sampel soalan kajian tindakan 1 2012

18
SAMPEL KERTAS INI MENGANDUNGI 18 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2012 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH) PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- KAEDAH NO. KOD : TARIKH: ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit PUSAT : ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan.tamat Kertas jawapan yang tidak dihantar bersama setelah tamat masa peperiksaan tidak akan diperiksa 5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat 6. Masa tambahan 10 minit diberikan untuk calon membaca soalan sebelum menjawab UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH A (20 markah) 1-20 B (40 markah) 1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b C (40 markah) 1 2 3 JUMLAH KESELURUHAN

Upload: namirahmujahidahsyahidah

Post on 25-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • SAMPEL

    KERTAS INI MENGANDUNGI 18 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2012

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

    (SEKOLAH RENDAH)

    PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- KAEDAH

    NO. KOD : TARIKH:

    ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit

    PUSAT :

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei

    2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C

    3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

    4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan.tamat

    Kertas jawapan yang tidak dihantar bersama setelah tamat masa

    peperiksaan tidak akan diperiksa

    5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat

    6. Masa tambahan 10 minit diberikan untuk calon membaca soalan sebelum menjawab

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH

    A (20 markah)

    1-20

    B (40 markah)

    1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b

    C (40 markah)

    1 2 3

    JUMLAH KESELURUHAN

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    2 SULIT

    BAHAGIAN A ( 20 markah )

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    1. Jenis kajian tiindakan mengikut Creswell (2008) adalah berasaskan

    (A) dasar

    (B) amalan

    (C) matlamat

    (D) keperluan

    2. Penyelidikan tindakan berbeza dengan penyelidikan jenis lain kerana

    (A) data dianalisis untuk menjawab persoalan kajian

    (B) data dikumpul oleh guru dengan menggunakan kaedah sesuai

    (C) laporan penyelidikan tindakan dijadikan bahan rujukan untuk guru lain

    (D) penyelidikan dijalankan oleh guru sendiri untuk memperbaiki amalan

    dalam bilik darjah

    3. Apabila seorang penyelidik membuat suatu rumusan kajian berasaskan data dan hipotesis, penyelidik itu melakukan

    (A) Peramalan

    (B) Interpolasi linear

    (C) Statistik perihalan

    (D) Statistik inferensi

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    3 SULIT

    4. Semasa menentukan masalah kajian tindakan, antara prinsip yang perlu diikuti ialah

    I. masalah dinyatakan dalam bentuk persoalan dan boleh diuji secara empiris

    II. kaedah yang digunakan haruslah menghasilkan maklumat yang sah dan boleh dipercayai

    III. kaedah pengumpulan data tidak memerlukan masa yang terlalu lama

    IV. kajian yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

    V. menumpukan perhubungan sekurang-kurangnya 2 keadaan atau pembolehubah

    (A) I dan II sahaja

    (B) III dan V sahaja

    (C) II, III dan IV sahaja

    (D) I, IV dan V sahaja

    5. Semasa menjalankan kajian tindakan, refleksi dilakukan bertujuan untuk.

    I. memahami kewujudan sesuatu masalah

    II. menyelesaikan masalah kajian secara takulan

    III. memperihalkan permasalahan kajian secara lanjut

    IV. mengetahui tahap keseriusan masalah yang hendak dikaji

    V. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

    (A) I dan II sahaja

    (B) III dan V sahaja

    (C) II, III dan IV sahaja

    (D) I, IV dan V sahaja

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    4 SULIT

    Untuk soalan 6- 8 Seorang penyelidik ingin mendapatkan data pelajar-pelajar disebuah sekolah berasaskan tujuh pembolehubah berikut

    Bil. pembolehubah Bil. Pembolehubah

    I Jantina V Keturunan

    II Umur VI Sangat tidak bersetuju,tidak

    setuju,tidak pasti,setuju, sangat setuju

    III Lokasi tempat tinggal VII Markah ujian

    IV Pendapatan keluarga

    6. Pembolehubah jenis nisbah ialah

    (A) II dan IV

    (B) II dan VII

    (C) II,IV dan VI

    (D) II,IV dan VII

    7. Pembolehubah VI adalah pembolehubah jenis

    (A) ordinal

    (B) nominal

    (C) nisbah/ratio

    (D) interval/sela

    8. Pembolehubah yang manakah nilai sifarnya tidak mutlak

    (A) II sahaja

    (B) IV sahaja

    (C) VI sahaja

    (D) VII sahaja

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    5 SULIT

    9. Penyelidik yang kritis biasanya prihatin kepada aspek berikut. (A) Tidak menggunakan statistik

    (B) Apa yang penyelidik ambil peluang

    (C) Bagaimana penyelidikan itu didapati

    (C) Mengamalkan kaedah penyelidikan yang beretika

    10. Manakah antara berikut penyelidikan berbentuk eksperimen? (A) Kajian ciri-ciri kejayaan kepemimpinan Guru Besar Sekolah Rendah

    (B) Kajian untuk menentukan adakah Ibubapa memberikan lebih nilai sosial (C). Kajian untuk mencari adakah penggunaan peta konsep dapat

    meningkatkan pencapaian

    (D) Kajian perbandingan tahap kolesterol antara orang yang makan sayur- sayuran dan orang yang makan daging

    11. Kajian Kulitatif biasanya berasaskan kepada andaian (A) fakta dan perasaan tidak boleh dipisahkan (B) fakta dan perasaan boleh dipisahkan, dan dunia dibina oleh pelbagai realiti.

    (C) dunia dibina oleh pelbagai realiti, sosial dipengaruhi perbezaan individu yang sama situasi.

    (D) fakta dan perasaan boleh dipisahkan dan dunia dibina oleh fakta yang boleh diperolehi

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    6 SULIT

    12. satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlaku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Ini merujuk kepada:

    (A) Potfolio

    (B) Anetdot

    (C) Senarai semak

    (D) Rekod berterusan

    13. Hasil kajian boleh disebarkan kepada penggunaan umum secara paling berkesan ialah

    (A) seminar (B) hebahan

    (C) edaran pamplet

    (D) penerbitan jurnal

    14. Data-data kajian boleh dipungut dengan berbagai cara, kaedah pungutan data yang paling sesuai bagi kajian kuantitatif ialah

    (A) temubual (B) soal selidik

    (C) temuramah.

    (D) pemerhatian

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    7 SULIT

    15. Kaedah pengumpulan data di bawah adalah sesuai untuk kajian tindakan.

    i. Tinjauan

    ii. Soal selidik

    iii. Laporan jurnal

    iv. Borang catatan temubual

    v. Laporan daripada beberapa pihak

    (A) I dan II sahaja

    (B) II dan V sahaja

    (C) II, III dan IV sahaja

    (D) I, IV dan V sahaja

    16. Kesahan sesuatu peramal boleh ditentukan melalui (A) Kaedah Bahagi Dua (B) Kaedah Penentuan

    (C) Kesahan Kandungan

    (D) Kesahan Uji Semula

    17. Seseorang yang menjalankan kajian tindakan perlulah mematuhi etika dalam kajian tindakan. Antara di bawah yang manakah BUKAN etika kajian tindakan.

    (A) Mengelakkan sebarang kemudaratan kepada subjek

    (B) Menghormati kerahsiaan maklumat dan identiti subjek

    (C) Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri dan tidak dipaksa

    (D) Kajian direka dan dijalankan untuk mencapai matlamat ditetapkan penyelidik.

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    8 SULIT

    18. Antara berikut yang manakah bukan kriteria dalam menentukan fokus kajian.

    (A) kesahan

    (B) kerelevanan

    (C) keserasian (D) kebolehurusan

    19. Terdapat beberapa model yang boleh kita ikuti dalam menjalankan Kajian Tindakan, model manakah yang menekankan kepada pendekatan spiral.

    (A) Model Kurt Lewin (B) Model Jean Mcniff

    (C) Model John Elliott

    (D) Model Stephen Kemmis

    20. Susunkan langkah-langkah penyelidikan tindakan di bawah mengikut Model Kurt Lewin.

    i. Pencarian fakta

    ii. Perancangan pelan tindakan

    iii. Mengenal pasti idea

    iv. Penilaian tindakan yang diambil

    v. Pelaksanaan tindakan

    (A) i , ii, iii, iv dan v sahaja

    (B) iii, I, ii, v dan iv sahaja

    (C) i, iii, ii, v dan iv sahaja

    (D) iii, ii, i, v dan iv sahaja

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    9 SULIT

    BAHAGIAN B ( 40 markah )

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    1. Penyelidikan Tindakan boleh dikenalpasti berdasarkan beberapa ciri tertentu. Nyatakan lima ciri Penyelidkan Tindakan.

    (a) ________________________________________________________

    (b) ________________________________________________________

    (c) ________________________________________________________

    (d) ________________________________________________________

    (e) ________________________________________________________

    5 x 2 = 10 [10 markah]

    2. Penyelidikan Tindakan perlulah dijalankan mengikut proses yang biasa dijalankan bagi menentukan kejayaan penyelidikan tersebut. Nyatakan empat peringkat proses Penyelidikan Tindakan mengikut urutan.

    (a) ________________________________________________________

    (b) ________________________________________________________

    (c) ________________________________________________________

    (d) ________________________________________________________

    4 x 2.5 = 10 [10 markah]

  • No. Kod : 3113 Angka Giliran : _______________________

    10 SULIT

    3. Penyelidikan kualitatif kini semakin digemari dalam memahami proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Nyatakan empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif yang biasa dijalankan

    (a) ________________________________________________________

    (b) ________________________________________________________

    (c) ________________________________________________________

    (d) ________________________________________________________

    4 x 2.5 = 10 [10 markah]

    4. Berdasarkan Model Stephen Kemmis, rancangkan secara ringkas lima langkah kajian mengikut susunan satu kajian mengenai isu pendidikan pra sekolah.

    (a) ________________________________________________________

    (b) ________________________________________________________

    (c) ________________________________________________________

    (d) ________________________________________________________

    5 x 2 = 10 [10 markah]

  • No. Kod : 3113

    11 SULIT

    BAHAGIAN C ( 40 markah )

    Jawab dua soalan dalam bahagian ini

    1. Refleksi daripada satu isu atau masalah yang dihadapi sepanjang 12 minggu praktikum di sekolah, tulis satu ringkasan proposal kajian tindakan berasaskan kepada

    Pernyataan masalah

    Matlamat dan objektif

    Soalan kajian atau hipotesis

    metodologi

    (20 markah)

    2. Berikut adalah output analisis ujian T bagi sebuah kajian tindakan yang telah

    dijalankan disebuah sekolah

    Paired Samples Statistics

    Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

    Pair 1 pra 18.5000 30 23.12448 4.22193

    pos 42.1000 30 25.92210 4.73271

    Paired Samples Correlations

    N Correlation Sig.

    Pair 1 pra & pos 30 .845 .000

    Paired Samples Test

    Paired Differences

    Mean

    Std.

    Deviation

    Std. Error

    Mean

    95% Confidence Interval

    of the Difference

    t df

    Sig. (2-

    tailed) Lower Upper

    Pair 1 pra - pos -

    23.60000 13.92740 2.54278 -28.80058 -18.39942 -9.281 29 .000

    Berikan tafsiran anda mengenai hasil kajian tersebut (20 markah)

  • No. Kod : 3113

    12 SULIT

    3.

    Cikgu Atilah mengajar Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu. Ketika mengajar huruf-huruf kepada pelajar, Cikgu Atilah menggunakan Kad Perkataan sebagai alat bantu mengajar. Daripada pemerhatian, Cikgu Atilah mendapati minat pelajar-pelajar terhadap Kad Perkataan di kalangan murid adalah berbeza-beza. Timbul persoalan kepada Cikgu Atilah, adakah saiz, warna dan bentuk huruf yang digunakan pada Kad Perkataan mempengaruhi minat pelajar. Bagi menjawab persoalan tersebut, Cikgu Atilah ingin menjalankan satu Kajian bagi menjawab persoalan tersebut.

    (a) Berasaskan kepada suatu model Kajian tindakan yang sesuai,

    tunjukan satu carta proses yang perlu bagi Cikgu Atilah menjalankan Kajian

    Tindakan.

    (10 markah)

    (b) Huraikan setiap langkah dalam proses Kajian Tindakan yang perlu

    dijalankan oleh Cikgu Atilah..

    (10 markah)

    Kementerian pelajaran

  • No. Kod : 3113

    13 SULIT

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2011

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( SEKOLAH RENDAH )

    NO.KOD : 3113 TARIKH :

    PERATURAN MEMBERI MARKAH

  • No. Kod : 3113

    14 SULIT

    BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan.

    1. B 11. D

    2. D 12. B

    3. D 13. D

    4. D 14. B

    5. C 15. C

    6. D 16. D

    7. D 17. D

    8. C 18. A

    9. C 19. D

    10. C 20. B

    20 x 1 markah = 20 markah

  • No. Kod : 3113

    15 SULIT

    BAHAGIAN B

    Jawab semua soalan.

    1. Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

    a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka.

    b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.

    c. merupakan proses pembelajaran yang teratur.

    d. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.

    e. menggalakkan fikiran yang terbuka.

    f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

    g. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan.

    h. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.

    i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)

    j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

    1 fakta = 2 markah 5 fakta = 10 markah

  • No. Kod : 3113

    16 SULIT

    2. Empat peringkat proses penyelidikan tindakan

    (a) Merancang (b) Bertindak (c) Memerhati (d) merefleksi

    1 fakta = 2.5 markah

    4 fakta = 10 markah

    3. Empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif

    (i) temubual (transkrip, catatan)) (ii) pemerhatian (nota lapangan) (iii) analisis dokumen (Minit mesyuarat,sukatan,laporan) (iv) Artifak (E-mel,memo,nota,borang,respons,gambar,video,foto)

    Jawapan-jawapan lain yang munasabah

    1 fakta = 2.5 markah 4 fakta = 10 markah

    4. Model kajian tindakan ( stephen kemmis) 1. Tajuk kajian 2. Latar belakang kajian 3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat 4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan 5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen 6. Refleksi

    Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti; 1). Mengenal pasti idea 2). Pencarian fakta 3). Perancangan pelan tindakan 4). Pelaksanaan tindakan 5). Penilaian tindakan yang diambil 6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5 7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

    Jawapan-jawapan lain yang munasabah

    1 fakta = 2 markah

    5 fakta = 10 markah

  • No. Kod : 3113

    17 SULIT

    BAHAGIAN C

    ( 40 MARKAH )

    1. Ringkasan proposal

    Pernyataan Masalah Kajian yang dirancang ini adalah untuk membantu murid-murid pra sekolah yang tidak dapat mengenal huruf.. Tindakan yang dirancang untuk dijalankan ialah dengan menggunakan kaedah permainan yang telah dikenal pasti sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid yang telah dikenal pasti bermasalah ini. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini perlu diatasi dengan segera kerana jika dibiarkan berterusan mungkin murid-murid akan menghadapi masalah untuk meneruskan pelajaran yang seterusnya kerana kemahiran mengenal huruf ini adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid pra sekolah Matlamat dan objektif kajian Umum -Mempertingkatkan kemahiran mengenal huruf bagi murid-murid pra sekolah Khusus Membantu murid mengenal huruf dengan lebih cepat menggunakan kaedah permainan roda impian Mengenalpasti jenis huruf konsonan dan vokal Soalan kajian dan hipotesis Adakah murid dapat mengenalpasti huruf dengan baik ? Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan huruf antara pelajar lelaki dan perempuan Metodologi

    Rekabentuk Pengkaji menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca menggunakan dua bentuk kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang telah diseimbangkan. Kajian dimulakan dengan kedua-kedua kumpulan kawalan dan rawatan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan kawalan digunakan kaedah pengajaran tradisional sementara kumpulan rawatan digunakan kaedah permainan roda impian. Selepas itu kedua-kedua kumpulan kawalan dan rawatan diberikan ujian pasca yang sama untuk menguji peningkatan penguasaan kemahiran menyebut huruf Populasi dan sampel kajian Kajian ini melibatkan 26 orang murid pra sekolah Al muttaqin. Pengkaji memilih murid-murid pra sekolah ini kerana fokus kajian pengkaji ialah kelemahan dalam kemahiran mengenalpasti huruf dan menyebut. Pengkaji memilih murid kelas ini

  • No. Kod : 3113

    18 SULIT

    untuk dijadikan sampel kerana penyelidik mengajar kelas ini semasa praktikum . 26 orang sampel ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan secara seimbang mengikut tahap pencapaian responden berdasarkan keputusan ujian yang lepas bagi tunjang komunikasi. Kumpulan rawatan seramai 13 orang akan diberikan rawatan menggunakan permainan roda impian sementara kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan pengajaran konvesional. Instrumen Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpul dengan menggunakan beberapa instrumen-instrumen yang tertentu seperti instrumen soal selidik, pemerhatian dan ujian pra-pasca. Instrumen yang digunakan telah disahkan untuk memastikan data-data yang dikumpul mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

    Jawapan-jawapan lain yang munasabah (20 markah)

    2. Daripada Jadual , statistik asas menunjukkan min pencapaian pelajar pada ujian pra ialah 18.5 manakala min pencapaian pelajar pada ujian pos ialah 42.1. Perbezaan min antara ujian pos dan ujian pra ialah 23.6 (rujuk Jadual )Korelasi antara ujian pra dan ujian pos ialah 0.845 dan statistik korelasi adalah signifikan (p < 0.05). Korelasi yang positif dan dengan koefisien yang tinggi (r=0.690) ini menunjukkan pelajar yang memperoleh markah yang tinggi pada ujian pra bercenderung untuk memperoleh markah yang tinggi pada ujian pos dan sebaliknya. Berdasarkan Jadual statistik ujian t adalah signifikan (t=-9.281; df=29; p