggung

oleh peserta. Perbelanjaan perubatan utama menyediakan

perlindungan yang lebih meluas – termasuk perbelanjaan semasa

dimasukkan ke hospital dan selepas keluar dari hospital – dengan

manfaat individu yang lebih tinggi dan had maksimum sijil.

Perlindungan untuk caj rawatan perubatan adalah lebih meluas

dengan beberapa had dalaman dan manfaat maksimum

keseluruhan yang lebih tinggi, disediakan dalam pelan berikut:

a. Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan (Supplemental

Major Medical Expenses)

Apabila pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan

disertakan, ia biasanya dianggap sebagai sokongan dan

memperkukuhkan pelan asas yang biasanya termasuk manfaat

hospital, pembedahan dan perlindungan perubatan bersama-sama

dengan pelan tambahan yang meliputi pelbagai perbelanjaan

perubatan yang lebih meluas. Secara amnya, pelan asas akan

Page 208: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

208 Amalan Asas Takaful

menampung perbelanjaan yang tiada deduktibel sehingga ke had

sijil. Mana-mana amaun yang melebihi had itu, pelan tambahan

akan mula berfungsi iaitu beroperasi dengan cara yang sama

seperti pelan komprehensif yang tidak memberikan liputan ringgit

yang pertama. Secara mudahnya, apabila bayaran manfaat di

bawah pelan asas telah mencapai had maksimum, peserta perlu

menanggung amaun deduktibel, dan disinilah perlindungan

perubatan utama tambahan akan menampung perbelanjaan

tersebut. Oleh kerana deduktibel berlaku antara pelan asas dan

pelan tambahan, ia sering dirujuk sebagai koridor yang

dibenarkan. Sama seperti pelan Perubatan Utama Komprehensif,

pelan tambahan akan memasukkan had stop-loss dan had manfaat

sepanjang hayat maksimum.

Contoh:-

Puan Sakinah menyertai kedua-dua pelan perlindungan iaitu pelan

Takaful perubatan asas dan pelan perubatan utama tambahan.

Beliau telah dimasukkan ke hospital dan bil rawatan melebihi had

manfaat pelan asas.

Oleh kerana had manfaat pelan asas telah digunakan sepenuhnya,

pelan tambahan akan mula berfungsi. Pelan tambahan ini akan

membayar bil perubatan seperti yang dinyatakan dalam sijil,

selepas ditolak amaun deduktibel. Sebagai contoh, pelan

perlindungan akan membayar 80% dari jumlah keseluruhan

sementara Puan Sakinah membayar baki 20% bill rawatan.

b. Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif

(Comprehensive Major Medical Expenses)

Pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif adalah pelan

perubatan dan kesihatan yang menyediakan perlindungan bagi

kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan. Ia adalah serupa dengan

pelan Takaful Penghospitalan dan Pembedahan, tetapi pelan ini

mengenakan sejumlah amaun deduktibel. Kebanyakan pelan

perubatan utama akan membayar amaun yang melebihi amaun

Page 209: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 209

deduktibel sahaja. Peruntukan deduktibel dianggap telah dipenuhi

apabila peserta dapat menunjukkan bukti yang ia telah membayar

perbelanjaan yang sepatutnya di bawah tanggungannya.

Satu lagi ciri-ciri penting perlindungan perubatan utama ialah ia

menggunakan konsep Takaful bersama iaitu perkongsian antara

pengendali Takaful dan peserta untuk membayar apa-apa

perbelanjaan yang melebihi amaun deduktibel. Pengendali Takaful

akan menanggung sebahagian besar perbelanjaan, biasanya

membayar 80% manakala peserta bertanggungjawab untuk

membayar baki 20%. Nisbah-nisbah lain juga mungkin digunakan

seperti yang terkandung dalam sijil tertentu, umpamanya nisbah

75 : 25.

c. Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan (Excess Major

Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan biasanya ditawarkan

sebagai amaun tambahan nilai (top-up) kepada pelan perubatan

utama. Apabila amaun tuntutan melebihi had pelan asas, pelan

perbelanjaan perubatan utama lebihan akan mula berfungsi.

• Asas Perlindungan Takaful

Pelan Takaful Penghospitalan dan Pembedahan Komprehensif

juga dikenali sebagai pelan 'Seperti yang Dikenakan'. Sijil

perlindungan biasanya melindungi jumlah sebenar yang

dikenakan oleh pihak hospital, selain dari perbelanjaan bilik

dan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, pengendali

Takaful mungkin mengenakan mekanisma kawalan dengan

meletakkan had pampasan bagi setiap manfaat. Antara bentuk

had sekatan yang dikenakan oleh pengendali Takaful ialah had

bagi setiap hilang upaya, had tahunan keseluruhan dan had

sepanjang hayat keseluruhan.

Page 210: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

210 Amalan Asas Takaful

• Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah

sama seperti pelan perubatan dan kesihatan individu. Ia

biasanya merupakan pelan perlindungan yang sumbangannya

ditanggung oleh majikan untuk melindungi pemilik

perniagaan, pekerja dan tanggungan pekerja. Kadar

sumbangan dibawah pelan ini dikira berdasarkan ciri-ciri

kumpulan secara keseluruhan, seperti umur purata dan tahap

bahaya pekerjaan; berbeza dengan pelan individu di mana

potensi risiko setiap orang dinilai.

Terdapat dua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan

Berkumpulan iaitu:

a. Berasaskan sumbangan (contributory)

Dibawah pelan ini, pekerja perlu mencarum sebahagian

dari sumbangan kumpulan. Biasanya pelan ini

memerlukan sekurang-kurangnya 75% penyertaan pekerja

yang layak.

b. Berasaskan tanpa sumbangan (non-contributory)

Dibawah pelan jenis ini, tiada sumbangan dari pekerja

kerana majikan menanggung sepenuhnya bayaran

sumbangan. Walau bagaimanapun, pelan ini memerlukan

penyertaan 100% pekerja yang layak.

• Pelan Takaful Manfaat Tunai Penghospitalan

Pelan ini menyediakan manfaat tunai harian sekiranya peserta

dimasukkan ke hospital kerana semua sebab-sebab, tertakluk

kepada terma-terma dan syarat-syarat rider. Ia boleh

ditawarkan sebagai pelan perlindungan asas (stand-alone) atau

sebagai rider/manfaat sampingan yang disertakan pada pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Page 211: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 211

• Pelan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap sebarang

penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil. Ia juga

dikenali sebagai pelan Takaful penyakit merbahaya. Apabila

peserta didiagnosa mengalami atau menghidap salah satu dari

penyakit kritikal seperti yang dinyatakan dalam sijil, pelan

Takaful ini akan membayar sejumlah amaun sekaligus kepada

peserta.

Pelan ini ditawarkan sebagai pelan asas atau sebagai rider

kepada sijil perlindungan Takaful keluarga.

• Pelan Takaful Pendapatan Hilang Upaya

Pelan ini melindungi pendapatan benefisiari dari risiko

ketidakupayaan untuk melakukan kerja dan oleh itu ia

kehilangan pendapatan. Manfaat yang diperolehi termasuklah

cuti sakit bergaji, manfaat hilang upaya jangka pendek dan

manfaat hilang upaya jangka panjang.

A10.3 ISTILAH-ISTILAH PENTING YANG DIGUNAKAN

DALAM TAKAFUL PERUBATAN DAN

KESIHATAN

Istilah Keterangan

Kemalangan Suatu peristiwa atau kejadian yang tidak

diduga dan tidak diingini.

Anti pemilihan Kecenderungan lebih kepada risiko yang

buruk berbanding dengan yang normal

untuk membeli atau mengekalkan

perlindungan Takaful, atau berbanding

dengan seseorang yang mempunyai

jangkaan kerugian ditahap biasa atau lebih

baik dari biasa.

Page 212: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

212 Amalan Asas Takaful

Timbangtara Suatu bentuk pilihan penyelesaian

pertikaian di mana orang tengah yang tidak

berat sebelah atau panel memberikan

pendapat tentang tanggungjawab atau takat

kerugian.

Kenyataan Pakar

Perubatan

yang Merawat

(APS)

Lebih kerap disebut sebagai 'rekod

perubatan' yang biasanya diperlukan oleh

Takaful untuk menentukan keadaan

kesihatan pemohon ketika mengemukakan

permohonan perlindungan. Pemohon

membenarkan pengendali Takaful

menghubungi doktor untuk mendapatkan

rekod perubatan, sama ada sebelum

kelulusan perlindungan atau apabila sijil

perlindungan telah berkuatkuasa.

Had Manfaat Amaun maksimum yang layak diperolehi

untuk perkhidmatan semasa dilindungi

dibawah sijil Takaful.

Takaful Bersama Peruntukan di mana peserta yang dikenakan

nisbah bayaran lebih rendah dari peratusan

yang ditanggung oleh pengendali Takaful

akan menerima bayaran ganti rugi kurang

dari amaun sebenar; peruntukan yang

biasanya terdapat dalam Takaful perubatan,

dimana peserta dan pengendali Takaful

berkongsi kerugian yang dilindungi di

bawah sijil dalam nisbah yang ditetapkan,

sebagai contoh, 80% oleh pengendali

Takaful dan 20% oleh peserta.

Takaful

Perubatan

Utama

Komprehensif

Pelan Takaful yang direka untuk memberi

perlindungan yang ditawarkan di bawah

pelan asas dan pelan Takaful perubatan

utama.

Page 213: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 213

Pembaharuan

Bersyarat

Peruntukan penerusan sijil Takaful

kesihatan dimana pengendali Takaful tidak

boleh membatalkan sijil perlindungan

ketika ia masih berkuatkuasa, tetapi

pengendali boleh menolak permohonan

memperbaharui sijil di bawah syarat

tertentu yang dinyatakan dalam kontrak.

Sumbangan /

caruman

Pelan Takaful Berkumpulan yang

dikeluarkan kepada majikan di mana kedua-

dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja

sama-sama membayar sumbangan /

caruman kos pelan berkenaan.

Perbelanjaan

yang dilindungi

Perbelanjaan hospital, perubatan, dan lain-

lain perbelanjaan penjagaan kesihatan yang

ditanggung oleh peserta, yang layak

menerima bayaran manfaat dibawah pelan

Takaful kesihatan.

Deduktibel Sejumlah bayaran yang perlu ditanggung

oleh peserta setiap tahun untuk menampung

perbelanjaan perubatan, sebelum pelan

Takaful membayar baki bil perbelanjaan

berkenaan.

Hilang Upaya Kelainan fizikal atau mental yang

menghadkan satu atau lebih aktiviti

kehidupan normal seseorang individu. Ia

mungkin sebahagian atau sepenuhnya.

Takaful

Kesihatan

Takaful terhadap kerugian kewangan akibat

penyakit atau kecederaan anggota badan

disebabkan kemalangan. Perlindungan yang

menyediakan pembayaran manfaat untuk

penyakit atau kecederaan yang dilindungi.

Pelbagai jenis Takaful dibawah

Page 214: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

214 Amalan Asas Takaful

perlindungan ini ialah seperti Takaful

Kemalangan, Takaful Pendapatan Hilang

Upaya, Takaful Perbelanjaan Perubatan

dan Takaful Kematian Akibat Kemalangan.

Had Sepanjang

Hayat

Jumlah maksimum manfaat yang

disediakan kepada peserta untuk tempoh

sepanjang hayatnya.

Penjagaan

tempoh Jangka

Panjang

Perkhidmatan kesihatan dan penjagaan

kesihatan yang menyeluruh dan berterusan

kepada orang yang berpenyakit kronik,

hilang upaya atau terencat. Perkhidmatan

boleh diberikan kepada pesakit dalam

(kemudahan pemulihan, rumah penjagaan,

hospital sakit jiwa) pesakit luar atau

penjagaan di rumah.

Takaful

Perbelanjaan

Perubatan

Utama

Suatu bentuk Takaful kesihatan yang

menyediakan manfaat bagi kebanyakan

jenis perbelanjaan perubatan sehingga ke

had maksimum yang tinggi, umpamanya

RM250,000 atau lebih selepas deduktibel,

umpamanya RM500 atau lebih. Kontrak

berkenaan mungkin menetapkan had

dalaman dan biasanya tertakluk kepada

Takaful bersama.

Takaful

Perbelanjaan

Perubatan

Suatu bentuk Takaful kesihatan yang

menyediakan manfaat untuk perbelanjaan

yang ditanggung bagi rawatan perubatan.

Bentuk Takaful kesihatan ini memberi

manfaat perbelanjaan khidmat pakar

perubatan, hospital, kejururawatan,

perkhidmatan berkaitan kesihatan dan

pembekalan. Manfaat-manfaat ini mungkin

berkaitan dengan perbelanjaan sebenar,

Page 215: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 215

amaun yang dinyatakan atau perkhidmatan

yang diberikan. Perlidungan tersebut

kadang kala meliputi manfaat langkah

pencegahan, diagnosa serta rawatan.

Perbelanjaan

Pelbagai

Perbelanjaan berkaitan dengan Takaful

hospital, caj hospital (selain dari caj bilik

dan penyediaan makanan) seperti sinar-X,

ubat-ubatan, makmal dan caj-caj sampingan

lain. (Kadang-kadang dirujuk sebagai caj

sampingan).

Tanpa

Sumbangan

Istilah yang digunakan dalam pelan manfaat

pekerja di mana majikan menanggung

sepenuhnya kos pembiayaan manfaat untuk

pekerja. Seratus peratus daripada

kakitangan yang layak mesti menyertai

pelan perlidungan berkenaan.

Pesakit Luar Pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital

dan menerima rawatan perubatan.

Keadaan Sedia

Ada

Keadaan fizikal dan / atau mental peserta

yang diperlihatkan (sedia ada) sebelum

pengeluaran sijil atau yang telah wujud

sebelum perlindungan dan rawatan

diterima. Keadaan fizikal yang wujud

sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa.

Tempoh

Menunggu

Suatu tempoh dari tarikh sijil dikeluarkan

sehingga ke tarikh tertentu, biasanya 180

hari, di mana dalam tempoh tersebut tiada

perlindungan penyakit disediakan. Syarat

ini diwujudkan bagi mengurangkan /

menghapuskan penyakit yang sebenarnya

telah wujud sebelum sijil perlidungan

berkuatkuasa.

Page 216: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

216 Amalan Asas Takaful

Caj yang

Munasabah dan

mengikut

Kebiasaan

Caj penjagaan kesihatan yang sejajar

dengan kadar pasaran semasa atau caj bagi

kawasan geografi tertentu untuk

perkhidmatan yang sama atau serupa.

Bayaran Balik Pembayaran bil perbelanjaan yang

ditanggung akibat kemalangan atau

penyakit, tetapi tidak melebihi apa-apa

amaun yang dinyatakan dalam sijil Takaful.

Page 217: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 217

BAB A11

PENGUNDERAITAN TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Pengunderaitan adalah salah satu fungsi terpenting dalam operasi

Takaful. Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada:

Tujuan Pengunderaitan

Borang Cadangan

Anti Pemilihan

Proses Pemilihan Risiko

Pengunderaitan Perubatan

Sumber Maklumat Pengunderaitan

Keputusan Pengunderaitan

Kecukupan Sumbangan

Pengeluaran Sijil

Bayaran Sumbangan

Penamatan Sijil

A11.1 TUJUAN PENGUNDERAITAN

Pengunderaitan Takaful adalah proses pengkelasan, pengkadaran

dan pemilihan risiko. Secara mudahnya, ia adalah satu proses

pemilihan risiko. Proses pemilihan ini meliputi prosedur menilai

maklumat dan sumber-sumber untuk menentukan bagaimana

individu akan diklasifikasikan (sama ada sebagai risiko yang

standard atau sub-standard). Setelah prosedur pengkelasan selesai,

proses seterusnya ialah penetapan kadar sumbangan yang perlu

dibayar oleh pemohon. Sijil kemudiannya akan dikeluarkan dan

diserahkan kepada peserta.

Page 218: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

218 Amalan Asas Takaful

Tujuan utama pengunderaitan adalah untuk menganalisa risiko,

menilai jenis pendedahan risiko yang akan ditanggug oleh

pengendali Takaful, dan mewujudkan satu dana sumbangan bagi

menampung risiko dan pendedahan berkenaan. Melalui proses

tersebut, pengunderait dapat merangka program Takaful yang

komprehensif dan memenuhi keperluan peserta pada harga yang

paling munasabah.

Setelah peserta diterima sebagai ahli pelan Takaful, mereka perlu

membayar sumbangan tetap. Sebahagian dari sumbangan akan

didermakan ke dana Tabarru’. Dana ini akan digunakan untuk

membayar pampasan atau gantirugi. Untuk memastikan dana

berkenaan mempunyai baki yang mencukupi bagi menampung

bayaran tuntutan, pengunderait perlu:

1. Melindungi atau berhati-hati dengan proses anti pemilihan;

2. Mengenakan kadar sumbangan yang sepadan dengan risiko

yang ditanggung.

A11.2 BORANG CADANGAN

Borang cadangan digunakan oleh pengendali Takaful untuk

menentukan sama ada risiko boleh diterima dan jika ya, berapakah

kadar sumbangan yang sepatutnya dikenakan. Borang cadangan

merupakan suatu keperluan yang paling asas untuk menjadikan

kontrak Takaful keluarga diantara peserta dan pengendali Takaful

berfungsi. Borang perlu diisi dengan lengkap oleh pencadang,

yang mungkin boleh meminta bantuan dari ejen Takaful keluarga

untuk melengkapkannya.

Borang cadangan diisi bagi tujuan mengumpulkan maklumat asas

diri pencadang. Ini termasuklah nama, umur, alamat, taraf

pendidikan dan butir-butir pekerjaan pencadang. Borang cadangan

juga mengumpulkan maklumat mengenai sejarah perubatan hayat

yang dilindungi (peserta). Disamping itu, terdapat soalan-soalan

yang berkaitan dengan sejarah kesihatan ahli keluarga hayat yang

dilindungi. Pencadang dan hayat yang dilindungi perlu

Page 219: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 219

menyatakan sumber pendapatan mereka dalam borang cadangan

supaya pengendali Takaful dapat menilai keupayaan pencadang

membayar caruman / sumbangan.

Borang cadangan juga mengandungi soalan-soalan berkaitan

dengan Takaful / perlindungan yang disertai atas hayat pencadang

dan juga hayat yang dilindungi dari pengendali Takaful Keluarga

lain serta butir-butir sijil berkenaan. Hayat yang dilindungi perlu

memberitahu atau mendedahkan butiran mengenai tabiat yang

berkaitan dengan penggunaan tembakau dan minuman keras.

Selepas mengisi borang dan menjawab semua soalan di dalamnya,

pencadang perlu menandatangani borang tersebut. Sebarang

pindaan atau pembatalan pada borang cadangan perlu disahkan

dengan menandatangani pada setiap pindaan yang dibuat.

Pencadang boleh melampirkan helaian dokumen tambahan kepada

borang cadangan jika dia mahu berkongsi dengan pengendali

Takaful apa-apa maklumat yang tidak diminta, yang difikirkan

boleh membantu pengendali membuat keputusan yang betul. Ia

menjadi kepentingan pencadang untuk berkongsi maklumat yang

benar dengan pengendali Takaful keluarga agar ianya dapat

membantu pengendali Takaful untuk membuat keputusan yang

tepat dan berhemah.

Maklumat yang diperolehi akan digunakan oleh pengendali

Takaful untuk menentukan sama ada sijil boleh dikeluarkan atau

sebalikya. Pengunderait Takaful keluarga menggunakan maklumat

mengenai sejarah kesihatan dan keluarga hayat yang dilindungi

untuk menentukan kadar sumbangan yang akan dikenakan.

Pengendali Takaful memberikan salinan borang cadangan kepada

peserta, bersama-sama dengan dokumen sijil Takaful keluarga.

Peserta perlu membaca keseluruhan dokumen sijil dengan teliti

dan juga salinan borang cadangan Takaful Keluarga. Sebarang

percanggahan yang terdapat dalam salinan itu harus dibawa ke

pengetahuan pengendali Takaful untuk mengelakkan sebarang

penipuan.

Page 220: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

220 Amalan Asas Takaful

A11.3 ANTI PEMILIHAN

Istilah anti pemilihan menerangkan keadaan di mana permintaan

individu untuk Takaful mempunyai kaitan yang positif dengan

risiko kerugian dan pengendali Takaful tidak membenarkan

korelasi ini dalam penentuan harga atau kadar sumbangan. Ini

mungkin kerana beberapa maklumat peribadi hanya diketahui oleh

individu berkenaan sahaja, atau kerana peraturan-peraturan atau

norma-norma sosial telah menghalang pengendali Takaful

menggunakan beberapa kategori maklumat yang diketahui untuk

menetapkan harga (contohnya pengendali Takaful mungkin

dilarang daripada menggunakan maklumat seperti jantina atau

asal-usul etnik atau keputusan ujian genetik). Senario halangan ini

kadang-kala dirujuk sebagai ‘kawalan anti pemilihan’.

Kecenderungan untuk terpengaruh dengan fenomena pemilihan

yang bertentangan (adverse) boleh digambarkan melalui hubungan

antara status merokok dan kemortalan. Secara amnya, individu

bukan perokok lebih berkemungkinan untuk hidup lebih lama,

manakala perokok pula dikatakan lebih berkemungkinan mati

ketika usia muda. Jika pengendali Takaful tidak membezakan

kadar harga / sumbangan pelan Takaful keluarga mengikut status /

tabiat, pengendali dilihat seolah-olah menggalakkan perokok

berbanding bukan perokok. Jadi, perokok mungkin lebih berminat

untuk menyertai Takaful atau cenderung untuk membeli

perlindungan yang lebih tinggi berbanding dengan bukan perokok.

Kadar kemortalan purata kumpulan pemilik sijil akan lebih tinggi

berbanding dengan mortaliti purata penduduk awam.

Dari sudut pandangan pengendali Takaful, kemortalan yang tinggi

dikalangan kumpulan yang ‘memilih’ untuk menyertai Takaful

adalah ‘bertentangan’ dengan objektif pemilihan. Pengendali

Takaful meningkatkan kadar harga / sumbangan Takaful dan

akibatnya, bukan perokok mungkin kurang berminat untuk

menyertai Takaful (atau membeli dengan nilai yang lebih kecil)

jumlah) berbanding dengan sekiranya mereka boleh menyertai

Takaful pada harga yang lebih rendah untuk mencerminkan risiko

Page 221: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 221

mereka yang lebih rendah. Pengurangan bilangan peserta Takaful

dari kalangan bukan perokok adalah 'bertentangan' dari sudut

pandangan pengendali Takaful dan mungkin juga dari pandangan

awam.

A11.4 PROSES PEMILIHAN RISIKO

Pengunderaitan adalah kaedah yang digunakan untuk menilai

kelayakan semasa pencadang untuk diterima sebagai peserta pelan

Takaful. Dalam melalui proses penilaian ini, pengendali Takaful

menentukan jika cadangan itu adalah risiko yang baik untuk pelan

Takaful.

Apabila pengendali Takaful memilih untuk melibatkan diri dalam

pengunderaitan, terdapat dua kemungkinan yang dijangka akan

berlaku. Pertama, pengunderait menunjukkan keyakinan terhadap

cadangan tersebut. Kedua, dalam pengunderaitan cadangan

Takaful, pengunderait menjangkakan akan memperolehi pulangan

keatas pelaburan dimasa akan datang. Pulangan mungkin

diperolehi sebagai bayaran tambahan atau sebagai sekali gus pada

masa hadapan.

Takaful adalah satu contoh di mana bidang pengunderaitan

digunakan sepenuhnya sebagai teras operasi perniagaan.

Menyentuh tentang Takaful perubatan, pengunderait perlu

mengambil kira faktor-faktor berikut dalam proses pemilihan

risiko:

1. Faktor-faktor Kesihatan Semasa dan Masa Lampau

Pengunderait akan menilai dengan teliti keadaan kesihatan semasa

dan masa lampau pemohon, dalam lingkungan bidang yang

berkaitan. Dalam kes-kes tertentu, pengunderait mungkin

mempunyai beberapa keraguan berdasarkan penilaian sejarah

perubatan masa lampau, tetapi memilih untuk menawarkan

perlindungan kepadanya, dengan beberapa keadaan sedia ada

tidak dilindungi atau dikecualikan bagi tempoh masa tertentu.

Page 222: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

222 Amalan Asas Takaful

Pada masa yang lain, sejarah perubatan mungkin menunjukkan

tahap risiko yang tidak diterima oleh pengendali Takaful, dan

pengunderait memilih untuk tidak menawarkan perlindungan

kesihatan. Melalui keputusan tidak menawarkan perlindungan

kepada bakal peserta sangat memerlukan Takaful perubatan

komprehensif untuk jangka masa panjang, pengunderait mampu

mengekalkan kestabilan asas kewangan syarikat dan terus

menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan lain.

2. Faktor Kewangan

Pengunderait juga akan meneliti keadaan kewangan pencadang

secara keseluruhan. Adalah penting untuk mengkaji keadaan

kewangan keseluruhan pencadang untuk menentukan jumlah yang

sesuai dan tahap perlindungan yang diperlukan. Ini adalah untuk

menjaga kestabilan dana dari risiko tuntutan pendapatan hilang

upaya yang luar biasa tingginya. Terdapat kecenderungan di mana

sesetengah pemegang sijil berusaha untuk membuat keuntungan

daripada pampasan Takaful dengan melanjutkan tempoh kurang

upaya. Tindakan ini dikenali sebagai ‘berpura-pura sakit’

(malingering).

3. Faktor Pekerjaan

Pengunderait perlu mengkaji dan meneliti faktor-faktor berkaitan

pekerjaan kerana pekerjaan yang berlainan mempunyai tahap

bahaya yang berbeza. Semakin tinggi risiko bermakna semakin

tinggi kemungkinan tuntutan perbelanjaan perubatan akan berlaku.

Pekerjaan dengan risiko yang lebih tinggi seperti pekerjaan Kelas

3 (pekerja kilang) biasanya mempunyai nisbah tuntutan yang lebih

tinggi berbanding dengan pekerjaan Kelas 1 dan 2 (pekerja

pejabat).

4. Umur dan Jantina

Statistik menunjukkan bahawa umur dan jantina adalah antara

pertimbangan penting dalam pengunderaitan Takaful perubatan

Page 223: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 223

dan kesihatan. Usia yang semakin meningkat biasanya

memperlihatkan kecenderungan untuk mengalami masalah

kesihatan. Jantina juga memainkan peranan yang penting kerana

lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemortalan (kematian)

dan kemorbidan (penyakit) yang berbeza. Statistik telah

membuktikan bahawa umumnya kaum wanita akan hidup lebih

lama (kadar kemortalan yang rendah) berbanding dengan kaum

lelaki yang sama kumpulan umur. Walau bagaimanapun, di bawah

Takaful perubatan dan kesihatan, kadar sumbangan untuk peserta

wanita adalah lebih tinggi kerana kadar kemorbidan (penyakit)

adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki.

A11.5 PENGUNDERAITAN PERUBATAN

Pengunderaitan perubatan adalah proses menyemak semula rekod

perubatan dan kesihatan pencadang Takaful dan menentukan tahap

risikonya. Oleh kerana pengendali Takaful mengetahui bahawa

pemohon yang berisiko (keadaan kesihatan yang tidak

menggalakkan) akan menyebabkan kos rawatan akan meningkat,

pengendali biasanya akan menolak permohonan berkenaan atau

mungkin menerima dengan mengenakan kadar sumbangan yang

tinggi. Sebagai sebahagian dari proses pengunderaitan, maklumat

kesihatan boleh digunakan untuk membuat dua keputusan yang

saling berkait:

1. Samada untuk menawarkan atau menaikkan perlindungan; dan

2. Berapakah kadar sumbangan yang perlu ditetapkan untuk sijil

Takaful berkenaan

Untuk melaksanakan pengunderaitan Takaful perubatan,

pengendali Takaful akan pertanyaan tentang keadaan kesihatan /

perubatan sedia ada. Pengendali Takaful dibenarkan untuk

bertanya soalan-soalan tentang sejarah perubatan seseorang untuk

memutuskan sama ada untuk menawarkan perlindungan atau

menolak permohonan, dan sekiranya diterima adakah caj

tambahan perlu dikenakan.

Page 224: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

224 Amalan Asas Takaful

Tujuan

Dari sudut pandangan pengendali Takaful, pengunderaitan

Takaful perubatan perlu dilakukan untuk menghalang orang

ramai menyertai Takaful perubatan dan kesihatan hanya

apabila mereka sakit, mengandung atau memerlukan rawatan

perubatan. Kecenderungan ini dipanggil ‘pemilihan

bertentangan’ atau anti pemilihan iaitu sistem yang menarik

minat pengguna berisiko tinggi menyertai Takaful tetapi tidak

menggalakkan pencadang berisiko rendah menyertainya.

Apabila ramai bakal pelanggan mengambil sikap menunggu

untuk mendapatkan perlindungan Takaful perubatan dan

kesihatan sehingga timbul keperluan mendesak untuk

mendapatkan perlindungan, ia akan mewujudkan kumpulan

peserta dengan ‘penggunaan yang tinggi’, yang kemudiannya

akan meningkatkan jumlah sumbangan kerana pengendali

Takaful mengenakan bayaran yang tinggi untuk membayar

tuntutan. Akhirnya, kadar sumbangan semakin tinggi tidak

menggalakkan peserta yang sihat mendapatkan perlindungan -

terutamanya apabila mereka menyedari bahawa mereka boleh

mendapatkan perlindungan apabila mereka benar-benar

memerlukan rawatan perubatan.

Kesan

Pengunderaitan perubatan memastikan sumbangan Takaful

perubatan individu berada ditahap serendah yang mungkin.

Kritikan terhadap pengunderaitan perubatan menyatakan

bahawa adalah tidak adil bagi orang ramai dengan keadaan

kesihatan sedia ada yang tidak serius dan boleh dirawat,

dinafikan haknya untuk dilindungi dibawah Takaful

perubatan. Penyakit-penyakit yang menyebabkan seseorang

individu itu mempunyai risiko antaranya adalah kerana ia

menghidap sakit sendi tulang, barah, sakit jantung, dan juga

penyakit biasa seperti jerawat, berat badan 20 paun lebih atau

kurang dari berat badan normal, dan kecederaan lama kerana

aktiviti sukan.

Page 225: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 225

Kriteria pengunderaitan adalah faktor-faktor yang boleh

dibuktikan bahawa ia mempunyai kaitan langsung dengan

risiko yang merugikan dan pengendali Takaful

menggunakannya untuk menilai keadaan kesihatan pemohon.

Kriteria ini bukan sahaja berbeza bagi setiap pelan Takaful,

malah ia juga berbeza-beza dari satu pengendali ke pengendali

yang lain.

11.5.1 Keadaan Fizikal Semasa

Pengendali Takaful mengkehendaki pemohon Takaful perubatan

untuk mengisi borang cadangan Takaful dan menyatakan butiran

lengkap mengenai sejarah perubatan dan keadaan fizikal setiap

pemohon. Perakuan pemohon didalam borang cadangan dan

laporan keputusan pemeriksaan perubatan (jika berkenaan) adalah

petunjuk pertama keadaan fizikal pemohon pada masa sekarang.

11.5.2 Sejarah Perubatan

Proses penilaian bermula dengan meneliti kenyataan pencadang

dalam borang cadangan. Pengendali Takaful akan bertanya soalan

dan sering meminta pengesahan mengenainya, sejarah perubatan

masa lampau pencadang. Rawatan dan diagnosis penyakit tertentu

selalunya boleh dikaitkan dengan statistik peningkatan risiko

kematian awal, berbanding dengan individu biasa yang tiada

masaalah kesihatan. Jika sejarah perubatan mengandungi data

yang relevan tentang sakit atau penyakit, ia akan membuat

pengendali Takaful percaya bahawa pencadang mempunyai risiko

yang meningkat. Kos pelan Takaful akan diselaraskan sewajarnya

untuk mengimbangi liabiliti kewangan yang lebih tinggi.

Pengendali Takaful mungkin perlu membuat siasatan lanjut

sekiranya terdapat sejarah perubatan yang disenaraikan dalam

borang cadangan. Contohnya, jika pemohon mengakui menerima

rawatan untuk tekanan darah tinggi, kenyataan doktor yang

merawat biasanya diperlukan. Laporan doktor ini biasanya

Page 226: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

226 Amalan Asas Takaful

mengandungi maklumat fizikal seperti ketinggian, berat badan dan

tekanan darah, dan juga pengumpulan sampel darah dan air

kencing. Sebaliknya, jika terdapat kenyataan dalam borang

cadangan yang menyatakan menerima rawatan patah lengan dan

telah pulih sepenuhnya, tiada maklumat lanjut yang diperlukan.

Pengendali Takaful membuat semakan semula sejarah perubatan

dan kesihatan masa lampau untuk menentukan:

1. Kemungkinan ia akan berulang semula. Terdapat jenis

penyakit yang mempunyai kecenderungan untuk berulang

semula.

2. Kesan dan pengaruh sejarah perubatan silam terhadap

kesihatan am pemohon pada masa kini.

3. Komplikasi atau kerumitan yang mungkin timbul pada masa

hadapan.

4. Perkembangan normal berkaitan sebarang kelainan atau

penyakit yang boleh dianggap sebagai petunjuk kepada

kemungkinan besar akan berlaku perubahan kesihatan pada

masa hadapan. Contohnya menghidap obesiti, darah tinggi dan

sebagainya.

11.5.3 Sejarah Keluarga

Terdapat seksyen dalam borang cadangan Takaful yang

bertanyakan beberapa soalan tentang sejarah perubatan ahli

keluarga. Kaitan yang jelas perlu dilakukan antara keadaan

kesihatan masa kini yang boleh mengancam nyawa dengan

perkembangan genetik keluarga, dan pengendali Takaful akan

mempertimbangkan kemungkinan keadaan kesihatan saudara mara

pencadang sebagai petunjuk risiko yang dihadapi peserta sendiri.

Soalan-soalan meminta penjelasan lanjut tentang keadaan

kesihatan, tentang pembawa penyakit, dan jawapan yang diberikan

hanya yang berkaitan dengan perkembangan genetik keluarga dan

kaitannya dengan pencadang. Walau bagaimanapun, sejarah

keluarga mertua, ibu / bapa angkat, adik beradik angkat tidak perlu

dimasukkan dalam maklumat sejarah keluarga.

Page 227: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 227

11.5.4 Faktor Kewangan

Pengunderait akan mengambil kira faktor-faktor kewangan dan

perlindungan yang diperlukan. Ini akan membantu untuk

menentukan sama ada pencadang memohon amaun perlindungan

yang bersesuaian. Proses penilaian cenderung untuk menapis

risiko-risiko kemungkinan peserta mendapati bayaran caruman

terlalu membebankan sehingga menyebabkan masalah dalam

kutipan sumbangan serta kemungkinan berlaku penipuan dalam

tuntutan.

11.5.5 Pekerjaan dan Hobi

Satu lagi faktor penting yang perlu diberi pertimbangan ialah

pekerjaan. Pekerjaan pencadang memainkan peranan penting

dalam menentukan apakah jenis perlindungan yang diperlukan dan

berapakah amaun sumbangan yang bersesuaian. Kadar

kemorbidan amat berbeza mengikut pekerjaan pencadang. Ia

memberi gambaran tentang bahaya yang wujud dalam pekerjaan,

kestabilan pekerjaan dan tempoh masa pemulihan yang diperlukan

oleh seseorang yang menyandang jawatan berkenaan dapat

meneruskan tugas-tugas biasa mereka. Sesetengah pekerjaan

melibatkan aktiviti-aktiviti berbahaya (misalnya, sektor

penerbangan, bekerja di tempat tinggi) atau bekerja di persekitaran

yang merbahaya (seperti sektor perlombongan). Jenis pekerjaan

seperti ini pastinya akan meningkatkan kadar sumbangan.

Kebanyakan pengendali Takaful enggan menawarkan

perlindungan kepada individu yang terlibat dalam pekerjaan yang

amat berbahaya seperti peninju profesional atau penyelam laut

dalam. Carta berikut menunjukkan jadual pengkelasan pekerjaan

yang biasa digunakan:

Page 228: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

228 Amalan Asas Takaful

Kelas Pekerjaan Catatan

1. Doktor, Doktor Gigi,

Peguam, Akauntan,

Guru Sekolah, Aktuari

Pekerjaan yang paling kurang

risiko / bahaya, termasuk

mereka yang bekerja sebagai

eksekutif, bahagian

pentadbiran atau kerja-kerja

perkeranian. Biasanya, para

profesional tidak termasuk

dalam kelas pekerjaan ini

kerana mereka dianggap

sebagai `risiko yang

diutamakan` dan oleh itu layak

memperolehi perlindungan

yang lebih tinggi.

2. Pekerja kerana am,

juruwang bank,

jurujual dengan kerja

luar yang minimum,

kontraktor bangunan

(kerja-kerja pejabat

sahaja)

Pekerjaan yang memerlukan

lebih banyak aktiviti fizikal

berbanding dengan Kelas 1.

Sesetengah pekerjaan tidak

begitu merbahaya tetapi

pengalaman tuntutan tidak

sebaik Kelas 1.

3. Pelayan ditempat

minuman keras,

pelayan lelaki, pelayan

perempuan, pembantu

stesyen petrol, tukang

masak, jurujual

melakukan banyak

kerja luar, juruelektrik

Pekerjaan yang menggunakan

tenaga fizikal yang minimum

atau melibatkan kerja

kemahiran, termasuk

perusahaan kecil & sederhana

di mana pemilik mempunyai

kemahiran tertentu.

4. Pekerja binaan

jambatan, pekerja di

tapak pembinaan,

pemandu lori, pekerja

Pekerjaan yang memerlukan /

melibatkan tenaga fizikal

secara maksimum atau tugas-

tugas merbahaya.

Page 229: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 229

/ penjaga kebersihan,

anggota bomba, polis

dan sebagainya.

Terdapat seksyen gaya hidup yang bertanyakan sama ada

pencadang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berisiko seperti

membuat lawatan ke luar negara, penerbangan, menyelam skuba,

mendaki gunung, meluncur udara dan sebagainya. Pengendali

Takaful menggunakan data yang dikumpul pada soal selidik untuk

menilai risiko. Soal selidik biasanya akan menentukan tahap

pemeriksaan fizikal yang diperlukan. Melibatkan diri dalam hobi

berbahaya seperti terjunan udara, penerbangan pesawat ringan atau

lumba kereta juga akan dikenakan kadar sumbangan yang tinggi.

11.5.6 Umur dan Jantina

Umur adalah antara faktor utama dalam menentukan sumbangan

dan selalunya akan menentukan tahap ketelitian proses

pengunderaitan yang akan dilakukan. Kadar sumbangan akan

meningkat mengikut usia dan banyak pengendali Takaful tidak

akan memberikan perlindungan selepas umur tertentu atau akan

menghadkan jumlah perlindungan. Pemohon yang lebih berusia

juga boleh dihadkan perlindungan kepada tempoh yang lebih

pendek, contohnya 5 atau 10 tahun. Pemohon berusia ini biasanya

perlu menjalani pemeriksaan doktor, ujian perubatan tambahan

seperti ECG atau ujian darah yang lebih khusus sebelum cadangan

itu boleh dipertimbangkan.

Faktor jantina menentukan pilihan jadual sumbangan yang perlu

digunakan. Oleh kerana kaum wanita dijangka hidup lebih lama,

mereka biasanya dikenakan kadar sumbangan yang lebih rendah

berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, bagi Takaful Perubatan

dan Kesihatan, kadar sumbangan untuk wanita adalah lebih tinggi

kerana kadar kemorbidan (penyakit) adalah lebih tinggi

berbanding lelaki. Kaum wanita juga mungkin mempunyai faktor-

Page 230: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

230 Amalan Asas Takaful

faktor risiko tambahan seperti hamil pada masa permohonan

Takaful dikemukakan.

A11.6 SUMBER MAKLUMAT PENGUNDERAITAN

11.6.1 Permohonan Takaful Keluarga

Borang permohonan Takaful Keluarga adalah sebahagian daripada

kontrak Takaful. Pencadang menandatangani borang permohonan

untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan

adalah benar dan betul sepanjang pengetahuan pencadang, dan

pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil berdasarkan dari

maklumat diberikan.

Borang permohonan adalah satu dokumen yang amat penting

kerana ia biasanya dilampirkan dan dianggap sebagai sebahagian

daripada kontrak Takaful. Oleh itu, kedua-dua pihak mesti

mengambil langkah khas untuk memastikan ketepatan fakta demi

kepentingan pengendali Takaful dan pencadang.

Borang permohonan biasanya dibahagikan kepada beberapa

seksyen, dengan setiap seksyen direka khusus untuk mendapatkan

maklumat tertentu. Walaupun borang permohonan itu mungkin

berbeza dari satu syarikat ke syarikat lain, kebanyakannya

memerlukan pencadang mendedahkan maklumat-maklumat

berikut:

Bahagian 1 – Maklumat am

Bahagian 2 – Maklumat perubatan dan kesihatan

Bahagian 3 – Kenyataan atau laporan ejen, dan

Bahagian 4 – Tandatangan pihak-pihak yang terlibat.

Bahagian 1 – Maklumat Am

Data peribadi

Nama

Alamat

Page 231: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 231

Tarikh lahir

Pekerjaan

No kad pengenalan

Jantina

Taraf perkahwinan

Bahagian 2 - Medical Information

Sejarah perubatan

Keadaan sedia ada

Rawatan perubatan

Tanggungjawab ejen Takaful dalam proses mengemukakan

permohonan Takaful termasuklah:

Memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan

sepenuhnya

Memastikan semua soalan dijawab dengan tepat

Memastikan bayaran sumbangan diuruskan mengikut

prosedur yang betul

Bahagian 3 - Kenyataan Ejen

Kenyataan ejen merupakan sebahagian dari isi kandungan borang

permohonan dan mengkehendaki ejen Takaful menyediakan

maklumat tertentu mengenai pencadang. Ini secara amnya

termasuklah maklumat mengenai hubungan ejen dengan

pencadang, data tentang status kewangan pencadang, tabiat

pencadang, ciri-ciri atau sifat-sifat am pencadang dan maklumat-

maklumat lain yang berkaitan dengan risiko yang akan ditanggung

oleh pengendali Takaful.

Bahagian 4 - Laporan Perubatan

Sebelum sijil Takaful boleh dikeluarkan, pemeriksaan perubatan

hendaklah dilakukan dan laporannya diserahkan bersama-sama

dengan laporan sampel darah dan air kencing. Pemeriksaan

Page 232: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

232 Amalan Asas Takaful

perubatan meliputi soalan mengenai sejarah perubatan pencadang,

ketinggian, berat badan, denyutan nadi dan tekanan darah.

Pemeriksa perubatan juga akan meminta nama dan alamat mana-

mana doktor yang telah merawat pencadang atau mana-mana

hospital yang pernah memberi rawatan kepadanya. Pemeriksa

perubatan akan bertanyakan tentang apa-apa penyakit yang

dihidapi, ubat-ubatan yang diambil dan rawatan-rawatan lain yang

sedang / telah dijalani oleh pencadang.

Maklumat dan keperluan tambahan mungkin diperlukan oleh

pengendali Takaful, sebagai tambahan kepada pemeriksaan

kesihatan dan ia meliputi perkara-perkara berikut:-

Pemeriksaan doktor

ECG semasa rehat

Ujian tekanan Treadmill

X-ray dada

11.6.2 Kenyataan Doktor yang Merawat (Attending

Physician’s Statement -APS)

Pengendali Takaful sering memerlukan maklumat perubatan dan

laporan dari doktor yang merawat untuk memudahkan proses

pengunderaitan permohonan Takaful. Kenyataan dari doktor yang

merawat ialah kenyataan yang disediakan oleh doktor yang

merawat individu yang ingin menyertai pelan Takaful. Huraian

yang diberikan dalam kenyataan tersebut (APS) adalah bukti risiko

kemortalan pencadang.

Doktor yang menyediakan laporan APS mungkin bukan doktor

yang merawat pesakit berkenaan. Sebagai contoh, jika seorang

pengunderait ingin mencari maklumat tentang pesakit yang pulih

dari sakit barah pankreas, besar kemungkinan pengunderait akan

meminta laporan APS dari doktor pakar yang merawat pesakit itu

sendiri, seperti seorang pakar bedah atau pakar radiologi.

Page 233: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 233

11.6.3 Rekod Perubatan Hospital

Dengan menandatangani dan mengemukakan borang permohonan

Takaful, pencadang memberi hak kepada pengendali Takaful

untuk mendapatkan dan mengkaji rekod perubatan - sebelum dan

selepas menjadi peserta pelan Takaful perubatan dan kesihatan.

Rekod perubatan boleh diperolehi dari doktor semasa, doktor

terdahulu, farmasi dan pusat kemudahan rawatan. Dalam

kebanyakan borang cadangan, terdapat fasal penafian atas

permohonan Takaful yang membenarkan pengendali Takaful

mendapatkan maklumat perubatan dengan kebenaran dan

kelulusan pemohon.

A11.7 KEPUTUSAN PENGUNDERAITAN

Setiap pengendali Takaful mempunyai garis panduan

pengunderaitan sendiri dan standard kepada siapa mereka akan

memberi dan tidak akan memberi perlindungan. Proses

pengunderaitan adalah kaedah untuk menentukan yang pengendali

akan terus berfungsi dalam lingkungan bidang kuasa yang

dibenarkan.

Setelah analisa mengenai maklumat yang tersedia telah lengkap,

pengunderait pada dasarnya mempunyai tiga kategori keputusan

pengunderaitan;-

Standard – dipersetujui mengikut apa yang dipohon

Sub-standard / diubahsuai - dipersetujui dengan

menyertakan beberapa syarat

Ditolak - permohonan ditolak

11.7.1 Standard – dipersetujui mengikut apa yang dipohon

Sekiranya pencadang dikategorikan sebagai mempunyai risiko

standard / biasa, pencadang akan dikenakan kadar sumbangan

standard tanpa sebarang pengecualian atau pengurangan manfaat.

Page 234: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

234 Amalan Asas Takaful

11.7.2 Sub-Standard / diubahsuai – dipersetujui dengan

menyertakan beberapa syarat

Sekiranya pencadang mempunyai risiko yang mengatasi risiko

standard / biasa (mungkin mengalami tekanan darah tinggi,

menghisap rokok atau terlibat dengan aktiviti terjunan udara pada

hujung minggu), pencadang dikategorikan sebagai mempunyai

risiko yang meningkat dan dikenakan kadar sumbangan yang lebih

tinggi. Pengubahsuaian terhadap pelan perlindungan boleh dibuat

dalam bentuk:

Pengecualian rider

Tambahan kadar sumbangan

Perubahan manfaat

Kombinasi pilihan di atas

11.7.3 Ditolak - permohonan tidak diterima

Keputusan pengunderaitan yang dianggap paling drastik ialah

menolak permohonan perlindungan risiko. Sekiranya pencadang

dikategorikan sebagai risiko tidak dikehendaki (mungkin peserta

menghidap penyakit merbahaya atau terlibat dalam aktiviti atau

hobi yang merbahaya), pengendali akan menolak permohonan

berkenaan.

A11.8 KECUKUPAN SUMBANGAN

Takaful menjunjung konsep gotong-royong dan perpaduan dan

oleh itu, model Takaful perlu berusaha untuk berlaku adil. Ia perlu

memastikan bahawa sumbangan untuk menyertai pelan Takaful

ditetapkan pada tahap yang munasabah untuk memastikan

kecukupan, ekuiti dan keadilan di kalangan peserta. Pengunderait

Takaful perlu melaksanakan proses pengunderaitan demi

memastikan hanya risiko yang wajar dipilih dan kadar yang

dikenakan adalah sepadan dengan risiko yang ditanggung.

Pengendali Takaful akan mengenakan kadar sumbangan yang

Page 235: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 235

setara dengan risiko yang dikongsi. Dalam erti kata lain,

pengendali Takaful akan mengenakan kadar sumbangan yang

lebih tinggi kepada pemohon yang mempunyai risiko yang lebih

tinggi dari kebarangkalian kerugian purata.

A11.9 PENGELUARAN SIJIL

11.9.1 Endorsemen Pengecualian

Endorsemen pengecualian digunakan oleh pengendali Takaful

sebagai satu cara untuk memberi perlindungan kepada individu

yang sepatutnya ditolak permohonannya. Dalam beberapa kes-kes

seperti darah tinggi atau tiroid, pengendali Takaful masih boleh

memberi perlindungan dengan pengecualian pada penyakit-

penyakit berkenaan.

11.9.2 Sumbangan Tambahan

Sumbangan tambahan ialah amaun tambahan kepada sumbangan

asas yang dikenakan oleh pengendali Takaful untuk menampung

perbelanjaan operasi dan mengendali perniagaan. Terdapat dua

bentuk sumbangan tambahan iaitu:

Sumbangan tambahan dikenakan kepada peserta berdasarkan

risiko seperti yang dinilai oleh pengunderait pengendali

Takaful. Biasanya ia dikaitkan dengan sejarah perubatan yang

kurang baik, tabiat atau hobi yang berbahaya. Bagi peserta

yang merokok, pengendali Takaful mengambil kira bilangan

rokok yang dihisap setiap hari dan mengenalpasti risiko

seperti yang dinyatakan dalam amalan pengunderaitan.

Sumbangan tambahan dikenakan kepada peserta berdasarkan

hubungan dengan pengalaman tuntutan. Dalam beberapa kes

penyakit sedia ada, sumbangan tambahan perlu dikenakan

kepada risiko yang dianggap lebih tinggi dari risiko biasa.

Pada amnya, ia dilakukan selaras dengan had yang ditentukan

atau parameter sumbangan tambahan yang difailkan oleh

pengendali Takaful dengan pihak berkuasa Takaful. Apabila

Page 236: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

236 Amalan Asas Takaful

sijil diperbaharui dan terdapat tuntutan pada tahun

sebelumnya, kadar sumbangan akan dinaikkan selaras dengan

parameter dan pengiraan, seperti yang dinyatakan dalam sijil

Takaful. Sebagai kontrak tahunan dan sekiranya pengalaman

tuntutan tidak memuaskan, dasar bebanan berasaskan tuntutan

akan ditetapkan oleh pengendali Takaful mengikut budi bicara

mereka.

11.9.3 Manfaat yang Diubahsuai

Pengendali Takaful mungkin menawarkan manfaat Takaful yang

diubah suai kepada pemohon, umpamanya had tahunan yang lebih

rendah, amaun deduktibel yang lebih tinggi untuk perbelanjaan

perubatan, kadar sumbangan yang lebih tinggi atau pengecualian

rider. Pengendali Takaful akan mengambil keputusan ini apabila

terdapat beberapa faktor yang tidak meyakinkan dalam

keseluruhan risiko.

11.9.4 Pembaharuan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Terdapat empat pilihan memperbaharui sijil yang diamalkan di

bawah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan:

1. Pembaharuan Tidak Boleh Batal dan Pembaharuan Dijamin

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan berserta jaminan

pembaharuan menyediakan amaun perlindungan yang lebih

besar. Terdapat dua jenis jaminan:

a. Kadar sumbangan tidak akan dinaikkan.

b. Pengendali Takaful tidak akan menolak permohonan

pembaharuan perlindungan.

2. Pembaharuan Dijamin

Perbezaan asas diantara perlindungan pembaharuan tidak

boleh batal dan pembaharuan dijamin dengan perlindungan

Page 237: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan 237

yang hanya boleh diperbaharui bergantung kepada hak

pengendali Takaful untuk mengubah kadar sumbangan. Walau

bagaimanapun, pengendali Takaful tidak sepatutnya

menaikkan kadar sumbangan peserta hanya kerana

pengalaman tuntutan. Sebaliknya, pengendali Takaful boleh

menaikkan kadar sumbangan semua peserta dalam kumpulan

umur yang sama.

3. Pembaharuan Bersyarat

Peruntukan pembaharuan yang ketiga dikenali sebagai

pembaharuan bersyarat. Peruntukan pembaharuan bersyarat

memberi hak bersyarat kepada pemilik sijil untuk

memperbaharui sijil, tetapi pengendali Takaful berhak

menolak permohonan pembaharuan sijil peserta didalam kelas

tertentu, dan kenaikan kadar sumbangan juga tidak mustahil.

Selagi peserta memenuhi syarat-syarat pembaharuan dan

membayar amaun sumbangan yang dikenakan tepat pada

masanya, Pengendali Takaful menjamin tidak akan

membatalkan sijil Takaful. Peruntukan pembaharuan bersyarat

biasanya ditawarkan kepada peserta dalam pekerjaan yang

berisiko tinggi.

4. Pilihan Boleh Diperbaharui

Peruntukan pembaharuan yang keempat menawarkan jaminan

pembaharuan yang paling minimum kepada peserta dan hanya

sedikit permohonan perlindungan perubatan dan kesihatan

moden. Ia dikenali sebagai pilihan perlindungan boleh

diperbaharui. Di bawah peruntukan pilihan boleh

diperbaharui, kadar sumbangan mungkin akan dinaikkan dan

manfaat diubah suai berdasarkan kelas. Di samping itu,

Pengendali Takaful boleh membatalkan sijil individu, tetapi

hanya pada ulang tahun sijil atau pada tarikh jatuh bayaran

sijil.

Page 238: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

238 Amalan Asas Takaful

A11.10 BAYARAN SUMBANGAN

Pembayaran sumbangan Takaful bergantung kepada jenis sijil.

Sesetengah sijil Takaful dikeluarkan berdasarkan ‘tunai-sebelum-

lindung’ (cash before cover), manakala sebahagian jenis sijil yang

lain sijil lain yang mungkin tertakluk kepada waranti sumbangan

60 hari.

Tempoh tenggang mungkin dibenarkan untuk sijil pembaharuan

dijamin, sijil pembaharuan bersyarat dan sijil tidak boleh

dibatalkan, bagi menyediakan kemudahan kepada pemilik sijil

untuk membuat bayaran sumbangan. Walau bagaimanapun,

sebarang tuntutan yang berlaku semasa tempoh tenggang tidak

akan dibayar walaupun pengendali Takaful tidak akan

membatalkan sijil. Sijil akan hanya dianggap batal sekiranya tiada

pembayaran sumbangan dibuat sebelum akhir tempoh tenggang.

A11.11 PENAMATAN PERLINDUNGAN

Apabila berlaku perkara-perkara di bawah, sijil Takaful perubatan

dan kesihatan secara automatik akan ditamatkan:

Kematian peserta;

Pada tarikh ulang tahun sijil sejurus selepas umur kelayakan

maksimum peserta;

Jumlah manfaat yang dibayar di bawah sijil melebihi had

maksimum yang dinyatakan dalam jadual manfaat.

Page 239: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 239

BAB A12

PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan isu-isu mengenai pentadbiran sijil

Takaful Perubatan dan Kesihatan yang meliputi tajuk-tajuk berikut:

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan

Pentadbiran Sijil Takaful

Borang Cadangan

Dokumen Sijil

Endorsemen

Notis Pembaharuan

Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran Sumbangan

Takaful Perubatan dan Kesihatan

A12.1 PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen

sebagai bukti kewujudan kontrak Takaful yang sah. Dokumen

berkenaan termasuk perkara-perkara berikut:

1. Borang Cadangan

2. Sijil

3. Endorsemen

4. Notis Pembaharuan

5. Bukti bayaran sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan

bagi tujuan pelepasan cukai

Seksyen 27 Akta Takaful 1984 menyatakan tentang kawalan dan

penghantaran borang cadangan, sijil dan risalah pengendali Takaful

Page 240: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

240 Amalan Asas Takaful

kepada pihak Bank Negara Malaysia. Sebagai tambahan, Seksyen 27

Akta juga menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia akan

menjelaskan tentang kod amalan terbaik mengenai diskripsi borang

cadangan, sijil dan risalah.

A12.2 BORANG CADANGAN

Borang cadangan pelan Takaful perubatan dan kesihatan merupakan

sebahagian dari kontrak Takaful. Pencadang menandatangani borang

cadangan sebagai mengesahkan bahawa semua maklumat yang

diberikan sepanjang pengetahuannya adalah benar dan betul, dan

pengendali Takaful mengeluarkan sijil berdasarkan dari maklumat

diatas.

Borang cadangan merupakan dokumen yang sangat penting kerana

biasanya ia dikepilkan bersama sijil dan menjadi sebahagian dari

kontrak Takaful. Oleh yang demikian, pengendali hendaklah

mengambil perhatian sepenuhnya terhadap ketepatan isi

kandungannya demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak

iaitu pengendali Takaful dan peserta.

12.2.1 Tujuan Borang Cadangan

Tujuan diadakan borang cadangan ialah untuk membantu pengendali

Takaful mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan

pengunderaitan. Maklumat yang diperolehi dapat membantu

pengunderait menilai dengan cepat dan tepat. Dari segi amalan,

borang cadangan kerap digunakan untuk menilai perkara yang

berkaitan dengan risiko yang mudah, dimana maklumat boleh

disediakan dalam format yang tersusun.

12.2.2 Struktur Borang Cadangan

Borang cadangan biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian

dimana setiap bahagian direka untuk mendapatkan maklumat tertentu.

Walaupun bentuk borang cadangan mungkin berbeza antara satu

pengendali Takaful dengan pengendali Takaful yang lain,

Page 241: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 241

kebanyakannya berkisar kepada keperluan memberitahu dan

mengemukakan maklumat-maklumat berikut:

1. Bahagian 1 (Maklumat Am),

2. Bahagian 2 (Maklumat Perubatan), Kenyataan atau Laporan Ejen,

dan tandatangan semua pihak yang terlibat dalam kontrak

berkenaan.

Soalan-soalan yang terdapat dalam borang cadangan bukanlah

menyeluruh dan pencadang bertanggungjawab untuk mendedahkan

semua fakta material walaupun ia mungkin tidak ditanya dalam

borang berkenaan. Dibawah Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan

Takaful Perubatan dan Kesihatan, pengendali Takaful bertanggung

jawab mengambil langkah-langkah yang sewajarnya membantu

pencadang melaksanakan tanggungjawab mendedahkan atau

memberitahu maklumat-maklumat penting bagi tujuan penilaian

pengunderaitan.

12.2.3 Kandungan Borang Cadangan

Berhubung dengan Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful

Perubatan dan Kesihatan, sub-seksyen 11(a) dan 11(b) menyatakan

bahawa pengendali Takaful hendaklah memastikan semua borang

cadangan:-

11 (a) memasukkan soalan-soalan khusus yang direka untuk

mendapatkan maklumat yang relevan kepada keputusan

pengendali Takaful sama ada untuk menerima atau menolak

risiko, kadar sumbangan dan syarat-syarat yang dikenakan.

11 (b) secara jelas meminta pencadang mendedahkan apa-apa

keadaan lain yang difikirkan penting, tanpa mengira yang

pengendali Takaful dengan sebaik mungkin telah merangka

soalan yang khusus di bawah perenggan 11 (a) di atas.

Page 242: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

242 Amalan Asas Takaful

Biasanya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Kenyataan pemberitahuan seperti yang disyaratkan dibawah Akta

Takaful 1984

Seksyen 28 Akta Takaful 1984 menghendaki pencadang

mendedahkan atau memberitahu secukupnya fakta-fakta yang ia

ketahui. Kenyataan tersebut berbunyi “Anda dikehendaki

menyatakan dalam borang cadangan, keterangan yang lengkap

dan jujur mengenai segala fakta yang anda ketahui atau anda

sepatutnya mengetahui; sekiranya tidak, sijil yang dikeluarkan

akan menjadi tidak sah.”

2. Soalan-soalan am mengenai pencadang

Borang cadangan Takaful perubatan dan kesihatan mengandungi

soalan-soalan asas mengenai butir-butir peribadi pencadang

seperti berikut:

a. Nama pencadang bagi tujuan pengenalan diri. Walau

bagaimanapun, nama juga dapat memberi petunjuk mengenai

aspek risiko yang dicadangkan. Sebagai contoh, nama

syarikat biasanya dapat menunjukkan jenis perniagaan yang

dijalankan.

b. Alamat surat menyurat pencadang

c. Alamat tentang risiko. Alamat dapat menyediakan petunjuk

tempat kerja pencadang. Maklumat ini penting kerana lokasi

yang berisiko tinggi bukan sahaja meningkatkan

kemungkinan berlaku kerugian, tetapi juga tahap keterukan

kerugian yang akan ditanggung.

d. Pekerjaan pencadang. Pekerjaan yang berbeza mempunyai

tahap risiko yang berbeza juga. Contohnya, dari perspektif

Takaful perubatan dan kesihatan, pekerja di tapak pembinaan

dianggap melibatkan pekerjaan yang berisiko tinggi

berbanding dengan pekerja pejabat.

Page 243: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 243

3. Maklumat mengenai insurans / Takaful yang dimiliki sekarang &

terdahulu.

4. Soalan-soalan khusus mengenai sejarah perubatan dan kesihatan.

Soalan mungkin meliputi perkara-perkara berikut:

a. Sejarah keluarga & perubatan

b. Tabiat merokok

c. Hobi yang merbahaya

d. Soalan berkaitan AIDS

5. Dibawah Seksyen 13 garis panduan yang sama, borang cadangan

yang digunakan hendaklah mengandungi kenyataan

pengisytiharan, yang memasukkan maklumat minimum berikut:-

a. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful;

b. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan pengendali

Takaful;

c. Peruntukan keuntungan dan surplus pelaburan kepada

peserta; dan

d. Peruntukan keuntungan, surplus dan yuran kepada pengendali

Takaful.

6. Dibawah fasal pengisytiharan, terdapat peruntukan yang

memerlukan tandatangan pencadang berserta tarikh tandatangan.

Pencadang perlu menandatangani borang cadangan berkenaan

kerana ia menandakan tawaran kontrak tersebut.

A12.3 DOKUMEN SIJIL

Pengendali Takaful menyediakan dokumen sijil yang menandakan ia

adalah bukti bertulis kontrak Takaful. Dalam usaha untuk diterima

sebagai keterangan dalam mahkamah undang-undang, sijil Takaful

perlu disetemkan selaras dengan peruntukan Akta Setem. Dokumen

yang kerap disediakan oleh pengendali Takaful adalah merupakan

Page 244: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

244 Amalan Asas Takaful

jenis jadual yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang

berbeza dengan butir-butir risiko tertentu yang dilindungi dimasukkan

ke dalam satu bahagian dokumen sijil yang dikeluarkan oleh

pengendali Takaful.

12.3.1 Struktur Dokumen Sijil Takaful Perubatan dan

Kesihatan

Jadual didalam dokumen sijil dibahagikan kepada beberapa bahagian

iaitu:

1. Tajuk

Di bawah seksyen ini, nama penuh dan alamat berdaftar

Pengendali Takaful dicetak dibahagian atas muka surat hadapan.

2. Pendahuluan atau Klausa Kuatkuasa

Klausa ini memperkenalkan atau menyebut tentang pihak-pihak

yang terlibat dalam kontrak – pengendali Takaful dan peserta.

Klausa pendahuluan ini menjadi rujukan sekiranya pelan Takaful

keluarga yang dimaksudkan adalah berdasarkan dari borang

cadangan berserta perisytiharan. Klausa ini juga menyatakan

bahawa peserta telah membayar sumbangan atau telah bersetuju

untuk membayar sumbangan sebagai balasan.

3. Klausa Operasi

Klausa ini menerangkan tentang kandungan penting kontrak

dengan menyatakan peril yang dilindungi dibawah sijil ini dan

keadaan-keadaan yang menjadikan pengendali Takaful

bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau seumpamanya

kepada peserta.

Page 245: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 245

4. Pengecualian

Pengecualian adalah had atau batasan skop perlindungan Takaful.

Ia telah menjadi amalan untuk menyatakan semua bentuk

pengecualian dibawah satu bahagian yang berasingan di dalam

dokumen sijil. Pengecualian disertakan dalam sijil kerana terdapat

peril atau kerugian tertentu yang tidak boleh dilindungi di bawah

sijil Takaful. Sebelum dokumen sijil berjadual diperkenalkan,

pengecualian biasanya dinyatakan dibahagian fasal kuatkuasa dan

syarat-syarat.

5. Jadual manfaat

Seksyen ini mengandungi semua maklumat bercetak yang

berkaitan dengan kontrak berkenaan. Manfaat yang disediakan

dibawah sijil ini hendaklah dinyatakan dengan terang dan nyata

supaya peserta dapat memahami isi kandungannya serta boleh

dijadikan rujukan. Ini biasanya dilakukan dengan menyediakan

jadual faedah secara berasingan atau mukasurat khas dalam sijil.

Contohnya, dalam sijil Takaful perubatan dan kesihatan, jadual

manfaat menyatakan maklumat berikut:

nama dan alamat peserta

sumbangan

nombor sijil

tarikh dikeluarkan

agensi

tarikh lahir peserta

tempoh perlindungan Takaful

pekerjaan peserta

fasal pengecualian tertentu

pelbagai jenis dan amaun manfaat

Page 246: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

246 Amalan Asas Takaful

6. Klausa Penyaksian (attestation) atau Tandatangan

Klausa ini dinamakan sedemikian kerana ia memperuntukkan

kepada pengendali Takaful untuk menyatakan tanggungjawabnya.

Sijil Takaful ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh

pengendali Takaful.

7. Syarat-syarat

Dalam kontrak Takaful, syarat-syarat perlindungan berbentuk

nyata / tersurat atau tidak nyata / tersirat. Syarat tersirat biasanya

berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak (Utmost Good Faith)

Kewujudan kepentingan boleh lindung (insurable interest)

Kewujudan perkara pokok produk Takaful, dan

Mengenal pasti perkara pokok produk Takaful.

Pengendali Takaful akan mencetak syarat-syarat nyata dalam sijil

dan memantau perlaksanaan kontrak Takaful. Apabila syarat-

syarat nyata tidak dinyatakan, kontrak Takaful akan tertakluk

hanya kepada syarat-syarat yang tersirat. Berikut adalah tiga

kategori syarat-syarat kontrak yang melibatkan masa sebagai

elemen penting:-

Syarat-syarat Sebelum Kontrak

Untuk memastikan kontrak Takaful sah, terdapat syarat-

syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu kontrak itu

mejadi sah. Ia termasuk syarat tersirat seperti Penuh Percaya

Mutlak dan kepentingan boleh insurans.

Syarat-syarat Semasa Kontrak

Untuk memastikan kontrak kekal sah selepas dikeluarkan,

terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat

Page 247: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 247

yang menghendaki peserta memberitahu pengendali Takaful

tentang sebarang perubahan atau pindaan terhadap risiko

yang dilindungi adalah contoh syarat-syarat semasa kontrak.

Ia meliputi syarat-syarat nyata yang disenaraikan dalam sijil

seperti perantaraan, sumbangan, subrogasi dan sebagainya.

Syarat-syarat Sebelum Liabiliti

Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum pengendali Takaful

bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan. Syarat

pemberitahuan dalam Takaful kebakaran adalah contoh syarat

sebelum liabiliti.

8. Daftar Sijil:

Setiap pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful

1984 hendaklah mewujudkan dan menyelenggara daftar sijil

Takaful dalam bentuk tertentu seperti yang diperuntukkan, dan

selain dari perkara yang dikecualikan, daftar sijil hendaklah

disimpan di pejabat pengendali Takaful yang menjalankan

perniagaan di Malaysia.

Adalah menjadi keperluan undang-undang di bawah Seksyen 15

Akta Takaful 1984, bahawa pengendali Takaful dikehendaki

mengendali dan mengemaskinikan daftar semua sijil yang telah

dikeluarkan, dan tiada satu pun sijil berkenaan dikeluarkan dari

daftar selagi pengendali Takaful masih menanggung liabiliti

keatas sijil berkenaan. Daftar sijil digunakan sebagai rekod rasmi

sijil yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful. Daftar polisi

boleh disimpan dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau

cetakan komputer kerana Akta Takaful 1984 tidak menetapkan

bentuk catatan rekod yang khusus bagi tujuan berkenaan.

A12.4 ENDORSEMEN

Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil dalam bentuk standard

meliputi peril tertentu dan mengecualikan yang lainnya. Walau

Page 248: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

248 Amalan Asas Takaful

bagaimanapun, sekiranya timbul keperluan untuk meminda terma dan

syarat sijil, pengendali Takaful akan mengepilkan satu atau lebih

memorandum atau endorsemen pada sijil. Endorsemen membentuk

sebahagian dari sijil dan merupakan bukti kontrak.

Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan dengan mana-mana yang

berikut:

o perubahan amaun manfaat

o perubahan kepada mana-mana tempoh manfaat maksimum

o perluasan perlidungan Takaful untuk melindungi tambahan

ahli keluarga

o perubahan risiko pekerjaan

o pembatalan Takaful

o pertukaran nama dan alamat peserta

A12.5 NOTIS PEMBAHARUAN

Untuk produk Takaful Perubatan dan Kesihatan pembaharuan

tahunan (biasanya pelan asas), pengendali Takaful biasanya

mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal dari

tarikh tamat tempoh, mengingatkan peserta tentang sijil yang akan

tamat tempoh pada tarikh tertentu. Walaupun tiada obligasi dari segi

undang-undang bagi pengendali Takaful untuk memberitahu peserta,

ia telah menjadi amalan biasa dan dianggap sebagai sebahagian dari

urus khidmat pelanggan pengendali Takaful.

Notis pembaharuan mengandungi semua butiran penting sijil

termasuk:

nama peserta

nombor sijil

tarikh tamat sijil

amaun sumbangan tahunan

pindaan syarat-syarat sijil (sekiranya berkenaan).

Page 249: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 249

Pengendali Takaful juga memasukkan nota meminta peserta

mendedahkan sebarang perubahan material terhadap risiko sejak

tarikh kuatkuasa sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan sijil).

Untuk kontrak jangka panjang Takaful Perubatan dan Kesihatan,

sumbangan biasanya dibayar berdasarkan kekerapan bayaran yang

telah dipersetujui terlebih dahulu, umpamanya bulanan, suku tahunan,

setengah tahun atau tahunan. Dalam hal ini, pengendali Takaful akan

menghantar notis pemberitahuan sumbangan tiga atau empat minggu

sebelum tarikh jatuh bayaran. Sekiranya terdapat bayaran sumbangan

yang tertunggak, iaitu tidak dibayar dua atau tiga minggu selepas

tarikh jatuh bayaran, pengendali Takaful akan menghantar Notis

Peringatan Sumbangan kepada peserta.

A12.6 DOKUMEN UNTUK PELEPASAN CUKAI BAGI

BAYARAN SUMBANGAN TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

Peraturan percukaian masa kini membenarkan seseorang individu

pembayar cukai pemastautin Malaysia menikmati tambahan potongan

cukai seperti berikut:

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had

maksimum RM 3,000 atas bayaran sumbangan Takaful

pendidikan dan Takaful perubatan.

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had

maksimum RM 6,000 atas bayaran sumbangan sijil Takaful dan

sumbangan kepada skim persaraan yang diluluskan.

Tempoh perlindungan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan

hendaklah dalam jangka masa 12 bulan atau lebih. Perbelanjaan yang

ditanggung hendaklah yang berkaitan dengan rawatan perubatan

disebabkan penyakit, kemalangan atau hilang upaya. Pelan ini

mungkin dalam bentuk sijil asas atau sebagai pelan tambahan (rider)

kepada sijil Takaful Keluarga. Sekiranya perlindungan dalam bentuk

Page 250: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

250 Amalan Asas Takaful

pelan tambahan, hanya sumbangan pelan tambahan yang layak

mendapat potongan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti bayaran sumbangan

bagi melayakkannya mendapat kemudahan potongan cukai. Oleh itu,

peserta dinasihatkan untuk menyimpan segala resit bayaran bagi

tujuan pengauditan cukai dan pengesahan bayaran.

Page 251: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251

BAB A13

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful

perubatan dan kesihatan, yang meliputi aspek-aspek berikut:

Pemberitahuan tentang Kerugian

Bukti Kerugian/Tuntutan

Memeriksa Perlindungan

Penyiasatan Tuntutan

Borang Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Penafian Liabiliti oleh Pengendali Takaful

Pertikaian

A13.1 PEMBERITAHUAN TUNTUTAN

Orang ramai menyertai skim Takaful kerana mengharapkan bayaran

pampasan apabila berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, apabila

berlaku sesuatu kejadian yang memungkinkan tuntutan dibuat,

pengendali Takaful tidak terus bertindak memproses tuntutan dan

membayar ganti rugi kepada pemilik sijil, melainkan pengendali

Takaful telah diberitahu mengenainya. Oleh itu, pemberitahuan

mengenai tuntutan adalah penting mengikut peruntukan kontrak

Takaful.

Dua sebab utama mengapa pemberitahuan tuntutan itu penting:

pertama, pengendali Takaful perlu diberi peluang untuk menyiasat

tentang kerugian / tuntutan berkenaan, dan kedua, pengendali Takaful

perlu membuat peruntukan bagi menampung kos tuntutan.

Page 252: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

252 Amalan Asas Takaful

Sijil Takaful menghendaki pemilik sijil memberitahu pengendali

Takaful secara bertulis tentang apa-apa tuntutan dalam tempoh

tertentu, biasanya dalam tempoh 14 hari hingga 30 hari. Pihak yang

menuntut perlu mengisi borang tuntutan dan mengemukakannya

kepada pengendali Takaful, berserta dokumen-dokumen sokongan

seperti laporan perubatan dan sebagainya yang dapat membantu

proses tuntutan. Kesemua dokumen berkenaan disediakan atas

perbelanjaan pihak yang menuntut. Sekiranya pengendali Takaful

memerlukan siasatan lanjut, kos siasatan berkenaan akan ditanggung

oleh pengendali Takaful.

A13.2 BUKTI TUNTUTAN

Pihak yang menuntut dikehendaki mengemukakan bukti bertulis

mengenai kerugian / tuntutan dalam tempoh seperti yang dinyatakan

dalam peruntukan kerugian. Dalam kes tuntutan manfaat hospital dan

perubatan, bukti sah kemasukan ke hospital (bil hospital yang asal

dan borang tuntutan) hendaklah dikemukakan dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Pihak yang menuntut hendaklah mendaftarkan tuntutannya terlebih

dahulu dengan pengendali Takaful dalam tempoh masa yang

ditetapkan dan kemudiannya mengemukakan semua dokumen yang

berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan. Biasanya, dokumen

sokongan yang diperlukan ialah:

Bukti pengenalan diri,

Salinan dokumen sijil,

Bil hospital yang asal di mana peserta telah dimasukkan ke

hospital,

Sijil daftar keluar dari hospital, dan

Laporan siasatan yang asal.

Kegagalan mengemukakan dokumen tuntutan dalam tempoh masa

yang ditetapkan tidak boleh menyebabkan tuntutan terbatal sekiranya

dapat dibuktikan bahawa adalah mustahil untuk menyediakan semua

Page 253: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 253

bukti dalam tempoh yang diminta, tetapi semua dokumen telah

disiapkan dalam tempoh masa yang dianggap paling wajar.

A13.3 BORANG TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN

DAN KESIHATAN

Borang tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan direka untuk

mengetahui maklumat yang diperlukan bagi menentukan liabiliti

pengendali Takaful di bawah sijil berkenaan. Secara amnya, ia

mengandungi kenyataan pihak yang menuntut dan kenyataan dari

doktor yang merawat. Antara soalan-soalan yang dianggap standard

dalam semua borang tuntutan ialah:

Nama

Alamat

Tarikh lahir

Nombor sijil Takaful dan nombor kumpulan

Maklumat sekiranya pemilik sijil juga dilindungi di bawah

pelan Takaful berkumpulan melalui majikannya.

Keterangan mengenai kecederaan atau sakit / penyakit yang

menyebabkan kerugian.

Pihak yang menuntut bukan sahaja perlu menyatakan tarikh

menerima rawatan perubatan atau doktor yang merawat, tetapi juga

perlu memberitahu tarikh berlaku kecederaan atau sakit serta

keterangan lanjut mengenainya. Terdapat beberapa soalan tambahan

atau kemungkinan borang tambahan yang perlu dilengkapkan

sekiranya ia melibatkan kecederaan kerana pengendali Takaful perlu

menentukan adakah kecederaan berkenaan disebabkan oleh kecuaian

pihak ketiga.

Pihak yang menuntut juga perlu memberi keizinan dan kebenaran

kepada penyedia perubatan, doktor atau majikan untuk memberikan

maklumat atau rekod berkaitan dengan sejarah perubatan peserta atau

status pekerjaannya. Keizinan dari peserta ini membolehkan

pengendali Takaful mendapatkan rekod maklumat yang lebih lengkap

bagi memudahkan proses penilaian tuntutan.

Page 254: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

254 Amalan Asas Takaful

A13.4 MEMERIKSA PERLINDUNGAN

Apabila pengendali Takaful menerima notis pemberitahuan tuntutan,

jabatan tuntutan akan membuat pemeriksaan awal untuk memastikan

kesahihan tuntutan tersebut.

1. Proses tuntutan bermula dengan menentukan sama ada tuntutan

tersebut adalah sah atau sebaliknya. Antara perkara-perkara yang

perlu diperiksa oleh jabatan tuntutan ialah:

Adakah sijil masih berkuatkuasa?

Adakah sumbangan telah dibayar?

Adakah kerugian disebabkan peril yang dilindungi?

Adakah perkara pokok yang terlibat dengan kerugian adalah

sama dengan apa yang dilindungi dalam sijil?

Adakah notis pemberitahuan kerugian telah dibuat tanpa

sebarang kelewatan?

2. Borang Tuntutan

Setelah jabatan tuntutan selesai membuat pemeriksaan awal dan

mendapati tuntutan tersebut adalah sah, borang tuntutan akan

dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak yang menuntut. Arahan

yang jelas mengenai prosedur tuntutan dan dokumen-dokumen

yang diperlukan juga akan diberitahu kepada pihak yang

menuntut. Walau bagaimanapun, jika didapati tuntutan yang

dikemukakan adalah tidak sah, pihak yang menuntut akan

diberitahu mengenainya dan proses tuntutan tidak akan

diteruskan.

3. Daftar Tuntutan

Semua tuntutan hendaklah didaftarkan di dalam Buku Daftar

Tuntutan sebaik sahaja pengendali Takaful menerima notis

pemberitahuan. Pengendali Takaful juga hendaklah menyimpan

satu buku daftar terkini bagi semua tuntutan Takaful kerana ia

Page 255: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 255

dianggap sebagai rekod rasmi tuntutan. Pengendali Takaful tidak

boleh mengeluarkan sebarang rekod dalam buku daftar selagi ia

pengendali masih bertanggungjawab terhadap tuntutan berkenaan.

A13.5 PENYIASATAN TUNTUTAN

Langkah seterusnya dalam proses tuntutan Takaful ialah membuat

siasatan. Satu siasatan yang menyeluruh akan dilakukan bagi

menentukan sama ada pengendali Takaful bertanggungjawab

terhadap kerugian berkenaan. Sejauh mana siasatan perlu dijalankan

adalah bergantung kepada tahap kerumitan dan saiz (amaun) tuntutan.

Proses Penyiasatan tuntutan melibatkan perkara-perkara berikut:

1. Jabatan tuntutan akan menyiasat bagi menentukan sama ada:

wujud kerugian

kerugian disebabkan peril yang dilindungi di bawah sijil

Takaful

kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian di bawah

sijil Takaful

pihak yang menuntut adalah pihak yang sah untuk berbuat

demikian.

2. Dokumen Tuntutan

Borang tuntutan direka untuk membantu pengendali Takaful

mengumpulkan maklumat-maklumat penting untuk menilai

tuntutan. Format borang tuntutan mungkin berbeza antara satu

pengendali dengan pengendali yang lain, tetapi beberapa

maklumat penting perlu diketahui tanpa mengira siapa pengendali

Takaful berkenaan. Maklumat tersebut ialah:

Nama peserta

Alamat peserta

No telefon peserta

Page 256: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

256 Amalan Asas Takaful

Nombor sijil

Sebab-sebab membuat tuntutan.

Pengendali Takaful menyatakan kedudukannya dengan jelas

melalui kenyataan bahawa borang tuntutan dikeluarkan tanpa

sebarang prasangka, yang bermaksud pengeluaran borang

tuntutan tidak bermakna pengendali mengaku untuk menanggung

liabiliti di bawah sijil yang dimaksudkan.

A13.6 PENYELESAIAN TUNTUTAN TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

Proses tuntutan Takaful berakhir dengan bayaran tuntutan. Setelah

pengendali Takaful selesai membuat siasatan dan memutuskan untuk

membayar tuntutan, pengendali akan menentukan amaun bayaran dan

seterusnya membuat bayaran tuntutan kepada pihak yang menuntut.

A13.7 PENAFIAN LIABILITI OLEH PENGENDALI

TAKAFUL

Pengendali Takaful mungkin boleh menolak liabiliti tuntutan

berasaskan kepada beberapa sebab yang kukuh. Antaranya ialah:

Kerugian tidak wujud seperti yang dilaporkan.

Kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan peril yang tidak

dilindungi.

Kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan peril yang

dikecualikan.

Sijil diisytiharkan batal kerana telah melanggar syarat-syarat

sijil.

Apabila sesuatu tuntutan itu ditolak, pengendali Takaful akan

memberitahu pihak yang menuntut dengan cara:

mengeluarkan surat kepada pemilik sijil dan memberitahu

keputusan penolakan berkenaan.

Page 257: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 257

mengeluarkan surat kepada ejen, mengarahkan ejen

menghubungi dan memberitahu pemilik polisi tentang

keputusan penolakan tuntutan dan memberitahu sebab-sebab

penolakan.

A13.8 PERTIKAIAN

Sungguhpun banyak kes tuntutan yang berjaya diselesaikan setiap

tahun oleh pengendali Takaful, terdapat sebahagian kecil kes tuntutan

yang berakhir dengan pertikaian antara pihak yang menuntut dengan

pengendali Takaful. Pertikaian biasanya melibatkan salah satu dari

isu-isu berikut:

Persoalan sama ada pengendali Takaful boleh

dipertanggungjawabkan;

Kuantum atau jumlah kerugian, sekiranya pengendali Takaful

bertanggungjawab.

Sekiranya timbul pertikaian atau perselisihan, ia mungkin boleh

diselesaikan melalui saluran-saluran berikut:

1. Rundingan dan Bertolak ansur

Sekiranya timbul perbalahan, biasanya langkah pertama yang

diambil oleh pengendali Takaful ialah mengadakan perjumpaan

dengan pihak yang menuntut untuk menyelesaikan pertikaian

melalui perbincangan. Wakil dari pengendali, biasanya

kakitangan dari jabatan tuntutan akan menjelaskan sebab-sebab

penolakan tuntutan.

Sekiranya timbul pertikaian mengenai kuantum / amaun kerugian,

wakil pengendali akan berunding mencari jalan penyelesaian

yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Penyelesaian

melalui cara ini biasanya berakhir dengan pengendali terpaksa

membayar lebih dari amaun tawaran asal – dan pihak yang

menuntut menerima bayaran yang kurang dari amaun tuntutan

asal.

Page 258: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

258 Amalan Asas Takaful

2. Perundangan

Pihak yang menuntut mungkin memutuskan untuk mengambil

tindakan mahkamah terhadap pengendali Takaful sekiranya ia

tidak berpuashati dengan perbincangan / keputusan dengan pihak

jabatan tuntutan. Walau bagaimanapun, pengendali Takaful

biasanya berpendapat tindakan perundangan adalah pilihan

terakhir. Pengendali Takaful boleh menggunakan kaedah

perundangan lain seperti Biro Perantaraan Kewangan (FMB),

kecuali sekiranya ia melibatkan amaun tuntutan yang besar atau

prinsip utama Takaful.

3. Timbangtara

Fasal timbangtara memperuntukkan bahawa semua perbalahan

atau pertikaian mengenai kuantum / jumlah sahaja yang boleh

dirujuk untuk ditimbangtara. Ia biasanya melibatkan tuntutan sijil

Takaful am.

Timbangtara merupakan suatu kaedah penyelesaian yang paling

terkemuka dan digunakan dengan meluas untuk menyelesaikan

pertikaian. Ia memberikan pilihan kepada pihak-pihak yang

terlibat dengan perselisihan, selain dari kaedah penyelesaian di

mahkamah. Tidak seperti kaedah perundangan, timbangtara

diselesaikan di luar mahkamah: Kedua-dua pihak yang bertelagah

memilih orang tengah / pihak ketiga yang bersikap adil, dikenali

sebagai penimbangtara; kedua-dua pihak bersetuju sejak awal-

awal lagi untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh

penimbangtara; kedua-dua pihak terlibat dalam perbicaraan dan

diberi peluang untuk mengemukakan hujah, bukti dan saksi.

Biasanya, keputusan penimbangtara adalah dianggap muktamad,

dan jarang sekali kedengaran kes mereka dirujukkan ke

mahkamah.

Page 259: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 259

4. Perantaraan

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu

menyelesaikan pertikaian antara pelanggan dengan penyedia

perkhidmatan kewangan yang dikawal oleh Bank Negara

Malaysia.

Biro ini bertindak sebagai pusat resolusi pelbagai aduan

pelanggan yang menyediakan perkhidmatan secara percuma,

cepat, cekap dan memudahkan. Skop aduan yang dikendalikan

oleh FMB termasuklah aduan dari individu, syarikat korporat dan

tuntutan `pihak ketiga’ (kerosakan harta sahaja).

Untuk aduan, pertikaian atau tuntutan melibatkan kerugian

kewangan, had maksimum kes yang dikendalikan oleh FMB

adalah seperti berikut:

RM200,000 bagi perniagaan Takaful motor dan Takaful

kebakaran

RM100, 000 untuk kelas perniagaan Takaful lain

Tuntutan dari pihak ketiga dihadkan kepada RM5, 000.

Keputusan yang dibuat oleh FMB akan mengikat pengendali

Takaful untuk mematuhinya, tetapi tidak kepada pihak yang

mengadu. Pengadu yang tidak berpuashati dengan keputusan

FMB boleh merujukkan kesnya ke mahkamah.

Alamat Biro Perantaraan Kewangan ialah;

Biro Perantaraan Kewangan (FMB)

Level 25 Darul Takaful

4 Jln Sultan Sulaiman

50000 Kuala Lumpur

Page 260: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

260 Amalan Asas Takaful

A13.9 CONTOH TUNTUTAN

Fazlina menyertai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan pada 10

Februari 2010. Pelan tersebut menetapkan had tahunan sebanyak

RM100,000 dan had sepanjang hayat sebanyak RM500,000. Beliau

juga menyertakan rider manfaat elaun hospital sebanyak RM200

sehari. Peruntukan pelan menetapkan keperluan 10% Takaful

bersama.

Fazlina telah dimasukkan ke hospital pada 20 Ogos 2011. Ini adalah

kali kedua beliau dimasukkan ke hospital. Kali pertama beliau

dimasukkan ke hospital pada Januari 2011 dengan bil hospital

berjumlah RM10,000. Tiga hari kemudian beliau dibenarkan pulang

dan bil hospital berjumlah RM5,500.

Pertama, jabatan tuntutan perlu menjalankan siasatan awal bagi

menentukan perkara berikut:

Adakah sijil masih dalam keadaan berkuatkuasa?

Adakah sumbangan telah dibayar?

Adakah sebab kemasukan ke hospital termasuk dalam senarai

pengecualian?

Adakah perkara pokok yang mengalami kerugian sama

seperti perkara pokok yang dilindungi di bawah sijil?

Adakah had tahunan dan had seumur hidup tidak dipatuhi?

Sekiranya tiada apa-apa keraguan terhadap semua persoalan di atas,

tuntutan yang dikemukakan kepada pengendali Takaful mungkin akan

dipertimbangkan. Dalam kebanyakan kes, pengendali Takaful tidak

akan membayar keseluruhan amaun tuntutan kerana terdapat butiran

dalam bil hospital yang tidak dilindungi di bawah sijil.

Andaikan, hanya RM5,000 dari jumlah keseluruhan bil hospital

sebanyak RM5,500 layak dipertimbangkan untuk dibayar balik

tuntutannya. Dengan mengambil kira 10% Takaful bersama, amaun

bayaran balik ialah RM4,500. Fazlina akhirnya perlu menanggung

sendiri bayaran sebanyak RM1,000.

Page 261: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Keluarga 437

BAHAGIAN

C

TAKAFUL KELUARGA &

PELAN TAKAFUL

BERKAITAN PELABURAN

(ILTP)

Page 262: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

438 Aamalan Asas Takaful

Page 263: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Keluarga 439

BAB C1

PENGENALAN TAKAFUL KELUARGA

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, kita akan membiasakan diri dengan beberapa tajuk

penting iaitu:-

Ciri-ciri Pelan Takaful Keluarga.

Prinsip-prinsip Asas Kontrak yang Digunakan Dalam

Perlindungan Takaful Keluarga.

Risiko yang Dilindungi di bawah Pelan Takaful Keluarga.

C1.1 PENGENALAN

Takaful Keluarga adalah skim Takaful yang menyediakan

perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta.

Peserta Takaful Keluarga akan menyumbang sejumlah wang ke

dalam dana Takaful. Sebahagian daripada sumbangan itu akan

dikumpulkan di bawah satu dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) di

bawah konsep tabarru' (derma) dan sebahagian yang lain akan

digunakan bagi tujuan simpanan dan pelaburan (Akaun Peserta atau

AP). Bahagian yang diagihkan ke AKP akan digunakan untuk

memenuhi kewajipan bantuan bersama, sekiranya mana-mana peserta

menghadapi nasib malang yang timbul dari kematian atau hilang

upaya kekal. Pengendali Takaful akan melabur melalui simpanan

peserta dalam AP dan keuntungan yang diperolehi akan dikongsi

antara peserta dan pengendali Takaful mengikut nisbah yang telah

dipersetujui.

Sekiranya peserta ditimpa musibah, waris peserta akan dibayar

pampasan dengan manfaat kewangan daripada AKP. Walau

bagaimanapun, sekiranya peserta masih hidup sehingga ke tarikh

matang pelan, dia layak berkongsi lebihan bersih daripada dana itu,

Page 264: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

440 Aamalan Asas Takaful

jika ada. Peserta juga layak menikmati kemudahan pelepasan cukai

apabila dia menyertai

C1.2 CIRI-CIRI PELAN TAKAFUL KELUARGA

Ciri-ciri asas Takaful Keluarga adalah seperti berikut:

1. Pelan Jangka Panjang Dengan Bayaran Sumbangan Paras

Kontrak Takaful Keluarga adalah kontrak jangka panjang dengan

bayaran sumbangan paras (level). Sumbangan dikira berdasarkan

kepada beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang menentukan

kadar sumbangan:-

mortaliti

perbelanjaan

kadar pulangan pelaburan

cukai

Oleh kerana kontrak ini adalah kontrak jangka panjang,

Pengendali Takaful harus mengendalikan dana dengan penuh

berhemah demi memastikan dana berkenaan sentiasa mencukupi

untuk menampung tuntutan.

2. Kedua-dua Pihak Mesti Mematuhi Prinsip Penuh Percaya

Mutlak

Setiap pihak yang menandatangani kontrak Takaful Keluarga

perlu mempercayai sepenuhnya terhadap pihak yang satu lagi;

bahawa semua representasi dan perisytiharan yang dibuat adalah

benar; dan tiada pihak yang cuba untuk menipu, mengelirukan

atau menyembunyikan maklumat. Setiap pihak dianggap

bertindak dengan Penuh Percaya Mutlak.

Penyembunyian merupakan kegagalan dengan niat untuk tidak

mendedahkan suatu fakta matan / material sebelum kontrak

dimuktamadkan.Sebagai contoh, kegagalan untuk mendedahkan

penyakit sedia ada kepada pengunderait. Salah nyata penipuan

Page 265: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Keluarga 441

ialah apabila seseorang secara sedar telah membuat kenyataan

palsu yang berhubungan dengan fakta material, contohnya, salah

nyata tentang umur sebenar.

3. Kontrak Aleatori

Dalam kontrak aleatori, satu pihak menyediakan sesuatu yang

bernilai kepada pihak satu lagi sebagai tukaran untuk janji pihak

tersebut melaksanakan tindakan tertentu jika berlaku peristiwa

yang ditetapkan.Ia adalah berdasarkan nilai tawar-menawar yang

tidak setara berasaskan kepada kejadian yang mungkin berlaku

pada masa depan. Peserta berpeluang untuk menerima jumlah

bayaran yang lebih besar daripada jumlah keseluruhan

sumbangan yang dibayar sekiranya timbul tuntutan pada masa

akan datang. Tidak seperti Takaful Am, bayaran tuntutan Takaful

Keluarga ditentukan ketika permulaan kontrak. Dalam Takaful

Am, iabertujuan untuk membayar ganti rugi atau indemniti

kepada peserta, iaitu membayar tuntutan mengikut jumlah

kerugian yang dialami oleh peserta ketika berlaku musibah

(tertakluk kepada had maksimum jumlah perlindungan).

4. Kepentingan Boleh Lindung

Kewujudan kepentingan boleh lindung adalah syarat utama

sebelum kontrak Takaful Keluarga boleh dikuatkuasakan.

Individu yang ingin menyertai pelan Takaful keluarga hendaklah

mempunyai ‘kepentingan boleh lindung’ terhadap peserta. Ia

bermaksud individu berkenaan akan menanggung kerugian

kewangan apabila berlaku kematian ke atas orang yang diberi

perlindungan. Untuk menjelaskan perkara yang dinyatakan di

atas, berikut adalah beberapa situasi di mana kepentingan boleh

lindung wujud:-

setiap orang dikatakan mempunyai kepentingan tanpa had ke

atas; hayatnya dan hayat pasangan hidupnya (suami atau

isteri);

Page 266: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

442 Aamalan Asas Takaful

Ibu / bapa mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas

hayat anaknya yang dibawah umur majoriti;

Seseorang yang memberi hutang mempunyai kepentingan

boleh lindung ke atas hayat orang yang diberi hutang, tetapi

hanya setakat jumlah hutang yang diberi;

Majikan mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat

kakitangan utamanya seperti pengarah urusan atau pengurus;

Rakan kongsi niaga mempunyai kepentingan boleh lindung

ke atas hayat rakan kongsi lain, terutama jika terdapat

perjanjian untuk membeli / mengambil alih bahagian rakan

yang meninggal dunia.

Kepentingan boleh lindung hanya perlu wujud pada permulaan

kontrak Takaful Keluarga, iaitu apabila sijil Takaful mula

berkuatkuasa. Kontrak tersebut tidak akan batal sekiranya

kepentingan boleh lindung tidak wujud semasa membuat

tuntutan.

5. Bayaran Tuntutan Akan Menamatkan Kontrak

Perlindungan

Dalam kontrak Takaful keluarga, penyelesaian tuntutan akan

menamatkan kontrak perlindungan. Tidak seperti kontrak Takaful

am, setelah peserta menerima bayaran tuntutan, kontrak Takaful

keluarga akan ditamatkan dengan serta merta. Kontrak Takaful

Am tidak akan ditamatkan dengan sebab bayaran tuntutan.

6. Kontrak Unilateral / Sebelah Pihak

Takaful Keluarga adalah kontrak unilateral di mana Pengendali

Takaful dan peserta mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu.

Kontrak unilateral bermaksud saling bertukar janji untuk

melaksanakan suatu tindakan tertentu. Peserta membayar

sumbangan sebagai balasan kepada janji bahawa tuntutan pada

masa hadapan akan dibayar oleh Takaful. Satu-satunya

tanggungjawab peserta ialah membayar sumbangan semasa

kontrak masih berkuatkuasa. Dan hanya pengendali Takaful

Page 267: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Keluarga 443

sahaja satu-satunya pihak yang boleh didakwa kerana melanggar

kontrak.

Selaras dengan prinsip ini, selagi peserta masih terus membayar

sumbangan dan tidak melanggar peruntukan Seksyen 28 Akta

Takaful 1984 iaitu menyembunyikan fakta-fakta penting,

pengendali Takaful tidak mempunyai hak untuk membatalkan

kontrak.

7. Risiko Yang Dilindungi akan Meningkat Mengikut Masa

Dalam Takaful Keluarga, risiko yang dilindungi akan meningkat

mengikut tempoh kontrak. Semakin panjang tempoh kontrak,

semakin tinggi risiko kemortalan kerana ia meningkat mengikut

pertambahan usia peserta. Semakin meningkat usia peserta,

semakin tinggi kemungkinan peserta ditimpa sakit atau

menghidap sesuatu penyakit.

Sebaliknya, dalam Takaful Am, risiko yang dilindungi mungkin

semakin menurun mengikut peredaran masa kerana peserta

mungkin melaksanakan langkah-langkah pencegahan risiko

(umpamanya melaksanakan pengurusan risiko).

8. Kontrak yang Mengikat Kesertaan (Contract of Adhesion)

Takaful Keluarga adalah kontrak yang mengikat. Pihak pertama

iaitu pengendali Takaful mengeluarkan kontrak dan pihak kedua

iaitu peserta tidak berhak untuk mengubah kontrak. Peserta hanya

boleh menerima atau menolak kontrak berkenaan. Sekiranya

terdapat sebarang kesamaran atau tidak jelas dalam kontrak, ia

boleh dibawa ke mahkamah dan biasanya keputusan mahkamah

akan lebih memihak kepada peserta.

Page 268: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

444 Aamalan Asas Takaful

C1.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS KONTRAK YANAG

DIGUNAKAN DALAM PERLINDUNGAN TAKAFUL

KELUARGA

Berdasarkan dari konsep fikah al-asl fi al-ashya’ al-ibahah yang

bermaksud ‘semua perkara adalah dibenarkan kecuali terdapat hukum

yang melarangnya’, Takaful Keluarga menerapkan prinsip-prinsip

berikut dalam kontraknya:

Kepentingan Boleh Lindung;

Penuh Percaya Mutlak;

Indemniti;

Subrogasi;

Perkongsian Sama RataSumbangan;

Hampiran Sebab Terhampir;

Tabarru’

Waranti;

Di atas semua prinsip yang dinyatakan di atas, Takaful mengamalkan

prinsip tabarru’. Dalam proses membentuk produk-produk Takaful,

prinsip tabarru' yang menjadi prinsip dasar Syariah sentiasa menjadi

keutamaan kontrak. Tabarru’ bermaksud menderma, menyumbang

atau memberi sesuatu. Setiap peserta bersetuju untuk menderma

sebahagian daripada sumbangannya untuk membantu peserta lain

yang mengalami kerugian yang dilindungi. Ia sebagai memenuhi

tuntutan Syari’ah sebagaimana di dalam al-Qur’an menyatakan: “Dan

hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam kebaikan dan bertakwa

dan jangan kamu tolong-menolong di dalam kejahatan” (Al-Qur’an,

5:2)

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa prinsip indemniti,

subrogasi dan sumbangan perkongsian sama rata lebih menepati

kehendak amalan Takaful Am berbanding dengan Takaful keluarga.

Page 269: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengenalan Takaful Keluarga 445

C1.4 RISIKO YANG DILINDUNGI DI BAWAH PELAN

TAKAFUL KELUARGA

Risiko yang dilindungi di bawah Takaful Keluarga boleh

dikategorikan kepada tajuk berikut:-

1. Kematian Pra-matang

Kematian adalah satu perkara yang pasti berlaku kepada semua

manusia. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu bila mereka

akan mati. Semua orang adalah tertakluk kepada risiko kematian

pra-matang pada setiap masa. Kesan kewangan daripada kematian

pra-matang pencari nafkah mungkin akan berpanjangan. Keluarga

yang ditinggalkan akan menanggung beban kewangan selama

bertahun-tahun berikutan kehilangan pencari nafkah. Mereka

mungkin terpaksa mengambil langkah-langkah untuk memenuhi

obligasi kewangan seperti membuat kerja tambahan, bekerja lebih

masa, meminjam wang, mengeluarkan wang dari akaun simpanan

dan / atau akaun pelaburan dan berpindah ke rumah kediaman

lebih kecil & murah.

Untuk memastikan mereka yang tersayang dapat meneruskan

kehidupan dengan selesa dan menikmati gaya hidup sederhana,

mereka memerlukan dana simpanan yang mencukupi sebagai

menggantikan aliran pendapatan yang telah terhenti. Takaful

keluarga adalah jawapan kepada persoalan di atas bagi

menyediakan kaedah penyelesaian jaminan kewangan ketika ia

amat diperlukan.

2. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh bermaksud ketidakupayaan

sepenuhnya pada masa itu dan masa akan datang, untuk

melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan atau pekerjaan atau

melakukan apa-apa kerja untuk mendapatkan upah atau

keuntungan. Hilang upaya mungkin disebabkan penyakit atau

kecederaan kemalangan.

Page 270: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

446 Aamalan Asas Takaful

Keadaan ini pastinya akan memberi kesan kepada peserta dan

keluarganya kerana peserta tidak lagi berupaya menyara keluarga.

Peserta dan keluarganya akan menghadapi kesukaran untuk

memenuhi keperluan hidup harian dan menampung perbelanjaan

rawatan perubatan kerana peserta tidak mampu menjana sebarang

pendapatan. Seseorang boleh menyertai pelan Takaful Keluarga

untuk memastikan jaminan pendapatan hilang upaya atau bayaran

sekali gus sekiranya berlaku hilang upaya dan ini mampu

melegakan orang yang hilang upaya dari beban pembayaran

sumbangan seterusnya.

3. Usia Lanjut

Sesetengah orang berharap dan berpendapat usia persaraan adalah

masa untuk berehat, melancong dan menikmati kehidupan. Bagi

yang lain pula, ia hanya menjanjikan keadaan yang kritikal.

Walau bagaimanapun, ia bergantung sama ada kita bersedia untuk

memenuhi keperluan persaraan. Adalah penting bagi individu

yang bersara mempunyai sumber kewangan sendiri yang

mencukupi dan mampu untuk menyara diri dan isterinya

menjalani kehidupan seterusnya. Kebanyakan dari kita mungkin

mempunyai zaman persaraan yang lebih panjang dari apa yang

pernah kita bayangkan dan ia mungkin akan berbeza daripada apa

yang kita jangkakan. Masalah kesihatan, kewangan atau keluarga

boleh menyebabkan pelan persaraan menuju ke arah yang jauh

berbeza dari apa yang dirancang.

Takaful Keluarga adalah satu cara yang sesuai dalam

menyediakan jalan penyelesaian terhadap kehilangan keupayaan

memperolehi pendapatan disebabkan persaraan, disamping

berlindung dari bahaya ekonomi lain iaitu kematian pramatang.

Page 271: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 447

BAB C2

PELAN TAKAFUL KELUARGA

PENDAHULUAN

Peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang kehidupan manusia

adalah penting kepada masyarakat awam. Peristiwa-peristiwa seperti

kematian, hilang upaya atau penyakit yang berpanjangan dan / atau

umur lanjut boleh menimbulkan bencana / tekanan kewangan kepada

ahli keluarga individu berkenaan. Setiap satu daripada situasi ini

mewujudkan keperluan untuk perlindungan Takaful Keluarga dan

pengendali Takaful sentiasa mencari cara dan kaedah untuk

memenuhi keperluan tersebut iaitu dengan merangka pelbagai jenis

perlindungan dibawah sijil Takaful Keluarga. Setiap produk direka

untuk memenuhi satu atau pelbagai keperluan yang timbul akibat

kontingensi.

Dalam bab ini, kita akan memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk

utama dan ciri-ciri pelan Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh

pengendali Takaful di Malaysia di bawah tajuk-tajuk berikut:

C2.1 PENGENALAN

Pengendali Takaful menawarkan pelbagai kombinasi pelan asas

Takaful Keluarga untuk disesuaikan dengan keperluan individu dan

korporat yang berbeza-beza tempoh perlindungan, kaedah

pembayaran sumbangan, pengagihan manfaat dan rider (perlindungan

tambahan) yang berkaitan.

Berdasarkan perkembangan terkini di Malaysia, pelan perlindungan

gadai janji membentuk sebahagian besar perniagaan Takaful

keluarga, diikuti dengan pelan perlindungan individu. Pelan asas

Takaful Keluarga terdiri dari Takaful bertempoh, pelan simpanan dan

anuiti.

Page 272: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

448 Amalan Asas Takaful

C2.2 JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA

Jenis Perlindungan

Perlindungan Takaful Keluarga yang direka oleh Pengendali Takaful

adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan peserta individu dan

firma korporat. Secara amnya, perlindungan Takaful Keluarga boleh

dibahagikan kepada kumpulan berikut:

1. Takaful Keluarga Individu

Pelan ini meliputi perlindungan pendidikan, pelan berkaitan

pelaburan, anuiti, gadai janji, kesihatan dan pelan tambahan

(rider). Di bawah perlindungan pelan biasa ini, peserta disediakan

manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya,

simpanan (pelaburan) jangka panjang, keuntungan pelaburan

yang dibayar semasa tuntutan, tuntutan sijil matang atau serahan.

2. Takaful Keluarga Berkumpulan

Pelan ini meliputi perlindungan pendidikan berkumpulan,

perubatan berkumpulan dan perlindungan persaraan. Terdapat

peruntukan mengenai jumlah minimum peserta yang diperlukan

untuk membentuk ‘kumpulan’ di bawah pelan ini. Peserta akan

diberi perlindungan manfaat kewangan sekiranya berlaku

kematian atau hilang upaya.

Contoh produk dibawah kategori ini ialah:

a. Takaful Gadai janji Takaful Kredit Berkumpulan

b. Takaful Manfaat Pekerja

i. Takaful Bertempoh Berkumpulan

ii. Takaful Kematian Berkumpulan

iii. Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan

iv. Takaful Manfaat Bukan-Pekerja

v. Skim Takaful Komprehensif Berkumpulan

Page 273: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 449

3. Pelan Tambahan (Rider) Takaful Keluarga

Merupakan manfaat tambahan dalam pelan asas Takaful

Keluarga. Pelan tambahan menyediakan perlindungan dari

kemalangan diri individu dan hilang upaya, perubatan dan

kesihatan. Antara pelan tambahan yang ditawarkan ialah:

a. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penyakit Kritikal

b. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Kematian dan Hilang

Upaya Akibat Kemalangan

c. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pengecualian Bayaran

Sumbangan Individu

d. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pembayar

e. Pelan Tambahan Takaful Bertempoh

f. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan

g. Pelan Tambahan Takaful Pendapatan Keluarga

2.2.1 Pelan Perlindungan Individu

Pelan Takaful Simpanan

Takaful Simpanan adalah pelan yang mengandungi elemen tabungan

dan pulangan ke atas pelaburan berserta perlindungan individu. Ia

adalah jenis pelan pelaburan berserta keuntungan yang akan

diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk

mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.

Perlindungan Takaful Simpanan

Pelan ini menggabungkan dua elemen penting bagi memenuhi

obligasi di bawah Takaful simpanan:

1. Perlindungan Bertempoh Paras; dan

2. Akaun Pelaburan

Page 274: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

450 Amalan Asas Takaful

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat

menyediakan pampasan kewangan sekiranya

berlaku kematian atau hilang upaya sebelum

tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan

berserta amaun terkumpul dalam Akaun Peserta

(AP) akan dibayar kepada peserta, benefisiari

atau waris peserta.

Apabila sijil matang, peserta akan menerima

bayaran amaun terkumpul dalam Akaun Peserta

dan layak untuk berkongsi surplus bersih dari

Akaun Khas Peserta (AKP), jika ada.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada umur

semasa kemasukan dan terma-terma sijil.

Pengeluaran

Tunai

Sebahagian

Pengeluaran tunai sebahagian daripada Akaun

Peserta adalah dibenarkan selepas sijil telah

berkuatkuasa untuk beberapa tahun sebagaimana

yang dinyatakan dalam sijil. Mengikut amalan biasa,

pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh

kuatkuasa sijil mengikut polisi Pengendali Takaful.

Setiap pengeluaran boleh dibuat selepas suatu

tempoh minimum Yuran transaksi nominal

dikenakan kepada Akaun Peserta bagi setiap

pengeluaran.

Pilihan

Tambah

Nilai

Bayaran tambah nilai dibenarkan, bermula dari

tarikh kuatkuasa sijil. Amaun tambah nilai tertakluk

kepada keperluan minimum mengikut polisi

Pengendali Takaful. Amaun tambah nilai ini akan

disalurkan sepenuhnya ke Akaun Peserta, bertujuan

memperolehi keuntungan.

Pilihan

Menyertakan

Rider

Peserta boleh memilih untuk menyertakan mana-

mana pelan tambahan yang bersesuaian ke atas sijil

asas.

Page 275: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 451

Pulangan

Pelaburan

Pelan ini membolehkan pengendali Takaful

mengoptimumkan pulangan pelaburan untuk

diagihkan kepada peserta.

Pengecualian Sijil ini mengecualikan keadaan sedia ada.

Pelan Takaful Pendidikan Kanak-Kanak

Pengenalan

Pelan pendidikan adalah pelan yang menyediakan perlindungan dan

simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan

kanak-kanak diperingkat yang lebih tinggi kelak. Kanak-kanak

berkenaan akan disediakan dengan manfaat kewangan sekiranya

pembayar menghadapi musibah yang dilindungi di bawah pelan ini.

Pada masa yang sama, kanak-kanak itu akan disediakan dana yang

diperlukan untuk pendidikan tinggi masa hadapan apabila sijil telah

mencapai tempoh matang. Ibu bapa yang mengambil bahagian dalam

pelan pendidikan layak menerima pelepasan cukai peribadi sehingga

RM3, 000 setiap tahun melalui pelan gabungan perubatan dan

pendidikan.

Pelan pendidikan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan

iaitu:

1. Takaful Pendidikan Kanak-kanak Biasa: Peserta dan kanak-kanak

akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian

atau hilang upaya kekal, serta manfaat simpanan jangka panjang

(dana pendidikan), dan keuntungan pelaburan yang diagihkan

semasa bayaran tuntutan, sijil matang atau penyerahan awal.

2. Takaful Pendidikan Kanak-Kanak Berkait Pelaburan: Sebahagian

daripada sumbangan digunakan untuk membeli unit-unit

pelaburan seperti unit dalam ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap.

Sebagai tambahan kepada perlindungan Takaful biasa yang

merangkumi kematian dan hilang upaya kekal, unit-unit

Page 276: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

452 Amalan Asas Takaful

pelaburan ini akan dijual apabila berlaku tuntutan, sijil matang

atau penyerahan awal.

3. Pelan tambahan Takaful Keluarga atau tambahan kepada

perlindungan asas untuk peserta dan kanak-kanak juga

disediakan. Pelan tambahan ini memberi perlindungan terhadap

kemalangan diri dan hilang upaya, faedah rawatan hospital,

perbelanjaan pengebumian dan penyakit-penyakit kritikal.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang

dan kanak-kanak masih hidup, manfaat yang

dibayar ialah jumlah perlindungan (diberi

berdasarkan konsep hibah di bawah undang-

undang Syari’ah), ditambah dengan amaun

surplus terkumpul. Walau bagaimanapun,

sekiranya pelan pendidikan disertakan dengan

ciri-ciri berkait pelaburan, kanak-kanak itu

akan menerima nilai unit pelaburan sebagai

tambahan kepada jumlah perlindungan yang

dipersetujui di bawah pelan ini. Apabila sijil

telah mencapai tempoh matang, kanak-kanak

akan menerima jumlah terkumpul di dalam

Akaun Peserta (AP) dan juga berhak untuk

berkongsi surplus bersih dari dana Akaun Khas

Peserta (AKP), jika ada.

Sekiranya pembayar meninggal dunia sebelum

sijil pelan pendidikan matang, sumbangan

berkala atas pelan berkenaan akan dibayar oleh

pengendali Takaful bagi pihak peserta

sehingga tarikh matang sijil. Ketika tarikh

matang, kanak-kanak itu berhak menerima

amaun yang terkumpul di AP, surplus dari

AKP dan berkongsi keuntungan pelaburan

(jika berkenaan).

Page 277: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 453

Walau bagaimanapun, jika kesemua

sumbangan disalurkan ke AKP, bergantung

kepada skim Takaful berserta keuntungan,

kaedah diatas akan digunakan atau jumlah

perlindungan akan dibayar terus ke akaun atas

nama kanak-kanak dan diuruskan oleh

pemegang amanah yang dilantik. Amaun yang

akan dibayar ialah manfaat (berasaskan hibah)

sijil berserta amaun perkongsian surplus

terkumpul (jika ada) apabila sijil matang.

Jumlah Perlindungan dicampur dengan amaun

terkumpul di dalam Akaun Peserta (AP) dan

Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar

sekali gus kepada waris peserta.

Sekiranya kanak-kanak (sebagai peserta)

meninggal dunia, bergantung kepada skim

Takaful yang disertainya; pemegang sijil akan

menerima amaun perlindungan di bawah pelan

(diberi berdasarkan konsep hibah Syariah)

dicampur dengan amaun perkongsian surplus

terkumpul. Atau, pemegang sijil boleh

menamatkan sijil untuk mendapatkan nilai

serahan atau boleh menamakan anak-anak

yang lain sebagai peserta.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan bergantung kepada umur

semasa kemasukan dan tempoh perlindungan.

Pengecualian Bayaran Sumbangan: Sekiranya

pembayar meninggal dunia atau mengalami

hilang upaya kekal dan menyeluruh dalam

tempoh perlindungan Takaful, semua bayaran

sumbangan akan datang dibayar melalui dana

Takaful sehingga sampai tempoh matang.

Page 278: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

454 Amalan Asas Takaful

Pengeluaran

Tunai

Sebahagian

Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian dari

wang tunai dari dana. Pengeluaran tunai

sebahagian daripada Akaun Peserta adalah

dibenarkan selepas sijil telah berkuatkuasa

minimum untuk beberapa tahun sebagaimana yang

dinyatakan dalam sijil. Mengikut amalan biasa,

pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh

kuatkuasa sijil mengikut polisi pengendali Takaful.

Setiap pengeluaran boleh dibuat selepas suatu

tempoh minimum sahaja. Yuran transaksi nominal

dikenakan kepada Akaun Peserta bagi setiap

pengeluaran.

Pilihan

Tambah Nilai

Bayaran tambah nilai dibenarkan bermula dari

tarikh kuatkuasa sijil. Amaun tambah nilai

tertakluk kepada keperluan minimum mengikut

polisi pengendali Takaful. Amaun tambah nilai ini

akan disalurkan sepenuhnya ke Akaun Peserta

sahaja.

Pilihan

Menyertakan

Rider

Peserta boleh memilih untuk menyertakan mana-

mana rider yang bersesuaian ke atas sijil asas.

Rider Takaful keluarga atau tambahan kepada

perlindungan asas untuk peserta dan kanak-kanak

juga disediakan. Rider menyediakan perlindungan

dari berlakunya kemalangan diri dan hilang upaya,

manfaat penghospitalan, perbelanjaan

pengebumian dan penyakit kritikal.

Pulangan

Pelaburan

Pelan ini membolehkan pengendali Takaful

mengoptimumkan pulangan pelaburan untuk

diagihkan kepada peserta.

Pengecualian Biasanya pelan pendidikan tidak melindungi risiko

berikut:

cubaan membunuh diri atau mencederakan diri

sendiri samada dalam keadaan siuman atau

Page 279: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 455

sebaliknya.

kematian atau kecederaan yang dialami akibat

tindakan yang menyalahi undang-undang.

melakukan serangan.

di bawah pengaruh dadah atau minuman keras.

AIDS dan HIV.

lain-lain sebab yang dilarang oleh Syariah.

1.2.2 Pelan Takaful Gadai Janji (Mortgage Reducing Term

Takaful)

Membeli dan memiliki sebuah rumah adalah salah satu pencapaian

dalam kehidupan, yang pada dasarnya memenuhi salah satu keperluan

asas manusia untuk mempunyai tempat tinggal. Walau

bagaimanapun, kejadian yang tidak diduga boleh membawa kepada

kehilangan pendapatan atau tidak berupaya untuk memenuhi

tanggungjawab membayar pinjaman atau mendapatkan kemudahan

pembiayaan. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal

dan Menyeluruh (Total Permanent Disability) terhadap diri peserta,

ahli keluarga peserta mungkin perlu mengambil alih tanggungjawab

membayar pinjaman perumahan. Dengan Pelan Takaful Gadai Janji,

beban kewangan yang timbul disebabkan kematian atau hilang upaya

dapat dilindungi untuk tempoh jangka panjang. Pelan Takaful Gadai

Janji adalah pelan sumbangan tunggal yang mematuhi keperluan

Syariah. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan

Menyeluruh, pelan ini menyediakan manfaat Takaful dari Dana

Risiko. Amaun yang dibayar dijangka dapat melangsaikan baki

pinjaman perumahan. Pelan ini juga mempunyai ciri-ciri khusus di

mana peserta atau penamanya akan menerima bayaran lebihan dari

Dana Peserta yang terkumpul.

Jenis-Jenis Perlindungan

Jaminan manfaat untuk melangsaikan baki pinjaman gadai janji

berdasarkan jadual jumlah perlindungan menyusut, ditambah dengan

Page 280: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

456 Amalan Asas Takaful

manfaat sampingan akan dibayar apabila berlaku kematian atau

hilang upaya (di dalam lingkungan terma yang dinyatakan).

Terma dan Syarat Penting

Manfaat

Pelan ini menyediakan perlindungan kepada

peserta berdasarkan jumlah pembiayaan yang

diterima dari institusi kewangan. Ia menyediakan

sejumlah amaun perlindungan yang menyusut,

akan dibayar apabila berlaku kematian atau hilang

upaya kekal dan menyeluruh (Total Permanent

Disability) bila mana peserta belum

menyelesaikan sepenuhnya baki pembiayaan.

Apabila berlaku kematian / hilang upaya kekal

dan menyeluruh ke atas diri peserta, jumlah

perlindungan yang menyusut akan dibayar kepada

penerima yang sah (mortgagee). Di samping itu,

jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Peserta

juga akan dibayar kepada benefisiari.

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah

berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau

profesion yang ditetapkan di dalam sijil.

Perkongsian Surplus: berkongsi surplus bersih

dari operasi perniagaan Takaful (jika ada)

selagi tiada tuntutan yang dibuat sepanjang

tempoh perlindungan Takaful.

Amaun

Sumbangan

Takaful gadai janji adalah pelan perlindungan

dengan bayaran sumbangan tunggal. Amaun

sumbangan mempunyai perkaitan rapat dengan

amaun pembiayaan yang disediakan oleh institusi

kewangan, tertakluk kepada kelulusan

pengunderaitan. Tempoh dan amaun kemudahan

pembiayaan kewangan hendaklah sama dengan

amaun dan tempoh amaun kemudahan

pembiayaan perumahan yang diluluskan.

Page 281: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 457

Jaminan

Manfaat untuk

Menyelesaikan

Baki Gadaijanji

Takaful Gadai Janji memastikan gadai janji akan

diselesaikan dan dengan itu menjamin

pembayaran hutang pembiayaan perumahan.

Manfaat yang dijamin (berdasarkan jadual jumlah

perlindungan berkurangan) akan dibayar apabila

berlaku kematian atau hilang upaya (tertakluk

kepada pengecualian standard ke atas kematian

atau hilang upaya).

Definisi Umum Hilang Upaya Kekal dan

Menyeluruh: Sekiranya peserta tidak boleh

melakukan pekerjaan sendiri atau latihan,

pendidikan atau pengalaman untuk tempoh

enam bulan berturut-turut, manfaat hilang

upaya kekal dan menyeluruh akan dibayar.

Sementara itu, dalam pelan Takaful gadai janji

lain yang ditawarkan, faedah hilang upaya

kekal dan menyeluruh hanya akan dibayar jika

peserta tidak boleh melakukan apa-apa kerja

untuk menyara hidup sepanjang hayatnya.

Juga meliputi perlindungan ke atas hartanah

yang telah siap atau dalam pembinaan (iaitu

perlindungan paras sepenuhnya dalam tempoh

pembinaan).

Pelan tambahan Pelan tambahan kemalangan pelbagai boleh

disertakan dalam pelan Takaful gadai janji

sumbangan tahunan.

Penamatan Penyertaan dalam pelan Takaful adalah

merupakan tanggungjawab tempoh jangka

panjang. Penamatan awal sijil Takaful biasanya

akan melibatkan kos yang tinggi dan nilai serahan

yang dibayar mungkin kurang dari jumlah

keseluruhan sumbangan yang dibayar. Penamatan

dibenarkan hanya sekiranya harta yang

Page 282: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

458 Amalan Asas Takaful

dimaksudkan telah dijelaskan sepenuhnya

(penyelesaian awal pinjaman) atau harta

berkenaan telah dijual serta baki pinjaman juga

telah dilangsaikan.

Pengecualian Pengecualian dalam perlindungan Takaful:

Kematian atau Hilang upaya disebabkan

membunuh diri atau cubaan membunuh diri

dan / atau sebab-sebab yang dilarang oleh

undang-undang sivil, undang-undang jenayah

dan undang-undang syariah. Dalam keadaan

tersebut, hanya nilai Dana Peserta pada masa

berlaku kematian sahaja yang dibayar.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

disebabkan AIDS, peperangan, aktiviti

penerbangan selain daripada sebagai

penumpang berbayar dalam penerbangan

berjadual.

Di bawah pengaruh minuman keras.

1.2.3 Pelan Perlindungan Berkumpulan

Takaful Kredit Berkumpulan

Pengenalan

Ini adalah jenis pelan Takaful berkumpulan. Pelan ini direka bagi

tujuan menyediakan perlindungan untuk membayar pembiayaan

kemudahan pembiayaan / hutang dari mana-mana institusi kewangan,

sekiranya peserta meninggal dunia (peserta sebagai pemohon /

peminjam) atau jika peserta mengalami hilang upaya kekal dan

menyeluruh.

Page 283: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 459

Jenis-jenis perlindungan

Terdapat empat jenis perlindungan di bawah pelan ini (sebagai

contoh, ia bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk mengira

baki amaun perlindungan):

i. Perlindungan Paras

ii. Perlindungan Menyusut Kadar Rata

iii. Perlindungan Menyusut Kadar Majmuk (Compounded)

iv. Peraturan 78 atau Perangkaan

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat

Manfaat Kematian – sekiranya peserta meninggal

dunia mengikut terma didalam sijil, jumlah

perlindungan ditambah dengan baki di dalam Akaun

Peserta akan dibayar sekali gus kepada penerima yang

berhak (grantee).

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh –

sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal dan

menyeluruh mengikut terma di dalam sijil, jumlah

perlindungan ditambah dengan baki di dalam Akaun

Peserta akan dibayar sekali gus kepada penerima yang

berhak (grantee).

Sekiranya peserta meninggal dunia / hilang upaya,

jumlah perlindungan akan dibayar kepada penerima

yang berhak. Di samping itu, amaun terkumpul dalam

Akaun Peserta juga akan dibayar.

Manfaat Kematangan – Apabila sijil mencapai tempoh

matang, peserta akan menerima amaun terkumpul

dalam Akaun Peserta.

Amaun

Sumbangan

Ia adalah pelan Takaful bertempoh untuk kumpulan

peserta (peminjam) institusi kewangan (grantee),

dengan kaedah bayaran sumbangan yang berbeza.

Page 284: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

460 Amalan Asas Takaful

Pelan perlindungan biasanya direka untuk kaedah

bayaran:

Sumbangan Tunggal

Sumbangan Tahunan

Takaful Manfaat Pekerja

Pengenalan

Ia adalah pelan pembaharuan tahunan yang ditawarkan kepada

kumpulan individu dibawah satu sijil induk:-

Kumpulan Majikan

Kumpulan Persatuan

Kumpulan-kumpulan lain yang ditubuhkan bagi tujuan selain

dari untuk menyertai skim Takaful.

Kelebihan Menyertai Pelan Takaful kepada Majikan dan Persatuan:-

Mencerminkan imej majikan/persatuan yang prihatin dan

menghargai pekerja / ahlinya.

Meningkatkan moral dan produktiviti pekerja / ahli.

Menarik minat dan mengekalkan kesetiaan pekerja / ahli.

Menikmati kemudahan potongan cukai.

Memenuhi keperluan rundingan hal ehwal buruh.

Jenis-jenis perlindungan

Pelan ini menawarkan perlindungan:-

1. Manfaat Kematian – sekiranya peserta meninggal dunia mengikut

terma di dalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki

didalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada Pemegang

Sijil (majikan, persatuan atau kumpulan berkaitan).

Page 285: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 461

2. Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh – sekiranya peserta

mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh mengikut terma

di dalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki di

dalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada penerima

yang berhak (grantee).

3. Perbelanjaan Pengebumian – dibayar kepada waris peserta,

tertakluk kepada bukti kematian yang disahkan.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Kelayakan

Had minimum penyertaan adalah tertakluk kepada

polisi pengendali Takaful dan biasanya bilangan

minimum adalah 10 orang. Amaun perlindungan

yang melebihi syarat ‘had tanpa perubatan’ (free

cover limit) memerlukan bukti kebolehlindungan

(insurability) sebelum perlindungan boleh

dikuatkuasakan. Pengendali Takaful berhak untuk

meminda syarat-syarat dan mengubah had

berkenaan, tertakluk kepada umur maksimum

yang ditetapkan polisi pengendali Takaful,

sekiranya perlu.

Umur tamat perlindungan tertakluk kepada polisi

Pengendali Takaful.

Pengendali Takaful boleh memberi kelonggaran

syarat mengikut merit kes, tertakluk kepada had

keperluan pengunderaitan dan Takaful Semula.

Maklumat yang

Diperlukan

Antara maklumat yang diperlukan ialah:-

1. nama syarikat

2. jenis perniagaan

3. nama dan no pengenalan kakitangan

4. tarikh lahir

Page 286: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

462 Amalan Asas Takaful

5. jantina

6. gaji (sekiranya jumlah perlindungan

berdasarkan gandaan jumlah gaji).

7. Jumlah perlindungan (ditetapkan atau

mengikut gandaan jumlah gaji).

8. pengalaman tuntutan tiga tahun lepas.

9. perlindungan sedia ada (jika berkenaan).

Pelan:

Takaful

Perbelanjaan

Kematian

Takaful Perbelanjaan Kematian

Keterangan Pelan

Ia adalah skim berkelompok yang direka untuk

meminimumkan pemilihan risiko dan

menyediakan kemudahan yang serupa dalam

melindungi sekumpulan peserta.

Skop Perlindungan:

Majikan, organisasi atau persatuan adalah

Pemegang Kontrak Induk.

Tahap Perlindungan: Perlindungan selama

setahun kepada sekumpulan peserta yang

berlainan jenis dan reka bentuk pelan. Reka

bentuk pelan biasanya mempunyai:

a. Pelan jumlah perlindungan sama rata,

umpamanya RM1, 000 untuk semua

peserta.

b. Jumlah perlindungan berdasarkan

kategori yang ditetapkan oleh majikan,

umpamanya:

- Pengurus Kanan RM2,500

- Pengurus RM2,000

- Eksekutif RM1,000

c. Perlindungan berdasarkan kategori

keahlian, umpamanya:

- Ahli Prinsipal RM2,500

Page 287: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 463

- Pasangan (isteri/suami) RM2,000

- Anak-Anak dibawah Tanggungan

RM1,000

Kematian disebabkan kemalangan atau sakit:

Sekiranya peserta meninggal dunia mengikut

terma didalam sijil, jumlah perlindungan

ditambah dengan baki didalam Akaun

Peserta akan dibayar sekali gus kepada

Pemegang Sijil Induk atau benefisiari atau

waris peserta.

Takaful Kumpulan Komprehensif

Pengenalan

Pelan ini direka untuk meminimumkan pemilihan risiko dan

menyediakan asas Takaful yang sama untuk melindungi kumpulan

pekerja (peserta) dengan elemen simpanan untuk tujuan persaraan.

Pelan ini dipasarkan berdasarkan unit dengan nilai yang ditetapkan

oleh pengendali Takaful.

Bentuk perlindungan

Sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya

kekal dan menyeluruh mengikut terma didalam sijil, jumlah

perlindungan ditambah dengan baki di dalam Akaun Peserta akan

dibayar kepada penama atau waris peserta.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat

Manfaat Kematian – sekiranya peserta

meninggal dunia disebabkan sakit / penyakit dan

mengikut terma didalam sijil, jumlah

perlindungan ditambah dengan baki didalam

Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar kepada

benefisiari atau waris peserta. Sekiranya berlaku

Page 288: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

464 Amalan Asas Takaful

kematian disebabkan kemalangan, pengendali

Takaful akan membayar dua kali ganda jumlah

perlindungan, dibayar kepada benefisiari atau

waris peserta.

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh –

sekiranya hilang upaya kekal dan menyeluruh

berlaku (atas sebarang sebab), jumlah

perlindungan boleh dibayar secara ansuran atau

sekaligus, bermula dari tarikh disahkan

mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Amaun

Sumbangan

Sumbangan perlu dibayar sehingga tarikh sijil

matang.

Sumbangan

Tambah Nilai

Peserta dibenarkan membuat tambah nilai

sumbangan apabila sijilnya telah berkuatkuasa

selama setahun. Amaun tambah nilai adalah

tertakluk kepada jumlah minimum sumbangan

bulanan. Amaun tambah nilai akan dikumpulkan

dalam Akaun Peserta sahaja.

Pelan

Tambahan

Pelan tambahan yang disediakan:

Takaful Manfaat Penghospitalan

Berkumpulan

Takaful Manfaat Penyakit Kritikal

Berkumpulan

Takaful Manfaat Kematian Disebabkan

Kemalangan & Hilang Upaya Kekal dan

Menyeluruh Berkumpulan.

Takaful Manfaat Hilang Upaya Kekal dan

Sebahagian Berkumpulan

Takaful Manfaat Kematian Serta Merta

Berkumpulan

Page 289: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 465

Dengan menyertakan manfaat sampingan, ia tidak

meningkatkan jumlah perlindungan tetapi akan

mengurangkan amaun dalam Akaun Peserta.

2.2.4 Pelan Tambahan (Rider)

Pengenalan

Pelan tambahan adalah sesuatu yang ditambah kepada sijil asas untuk

memberi manfaat tambahan - kadang kala memerlukan bayaran

tambahan. Peserta juga boleh menggabungkan satu set Pelan

tambahan dan disertakan dalam sijil asas.

Amaun sumbangan pastinya akan meningkat, bergantung kepada

Pelan tambahan atau gabungan Pelan tambahan yang dipilih. Lanjutan

dari manfaat diatas ialah manfaat hilang upaya menyeluruh /

sebahagian disebabkan kemalangan. Sebab-sebab hilang upaya akan

menentukan amaun bayaran atas jumlah perlindungan. Pembayaran

dibuat sama ada dalam bentuk anuiti atau bayaran sekali gus.

Walaupun tuntutan atas Pelan tambahan telah diselesaikan, manfaat

sijil asas masih kekal. Satu lagi manfaat tambahan ialah Pelan

tambahan pengecualian bayaran sumbangan. Sekiranya hilang upaya

kekal menjejaskan keupayaan peserta untuk mencari pendapatan /

sara hidup, Pelan tambahan ini mengetepikan semua bayaran

sumbangan masa akan datang. Pelan tambahan manfaat bertempoh

bertujuan menyediakan sejumlah wang tambahan, bersamaan dengan

jumlah perlindungan asas maksimum, sekiranya peserta meninggal

dunia semasa sijil dalam keadaan berkuatkuasa.

Pengendali Takaful juga menawarkan manfaat penyakit kritikal.

Sekiranya peserta ditimpa oleh mana-mana penyakit kritikal seperti

yang disenaraikan oleh pengendali Takaful, peserta berpeluang untuk

menerima bayaran pampasan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja

tuntutan berkenaan telah dibayar, tuntutan tambahan atas sebab yang

sama dimasa hadapan tidak akan dipertimbangkan.

Page 290: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

466 Amalan Asas Takaful

Pelan tambahan lain yang juga ditawarkan ialah manfaat

penghospitalan dan pembedahan utama. Manfaat pembedahan

melibatkan pembayaran kos pembedahan, bergantung kepada

prosedur pembedahan; sementara manfaat penghospitalan meliputi

perbelanjaan yang terlibat apabila peserta dimasukkan ke hospital

termasuk bayaran caj bilik, tertakluk kepada had tertentu iaitu amaun

maksimum dan bilangan hari dalam setahun yang peserta layak

memperolehi manfaat berkenaan.

Pelan tambahan mengatasi apa-apa percanggahan atau perbezaan

dalam sijil asas. Dalam erti kata lain, jika terdapat peruntukan dalam

Pelan tambahan yang berbeza daripada peruntukan yang sama dalam

sijil asal, maka peruntukan dalam Pelan tambahan dikekalkan. Pelan

tambahan boleh mengecualikan atau mengasingkan perlindungan dan

akan menjadikan kadar sumbangan lebih rendah. Walau

bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, Pelan tambahan akan

menambah skop perlindungan atas sijil sedia ada.

Pelan tambahan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan tambahan Takaful Penyakit Kritikal merupakan perlindungan

paras individu. Pelan ini menyediakan perlindungan dari sebarang

penyakit kritikal yang dinyatakan dalam sijil dan berlaku dalam

tempoh perlidungan pelan.

Jenis perlindungan

Pelan tambahan ini menyediakan bayaran penuh jumlah perlindungan

penyakit kritikal apabila peserta didiagnosa dan menghidap sebarang

penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil.

Pelan ini disediakan dalam dua bentuk:

1. Pelan yang Dipercepatkan (Accelerated)

Pelan tambahan ini menyediakan bayaran sekali gus jumlah

perlindungan Penyakit Kritikal, iaitu bayaran pendahuluan dari

Page 291: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 467

jumlah perlindungan asas apabila didiagnosa dan disahkan menghidap

penyakit kritikal. Tuntutan yang dibuat di bawah rider ini akan

mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

2. Pelan Tambahan

Pelan tambahan ini menyediakan bayaran sekali gus jumlah

perlindungan Penyakit Kritikal yang didiagnosa dan disahkan.

Pembayaran yang dibuat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan

Jumlah Perlindungan Asas, dan menjadikan pelan pilihan ini lebih

mahal berbanding dengan pelan sebelumnya.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan hingga

ke had maksimum jumlah perlindungan sijil asas.

Manfaat

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang,

peserta akan menerima bayaran amaun terkumpul

di dalam Akaun Khas Peserta (AKP).

Setelah didiagnosa, amaun perlindungan penyakit

kritikal akan dibayar, tertakluk kepada syarat-

syarat berikut:

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah

berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau

profesion yang ditetapkan di dalam sijil.

Manfaat Hilang Upaya akan dibayar selepas

memenuhi tempoh kelayakan (tempoh

menunggu) iaitu hilang upaya itu mestilah

berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang

daripada enam (6) bulan.

Kemortalan tambahan dan / atau bebanan

pekerjaan akan ditambah kedalam amaun

sumbangan, bersesuaian dengan profil peserta

dan definisi hilang upaya kekal dan

Page 292: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

468 Amalan Asas Takaful

menyeluruh. Sumbangan tambahan (loading)

dikira sebagai faktor berganda kepada kadar

minimum bersih. Tiada sebarang diskaun

diberikan kerana ia adalah kadar minimum

bersih.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider

atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pulangan

Pelaburan

Model Takaful ini membolehkan pengendali

Takaful mengoptimumkan pulangan pelaburan

kepada peserta.

Pengecualian Keadaan sedia ada dikecualikan dari manfaat

ini.

Nota: Penyakit yang didiagnosa dalam tempoh

tiga (3) bulan dari tarikh kuatkuasa sijil atau

tarikh kuatkuasa semula adalah tidak dilindungi

di bawah pelan ini.

Pelan tambahan Takaful Kematian Disebabkan Kemalangan

Pengenalan

Pelan ini merupakan perlindungan Takaful peringkat individu untuk

yang hanya boleh disertakan kepada Pelan Asas. Pelan ini

menyediakan pampasan kewangan kepada peserta sekiranya berlaku

kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (Total Permanent

Disablement) atau hilang upaya kekal sebahagian (Permanent Partial

Disablement) akibat kemalangan dalam lingkungan definisi terma

sijil.

Page 293: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 469

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Jumlah Perlindungan:

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

sehingga ke tahap perlindungan asas atau

maksimum beberapa kali ganda amaun

perlindungan asas tertakluk kepada polisi

pengendali Takaful.

Manfaat

Pelan ini melindungi:

Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan -

Sekiranya peserta meninggal dunia akibat

kemalangan mengikut terma di dalam sijil,

jumlah perlindungan ditambah dengan baki di

dalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar.

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh

Disebabkan Kemalangan - Sekiranya peserta

mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh

akibat kemalangan, mengikut terma di dalam

sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki

didalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan

dibayar kepada peserta.

Manfaat hilang upaya kekal sebahagian

Disebabkan Kemalangan - Sekiranya peserta

mengalami hilang upaya kekal sebahagian

akibat kemalangan, mengikut terma di dalam

sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki

di dalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan

dibayar kepada benefisiari atau waris peserta.

Bayaran amaun perlindungan adalah seperti

yang terkandung dalam Jadual Indemniti.

Manfaat Kematangan - Apabila sijil telah

mencapai tempoh matang, peserta akan

menerima bayaran amaun terkumpul dalam

Akaun Khas Peserta.

Page 294: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

470 Amalan Asas Takaful

Setelah tamat tempoh polisi, baki sumbangan

berserta pulangan keuntungan akan diagih-agihkan

kepada peserta mengikut kadar yang sewajarnya.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider

atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari

manfaat ini.

Pelan tambahan Pengecualian Bayaran Sumbangan Penyakit

Kritikal

Pengenalan

Pengecualian bayaran sumbangan merupakan pelan yang

membenarkan semua bayaran sumbangan untuk masa akan datang

(termasuk pelan tambahan lain yang disertakan, kecuali pelan

tambahan penyakit kritikal) adalah dikecualikan, iaitu apabila peserta

didiagnosa menghidap / mengalami mana-mana 39 penyakit kritikal

(sumber daripada Bank Negara Malaysia 2001) seperti yang

ditakrifkan dalam kontrak. Selepas didiagnosa, manfaat yang dibayar

adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah berdasarkan kepada

definisi pekerjaan atau profesion yang ditetapkan didalam sijil.

Faedah hilang upaya akan dibayar selepas memenuhi tempoh

kelayakan (tempoh menunggu) dimana hilang upaya tersebut

mesti berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang enam (6)

bulan.

Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

Page 295: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 471

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

sehingga ke tahap perlindungan asas atau

maksimum beberapa kali ganda amaun

perlindungan asas tertakluk kepada polisi

pengendali Takaful.

Manfaat

Setelah didiagnosa, manfaat yang dibayar adalah

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah

berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau

profesion yang ditetapkan didalam sijil.

Faedah hilang upaya akan dibayar selepas

memenuhi tempoh kelayakan (tempoh

menunggu) di mana hilang upaya tersebut mesti

berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang

dari enam (6) bulan.

Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari

manfaat ini.

Manfaat Kematangan: Apabila sijil telah

mencapai tempoh matang, peserta akan

menerima bayaran amaun terkumpul dalam

Akaun Khas Peserta.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider

atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Pengecualian bayaran sumbangan pelan tambahan

ini merupakan pelan yang membenarkan semua

bayaran sumbangan untuk masa akan datang

termasuk rider yang disertakan, kecuali rider

penyakit kritikal, adalah dikecualikan iaitu apabila

peserta didiagnosa menghidap/mengalami penyakit

kritikal seperti yang ditakrifkan dalam kontrak.

Page 296: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

472 Amalan Asas Takaful

Pelan Tambahan Manfaat Pembayar

Pengenalan

Pelan Tambahan Manfaat Pembayar adalah pelan tambahan yang

hanya boleh disertakan kepada pelan asas. Pelan ini akan

mengecualikan semua bayaran sumbangan masa depan (bukan

tunggakan sumbangan) yang perlu dibayar di bawah sijil ini

(termasuk pelan tambahan yang disertakan) sekiranya peserta

meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh dan

/ atau didiagnosa sebagai mengalami mana-mana penyakit kritikal

(seperti yang dinyatakan dalam kontrak) sebelum sijil mencapai

tempoh matang. Pelan ini direka khusus untuk menyediakan

perlindungan kepada pembayar caruman dan juga menggalakkan

peserta menyimpan / melabur.

Jenis-jenis Perlindungan

1. Manfaat Kematian

Sekiranya pembayar meninggal dunia atas sebarang sebab,

semua bayaran sumbangan untuk masa akan datang (kecuali

tunggakan sumbangan) termasuk rider yang disertakan,

sekiranya berkenaan, adalah dikecualikan,

2. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Sekiranya pembayar mengalami hilang upaya kekal dan

menyeluruh atas sebarang sebab dan tertakluk kepada syarat

dan peraturan rider, semua bayaran sumbangan (tidak

termasuk tunggakan sumbangan) yang sepatutnya perlu

dibayar dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang

disertakan, sekiranya berkenaan) adalah dikecualikan.

Page 297: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 473

3. Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya pembayar didiagnosa dan disahkan menghidap

salah satu penyakit kritikal (seperti yang dinyatakan dalam

kontrak), semua bayaran sumbangan (tidak termasuk

tunggakan sumbangan) yang sepatutnya perlu dibayar di

bawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang disertakan,

sekiranya berkenaan) adalah dikecualikan.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

sehingga ke tahap jumlah perlindungan pelan

asas.

Syarat-syarat Apabila pembayar mengalami hilang upaya kekal

dan menyeluruh atau didiagnosa menghidap

penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan Manfaat

Pembayar (Payor Benefits Sum Covered) akan

dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah

berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau

profesion yang ditetapkan didalam sijil.

Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas

memenuhi tempoh kelayakan (tempoh

menunggu) di mana hilang upaya tersebut

mesti berlaku untuk tempoh berterusan tidak

kurang dari enam (6) bulan.

Manfaat

Manfaat Kematian:

Sekiranya pembayar meninggal dunia kerana

sebarang sebab, semua bayaran sumbangan (tidak

termasuk sumbangan tertunggak) yang sepatutnya

perlu dibayar di bawah sijil ini (termasuk pelan

tambahan yang disertakan, sekiranya berkenaan)

adalah dikecualikan.

Page 298: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

474 Amalan Asas Takaful

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh:

Sekiranya pembayar mengalami hilang upaya

kekal dan menyeluruh kerana sebarang sebab dan

tertakluk kepada terma dan syarat rider, semua

bayaran sumbangan (tidak termasuk sumbangan

tertunggak) yang sepatutnya perlu dibayar di

bawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang

disertakan, sekiranya berkenaan) adalah

dikecualikan.

Manfaat Penyakit Kritikal:

Sekiranya pembayar didiagnosa dan disahkan

menghidap salah satu penyakit kritikal (seperti

yang dinyatakan dalam kontrak), semua bayaran

sumbangan (tidak termasuk sumbangan

tertunggak) yang sepatutnya perlu dibayar

dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang

disertakan, sekiranya berkenaan) adalah

dikecualikan.

Manfaat Kematangan:

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang,

peserta akan menerima bayaran amaun terkumpul

dalam Akaun Khas Peserta (AKP).

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada

pelan tambahan atau kombinasi pelan yang

dipilih.

Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari

manfaat ini.

Page 299: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 475

Pelan Tambahan Takaful Bertempoh

Pengenalan

Pelan Tambahan Bertempoh adalah pelan tambahan Takaful yang

hanya boleh disertakan bersama-sama dengan pelan asas. Ia adalah

perlindungan Takaful peringkat individu dengan perlindungan yang

menyeluruh dan skop manfaat yang lebih meluas.

Jenis-jenis perlindungan

Pelan ini menyediakan perlindungan kewangan sekiranya peserta

meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dalam tempoh

sijil berkuatkuasa.

Terma dan Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

sehingga ke tahap perlindungan asas atau

maksimum beberapa kali ganda amaun

perlindungan asas tertakluk kepada polisi

pengendali Takaful.

Manfaat

Manfaat Kematian:

Sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh

sijil berkuatkuasa, jumlah perlindungan rider

bertempoh ditambah dengan baki di dalam Akaun

Khas Peserta (AKP) akan dibayar sekali gus kepada

benefisiari peserta.

Hilang Upaya kekal dan Menyeluruh:

Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal

dan menyeluruh dalam tempoh sijil berkuatkuasa,

jumlah perlindungan pelan tambahan bertempoh

ditambah dengan baki didalam Akaun Khas Peserta

akan dibayar sekali gus kepada peserta.

Page 300: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

476 Amalan Asas Takaful

Manfaat Kematangan:

Apabila sijil matang, peserta akan menerima

bayaran amaun terkumpul dalam Akaun Khas

Peserta.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada pelan

tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat

ini.

Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan

Pengenalan

Pelan tambahan manfaat penghospitalan adalah pelan tambahan

Takaful individu yang hanya boleh disertakan bersama pelan asas

sahaja. Pelan ini menyediakan manfaat tunai harian sekiranya peserta

dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit, tertakluk

kepada terma dan syarat pelan tambahan

Jenis perlindungan

Manfaat Penghospitalan

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

serendah RM10 sehari sehingga ke had maksimum

yang ditetapkan oleh pengendali Takaful.

Manfaat

Manfaat Penghospitalan:

Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat

kemalangan atau penyakit untuk tempoh minimum

yang ditetapkan oleh pengendali Takaful, amaun

manfaat hospital akan dikira dari hari pertama

Page 301: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 477

dimasukkan ke hospital. Jumlah maksimum hari

yang ia layak adalah tertakluk kepada pelan Takaful

yang disertai (berbeza mengikut pelan dan

pengendali Takaful

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada pelan

tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Manfaat penghospitalan tidak dibayar kecuali

peserta dimasukkan ke hospital selepas tempoh

yang ditetapkan di dalam sijil pelan tambahan

(berbeza mengikut pelan dan pengendali

Takaful).

Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia ada.

Pelan Tambahan Takaful Perbelanjaan Kematian

Pengenalan

Pelan tambahan Takaful Perbelanjaan Kematian direka untuk

menyediakan bantuan kewangan dengan serta-merta kepada waris

terdekat sekiranya peserta meninggal dunia.

Jenis perlindungan

Kelulusan Segera Tanpa Sebarang Kerumitan

Setelah berpuashati dengan bukti kematian yang dikemukakan,

benefisiari atau waris terdekat peserta akan menerima bayaran

perbelanjaan serta-merta kematian tanpa memerlukan sebarang

dokumen sokongan.

Page 302: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

478 Amalan Asas Takaful

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat

Manfaat Kematian:

Sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh

sijil berkuatkuasa, bayaran perbelanjaan serta-merta

kematian ditambah dengan baki di dalam Akaun

Khas Peserta (AKP) akan dibayar kepada benefisiari

atau waris terdekat peserta.

Manfaat Kematangan:

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta

akan menerima amaun terkumpul dalam Akaun

Khas Peserta (AKP).

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada Pelan

tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia ada.

Pelan Tambahan Pendapatan Keluarga

Pengenalan

Pelan Tambahan Pendapatan Keluarga memberikan peserta dan

keluarga suatu jaminan ketenangan sekiranya peserta mengalami

hilang upaya kekal dan menyeluruh atau didiagnosa menghidap

penyakit kritikal dalam tempoh pelan berkuatkuasa. Pelan tambahan

ini membolehkan sebahagian besar daripada peruntukan Akaun

Peserta digunakan untuk tujuan pelaburan yang memberikan kadar

pulangan yang optimum. Ia juga menyediakan peruntukan pendapatan

pelaburan dan surplus yang lebih kerap untuk dimasukkan ke akaun

pelaburan peserta. Pelaburan semula serta merta pulangan pelaburan

dan surplus seterusnya akan menjanjikan jumlah pulangan yang lebih

baik.

Page 303: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pelan Takaful Keluarga 479

Jenis perlindungan

Sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau

peyakit kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini, manfaat

pendapatan keluarga akan dibayar kepada benefisiari yang dinamakan

oleh peserta atau waris terdekat, sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah

Perlindungan

Peserta boleh memilih amaun perlindungan

serendah RM10 sehari sehingga ke had maksimum

yang ditetapkan oleh pengendali Takaful.

Manfaat

Manfaat Kematian:

Sekiranya peserta meninggal dunia akibat

kemalangan atau penyakit yang dilindungi di bawah

pelan ini, amaun pendapatan keluarga akan dibayar

kepada benefisiari yang dinamakan oleh peserta atau

waris terdekat, sepanjang tempoh kuatkuasa pelan.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh:

Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal

dan menyeluruh akibat kemalangan atau penyakit

yang dilindungi dibawah pelan ini, amaun

pendapatan keluarga akan dibayar kepada peserta

sepanjang tempoh kuatkuasa pelan.

Manfaat Penyakit Kritikal:

Sekiranya peserta didiagnosa dan disahkan

menghidap salah satu penyakit kritikal yang

dilindungi dibawah pelan ini, amaun pendapatan

keluarga akan dibayar kepada peserta sepanjang

tempoh kuatkuasa pelan.

Page 304: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

480 Amalan Asas Takaful

Manfaat Kematangan:

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta

akan menerima amaun terkumpul dalam Akaun

Khas Peserta (AKP).

Terma dan

Syarat

Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal

dan menyeluruh atau didiagnosa menghidap salah

satu penyakit kritikal, amaun perlindungan akan

dibayar mengikut syarat-syarat berikut:

Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah

berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau

profesion yang ditetapkan di dalam sijil.

Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas

memenuhi tempoh kelayakan (tempoh

menunggu) dimana hilang upaya tersebut mesti

berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang

dari enam (6) bulan.

Amaun

Sumbangan

Amaun sumbangan adalah bergantung kepada Pelan

Tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.

Pengecualian Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia ada.

Page 305: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 481

BAB C3

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SIJIL

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai terma-terma

dan syarat-syarat umum yang biasanya terdapat dalam sijil Takaful

Keluarga.

C3.1 KETERANGAN SIJIL TAKAFUL KELUARGA

Takaful perpaduan keluarga menyediakan perlindungan kepada

peserta dengan manfaat perlindungan kewangan dan simpanan jangka

panjang. Peserta atau waris akan disediakan dengan manfaat

kewangan jika peserta ditimpa musibah. Pada masa yang sama,

peserta akan memiliki tabungan peribadi jangka panjang kerana

sebahagian daripada sumbangan yang dibayar akan disimpan dalam

sebuah akaun bagi tujuan simpanan dan pelaburan. Peserta akan dapat

menikmati pulangan pelaburan daripada bahagian simpanan mengikut

nisbah yang telah dipersetujui dengan Pengendali Takaful.

Adalah penting untuk memahami bahawa perkataan "sijil" dan

"kontrak" adalah tidak sinonim atau tidak sama pegertiannya. Sijil

adalah alat atau perantaraan (mungkin dalam bentuk kertas atau

sebagainya) di mana perjanjian ditulis di atasnya. Sementara kontrak

pula adalah sesuatu yang tidak ketara, iaitu perjanjian perundangan

yang mengikat pihak-pihak berkenaan.

Akta Takaful 1984 mendefinisikan “sijil Takaful” sebagai “apa-apa

kontrak Takaful bagi perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan

am sama ada atau tidak terkandung dalam atau diterangkan oleh suatu

surat cara dalam bentuk sijil, dan sebutan mengenai pengeluaran sijil

hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Sebutan mengenai sesuatu

Page 306: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

482 Amalan Asas Takaful

sijil Pengendali Takaful termasuklah apa-apa sijil yang berkenaan

dengannya pengendali adalah di bawah apa-apa liabiliti, sama ada

sijil itu telah dikeluarkan oleh pengendali atau liabiliti itu telah

berpindah kepada pengendali daripada seorang pengendali lain”.

C3.2 TRANSAKSI SIJIL

Transaksi sijil boleh dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut:-

i. Sijil pendua, dan

ii. Penyerahan hak sijil Takaful keluarga.

3.2.1 Sijil Pendua

Apabila dokumen sijil hilang atau salah letak, sijil gantian akan

dikeluarkan oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful biasanya

memerlukan dari peserta, antara lain, dokumen-dokumen berikut

sebelum mengeluarkan sijil gantian:-

i. surat permohonan;

ii. persetujuan untuk membayar ganti rugi kepada Pengendali

Takaful sekiranya timbul sebarang kerugian disebabkan

pengeluaran sijil pendua berkenaan.

Sijil pendua akan dicop dengan perkataan “Sijil Pendua”, dan menjadi

dokumen perundangan yang sah.

3.2.2 Penyerahan Hak Sijil Takaful Keluarga

Perlu difahami bahawa Akta Takaful 1984 mendefinisikan “peserta”

sebagai orang yang diberi perlindungan, dimana setelah sijil diserah

hak kepada pemegang serah hak pada masa itu, dan pemegang serah

hak berhak mendapat manfaat sijil dari pengendali Takaful kerana ia

adalah wakil diri peserta yang telah meninggal dunia.

Penyerahan hak ialah suatu pemindahan hak dan liabiliti oleh

seseorang kepada seseorang yang lain. Di Takaful, pemindahan

Page 307: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 483

semua hak dan tanggungan peserta kepada orang lain disebut sebagai

suatu penyerahan hak sijil. Pemegang serahhak, orang yang

mengambil alih hak-hak yang diberikan, akan mempunyai hak yang

sama seperti yang dinikmati oleh penyerah hak. Oleh itu, hak undang-

undang di bawah sijil Takaful keluarga boleh dipindahkan melalui

penyerahan hak.

Penyerahan hak boleh dibuat sama ada serah hak mutlak atau serah

hak bersyarat. Penyerahan hak mutlak tidak meninggalkan apa-apa

hak untuk penyerah hak, kecuali pembayaran sumbangan sekiranya

peserta memilih untuk membayar. Sebaliknya, serah hak bersyarat

akan memberi hak kepada penyerah hak untuk membatalkan

penyerahan hak sekiranya pemegang serah hak meninggal dunia

sebelum manfaat Takaful dibayar atau jika peserta masih hidup

sehingga tarikh matang sijil Takaful. Proses penyerahan hak boleh

dilakukan melalui prosedur berikut:

1. Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis. Tanpa notis

bertulis, pengendali Takaful tidak boleh dipertanggungjawabkan

keatas bayaran yang dibuat kepada individu lain, selain dari

pemegang serah hak;

2. Penyerahan hak boleh dikuatkuasakan melalui endorsemen atau

surat ikatan yang berasingan;

3. Notis bertulis mengenai penyerahan hak hendaklah dihantar ke

ibu pejabat pengendali Takaful;

4. Apabila menerima notis penyerahan hak, pengendali Takaful

hendaklah mendaftarkan notis berkenaan. Ini adalah perlu untuk

menentukan susunan keutamaan dalam tuntutan sekiranya sijil

berkenaan mempunyai pelbagai penyerahan hak. Mengikut

keutamaan, penyerahan hak yang lebih awal tarikhnya perlu

didahulukan berbanding dengan penyerahan hak yang didaftarkan

selepas tarikh tersebut.

Penyerahan Hak Amaun Tuntutan

Dalam Takaful, istilah "penyerahan hak" juga digunakan dalam

konteks menyerahkan hak prosid atau manfaat sijil. Penyerahan hak

Page 308: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

484 Amalan Asas Takaful

prosid sijil timbul apabila peserta mengarahkan pengendali Takaful

untuk membayar prosid sijil kepada pihak ketiga.

Sebagai contoh, terdapat penyerahan hak prosid sijil apabila peserta

mengarahkan Pengendali Takaful untuk membayar ganti rugi yang

peserta mempunyai hak keatasnya untuk diserahkan kepada pihak

lain. Dalam Takaful Keluarga, penyerahan hak prosid sijil berlaku

apabila pemilik sijil / peserta menamakan benefisiari untuk menerima

manfaat kematian di bawah sijil berkenaan. Dalam penyerahan hak

tersebut, peserta masih kekal sebagai satu pihak kepada kontrak

Takaful dan terus bertanggungjawab terhadap liabiliti yang timbul di

bawah sijil walaupun selepas membuat penyerahan hak prosid sijil.

Semua perolehan sijil bebas untuk diserah hak, melainkan jika

kontrak menyatakan sebaliknya.

Seksyen 6, Akta Takaful 1984, memperuntukkan bahawa hanya

mereka yang telah mencapai umur lapan belas (18) tahun dan ke atas

sahaja yang boleh terlibat dalam kontrak Takaful. Oleh yang

demikian, peserta boleh melantik seseorang untuk menerima manfaat

sijil sekiranya beliau meninggal dunia, dengan memberitahu

pengendali Takaful secara bertulis mengenai butir-butir penama

berikut:

i. Nama dan tarikh lahir,

ii. No kad pengenalan atau no sijil kelahiran, dan

iii. Alamat.

Penamaan tersebut hendaklah disaksikan oleh seseorang yang

berfikiran waras, telah mencapai umur 18 tahun dan yang bukan

merupakan penama yang dinamakan di bawah sijil berkenaan.

C3.3 ENDORSEMEN / PINDAAN KE ATAS SIJIL

Kontrak Takaful keluarga secara umumnya adalah kontrak jangka

panjang dengan tempoh perlindungan berlanjutan sehingga lebih dari

20 tahun. Dalam tempoh yang panjang ini, situasi atau keadaan

pemegang sijil mungkin telah berubah. Fleksibiliti yang terdapat

Page 309: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 485

dalam struktur kontrak membolehkan beberapa bentuk pindaan boleh

dilakukan terhadap sijil Takaful.

Dokumen sijil yang standard sering dipinda sebagai pengesahan

terhadap perubahan dan perbezaan keadaan serta keperluan

seseorang. Endorsemen boleh dilakukan:

i. ketika sijil dikeluarkan, atau

ii. selepas sijil dikeluarkan.

Endorsemen Ketika Sijil Dikeluarkan

Secara amnya, berikut adalah tiga syarat-syarat khusus untuk

membuat endorsemen terhadap:-

1. perubahan yang memberi kesan kepada amaun sumbangan atau

kekerapan bayaran. Sebagai contoh, jika pindaan melibatkan

bayaran ansuran sumbangan, maka suatu syarat yang bersesuaian

perlu dikenakan iaitu dengan mengadakan peruntukan bagi

potongan apa-apa tunggakan yang belum dibayar, dilangsaikan

semasa membuat tuntutan kematian;

2. pindaan yang melibatkan perubahan jumlah perlindungan atau

mod bayaran. Sebagai contoh, sekiranya pilihan penyelesaian

ialah menggunakan prosid sijil sebagai deposit atas arahan

pengendali, maka syarat-syarat khas perlu diperuntukkan semasa

membuat endorsemen;

3. pindaan yang menyertakan manfaat tertentu, contohnya pilihan

untuk menukar kontrak sedia ada kepada jenis kontrak yang

berbeza; perlu menyertakan had atau pembatasan tertentu.

Endorsemen Selepas Sijil Dikeluarkan

Endorsemen ini dibuat kerana terdapat perubahan dalam:

i. mod bayaran sumbangan;

ii. perubahan bentuk kontrak;

iii. mengenakan atau mengecualikan sumbangan tambahan.

Page 310: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

486 Amalan Asas Takaful

Pindaan-pindaan diatas secara amnya boleh dibahagikan kepada

kategori perubahan berikut:

i. nama atau umur peserta;

ii. sumbangan yang perlu dibayar – mod bayaran dan tarikh

bayaran;

iii. jumlah perlindungan dan amaun sumbangan;

iv. Pelan Takaful.

Pindaan Sijil

Bentuk pindaan yang biasa dilakukana ialah:

1. pertukaran alamat - pindaan ini tidak melibatkan sebarang

perubahan dalam syarat kontrak dan lazimnya diterima oleh

Pengendali Takaful. Perubahan pada rekod pengendali Takaful

akan dibuat dan peserta akan diberitahu mengenainya;

2. pertukaran nama (pemohon / peserta adalah individu yang sama)

– Perubahan ini dilakukan dengan mengeluarkan endorsemen.

Dokumen bukti diperlukan untuk melakukan pindaan ini;

3. perubahan kekerapan bayaran sumbangan;

4. perubahan jumlah perlindungan – Pengendali Takaful biasanya

membenarkan pengurangan jumlah perlindungan dengan syarat

amaun yang dikurangkan itu tidak menjadi lebih rendah dari

amaun perlindungan minimum bagi kategori perniagaan tersebut.

Walau bagaimanapun, Pengendali Takaful tidak menggalakkan

peningkatan amaun perlindungan kerana khuatir terdapat anti

pemilihan. Dalam keadaan ini, laporan kesihatan yang

membuktikan kesihatan peserta adalah memuaskan mungkin

diperlukan oleh pengendali Takaful dan amaun sumbangan akan

diselaraskan untuk mencerminkan peningkatan jumlah

perlindungan. Sebagai alternatif, peserta disarankan untuk

mengambil sijil baru dengan jumlah perlindungan yang lebih

besar;

5. penukaran benefisiari;

6. perubahan tempoh perlindungan, contohnya dari 10 tahun kepada

5 tahun;

Page 311: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 487

7. pindaan kontrak kepada sijil jelas dibayar;

8. perubahan pelan Takaful;

9. penepian sumbangan tambahan apabila peserta tidak lagi terdedah

kepada risiko tambahan, seperti hobi, aktiviti masa lapang

dan/atau pekerjaan yang merbahaya.

Setiap pengendali Takaful mempunyai prosedurnya sendiri untuk

meminda sijil. Biasanya, dokumen sijil dan permohonan bertulis dari

peserta hendaklah dihantar ke pejabat pengendali Takaful kerana

perubahan tersebut akan dimasukkan ke dalam dokumen sijil. Apabila

pejabat Pengendali Takaful menerima permohonan bertulis, ia akan

menyemak rekod notis serahan hak untuk mengetahui sama ada ia

melibatkan pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas sijil

berkenaan, dan kebenaran dari pihak berkenaan hendaklah diperolehi

terlebih dahulu kerana ianya sangat penting. Pengendali Takaful

kemudiannya akan mengemaskinikan rekod berkaitan.

C3.4 KEISTIMEWAAN DAN SYARAT-SYARAT

Pembayaran jumlah perlindungan adalah tertakluk kepada pemenuhan

syarat-syarat tertentu yang dinyatakan dalam sijil Takaful Keluarga.

Syarat-syarat sijil secara umumnya boleh dikelaskan kepada tiga

kumpulan:-

1. Syarat yang menambah manfaat perlindungan. Syarat berkenaan

juga dikenali sebagai kemudahan;

2. Syarat yang menghadkan skop perlindungan. Ia dikenali sebagai

syarat pembatasan dan secara umumnya ia melibatkan risiko yang

tidak diambilkira dalam pengiraan kadar sumbangan;

3. Syarat yang menerangkan ciri-ciri kontrak

Tempoh Tenggang Sumbangan (grace period)

Tempoh selama tiga puluh hari (atau satu bulan kalendar) biasanya

dibenarkan sebagai tempoh tenggang bagi pembayaran sumbangan

secara tahunan, setengah-tahunan, suku-tahunan dan bulanan.

Perlindungan di bawah sijil Takaful akan terus berkuatkuasa semasa

Page 312: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

488 Amalan Asas Takaful

tempoh pertangguhan ini dengan amaun penuh jumlah perlindungan.

Jika sumbangan masih tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut,

perlindungan sijil akan ditamatkan, tertakluk kepada sebarang

peruntukan tak lucut hak, sekiranya berkenaan.

Nilai Serahan

Nilai serahan adalah nilai yang terdapat dalam sijil Takaful Keluarga

selepas sumbangan dibayar untuk tempoh minimum beberapa tahun.

Dalam skim Takaful keluarga, nilai serahan difahami sebagai nilai

atau wang tunai yang akan diterima oleh peserta apabila ia

'menyerahkan' atau menamatkan penyertaannya sebelum sijil

mencapai tempoh matang. Dalam hal ini, peserta akan dibayar semua

baki terkumpul dalam Akaun Peserta, tetapi tiada amaun bayaran dari

Akaun Khas Peserta (dana tabarru’) kerana sumbangan untuk akaun

ini telah dianggap sebagai derma.

Pengeluaran Sebahagian

Peserta dibenarkan mengeluarkan simpanannya sendiri untuk

digunakan sekarang, walaupun sepatutnya ia disimpan dalam tabung

untuk kegunaan di masa akan datang. Setiap pengendali Takaful

mempunyai set garis panduan mereka sendiri mengenai jumlah wang

yang boleh dikeluarkan oleh peserta. Biasanya sehingga 50%

daripada baki yang ada dalam Akaun Peserta boleh dibuat

pengeluaran sebahagian. Sudah tentu pengendali Takaful tidak

mengenakan faedah atas pengeluaran yang dibuat, kecuali caj

minimum dikenakan untuk menguruskan transaksi berkenaan. Peserta

boleh memilih untuk membayar balik atau sebaliknya atas

pengeluaran yang telah dibuat, tetapi harus diingat bahawa pulangan

pelaburan Akaun Peserta adalah bergantung kepada amaun yang

terdapat dalam akaun berkenaan.

Syarat-Syarat Tanpa Bayaran

Syarat-syarat tanpa-bayaran merupakan satu keistimewaan yang

sangat berharga kepada peserta yang menghadapi masalah untuk

Page 313: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 489

membuat bayaran sumbangan atau buat sementara waktu ia tidak

dapat memenuhi tanggungjawabnya. Peruntukan tanpa-bayaran

memainkan peranannya setelah sijil memperolehi nilai tunai. Ia

adalah nilai tunai yang terkumpul didalam Akaun Peserta yang

digunakan untuk membiayai manfaat / kemudahan tanpa-bayaran.

Berikut adalah antara kaedah yang digunakan untuk melaksanakan

peruntukan syarat-syarat tanpa-bayaran:

Pendahuluan Automatik dari Akaun Peserta

Di bawah peruntukan ini, setiap sumbangan akan dibayar secara

automatik apabila sampai masanya setelah tamat tempoh tenggang.

Sumbangan akan terus berbayar sehingga nilai tunai habis digunakan

dan selepas itu perlindungan akan ditamatkan. Pengendali Takaful

membuat peruntukan ini dalam kontrak mereka untuk menyediakan

kesinambungan perlindungan apabila peserta tidak mampu atau cuai

dan gagal membayar sumbangan.

Peruntukan ini juga membenarkan peserta pada bila-bila masa hak

untuk mengembalikan status asal sijil dengan membayar amaun yang

tertunggak kepada pengendali Takaful. Bukti kebolehlindungan tidak

diperlukan untuk mengembalikan semula sijil kepada status asal.

Tambahan pula, dengan menggunakan pendahuluan automatik dari

Akaun Peserta, ia membolehkan manfaat tambahan seperti penepian

bayaran sumbangan dan manfaat kematian akibat kemalangan dapat

diteruskan.

Tujuan peruntukan tanpa-bayaran ini adalah untuk melindungi

kepentingan peserta yang terlupa membayar premium atau tidak

berkemampuan untuk berbuat demikian buat sementara waktu.

Kemudahan ini bukanlah bertujuan untuk membolehkan peserta

memperolehi perlindungan Takaful keluarga dengan kos minimum.

Page 314: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

490 Amalan Asas Takaful

Takaful Berbayar

Pilihan Takaful Berbayar ini membenarkan peserta membuat

penukaran amaun bersih nilai tunai kepada sijil Takaful berbayar dari

jenis yang sama seperti sijil asal tetapi amaun muka yang

berkurangan. Sebaik sahaja sijil ini ditukar menjadi sijil Takaful

berbayar, sumbangan selanjutnya tidak perlu dibayar, dan semua rider

serta manfaat tambahan seperti hilang upaya dan kematian akibat

kemalangan akan dimansuhkan.

Bagi segelintir peserta, peruntukan Takaful berbayar ini merupakan

sesuatu yang dialu-alukan khususya apabila peserta akan mencapai

umur persaraan, yang biasanya pendapatan mereka akan berkurangan.

Takaful Bertempoh Yang Dilanjutkan

Pilihan Takaful bertempoh yang dilanjutkan ini membenarkan peserta

menukar nilai tunai diperolehi kepada perlindungan Takaful

bertempoh berbayar dengan amaun penuh jumlah perlindungan tetapi

tempoh perlindungan dipendekkan. Tempoh perlindungan adalah

bergantung kepada amaun nilai tunai terkumpul yang ada dan boleh

digunakan sebagai bayaran sumbangan tunggal bersih pada tarikh

penukaran.

Pilihan ini adalah lebih sesuai ketika perlindungan Takaful masih

diperlukan tetapi kemampuan kewangan untuk membayar sumbangan

telah terjejas. Untuk sijil yang mempunyai nilai tunai (endowmen),

perlindungan bertempoh yang disediakan biasanya tidak melebihi

tarikh matang sijil asal.

Syarat-Syarat Pengembalian Semula (Reinstatement Condition)

Syarat pengembalian semula membolehkan seseorang memohon

untuk menguatkuasakan semula kontrak setelah tempoh tangguh dan

tempoh tanpa-bayaran telah berakhir. Bukti kesihatan dan bukti-bukti

lain mungkin diperlukan dan pengendali Takaful biasanya berhak

mengenakan termanya sendiri untuk mempertimbangkan permohonan

Page 315: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 491

pengembalian semula sijil. Selain dari tempoh tangguh dan tempoh

tanpa-bayaran, biasanya terdapat tempoh lanjutan di mana

pengembalian semula sijil boleh dilakukan. Semasa tempoh

perlindungan di bawah fasal tanpa-bayaran, adalah kebiasaan untuk

menyambung perlindungan sijil dengan amaun penuh jumlah

perlindungan asal iaitu dengan membayar semua tunggakan

sumbangan.

Sijil yang dikembalikan semula kuatkuasanya adalah tertakluk kepada

bukti kesihatan yang memuaskan. Pengembalian semula sijil biasanya

tidak dibenarkan dalam keadaan berikut:-

1. Sijil yang telah luput untuk tempoh tertentu (tertakluk kepada

terma dan syarat pengendali Takaful)

2. Peserta adalah seorang wanita yang mengandung 8 bulan atau

lebih (tertakluk kepada terma dan syarat pengendali Takaful)

3. Peserta yang telah mencapai umur maksimum akan (tertakluk

kepada terma dan syarat Pengendali Takaful)

Adalah penting untuk diketahui bahawa bagi setiap sijil yang

dikuatkuasakan semula, tarikh kuatkuasa untuk:

i. fasal tidak boleh tanding dan fasal bunuh diri yang terkandung

dalam Syarat-Syarat dan Kemudahan sijil, dan

ii. tempoh menunggu yang dinyatakan dalam sijil atau rider, adalah

bermula dari tarikh sijil berkenaan dikembalikan semula.

Syarat-syarat Pembatasan Klausa Bunuh Diri

Sekiranya peserta membunuh diri dalam tempoh yang dinyatakan

dalam sijil, sijil akan batal dan Pengendali Takaful tidak

bertanggungjawab membayar tuntutan, kecuali mengembalikan

semula sumbangan yang diterima melalui Akaun Peserta (tertakluk

kepada terma dan syarat pengendali Takaful).

Page 316: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

492 Amalan Asas Takaful

Perjalanan dan Menetap Di Luar Negara

Kebanyakan sijil tidak menghadkan peserta untuk melakukan

perjalanan atau menetap di luar negara. Klausa ini tertakluk kepada

terma dan syarat pengendali Takaful.

Pekerjaan dan Hobi yang Merbahaya

Sumbangan tambahan mungkin dikenakan untuk pekerjaan atau

aktiviti berisiko tinggi, contohnya lumba kereta, luncur udara, pekerja

kuari, pekerja pelantar minyak, polis dan sebagainya.

Salahnyata Umur dan Fasal Tanpa Tanding

Fasal tanpa tanding biasanya dimasukkan dalam kebanyakan sijil

Takaful, selaras dengan Seksyen 26, Akta Takaful 1984 yang

memperuntukkan bahawa tiada sijil Takaful keluarga yang boleh

dipersoalkan oleh pengendali Takaful atas alasan salah nyata umur

peserta.

Begitu juga, sekiranya kenyataan yang diberi atau tidak memberitahu

dalam borang cadangan atau laporan perubatan atau mana-mana

dokumen sehingga menyebabkan sijil Takaful yang dikeluarkan tidak

tepat atau palsu atau mengelirukan, ia tidak boleh dipertikaikan

kecuali Pengendali Takaful boleh membuktikan bahawa kenyataan

yang dibuat atau tidak diberitahu dilakukan dengan niat untuk

menipu.

Penggantian Sijil Takaful Keluarga

Penggantian sijil boleh merugikan kepentingan peserta dan sekiranya

perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan meninggalkan kesan buruk

terhadap prestasi kewangan jangka panjang pengendali Takaful serta

imej industri Takaful keseluruhannya.

Page 317: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Terma dan Syarat 493

Definisi “Penggantian Sijil”

Bank Negara Malaysia, melalui surat pekeliling bertarikh 30 Mac

2005, No Ruj: JPI/03/2005/TO mentakrifkan Penggantian Sijil

sebagai “sebarang transaksi yang melibatkan penyertaan sijil Takaful

keluarga sekiranya dalam tempoh 12 bulan sebelum atau selepas sijil

baru dikuatkuasakan, sijil Takaful Keluarga yang sedia ada telah:-

1. Dibatalkan atau diserahkan;

2. ditukar atau diubah menjadi sijil Takaful berbayar, diteruskan

sebagai Takaful bertempoh yang dilanjutkan atau pendahuluan

automatik dari akaun peserta atau dalam bentuk lain peruntukan

tanpa-bayaran atau dikurangkan nilai perlindungan dengan

menggunakan peruntukan tanpa-bayaran, atau peruntukan dividen

terkumpul dalam dana tertentu seperti Akaun Peserta; atau

3. ditukar atau diubah sehingga menjadikan amaun sumbangan yang

perlu dibayar menjadi lebih rendah disebabkan pengurangan

jumlah perlindungan dan / atau rider atau membuang rider dari

sijil asas, atau dalam tempoh masa tertentu sijil Takaful keluarga

sedia ada akan terus berkuatkuasa”.

Kaedah Mengenalpasti Penggantian Sijil

Dalam usaha mengenal pasti dan membendung secara dalaman dan

luaran mengenai kegiatan penggantian sijil, Pengendali Takaful

dikehendaki mengambil langkah-langkah berikut:

1. melaksanakan mekanisme kawalan yang berkesan, terutamanya

perlaksanaan sistem automasi bagi mengesan kegiatan

penggantian sijil dimana sijil sedia ada dan sijil baru dikeluarkan

oleh Pengendali Takaful yang sama;

2. memasukkan soalan didalam borang cadangan, bertanyakan

samada cadangan terbarru’ ini dibuat untuk menggantikan atau

berhasrat untuk menggantikan mana-mana sijil sedia ada yang

dikeluarkan oleh Pengendali Takaful semasa atau Pengendali

Takaful lain; dan

Page 318: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

494 Amalan Asas Takaful

3. melantik pegawai sepenuh masa di kalangan kakitangan syarikat

untuk membuat tindakan susulan dan memberi khidmat nasihat

secara bertulis kepada pemilik sijil tentang keburukan

menggantikan sijil Takaful serta memberitahu alternatif lain yang

ada, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penggantian sijil dikesan.

Dalam surat berkenaan, pengendali dikehendaki menunjukkan

jumlah nilai tunai terkumpul di bawah sijil sedia ada dan tempoh

(tahun) yang diperlukan untuk mengumpulkan jumlah nilai tunai

yang serupa dibawah sijil baru, juga tunjukkan kerugian bersih

yang akan ditanggung oleh pemilik sijil akibat dari penggantian

sijil berkenaan.

C3.5 PENGECUALIAN

Secara amnya, sijil Takaful Keluarga tidak melindungi:

1. kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan disebabkan

oleh:

a. peperangan, operasi persiapan berperang, mogok, rusuhan,

kegemparan umum;

b. tidak siuman, bunuh diri atau cubaan membunuh diri;

c. penyakit kelamin, jangkitan atau parasit;

d. mabuk disebabkan alkohol atau dadah; dan

e. bersalin, keguguran atau kehamilan.

2. kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan yang

ditanggung oleh peserta:

a. semasa dalam perjalanan di dalam pesawat sebagai anak

kapal;

b. semasa melibatkan diri dalam sukan bermotor, berbasikal,

memburu, mendaki gunung, bermain polo, lumba kuda,

melompat-ski air, aktiviti dalam air, atau mana-mana sukan

ekstrem yang lain; dan

c. semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan

yang menyalahi undang-undang.

Page 319: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 495

BAB C4

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

PERNIAGAAN BARU – PENGKADARAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan kepada amalan Takaful

keluarga yang berkaitan dengan perniagaan baru, khususnya dalam

aspek pengunderaitan dan pengkadaran.

C4.1 PENGENALAN

Kontrak Takaful keluarga adalah kontrak jangka panjang dan kadar

sumbangan ditetapkan pada peringkat awal lagi. Oleh itu, tidak

seperti dalam kontrak Takaful Am, sumbangan dalam Takaful

Keluarga tidak boleh dipinda ketika kontrak dalam tempoh

berkuatkuasa. Tambahan lagi, kontrak tidak boleh dibatalkan secara

sebelah pihak iaitu oleh Pengendali Takaful.

C4.2 PENGURUSAN RISIKO

Dalam perniagaan Takaful keluarga, proses pengurusan risiko boleh

dibahagikan kepada beberapa tajuk berikut:-

1. Mengenalpasti faktor risiko;

2. Pemilihan penyertaan;

3. Menilai risiko;

4. Penentuan biaya risiko;

5. Pemantauan dana Takaful.

Faktor-faktor Risiko: Mortaliti (Mortality)

Faktor utama yang mempengaruhi kemortalan ialah: - umur, jantina,

pekerjaan, status sosial, etnik, lokasi geografi, status perkahwinan,

tabiat peribadi, hobi dan menetap di luar negara.

Page 320: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

496 Amalan Asas Takaful

Umur

Adalah menjadi fakta umum bahawa mortaliti meningkat seiring

dengan peningkatan usia, terutamanya disebabkan oleh kemalangan

di kalangan mereka yang lanjut usia. Kadar kemortalan meningkat

dengan serta-merta selepas kelahiran bayi (kadar kematian bayi) dan

selepas itu menurun dengan ketara sehingga ke tahap yang agak malar

kerana banyak dipengaruhi oleh generasi usia muda. Perkembangan

tahap ini kemudiannya agak terganggu dengan kenaikan kadar

kemortalan di kalangan mereka disekitar umur 18 hingga 24 tahun,

disebabkan oleh peningkatan jumlah kematian akibat kemalangan di

kalangan mereka. Kadar kemortalan meningkat dengan mendadak

pada peringkat umur yang lebih dewasa.

Kadar mortaliti peserta yang dilindungi adalah lebih rendah daripada

kadar kematian penduduk. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa

Pengendali Takaful memilih risiko hayat yang akan dilindungi, di

mana hayat yang mempunyai peluang yang tipis untuk terus hidup

walaupun untuk tempoh yang singkat, pasti akan dikecualikan.

Walau bagaimanapun, ia cukup jelas bahawa semakin meningkat usia

seseorang, kemungkinan untuk menghadapi kematian secara semula

jadi atau kematian akibat usia tua yang berlaku di kalangan mereka

meningkat dengan begitu tinggi. Oleh itu, mereka yang berada pada

usia sedemikian biasanya akan mendapati begitu sukar, atau kadang-

kala mustahil yang mereka boleh diterima sebagai peserta dalam skim

Takaful Keluarga. Meskipun mereka diterima, kadar sumbangan

pastinya berada di tahap tertinggi, dan menjadikannya tidak

menguntungkan untuk menyertai mana-mana skim Takaful Keluarga.

Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka disahkan

menghidap penyakit tertentu.

Golongan yang berkemampuan biasanya memiliki polisi insurans /

menyertai Takaful.

Page 321: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 497

Takaful Keluarga disertai oleh sektor penduduk yang pada umumnya

mempunyai akses kepada kemudahan perubatan yang lebih baik dan

kemudahan sosial lain.

Jantina

Kadar mortaliti kaum wanita adalah lebih rendah berbanding dengan

kadar mortaliti kaum lelaki.

Statistik mortaliti hayat penduduk dan peserta Takaful mendedahkan

bahawa wanita mengalami kadar mortaliti yang lebih rendah

berbanding dengan lelaki. Fenomena ini ternyata benar untuk semua

peringkat umur. Tahap mortaliti yang lebih rendah yang dialami oleh

kaum wanita dicerminkan melalui kadar sumbangan Takaful

Keluarga yang lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki yang

sebaya usianya. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku

untuk pelan anuiti.

Kadar morbiditi (morbidity) kaum wanita lebih tinggi berbanding

dengan kemorbidan kaum lelaki.

Dalam kes morbiditi, kaum wanita mengalami kadar penyakit dan

sakit yang lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki, dan

sewajarnya, kaum wanita dikenakan bayaran kadar sumbangan yang

lebih tinggi untuk perlindungan Takaful perubatan dan kesihatan.

Pekerjaan

Satu lagi faktor penting yang mempengaruhi kadar mortaliti ialah

jenis pekerjaan. Pengendali Takaful menggunakan kategori yang luas

berkaitan pekerjaan dalam menentukan kadar sumbangan tambahan

ke atas kadar sumbangan normal disebabkan oleh risiko tambahan

yang ditimbulkan oleh jenis pekerjaan yang berbeza. Adalah jelas

bahawa seorang eksekutif dan pekerja di pelantar minyak terdedah

kepada tahap risiko pekerjaan yang berbeza dan oleh itu adalah

penting untuk mengkategorikan peserta Takaful mengikut jenis

Page 322: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

498 Amalan Asas Takaful

pekerjaan masing-masing. Ini akan membolehkan pengendali Takaful

mengenakan sumbangan yang setara dengan risiko yang ditanggung.

Sebagai contoh, pengendali boleh menerima pakai kategori pekerjaan

seperti berikut - Pengurusan, Eksekutif, Kerani dan Buruh, dan

mungkin mengenakan sumbangan tambahan (loading) sumbangan

keatas kategori buruh. Bebanan yang dikenakan kepada buruh adalah

lebih tinggi berbanding dengan kategori pekerja-pekerja lain.

Status Sosial

Faktor ini berkait rapat dengan faktor pekerjaan. Status sosial

seseorang biasanya ditentukan melalui pendapatan yang diperolehi.

Jumlah pendapatan pula berkait rapat dengan jenis pekerjaan mereka.

Etnik

Etnik atau rumpun bangsa seseorang individu juga mempunyai kesan

penting ke atas mortaliti dan morbiditi, contohnya dapat dilihat dalam

mana-mana kaum/orang asli. Ia dipengaruhi terutamanya oleh

warisan budaya, tabiat pemakanan dan sikap terhadap lain-lain aspek

kehidupan. Di Malaysia misalnya, ia dianggap perkara biasa apabila

lebih ramai orang Melayu menghidap diabetes berbanding dengan

kaum-kaum utama yang lain. Ini mungkin disebabkan tabiat

pemakanan dan diet kumpulan bangsa tertentu yang berbeza.

Sehubungan dengan itu, pengendali Takaful berusaha untuk

memainkan peranan yang lebih aktif demi memastikan kejadian-

kejadian sedemikian dapat dikurangkan dan seterusnya meningkatkan

kualiti risiko yang ditanggung.

Lokasi Geografi

Perbezaan yang ketara ialah antara kawasan bandar dan luar bandar.

Mereka yang tinggal di kawasan bandar biasanya mempunyai akses

lebih baik untuk kemudahan rawatan perubatan, manakala penduduk

di kawasan luar bandar mungkin tidak bernasib baik kerana tiada atau

kurang kemudahan asas yang disediakan untuk mereka.

Page 323: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 499

Status Perkahwinan

Statistik menunjukkan bahawa lelaki bujang mengalami kadar

mortaliti yang lebih tinggi daripada lelaki berkahwin. Ini mungkin

disebabkan oleh hakikat bahawa lelaki berkahwin berusaha sedaya

mungkin untuk mengelak dari menghadapi risiko kerana dia

mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya.

Manakala lelaki bujang lebih terdedah kepada risiko melalui sikap

dan tindakan mereka yang sukakan cabaran dan oleh itu melihat

risiko dari perspektif yang berbeza.

Tabiat Peribadi dan Sejarah Keluarga

Tabiat seperti merokok dan pengambilan alkohol mempunyai

pengaruh yang jelas terhadap mortaliti dan morbiditi seseorang. Di

samping itu, terdapat beberapa jenis penyakit yang ada perkaitannya

dengan keturunan, dan oleh itu sejarah perubatan keluarga adalah

faktor penting. Penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,

dan asma dianggap sebagai penyakit keturunan. Oleh itu, pengendali

Takaful perlu mengambil kira maklumat seperti ini apabila

mengetahui bahawa terdapat ahli keluarga bakal peserta yang

menghidap penyakit berkenaan.

Hobi

Beberapa bentuk hobi seperti lumba kereta, meluncur udara dan

sebagainya adalah aktiviti merbahaya dan mereka yang terlibat dalam

sukan itu boleh dijangka akan mengalami kadar mortaliti yang lebih

tinggi berbanding dengan kadar mortaliti purata.

Menetap Di Luar Negara

Tempat tinggal atau menetap di kawasan yang tidak sihat atau di

kawasan yang terdedah kepada pergaduhan secara semula jadi

mempunyai kesan dalam meningkatkan mortaliti dan morbiditi.

Melakukan perjalanan jauh atau menetap di luar negara boleh

menimbulkan risiko tertentu kerana sistem ketahanan badan mungkin

Page 324: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

500 Amalan Asas Takaful

tidak bersedia menerima perubahan apabila terdedah kepada suasana

dan bumi asing. Penduduk tempatan telah mendapat imunisasi

tertentu apabila terdedah dalam keadaan yang sama, dan dengan itu

kesihatan mereka tidak terjejas.

Pemilihan Penyertaan

Pengendali Takaful perlu memilih cadangan penyertaan untuk

mengelakkan antipemilihan. Ini terutamanya dilakukan melalui proses

pengunderaitan. Kontrak Takaful Keluarga bukan kontrak ganti rugi.

Jumlah penuh yang dilindungi akan dibayar jika berlaku peristiwa

yang dilindungi. Oleh itu, proses pengunderaitan juga perlu mengenal

pasti, selain faktor risiko biasa yang dikaitkan dengan kesihatan

pencadang, juga kes pembelian lebih perlindungan (over insured).

Pengunderaitan bagi kontrak Takaful keluarga boleh dipertimbangkan

di bawah dua tajuk khusus:-

Pengunderaitan Kewangan

Borang cadangan akan diteliti perkara-perkara berikut:-

1. Kewujudan kepentingan boleh lindung;

2. sama ada amaun perlindungan yang dipohon sepadan dengan

kedudukan kewangan, contohnya keupayaan pencadang menjana

pendapatan;

3. sama ada peserta mengekalkan beberapa polisi insurans / sijil

Takaful dengan syarikat insurans / pengendali lain; dan

4. sama ada Pengendali Takaful yang lain telah menolak

permohonan pencadang untuk perlindungan Takaful, dan jika ya,

apa sebab-sebabnya.

Secara ringkasnya, pengunderaitan kewangan ialah proses mengenal

pasti kewujudan bahaya moral.

Page 325: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 501

Pengunderaitan Perubatan

Jika pengunderaitan kewangan tidak berjaya mendedahkan sebarang

ciri-ciri ganjil dalam permohonan itu, peringkat seterusnya dalam

proses pengunderaitan adalah pengunderaitan perubatan. Jawapan

yang disediakan dalam borang cadangan kepada soalan-soalan

mengenai ketinggian pencadang, berat badan, sejarah perubatan

peribadi dan keluarga, serta gaya hidup merupakan titik permulaan

proses pengunderaitan.

Jika pengunderaitan di atas mendedahkan sebarang ciri-ciri yang luar

biasa, maka pencadang mungkin dikehendaki untuk menjawab

soalan-soalan tambahan, memberikan laporan perubatan atau

menjalani pemeriksaan perubatan lanjutan. Jika jawapan yang

disediakan, bersama-sama dengan laporan pemeriksaan dan perubatan

menunjukkan pencadang berada dalam kesihatan yang baik, proses

pengunderaitan berakhir dan pencadang akan ditawarkan

perlindungan dengan syarat-syarat biasa.

Jika ujian menunjukkan bahawa kesihatan pencadang kurang

memuaskan, ia akan dianggap sebagai risiko yang substandard atau

sebagai risiko yang terjejas. Dalam keadaan ini, pengunderait perlu

membuat keputusan sejauh mana pengendali Takaful mampu

menanggung risiko tambahan tersebut sekiranya cadangan berkenaan

diterima. Pengendali Takaful biasanya menggunakan mana-mana satu

kaedah berikut untuk berhadapan dengan risiko yang sub-standard:-

i. mengenakan amaun sumbangan tambahan;

ii. mengenakan lien atau ‘had’ `, iaitu mengurangkan amaun

yang kena bayar sekiranya berlaku kematian;

iii. menawarkan bentuk kontrak yang berlainan; atau

iv. menolak atau menangguhkan permohonan perlindungan.

Antara contoh terbaik dalam menangani cadangan hayat sub-standard

ialah:

Page 326: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

502 Amalan Asas Takaful

1. Mengenakan amaun sumbangan tambahan:

contoh: kadar biasa ialah RM 200/ sebulan

peratusan bebanan substandard 50%,

amaun sumbangan baru RM 200 + RM 100 = RM300.

2. Menawarkan bentuk kontrak yang berlainan:

Contoh: Pelan perlindungan asas yang menyediakan manfaat

kematian / TPD, tetapi pengunderait hanya

menawarkan perlindungan kematian, tanpa

perlindungan TPD.

3. Menangguhkan permohonan perlindungan buat sementara waktu:

Contoh: kehamilan

Sijil boleh dikuatkuasakan hanya apabila pencadang

telah bersalin.

Secara ringkasnya, pengunderaitan perubatan ialah proses menilai

tahap bahaya fizikal dan hubungannya dengan risiko yang

dicadangkan, sekiranya perlindungan diberikan.

Pengunderaitan Tanpa-Perubatan

Disebabkan dunia perubatan telah semakin maju, kemudahan

perubatan yang disediakan juga semakin bertambah baik. Dengan

kenaikan kos mendapatkan rawatan perubatan dan desakan untuk

memproses peningkatan aktiviti perniagaan dengan cepat, ia

membawa kepada pengeluaran sijil Takaful dimana bukti perubatan

tidak diperlukan.

Walau bagaimanapun, keistimewaan perlindungan tanpa bukti

perubatan itu diberikan hanya kepada bentuk perlindungan tetap iaitu

perlindungan bertempoh dan Takaful pelaburan atau simpanan.

Pengunderaitan berdasarkan umur dan jumlah perlindungan masih

dikenakan. Garis panduan had umur dan amaun perlindungan yang

Page 327: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 503

digunakan adalah berbeza-beza di kalangan pengendali Takaful dan

jadual di bawah menunjukkan had pengunderaitan perubatan:-

Umur Jumlah Perlindungan (RM)

1 bulan – 16 tahun 200,000

17 – 40 tahun 350,000

41 – 50 tahun 250,000

51 tahun ke atas bukti perubatan diperlukan

Had Pengunderaitan tanpa-Perubatan untuk Takaful Keluarga

Pencadang masih perlu mengisi borang cadangan yang direka dengan

teliti untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah diri dan keluarga,

berat badan, ketinggian dan tabiat. Sekiranya maklumat yang

diberikan memperlihatkan tanda-tanda yang kurang

memberangsangkan, Pengendali Takaful berhak untuk meminta

pencadang menjalani pemeriksaan perubatan.

Sebelum kedatangan penyakit AIDS, terdapat satu trend

menggunakan bentuk borang cadangan bukan-perubatan yang lebih

ringkas, iaitu menghadkan soalan berkaitan kesihatan. Pendekatan ini

berjaya mengurangkan peranan pengunderaitan dalam proses

pemilihan risiko. Walau bagaimanapun, kemungkinan wujudnya anti-

pemilihan akibat AIDS telah mengubah trend tersebut dan kini fungsi

pengunderaitan telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

Peranan Ejen dalam Proses Pengunderaitan Takaful Tanpa -

Perubatan

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa pengendali Takaful

bergantung kepada ejen-ejen yang berwibawa, jujur dan setia serta

menggunakan pertimbangan yang saksama demi memastikan

pencadang untuk perlindungan bukan-perubatan mendedahkan semua

maklumat penting dengan jujur dan sepenuhnya.

Page 328: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

504 Amalan Asas Takaful

Objektif Pemilihan

Tujuan utama pemilihan ialah untuk menentukan samada risiko yang

dicadangkan untuk dilindungi oleh pengendali Takaful itu:-

1. dalam had normal dan boleh diterima oleh pengendali Takaful

berdasarkan kadar sumbangan standard untuk umur peserta

mengikut umur dalam jadual yang dicadangkan, di mana risiko

tersebut dikategorikan sebagai "kelas pertama", "pilih" atau

"standard";

2. di bawah purata tetapi masih diterima oleh pengendali Takaful,

tertakluk kepada beberapa bentuk sekatan untuk melindungi

risiko tambahan, risiko yang disebut sebagai “substandard”;

3. di bawah purata sehingga ke tahap ia tidak diterima oleh

pengendali Takaful pada masa pertimbangan dibuat, tetapi

dengan peredaran masa dan keadaan yang mungkin semakin baik,

cadangan mungkin boleh diterima dimasa akan datang, iaitu

permohonan "ditangguhkan" untuk tempoh tertentu; atau

4. di bawah purata sehingga ke tahap cadangan tidak boleh diterima

dengan apa syarat sekalipun, dan ia adalah cadangan yang

“ditolak” .

Risiko di bawah kategori (2) atau (3) memerlukan maklumat peribadi

tambahan seperti ketinggian, berat, sejarah peribadi & keluarga,

keturunan, pekerjaan atau tempat tinggal; sebelum penilaian akhir

boleh dibuat.

Kaedah Menerima Risiko Sub-Standard

Setelah ditentukan berdasarkan bukti yang dikemukakan bahawa

pencadang tidak boleh dikelaskan sebagai ‘standard’, pengendali

Takaful perlu membuat keputusan untuk mengetahui setakat mana

tahap risiko tambahan itu wujud (dengan andaian risiko berkenaan

masih boleh diterima) dan menentukan kos risiko tambahan ini.

Risiko tambahan secara amnya boleh dikategorikan kepada tiga

kumpulan utama:

Page 329: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 505

1. Kadar mortaliti Tambahan yang Semakin Meningkat;

Gangguan yang menyebabkan peningkatan kadar kemortalan

mortaliti tambahan adalah salah satu faktor penting yang

membawa kepada kegagalan untuk terus hidup, seiring dengan

pertambahan masa dan usia pencadang. Sebagai contoh, berat

badan berlebihan mewujudkan tekanan kepada jantung dan

organ-organ lain.

2. Kadar mortaliti Tambahan Paras (level)

Kemortalan mortaliti tambahan paras merujuk kepada jenis risiko

tambahan yang akan kekal malar dari tahun ke tahun. Beberapa

pekerjaan yang merbahaya atau tidak sihat (contohnya,

perniagaan minuman keras) secara umumnya dianggap

mempengaruhi kemortalan mortaliti tambahan.

3. Kadar mortaliti Tambahan Menurun

Kemortalan mortaliti tambahan menurun menerangkan tentang

jenis risiko yang wujud ketika usia remaja, tetapi kemudiannya

akan berkurangan semasa usia dewasa. Sebagai contoh, seorang

anak remaja yang mengalami batuk kering tetapi telah disahkan

sembuh sepenuhnya, besar kemungkinan penyakit tersebut tidak

berulang dimasa akan datang apabila ia telah dewasa.

Risiko tambahan mungkin dibenarkan mengikut kaedah tertentu

berdasarkan kategori mortaliti tambahan, iaitu:

1. Meningkatkan Amaun Sumbangan

Ini dipanggil “sumbangan tambahan”. Kadar sumbangan standard

boleh ditingkatkan peratusannya berdasarkan jangkaan

peningkatan kadar mortaliti, atau “sumbangan tambahan” boleh

dikenakan dengan mengenakan bayaran sumbangan yang

bersesuaian mengikut umur beberapa tahun lebih tua daripada

usia sebenar pencadang. Kadar rata sumbangan tambahan

Page 330: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

506 Amalan Asas Takaful

biasanya digunakan untuk risiko tambahan paras, manakala

“sumbangan tambahan berdasarkan umur” sesuai untuk beberapa

jenis mortaliti yang meningkat. Risiko tambahan yang

berkurangan secara drastik boleh ditangani dengan mengenakan

sumbangan tambahan sementara.

2. Mengurangkan Manfaat Kematian

Sebagai menggantikan bayaran bebanan secara tunai, risiko

tambahan boleh dilindungi mengikut peruntukan yang bermaksud

jumlah perlindungan akan dikurangkan kepada beberapa peratus

lebih rendah dari yang sepatutnya, sekiranya kematian berlaku

dalam tempoh yang ditentukan. Ini dikenali sebagai "lien" atau

"hutang luar jangka". Sumbangan yang dikenakan adalah

mengikut kadar standard dan sekiranya peserta yang dilindungi

masih hidup selepas tempoh lien, sijil Takaful dianggap seolah-

olah telah dikeluarkan untuk hayat standard. Hutang luar jangka

mungkin malar atau mungkin menurun sepanjang tempoh yang

ditentukan. Jika lien itu adalah malar, ia boleh dipanggil hutang

luar jangka "paras" dan sekiranya ia semakin berkurangan, ia

dirujuk sebagai hutang luar jangka "menurun”.

3. Penyelarasan Pulangan Keuntungan

Penyelarasan pulangan keuntungan dalam sijil sertaan adalah

suatu kaedah yang jarang-jarang digunakan bergantung kepada

model dan akad yang digunakan oleh pengendali Takaful.

4. Pelan Sijil Alternatif

Mencadangkan agar suatu kaedah perlindungan yang berbeza

disediakan sebagai suatu jalan penyelesaian. Contohnya,

menawarkan kontrak perlindungan dengan menghadkan tempoh

kontrak yang dikeluarkan untuk hayat yang terjejas.

Page 331: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 507

5. Pengecualian Bahaya Tertentu

Sijil yang dikeluarkan mungkin memperuntukkan fasal

menghadkan liabiliti pengendali Takaful jika kematian berlaku

secara langsung atau tidak langsung akibat gangguan tertentu atau

penyertaan dalam bentuk aktiviti tertentu. Gabungan kaedah ini

boleh digunakan (jika perlu) untuk melindungi risiko tambahan.

Penerimaan Risiko

Apabila cadangan yang dikemukakan kepada pengendali Takaful

tanpa sumbangan dan cadangan itu diluluskan oleh pengendali

Takaful, surat penerimaan akan dikeluarkan kepada pencadang yang

meminta pencadang untuk membuat pembayaran sumbangan dalam

tempoh tertentu (biasanya 30 hari). Jika sumbangan itu tidak dibayar

dalam tempoh yang ditetapkan, pengendali perlu mengesahkan

semula penerimaan cadangan tersebut. Pengendali Takaful boleh

meminta laporan perisytiharan kesihatan yang mengesahkan keadaan

kesihatan yang baik berterusan sebelum mengesahkan semula

penerimaan. Surat penerimaan juga mesti menyebut bahawa tawaran

boleh dibatalkan jika terdapat apa-apa perubahan keadaan kesihatan,

pekerjaan dan keadaan-kaedah lain sejak tarikh mengemukakan

cadangan. Jika terdapat sebarang perubahan yang tidak memuaskan,

pencadang diminta untuk memberitahu perkara tersebut kepada

pengendali Takaful, dan cadangan mungkin disahkan semula

penerimaannya atau sebaliknya, selepas menerima maklumat

berkenaan. Pengendali Takaful akan menanggung risiko dengan serta-

merta apabila menerima ansuran sumbangan pertama selepas

pengeluaran surat penerimaan.

Apabila cadangan dikemukakan bersama-sama dengan sumbangan

awal dan resit bayaran sumbangan telah dikeluarkan, pencadang akan

dilindungi dari kematian akibat kemalangan sahaja dan untuk tempoh

yang singkat. Perlindungan Takaful bermula serta-merta dan kekal

berkuatkuasa sehingga pengendali Takaful menolak permohonan itu

atau meluluskan dan mengeluarkan sijil. Dalam tempoh 15 hari dari

tarikh penerimaan sijil, peserta boleh mengembalikan sijil tanpa

Page 332: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

508 Amalan Asas Takaful

memberi apa-apa sebab dan pengendali Takaful akan membayar balik

sumbangan, tertakluk kepada potongan perbelanjaan yang ditanggung

untuk pemeriksaan perubatan peserta. Tempoh ini dikenali sebagai

“tempoh bertenang”.

Surat Sumbangan Tambahan

Sekiranya cadangan dikenakan sumbangan tambahan, surat yang

menyatakan tentang sumbangan tambahan tersebut akan dikeluarkan

dan dihantar kepada pencadang, sebagai surat tawaran balas.

Sekiranya pencadang bersetuju dengan terma dan syarat yang

dikenakan, pencadang dikehendaki menandatangani dan

memulangkan salinan surat tawaran balas kepada pengendali sebagai

tanda penerimaan.

Meletakkan Tarikh Kuatkuasa Ke belakang

Kadang kala tarikh kuatkuasa sijil boleh di kebelakangkan kepada

tarikh yang lebih awal dari tarikh bayaran sumbangan, biasanya

sehingga maksimum enam bulan. Tujuan meletakkan tarikh di

kebelakangkan ini ialah untuk memberi kelebihan kepada pencadang

kerana membayar sumbangan pada umur yang lebih muda dengan

amaun sumbangan yang lebih rendah.

C4.3 TAKAFUL KELUARGA DAN CUKAI PENDAPATAN

Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful Keluarga

Untuk menggalakkan tabiat menyimpan dikalangan orang ramai di

peringkat nasional dan mempertingkat kemampuan kewangan

individu khususnya sebagai persediaan di hari tua, kerajaan

membenarkan beberapa pelepasan cukai bagi sumbangan yang

dibayar untuk sijil Takaful keluarga dan anuiti tertangguh.

Sumbangan yang layak mendapat pelepasan adalah untuk sijil

Takaful keluarga dan anuiti tertunda di atas:-

Page 333: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 509

1. hayat peserta;

2. hayat pasangan hidup peserta berkenaan;

3. hayat bersama, peserta dan pasangan hidupnya.

Jumlah pelepasan yang dibenarkan untuk semua premium /

sumbangan polisi insurans / sijil Takaful Keluarga di atas hayat

peserta atau pasangan hidup dan untuk caruman ke dana yang

dibenarkan, contohnya KWSP untuk satu tahun taksiran ialah

RM6,000. Sekiranya taksiran suami / isteri dibuat berasingan, jumlah

pelepasan adalah sama iaitu RM6,000. Walau bagaimanapun, untuk

pelan pendidikan, tambahan pelepasan cukai sebanyak RM3,000

adalah dibenarkan.

Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 1997, jumlah pelepasan yang

dibenarkan untuk bayaran sumbangan sijil Takaful keluarga tidak lagi

tertakluk kepada had 7% daripada jumlah perlindungan sijil berkaitan.

Sumbangan yang dibayar oleh majikan untuk tujuan membeli sijil

Takaful keluarga yang khusus untuk manfaat pekerja atau tanggungan

pekerja apabila berlaku kejadian yang dilindungi juga termasuk dalam

potongan yang dibenarkan. Caruman yang dibuat oleh majikan ke

dana simpanan, persaraan atau dana-dana lain yang dibenarkan adalah

dianggap sebagai perbelanjaan yang dibolehkan untuk mendapat

pelepasan cukai. Walau bagaimanapun, majikan perlu mendapat

kelulusan terlebih dahulu dari Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga

Hasil Dalam Negeri.

Potongan yang Dibenarkan

Untuk ahli perniagaan atau mereka yang bekerja sendiri, potongan

yang dibenarkan adalah perbelanjaan yang ditanggung semasa

menjalankan perniagaan. Oleh itu, untuk majikan yang mencarum

kepada Takaful Keluarga berkumpulan, sumbangan yang dibayar

untuk sijil ini akan dianggap sebagai potongan yang dibenarkan.

Page 334: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

510 Amalan Asas Takaful

C4.4 MENILAI RISIKO

Penggemblengan Risiko Yang Sama

Prinsip asas yang diiktiraf dalam Takaful ialah apabila terdapat

sejumlah besar risiko yang sama digembleng atau dikumpulkan

menjadi satu kumpulan, maka ia dapat mengurangkan kebarangkalian

terhadap amaun kerugian yang akan berlaku dalam satu tempoh

tertentu.

Peraturan Bilangan Jumlah Besar (Law of Large Number)

Pengendali Takaful dengan selamat dan yakin boleh menentukan

lebih awal amaun anggaran kemungkinan tuntutan kematian yang

akan ditanggung, umpamanya di bawah sijil Takaful keluarga

berkumpulan. Dalam usaha mengendalikan perniagaan pada asas

yang kukuh, pengetahuan dan pengalaman tentang kadar kematian

pada masa lalu perlu dikaji. Masa lalu menjadi panduan untuk masa

hadapan. Statistik kemortalan mortaliti individu yang dilindungi

memberikan maklumat pengalaman masa lalu, dan maklumat ini akan

digunakan sebagai panduan untuk membuat carta pola kemortalan

mortaliti untuk masa depan.

Dalam menentukan kadar sumbangan untuk pelan Takaful Keluarga,

diandaikan bahawa kadar kematian dikalangan kumpulan peserta

yang sama usia, pada masa akan datang, adalah mengikut pola yang

sama dengan kumpulan yang serupa yang dikenal pasti pada masa

lalu.

Peratusan peserta yang meninggal dunia dalam masa setahun adalah

berbeza-beza kerana usia peserta semakin meningkat, dan ini dikenali

sebagai kadar kemortalan.

Page 335: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 511

C4.5 PENENTUAN BIAYA RISIKO

Mortaliti

Jadual mortaliti adalah kaedah praktikal yang digunakan oleh

Pengendali Takaful dalam membuat anggaran mortaliti untuk

kumpulan peserta.

Apakah Jadual mortaliti Standard?

Pengendali Takaful biasanya menggunakan Jadual Mortaliti Standard,

atau jadual yang diubahsuai bagi tujuan pengiraan sumbangan. Jadual

ini diperolehi dari gabungan pengalaman mortaliti sekumpulan

Pengendali Takaful dalam satu kawasan tertentu dan biasanya jadual

yang berbeza digunakan untuk setiap jenis sijil; menunjukkan bahawa

kadar mortaliti juga berbeza mengikut jenis sijil.

Bagaimana Jadual mortaliti Disediakan

Dalam menyediakan jadual mortaliti, teknik statistik digunakan untuk

memperolehi kadar mortaliti, bermula dengan setiap umur dengan

menggunakan angka rambang (contohnya 100,000 orang) pada umur

yang paling muda, untuk mendapatkan nilai lajur yang lain.

Pulangan Pelaburan

Pulangan pelaburan adalah antara faktor penting yang perlu

diambilkira bagi tujuan pengiraan sumbangan. Pada asasnya baki

sumbangan yang diterima selepas ditolak perbelanjaan, cukai,

tuntutan dan sebagainya, akan dilaburkan dalam pelaburan

pendapatan dan modal yang mematuhi keperluan Syariah. Walaupun

amaun baki semasa yang diterima boleh dilaburkan dalam pelaburan

yang diketahui kadar pulangannya, perolehan yang akan diterima

pada masa hadapan perlu dilaburkan pada kadar masa itu. Pulangan

pelaburan masa depan adalah tertakluk kepada pelbagai faktor seperti

faktor ekonomi, politik dan sosial.

Page 336: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

512 Amalan Asas Takaful

Faktor-faktor ini sukar diramal dengan tepat, kecuali jika untuk

tempoh yang singkat. Oleh itu, insurer perlu membuat anggaran

dengan berhati-hati dan bijaksana tentang kemungkinan kadar

pulangan dari pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang, bagi

tujuan pengiraan sumbangan.

Akibat dari Pengabaian Pulangan Pelaburan

Berdasarkan dari fakta yang diberikan, kita mungkin berpendapat

Pengendali Takaful tidak perlu menghiraukan faktor-faktor tersebut

dalam penentuan kadar sumbangan. Walau bagaimanapun, sekiranya

Pengedali Takaful memilih untuk tidak menghiraukan faktor

berkenaan, kadar sumbangan yang ditetapkan kelak mungkin lebih

tinggi berbanding dengan pesaingnya yang mengambil kira pulangan

pelaburan ketika menetapkan kadar sumbangan.

Andaian yang dibuat secara berhati-hati biasanya dinyatakan melalui

angka peratusan pulangan pelaburan dalam setahun seperti 7%

setahun. Ianya selalu dirujuk sebagai kadar anggaran pulangan

pelaburan.

Perbelanjaan

Seperti organisasi perniagaan lain, Pengendali Takaful juga perlu

menanggung pelbagai kos untuk menjalankan operasi kendalian

perniagaannya. Secara amnya, perbelanjaan yang ditanggung oleh

Pengendali Takaful bagi setiap sijil yang dikeluarkan boleh

dibahagikan kepada tiga kategori:-

Kategori Perbelanjaan

1. Perbelanjaan awal

Perbelanjaan awal yang biasanya amat tinggi adalah perbelanjaan

yang ditanggung pada tahun pertama sijil, khusus untuk

memperolehi urusniaga berkenaan. Perbelanjaan awal lebih tinggi

berbanding dengan perbelanjaan pembaharuan seperti:

Page 337: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 513

a. kos pengiklanan;

b. komisen tahun pertama;

c. perbelanjaan pemeriksaan kesihatan;

d. perbelanjaan mengeluarkan sijil, dan sebagainya.

2. Perbelanjaan pembaharuan

Perbelanjaan ini perlu ditanggung (walaupun tidak semestinya)

setiap tahun sepanjang tempoh sijil. Antara contoh perbelanjaan

pembaharuan ialah:

a. komisen pembaharuan;

b. perbelanjaan mengutip sumbangan;

c. perbelanjaan perkhidmatan sijil, dan sebagainya.

3. Perbelanjaan Penamatan

Perbelanjaan ini ditanggung setelah polisi dikeluarkan. Antara

contoh-contohnya ialah:

a. perbelanjaan bayaran tuntutan;

b. perbelanjaan perundangan.

Kaedah menangani perbelanjaan awal

Ketika pengendali Takaful membuat pengiraan sumbangan, faktor

perbelanjaan mestilah diambilkira. Perbelanjaan awal yang tinggi

biasanya diagih-agihkan sepanjang tempoh sijil dan perbelanjaan

pembaharuan ditambah ke dalam sumbangan bersih.

Cukai

Pengendali Takaful juga seperti firma perniagaan lain yang perlu

menanggung liabiliti cukai. Bidang percukaian pengendali Takaful

agak rumit dan tidak akan dibincangkan pada tahap ini.

Page 338: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

514 Amalan Asas Takaful

Faktor-faktor lain

Keempat-empat faktor yang dibincangkan sebelum ini iaitu

kemortalan, pulangan pelaburan, perbelanjaan dan cukai adalah faktor

utama dalam menentukan kadar sumbangan. Walau bagaimanapun,

secara amnya adalah memadai untuk kita mengetahui bahawa antara

faktor-faktor lain yang juga diambilkira dalam proses penentuan

sumbangan ialah;

1. kos pembiayaan;

2. kos Takaful semula;

3. kos menyediakan opsyen dan jaminan, sekiranya perlu;

4. kos mengekalkan rezab statutori dan margin kesolvenan.

Sumbangan Tulen Satu Tahun atau Pengiraan Sumbangan

Risiko Satu Tahun

Melalui pengenalan prinsip Kadar Kemortalan, ia membolehkan

pengendali Takaful menentukan kos menawarkan perlindungan

kepada seseorang untuk tempoh setahun. Dengan mengambil contoh

seorang peserta yang berumur 37 tahun dimana kadar kemortalan

mortaliti untuk umur tersebut ialah 4.74 bagi setiap 1000 hayat. Kita

akan membuat andaian yang Pengendali Takaful mempunyai 100,000

peserta yang akan dilindungi di bawah Takaful Keluarga dalam

tempoh satu tahun dan kesemua mereka berusia 37 tahun.

Ilustrasi contoh yang diberikan adalah seperti berikut:

Jumlah peserta berumur 37 tahun = 100,000

Kadar kemortalan mortaliti setiap hayat = 4.74

Bilangan kematian = (4.74x100,000/1,000)

= 474 kes

Page 339: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 515

Pengendali Takaful menjangkakan akan terdapat 474 kematian (4.74

x 100,000 / 1,000) dalam setahun. Dengan lain perkataan, pengendali

akan menerima bayaran premium dari 100,000 orang dan membayar

tuntutan untuk 474 kes. Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan

pengendali tidak menanggung sebarang perbelanjaan serta tidak

berhasrat memperolehi keuntungan.

Sekiranya pengendali bercadang untuk membayar amaun tuntutan

(dipanggil jumlah perlindungan) RM1,000 setiap tuntutan, pengendali

perlu menyediakan RM474,000 yang diperolehi dari kesemua

100,000 peserta yang dilindungi. Dengan lain perkataan, pengendali

perlu mengutip RM4.74 dari setiap peserta sebagai kos asas

(dipanggil sumbangan) bagi menyediakan perlindungan Takaful

untuk tempoh satu tahun. Kita akan dapati bahawa amaun yang perlu

dikutip dari setiap peserta adalah sama dengan kadar kemortalan.

Sekiranya setiap tuntutan kematian ialah RM5,000, sumbangan yang

dikenakan kepada setiap orang akan meningkat lima kali ganda iaitu

RM4.74 x 5 = RM23.70.

Sumbangan Risiko Meningkat Mengikut Umur

Kos asas risiko kematian digelar Sumbangan Risiko atau Sumbangan

Semulajadi. Sumbangan risiko meningkat seiring dengan peningkatan

umur peserta. Sekiranya pengendali mengambil keputusan untuk

mengenakan sumbangan berdasarkan sumbangan risiko, pengendali

terpaksa mengenakan sumbangan yang meningkat untuk peserta yang

sama setiap tahun. Kontrak insurans terawal mempunyai ciri-ciri

seperti ini tetapi didapati kaedah ini menimbulkan pelbagai masaalah

pengendalian operasi perniagaan.

Permulaan tahun

Pembaharuan

tahunan

Tahap sumbangan risiko

1 23.70 26.67

2 25.10 26.67

3 26.55 26.67

Page 340: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

516 Amalan Asas Takaful

Keburukan Sijil Takaful Keluarga yang Diperbaharui Setiap

Tahun

Dibawah kontrak seperti ini, pengendali dan peserta mempunyai

pilihan untuk memperbaharui kontrak tersebut atau sebaliknya. Jika

kontrak tersebut diperbaharui, sumbangan risiko yang dikenakan akan

menjadi lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Jika keadaan kesihatan

peserta tidak memuaskan, pengendali tidak akan memperbaharui

kontrak tersebut. Ini menafikan hak peserta untuk mendapat manfaat

perlindungan apabila ia benar-benar memerlukannya.

Sumbangan Tulen Paras atau Sumbangan Risiko Paras

Kebanyakan sijil Takaful individu yang ada dipasaran hari ini

memperuntukkan bayaran sumbangan paras sepanjang tempoh

perlindungan sijil. Kontrak yang dikeluarkan biasanya kontrak

bertempoh jangka panjang tetapi bayaran sumbangan tetap sama.

Walau bagaimanapun, prinsip asas Sumbangan Risiko yang berbeza

mengikut umurlah yang mendasari konsep sumbangan paras.

Andaikan amaun sumbangan paras untuk sesuatu sijil Takaful

keluarga bagi individu berumur 37 tahun dengan tempoh

perlindungan selama 5 tahun dan jumlah perlindungan ialah

RM5,000. Dibawah kaedah sumbangan risiko, dengan menggunakan

Jadual Kemortalan, pengendali akan mengenakan amaun sumbangan

asas yang berlainan setiap tahun, selama lima tahun.

Permulaan

Tahun

Sumbangan Risiko

Diperbaharui Setiap Tahun

( RM)

Sumbangan Risiko

Paras

(RM)

1 23.70 26.67

2 25.10 26.67

3 26.55 26.67

4 28.10 26.67

5 29.90 26.67

Jumlah 133.35 133.35

Page 341: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 517

Pengiraan Sumbangan Paras

Sumbangan Paras

Berdasarkan dari contoh di atas, peserta perlu membayar sejumlah

RM133.35 untuk tempoh 5 tahun. Sekiranya tidak mengambilkira

kadar pulangan pelaburan dan factor-faktor lain berkaitan dan jika

Pengendali Takaful bercadang untuk mengenakan sumbangan paras,

maka amaun sumbangan yang dikutip ialah RM26.67 (133.35 / 5)

setiap tahun. Amaun paras sebanyak RM26.67 ini adalah lebih tinggi

dari sumbangan risiko yang diperlukan pada tahun pertama, kedua

dan ketiga (RM23.70, RM25.10, dan RM26.55) dan lebih rendah dari

sumbangan risiko pada tahun keempat dan kelima (RM28.10 dan

RM29.90).

Ilustrasi yang disediakan adalah jadual yang paling ringkas dan tidak

mengambil kira semua faktor yang sepatutnya dimasukkan ketika

membuat pengiraan sumbangan paras. Walau bagaimanapun, ia dapat

menerangkan prinsip asas yang melibatkan pengiraan sumbangan

paras bagi melindungi sesuatu risiko yang terus meningkat dari tahun

ke tahun.

Sijil yang Menyediakan Manfaat Pemandirian (survival)

Perbincangan kita setakat ini hanya meliputi caj untuk melindungi

risiko kemortalan mortaliti (iaitu risiko kematian). Biasanya sijil

Takaful Keluarga menyediakan manfaat pemandirian sebagai

tambahan kepada manfaat kematian. Manfaat pemandirian ini

selalunya berbentuk bayaran berkala dalam tempoh sijil, dengan

syarat peserta masih hidup pada ketika itu. Sebagai contoh, dibawah

sijil Takaful keluarga 10 tahun dengan jumlah perlindungan akan

dibayar ketika berlaku kematian dalam tempoh tersebut atau ketika

sijil matang selepas 10 tahun. Manfaat pemandirian ini memerlukan

sumbangan tambahan, selain dari sumbangan manfaat kematian.

Sumbangan tambahan ini juga akan dijadikan sumbangan paras dan

dimasukkan sekali kedalam sumbangan paras perlindungan risiko

kematian.

Page 342: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

518 Amalan Asas Takaful

Sumbangan Kasar

Untuk kemudahan urus tadbir sijil, Pengendali Takaful telah

menyediakan jadual kadar sumbangan kasar yang berbeza mengikut

umur dan tempoh bagi jenis sijil Takaful berasingan. Kadar

sumbangan yang dinyatakan dalam jadual kadar sumbangan ini

adalah berbeza dengan sumbangan tulen paras asas yang diterangkan

pada awal bab ini. Ketika menetapkan kadar sumbangan kasar,

pengendali Takaful bukan sahaja perlu mengambilkira kos

kemortalan, malah lain-lain faktor juga perlu dititikberatkan. Yang

paling penting diantara faktor-faktor berkenaan ialah elemen

pulangan pelaburan dan elemen perbelanjaan. Dalam pengertian yang

paling umum, kita perlu memahami hubungan berikut:

Sumbangan Kasar = Sumbangan Bersih (lihat di bawah) +

Bebanan perbelanjaan + Bebanan

keuntungan & kontingensi

Faktor Kadar Pulangan Pelaburan Diteliti Semula

Lebihan Awal Dikumpulkan Untuk Menampung Kekurangan Dimasa

Hadapan

Kita telah mempelajari bahawa jika sumbangan paras tahunan

dikenakan sebagai menggantikan sumbangan risiko yang berbeza-

beza, amaun setiap tahun (dikenali sebagai sumbangan tahunan)

menjadi lebih tinggi daripada apa yang diperlukan untuk melindungi

risiko pada tahun-tahun awal kontrak dan berkurangan pada tahun-

tahun berikutnya. Lebihan sumbangan tahunan dalam tahun-tahun

awal ini digunakan untuk menampung kekurangan pada tahun-tahun

akhir tempoh sijil. Lebihan ini dilaburkan untuk mendapat pulangan

pelaburan sehingga tiba masanya ia diperlukan untuk menampung

kekurangan tadi. Dalam pengiraan sumbangan tahunan paras,

pengendali Takaful akan membuat anggaran yang jelas (dan

konservatif) mengenai pendapatan pelaburan masa hadapan dan

dengan itu mengurangkan amaun sumbangan yang perlu dibayar.

Page 343: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pengkadaran 519

Sijil Takaful Keluarga pada masa kini biasanya menyediakan manfaat

pemandiri sebagai tambahan kepada manfaat kematian. Sumbangan

tambahan yang perlu dibayar untuk manfaat ini juga mengambilkira

pendapatan pelaburan masa hadapan.

Sumbangan Bersih

Caj yang dikenakan bagi meliputi kos kemortalan mortaliti sahaja

digelar Sumbangan Risiko. Apabila caj tersebut dikira selepas

memasukkan elemen kemortalan mortaliti dan pulangan pelaburan, ia

digelar Sumbangan Bersih. Sumbangan bersih tidak mengandungi

elemen perbelanjaan.

C4.6 PERTIMBANGAN-PERTIMBANGAN LAIN

Jadual sumbangan kasar yang ditetapkan setelah mengambil kira

faktor kemortalan, pulangan pelaburan dan perbelanjaan, hendaklah

dibuat ujian lanjut untuk memastikan yang sumbangan yang

dikenakan adalah mencukupi, berdaya saing, tetap dan

menguntungkan.

Page 344: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

520 Amalan Asas Takaful

Page 345: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Mengawasi Dana Takaful 521

BAB C5

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

MENGAWASI DANA TAKAFUL

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, tumpuan akan diberi kepada elemen terakhir

pengurusan risiko dalam amalan Takaful Keluarga iaitu yang

berkaitan dengan pengawasan dana Takaful.

C5.1 PENGENALAN

Sumbangan yang dikenakan di bawah sijil Takaful Keluarga adalah

berdasarkan dari faktor-faktor jangkaan kemortalan, pulangan

pelaburan dan perbelanjaan. Adalah mustahil untuk mengharapkan

bahawa pengalaman sebenar dalam semua elemen-elemen berkaitan

akan sama seperti apa yang dijangka. Ia boleh menjadi lebih baik atau

lebih teruk lagi. Walau apapun keadaannya, adalah perlu untuk

meneliti pengalaman sebenar yang dilalui dari masa ke semasa.

Pemeriksaan berkala terhadap kedudukan kewangan operasi

perniagaan pengendali Takaful biasanya meliputi aspek pengambilan

stok, iaitu ciri-ciri utama penilaian aktuari terhadap aset dan liabiliti.

Penilaian aktuari terhadap pengendali Takaful Keluarga terdiri dari

pengiraan nilai semasa liabiliti bagi semua sijil yang berkuatkuasa

semasa tarikh penilaian dan membandingkannya dengan nilai semasa

pendapatan dan keuntungan modal yang dihasilkan oleh aset-aset

dalam dana Takaful. Jika nilai semasa pendapatan dan keuntungan

modal adalah lebih besar dari nilai semasa liabiliti, Pengendali

Takaful dikatakan dalam keadaan solven.

Page 346: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

522 Amalan Asas Takaful

Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko untuk Penanggung

Insurans dan Pengendali Takaful

Rangka kerja modal berasaskan risiko (Risk Based Capital) adalah

rangka kerja yang memastikan kecukupan modal untuk semua insurer

yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996. Cadangan rangka

kerja memerlukan agar setiap insurer mengekalkan tahap modal yang

mencukupi supaya ia seimbang dengan profil risiko yang ditanggung.

Rangka kerja modal berasaskan risiko untuk penanggung insurans

konvensional mula berkuatkuasa sejak Januari 2009. Walau

bagaimanapun, BNM tidak mewajibkan rangka kerja berkenaan

diterapkan dalam operasi perniagaan Takaful, mungkin sehingga

tahun 2012.

Insurer dikehendaki mengira Nisbah Kecukupan Modal (Capital

Adequacy Ratio) iaitu memastikan peruntukan modal yang

mencukupi dalam dana insurans dan dana pemegang saham bagi

menampung Jumlah Modal yang Diperlukan (Total Capital

Requirement). Nisbah Kecukupan Modal bertindak sebagai petunjuk

utama kekukuhan kedudukan kewangan insurer dan menyediakan

maklumat yang diperlukan oleh Bank Negara Malaysia bagi

menentukan bentuk penyeliaan yang bersesuaian terhadap insurer.

Rangkakerja modal berasaskan risiko digunapakai oleh semua insurer

sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk cawangan insurer

asing di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996.

Perniagaan yang dihasilkan oleh cawangan reinsurer profesional asing

di luar Malaysia dikecualikan dari mematuhi keperluan rangka kerja

sekiranya syarat-syarat yang dinyatakan telah dipenuhi. Syarikat

insurans hendaklah melaksanakan dan mematuhi rangka kerja modal

berasaskan risiko berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009. Insurer yang

memiliki keupayaan untuk melaksanakan rangka kerja berkenaan

lebih awal dari tarikh tersebut, boleh berbuat demikian untuk tahun

kewangan 2008.

Page 347: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Mengawasi Dana Takaful 523

C5.2 PENILAIAN ASAS LIABILITI

Penilaian aktuari ke atas insurer perlu dilaksanakan atas beberapa

sebab. Antaranya ialah untuk:-

1. menentukan samada insurer berada dalam keadaan solven;

2. menentukan amaun surplus, jika ada, yang boleh diagihkan

kepada pemegang saham dalam bentuk dividen atau bonus;

3. menguji samada skala premium yang digunakan adalah

mencukupi;

4. menentukan samada operasi kendalian perniagaan insurer

perlu diubahsuai;

5. mematuhi keperluan undang-undang

Liabiliti pengendali Takaful Keluarga adalah tanggungjawab

berkontrak kepada peserta, contohnya dibawah sijil Takaful Keluarga

10 tahun, pengendali Takaful bertanggungjawab untuk membayar

amaun tuntutan jika berlaku kematian atau pada penghujung tempoh

10 tahun, tertakluk kepada kejadian yang berlaku dahulu, sebagai

balasan kepada bayaran sumbangan berkala yang dibayar oleh

peserta. Nilai semasa liabiliti di bawah sijil Takaful Keluarga boleh

dinyatakan seperti berikut:

Liabiliti = Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar

ditambah

Nilai semasa perbelanjaan

ditolak

Nilai semasa sumbangan akan diterima

Kesukaran yang timbul ialah untuk mengenal pasti nilai semasa

manfaat yang perlu dibayar dan premium yang akan diterima, yang

ditentukan pada tarikh penilaian pengendali Takaful, dengan

mengambil kira dasar penilaian statutori yang perlu dipatuhi oleh

Pengendali Takaful.

Page 348: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

524 Amalan Asas Takaful

C5.3 PENILAIAN ASAS ASET

Aset milik pengendali Takaful Keluarga meliputi pelaburan yang

dibuat dari sumbangan yang diterima, setelah mengambil kira

peruntukan untuk membayar tuntutan dan perbelanjaan lain. Aset

tersebut mungkin meliputi kesemua atau sebahagian dari perkara-

perkara berikut:-

1. Wang tunai ditangan dan di bank;

2. Pelaburan dalam sekuriti kerajaan dan separuh kerajaan;

3. Saham di syarikat korporat;

4. Pinjaman dan debentur badan korporat;

5. Harta, tanah dan bangunan;

6. Pinjaman kepada peserta;

7. Perabut dan peralatan kelengkapan, kenderaan dan lain-lain

peralatan pejabat

Aset berkenaan dinilai dengan pelbagai cara, bergantung kepada

tujuan penilaian. Beberapa kaedah penilaian aset termasuklah:-

1. Harga Kos

Ini adalah harga aset ketika dibeli/diperolehi.

2. Nilai Buku

a. Ia adalah nilai yang diletakkan atas aset dalam buku akaun

pengendali Takaful. Ketika aset ini diperolehi, nilai buku

yang tercatat biasanya menunjukkan harga kos. Walau

bagaimanapun, masa yang berlalu memungkinkan nilai aset

semakin meningkat atau menyusut dan nilai buku juga akan

meningkat atau merosot, bergantung kepada amalan

perakaunan pengendali Takaful.

b. Contohnya, pengendali Takaful mungkin telah membuat

pelaburan dalam pemilikan sistem komputer lima tahun lalu

pada kos RM1 juta. Kini ia mungkin hanya bernilai

RM100,000. Ketika membeli aset ini, nilai buku ialah RM1

Page 349: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Mengawasi Dana Takaful 525

juta dan nilai ini semakin menyusut dalam tempoh beberapa

tahun dan kini nilai buku aset berkenaan ialah RM100, 000

sahaja sekiranya pengendali Takaful mengamalkan sistem

perakaunan yang betul.

3. Nilai Pasaran

Ia adalah nilai jika aset berkenaan dijual dipasaran terbuka.

Walau apapun kaedah yang digunakan, aset milik pengendali

Takaful perlu dinilai pada tarikh yang sama liabiliti syarikat

dinilai. Tarikh penilaian ini biasanya bersamaan dengan tarikh

akhir bagi tahun kewangan pengendali Takaful.

C5.4 LEBIHAN / SURPLUS DAN KEUNTUNGAN

Lebihan atau surplus adalah perbezaan antara nilai yang ditetapkan

untuk aset dengan nilai liabiliti dan akan berbeza mengikut dasar

penilaian yang dipilih. Ianya diperolehi dari keputusan pengalaman

sebenar kemortalan, faedah perbelanjaan dan nilai aset yang lebih

baik daripada apa yang dianggarkan ketika penilaian dibuat.

Sumber Surplus

Berdasarkan dari amalan semasa, sumber utama surplus diperolehi

dari:

1. Faedah:

Ia meliputi lebihan faedah (selepas ditolak cukai) yang diperolehi

dari dana insurans hayat yang melebihi anggaran penilaian aset,

dan merupakan sumber utama surplus khususnya kadar faedah

dipasaran adalah tinggi.

2. Kemortalan:

Surplus kemortalan diperolehi disebabkan perbezaan pengalaman

kemortalan sebenar dengan asas penilaian anggaran kemortalan.

Page 350: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

526 Amalan Asas Takaful

3. Perbelanjaan:

Lebihan ini, jika ada, diperolehi dari peruntukan yang dibuat

untuk penilaian perbelanjaan, berbanding dengan perbelanjaan

sebenar yang ditanggung bagi menentukan amaun lebihan

perbelanjaan.

4. Pelbagai:

Sebahagian surplus diperolehi dari sumber-sumber seperti nilai

serahan, polisi luput, perniagaan baru dan pindaan polisi. Sumber

surplus lain ialah margin kadar premium dan peningkatan nilai

aset.

Pengagihan Surplus

Surplus yang dinyatakan dalam penilaian aktuari tidak semestinya

boleh diagih-agihkan. Pengendali mungkin memikirkan sebahagian

dari surplus mungkin digunakan untuk memperkukuhkan asas

penilaian beberapa aspek tertentu. Sebahagian dari surplus itu

mungkin dipindahkan ke rizab kontingensi. Juga dianggap wajar

untuk membawa ke tahun hadapan akan sebahagian kecil surplus

yang tidak diperuntukkan bagi sebarang tujuan. Amaun selebihnya

adalah surplus untuk diagih-agihkan kepada peserta dan pengendali

Takaful mengikut nisbah yang dipersetujui.

Kaedah Pengagihan Surplus

Pengagihan surplus diantara peserta dan pengendali Takaful biasanya

menggunakan kaedah yang mudah untuk kedua-dua belah pihak.

Amaun surplus yang ditetapkan setiap tahun akan dikreditkan ke

dalam dana masing-masing, iaitu Akaun Peserta (untuk simpanan dan

pelaburan) dan Akaun Khas Peserta (Dana Risiko). Hanya apabila

sijil matang atau berlaku tuntutan kematian, dana terkumpul akan

dibayar kepada pihak yang menuntut / benefisiari.

Page 351: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Dokumen Sijil 527

BAB C6

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

DOKUMEN SIJIL

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pelbagai

borang dan dokumen yang digunakan oleh pengendali Takaful dalam

usaha mereka untuk mendapatkan perniagaan baru Takaful keluarga.

Seksyen 27 Akta Takaful 1984 mempunyai peruntukan bagi

dokumen-dokumen berkaitan untuk dilaporkan ke Bank Negara

Malaysia (BNM) bagi tujuan kawalan terhadap pelbagai bentuk

borang seperti cadangan, sijil dan risalah. Kegagalan untuk mematuhi

peruntukan ini boleh mengakibatkan Pengendali Takaful dikenakan

denda sehingga RM4, 000.00 bagi setiap kesalahan.

C6.1 SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENILAIAN RISIKO

Sebelum menerima permohonan peserta untuk perlindungan Takaful

keluarga, Pengendali Takaful dikehendaki melakukan penilaian yang

menyeluruh terhadap risiko yang dicadangkan - aspek bahaya moral

dan bahaya fizikal, sebelum perlindungan boleh diberikan. Maklumat

yang perlu untuk melakukan penilaian risiko biasanya diperolehi

daripada pelbagai sumber. Sumber-sumber ini termasuk, tetapi tidak

terhad kepada:

Borang Cadangan

Laporan Perubatan / X-ray, ECG dan sebagainya

Kenyataan Doktor Yang Merawat

Laporan Ejen

Laporan Terdahulu

Borang Carian Fakta

Page 352: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

528 Amalan Asas Takaful

C6.2 BORANG CADANGAN

Sebahagian besar daripada maklumat yang berkaitan dengan

pemohon diberikan oleh pemohon itu sendiri di dalam borang

cadangan. Borang cadangan ini secara jelas memberitahu amaran

bahawa pencadang hendaklah mendedahkan dengan benar dan jujur

semua maklumat yang dia tahu atau yang sepatutnya dia tahu, dan

kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan sijil yang

dikeluarkan menjadi tidak sah.

Borang cadangan yang perlu diisi dengan lengkap oleh pencadang

mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

Maklumat Peribadi:-

1. nama penuh;

2. alamat;

3. pekerjaan atau profesion;

4. tarikh lahir, tempat dan negara dilahirkan;

5. no kad pengenalan;

6. samada terdapat sebarang cadangan yang ditolak,

ditangguhkan, ditarik balik atau diterima bersyarat.

Maklumat Perlindungan Yang Dipohon:-

1. pelan Takaful yang dikehendaki;

2. tempoh sijil;

3. jumlah perlindungan;

4. pelan tambahan;

5. kekerapan dan cara pembayaran sumbangan.

Pekerjaan, Penempatan, Perjalanan dan Hobi yang Merbahaya:-

1. sebarang pertukaran dalam jenis pekerjaan terbaru, terdahulu

atau dijangkakan akan bertukar tidak lama lagi;

2. menyatakan secara mendalam tentang niat untuk membuat

penerbangan bukan sebagai penumpang yang membayar

Page 353: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Dokumen Sijil 529

tambang atau kecenderungan-kecenderungan lain yang

merbahaya;

3. menyatakan secara mendalam tentang niat untuk melibatkan

diri dalam aktiviti sukan yang berisiko tinggi dan boleh

menyebabkan kematian akibat kemalangan.

Sejarah Peribadi dan Keluarga:-

1. maklumat mengenai rawatan perubatan dan nama doktor

yang memberi rawatan sejak beberapa tahun kebelakangkan;

2. tarikh dan sebab mendapatkan rawatan doktor kali yang

terakhir;

3. tinggi dan berat badan sekarang;

4. penggunaan rokok dan / atau alkohol dalam sehari, sekiranya

berkenaan;

5. adakah berlaku kematian dikalangan ahli keluarga seperti ibu

/ bapa dan adik beradik. Jika ada, nyatakan umur ketika

meninggal dunia dan sebab kematian;

6. Adakah pemohon ada / pernah menghidap penyakit / sakit:-

i. penyakit mental atau saraf atau ketidakupayaan

ii. pitam, sawan atau lumpuh

iii. asma, bronkitis, batuk kering atau sakit dada

iv. sakit jantung, sakit dada atau tekanan darah tinggi

v. masalah limpa, prostat atau hati

vi. rheumatisme, atau sakit dalam sendi

vii. kurang hadam, ulser peptik atau penyakit dalam perut

viii. masalah ketumbuhan atau glandular

ix. lain-lain penyakit, kecacatan atau kecederaan

Perisytiharan dan Memberi Kuasa:-

Seksyen ini mengandungi:

1. pengisytiharan bahawa kenyataan yang diberikan adalah

benar dan lengkap mengikut pengetahuan pemohon serta

pemohon tidak menyembunyikan sebarang maklumat matan;

Page 354: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

530 Amalan Asas Takaful

2. memberi kebenaran kepada Pengendali Takaful untuk

mendapatkan maklumat dari mana-mana doktor yang pernah

merawat pencadang atau / dan dari Pengendali Takaful yang

pernah menerima permohonan perlindungan Takaful /

insurans.

C6.3 BORANG PENCARIAN FAKTA PELANGGAN

C6.4 PROSES PENGUNDERAITAN

Pengunderaitan boleh didefinisikan sebagai suatu proses penilaian

dan pemilihan risiko, dan juga penentuan kadar sumbangan, terma

dan syarat-syarat. Untuk mana-mana pelan Takaful, peserta

dikehendaki membuat caruman atau bayaran yang dikenali

sumbangan, dan sumbangan ini dimasukkan ke dalam dana umum

yang digunakan untuk membayar tuntutan. Untuk memastikan dana

umum tersebut mencukupi untuk membayar tuntutan, Pengendali

Takaful perlu:-

1. berhati-hati terhadap antipemilihan;

2. mengenakan kadar sumbangan Takaful yang sepadan dengan

risiko yang ditanggung.

Antipemilihan berlaku apabila lebih banyak risiko substandard

diterima untuk diberi perlindungan yang kemudiannya menyebabkan

keputusan pengunderaitan tidak begitu menguntungkan. Biasanya,

kadar sumbangan adalah berdasarkan sampel yang mewakili profil

risiko pasaran keseluruhan. Apabila antipemilihan berlaku, ia adalah

tanda-tanda pengendali yang kurang kawalan pengunderaitan yang

baik, dan berakhir dengan portfolio yang mengandungi sebahagian

besar risiko yang tidak menguntungkan.

Untuk mengelakkan antipemilihan, pengunderait perlu berhati-hati

dalam membuat penilaian keatas semua permohonan perlindungan

Takaful dan perlu mengenakan kadar sumbangan yang berpadanan

dengan risiko yang ditanggung serta mengenakan syarat

pengecualian, sekiranya perlu. Untuk berlaku adil kepada semua

Page 355: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Dokumen Sijil 531

peserta, cadangan yang dianggap substandard harus ditolak atau

dikenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi berbanding dengan

risiko yang standard. Tindakan ini akan memungkinkan kepada

pengagihan risiko secara adil di kalangan semua peserta dalam skim

ini.

Untuk perniagaan Takaful Keluarga, proses pengunderaitan akhirnya

akan membawa pengunderait untuk menilai risiko kepada tiga

kategori, iaitu:-

1. Risiko standard (dipersetujui menurut apa yang dipohon oleh

pencadang)

2. Risiko sub-standard / diubahsuai (dipersetujui setelah

pengunderait membuat beberapa pengubahsuaian, tertakluk

kepada penerimaan pencadang terhadap pindaan tersebut)

3. Risiko yang ditolak (risiko tidak memuaskan disebabkan

masaalah kesihatan, bahaya pekerjaan & hobi dan sebagainya)

C6.5 STRUKTUR SIJIL

Sijil, sebagai suatu instrumen yang membuktikan kewujudan kontrak

Takaful, hendaklah jelas dalam susunan perkataannya dan dalam

bentuk yang mudah difahami oleh orang biasa. Adalah menjadi

peraturan undang-undang bahawa sebarang kekaburan dalam

dokumen akan dibebankan ke atas pengendali kerana pengendalilah

yang bertanggungjawab merangka kontrak berkenaan.

Terdapat dua jenis bentuk sijil yang digunakan iaitu jenis naratif dan

jenis jadual. Bentuk naratif sungguhpun pernah digunakan, kini telah

usang dan jenis jadual adalah lebih ringkas, mudah difahami dan

mudah untuk diubahsuai.

Seksyen Utama

Seksyen utama yang terdapat dalam kebanyakan sijil adalah seperti

berikut:-

Page 356: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

532 Amalan Asas Takaful

1. Pengenalan

2. Fasal Perisytiharan

3. Fasal Operasi/kuatkuasa

4. Proviso

5. Jadual

6. Fasal penyaksian

7. Syarat-syarat dan Kemudahan

Pengenalan

Pada bahagian atas sijil biasanya tertera nama Pengendali Takaful

dan alamat pejabat berdaftarnya, bagi tujuan surat- menyurat /

perhubungan.

Fasal Perisytiharan

Seksyen ini memperkenalkan pihak yang berkaitan dengan

kontrak ini dan menyatakan yang pencadang telah menyerahkan

permohonan untuk perlindungan Takaful termasuk kenyataan

mengenai kesihatan peserta dan telah membayar sumbangan

pertama dan berjanji akan membayar sumbangan seterusnya

apabila sampai masanya.

Fasal Operasi / Kuatkuasa

Tujuan fasal ini adalah untuk menyatakan peristiwa / kejadian

yang menyebabkan sijil ini berfungsi, iaitu apabila sesuatu

tuntutan dimulakan. Oleh itu, ia biasanya menyatakan yang

pengendali Takaful bersetuju membuat bayaran seperti yang

dinyatakan dalam jadual (dirujuk sebagai jumlah perlindungan)

apabila berlaku peristiwa yang dilindungi yang dinyatakan dalam

fasal kuatkuasa ini, kepada pihak menuntut yang sah atau

warisnya.

Page 357: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Dokumen Sijil 533

Proviso

Seksyen ini termasuk perisytiharan yang semua jawapan yang

diberikan dalam borang cadangan dan laporan perubatan akan

menjadi asas kontrak. Disamping itu, syarat-syarat yang

dinyatakan dalam sijil dianggap sebagai sebahagian daripada

kontrak, dan kontrak adalah tertakluk kepada syarat berkenaan.

Jadual

Maklumat berikut biasanya dinyatakan dalam jadual:

1. nama dan alamat peserta;

2. tarikh kuatkuasa perlindungan;

3. tarikh cadangan;

4. jumlah perlindungan – amaun, kepada siapa dan bila tuntutan

boleh dibayar, kejadian / peristiwa yang membolehkan

tuntutan dibayar;

5. jenis perlindungan Takaful;

6. sumbangan – amaun setahun, bagaimana ia dibayar, tarikh

jatuh bayaran, tempoh sepatutnya dibayar, tarikh bayaran

terakhir;

7. tarikh lahir / umur peserta, samada telah diperakui atau

sebaliknya;

8. tarikh matang;

9. syarat-syarat khas (jika ada).

Fasal Penyaksian

Ini adalah seksyen terakhir dalam sijil. Sijil ditandatangani oleh

pegawai tertentu Pengendali Takaful yang diberi kuasa untuk

berbuat demikian.

Syarat-syarat dan Kemudahan

Syarat-syarat dan kemudahan sijil perlindungan Takaful Keluarga

boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

Page 358: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

534 Amalan Asas Takaful

1. Syarat yang menghadkan skop kontrak, umpamanya

membunuh diri atau fasal tidak boleh tanding.

2. Syarat meluaskan skop kontrak, umpamanya tempoh

tangguh, syarat tidak boleh batal dan sebagainya.

3. Syarat menerangkan skop kontrak, umpamanya syarat yang

membatalkan kontrak jika sumbangan tidak dibayar pada

masanya atau terdapat salah nyata fakta matan.

C6.6 ENDORSEMEN

Dokumen sijil yang standard biasanya boleh dipinda untuk

memasukkan aspek yang berlainan keadaan dan keperluan setiap

individu. Endorsemen boleh dibuat samada:

1. ketika pengeluaran sijil, atau

2. selepas pengeluaran sijil.

Endorsemen Ketika Pengeluaran Sijil

Secara amnya, empat syarat khas berikut perlukan endorsemen:-

1. yang melibatkan amaun sumbangan atau kekerapan pembayaran

sumbangan. Sebagai contoh, jika melibatkan ansuran sumbangan,

maka syarat sesuai diperlukan untuk menyediakan potongan

kepada baki yang belum berbayar pada tahun kematian;

2. yang melibatkan jumlah perlindungan atau cara pembayarannya.

Sebagai contoh, jika pilihan penyelesaian ialah untuk

membiarkan prosid sijil sebagai deposit dengan pengendali

Takaful, maka syarat khas adalah perlu untuk membolehkannya

berbuat demikian;

3. yang memasukkan manfaat khas, contohnya pilihan untuk

menukar jenis kontrak, yang menyertakan pembatasan khas;

4. yang berkaitan dengan dokumen yang perlu dihantar oleh peserta,

contohnya kesilapan dalam no kad pengenalan.

Page 359: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Dokumen Sijil 535

Endorsemen Selepas Pengeluaran Sijil

Ia melibatkan pindaan terhadap:-

1. mod atau cara pembayaran sumbangan;

2. pindaan bentuk kontrak;

3. mengenakan atau mengeluarkan sumbangan tambahan;

4. permohonan untuk mengurangkan / menambah jumlah

perlindungan.

Perkara di atas boleh dibahagikan secara luas kepada kumpulan-

kumpulan berikut mengikut penukaran pada:

1. nama atau umur peserta;

2. sumbangan yang perlu dibayar – cara dan tarikh bayaran;

3. jumlah perlindungan dan sumbangan;

4. jenis-jenis Takaful.

Page 360: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

536 Amalan Asas Takaful

Page 361: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian 537

BAB C7

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

TUNTUTAN DAN PENGELUARAN

SEBAHAGIAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada prosedur

penyelesaian tuntutan, iaitu pelengkap kepada kitaran pengurusan

risiko.

C7.1 PENGENALAN

Penamatan kontrak Takaful keluarga biasanya disempurnakan dengan

bayaran penyelesaian tuntutan. Tuntutan boleh timbul disebabkan

oleh salah satu dari situasi / kejadian berikut:-

1. ketika kematian peserta;

2. ketika sijil Takaful matang;

3. tuntutan manfaat perubatan atau hilang upaya;

4. tuntutan dibawah kontrak tambahan.

Ejen dan Pengendali Takaful diharapkan dapat memberi

perkhidmatan yang baik supaya tuntutan dapat diselesaikan dengan

cepat. Reputasi Pengendali Takaful biasanya bergantung kepada

kecekapan menyelesaikan tuntutan. Maka adalah penting bagi ejen

untuk membiasakan diri dengan prosedur dan dokumen yang

diperlukan supaya tuntutan dapat diselesaikan dengan cepat.

C7.2 PEMBERITAHUAN TUNTUTAN

Apabila berlaku sesuatu perkara atau kejadian yang menyebabkan

timbulnya tuntutan, waris atau pihak menuntut mesti memberitahu

Pengendali Takaful dan menyediakan maklumat berikut:-

Page 362: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

538 Amalan Asas Takaful

1. Nama dan nombor kad pengenalan peserta

2. No sijil dan alamat peserta

3. Tarikh dan sebab-sebab kematian, kecederaan atau sakit,

mana-mana yang berkenaan.

Pengendali Takaful akan memberitahu waris atau pihak menuntut

tentang prosedur yang perlu dipatuhi dan dokumen yang diperlukan

sebagai bukti berlakunya kejadian yang membawak kepada tuntutan.

Oleh kerana Takaful pada asasnya adalah berdasarkan ajaran dan

keperluan Syari’ah, para peserta Islam diingatkan bahawa prosid atau

perolehan dari sijil Takaful (sekiranya tuntutan kematian) hendaklah

diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut fara'id. Oleh itu,

penamaan seseorang dalam sijil Takaful hanya bertindak sebagai

pemegang amanah untuk menerima prosid sijil, yang menjadi

sebahagian daripada harta pusaka si mati, dan kemudiannya

membahagi-bahagikan prosid berkenaan kepada waris yang berhak.

Walau bagaimanapun, peserta mungkin ingin mendermakan

keseluruhan prosid kepada bukan waris seperti wakaf atau organisasi

amal. Oleh itu, perbuatan memberi (hibah) perlu dilaksanakan ketika

peserta masih hidup. Apabila ini dilakukan, maka prosid bukan lagi

menjadi sebahagian daripada harta pusaka itu dan tidak tertakluk

kepada mana-mana agihan harta di bawah fara'id.

C7.3 TUNTUTAN KEMATIAN

Pihak yang menuntut atau waris perlu mengemukakan kepada

pengendali Takaful dokumen yang membuktikan kematian peserta

tanpa sebarang kesangsian. Sebagai tambahan kepada tiga dokumen

yang dinyatakan di atas, pengendali Takaful memerlukan salah satu

dokumen bukti kematian berikut:-

1. sijil kematian;

2. laporan bedah siasat;

3. perintah mengisytiharkan kematian secara andaian statutori,

umpamanya bagi orang yang telah hilang lebih daripada 6 tahun;

Page 363: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian 539

4. sijil mengesahkan kematian pegawai tentera dan kematian dalam

peperangan;

5. sijil menyatakan kematian berlaku di laut;

6. sijil perubatan dari pegawai perubatan yang terakhir merawat

peserta.

Pengendali juga akan meminta bukti umur peserta meninggal dunia,

jika ini tidak dilakukan pada permulaan kontrak. Pengendali Takaful

perlu memastikan bahawa prosid tuntutan kematian dibayar kepada

orang yang berhak menerimanya. Seksyen 65 Akta Takaful 1984

secara khusus menyebut bahawa apa-apa bayaran manfaat boleh

dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa memerlukan sebarang surat

probet atau surat pentadbiran, dan Pengendali Takaful dilepaskan

daripada semua liabiliti berkenaan dengan jumlah yang dibayar.

Walau bagaimanapun, BNM telah menyemak semula Seksyen

berkenaan di mana Pengendali Takaful perlu membuat pembayaran

interim sehingga ke had maksimum RM100,000 kepada orang yang

berhak menerimanya dan baki bayaran akan dibuat selepas pihak

yang menuntut mengemukakan surat probet atau surat pentadbiran.

C7.4 TUNTUTAN HILANG UPAYA KEKAL DAN

MENYELURUH

Terdapat dua jenis tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh, iaitu

tuntutan hilang upaya disebabkan sakit / penyakit dan hilang upaya

akibat kemalangan.

1. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan

menyeluruh disebabkan sakit / penyakit ialah;

a. laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor

yang merawat hilang upaya peserta;

b. salinan kad pengenalan peserta yang diakui sah; dan

c. borang tuntutan yang telah lengkap diisi.

2. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan

menyeluruh disebabkan kemalangan ialah:

Page 364: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

540 Amalan Asas Takaful

a. laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor

yang merawat, setelah peserta mengalami hilang upaya;

b. salinan kad pengenalan peserta yang diakui sah;

c. borang tuntutan yang telah lengkap diisi; dan

d. salinan laporan polis yang diakui sah.

C7.5 TUNTUTAN KEMATANGAN

Sekiranya peserta masih hidup sehingga akhir tempoh sijil, manfaat

kematangan akan dibayar kepadanya. Pengendali Takaful biasanya

akan memaklumkan kepada pemegang sijil yang sijilnya akan

mencapai tempoh matang dan meminta peserta untuk mematuhi

prosedur tuntutan tertentu.

Pengendali Takaful akan menghantar borang pengenalan, borang

kemandirian (survival) dan baucar pelepasan untuk diisi dengan

lengkap oleh peserta dan mengembalikannya semula berserta

dokumen sijil asal kepada Pengendali Takaful.

Berikut adalah dokumen yang biasanya diperlukan bagi tuntutan

kematangan:

apabila peserta adalah hayat yang dilindungi:-

1. bukti umur;

2. bukti kemandirian;

3. baucar pelepasan yang telah lengkap diisi oleh peserta; dan

4. dokumen sijil asal

apabila peserta bukan hayat yang dilindungi:-

1. surat ikatan penyerahan hak atau mana-mana dokumen

hakmilik lain; dan

2. satu kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa hayat yang

dilindungi masih hidup dan tidak dapat atau tidak bersedia

untuk menandatangani sijil kemandirian.

Page 365: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Tuntutan dan Pengeluaran Sebahagian 541

C7.6 LAIN-LAIN TUNTUTAN

Tanggungjawab untuk membuktikan tuntutan adalah terletak ditangan

peserta dan dia mesti membuktikannya dan bukti tersebut mesti

memenuhi keperluan Pengendali Takaful. Peserta hendaklah

mematuhi semua syarat-syarat lain yang terdapat dalam kontrak.

Bagi sijil perlindungan kemalangan diri, prinsip sebab hampiran

adalah penting kerana mungkin terdapat lebih daripada satu sebab

yang boleh membawa kepada tuntutan. Perlu diketahui bahawa jika

pengendali Takaful berpendapat tuntutan itu disebabkan oleh peril

yang dikecualikan, maka pengendali Takaful perlu membuktikan

dakwaan tersebut.

Berdasarkan amalan industri, pengendali Takaful mengeluarkan

pelbagai bentuk borang bercetak yang jika diisi dengan betul, ia akan

membekalkan semua maklumat yang diperlukan. Borang-borang ini,

disamping memerlukan butir-butir kemalangan atau penyakit, juga

mengandungi soalan-soalan lain yang bertujuan untuk menentukan

sama ada asas perlindungan asal masih kekal atau telah berubah.

Sekiranya pengendali Takaful berpuas hati mengenai kesahihan

semua dokumen yang dikemukakan, sebarang pertanyaan lain yang

telah dijawab sepenuhnya dan tidak melanggar syarat-syarat sijil,

pengendali Takaful akan membayar amaun tuntutan. Walau

bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang keraguan atau tertakluk

kepada pertimbangan khas, pengendali Takaful berhak untuk

menjalankan siasatan lanjut.

C7.7 DAFTAR TUNTUTAN

Ia adalah keperluan undang-undang dibawah Akta Takaful 1984,

bahawa setiap pengedali Takaful hendaklah mengadakan dan

menyimpan satu daftar terkini bagi semua tuntutan Takaful sebaik

sahaja pengendali diberitahu mengenainya. Tiada satu pun daripada

notis tuntutan ini yang boleh dikeluarkan daripada daftar ini selagi

pengendali masih bertanggungjawab keatas tuntutan tersebut.

Page 366: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

542 Amalan Asas Takaful

Daftar tuntutan ini dianggap rekod rasmi tuntutan yang dilaporkan

kepada pengendali. Daftar tuntutan ini boleh disimpan dalam bentuk

kad atau di atas helaian ledger atau cetakan komputer.

C7.8 PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Kebanyakan Pengendali Takaful membenarkan peserta mereka

membuat pengeluaran sebahagian di bawah sijil Takaful Keluarga

milik mereka, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

tertentu. Amalan ini agak serupa dengan apa yang terdapat dalam

insurans hayat konvensional, tetapi perbezaan utamanya ialah

Pengendali Takaful tidak mengenakan faedah (interest) atas

'pinjaman' yang diambil oleh peserta, kerana wang itu sebenarnya

memang milik mereka.

Oleh kerana bayaran sumbangan untuk Takaful Keluarga dibahagikan

kepada dua dana (Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta),

pengeluaran sebahagian dibenarkan pada Akaun Peserta, tetapi tidak

melebihi daripada 50% amaun dalam akaun ini. Peserta boleh

memilih untuk membayar balik atau sebaliknya, tetapi pengiraan

pulangan pelaburan ke atas Akaun Peserta akan ditolak amaun yang

telah dikeluarkan.

Sekiranya peserta membuat serahan sijil Takaful, pengendali akan

membayar semua amaun terkumpul di dalam Akaun Peserta sahaja,

tidak termasuk Akaun Khas Peserta kerana akaun ini adalah amaun

yang telah didermakan oleh peserta.

Page 367: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengiraan Sumbangan Takaful Keluarga 543

BAB C8

PENGIRAAN SUMBANGAN TAKAFUL

KELUARGA

PENGENALAN

Dalam menjalankan kewajipan sebagai Ejen Takaful, anda mungkin

diminta untuk memberi nasihat mengenai pelbagai perkara yang

berkaitan dengan perniagaan. Pastinya akan ada persoalan mengenai

amaun sumbangan yang perlu disediakan sekiranya bakal pelanggan

berminat untuk menyertai skim Takaful Keluarga tertentu.

C8.1 PENGIRAAN UMUR

Apabila berurusan dalam perniagaan Takaful Keluarga, umur peserta

memainkan peranan penting dalam menentukan kadar sumbangan.

Pengendali Takaful menggunakan asas-asas yang berlainan bagi

menentukan usia seseorang individu. Kaedah yang paling biasa

digunakan ialah:

1. Umur harijadi yang telah lepas

2. Umur harijadi akan datang

3. Umur harijadi terhampir

Ilustrasi dibawah menunjukkan kaedah pengiraan umur peserta yang

lahir pada 21 Mac 1965:

Pengiraan umur harijadi yang telah lepas:

Teknik yang digunakan adalah untuk mendapatkan tarikh harijadi

yang lepas dan melaksanakan penolakan yang perlu seperti yang

ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Page 368: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

544 Amalan Asas Takaful

Tarikh Rujukan

(Tarikh penghantaran

borang cadangan)

Harijadi yang

lepas

Umur harijadi

yang lepas

20 Mei 2005 21 Mac 2005 2005 – 1965 = 40

1 Januari 2005 21 Mac 2004 2004 – 1965 = 39

31 Disember 2006 21 Mac 2006 2006 – 1965 = 41

Pengiraan umur harijadi akan datang:

Teknik yang digunakan adalah untuk mendapatkan tarikh harijadi

akan datang dan melaksanakan penolakan yang perlu seperti yang

ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Tarikh Rujukan

(Tarikh penghantaran

borang cadangan)

Harijadi akan

datang

Umur harijadi

akan datang

20 Mei 2005 21 Mac 2006 2006 – 1965 = 41

1 Januari 2005 21 Mac 2005 2005 – 1965 = 40

31 Disember 2006 21 Mac 2007 2007 – 1965 = 42

Pengiraan umur harijadi terhampir:

Teknik yang digunakan adalah untuk mendapatkan tarikh harijadi

terhampir dan melaksanakan penolakan yang perlu seperti yang

ditunjukkan dalam jadual dibawah.

Tarikh Rujukan

(Tarikh penghantaran

borang cadangan)

Harijadi

terhampir

Umur harijadi

terhampir

20 Mei 2005 21 Mac 2005 2005 – 1965 = 40

1 Januari 2005 21 Mac 2005 2005 – 1965 = 40

31 Disember 2006 21 Mac 2007 2007 – 1965 = 42

Amaun sumbangan yang dikenakan untuk sijil Takaful Keluarga

adalah berbeza-beza, bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

Page 369: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengiraan Sumbangan Takaful Keluarga 545

1. umur dan jantina pencadang;

2. keadaan kesihatan pencadang;

3. jenis sijil Takaful yang dikehendaki;

4. jumlah perlindungan;

5. tempoh perlindungan sijil;

6. mod/cara bayaran sumbangan.

C8.2 MENGGUNAKAN BUKU PENGKADARAN (RATE

BOOK) UNTUK MENGIRA SUMBANGAN

Sumbangan yang dikenakan untuk pelbagai jenis sijil dan tempoh

perlindungan diringkaskan dalam bentuk jadual buku kadar. Adalah

penting untuk diketahui bahawa kadar ini hanyalah untuk risiko biasa,

iaitu pencadang / peserta berada dalam keadaan kesihatan yang baik

mengikut spesifikasi proses pengunderaitan. Hayat yang terjejas atau

sub-standard mungkin tertakluk kepada sumbangan tambahan; dan

kadar sumbangan untuk kategori ini hanya diperolehi selepas butiran

pengunderaitan telah dilakukan.

Dalam seksyen ini, kita akan menunjukkan kaedah penggunaan buku

kadar bagi pengiraan sumbangan ansuran tahunan.

Jadual dibawah menunjukkan seksyen taburan sumbangan sijil

Takaful endowmen 25 tahun, untuk peserta lelaki, bagi setiap

RM1,000 jumlah perlindungan.

Umur

(Harijadi akan datang)

Sumbangan setiap RM1,000 jumlah

perlindungan

25 39.50

26 40.00

27 40.50

28 41.25

29 42.00

30 42.80

31 43.60

Kadar Sumbangan untuk Takaful Endowment 25 tahun, Risiko Lelaki

(Risiko Perempuan adalah 3 tahun lebih muda)

Page 370: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

546 Amalan Asas Takaful

Sekiranya Pengendali Takaful menyediakan diskaun untuk jumlah

perlindungan yang lebih besar, ia perlu diambil kira dalam pengiraan

kadar sumbangan. Satu keadaan yang biasa mungkin seperti yang

dicadangkan oleh jadual yang ditunjukkan di bawah:

Jumlah Perlindungan (RM) Diskaun setiap RM1,000

Jumlah Perlindungan

10,000 – 24,999 RM 1.00

25,000 – 39,999 RM 2.00

40,000 – 54,999 RM 3.00

55,000 – 69,999 RM 4.00

70,000 dan ke atas Sebut harga khas

Diskaun untuk Jumlah Perlindungan yang Lebih Besar: Takaful

Endowmen 25 tahun, Risiko Lelaki

Contoh 1:

Maklumat Peribadi Pencadang

Jantina : Lelaki

Tarikh lahir : 24 Oktober 1976

Tarikh Kuatkuasa : 18 Mac 2007

Maklumat Sijil

Jenis : Takaful Keluarga 25 tahun

Jumlah Perlindungan : RM5,000

PENGIRAAN

1) Tentukan umur harijadi akan datang:

Kita perlu mengira umur harijadi akan datang kerana kadar

sumbangan disediakan mengikut kaedah ini. (Lihat jadual di atas)

Tarikh harijadi akan datang yang hampir dengan 18 Mac 2007

ialah 24 Oktober 2007.

Umur harijadi akan datang = 31 tahun (iaitu 2007 – 1976)

Page 371: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengiraan Sumbangan Takaful Keluarga 547

2) Kadar Sumbangan Belum Dilaras untuk umur harijadi akan

datang 31 tahun = RM43.60 setiap RM1,000 jumlah

perlindungan.

Untuk jumlah perlindungan RM5,000, sumbangan yang

diperlukan ialah RM 5 x 43.60 = RM 218 setahun.

3) Menentukan kadar diskaun:

Tiada diskaun diberikan kerana jumlah perlindungan kurang dari

RM10,000 (lihat jadual di atas).

4) Sumbangan perlu dibayar

Sumbangan belum Dilaras = RM 218.00

tolak diskaun = 0____

Jumlah RM 218.00

=======

Contoh 2:

Maklumat Pencadang

Jantina : Wanita

Tarikh lahir : 24 Oktober 1976

Tarikh kuatkuasa : 18 Mac 2007

Maklumat sijil

Jenis : Takaful Keluarga 25 tahun

Jumlah Perlindungan : RM5,000

PENGIRAAN

1) Tentukan umur harijadi akan datang

Kita perlu mengira umur harijadi akan datang kerana kadar

sumbangan disediakan mengikut kaedah ini. (Lihat jadual di

atas)

Tarikh harijadi akan datang yang hampir dengan 18 Mac 2007

ialah 24 Oktober 2007.

Page 372: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

548 Amalan Asas Takaful

Umur harijadi akan datang = 31 tahun (iaitu 2007 – 1976)

Bagi tujuan pengiraan sumbangan, pencadang wanita ini

diandaikan berumur 28 tahun.

2) Kadar Sumbangan Belum Dilaras untuk umur harijadi akan

datang 28 tahun = RM41.25 setiap RM1,000 jumlah

perlindungan.

Untuk jumlah perlindungan RM5,000, sumbangan yang

diperlukan ialah RM 5 x 41.25 = RM 206.25 setahun.

3) Menentukan kadar diskaun

Tiada diskaun diberikan kerana jumlah perlindungan kurang dari

RM10,000 (lihat jadual di atas).

4) Sumbangan perlu dibayar

Sumbangan belum Dilaras = RM 206.25

Tolak diskaun = 0___

Jumlah RM 206.25

=======

Contoh 3:

Maklumat pencadang

Jantina : Lelaki

Tarikh lahir : 24 Mac 1978

Tarikh kuatkuasa : 18 Mac 2007

Maklumat sijil

Jenis : Takaful Keluarga 25 tahun

Jumlah Perlindungan : RM35,000

PENGIRAAN

1) Tentukan umur harijadi akan datang

Kita perlu mengira umur harijadi akan datang kerana kadar

sumbangan disediakan mengikut kaedah ini. (Lihat jadual di

atas)

Page 373: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pengiraan Sumbangan Takaful Keluarga 549

Tarikh harijadi akan datang yang hampir dengan 18 Mac 2007

ialah 24 Mac 2007.

Umur harijadi akan datang = 29 tahun (iaitu 2007 – 1978)

2) Kadar Sumbangan Belum Dilaras untuk umur harijadi akan

datang 29 tahun = RM42.00 setiap RM1, 000 jumlah

perlindungan.

Untuk jumlah perlindungan RM35,000, sumbangan yang

diperlukan ialah RM 35,000 x 42.00/1000 = RM 1,470 setahun.

3) Penentuan kadar diskaun

Kelayakan diskaun sebanyak RM2 bagi setiap RM1000 jumlah

perlindungan.

Amaun diskaun = RM35, 000 x RM2/RM1000 = RM 70

setahun.

4) Sumbangan perlu dibayar

Sumbangan Belum Dilaras = RM 1,470

tolak diskaun = 70

Jumlah RM 1,400

======

Pembayaran Sumbangan Lebih Kerap:

Sekiranya sumbangan yang perlu dibayar lebih kerap daripada

setahun, pelarasan selanjutnya akan dibuat sebelum tiba pada jumlah

caruman sebenar yang perlu bayar.

C8.3 PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Kebanyakan Pengendali Takaful membenarkan peserta membuat

pengeluaran sebahagian dibawah sijil Takaful Keluarga mereka,

tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tertentu. Amalan ini

agak serupa dengan insurans hayat konvensional, tetapi perbezaan

Page 374: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

550 Amalan Asas Takaful

utama ialah Pengendali Takaful tidak mengenakan faedah (interest)

atas ‘pinjaman’ yang diambil oleh peserta, kerana wang itu

sebenarnya milik peserta.

Oleh kerana sumbangan untuk Takaful Keluarga dibahagikan kepada

dua dana iaitu Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta, pengeluaran

sebahagian hanya dibenarkan dibawah Akaun Peserta sahaja dan

pengeluaran tidak boleh melebihi 50% dari jumlah amaun dalam

akaun ini. Peserta boleh memilih untuk membayar balik atau

sebaliknya untuk amaun yang telah dikeluarkan, tetapi pengiraan

pulangan pelaburan ke atas Akaun Peserta akan ditolak amaun yang

telah dikeluarkan.

Sekiranya sijil Takaful diserahkan kepada pengendali, semua jumlah

terkumpul di dalam Akaun Peserta sahaja hendaklah dibayar kepada

peserta. Pembayaran tidak melibatkan Akaun Khas Peserta kerana

peserta telah bersetuju untuk mendermakannya.

C8.4 PENGIRAAN NILAI SERAHAN

Sijil Takaful yang memperuntukkan hak memperolehi nilai serahan

biasanya akan menyertakan jadual kadar nilai tertentu. Ia akan

memudahkan proses pengiraan nilai serahan, iaitu setelah mengetahui

tempoh serahan sijil dibuat.

Walau bagaimanapun, apabila nilai serahan tidak ditetapkan terlebih

dahulu, pengiraan nilai-nilai ini memerlukan pertimbangan aktuari. Ia

adalah di luar skop buku ini untuk menangani isu-isu seperti ini.

Page 375: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 551

BAB C9

PERTIMBANGAN UTAMA DALAM PELAN

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN

PENDAHULUAN

Bakal peserta perlu menimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat

keputusan sama ada untuk mengambil bahagian dalam pelan Takaful

berkaitan pelaburan. Sebelum mereka membuat keputusan, mereka

perlu memahami dan mempertimbangkan objektif pelaburan mereka,

ciri-ciri produk, dana-dana yang sedia ada, risiko pelaburan, tempoh /

jangkamasa pelaburan, pencukaian dan prestasi pelaburan..

Dalam bab ini, kita akan meneliti setiap pertimbangan utama

pelaburan sebelum bakal peserta membuat keputusan untuk melabur /

mengambil bahagian dalam apa-apa pelan Takaful berkaitan

pelaburan.

C9.1 PENGENALAN

Adalah menjadi tanggungjawab ejen Takaful untuk menerangkan dan

mendidik pelanggan mengenai produk Takaful. Modul ini akan

membantu ejen-ejen Takaful memahami pengetahuan asas pelaburan

seperti bagaimana untuk melabur, apakah jenis pelaburan, bila dan

mengapa perlu melabur.

Pelanggan perlu mengkaji dan mempertimbangkan semua aspek

penting sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan.

Antara pertimbangan utama yang perlu diketahui dan difahami oleh

pelanggan ialah:

1. Objektif Pelaburan

2. Dana-dana yang sedia ada

3. Risiko atau Keselamatan

Page 376: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

552 Amalan Asas Takaful

4. Tempoh / jangkamasa Pelaburan

5. Aspek Percukaian

6. Prestasi Pelaburan

7. Kepelbagaian

C9.2 OBJEKTIF PELABURAN

Sebelum pelabur menentukan objektif pelaburan, ia perlu mengetahui

objektif pelaburan. Ia akan membantu pelabur memilih instrumen

pelaburan dan kelas asset yang sesuai.

Secara ringkasnya, tujuan utama pelaburan ialah untuk menghasilkan

dan memperolehi pertumbuhan modal, menyediakan sumber

pendapatan atau kedua-duanya. Terdapat pelaburan tertentu yang

memberi pulangan seperti yang dihajatkan. Sebagai contoh, seseorang

membeli hartanah kerana peningkatan modal, manakala sesetengah

orang membeli hartanah untuk tujuan sumber pendapatan.

Objektif pelaburan juga boleh berubah mengikut keadaan atau situasi

seseorang. Sebagai contoh pelaburan hartanah, ketika di usia muda

mereka membeli hartanah kerana mereka inginkan pelaburan yang

menjanjikan pertumbuhan modal. Kemudian, iaitu ketika zaman

persaraan, keperluan untuk mempunyai sumber pendapatan tetap

lebih penting dari pertumbuhan modal. Maka, pendapatan dari sewa

hartanah berkenaan menjadi objektif pelaburannya.

Sekiranya pelabur berminat dengan pelaburan dana terkumpul seperti

dana bersama atau dana Takaful berkait pelaburan, pelabur perlu

mengetahui tujuan atau objektif sebelum membuat pelaburan ke

atasnya. Sama seperti instrumen pelaburan lain atau kelas aset, dana

terkumpul boleh memberi pulangan / pertumbuhan modal

(terutamanya pelaburan ekuiti), memperolehi pendapatan (pelaburan

bon) atau kedua-duanya (dana terimbang).

Page 377: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 553

Tiga ciri-ciri asas objektif pelaburan ialah:

1. Keselamatan

Ia telah menjadi norma hidup manusia di mana pelabur akan

sentiasa mencari instrumen pelaburan yang paling selamat dengan

pulangan yang tinggi. Salah satu teori asas kewangan ialah

jangkaan pulangan dan risiko mempunyai korelasi / kaitan yang

positif. Dalam erti kata lain, risiko yang tinggi menjanjikan

pulangan yang tinggi.

2. Pendapatan

Tindakan melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti sukuk

atau akaun pelaburan am adalah untuk tujuan pendapatan kerana

ia menyediakan aliran pendapatan yang stabil. Walaupun sukuk

kadang-kadang didagangkan untuk pertumbuhan modal, tujuan

utama pelaburan masih lagi mengutamakan perolehan

pendapatan. Kelas aset atau instrumen pelaburan juga boleh

menyediakan pertumbuhan modal dan pendapatan pada masa

yang sama. Berdasarkan prinsip am pelaburan, instrumen

pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan modal dan peruntukan

pendapatan semakin berkurangan atau sukar ditemui.

3. Pertumbuhan

Pelaburan dalam pasaran saham secara amnya dilakukan untuk

memperolehi peningkatan modal dan walaupun ia juga boleh

memberi pendapatan melalui dividen, tujuan umum melabur

dalam pasaran saham adalah untuk menikmati pertumbuhan

modal.

4. Objektif Pelaburan Lain

a. Persaraan

b. Pendidikan anak-anak

c. Perubatan

Page 378: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

554 Amalan Asas Takaful

C9.3 KEBOLEHSEDIAAN MODAL

Melabur sejumlah kecil wang mungkin benar-benar memberi

keuntungan pada suatu hari kelak. Tetapi persoalannya ialah

bagaimana untuk mendapatkan wang atau modal dan melaburkannya.

Adalah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar seseorang

menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai baki pendapatan setiap

hujung bulan sebagai alasan untuk tidak melabur. Hakikatnya,

terdapat beberapa sumber dana yang boleh digunakan untuk tujuan

pelaburan.

1. Pendapatan

Pendapatan mungkin diperolehi dari upah, gaji, keuntungan,

bayaran dividen, sewa dan pendapatan-pendapatan lain yang

diterima dalam tempoh masa tertentu. Keupayaan untuk

mengenal pasti setiap pendapatan yang diterima, setiap sen yang

dibelanjakan dan ke mana wang tersebut dibelanjakan adalah

amat kritikal; lebih-lebih lagi jika kita merasakan yang kita tidak

mempunyai wang untuk dilaburkan.

Bajet yang betul akan membantu dalam perancangan sumber atau

dana untuk tujuan pelaburan.

2. Wang Tambahan

Ramai di antara kita mendapat wang tambahan dari semasa ke

semasa, termasuk pemberian hadiah wang ketika harijadi,

percutian, kerja lebih masa, bonus dan bayaran insentif. Wang

“durian runtuh” inilah yang akan menjadi sumber utama modal

pelaburan. Peruntukkan sekurang-kurangnya separuh daripada

wang “durian runtuh” tersebut dan depositkan ke akaun simpanan

atau akaun pelaburan. Oleh kerana bajet bulanan berdasarkan

sepenuhnya dari pendapatan tetap bulanan dan bukannya dari

wang tunai tambahan ini, maka ini adalah antara cara

menyediakan modal pelaburan yang tidak menyakitkan.

Page 379: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 555

3. “Bil” Pelaburan Anda

Anggaplah akaun pelaburan anda sebagai satu lagi bil yang perlu

dibayar setiap bulan. Tetapkan matlamat pelaburan bulanan yang

realistik, dan gunakan konsep ‘bayaran untuk diri sendiri’ dan

simpan wang tersebut setiap bulan. Tetapkan satu matlamat yang

realistik - mulakan pelaburan serendah RM50 sebulan. Apa yang

penting ialah untuk memulakannya dan mula menanamkan

disiplin fiskal yang diperlukan. Apabila anda baru bermula, di

mana untuk meletakkan dana pelaburan tidak penting kerana yang

lebih penting ialah hakikat bahawa kita berjaya menyimpan wang

secara konsisten.

C9.4 RISIKO ATAU KESELAMATAN

Disebabkan wujudnya perkaitan yang rapat antara risiko dan

pulangan, pelanggan perlu sedar toleransi risiko peribadi masing-

masing apabila memilih pelaburan untuk portfolio mereka. Bersedia

menghadapi risiko adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapat

keuntungan / pulangan. Oleh itu, jika pelanggan ingin mencari

keuntungan, dia tidak boleh menolak semua risiko. Matlamatnya ialah

untuk mencari keseimbangan - pelaburan yang menjana keuntungan

yang berpatutan dan pelanggan masih boleh tidur lena di waktu

malam. Sekiranya pelanggan ingin mendapat kadar pulangan yang

lebih tinggi, dia mesti bersedia untuk mengambil risiko yang lebih

tinggi juga.

C9.5 TEMPOH/JANGKAMASA PELABURAN

Tempoh / jangkamasa pelaburan merujuk kepada tempoh masa bagi

pelabur menyimpan pelaburan sekuriti atau portfolio pelaburannya.

Tempoh masa pelaburan ialah berapa lama pelabur perlu menunggu

sebelum boleh menjual pelaburannya. Ini merupakan suatu konsep

penting apabila pelabur cuba untuk memutuskan apakah bentuk

pelaburan yang sepatutnya ada dalam portfolionya. Prospek pelaburan

digunakan untuk menentukan keperluan pendapatan pelabur dan

Page 380: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

556 Amalan Asas Takaful

pendedahan risiko yang diingini, yang kemudiannya digunakan untuk

membantu dalam memilih sekuriti / pelaburan.

Pelabur yang tidak memerlukan wang dalam jangkamasa pendek

boleh memiliki portfolio pelaburan yang lebih berisiko berbanding

dengan seseorang yang memerlukan wang dalam jangkamasa pendek.

Oleh kerana tempoh pelaburan meningkat mengikut masa, ekuiti

mewakili risiko tinggi-pulangan terlaras berbanding dengan sekuriti

pendapatan tetap dan wang tunai. Untuk tempoh pelaburan jangka

pendek, ekuiti menjadi kelas aset yang lebih berisiko kerana ia

membawa tahap kemudahruapan yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, seorang profesional muda harus melabur dalam ekuiti

kerana tempoh masa yang ia ada mungkin 30 tahun atau lebih. Untuk

seseorang yang hampir bersara pula, pengekalan modal menjadi lebih

penting, dan oleh itu pelaburan pendapatan tetap adalah lebih sesuai.

Beberapa strategi dagangan, terutamanya yang berdasarkan analisis

teknikal, boleh menggunakan tempoh pelaburan hari, jam atau minit.

Secara amnya, tempoh masa dalam pelaburan mungkin bersifat

jangka pendek, sederhana atau jangka panjang. Berikut adalah

beberapa definisi umum mengenai tempoh masa pelaburan dan tahap

risiko yang wujud. Perlu diingat bahawa definisi di atas adalah tidak

standard dan dinyatakan secara sambil lalu sahaja.

1. Jangka Pendek

Jangka pendek sering ditakrifkan sebagai kurang daripada 3

tahun, dan mungkin tidak sesuai untuk saham, hartanah atau lain-

lain jenis pelaburan yang mempunyai tahap mudahruap yang

tinggi dan risiko yang besar kepada modal pelaburan. Dana sukuk

jangka pendek dan sijil deposit sering dinamakan sebagai pilihan

terbaik untuk pelabur jangka pendek.

Page 381: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 557

Pelabur biasanya tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan

wang mereka dan mereka mesti melabur dalam sekuriti yang

dijamin seperti akaun simpanan dividen- tinggi atau sijil deposit.

Dana jangka pendek perlu dilabur dalam pelaburan yang berisiko

sangat rendah seperti sijil deposit, simpanan sukuk dan sekuriti

Perbendaharaan. Pelabur boleh membina urutan bon supaya dana

matang setiap beberapa bulan, dan ia sentiasa tersedia bila

diperlukan atau dilaburkan semula dalam pasaran sukuk jangka

pendek yang lain.

Teknik ini juga mengambil kesempatan daripada kenaikan kadar

keuntungan. Apabila dana matang, ia dilaburkan semula dalam

sekuriti yang menjanjikan kadar pulangan yang lebih tinggi.

2. Jangka Sederhana

Tempoh masa untuk pelaburan jangka sederhana ini mungkin

dalam lingkungan 3-10 tahun. Pelaburan yang bergantung kepada

tempoh masa ini boleh dianggap sebagai berisiko rendah, sukuk

bertempoh sederhana atau stok dan bon pelbagai yang berwajaran

berat terhadap sukuk berisiko rendah.

Jenis pelaburan jangka sederhana ini menetapkan nisbah

campuran yang konservatif iaitu 70% sukuk dan 30% ekuiti.

3. Jangka Panjang

Ia adalah pelaburan untuk tempoh sepuluh tahun atau lebih, yang

membolehkan pelabur memilih untuk mendapatkan pulangan

yang berpotensi lebih tinggi dengan menanggung risiko yang

lebih. Saham dan hartanah boleh memberikan pulangan yang

tertinggi, dengan syarat pelabur selesa dengan risiko yang perlu

dihadapi.

Tempoh masa ini boleh meliputi pelaburan yang paling berisiko

tetapi perlu diingat bahawa pelaburan ekuiti mempunyai tempoh

Page 382: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

558 Amalan Asas Takaful

yang sangat panjang dengan pulangan yang rendah. Oleh itu,

pelabur dinasihatkan agar menyertakan pelaburan yang

mempunyai komponen pendapatan tetap, mungkin dengan nisbah

75% ekuiti dan 25% sukuk. Nisbah ini boleh diselaraskan jika

perlu untuk mencari keseimbangan dan ketenangan fikiran.

Modal yang diperuntukkan untuk matlamat jangka panjang harus

dilaburkan dalam sekuriti yang menawarkan kenaikan nilai modal

dan pertumbuhan. Stok menyediakan kedua-dua kriteria tersebut.

Pelabur yang inginkan pelaburan 'satu saiz sesuai untuk semua'

dinasihatkan membuat pertimbangan terhadap dana bersama

terimbang yang melabur dalam saham-saham, bon, dan pelaburan

tunai. Pengurus dana akan memutuskan peratusan pelaburan bagi

setiap kumpulan berdasarkan keadaan pasaran dan keadaan

ekonomi. Portfolio dana saham bersama atau ETF, dana

pertukaran dagangan, saham mewah, dana modal besar atau

sederhana dan dana antarabangsa. Pelaburan sukuk jangka pendek

dan sederhana juga patut diberi pertimbangan.

C9.6 ASPEK PENCUKAIAN

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pelanggan ialah aspek

pencukaian. Ini adalah kerana jenis pelaburan yang berbeza akan

menerima layanan pencukaian yang berbeza juga. Adalah penting

bagi pelanggan untuk mengetahui aspek-aspek pencukaian bagi

pelaburan yang berbeza sebelum dia membuat apa-apa keputusan

mengenai pelaburan.

C9.7 PRESTASI PELABURAN

Prestasi pelaburan ialah pulangan ke atas portfolio pelaburan.

Portfolio pelaburan boleh mengandungi satu jenis aset atau pelbagai

aset. Prestasi pelaburan diukur dalam tempoh masa yang tertentu dan

dalam mata wang tertentu. Pelabur sering membezakan jenis

pulangan.

Page 383: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Pertimbangan Utama dalam Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 559

Terdapat perbezaan di antara jumlah pulangan dan pulangan harga, di

mana jumlah pulangan mengambilkira pendapatan (faedah dan

dividen), manakala pulangan harga hanya mengambil kira

peningkatan modal.

Perbezaan lain adalah antara pulangan bersih dan pulangan kasar.

Pulangan bersih yang betul-betul ‘tulen’ untuk pelabur ialah pulangan

bersih semua yuran, perbelanjaan dan cukai diambilkira, manakala

pulangan kasar yang ‘tulen’ ialah pulangan sebelum semua yuran,

perbelanjaan, dan cukai. Pelbagai variasi timbul mengenai perbezaan

di atas. Apakah bentuk pulangan yang diingini bergantung kepada

kaedah penilaian yang digunakan. Sebagai contoh, jika seseorang

ingin mengikut keupayaan pengurus pelaburan untuk menambah nilai

pelaburan, maka pulangan selepas ditolak perbelanjaan urus niaga;

tetapi pulangan kasar yang meliputi semua yuran, perbelanjaan dan

cukai adalah satu langkah yang sesuai untuk diambil kira kerana

yuran, perbelanjaan dan cukai-cukai lain (selain dari perbelanjaan

urus niaga) adalah di luar kawalan pengurus pelaburan.

Satu lagi perbezaan yang ketara ialah perbezaan diantara pulangan

berwajaran wang dan pulangan berwajaran masa. Pulangan

berwajaran wang lebih sesuai sekiranya pengurus menentukan

tempoh masa aliran tunai masuk atau aliran tunai keluar daripada

portfolio. Sementara pulangan berwajaran masa lebih sesuai

sekiranya pengurus tidak dipertanggungjawabkan untuk menentukan

tempoh masa aliran tunai masuk ke portfolio dan aliran tunai keluar

dari portfolio.

Prestasi pelaburan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

1. Keadaan ekonomi negara

2. Keadaan ekonomi serantau dan global

3. Kecekapan dan keupayaan pengurus dana

4. Tahap kos syarikat yang dilaburkan

5. Pencapaian masa lalu

6. Sejarah syarikat yang dilaburkan

7. Kitaran hayat pelaburan

Page 384: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

560 Amalan Asas Takaful

C9.8 KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian pelaburan didefinisikan sebagai proses melabur di

dalam:

a. Kelas aset - saham, sukuk dan tunai secara amnya tidak

mempunyai kaitan atau korelasi antara satu sama lain, oleh itu

memiliki beberapa unit pelaburan dalam setiap kelas aset akan

membantu mempelbagaikan portfolio pelaburan.

b. Industri - Jika anda memiliki saham secara langsung atau dalam

dana unit amanah, pastikan ada kombinasi yang mencukupi

daripada industri yang berbeza.

c. Negara - Kebanyakan pelabur cenderung untuk memiliki ekuiti

yang terlalu banyak di negara asal mereka dan ini akan

mengurangkan kemampuan untuk mempelbagaikan pelaburan

mereka.

Ia juga bermaksud pelabur perlu membuat pelaburan yang tidak

tertumpu hanya kepada sesebuah syarikat, industri, negara dan juga

kelas aset.

Pepatah ada mengatakan, “Jangan letakkan semua telur anda dalam

satu bakul”. Prinsip yang sama terpakai untuk melabur - meletakkan

pelaburan ke dalam bakul yang berbeza. Jika sesetengah daripada

bakul pelaburan tersebut gagal, maka kerugian masih boleh dikawal.

Biasanya wujud kecenderungan untuk meletakkan peratusan besar

portfolio ke dalam satu saham atau jenis pelaburan diyakini akan

berjaya, tetapi apa yang akan berlaku jika kita tersalah pilih?

Pelaburan akan lenyap kesemuanya! Mempelbagaikan pelaburan ke

dalam kelas aset yang berbeza, industri, negara dan juga mata wang

akan membantu melindungi dari mengalami kerugian besar.

Page 385: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 561

BAB C10

JENIS-JENIS DANA TAKAFUL

BERKAITAN PELABURAN

(INVESTMENT LINK TAKAFUL PLAN-ILTP)

PENGENALAN

Terdapat pelbagai pilihan entiti pelaburan yang terdapat dipasaran di

Malaysia untuk dijadikan pilihan. Perkembangan pesat dalam industri

kewangan sejak 15 tahun yang lalu telah menyaksikan perkembangan

dan kemunculan produk baru yang inovatif terutamanya dalam

industri kewangan Islam. Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan

untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi kewangan Islam.

Dalam bab ini, kita akan membincangkan pelbagai bentuk pelaburan

yang ditawarkan kepada pelabur individu.

C10.1 PILIHAN PELABURAN

1. Tunai dan Deposit

Istilah tunai dan deposit merujuk kepada semua instrumen

kecairan yang tiada atau terdapat sedikit unsur risiko yang boleh

mengakibatkan kehilangan modal pelaburan. Tunai dan deposit

adalah salah satu kaedah pembiayaan pelaburan. Ia termasuk

perkara-perkara berikut:

a. Terbitan Pelaburan Kerajaan

Terbitan Pelaburan Kerajaan (Government Investment Issue -

GII) adalah instrumen hutang boleh niaga versi Islam yang

diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengumpul dana

dari pasaran modal domestik bagi membiayai perbelanjaan

pembangunan kerajaan dan modal kerja. Bank pusat, Bank

Page 386: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

562 Amalan Asas Takaful

Negara Malaysia dalam peranannya sebagai jurubank dan

penasihat kepada Kerajaan, akan memberi nasihat mengenai

butir-butir sekuriti Kerajaan dan bertindak memudahkan

proses penerbitan melalui pelbagai infrastruktur pasaran yang

ia memiliki dan mengendalikannya.

GII diterbitkan bagi membenarkan institusi kewangan Islam

seperti bank-bank Islam dan pengendali Takaful memegang

bil kecairan yang memenuhi keperluan statutori mudah tunai.

Penerbitan bil ini juga membolehkan mereka menggunakan

dana kecairan untuk melabur dalam instrumen yang

dikeluarkan berdasarkan prinsip Syari’ah kerana mereka tidak

boleh untuk membeli atau membuat urus niaga dalam

Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Rang Undang-Undang

Perbendaharaan Malaysia (MTB) atau instrument-instrumen

lain yang mempunyai unsur faedah.

Ia adalah jenis pelaburan yang selamat dan dianggap sebagai

tiada risiko, melainkan jika sekiranya keadaan politik negara

menjadi tidak stabil.

b. Akaun Bank

Akaun bank Islam termasuk akaun pelaburan am, akaun

semasa, akaun simpanan, akaun pelaburan dan akaun luar

pesisir. Kadar keuntungan akaun-akaun ini biasanya rendah

dan tidak melindungi pelaburan terhadap inflasi.

i. Akaun Pelaburan Am (General Investment Account -

GIA)

GIA merujuk kepada sejumlah wang yang disimpan

dengan bank dan keuntungan akan dibayar pada tarikh

bayaran interim keuntungan / pada tempoh matang (yang

mana berkenaan). Jumlah keuntungan sebenar hanya

akan diketahui pada tarikh matang berdasarkan pulangan

Page 387: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 563

kasar semasa untuk nisbah perkongsian keuntungan

dipersetujui.

ii. Akaun Semasa

Bank menawarkan kemudahan akaun semasa untuk

jagaan selamat wang pendeposit. Kemudahan ini, yang

berdasarkan kontrak wadi’ah membolehkan pendeposit

merancang perbelanjaan bulanan dan membolehkan

mereka menguruskan keperluan kewangan tanpa

melibatkan wang tunai.

iii. Akaun Simpanan

Akaun Simpanan ialah kemudahan deposit yang

ditawarkan oleh bank berdasarkan sama ada kontrak

wadi’ah atau kontrak mudarabah. Akaun simpanan

berdasarkan wadi’ah akan membayar hibah, sementara

akaun simpanan berdasarkan mudharabah akan

membayar keuntungan berdasarkan nisbah yang telah

ditetapkan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan akaun bank

ialah:

i. dana sedia ada

ii. prospek pelaburan, iaitu berapa lama pelabur perlu

menyimpan dana dalam akaun berkenaan.

iii. samada pengeluaran tunai dibenarkan.

iv. situasi ekonomi semasa.

2. Sukuk

Perkataan “sukuk” adalah jamak kepada “sakk”, perkataan Arab

yang bermaksud “sijil”. Sukuk adalah sijil amanah untuk

pemilikan sesuatu aset, atau sijil usufruk. Ia biasanya merujuk

dan mempunyai persamaan dengan bon Islam. Walau

Page 388: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

564 Amalan Asas Takaful

bagaimanapun, ia berbeza daripada bon konvensional kerana ia

tidak membayar faedah kerana ia tidak dibenarkan dalam Islam.

Sekuriti Sukuk distrukturkan untuk mematuhi prinsip-prinsip

Syari’ah dan pelaburan. Aset kewangan yang mematuhi undang-

undang Syari’ah boleh dikelaskan mengikut kebolehdagangan

atau tidak boleh didagangkan dalam pasaran sekunder.

Proses penelitian aset konvensional digunakan dalam

penstrukturan sukuk di mana SPV diwujudkan untuk tujuan ini.

SPV (entiti yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu) akan

mengambil alih aset-aset yang akan disandarkan melalui sukuk

dan untuk menerbitkan tuntutan kewangan ke atas aset-aset

sepanjang tempoh yang ditakrifkan dibawah sukuk. Cagaran aset

mestilah mematuhi keperluan Syari’ah. Pulangan sukuk terikat

kepada aliran tunai yang dijana oleh aset yang dipegang dalam

SPV. Aliran tunai boleh dalam bentuk keuntungan dari jualan,

keuntungan daripada sewa, atau gabungan kedua-duanya.

Terbitan sukuk boleh distrukturkan dalam pelbagai cara. Ia boleh

menawarkan pilihan pendapatan samada secara tetap atau boleh

ubah.

a. Sukuk adalah berdasarkan konsep jualan spot (salam) atau

bayaran tertunda (bai’ al-mu’ajjal) dan / atau atau penjualan

penghantaran tertunda (bai’ al-salam).

Sekuriti ini biasanya diterbitkan untuk jangka pendek,

tempoh antara tiga bulan ke satu tahun, dan digunakan untuk

membiayai perdagangan komoditi. Sukuk yang berasaskan

konsep ini mesti disimpan sehingga matang kerana dagangan

sukuk ini dalam pasaran sekunder melibatkan riba, oleh itu, ia

adalah dilarang.

b. Sukuk berasaskan konsep ijarah

Gabungan bayaran sewa dan modal asal dari aliran tunai yang

dihasilkan oleh perjanjian pajakan-dan-pembelian balik

Page 389: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 565

adalah dagangan melalui pelabur. Sukuk berasaskan Ijarah

mempunyai tempoh matang jangka sederhana dan

jangkapanjang, mempunyai opsyen jual dan boleh diniagakan

dalam pasaran sekunder.

Sukuk boleh diterbitkan oleh pihak kerajaan dan juga syarikat

swasta. Dalam sukuk korporat, pulangan yang ditawarkan

biasanya lebih tinggi dari sukuk kerajaan. Walau

bagaimanapun, pulangan yang tinggi membawa risiko yang

tinggi juga.

Mengikut perspektif Syari’ah, sijil hutang tidak boleh

didagangkan (timbul pendapat yang berbeza mengenai hal ini

di Malaysia).

Struktur yang paling diterima dan boleh diniagakan adalah

Sukuk al-Ijarah. Dari perspektif Islam, sijil hutang hanya

boleh dibeli sebelum pembiayaan berlaku dan kemudian

disimpan sehingga tarikh matang, yang dianggap kritikal

untuk dagangan hutang pada nilai pasaran yang mengandungi

unsur riba yang dilarang. Oleh kerana Syari’ah berpendapat

wang merupakan alat pengukur nilai, bukan aset itu sendiri, ia

menekankan bahawa seseorang itu tidak seharusnya

menerima pendapatan daripada wang (atau apa-apa yang

mempunyai kaitan dengan wang) semata-mata. Penjanaan

wang dari wang “riba” adalah haram.

Dengan sukuk, kita perlu menilai risiko yang berkaitan

dengan terbitan tertentu, bukannya syarikat itu sendiri,

dengan melihat pada keupayaan penerbit membayar

hutangnya iaitu membuat pembayaran pendapatan apabila

tiba masanya dan membayar balik modal pada tarikh matang.

Sukuk mempunyai keutamaan yang lebih tinggi berbanding

dengan mana-mana ekuiti penggulungan. Sekiranya

pembayaran sukuk menghadapi kesukaran, maka syarikat

Page 390: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

566 Amalan Asas Takaful

juga akan menghadapi masalah secara keseluruhan, dan

menimbulkan masaalah kepada pemegang saham ekuiti juga.

Kebaikan dan Keburukan

Ia menyediakan aliran pendapatan tetap kepada pelabur.

Sekiranya ia sukuk kerajaan, risikonya hampir-hampir tiada

dan ia dianggap pelaburan yang paling selamat.

Walau bagaimanapun, keburukan sukuk kerajaan ialah

pulangan yang ditawarkan lebih rendah dari kadar inflasi dan

oleh itu ia memburukkan rekod pelaburan.

3. Saham dan Pelaburan

Saham, yang juga dikenali sebagai stok atau ekuiti merupakan

unit pelaburan dalam syarikat-syarikat individu. ia mempunyai

nilai nominal, misalnya RM1.00, yang mana apabila didarabkan

dengan jumlah saham yang diterbitkan, ia akan membentuk

jumlah modal saham yang dikeluarkan. Nilai nominal tidak

mempunyai persamaan dengan harga pasaran yang sentiasa turun

naik mengikut prinsip permintaan dan penawaran, yang didorong

oleh daya tarikan syarikat dan prestasi perniagaannya.

Ekuiti Islam adalah saham syarikat-syarikat halal iaitu sekuriti

syarikat yang beroperasi dalam aktiviti-aktiviti yang dibenarkan

di bawah prinsip Syari’ah, diluluskan dan dikaji semula secara

berkala oleh para ulama’ Syari’ah melalui proses yang dikenali

sebagai pemeriksaan saham Islam. Bagi syarikat yang boleh

dikatakan halal, majoriti perolehan mestilah terutamanya yang

diperolehi dari aktiviti-aktiviti selain daripada perdagangan

alkohol, senjata api, tembakau, daging babi, pornografi, perjudian

atau keuntungan yang dikaitkan dengan mengenakan kadar

faedah ke atas pinjaman. Penentuan pematuhan Syari’ah terletak

ditangan penghakiman ulama’ Islam.

Page 391: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 567

Melalui pemilikan stok dan saham, ia memungkinkan para

pelabur mengumpulkan kekayaan melalui tiga cara yang berbeza:

menerima pendapatan dari bayaran dividen

menikmati pertumbuhan nilai dan menjualkannya ketika

harga tinggi

mempunyai kombinasi kedua-dua di atas, dan membentuk

keseimbangan.

Saham menawarkan pelbagai pilihan seperti banyaknya usahawan

dan syarikat-syarikat yang cuba untuk membuat keuntungan

dalam sistem ekonomi. Terdapat beribu-ribu syarikat di pasaran

di Malaysia, dan juga yang disenaraikan di pasaran asing

(penyenaraian berganda). Keseluruhan spektrum membawa

kemungkinan pelaburan kepada pelabur - berisiko tinggi, saham

pertumbuhan tinggi dan syarikat saham mewah.

Saham-saham ditawarkan melalui pelbagai cara yang berbeza,

anda boleh membeli saham dalam syarikat individu, membentuk

portfolio pelaburan anda sendiri atau membeli saham melalui

skim kolektif seperti dana atau amanah pelaburan.

a. Saham Biasa

Saham biasa mencerminkan hak pemilikan keatas sesebuah

syarikat. Saham biasa boleh memberi faedah yang banyak,

seperti hak mengundi dan pembayaran dividen. Setiap saham

biasa yang dimiliki memberikan hak kepada pembeli untuk

satu undi mengenai isu-isu tertentu dalam syarikat. Lembaga

pengarah syarikat akan memutuskan jumlah dividen yang

akan dibayar, dan jumlah ini akan berbeza-beza dari tahun ke

tahun. Pemegang saham biasa berada disenarai terakhir

menerima dividen selepas semua pemberi hutang dan

pemegang saham terpilih; yang bermaksud bahawa mereka

(pemegang saham biasa) akan mendapat bayaran dividen

selepas semua yang lain telah dibayar.

Page 392: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

568 Amalan Asas Takaful

Kebaikan dan Keburukan

Kelebihan saham biasa ialah pemegang saham biasa

mempunyai hak untuk mengundi dan memilih lembaga

pengarah. Walau bagaimanapun, kekurangan saham biasa

ialah bayaran dividen tidak dijamin.

b. Saham Utama

Seperti saham biasa, saham utama memberikan hak

pemilikan sebahagian daripada sebuah syarikat.

Perbezaannya pula ialah saham utama dibayar dividen tetap,

iaitu sebelum pembayaran dividen kepada pemilik-pemilik

saham biasa. Kekangan yang timbul ialah saham utama tidak

memberikan hak mengundi dan kurang peningkatan nilai

saham.

Kebaikan dan Keburukan

Pemegang saham utama diberi keutamaan dalam pengagihan

pendapatan berbanding dengan pemegang saham biasa. Oleh

itu, ia adalah satu pelaburan yang kurang berisiko dengan

harga pasaran yang stabil. Walau bagaimanapun, pemegang

saham utama tidak mempunyai hak untuk mengundi dan

memilih lembaga pengarah.

4. Unit Amanah

Dana seperti Unit Amanah yang disebut sebagai pelaburan

‘kolektif’ atau ‘terkumpul’. Ia merupakan kaedah pelaburan yang

terdiri daripada pelbagai jenis pelaburan yang dipilih oleh

pengurus dana. Ia adalah sama dengan unit amanah konvensional,

kecuali unit amanah Islam melabur hanya dalam sekuriti yang

mematuhi Syari’ah. Pengurus unit amanah memberikan

keutamaan kepada sekuriti (saham atau bon) bank-bank Islam dan

institusi kewangan, sekuriti syarikat-syarikat yang dikendalikan

Page 393: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 569

selaras dengan prinsip-prinsip Islam, dan sekuriti yang termasuk

dalam indeks ekuiti Islam.

Kontrak yang mengawal pertukaran unit antara pengurus unit

amanah dan pelabur biasanya mematuhi prinsip bai’ al-naqdi

(membeli dan menjual secara tunai). Apabila pelabur membeli

unit amanah, pelabur sebenarnya berkongsi pro rata dengan

pelabur-pelabur lain dalam pemilikan aset-aset yang dipegang

oleh amanah itu. Pengurus menerima yuran pengurusan di bawah

konsep ujrah (yuran) untuk menguruskan unit amanah.

Sebab-sebab utama melabur dalam dana unit amanah:

Dana dapat membantu mengurangkan tahap risiko yang

dihadapi oleh pelabur.

Dana boleh mengurangkan kos membentuk portfolio

pelaburan yang pelbagai.

Dana membantu mengurangkan keperluan untuk memilih dan

mengurus sendiri pelaburan.

Kebaikan dan Keburukan

Kebaikan unit amanah ialah:

a. Pengurusan dana dikendalikan oleh para pakar yang mahir

dalam pelbagai aspek pelaburan dan pengurusan dana.

b. Pelabur mempunyai fleksibiliti untuk memilih dari pelbagai

dana unit amanah yang berada dipasaran. Modal dari para

pelabur akan dikumpulkan (pool) dan ini memudahkan

pengurus dana untuk membuat pelaburan, berbanding dengan

melabur secara individu. Ia juga memungkinkan kepada

pembentukan kepelbagaian portfolio dalam dana dan risiko.

c. Ia menyediakan ‘ekonomi berskala besar’ dimana ia mampu

mengurangkan kos transaksi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kos yang perlu

ditanggung, berbanding dengan pelabur individu.

Page 394: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

570 Amalan Asas Takaful

5. Hartanah

Melabur dalam pasaran hartanah melibatkan pembelian,

pemilikan, pengurusan, sewa dan / atau penjualan hartanah atau

keuntungan. Pelabur membeli hartanah dengan niat untuk

memperolehi pendapatan daripadanya, sama ada melalui

penjualan atau pendapatan melalui sewa. Hartanah biasanya

meliputi bangunan pejabat, kompleks membeli-belah, bangunan

kediaman, dan sebagainya.

Hartanah adalah satu bentuk aset dengan mudah tunai atau

kecairan yang agak terhad berbanding dengan pelaburan lain. Ia

juga merupakan pelaburan yang memerlukan modal yang tinggi

serta aliran tunai yang juga tinggi.

Selain daripada pelaburan dalam bentuk asal harta tanah, pelabur

juga boleh melabur dalam bentuk baru pelaburan hartanah iaitu

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT).

Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs)

I-REIT adalah sama kepada REIT konvensional. Ia biasanya

distrukturkan sebagai amanah harta, kecuali ia mesti memegang

pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syari’ah. Ia

menggunakan pembiayaan pajakan (ijarah) sebagai ganti

pembelian terus harta. Ia melabur terutamanya dalam hartanah

fizikal, tetapi ia juga boleh memegang jenis lain pelaburan seperti

sukuk, syarikat swasta terkemuka yang aset utamanya terdiri

daripada hartanah, sekuriti hartanah dan bukan hartanah yang

mematuhi Syari’ah, lain-lain unit I-REITS, deposit jangka pendek

patuh Syari’ah dan tunai.

I-REIT boleh dimiliki secara awam atau persendirian. REIT

awam boleh disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur yang akan

menyediakan pelabur kemudahan jual beli seperti pelaburan

ekuiti.

Page 395: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 571

Kebaikan dan Keburukan

Terdapat banyak kebaikan dalam pelaburan hartanah, iaitu:

a. Hartanah adalah satu pelaburan yang boleh memberi anda

pendapatan berterusan untuk sepanjang hayat. Jika pelabur

membeli hartanah dan menyewakan harta tersebut, ia boleh

memberikan aliran pendapatan yang berterusan sepanjang

hayat.

b. Satu lagi kelebihan melabur dalam hartanah adalah pelabur

boleh menggunakan banyak pilihan untuk memperolehinya.

Terdapat banyak cara pelabur boleh membeli hartanah tanpa

menggunakan wang sendiri. Salah satu cara untuk berbuat

demikian ialah melalui pembiayaan. Pembiayaan penjual

ialah apabila pelabur membayar wang pendahuluan secara

ansuran kepada penjual dan baki belian dijelaskan oleh pihak

bank.

c. Pelaburan hartanah mempunyai nilai dalaman atau intrinsik.

Saham biasa yang dibeli oleh pelabur boleh kehilangan 99%

daripada nilainya tetapi ia adalah hampir mustahil untuk

membeli saham hartanah yang kehilangan 99% daripada

nilainya.

Walau bagaimanapun, pelaburan hartanah juga ada

keburukannya:

a. Sekiranya kita membeli hartanah dan tidak mampu membuat

bayaran balik pinjaman, harta berkenaan mungkin akan

dirampas dan kemampuan kredit akan terjejas.

b. Terpaksa bergantung kepada ramai orang. Sekiranya penyewa

gagal membayar sewa bulanan, deposit sewa terpaksa

digunakan dan kemungkinan akhirnya ia boleh menjejaskan

keuntungan yang sepatutnya diperolehi.

c. Kos menyelenggara dan membaiki hartanah yang agak tinggi.

Apabila telah selesai membaiki bahagian tertentu pada

hartanah berkenaan maka tidak lama selepas itu terdapat

bahagian lain pula yang harus dibaiki.

Page 396: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

572 Amalan Asas Takaful

6. Derivatif

Ia adalah satu instrumen kewangan dimana nilainya berkait rapat

dengan harga sebenar instrumen berkenaan dipasaran tunai,

biasanya ia dalam bentuk kontrak di mana pelabur berjanji untuk

menghantar atau mengambil penghantaran sesuatu aset pada

tarikh tertentu dan pada harga tertentu. Derivatif konvensional

termasuk panggilan dan opsyen jual, niaga hadapan, forwards dan

pertukaran serta digunakan untuk lindung nilai, arbitraj dan

spekulasi.

Walau bagaimanapun, selaras dengan undang-undang Syari’ah

yang melarang penggunaan spekulasi atau judi (maisir),

cendekiawan Islam membenarkan derivatif untuk tujuan

perlindungan nilai dan arbitraj. Ia juga mesti mengelakkan riba

(faedah) dan gharar (ketidakpastian). Derivatif Islam berdasarkan

kontrak yang disokong oleh prinsip-prinsip bai’ al-salam, bai’ al-

istisna', atau ‘urbun.

Produk derivatif Islam termasuk:

a. Deposit Murabahah Berstruktur

Secara harfiah, Murabahah bermakna campuran kos atau

jualan harga tambahan. Kontrak Murabahah boleh digunakan

untuk “pembentukan wang tunai” untuk tujuan pelaburan atau

pembiayaan. Untuk produk deposit menggunakan

Murabahah, konsep berikut:

i. Bai’ al-Inah yang melibatkan pembelian dan penjualan

aset di antara dua (2) pihak.

ii. Kontrak Murabahah komoditi atau Tawwaruq yang

melibatkan pembelian dan penjualan komoditi seperti

minyak sawit, logam dan sebagainya, tetapi urus niaga

biasanya melibatkan tiga (3) atau empat (4) pihak.

Page 397: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 573

Di bawah konsep Tawarruq, aset sandaran ialah komoditi

seperti minyak sawit atau logam. Beberapa bank

menggunakan stok seperti produk bijih timah halal yang

mudah untuk dikenalpasti dan disentuh. Pada asasnya, ia

adalah jualan barang tertentu, melalui pertukaran, harga

berdasarkan kos campur keuntungan.

Perlu diambil perhatian bahawa Deposit Murabahah

Komoditi adalah produk yang memberikan pelabur kadar

pulangan yang telah ditetapkan terlebih dahulu (berbeza

tetapi mempunyai persamaan dengan FD konvensional)

melalui pembelian dan penjualan komoditi sebagai urus niaga

asas.

b. Pasaran Pertukaran Islam

Pasaran Pertukaran (swap) Islam adalah sebahagian dari

keseluruhan pasaran derivatif Islam. Swap adalah instrumen

derivatif yang digunakan untuk memindahkan risiko. Ia

adalah derivatif di mana pihak-pihak berkenaan membuat

pertukaran manfaat tertentu atas instrumen kewangan satu

pihak ke instrumen kewangan pihak yang lain. Dua struktur

utama pertukaran Islam ialah pertukaran kadar keuntungan

iaitu kadar keuntungan yang serupa dengan pertukaran kadar

faedah konvensional, dan pertukaran mata wang bersilang.

i. Pertukaran Kadar Keuntungan

Swap adalah satu perjanjian pertukaran kadar keuntungan

tetap kepada kadar keuntungan terapung di antara dua

pihak dan dilaksanakan melalui pelaksanaan satu siri

cagaran kontrak dagangan aset tertentu di bawah prinsip

Syari’ah. Ia sama ada boleh menggunakan konsep bai’

bithaman, murabahah atau wa’ad.

Instrumen tersebut digunakan sebagai lindung nilai

terhadap turun naik dalam kadar pinjaman.

Page 398: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

574 Amalan Asas Takaful

ii. Pertukaran Matawang Bersilang

Pertukaran Mata Wang Bersilang Islam ialah perjanjian

antara dua pihak untuk bertukar-tukar satu siri

pembayaran keuntungan dan / atau modal yang

dinyatakan dalam satu mata wang kepada siri

pembayaran keuntungan dan / atau modal yang lain

dalam denominasi mata wang lain, berdasarkan jumlah

pokok dan tempoh yang dipersetujui. Perkiraan

menggunakan transaksi komoditi murabahah sebagai urus

niaga asas. Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk

menjual aset patuh Syari’ah antara satu sama lain untuk

penghantaran serta-merta, tetapi menggunakan kaedah

pembayaran tertunda dalam mata wang yang berbeza.

Ia adalah suatu cara dimana pelabur boleh memindahkan

risiko turun naik mata wang yang wujud dalam pelaburan

atau inventori mereka.

c. Opsyen

Opsyen ialah derivatif kewangan yang mewakili kontrak yang

dijual oleh satu pihak (penerbit opsyen) kepada pihak lain

(pemegang opsyen). Ia adalah suatu kontrak kewangan yang

menawarkan pembeli hak, tetapi bukan kewajipan, untuk

membeli (panggilan) atau menjual (meletakkan) sekuriti atau

aset kewangan lain pada harga yang dipersetujui (harga

strike) dalam tempoh masa tertentu atau pada tarikh tertentu

(tarikh melaksanakan hak). Opsyen panggilan adalah hak

untuk membeli sesuatu pada harga yang tertentu dan pembeli

mengharapkan harga akan naik. Opsyen jual memberikan

pilihan untuk menjual pada harga tertentu, dan pembeli

mengharapkan harga saham akan jatuh.

Opsyen biasanya boleh dijual oleh pembeli asal kepada pihak

lain. Ia boleh diwujudkan dalam bentuk yang seragam dan

didagangkan di kalangan orang awam di bursa opsyen atau

Page 399: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 575

disesuaikan dengan kemahuan pembeli, biasanya oleh

sesebuah bank pelaburan.

Harga opsyen diperolehi daripada perbezaan diantara harga

rujukan dan nilai aset asas (biasanya saham, sukuk, mata

wang atau kontrak niaga hadapan) ditambah dengan premium

yang berdasarkan baki masa sehingga tamat tempoh opsyen.

Harga rujukan di mana aset asas boleh diniagakan dipanggil

harga ‘strike’ atau harga ketika melaksanakan hak. Proses

mengaktifkan opsyen dan dengan itu dagangan asas pada

harga yang dipersetujui adalah dirujuk sebagai melaksanakan

hak. Kebanyakan opsyen mempunyai tarikh tamat tempoh.

Jika opsyen tidak dilaksanakan, sebelum tarikh tamat tempoh,

ia menjadi tidak sah dan tidak bernilai.

Kebaikan dan Keburukan

Kelebihan opsyen ialah ia boleh digunakan dalam pelbagai

strategi, dari konservatif kepada yang berisiko tinggi, dan

boleh disesuaikan dengan jangkaan yang lebih daripada

hanya "saham akan naik" atau "saham akan turun." Pelabur

boleh mendapat kepelbagaian dalam saham tanpa melakukan

dagangan. Risiko adalah terhad kepada premium opsyen

(kecuali apabila membeli opsyen untuk sekuriti yang belum

dimiliki). Opsyen juga membolehkan pelabur melindungi

kedudukan mereka terhadap turun naik harga apabila ia tidak

wajar untuk mengubah asas pelaburan.

Walau bagaimanapun, keburukan opsyen ialah kos dagangan

opsyen (termasuk kedua-dua komisen dan tawaran) adalah

lebih tinggi berdasarkan peratusan daripada dagangan saham

bercagar, dan kos ini secara drastik boleh menghapuskan

keuntungan. Dengan kepelbagaian harga strike,

sesetengahnya akan mengalami masaalah kecairan yang

sehingga menjadikan dagangan begitu sukar. Opsyen juga

sangat kompleks dan memerlukan banyak pemerhatian dan

penyelenggaraan.

Page 400: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

576 Amalan Asas Takaful

d. Waran

Waran ialah pilihan yang diberikan kepada pemegang saham

untuk membeli jumlah saham yang telah ditentukan

jumlahnya terlebih dahulu pada harga yang ditentukan.

Waran mungkin berbentuk boleh dipisahkan atau tidak boleh

dipisahkan. Waran boleh dipisahkan boleh dijual secara

berasingan daripada bon yang dikaitkan dengannya. Oleh itu,

pemegang saham boleh menjual waran tetapi tidak menebus

bon.

Untuk mendapatkan saham biasa, waran hendaklah

diserahkan bersama-sama dengan bayaran wang tunai yang

dipanggil ‘harga perlaksanaan’. Walaupun waran biasanya

matang pada tarikh yang ditetapkan, ada waran yang kekal

selama-lamanya. Pemegang waran boleh melaksanakan

haknya dengan membeli saham, menjual di pasaran kepada

pelabur-pelabur lain, atau terus memegang waran tersebut.

Syarikat tidak boleh memaksa pelabur melaksanakan

warannya. Sekiranya perlu, syarikat mungkin mempunyai

harga perlaksanaan perubahan waran dari masa ke masa

(contohnya, peningkatan setiap tahun). Jika pecahan saham

atau dividen saham diterbitkan sebelum waran itu

dilaksanakan, harga opsyen waran itu akan diselaraskan.

Kebaikan dan Keburukan

Waran membolehkan penerbitan hutang pada kadar

keuntungan yang rendah. Ia boleh digunakan sebagai ‘pelaris’

untuk terbitan hutang atau saham utama. Selain dari itu, ia

membolehkan pembiayaan seimbang antara hutang dan

ekuiti.

Keburukan menerbitkan waran ialah apabila hak

melaksanakan waran digunakan, ia akan menyebabkan

pencairan saham biasa yang seterusnya merendahkan harga

pasaran saham.

Page 401: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 577

e. Dana Tukaran Dagangan Islam

Dana Tukaran Dagangan (exchange-traded fund - ETF)

adalah dana terbuka yang terdiri daripada sekuriti saham

disebut harga atau bon yang dipilih sebagai penanda aras, dan

bukan seperti dana bersama menjejaki indeks. ETF adalah

pelaburan individu yang mempunyai kaitan dengan prestasi

indeks keseluruhan (pelaburan yang dikumpulkan bersama

berdasarkan kriteria tertentu). Terdapat ETF dengan saham

mewah, saham modal sederhana, saham syarikat kecil,

syarikat dari negara tertentu, sektor pembuatan dan kriteria

saham lain.

Saham ETF Islam distrukturkan sama seperti ETF

konvensional kecuali penanda aras yang digunakan dalam

pembinaan dana indeks sekuriti patuh Syari’ah yang telah

diluluskan untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat

terutamanya yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang

dibenarkan dan tidak mempunyai tahap liabiliti yang tinggi.

Sama seperti dana bersama, ETF membolehkan pelabur

memiliki pelbagai bentuk pelaburan (walaupun berlainan

jenis dalam ETF) dengan membeli hanya salah satu

pelaburan. Walau bagaimanapun, tidak seperti indeks dana

bersama, ETF adalah sama seperti stok di mana ia boleh

dibeli dan dijual pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan

di bursa. Harga ETF menghampiri nilai aset bersih wajaran

portfolio sekuriti sepanjang hari dagangan.

Kebaikan dan Keburukan

Kebaikan ETF ialah:

a. Kos operasi yang rendah, biasanya separuh dari

perbelanjaan tahunan indeks dana unit amanah.

Page 402: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

578 Amalan Asas Takaful

b. ETF amat fleksibel kerana ia boleh didagangkan sama

seperti saham biasa, pada bila-bila masa ketika waktu

urusniaga dan jualan segera.

c. ETF adalah mesra cukai, telus dan boleh dipelbagaikan.

Walau bagaimanapun, ETF mempunyai beberapa keburukan

kecil:

a. Tidak seperti dana unit amanah terbuka, ETF tidak boleh

dilabur semula dividennya. Dividen dibayar kepada

pemilik saham pada akhir setiap suku tahun. Ini

mempunyai sedikit kesan buruk ke atas prestasi dan

dipanggil "seretan dividen."(Dividend Drag)

b. Pembelian ETF juga menanggung komisen broker sama

seperti saham. Harga dagangan ETF adalah berdasarkan

kuasa pasaran, jadi pembeli mungkin membeli pada harga

premium atau diskaun sedikit. Perbezaan di antara harga

sebuah ETF dan harga nilai aset bersih yang menjadi

sandaran itu biasanya sangat kecil.

7. Dana Jaminan Modal

Terdapat dua jenis produk jaminan modal yang terdapat di

pasaran di Malaysia, iaitu:

a. Produk Pasif

Melalui produk ini, sebahagian besar daripada jumlah yang

dilaburkan akan digunakan untuk membeli aset berisiko

rendah yang dijangka akan mempunyai nilai terkumpul dalam

tempoh jangka produk untuk melindungi nilai modal asal.

Baki dari amaun yang dilaburkan akan digunakan untuk

membeli opsyen, dimana potensi produk dijangka akan

diperolehi. Walau bagaimanapun, perlu diketahui mengenai

pengaruh kadar keuntungan kepada jenis produk.

Page 403: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 579

Contoh:

Seorang pelabur telah melabur RM1,000 produk ini. Jika

hasil yang diunjurkan pada sukuk tiga tahun ialah 6.4%

setahun (berbanding 3% setahun), maka pengurus akan hanya

perlu melabur RM830 dalam aset risiko rendah,

meninggalkan baki RM170 untuk membeli opsyen. Walau

bagaimanapun, jika hasil yang diunjurkan hanya 3%, maka

pelaburan dalam opsyen akan hanya separuh iaitu RM85.

Oleh itu, ia akan mengurangkan potensi produk berkenaan.

b. Produk Aktif

Terdapat persamaan dengan produk terimbang yang

ditawarkan sebagai produk pelaburan yang biasa.

Perbezaannya ialah terdapat jaminan yang diberikan bahawa

pulangan produk ini tidak akan negatif.

Seperti yang dinyatakan di atas, produk-produk ini adalah

sama dengan dana terimbang tradisional. Walau

bagaimanapun, produk ini tidak cuba mengatasi penanda aras

yang telah ditetapkan, pengurus memberi tumpuan kepada

memaksimumkan pulangan mutlak. Jaminan bagi

kematangan produk ini ialah pulangan tidak akan menjadi

negatif.

Walau bagaimanapun, jaminan perlu diberikan oleh pihak

ketiga iaitu penerbit produk seperti yang dikehendaki oleh

Syari’ah.

8. Dana Komoditi Islam

Dana komoditi Islam ialah dana yang mempunyai pegangan

langsung dalam komoditi yang mematuhi prinsip Syari’ah.

Sebagai contoh, dana emas yang menyimpan ketulan emas adalah

contoh dana komoditi yang sebenar.

Page 404: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

580 Amalan Asas Takaful

Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi bagi memenuhi

prinsip-prinsip Syari’ah, iaitu:

komoditi berkenaan perlu mempunyai hak milikan yang sah

pada masa jualan. Jualan singkat tidak dibenarkan tetapi

jualan hadapan dibenarkan di bawah 'salam bai dan bai

istisna'.

komoditi yang diniagakan mestilah dibenarkan iaitu halal.

Penjual mesti mempunyai fizikal (dapat dilihat) komoditi

yang hendak didagangkan.

harga komoditi itu mestilah tetap dan diketahui oleh pihak-

pihak yang terlibat kerana sebarang keraguan yang timbul

akan menyebabkan jualan itu tidak sah.

Kebaikan dan Keburukan

a. Dana komoditi bertindak sebagai aset yang dipelbagaikan,

terutamanya apabila aset-aset lain yang dipegang adalah

ekuiti dan bon kerana ia tidak berkait rapat dengan ekuiti dan

kelas aset pendapatan tetap.

b. Dana komoditi bertujuan untuk menyediakan para pelabur

dengan pendapatan tetap sepanjang tempoh dana, iaitu

keuntungan yang diperolehi dari potensi kenaikan harga

komoditi.

C10.2 JENIS-JENIS PELAN TAKAFUL BERKAITAN

PELABURAN (ILTP)

1. Pelan Berkaitan Pelaburan dengan Sumbangan Tunggal

Pelan berkaitan pelaburan dengan sumbangan tunggal bercirikan

bayaran sumbangan tunggal sekali gus, dimana sumbangan akan

digunakan untuk membeli unit dalam dana berkaitan pelaburan

dan menyediakan perlindungan takaful keluarga. Ia menyediakan

manfaat kematian dan / atau hilang upaya kekal dan menyeluruh

sebanyak 125% daripada jumlah pelaburan sekali gus-gus atau

Page 405: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 581

sekurang-kurangnya RM5,000. Di Malaysia, sumbangan

minimum untuk pelan sumbangan tunggal ialah RM3,000.

Bayaran manfaat berupa jumlah perlindungan atau nilai unit

pelaburan pada masa tuntutan dibuat, yang mana lebih tinggi.

2. Pelan Berkaitan Pelaburan Sumbangan Tetap

Pelan sumbangan tetap adalah pelan yang menyediakan pilihan

kepada pelabur membayar sumbangan secara tetap iaitu secara

bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan. Ia adalah

rancangan yang lebih sesuai bagi orang-orang tidak mahu

melabur sejumlah besar di permulaan pelan. Pelan ini

menyediakan fleksibiliti kepada pelabur / peserta untuk

meningkatkan sumbangan dan perlindungan apabila kedudukan

kewangan mereka bertambah baik pada masa hadapan.

Perlindungan asas Takaful, iaitu sekiranya berlaku kematian dan /

atau hilang upaya kekal menyeluruh, adalah berdasarkan dari

gandaan sumbangan tahunan. Berdasarkan garis panduan terkini

mengenai dana berkaitan pelaburan yang dikeluarkan oleh Bank

Negara Malaysia (berkuat kuasa mulai November 2010), jumlah

minimum Gandaan Jumlah Perlindungan (SAM) untuk pelan

caruman tetap adalah 60 kali sumbangan tahunan. Pembayaran

manfaat ialah jumlah perlindungan berserta nilai unit pelaburan.

3. Pelan Persaraan Individu Berkait Pelaburan

Pelan persaraan individu berkaitan pelaburan adalah pelan

Takaful yang direka untuk menyediakan pendapatan persaraan

bagi menampung sara hidup dan memaksimumkan pulangan

pelaburan.

Pelan persaraan biasanya memerlukan peruntukan sumbangan

yang tinggi untuk mengumpulkan dana yang mencukupi sehingga

mencapai umur persaraan. Sebaik sahaja mencapai umur

Page 406: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

582 Amalan Asas Takaful

persaraan, dana itu akan digunakan untuk membeli pelan anuiti

tradisional atau pelan anuiti berkaitan pelaburan.

Sebelum ini, tidak ada elemen perlindungan di dalam pelan ini.

Fokus tunggal pelan ini adalah untuk memberikan pulangan

pelaburan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat

pengenalan elemen perlindungan yang dibiayai melalui

pembatalan unit.

4. Pelan Kesihatan Kekal Berkaitan Pelaburan

Pelan kesihatan kekal berkaitan pelaburan ialah pelan takaful

yang direka untuk menyediakan perlindungan kesihatan atau

terhadap penyakit merbahaya.

5. Pelan Penyakit Kritikal Berkaitan Pelaburan

Pelan penyakit kritikal berkaitan pelaburan adalah pelan takaful

yang direka untuk menyediakan bayaran sekali gus sekiranya

pemilik sijil mengalami mana-mana penyakit kritikal seperti sakit

jantung, strok, pintasan koronari, kegagalan buah pinggang dan

sebagainya.

6. Pelan Pendidikan Berkaitan Pelaburan

Pelan pendidikan berkaitan pelaburan adalah pelan takaful yang

direka khusus sebagai suatu dana simpanan yang menyediakan

sejumlah amaun apabila kanak-kanak telah mencapai usia

kemasukan ke kolej (18 tahun keatas). Dana simpanan itu boleh

digunakan untuk membayar yuran pendidikan pengajian tinggi.

Di bawah pelan ini, kanak-kanak berkenaan merupakan hayat

yang dilindungi, sementara ibu bapa / penjaga merupakan pemilik

sijil.

Page 407: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 583

C10.3 CIRI-CIRI PELAN TAKAFUL BERKAITAN

PELABURAN (ILTP)

1. Tujuan

ILTP mempunyai tujuan yang pelbagai, iaitu ia boleh digunakan

samada untuk tujuan pelaburan, simpanan biasa, perlindungan

dari hilang upaya kekal d an menyeluruh, kematian atau takaful

kesihatan. Pelanggan bebas menentukannya berdasarkan

keperluan mereka.

2. Pendedahan terhadap Pelaburan Ekuiti

ILTP memberi pendedahan terhadap pelaburan ekuiti yang tinggi

berbanding dengan takaful keluarga tradisional.

3. Risiko Pelaburan

Risiko pelaburan ditanggung oleh pemilik sijil, tidak seperti

takaful keluarga tradisional dimana risiko pelaburan ditanggung

oleh pengendali takaful.

4. Nilai Aset Bersih

Nilai Aset Bersih dana adalah tertakluk kepada prestasi

pelaburan.

5. Kos Perlindungan

Kos perlindungan dibiayai oleh caj yang bergantung kepada umur

dan tahap perlidungan dilakukan melalui pembatalan unit

pelaburan didalam dana.

6. Nilai Tunai

Nilai tunai ialah nilai unit diperuntukkan kepada pemilik sijil,

yang dikira mengikut harga bida.

Page 408: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

584 Amalan Asas Takaful

C10.4 KELEBIHAN PELAN TAKAFUL BERKAITAN

PELABURAN (ILTP)

Pelan takaful berkaitan pelaburan mempunyai beberapa ciri-ciri unik:

1. Kebebasan memilih tahap perlindungan dan pelaburan

Pelan takaful berkaitan pelaburan menyediakan fleksibiliti untuk

memilih jumlah perlindungan dan nisbah pelaburan dalam

sumbangan tahunan yang disasarkan. Ia bergantung kepada

keperluan pelanggan. Jika keperluan dan objektif lebih ke arah

pelaburan, dia boleh memilih untuk perlindungan yang lebih

rendah dan meningkatkan pelaburan. Begitu juga jika dia mahu

perlindungan yang lebih, maka dia boleh meningkatkan

perlindungan dan menurunkan nisbah pelaburan.

2. Mempelbagaikan amaun sumbangan mengikut perubahan

keadaan kewangan

ILTP juga menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan portfolio

pelaburan melalui kaedah tambah nilai bagi merebut peluang

pelaburan yang ditawarkan oleh persekitaran luaran atau aliran

pendapatan sendiri.

3. Boleh membuat pertukaran dana pelaburan semasa ke jenis

dana pelaburan lain

Pelabur boleh menukar pelaburannya daripada satu dan ke dana

yang lain dalam payung dana yang sama. Satu dana payung

mengandungi beberapa pecahan dana. Setiap pecahan dana

merupakan unit amanah bebas dan diuruskan berasingan dengan

objektif pelaburan yang berbeza. Dana payung menawarkan

pelbagai peluang pelaburan, bersama-sama dengan kaedah yang

mudah untuk bertukar daripada satu dana ke pecahan dana yang

lain. Ini membolehkan pelabur mengambil kesempatan daripada

keadaan pasaran.

Page 409: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Jenis-Jenis Dana Takaful Berkaitan Pelaburan 585

4. Boleh menebus sebahagian dari unit berkaitan pelaburan

pada bila-bila masa

Untuk menghadapi keadaan yang tidak diduga, syarikat mungkin

menawarkan manfaat pengeluaran sebahagian. Pelabur boleh

membuat pengeluaran dari dana dan mengekalkan amaun

minimum yang ditetapkan.

5. Boleh memilih dari kepelbagaian dana pelaburan (ekuiti, bon

atau instrumen kewangan lain) untuk melabur

ILTP menawarkan pilihan lengkap meliputi pilihan risiko

pelaburan yang tinggi, rendah dan sederhana di bawah pelan yang

sama. Pelanggan boleh memilih satu pilihan yang sesuai

mengikut toleransi risiko, disertakan pula dengan peluang untuk

bertukar-tukar dan tanpa apa-apa perbelanjaan tambahan bagi

bilangan yang tertentu yang ditukar.

Page 410: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

586 Amalan Asas Takaful

Page 411: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Struktur Dana Berkaitan Pelaburan 587

BAB C11

STRUKTUR DANA BERKAITAN

PELABURAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang struktur dana berkait

pelaburan dalam usaha untuk memahami kaedah pengagihan

pendapatan dan jenis pelaburan dana berkaitan pelaburan di Malaysia.

C11.1 PENGENALAN

Bergantung kepada struktur dana berkaitan pelaburan, sumbangan

yang dibayar akan dilaburkan mengikut arahan bertulis daripada

pemilik sijil. Dana berkait pelaburan boleh dibahagikan kepada dua

cara iaitu:-

1. Pengumpulan unit

2. Pengagihan unit

C11.2 JENIS-JENIS BERKAITAN PELABURAN

1. Pengumpulan unit

Pendapatan atau pulangan pelaburan yang diperolehi dari dana ini

akan dimasukkan semula ke dalam dana yang sama dan membentuk

lebih banyak unit. Oleh itu, harga unit pelaburan akan meningkat

dalam tempoh jangka panjang.

2. Pengagihan unit

Di bawah struktur ini, pendapatan pelaburan akan digunakan untuk

membeli unit-unit tambahan. Dana ini akan mengagihkan unit kepada

Page 412: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

588 Amalan Asas Takaful

pemilik sijil. Pemilik Sijil akan mempunyai lebih banyak unit tetapi

nilai aset bersih akan kekal tidak berubah.

C11.3 JENIS-JENIS DANA BERKAITAN PELABURAN

Ciri-ciri asas dana berkaitan pelaburan ialah ia merupakan suatu

bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur dengan

objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal, dan

melabur dalam portfolio sekuriti yang diuruskan oleh ahli profesional

pelaburan.

Terdapat tujuh kategori utama dana berkaitan pelaburan di Malaysia

iaitu:

1. Dana Pendapatan

Dana pendapatan ialah suatu dana yang dirangka untuk

menyediakan pendapatan yang maksimum. Untuk mencapai

matlamat ini, dana pendapatan akan memilih pelaburan yang

biasanya memberikan pulangan dividen atau keuntungan.

Pelaburan ini termasuk sukuk, terutama sukuk pulangan tinggi

dan saham pilihan di mana pulangan dividennya dijamin. Saham

mewah juga menjanjikan pulangan yang tinggi kerana ia adalah

saham syarikat-syarikat besar yang mampu untuk membayar

dividen. Dana pendapatan popular di kalangan pelabur

konservatif yang tidak menggemari risiko, termasuk yang telah

bersara, yang mahu mengekalkan sebanyak mungkin aset yang ia

ada. Dana pendapatan tidak akan meningkat nilainya sebanyak

dana pertumbuhan; ini adalah sebagai pertukaran kepada

pendapatan semasa dana pendapatan. Dana pendapatan biasanya

melabur dalam sektor ekonomi yang rendah kadar

pertumbuhannya.

Sesuai dengan namanya, matlamat utama dana pendapatan adalah

untuk menyediakan sejumlah pendapatan kepada pelabur /

peserta. Mereka boleh melabur semata-mata dalam saham,

membeli syarikat-syarikat di mana pembayaran dividen yang

Page 413: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Struktur Dana Berkaitan Pelaburan 589

tinggi (yang dikenali sebagai perolehan yang tinggi), atau

melabur dalam saham campuran, sukuk atau harta.

Dana yang menghasilkan perolehan tinggi biasanya melabur

dalam ekuiti / saham yang cenderung untuk memberi tumpuan

kepada syarikat-syarikat dalam pasaran matang di mana dasar

dividen yang kukuh membantu mengimbangi kekurangan potensi

peningkatan dalam harga saham. Pastinya, pengurus dana akan

mencari syarikat-syarikat yang mempunyai pendapatan yang

kukuh untuk membiayai pembayaran dividen yang lebih tinggi.

2. Dana Pertumbuhan

Ia merupakan suatu portfolio di mana matlamat utamanya ialah

peningkatan modal sekuriti yang diwakilinya. Pelabur tidak

mengharapkan dividen dan kebanyakan pulangan keatas

pelaburan adalah dalam bentuk nilai aset bersih yang lebih tinggi.

Ini melibatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat yang

mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan portfolio

lain. Sebagai contoh, dana pertumbuhan mungkin akan melabur

dalam syarikat baru yang kelihatan berpotensi besar untuk

berkembang, dan bukannya syarikat saham mewah dengan

reputasi yang meyakinkan tetapi tidak menarik. Di samping itu,

dana pertumbuhan memerlukan tempoh masa yang agak panjang,

sebagai syarikat yang baru bermula dan biasanya mengambil

masa untuk menunjukkan peningkatan harga.

Pengurus dana pertumbuhan biasanya sanggup mengambil risiko

yang lebih tinggi untuk memperolehi pulangan yang melebihi

kadar biasa. Jika pertumbuhan kekal kukuh, dana ini mendapat

faedah tetapi sekiranya pertumbuhan terlalu perlahan, dana ini

mungkin akan terus jatuh. Sebagai dana pelaburan yang paling

mudah mengalami kemudahruapan (volatile), dana pertumbuhan

adalah untuk pelabur jangka panjang dengan peruntukan masa

yang cukup untuk menampung kerugian jangka pendek dan

mungkin untuk pelabur sepenuh masa.

Page 414: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

590 Amalan Asas Takaful

3. Dana Imbang (Balanced Fund)

Ia adalah dana yang dilaburkan dalam pelaburan saham, sukuk

dan pelaburan deposit. Di dalam Dana Imbang (Balanced Fund),

nisbah pelaburan adalah berbeza-beza tetapi matlamat pelaburan

yang sama; mengekalkan modal, menyediakan sumber

pendapatan dan menyediakan satu tahap pertumbuhan jangka

panjang. Oleh itu, Dana Imbang perlu berusaha untuk memenuhi

lebih dari satu objektif pelaburan. Saham dalam Dana Imbang

(Balanced Fund) menyediakan pertumbuhan manakala sukuk

menyediakan sumber pendapatan dan mengekalkan modal. Dana

Imbang mempunyai tahap risiko yang agak rendah kerana tahap

risiko yang berbeza-beza dalam pelaburan saham, sukuk dan

tunai. Walau bagaimanapun, sebagai tukarannya, dana terimbang

tidak akan menjadi dana cemerlang dipasaran; sahamnya adalah

di dalam syarikat-syarikat besar yang tidak mengalami

kemudahruapan harga. Dana Imbang (Balanced Fund) adalah

dana pilihan di kalangan pelabur konservatif.

Dana Imbang (Balanced Fund) mempunyai kelebihan melabur

dalam pelaburan campuran antara pendapatan dan pertumbuhan.

Ia adalah perkara biasa bagi dana berkenaan yang majoriti

portfolionya dilaburkan dalam campuran saham dan sukuk, dan

bakinya dilaburkan dalam lain-lain instrumen pelaburan seperti

harta dan tunai. Walau bagaimanapun, kelas aset sebenar dan

nisbah bagi setiap kelas akan berbeza-beza mengikut objektif

dana.

4. Dana Tunai

Dana tunai membuat pelaburan dalam sekuriti tunai yang

mematuhi keperluan Syariah. Ia juga melabur dalam dana unit

amanah yang mematuhi syariah dimana sandaran aset ialah saham

bukan ekuiti seperti sukuk dan pasaran wang Islam.

Page 415: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Struktur Dana Berkaitan Pelaburan 591

5. Dana Harta

Dana harta ialah dana yang memegang / melabur dalam portfolio

hartanah dan hartanah yang berkaitan instrumen kewangan.

Hartanah yang dilabur oleh dana hartanah termasuk rumah

kediaman, rumah kedai, bangunan pejabat, perindustrian,

penjagaan kesihatan, hartanah hotel dan kemudahan penyimpanan.

Instrumen kewangan yang dipegang oleh dana hartanah

termasuklah pinjaman pembinaan dan pembangunan, gadaijanji,

dan sekuriti bersandarkan gadai janji.

Dana harta menjana pendapatan yang agak terhad terutamanya

disebabkan pelaburan sumber-sumber pasif (yang sewa,

keuntungan, dividen, dan keuntungan daripada jualan).

6. Dana Terurus (Managed Fund)

Dana terurus merupakan sebuah dana pelaburan yang diuruskan

secara profesional oleh pakar pengurusan dana yang melabur

dalam pelbagai jenis pelaburan. Jenis pelaburan sebenar dan

pelaburan campuran dalam dana ini bergantung kepada mandat

yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh Pengurus Dana.

Dana terurus atau unit amanah berfungsi melalui pengumpulan

modal dari beberapa pelabur dan kemudiannya menggunakan

wang tersebut untuk membeli pelbagai jenis pelaburan. Ia

memberikan pelabur kuasa beli yang lebih besar serta

membolehkan mereka berkongsi kos dan memberikan mereka

manfaat dari khidmat yang diberikan melalui pengurusan

profesional.

Apabila pelabur membuat pelaburan, mereka sebenarnya

membeli ‘unit’ - dan kos setiap unit adalah 'harga unit'. Harga

unit bergerak ke atas dan ke bawah untuk mencerminkan nilai

pelaburan di dalam dana.

Page 416: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

592 Amalan Asas Takaful

Unit Amanah terbentuk melalui Surat Ikatan Amanah, iaitu suatu

dokumen rasmi yang menyatakan kaedah-kaedah Amanah

sepatutnya beroperasi.

7. Dana Khusus (Specialized Fund)

Dana khusus ini adalah bertujuan mengkhususkan pelaburan

dalam sektor atau industri tertentu sahaja. Kepelbagaian dalam

pelaburan bukanlah matlamat utama dana ini. Oleh itu, pihak

yang terlibat perlu membuat keputusan yang tepat dalam semua

urusniaganya. Pelaburannya mempunyai risiko yang sangat tinggi

kerana ia tidak dipelbagaikan, dimana sejumlah besar modal

dilaburkan dalam pelaburan tertentu sahaja. Sungguhpun

demikian, ia juga menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi

sekiranya ia dilaburkan disektor atau industri yang betul.

Penasihat pelaburan yang cekap adalah diperlukan apabila terlibat

dengan dana khusus ini kerana kesilapan kecil boleh

menyebabkan pelabur semua modalnya.

C11.4 PROFIL RISIKO – PULANGAN

Setiap dana berkaitan pelaburan mempunyai profil risiko-pulangan

sendiri. Semakin tinggi pulangan daripada dana itu, semakin tinggi

risikonya. Sebagai contoh, dana ekuiti biasanya membayar pulangan

yang lebih tinggi dan oleh itu risiko pelaburannya juga lebih tinggi.

Sebaliknya, dana tunai biasanya membayar pulangan yang sangat

rendah, berpadanan dengan risiko pelaburan yang rendah juga.

Rajah yang ditunjukkan di bawah menunjukkan kaitan risiko –

pulangan, iaitu semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya.

Page 417: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Struktur Dana Berkaitan Pelaburan 593

C11.5 PENUKARAN

Ini adalah aktiviti pelaburan dimana unit pelaburan dari satu dana

dijual dan hasil jualan dilaburkan semula dalam dana yang lain pula.

Aktiviti penukaran dana ini berlaku kerana perubahan persepsi

pelabur terhadap peluang-peluang pelaburan. Ia juga mungkin hasil

daripada perubahan profil risiko pelabur.

Kemudahan ini adalah sangat berguna dalam perancangan kewangan.

Sebagai contoh, pelabur yang mula melabur pada usia 40 tahun

mungkin mahu mengubah peruntukan aset apabila dia mencapai umur

55 tahun. Profil risikonya pada usia 55 tahun mungkin berbeza dari

umur 40 tahun.

Amalan penukaran dana pelaburan adalah berbeza antara satu

pengendali dengan pengendali yang lain. Biasanya, amalan yang

digunakan ialah:

Page 418: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

594 Amalan Asas Takaful

1. Pengendali Takaful menawarkan secara percuma bagi penukaran

unit saham yang dibuat pada tahun berkenaan.

2. Pengendali Takaful menawarkan secara percuma penukaran

bilangan unit terhad dalam tempoh yang diberikan. Sebagai

contoh, penukaran unit untuk kali pertama pada tahun berkenaan

adalah percuma. Penukaran unit berikutnya akan dikenakan caj

atau bayaran.

3. Pengendali Takaful akan mengenakan caj atau bayaran bagi

setiap penukaran unit.

Page 419: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Manfaat dan Risiko Melabur dalam Dana Berkaitan Pelaburan 595

BAB C12

MANFAAT DAN RISIKO MELABUR DALAM

DANA BERKAITAN PELABURAN

PENGENALAN

Melabur dalam dana berkaitan pelaburan mempunyai banyak manfaat

untuk pelabur. Walau bagaimanapun, bakal peserta/pelabur juga mesti

memahami bahawa dana berkaitan pelaburan juga mempunyai

pelbagai risiko yang boleh menjejaskan pelaburan. Oleh itu, ia adalah

sangat penting kepada bakal peserta untuk memahami risiko yang

terlibat apabila melabur dalam dana berkaitan pelaburan.

Dalam bab ini, kita akan melihat manfaat melabur dalam dana

berkaitan pelaburan dan risiko yang berkaitan dengannya.

C12.1 MANFAAT

1. Kepelbagaian Dana

Dana berkaitan pelaburan diuruskan secara aktif dan melabur dalam

pelbagai peruntukan aset, yang tidak dapat ditandingi oleh pelabur

individu yang tidak kecukupan modal. Terdapat beratus-ratus

pelaburan dana berkaitan pelaburan yang boleh dipilih. Pelaburan

dana berkaitan pelaburan, sama dengan dana unit amanah boleh

dilaburkan dalam portfolio pelbagai aset. Portfolio boleh terdiri

daripada pelbagai pelaburan seperti ekuiti, sukuk, mata wang, harta,

wang tunai, deposit dan lain-lain. Ini membolehkan pelabur

memegang pelbagai portfolio tanpa mengira jumlah yang dilaburkan,

yang pelabur tidak mampu untuk memilikinya jika mereka mahu

melabur secara peribadi.

Page 420: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

596 Amalan Asas Takaful

2. Kepelbagaian Risiko

Oleh kerana pelaburan dibuat dalam portfolio yang pelbagai, risiko

melabur secara langsung dalam satu atau dua saham atau lain-lain

instrumen hutang juga dapat dikurangkan. Apa-apa kerugian dalam

syarikat atau sektor tertentu diganti (off-set) dengan keuntungan yang

diperolehi dalam syarikat-syarikat atau lain-lain sektor.

Jika pelabur merancang untuk melabur di dalam saham-saham atau

pasaran sukuk, pelabur perlu membentuk pelbagai portfolio untuk

mengurangkan risiko. Jika pelabur memegang satu atau dua saham

dan saham berkenaan mengalami penurunan yang ketara, pelabur

boleh mengalamai kerugian. Tetapi jika pelabur memegang beratus-

ratus saham dan satu atau dua saham mengalami kemerosotan, risiko

yang dihadapi menjadi kurang. Adalah sukar untuk mendapatkan

jenis kepelbagaian yang diperlukan sekiranya pembelian saham dan

sukuk dibuat secara langsung, tetapi ia menjadi lebih mudah apabila

pelabur mengambil bahagian dalam dana berkaitan pelaburan.

3. Purata Kos Ringgit

Ia membolehkan pelabur untuk melabur secara berkala dengan

seberapa amaun yang kecil, tanpa perlu memikirkan kesesuaian masa

ketika memasuki pasaran. Bertentangan dengan tindakan melabur

dalam pasaran aset secara sekaligus, pelabur secara perlahan-lahan

membeli sejumlah kecil pelaburan dalam tempoh yang lebih panjang.

Dengan cara ini kos belian boleh dipuratakan atau disebarkan

sepanjang tempoh beberapa tahun, bagi membentuk penebat /

halangan dari berlakunya perubahan harga pasaran.

4. Pengurusan Profesional

Operasi perniagaan pengendali takaful dikawal selia oleh Bank

Negara Malaysia bagi tujuan melindungi orang ramai yang melabur.

Oleh itu, pengendali Takaful perlu melantik pengurus dana

profesional yang mempunyai kepakaran, kemahiran dan sumber-

sumber untuk pengurusan wang, serta kemahiran teknikal dan kerja-

Page 421: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Manfaat dan Risiko Melabur dalam Dana Berkaitan Pelaburan 597

kerja penyelidikan yang amat diperlukan sebagai tenaga sokongan.

Pengendali Takaful juga boleh melantik penasihat pelaburan yang

berdaftar untuk pengurusan portfolio pelaburannya.

5. Mengurangkan Kos Transaksi

Apabila pelabur membuat pelaburan secara langsung, ia perlu

menanggung semua kos seperti kos pembrokeran atau

penyelenggaraan sekuriti. Tetapi di bawah dana berkaitan pelaburan,

pelabur dapat mengurangkan kos kerana dana ini berada di tahap

“ekonomi berskala besar”, kerana jumlah urus niaga yang besar dapat

mengurangkan kos keseluruhan.

6. Kecairan

Dana berkaitan pelaburan ini adalah sama seperti dana unit amanah di

mana ia mempunyai sifat kecairan yang tinggi. Pelabur boleh menarik

balik pelaburan mereka pada bila-bila masa. Nilai aset bersih (NAV)

dana berkaitan pelaburan akan dikira dan diumumkan pada akhir hari

urus niaga berdasarkan nilai asas sekuriti portfolio. Biasanya harga

NAV sehari sebelum hari urus niaga boleh digunakan untuk

permohonan pengeluaran yang diterima sebelum waktu tutup urus

niaga.

7. Objektif Pelaburan Lebih Menyeluruh

Pelabur boleh memilih opsyen pertumbuhan atau opsyen dividen dari

skim yang sama dalam dana berkaitan pelaburan. Jika pelabur

bercadang untuk mengumpul harta / kekayaan, pelabur boleh memilih

opsyen pertumbuhan, dan jika pelabur memerlukan pendapatan tetap

daripada pelaburan, ia boleh memilih opsyen dividen.

8. Urus Khidmat Pelbagai

Pengendali Takaful biasanya meyediakan pelbagai perkhidmatan

tambahan seperti berikut:

Page 422: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

598 Amalan Asas Takaful

a. Penukaran

Peserta boleh menukar pelaburannya dari satu dana ke dana yang

lain, bergantung kepada keadaan pasaran dan perspektif terhadap

risiko.

b. Pilihan Tambah Nilai

Peserta mempunyai pilihan untuk membuat tambah nilai

pelaburan dalam usaha meningkatkan amaun pelaburan yang

mampu menjana lebih banyak pulangan.

c. Kemudahan Ekses Harga Dana Melalui Siaran Media

Peserta boleh mengekses harga dana melalui media seperti akhbar

harian utama, laman web pengendali takaful dan majalah

kewangan.

C12.2 RISIKO PELABURAN

1. Pasaran

Risiko pasaran timbul kerana faktor-faktor yang memberi kesan

kepada pasaran keseluruhan dan biasanya termasuk perubahan dalam

undang-undang dan peraturan, politik, teknologi dan ekonomi.

Faktor-faktor ini adalah beberapa contoh elemen yang mempunyai

kesan ke atas perniagaan, sama ada positif atau negatif.

Risiko pasaran boleh dikurangkan melalui kepelbagaian.

Kepelbagaian pelaburan dana ke dalam jenis (ekuiti atau bukan ekuiti

dan lain-lain) dan dengan dasar pelaburan dan strategi yang berlainan

boleh membantu mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan

dan turun naik pasaran. Ia berpunca dari hakikat bahawa terdapat

bencana ekonomi yang mengancam semua bentuk perniagaan. Oleh

itu, pelabur akan terdedah kepada ketidaktentuan pasaran dan tidak

kira berapa banyak sekuriti dipegang, turun naik dalam persekitaran

Page 423: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Manfaat dan Risiko Melabur dalam Dana Berkaitan Pelaburan 599

ekonomi, politik dan sosial akan menjejaskan harga pasaran

pelaburan sama ada dalam cara yang positif atau negatif.

2. Kecairan

Risiko kecairan adalah risiko dimana instrument / sekuriti yang

dilaburkan tidak boleh dijual dengan mudah atau ditukar menjadi

wang tunai. Ini boleh berlaku apabila jumlah dagangan sekuriti adalah

rendah dan / atau apabila terdapat kekurangan permintaan belian

sekuriti.

Dalam menguruskan risiko kecairan, dana akan menggunakan analisa

kecairan atau jumlah dagangan di pasaran utama dan pasaran

sekunder bagi semua jenis sekuriti. Sekiranya bersesuaian, dana akan

melihat aliran jumlah dagangan bagi sekuriti yang menimbulkan

persoalan. Selepas itu, peruntukan aset yang sesuai boleh dibuat untuk

setiap sekuriti bagi mengurangkan risiko kecairan ke tahap yang

selesa berhubung dengan profil risiko-pulangan sekuriti. Risiko

kecairan juga sebahagiannya dihadkan oleh dasar-dasar kepelbagaian

dana.

3. Kadar Keuntungan

Risiko kadar keuntungan timbul dari keadaan turun naik nilai aset

yang membawa keuntungan seperti pembiayaan atau sukuk,

disebabkan oleh perubahan dalam kadar keuntungan, yang seterusnya

boleh mempengaruhi harga unit dana dengan sukuk sebagai aset

sandaran. Secara amnya, apabila kadar keuntungan meningkat, harga

sukuk akan jatuh.

Risiko ini boleh dikurangkan dengan mempelbagaikan jangka masa

pelaburan pendapatan Islam pada masa yang ditetapkan. Pemantauan

berterusan dan penilaian variabel makro-ekonomi untuk memastikan

strategi yang paling sesuai digunakan dalam portfolio dana.

Page 424: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

600 Amalan Asas Takaful

4. Kegagalan Kredit

Kegagalan kredit adalah risiko kerugian akibat kegagalan membayar

balik pembiayaan atau kredit pelaburan lain (sama ada modal pokok

atau keuntungan atau kedua-duanya). Kegagalan kredit termasuk

kelewatan dalam pembayaran balik, penstrukturan semula

pembayaran balik peminjam dan bankrap.

Risiko ini dapat dikurangkan dengan melabur dalam sekuriti yang

berkualiti tinggi kerana ia biasanya mempunyai tahap risiko kredit

yang rendah.

5. Pelaburan

Ini adalah risiko yang dikaitkan dengan melabur dalam aset tertentu.

Semua aset pelaburan membawa risiko walaupun aset pelaburan yang

berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Nilai pelaburan

bergantung kepada potensi pertumbuhan dan pendapatan, pengurusan

yang mantap dan juga pelbagai faktor yang lain. Kegagalan untuk

mencapai pendapatan yang dijangka akan mengakibatkan nilai

pelaburan menurun yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi

dana. Kesan ini boleh dikurangkan dengan mempelbagaikan portfolio

dana. Pengurus akan menggunakan kriteria pemilihan yang ketat,

untuk meneliti komponen pelaburan bagi mengurus risiko berkenaan.

6. Pengkelasan Semula Status Syari’ah

Risiko ini merujuk kepada risiko yang timbul daripada usaha

menyemak semula status sekuriti yang patuh dengan Syari’ah kini

dipegang dalam dana boleh diklasifikasikan semula sebagai tidak

mematuhi Syari’ah dalam kajian semula secara berkala. Jika ini

berlaku, maka nilai dana itu mungkin terjejas di mana pengurus akan

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melupuskan sekuriti itu

selaras dengan mandat dana yang mematuhi Syari’ah.

Page 425: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Manfaat dan Risiko Melabur dalam Dana Berkaitan Pelaburan 601

Risiko ini boleh dikurangkan dengan menjalankan kajian semula

berkala oleh Jabatan Pematuhan Syari’ah (SCD) dan Jawatankuasa

Syari’ah (SC) Pengendali Takaful.

7. Ketidakpatuhan

Ia merujuk kepada tindakan yang tidak mematuhi peruntukan surat

ikatan, prospektus, garis panduan, dasar-dasar dalaman dan undang-

undang yang berkaitan dengan pengurusan pelaburan. Risiko ini

boleh dikurangkan melalui kawalan dalaman dan pemantauan

pematuhan.

8. Mata wang

Pergerakan dalam kadar pertukaran mata wang boleh mengakibatkan

penurunan dalam pulangan dan kehilangan modal terutama apabila

melabur dalam dana unit amanah bukan-denominasi matawang

tempatan (RM).

Untuk mengurangkan risiko, pelaburan harus dihadkan kepada

beberapa negara supaya risiko mata wang untuk negara tertentu dapat

dikurangkan. Di samping itu, perlindungan nilai mata wang boleh

digunakan untuk mengurangkan risiko.

9. Negara

Sekiranya dana dilaburkan di negara tertentu, pelaburan mungkin

terjejas oleh risiko khusus kepada negara tersebut, di mana iklim

pelaburan berubah umpamanya perubahan dalam asas-asas ekonomi

negara, kestabilan sosial dan politik, pergerakan mata wang, dasar-

dasar pelaburan asing dan lain-lain.

Risiko ini boleh dikurangkan dengan menjalankan penyelidikan

menyeluruh ke atas pasaran masing-masing, keadaan ekonominya,

syarikat-syarikat, politik dan keadaan sosial serta mengambil tindakan

meminimumkan jumlah pelaburan atau menarik diri dari pasaran

pelaburan negara berkenaan.

Page 426: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

602 Amalan Asas Takaful

Page 427: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 603

BAB C13

PERCUKAIAN DAN UNDANG-UNDANG YANG

MELIPUTI PELAN TAKAFUL BERKAITAN

PELABURAN

PENGENALAN

Aspek percukaian adalah salah satu pertimbangan utama untuk bakal

pelabur sebelum ia membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan.

Peserta juga mesti memahami peruntukan-peruntukan seperti yang

dinyatakan di bawah dalam Akta Takaful 1984 dan garis panduan

yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang percukaian dan

undang-undang yang mengawal perniagaan Takaful, supaya kita

dapat menasihati pelanggan-pelanggan mengenai perkara yang

dinyatakan di atas.

C13.1 PERCUKAIAN DALAM PELAN TAKAFUL

BERKAITAN PELABURAN

Undang-undang utama yang mengawalselia cukai pendapatan di

Malaysia ialah Akta Cukai Pendapatan 1967. Kadar cukai dan

pelepasan cukai (relief) dinyatakan dalam Akta Kewangan selepas

Menteri Kewangan membentangkan belanjawan tahunan.

Pelan Takaful berkaitan pelaburan dikategorikan sebagai produk

Takaful Keluarga. Oleh itu, aspek-aspek percukaian pelan Takaful

berkaitan pelaburan menerima layanan percukaian yang sama seperti

bentuk-bentuk lain sijil Takaful Keluarga.

Page 428: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

604 Amalan Asas Takaful

Pelepasan cukai dibenarkan apabila sijil Takaful Keluarga adalah:-

1. atas hayat peserta.

2. atas hayat pasangan peserta (suami atau isteri).

3. atas hayat bersama peserta dan pasangannya.

Untuk penyertaan dalam Takaful Keluarga termasuk pelan berkaitan

pelaburan, peserta layak mendapat pelepasan cukai peribadi seperti

dalam insurans hayat. Jumlah maksimum pelepasan bagi Takaful

Keluarga biasa ialah RM6, 000 setiap tahun ditolak apa-apa caruman

yang dibayar kepada skim faedah persaraan iaitu Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pendidikan, pelepasan

cukai ialah RM3,000 setahun.

Oleh yang demikian, sumbangan yang dibayar oleh peserta adalah

layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.

Tidak seperti unit amanah, pengendali Takaful tidak mendapat

pengecualian ke atas keuntungan unit daripada realisasi pelaburan.

Walau bagaimanapun, pengendali Takaful dikenakan cukai pada

kadar yang lebih rendah iaitu 8% ke atas pendapatan yang boleh

dikenakan cukai dan realisasi keuntungan modal dana Takaful

Keluarga. Oleh kerana surplus yang dijana daripada pengunderaitan

produk Takaful berkaitan pelaburan telah dikenakan cukai di

peringkat pengendali Takaful, prosid yang diagihkan kepada peserta

pelan Takaful berkaitan pelaburan dikecualikan dari cukai.

Apabila sijil matang atau apabila ia dibayar apabila berlakunya

kejadian yang dilindungi, ia dianggap sebagai penerimaan modal,

bukan pendapatan. Oleh itu, ia tidak dikenakan cukai kerana ia tidak

melibatkan keuntungan modal.

Page 429: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 605

C13.2 UNDANG-UNDANG YANG MELIPUTI PELAN

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN

Di Malaysia, peraturan perniagaan Takaful dicapai melalui

pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Takaful 1984. Penguatkuasaan

Akta adalah di bawah kuasa Gabenor Bank Negara Malaysia yang

juga Ketua Pengarah Takaful.

Tujuan utama Akta tersebut diperkenalkan ialah:-

1. Melindungi kepentingan awam

Memastikan kesolvenan atau kekukuhan kedudukan kewangan

pengendali Takaful agar ia dapat memenuhi tanggungjawabnya

terhadap pemilik sijil dan pihak yang menuntut.

2. Mengutamakan keadilan dan kesaksamaan

Memastikan pengendali Takaful, broker dan penyelaras (secara

kolektif merupakan pemegang lesen dibawah peruntukan Akta)

bersikap adil dan saksama dalam melaksanakan urusniaga dengan

pelanggan dan pihak yang menuntut.

3. Mempamirkan keupayaan

Memberi penekanan agar pengendali Takaful, broker dan

penyelaras menitikberatkan keupayaan mencapai tahap

kecemerlangan profesional dan kejujuran dalam urusniaga.

4. Memainkan peranan kearah pembangunan industri

Menggalakkan pengendali Takaful bertindak aktif memainkan

peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.

Akta Takaful 1984 memperuntukkan dasar dan piawaian secara

menyeluruh, sementara keperluan terperinci yang ditetapkan oleh

peraturan atau garis panduan, surat pekeliling dan kod amalan

Page 430: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

606 Amalan Asas Takaful

perniagaan yang baik. Garis panduan terkini mengenai Perniagaan

Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan BNM/RH/GL 010-15 yang

dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 dan

berkuatkuasa mulai 12 November, 2010.

1. Definisi Perniagaan Takaful Berkaitan Perniagaan

Mengikut garis panduan terkini, perniagaan Takaful Berkaitan

Pelaburan dirujuk sebagai "menguatkuasa dan melaksanakan

kontrak Takaful atas hayat manusia atau anuiti dimana

sebahagian atau keseluruhan manfaat ditentukan dengan merujuk

kepada nilai, atau pendapatan, atau mana-mana harta yang

terdedah kepada keadaan turun naik harga, atau indeks nilai

mana-mana harta."

2. Syarat-Syarat Kelulusan

Garis panduan tersebut seterusnya menyatakan bahawa

pengendali Takaful berdaftar tidak dibenarkan menjalankan

perniagaan Takaful berkaitan pelaburan kecuali setelah mendapat

kelulusan bertulis dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan

tertakluk kepada mana-mana syarat yang ditetapkan. Permohonan

untuk mendapatkan kelulusan menjalankan perniagaan Takaful

berkaitan pelaburan hendaklah dihantar ke Bank Negara

Malaysia, dengan menyertakan sekali pelan rangka kerja

perniagaan yang lengkap agar BNM dapat menilai kepakaran dan

keupayaan teknikal yang dimiliki oleh pengendali Takaful dalam

memasarkan dan menguruskan perniagaan berkenaan dengan

cekap dan berkesan.

3. Dana yang Berasingan

Pengendali Takaful hendaklah mengadakan dan menyelenggara

satu atau lebih dana berkaitan pelaburan secara berasingan bagi

maksud mentadbir perniagaan berkaitan pelaburan. Aset semua

dana berkenaan hendaklah disimpan berasingan daripada semua

aset lain milik Pengendali Takaful.

Page 431: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 607

4. Had Pelaburan

Pelaburan dana berkaitan pelaburan adalah tertakluk kepada had-

had berikut, sama ada untuk aset di Malaysia atau aset di luar

negara:

Had rakan niaga

a. Nilai pelaburan dana dalam ekuiti mana-mana penerbit

tunggal tidak boleh melebihi 10% daripada nilai aset bersih

(NAV) dana.

b. Jumlah nilai pelaburan dana dalam sekuriti, derivatif OTC

(selain bagi maksud lindung nilai) dan produk berstruktur

mana-mana penerbit tunggal/kumpulan penerbit tidak boleh

melebihi 25% daripada nilai aset bersih (NAV) dana.

Had Aset

a. Jumlah nilai pelaburan dana dalam sekuriti tidak tersenarai

tidak boleh melebihi 10% daripada nilai aset bersih (NAV)

dana.

b. Jumlah nilai pelaburan dana dalam produk berstruktur tidak

boleh melebihi 15% daripada nilai aset bersih (NAV) dana.

c. Jumlah nilai pelaburan dana dalam mana-mana skim

pelaburan kolektif (CIS) tidak boleh melebihi 10% daripada

nilai aset bersih (NAV) dana.

Had ke atas Kelas Sekuriti oleh Penerbit Tunggal

Walau apa pun yang dinyatakan di atas, pelaburan dana dalam

mana-mana kelas sekuriti dari mana-mana penerbit tunggal tidak

boleh melebihi 10% daripada jumlah nilai kelas sekuriti, kecuali

untuk sekuriti yang diterbitkan / dijamin oleh Kerajaan

Persekutuan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Page 432: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

608 Amalan Asas Takaful

5. Penilaian Aset

Garis panduan menyatakan bahawa pengendali Takaful

hendaklah mematuhi penilaian aset yang dinyatakan dibawah:

a. Aset dana Takaful Berkaitan Pelaburan hendaklah dinilai

berdasarkan nilai pasaran harian.

b. Bagi penilaian harta tak alih, Pengendali Takaful hendaklah

menggunapakai ‘FRS 140: Hartanah Pelaburan’ dan ‘FRS

116: Hartanah, Loji dan Peralatan’, yang dikeluarkan oleh

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB). Penilaian

harta tak alih yang dimiliki oleh Pengendali Takaful

hendaklah disahkan oleh penilai profesional bebas sekurang-

kurangnya sekali bagi setiap tiga tahun bagi hartanah

pelaburan (selain daripada harta yang dibeli tidak melebihi

setahun sebelum tarikh penilaian), dan sekali bagi setiap lima

tahun bagi hartanah yang diduduki sendiri. Walau

bagaimanapun, Pengendali Takaful perlu membuat

penyelarasan yang sesuai kerana nilai pasaran aset berubah

dengan ketara dalam tempoh antara penilaian.

c. Untuk aset-aset berikut, nilai aset hendaklah tidak melebihi

nilai pasaran:

i. Sekuriti tidak tersenarai; dan

ii. Sekuriti tersenarai yang telah digantung dagangannya

oleh mana-mana bursa saham bagi tempoh 14 hari atau

lebih dagangan berturut-turut pada tarikh nilai aset akan

ditentukan.

Asas dan teknik-teknik yang digunakan dalam menentukan nilai

saksama aset-aset di atas hendaklah didedahkan dan disahkan

oleh juruaudit luar. Untuk instrumen hutang Islam yang tidak

mempunyai pasaran yang aktif, pengendali Takaful atau penilai

bebas mereka boleh menggunakan teknik-teknik penilaian yang

diterima secara meluas yang telah menunjukkan kemampuan

untuk membuat anggaran harga yang boleh dipercayai.

Page 433: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 609

6. Penilaian Liabiliti

Asas pengiraan liabiliti bukan-unit bagi sijil Takaful berkaitan

pelaburan adalah seperti yang dinyatakan dibawah:

a. Aktuari yang dilantik hendaklah menjalankan penilaian

liabiliti bukan-unit bagi setiap sijil Takaful berkaitan

pelaburan dengan menggunakan unjuran aliran tunai. Liabiliti

komponen bukan-unit sijil Takaful berkaitan pelaburan

dinilai dengan membuat unjuran aliran tunai masa depan

untuk memastikan bahawa semua obligasi pada masa

hadapan boleh dipenuhi tanpa memerlukan bantuan

kewangan atau sokongan tambahan modal pada bila-bila

masa sepanjang tempoh perlindungan sijil Takaful berkait

pelaburan. Aktuari yang dilantik hendaklah membuat unjuran

aliran tunai yang menggunakan asas keperluan yang

ditetapkan dalam perenggan di bawah.

b. Aktuari yang dilantik hendaklah membuat unjuran aliran

tunai untuk penilaian liabiliti bukan-unit bagi setiap sijil

Takaful berkaitan pelaburan menggunakan asas anggaran

yang terbaik. Rizab minimum akan menjadi amaun yang akan

diasingkan supaya amaun terkumpul pada masa depan dengan

anggaran kadar pulangan yang terbaik, bersama-sama dengan

aliran tunai masa depan yang positif, semua aliran negatif

pada masa hadapan adalah sifar. Andaian anggaran terbaik

biasanya meliputi:

i. Kemortalan

Faktor-faktor bersesuaian berdasarkan pengalaman

sebenar atau jadual kemortalan industri.

ii. Pulangan pelaburan

Kadar jangkaan pertumbuhan dana harus mencerminkan

campuran aset sebenar dana dan anggaran terbaik aktuari

Page 434: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

610 Amalan Asas Takaful

mengenai perolehan pelaburan masa depan sandaran aset

dana.

iii. Perbelanjaan

Suatu set andaian yang sesuai hendaklah ditentukan

oleh aktuari yang dilantik berdasarkan siasatan yang

sesuai berkaitan amalan-amalan dana Takaful dan

pengalamannya; dan

Peruntukan yang sewajarnya mengenai inflasi

hendaklah disediakan dalam unjuran perbelanjaan

masa depan.

iv. Kadar pengeluaran

Suatu set yang bersesuaian mengenai kadar pengeluaran

yang berdasarkan pengalaman sendiri Dana Takaful.

c. Asas yang digunakan dalam penilaian hendaklah seperti apa

yang dilaporkan dalam laporan penilaian aktuari oleh aktuari

yang dilantik.

d. Aktuari yang dilantik hendaklah menilai margin yang sesuai

untuk pengiraan anggaran terbaik yang perlu dimasukkan

untuk menampung turun naik pasaran.

e. Aktuari yang dilantik perlu menilai samada untuk

menggunakan kaedah penilaian yang lebih ketat sekiranya

bersesuaian berdasarkan perspektif profesionalnya.

7. Had Umur Pemilik Sijil

Peserta pelan Takaful berkaitan pelaburan mestilah berumur

sekurang-kurangnya 18 tahun. Syarat ini dikenakan untuk

perniagaan Takaful berkaitan pelaburan memandangkan

keperluan untuk membataskan penjualan pelan itu kepada

individu yang cukup matang untuk membuat penilaian terhadap

Page 435: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 611

risiko pelaburan yang terlibat dan membuat keputusan pelaburan

yang baik.

8. Peruntukan Tempoh Bertenang

Peserta mempunyai peruntukan ‘free-look’ atau tempoh

bertenang selama 15 hari selepas menerima sijil untuk meneliti

terma dan syarat sijil. Peserta boleh menamatkan kuatkuasa sijil

dalam masa 15 hari tempoh bertenang dan pengendali Takaful

hendaklah membayar balik dengan segera sebarang sumbangan

yang telah dibayar keatas sijil berkenaan.

9. Manfaat Kematian Minimum

Produk Takaful berkaitan pelaburan hendaklah menyediakan

manfaat kematian minimum (tidak termasuk rider) seperti

berikut:

a. untuk sijil sumbangan tunggal - RM 5,000 atau 125% dari

sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi; atau

b. untuk sijil sumbangan tetap - RM 5,000 atau gandaan

sumbangan tahunan, yang mana lebih tinggi.

Pengendali Takaful boleh menawarkan manfaat kematian yang

lebih rendah daripada amaun minimum yang dinyatakan di atas

untuk peserta yang lebih tua usianya dan hayat substandard,

tertakluk kepada amaun minimum RM 5,000 atau 105% daripada

sumbangan tunggal, yang mana lebih tinggi.

10. Bayaran Sumbangan Minimum

Pelan sumbangan tunggal hendaklah mempunyai sumbangan

minimum sebanyak sekurang-kurangnya RM3, OOO. Ini bagi

mencerminkan jumlah pelaburan yang munasabah untuk memberi

manfaat yang lebih bermakna kepada peserta.

Page 436: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

612 Amalan Asas Takaful

11. Perantaraan

Hanya ejen dan lain-lain pengantara pengendali Takaful, yang

telah lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBA), atau yang setaraf

dengannya, yang dibenarkan memasarkan produk Takaful

berkaitan pelaburan.

12. Pendedahan Maklumat

a. Ilustrasi/Bahan Jualan;

Ilustrasi jualan/pemasaran hendaklah memenuhi kandungan

minimum dan keperluan pendedahan lain yang dinyatakan

dalam Kod dan Garis Panduan Produk Takaful Keluarga.

Disamping itu, ilustrasi jualan/pemasaran untuk sijil Takaful

berkaitan pelaburan juga hendaklah mematuhi format yang

disediakan dalam Garis Panduan.

b. Penyata kepada Pemilik Sijil;

Pengendali Takaful hendaklah menyediakan kepada setiap

peserta satu penyata mengenai nilai sijil peserta sekurang-

kurangnya sekali setahun. Penyata itu hendaklah diedarkan

dalam tempoh dua bulan selepas berakhirnya setiap tahun

kewangan pengendali Takaful, atau akhir tempoh yang

dilaporkan di mana kenyataan yang lebih kerap disediakan.

Penyata yang diedarkan kepada setiap peserta mengenai

status sijil berkaitan pelaburan mestilah mengandungi tetapi

tidak terhad kepada, maklumat yang ditetapkan dalam format

yang disediakan dalam garis panduan.

Setiap urus niaga dalam tempoh tersebut hendaklah

dilaporkan secara individu, bersama-sama dengan tarikh

transaksi berkenaan.

Page 437: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Percukaian dan Undang-Undang Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan 613

c. Laporan Prestasi Dana Kepada Pemilik Sijil

Pengendali Takaful hendaklah menyediakan laporan

mengenai prestasi setiap dana berkaitan pelaburan di mana

peserta mempunyai unit, sekurang-kurangnya sekali setahun

kepada setiap peserta. Laporan itu hendaklah diedarkan

dalam tempoh empat bulan dari tarikh akhir setiap tahun

kewangan pengendali Takaful, atau akhir tempoh yang

dilaporkan di mana laporan yang lebih kerap disediakan. Bagi

dana tertutup, Pengendali Takaful boleh menyediakan laporan

yang berdasarkan pada akhir tahun kewangan dana.

Laporan prestasi dana, yang termasuk penyata kewangan dan

nota-nota kepada akaun-akaun, hendaklah mengandungi

maklumat yang minimum seperti yang ditetapkan dalam

format yang disediakan dalam Garis Panduan.

C13.3 LAIN-LAIN KEPERLUAN PERUNDANGAN

Perniagaan Takaful berkait pelaburan tidak hanya tertakluk kepada

Akta Takaful 1984 dan Peraturan-Peraturan, tetapi juga kepada

prinsip undang-undang khas yang termaktub dalam kontrak Takaful

seperti kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, indemniti,

sebab hampiran, dan juga undang-undang yang berkaitan dengan

pembentukan kontrak kepada agensi-agensi dan syarikat-syarikat

yang digunakan sama dengan kelas Takaful Keluarga lain.

Page 438: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

614 Amalan Asas Takaful

Page 439: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Mengenalpasti dan Mewujudkan Keperluan Pelanggan 615

BAB C14

MENGENALPASTI DAN MEWUJUDKAN

KEPERLUAN PELANGGAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, kita akan melihat proses memberikan khidmat nasihat

yang akan membantu ejen dalam menjalankan perniagaan mereka

secara profesional. Kita akan melihat setiap proses dan memahami

apa yang perlu dilakukan.

C14.1 PENGENALAN

Ejen Takaful menghadapi cabaran-cabaran baru yang sangat berbeza

berbanding 15 tahun yang lalu. Landskap kewangan yang baru sama

ada di peringkat global atau tempatan telah membuat semua orang

menjadi lebih berhati-hati sebelum terlibat dalam mana-mana

portfolio pelaburan. Istilah kewangan dan ayat-ayat yang sukar

difahami sering mengelirukan dan pelanggan juga tidak mempunyai

pengetahuan yang mencukupi tentang bagaimana pasaran kewangan

yang berbeza memainkan peranannya.

Dalam usaha untuk mengenal pasti dan mewujudkan keperluan

pelanggan, ejen hendaklah mempunyai pengetahuan dan kefahaman

yang diperlukan, bukan sahaja aspek-aspek teknikal dan skop

perlindungan Takaful Keluarga, tetapi juga amalan memberi nasihat

kewangan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Struktur proses memberi khidmat nasihat melibatkan langkah-langkah

berikut:-

1. Mewujudkan dan menjelaskan hubungan pelanggan-ejen.

2. Mengumpulkan semua data kewangan, termasuk matlamat.

3. Menganalisa dan menilai status kewangan pelanggan.

Page 440: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

616 Amalan Asas Takaful

4. Merangka dan membentangkan cadangan.

5. Melaksanakan cadangan.

6. Memantau cadangan.

C14.2 MEWUJUD DAN MENJELASKAN HUBUNGAN

PELANGGAN-EJEN

Asas kepada jualan Takaful yang berjaya ialah amanah kerana jika

prospek tidak mempercayai ejen, adalah sukar untuk ejen

memuktamadkan jualan. Membina kitaran amanah adalah bahagian

paling penting dalam penglibatan pelanggan untuk melahirkan

profesional Takaful yang berjaya dan menguntungkan.

Ejen harus memulakan proses ini dengan mewujudkan hubungan

dengan pelanggan. Mewujudkan hubungan yang saling mempercayai

adalah langkah pertama yang berkesan untuk melibatkan pelanggan

supaya mereka secara terbuka boleh berbincang mengenai keperluan

kewangan mereka. Sama ada ejen memanggil mereka pelanggan,

klien atau pembeli, ejen mesti memahami dan mengakui bahawa

mereka semua adalah individu yang berpandangan, bersikap,

berpengetahuan dan berpersepsi terhadap perbincangan tersebut.

Ejen perlu meyakinkan pelanggan bahawa dia (ejen) berada dalam

kedudukan yang boleh membantu pelanggan untuk memenuhi

matlamat kewangan pelanggan. Ini adalah satu langkah yang penting.

Ejen perlu bertanya soalan yang betul untuk mengetahui apa yang

mereka cari, mengapa mereka perlu mencari, keperluan semasa dan

masa depan mereka dan pengalaman mereka dengan ejen insurans

dan pengantara-pengantara lain, semata-mata untuk meraih keyakinan

pelanggan yang dirinya (ejen) adalah penasihat yang boleh

dipercayai, yang mereka boleh bergantung harapan untuk

mengesyorkan produk yang betul, atas sebab-sebab yang betul.

Ejen perlu betul-betul fokus dan mengumpul maklumat sebanyak

mungkin. Akhirnya, ejen akan dapat membentuk kumpulan prospek

yang berkualiti.

Page 441: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Mengenalpasti dan Mewujudkan Keperluan Pelanggan 617

C14.3 MENGUMPULKAN SEMUA DATA KEWANGAN

TERMASUK MATLAMAT

Langkah seterusnya ialah tindakan ejen mengumpul data-data

berkaitan yang akan membantu ejen membuat analisa mengenai apa

yang diperlukan dalam perancangan kewangan pelanggan. Ejen perlu

mengendalikan sesi “pencarian fakta” dan mendapatkan semua data

yang berkaitan untuk membolehkan ejen itu untuk bergerak ke

langkah seterusnya. Ejen harus meminta maklumat mengenai keadaan

kewangan pelanggan, matlamat peribadi dan kewangan, memahami

kekangan masa pelanggan untuk membuat keputusan dan

mengadakan perbincangan.

Semua Pengendali Takaful telah menjadikannya sebagai satu

keperluan mandatori bagi ejen-ejen untuk mengisi borang carian fakta

pelanggan sebelum mengemukakan cadangan perniagaan baru.

Borang carian fakta pelanggan adalah satu dokumen penting dan ia

dapat membantu ejen yang mengumpul semua maklumat yang

relevan mengenai pelanggan, untuk memastikan keadaan kewangan

pelanggan dan seterusnya merangka keperluan pelanggan.

Borang Carian Fakta Pelanggan bertujuan mencari maklumat

mengenai:

Maklumat Peribadi Pelanggan dan Tanggungannya

Matlamat Hidup dan keutamaan Kewangan

Profil Risiko

Analisa Nilai Bersih

Analisa Aliran Tunai

Cadangan dan Rekod Nasihat

Maklumat di atas akan membolehkan ejen membina kefahaman yang

jelas tentang keadaan pelanggan dan membantu ejen untuk

merumuskan cadangan-cadangan untuk mencapai matlamat dan

objektif kewangan pelanggan.

Page 442: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

618 Amalan Asas Takaful

C14.4 MERANGKA PELAN DAN STRATEGI UNTUK

MENCAPAI MATLAMAT

Ejen perlu menganalisa maklumat pelanggan untuk menilai keadaan

semasa dan menentukan apa yang diperlukan untuk memenuhi

matlamat pelanggan. Ejen perlu merangka pelan induk yang dapat

membantu pelanggan mencapai matlamatnya. Analisa akan

menyediakan cadangan-cadangan yang akan memenuhi keperluan

pelanggan dalam bidang-bidang seperti;

Perlindungan yang mencukupi

Perancangan pendidikan anak-anak

Perancangan persaraan

Pengumpulan aset

Perancangan harta

Senarai di atas tidak lengkap tetapi ia adalah antara aspek-aspek

penting dalam kehidupan yang sering mengganggu fikiran kita. Usaha

merangka pelan yang konstruktif yang dapat memenuhi keperluan

pelanggan adalah amat penting dan ia perlu dilakukan dengan teliti.

C14.5 MEMBINCANGKAN CADANGAN

Sebaik sahaja pelan telah disiapkan, ejen kemudian akan duduk

berbincang dengan pelanggan mengenai pelan yang telah dirangka

khusus untuk pelanggan berkenaan. Ejen harus mengemukakan

cadangan yang dapat menangani matlamat pelanggan berdasarkan

maklumat yang telah dikumpulkan. Ejen perlu menerangkan

cadangan-cadangan berkenaan untuk memastikan pelanggan

memahami sepenuhnya dan membuat keputusan yang wajar. Ejen

juga perlu mendengar pendapat pelanggan dan mengkaji semula

cadangan sekiranya perlu.

Setiap pelanggan adalah berbeza. Sekiranya ejen berfikir untuk

menggunakan strategi atau pelan yang disediakan untuk pelanggan-

pelanggan lain, ejen itu sebenarnya silap. Pelan yang telah disiapkan

Page 443: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Mengenalpasti dan Mewujudkan Keperluan Pelanggan 619

itu adalah unik dan hanya untuk pelanggan berkenaan sahaja, dan ejen

harus memahami perkara ini.

C14.6 MELAKSANAKAN CADANGAN

Pelanggan dan ejen perlu bersetuju bagaimana cadangan-cadangan

tersebut akan dilaksanakan. Ejen boleh menjalankan semua cadangan

seperti yang telah dibincangkan. Sebarang perubahan dalam jumlah

perlindungan atau sumbangan hendaklah disampaikan kepada

pelanggan sebelum cadangan dilaksanakan.

C14.7 MEMANTAU CADANGAN

Pemantauan terhadap sijil pelanggan adalah fungsi yang sangat

penting dalam skop kerja ejen. Pemantauan berkala perlu dilakukan

dan pelanggan juga perlu dimaklumkan mengenai kemajuan dasar-

dasar yang telah ditetapkan. Oleh kerana ejen berurusan dengan

produk-produk Takaful berkaitan pelaburan, pengendali Takaful akan

menghantar laporan suku tahunan atau tahunan kepada pelanggan.

Ejen mestilah memastikan bahawa pelanggan mendapat penyata

laporan berkenaan dan bersedia untuk membantu menjelaskan laporan

kepada pelanggan. Ejen juga mempunyai tanggungjawab moral untuk

memastikan bahawa pertumbuhan dana selaras dengan objektif awal

yang ditetapkan. Ejen seharusnya dapat membantu pelanggan

membuat beberapa penyesuaian dan penyelarasan yang perlu demi

memastikan pelanggan mendapat pulangan terbaik dari sijil Takaful

yang dimiliki.

Ejen mesti melibatkan diri untuk melakukan semakan semula sijil

pada setiap setengah tahun atau secara tahunan. Semakan semula

secara spontan juga boleh dilakukan jika terdapat keperluan khas atau

jika terdapat perubahan besar yang mungkin telah berlaku terhadap

akaun pelaburan pelanggan.

Kebaikannya dengan melakukan kajian semula secara lebih kerap dan

tetap, ialah ia dapat membantu ejen mendapatkan senarai nama

rujukan berkualiti dari pelanggan untuk mengembangkan lagi

Page 444: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

620 Amalan Asas Takaful

perniagaan Takaful Keluarga. Ia juga membolehkan ejen itu berada

dikedudukan yang sesuai untuk melakukan jualan silang produk

Takaful lain disamping menjalankan kajian semula yang

dimaksudkan di atas.

Page 445: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 621

BAB C15

AMALAN TAKAFUL KELUARGA:

PEMASARAN DAN PERKHIDMATAN, ETIKA

DAN KOD PERLAKUAN

PENDAHULUAN

Bab ini akan menyentuh mengenai prinsip-prinsip yang paling asas

jualan Takaful dan cara dan kaedah bagaimana ia perlu dilakukan

secara profesional. Ia tidak boleh terlalu menekankan kepentingan

etika dan tingkah laku ejen sepatutnya dalam usaha mereka untuk

mencapai jualan yang disasarkan, tetapi untuk membela kepentingan

pelanggan dari kaca mata mereka.

C15.1 PENGENALAN

Isu-isu mengenai etika dan Kod Perlakuan ejen terus mejadi polemik

yang berterusan di kalangan semua pihak yang berkepentingan sejak

pengendali Takaful yang pertama mula beroperasi di Malaysia pada

akhir tahun 1980-an. Pertumbuhan industri ini amat mengagumkan

dan mengatasi pencapaian industri insurans konvensional secara

konsisten dalam sepuluh tahun yang lalu. Pencapaian ini dibuktikan

melalui Statistik Pengendali Takaful yang Disatukan dalam Statistik

Tahunan Takaful 2010 yang diterbitkan oleh BNM

(www.bnm.gov.my).

Ketika pasaran menjadi lebih berdaya saing lantaran kemasukan

pemain-pemain baru, pengendali Takaful mencari kaedah dan cara

baru untuk meningkatkan kadar penembusan Takaful di Malaysia.

Salah satu strategi ialah dengan memperbaiki dan membangunkan

kemahiran tenaga agensi melalui latihan intensif dalam aspek

Pemasaran dan Perkhidmatan serta pemahaman mereka dan

memantau tahap etika dan Kod Perlakuan mereka. Kewujudan tenaga

agensi yang lebih berkaliber boleh mewujudkan kesan positif dan

Page 446: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

622 Amalan Asas Takaful

tanggapan jangka panjang, dan dengan demikian ia menjadikan usaha

pemasaran produk dan perkhidmatan Takaful menjadi lebih mudah.

C15.2 PEMASARAN

Pemasaran adalah lebih bercirikan seni daripada sains, tetapi

pendatang baru perlu mempunyai kewibawaan tersendiri sebelum

mereka boleh memulakan kerjaya sebagai Ejen Takaful yang serba

mencabar ini. Dan maklumat berikut sesungguhnya ejen ’mesti tahu’

pada bila-bila masa apabila berdepan dengan bakal pelanggan:

1. Pengenalan

2. Prinsip-Prinsip Am Jualan

3. Penerangan mengenai Kontrak

4. Pendedahan Maklumat Pengunderaitan

5. Akaun dan Aspek-Aspek Kewangan

Pengenalan

Terminologi am berikut perlu difahami dan ia bermaksud:

1. Istilah “Takaful Keluarga” yang digunakan dalam Kod Etika &

Perlakuan mencakupi semua aspek tentang:

a. Perkhidmatan Rumah Ke-Rumah

b. Keluarga Biasa

c. Anuiti

d. Skim Pencen

e. Takaful Berkaitan Pelaburan dan

f. Takaful Kesihatan Kekal

2. Kod Etika digunapakai oleh semua pengantara, iaitu semua orang,

termasuk kakitangan pengendali Takaful yang memasarkan

mana-mana produk Takaful Keluarga. Broker insurans yang

berdaftar dan / atau broker Takaful dikecualikan kerana mereka

tertakluk di bawah kod tingkah laku profesional yang berasingan.

Page 447: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 623

3. Tanggungjawab diletakkan ke atas syarikat-syarikat ahli

Persatuan Takaful Malaysia untuk menguatkuasakan kod dan

menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan

pematuhan terhadap pelbagai peruntukan Kod, oleh semua

mereka yang terlibat dalam pemasaran sijil Takaful.

Jawatankuasa Audit / Tatatertib Pengendali Takaful

bertanggungjawab untuk memantau pematuhan oleh pengantara

Takaful keluarga. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk

mengemukakan laporan suku tahunan kepada Bank Negara

Malaysia mengenai sebarang pelanggaran kod etika yang

dilakukan pada suku tahun berkenaan, tindakan pembetulan atau

hukuman yang telah diambil.

4. Sekiranya terdapat aduan daripada peserta yang pengantara telah

bertindak melanggar kod etika, pengantara dikehendaki

bekerjasama dengan pengendali Takaful untuk mengumpulkan

fakta-fakta berkaitan. Pengadu perlu diberitahu bahawa aduan

boleh dikemukakan kepada pengendali Takaful yang berkaitan

sekiranya ia belum berbuat demikian.

5. Perlu ditegaskan bahawa kewajipan utama pengantara ialah untuk

melaksanakan urusniaga pada setiap masa dengan penuh

kesungguhan dan berintegriti.

Prinsip-Prinsip Asas Jualan

Bahagian berikutnya merupakan keterangan lanjut yang dipetik dari

Kod Etika dan Perlakuan dalam usaha mengekalkan semangat dan

objektif kod.

1. Pengantara hendaklah:

a. apabila ejen menghubungi atau berurusan dengan bakal

peserta, pastikan ejen memperkenalkan dirinya, nama

pengendalian Takaful yang diwakili dan menunjukkan Kad

Kuasa Pengantara Berdaftar;

Page 448: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

624 Amalan Asas Takaful

b. memastikan agar sijil perlindungan yang dicadangkan

bersesuaian dengan keperluan pelanggan dan tidak melebihi

keupayaan kewangan pelanggan;

c. memberi nasihat hanya pada perkara-perkara di mana ejen

mampu menanganinya dan mencari atau mencadangkan

nasihat pakar lain sekiranya perlu;

d. memastikan semua maklumat yang dibekalkan oleh bakal

peserta adalah sulit dan rahsia dan tidak boleh didedahkan

kepada orang lain;

e. apabila membuat perbandingan dengan polisi-polisi lain, sijil

Takaful atau bentuk pelaburan lain, terangkan perbezaan ciri-

ciri setiap polisi / sijil / pelaburan, tanpa menyebut nama

pengendali Takaful berkaitan;

f. memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada peserta.

(After Sales Service)

2. Pengantara tidak dibenarkan;

a. membuat kritikan yang tidak tepat atau tidak adil terhadap

mana-mana pengendali Takaful;

b. memujuk bakal peserta untuk membatalkan mana-mana sijil

yang sedia ada melainkan jika ini jelas tidak memenuhi

keperluan peserta.

Semua syarikat yang menjadi ahli Persatuan Takaful Malaysia

bersetuju untuk memastikan yang semua ejen dan pengantara

telah diingatkan sepenuhnya bahawa adalah suatu tindakan yang

bertentangan dengan kepentingan peserta dan industri Takaful

untuk mengamalkan kaedah penjualan Penggantian Sijil atau

‘pembelitan’ (twisting). Ahli Syarikat juga telah bersetuju untuk

bekerjasama menghapuskan amalan ini. Sekiranya terbukti

wujudnya unsur-unsur pembelitan / penggantian sijil, tindakan

sewajarnya boleh dikenakan terhadap ejen yang terlibat.

Page 449: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 625

Definisi Penggantian Sijil (Replacement of Certificate)

Memberhentikan kuatkuasa sesuatu sijil atau menjadikan sijil

berkenaan sebagai jelas dibayar dan kemudiannya menguatkuasakan

sijil baru dengan pengendali Takaful lain atau pengendali Takaful

yang sama.

Kerugian-kerugian yang akan timbul akibat penggantian sijil ialah:

1. Setiap kali peserta menukar kuatkuasa sijil dari satu pengendali

ke pengendali yang lain, peserta terpaksa memulakan semula

tempoh kelayakan (biasanya dua atau tiga tahun) untuk

menjadikan kontrak baru itu layak untuk mendapatkan nilai

serahan dan masuk dibawah fasal tidak lucut hak (iaitu

perlindungan dari sijil luput dan / atau kehilangan manfaat

kematian peserta samada secara sengaja atau tidak sengaja gagal

membayar sumbangan dalam tempoh tangguh yang diberikan).

2. Amaun sumbangan tahunan di bawah sijil sedia ada mungkin

lebih rendah daripada sijil baru tetapi dengan manfaat yang sama.

Sebarang penggantian sijil jenis yang sama biasanya pada kadar

sumbangan yang lebih tinggi berdasarkan umur peserta pada

masa itu.

3. Oleh kerana kos asal sijil Takaful Keluarga berpandukan kepada

nilai tunai dalam tahun-tahun sebelumnya, maka penggantian sijil

lama kepada sijil baru mengakibatkan peserta menanggung beban

kos-kos berkenaan dua kali ganda.

4. Fasal membunuh diri dan fasal ketidakcabaran (jika ada) akan

bermula semula di dalam sijil baru, yang sepatutnya akan dibayar

di bawah sijil lama yang telah digantikan.

Penerangan mengenai Kontrak

1. Pengantara hendaklah:

i. menerangkan semua peruntukan-peruntukan penting yang

terkandung didalam kontrak kepada bakal peserta;

Page 450: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

626 Amalan Asas Takaful

ii. menarik perhatian peserta mengenai sebarang batasan

termasuk pengecualian dibawah sijil berkenaan;

iii. menarik perhatian peserta mengenai kesan jangka panjang

dibawah sijil Takaful berkaitan dan akibat dari penamatan

awal/serahan sijil.

2. Sekiranya sijil menawarkan perkongsian keuntungan atau

sebaliknya bergantung kepada beberapa faktor yang berubah-

ubah seperti prestasi pelaburan, huraian manfaat yang

membezakan di antara manfaat tetap dan unjuran. Dalam kes sijil

cagaran di mana perolehan matang adalah untuk menyelesaikan

baki pinjaman tetapi bergantung kepada manfaat yang tidak

dijamin, ilustrasi jualan perlu menyatakan ”tidak ada jaminan

bahawa jumlah penuh pinjaman akan diperolehi apabila sijil

matang”.

3. Jika terdapat ilustrasi mengenai manfaat sijil, ia hendaklah

dijelaskan bahawa ilustrasi dibuat berdasarkan kepada andaian-

andaian tertentu, dan oleh itu ia tidak dijamin, dan manfaat yang

akan diisytiharkan pada masa akan datang mungkin lebih rendah

atau lebih tinggi daripada apa yang mereka jangkakan, (prestasi

masa lalu tidak semestinya berulang pada masa akan datang).

Mengenai sijil Takaful berkaitan pelaburan, ia perlu dijelaskan

bahawa nilai-nilai unit boleh berubah-ubah naik dan turun

bergantung kepada nilai asas pelaburan.

4. Apabila pengantara telah dibekalkan dengan contoh ilustrasi oleh

pengendali Takaful, pengantara tersebut hendaklah menggunakan

seluruh ilustrasi berkenaan kontrak yang dibincangkan diantara

pengantara dengan bakal peserta. Pengantara tidak boleh

meggunakan ilustrasi lain dan tidak boleh menambah atau

memilih hanya aspek-aspek terbaik dalam sijil berkenaan.

Pendedahan Maklumat Penguderaitan

Pengantara hendaklah mendapatkan borang cadangan yang telah

lengkap diisi atau bahan-bahan lain dengan:-

Page 451: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 627

i. Mengelakkan dari mempengaruhi peserta dan jelaskan bahawa

semua jawapan atau kenyataan yang diberikan adalah atas

tanggungjawab pencadang itu sendiri;

ii. memastikan bahawa akibat yang mungkin timbul sekiranya tidak

mendedahkan dan ketidaktepatan fakta, dengan menarik perhatian

pencadang kepada kenyataan amaran yang terdapat dalam borang

cadangan dan menjelaskan kepada pencadang mengenainya.

Aspek Perakaunan dan Kewangan

Pengantara hendaklah:-

1. mengakui penerimaan (kecuali sebaliknya jika tidak mendapat

kebenaran dari Pengendali Takaful, maka pengantara bertindak

atas dirinya sendiri) dan menyelenggara akaun yang sepatutnya

bagi semua wang yang diterima berkaitan dengan sijil Takaful

dan hendaklah membezakan sumbangan itu dari lain-lain

bayaran;

2. mengemukakan dengan segera semua bayaran yang diterima

berkaitan sijil Takaful Keluarga kepada Pengendali Takaful.

C15.3 GARIS PANDUAN KOD PERLAKUAN

Bahagian ini menerangkan aspek-aspek berkaitan:

1. Kod Etika (Kenyataan Falsafah)

2. Skop Liputan

3. Kaedah Pengawalan

4. Tujuh Prinsip-Prinsip Garis Panduan

5. Kod Perlakuan – hanya sebagai panduan.

Kod Etika (Kenyataan Falsafah)

Garis panduan ini berkisar kepada kenyataan falsafah berikut:-

1. Perniagaan Takaful Keluarga ini adalah berdasarkan falsafah

perkongsian risiko. Oleh itu, perniagaan seperti ini perlu

Page 452: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

628 Amalan Asas Takaful

dikendali dan ditadbir dengan tahap kewibawaan serta etika yang

tertinggi.

2. Ia adalah perniagaan yang berasaskan kepercayaan dan kejujuran,

yang memerlukan sepenuh tanggungjawab dan profesionalisme.

3. Kepercayaan pemegang sijil dan orang awam kepada

kewibawaan dan kejujuran pengendali Takaful hendaklah sentiasa

dipelihara dan diperkukuhkan.

4. Pengendali Takaful hendaklah pada sepanjang masa memastikan

perniagaan mereka diurus dengan baik demi memastikan wang

simpanan pemegang sijil terjamin serta kepercayaan mereka

terhadap pengendali terus kukuh.

5. Pengendali Takaful hendaklah sentiasa cekap dan cepat dalam

menyediakan khidmat kepada pemegang sijil dan, membantu

serta menasihati mereka apabila perlu, atas dasar saling

membantu.

Untuk mencapai objektif dan falsafah di atas, Pengendali Takaful

telah berusaha membentuk kod etika untuk menyediakan panduan

kepada mereka yang bekerja dalam industri supaya menyebarkan dan

mengekalkan standard etika yang seragam, dan untuk menegakkan

kepercayaan dan kebajikan pemegang sijil pada setiap masa.

Bahagian berikutnya menyediakan ringkasan peraturan kod etika

dimana kakitangan pengendali Takaful dikehendaki mematuhinya

sepanjang masa.

Skop Liputan

Garis panduan ini meliputi semua kakitangan pengendali Takaful

yang beroperasi di Malaysia. Garis Panduan ini menyediakan

Standard Minimum perlakuan yang sepatutnya diamalkan oleh semua

pekerja pengendali Takaful. Pengendali Takaful juga, sekiranya perlu,

boleh merangka satu set peraturan yang lebih menyeluruh untuk

mengekalkan standard etika dikalangan pekerja mereka.

Page 453: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 629

Kaedah Pengawalan

Untuk memastikan yang garis panduan ini dipatuhi, pihak pengurusan

pengendali Takaful dikehendaki mewujudkan suatu prosedur

minimum berikut:-

1. menghendaki semua pekerja (sedang berkhidmat dan perlantikan

pekerja baru) menandatangani perisytiharan yang mereka akan

patuh kepada garis panduan ini;

2. menghendaki semua pengantara (sedang berkhidmat dan

perlantikan baru), menandatangani perisytiharan yang mereka

akan patuh kepada garis panduan ini;

3. memberi tanggungjawab kepada ketua jabatan untuk memastikan

garis panduan dipatuhi sepanjang masa dan menangani sebarang

pertanyaan dari pekerja berkaitan dengan kod perlakuan;

4. sebarang pengengkaran kod etika hendaklah dilaporkan kepada

Jawatankuasa Disiplin / Audit yang akan berurusan terus dengan

Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Takaful Malaysia. Sebagai

tambahan, jawatankuasa ini juga dikehendaki menghantar laporan

suku tahunan kepada Bank Negara Malaysia, tentang sebarang

kes pengengkaran dan bentuk tindakan yang telah diambil dalam

tempoh laporan berkenaan;

5. menyelenggara rekod berpusat tentang pengengkaran;

6. melaporkan dengan segera kes-kes penipuan kepada pihak polis

dan Bank Negara Malaysia.

C15.4 ETIKA DAN PERLAKUAN

Tujuh Prinsip-Prinsip Asas Garis Panduan

Dokumen Kod Etika dan Perlakuan menerangkan dengan terperinci

tentang prinsip-prinsip yang dinyatakan di bawah. Cukup setakat ini

penerangan mengenai garis panduan, mereka yang berminat

digalakkan merujuk kepada dokumen berkaitan.

1. Untuk mengelakkan pertentangan kepentingan;

2. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa / kedudukan;

Page 454: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

630 Amalan Asas Takaful

3. Untuk mengelakkan salahguna maklumat;

4. Untuk memastikan kelengkapan dan ketepatan rekod berkaitan;

5. Untuk memastikan bahawa semua bentuk komunikasi dan urusan

antara Pengendali Takaful dengan peserta dan pelanggan adalah

sulit;

6. Untuk memastikan layanan yang berpatutan dan adil diberi

kepada setiap pemegang sijil dan individu-individu lain yang

bergantung kepada atau mereka yang mempunyai hubungan

dengan Pengendali Takaful;

7. Untuk menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan

berwibawa.

C15.5 KOMISEN DAN PENDEDAHAN KOMISEN

Pengendali Takaful yang cekap dan bertanggungjawab adalah

pengendali yang menjalankan perniagaan secara berhemah, termasuk

menjalankan kawalan ke atas kutipan sumbangan, perbelanjaan dan

strategi pembangunan perniagaan.

Garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Kos Kendalian

Perniagaan Takaful Keluarga yang dikeluarkan pada Disember 2003,

antara lain menyatakan had jumlah komisen yang boleh dibayar

kepada ejen-ejen Takaful Keluarga. Ia juga menetapkan had komisen

agensi keatas perbelanjaan berkaitan dan perbelanjaan pengurusan

lain. Malah, garis panduan itu juga menetapkan Struktur Agensi yang

perlu digunapakai oleh pengendali Takaful kepada agensi-agensi

jualan mereka.

Peratusan maksimum komisen agensi yang kena dibayar atas

perniagaan sijil Takaful Keluarga dengan bayaran sumbangan dalam

tempoh 20 tahun atau lebih adalah seperti berikut:

Page 455: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 631

1 Komisen kepada ejen 110%

2 Komisen Overriding kepada ketua agensi 41%

3 Bonus Produktiviti (pengeluaran) dan Bonus

Persistensi kepada ejen

15%

4 Bonus Produktiviti kepada ketua agensi 5%

JUMLAH 171%

Struktur Komisen Perniagaan Takaful Keluarga

Ejen diminta untuk mendedahkan komisen yang diterima atas

perniagaan tertentu apabila diminta oleh pelanggan / peserta masing-

masing.

C15.6 AMALAN TAKAFUL KELUARGA

Bahagian ini membincangkan aspek-aspek berikut:

1. Pengenalan

2. Tuntutan

3. Borang Cadangan

4. Sijil dan Dokumen Tambahan

5. Bahan Jualan/Pengiklanan

Pengenalan

Matlamat utama seksyen ini ialah untuk mengurangkan formaliti yang

terlibat dalam isu pengeluaran sijil baru dan pembayaran tuntutan.

BNM telah mengeluarkan garis panduan yang dipanggil “Amalan

Nasihat Wajar bagi Perniagaan Takaful Keluarga” yang telah

dikuatkuasakan bulan Mac 2004. Dalam menangani isu ini, garis

panduan telah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi

disebabkan tidak mendedahkan / memberitahu atau tuntutan yang

tidak wajar, walaupun oleh seorang peserta sahaja. Disebabkan oleh

masaalah ini dan mungkin juga masalah-masalah lain, Kenyataan

Amalan ini tidak diwajibkan.

Jawatankuasa Audit / Tatatertib Persatuan Takaful Malaysia

bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan oleh ahli

Page 456: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

632 Amalan Asas Takaful

Pengendali Takaful. Ia juga bertanggungjawab untuk mengemukakan

laporan kepada Bank Negara Malaysia mengenai pelanggaran kod

etika dan tindakan pembetulan atau hukuman yang telah diambil.

Tuntutan

1. Garis panduan ini menghendaki pengendali Takaful tidak boleh

menolak tuntutan yang dikemukakan tanpa alasan yang kukuh.

Lebih-lebih lagi, pengendali Takaful tidak boleh menolak

tuntutan atas alasan tidak mendedahkan fakta atau salah nyata

fakta yang di luar pengetahuan pencadang. Pengecualian yang

diberikan hanyalah untuk keadaan yang disebut dalam

peruntukan-peruntukan sijil atau peruntukan di bawah Akta

Takaful 1984, bersama-sama dengan peraturan-peraturan lain

yang berkaitan.

2. Sekiranya terdapat had masa untuk pemberitahuan tuntutan, pihak

yang menuntut tidak boleh diminta untuk melakukan lebih

daripada melaporkan tuntutan dan memberitahu perkembangan

seterusnya dengan seberapa segera yang semunasabah mungkin.

3. Setelah pihak yang menuntut dapat membuktikan berlakunya

kejadian yang dilindungi di bawah sijil dan hak untuk membuat

tuntutan, pengendali perlu membayar tuntutan dengan kadar

segera, biasanya dalam tempoh 60 hari.

4. Pengendali Takaful tidak boleh mengenakan sebarang yuran

memproses tuntutan dari peserta atau benefisiari.

Borang Cadangan

1. Sekiranya borang cadangan menghendaki pendedahan fakta

material, maka satu kenyataan perlu dimasukkan ke dalam

perisytiharan atau menunjukkannya dengan jelas didalam borang

cadangan atau dalam dokumen yang menjadi sebahagian dari

kontrak.

a. menarik perhatian peserta tentang akibat yang mungkin

timbul atas kegagalan untuk mendedahkan fakta material.

Page 457: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

Amalan Takaful Keluarga: Pemasaran dan Perkhidmatan 633

b. memberitahu bakal peserta iaitu sekiranya ia merasa ragu-

ragu tentang sama ada maklumat tertentu itu merupakan fakta

material atau sebaliknya, fakta tersebut perlu didedahkan.

2. Pengendali Takaful perlu menyertakan salinan borang cadangan

yang telah ditandatangani kepada peserta, bersama-sama dengan

sijil Takaful yang asal.

Sijil dan Dokumen Tambahan

1. Pengendali Takaful akan terus menyediakan bentuk borang

cadangan yang lebih jelas dan dokumen sijil yang mengambil

keperluan undang-undang di bawah kontrak Takaful. Sebagai

tambahan kepada borang cadangan, pencadang / pelanggan juga

perlu menandatangani borang “Carian Fakta Pelanggan” semasa

dalam proses pembelian perlindungan Takaful Keluarga. Ini

adalah selaras dengan garis panduan keperluan Amalan Nasihat

Wajar (Proper Advice Practice - PAP).

2. Sijil dan dokumen yang disertakan hendaklah menunjukkan

samaada terdapat hak memperolehi nilai serahan. Jika sijil

menyatakan hak untuk nilai serahan, maka hak tersebut

hendaklah dinyatakan dalaam sijil. Berhubung dengan cadangan

perlindungan bertempoh atau Takaful simpanan risalah jualan

perlu menerangkan perkara berikut di dalam kontrak:

a. ia adalah kontrak jangka panjang;

b. nilai serahan terutamanya pada tahun-tahun terawal, biasanya

lebih rendah dari jumlah keseluruhan sumbangan yang telah

dibayar.

C15.7 PROMOSI BAHAN/PENGIKLANAN

Pengendali Takaful akan memastikan bahawa maklumat yang

terkandung di dalam bahan-bahan jualan dan iklan adalah betul dan

benar dan dengan itu tidak mengelirukan orang ramai. Ia akan

memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan akan mematuhi

keperluan Syariah pada setiap masa.

Page 458: TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents

634 Amalan Asas Takaful