sampel amali 1

16
Amali : 1 Tajuk : Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan Pengenalan : Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semula jadi .Ekosistem adalah satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan saling bergantung antara hidupan dengan sekelillingnya. Ekosistem juga boleh dikatakan satu interaksi yang kukuh antara semua hidupan dan bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu dan yang lain. Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat: 1. Komponen biotik- komponen hidupan yang teridiri daripada pengeluar,pengguna(konsumer) dan pengurai. 2. Komponen abiotik-komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya,nilai pH,kelembapan,suhu,udara dan air. Biologi Tanah Biota tanah adalah kumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai tempat untuk menjalakan proses kehidupan. Biota tanah adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan dengan tanah kerana biota tanah dan tanah bergantung antara satu sama lain.Biota tanah merupakan faktor pembentukan tanah yang menjalankan pelbagai proses yang membentuk struktur atau keadaan tanah ,antara proses yang terlibat ialah mineralisasi,menghancurkan dan merombak bahan organik(humifikasi,mineralisasi) dan mencapur bahan penyusun tanah(pedoturbasi) Fauna pada ekosistem tanah terdiri daripada makro fauna dan mikro fauna. Makro fauna terdiri daripada: herbivor seperti annelida(cacing tanah),dipoloda(kaki seribu) dan serangga, Manakala mikro fauna teridiri daripada protozoa dan rotifera.

Upload: satria-baju-hitam

Post on 25-Jul-2015

665 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Amali : 1

Tajuk : Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan

Pengenalan :

Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan benda

bukan hidup dalam alam semula jadi.Ekosistem adalah satu sistem ekologi yang

terbentuk oleh hubungan saling bergantung antara hidupan dengan sekelillingnya.

Ekosistem juga boleh dikatakan satu interaksi yang kukuh antara semua hidupan

dan bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu dan yang lain.

Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat:

1. Komponen biotik- komponen hidupan yang teridiri daripada

pengeluar,pengguna(konsumer) dan pengurai.

2. Komponen abiotik-komponen bukan hidupan yang terdiri daripada

cahaya,nilai pH,kelembapan,suhu,udara dan air.

Biologi Tanah

Biota tanah adalah kumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai tempat untuk

menjalakan proses kehidupan. Biota tanah adalah komponen yang tidak dapat

dipisahkan dengan tanah kerana biota tanah dan tanah bergantung antara satu

sama lain.Biota tanah merupakan faktor pembentukan tanah yang menjalankan

pelbagai proses yang membentuk struktur atau keadaan tanah ,antara proses yang

terlibat ialah mineralisasi,menghancurkan dan merombak bahan

organik(humifikasi,mineralisasi) dan mencapur bahan penyusun tanah(pedoturbasi)

Fauna pada ekosistem tanah terdiri daripada makro fauna dan mikro fauna. Makro

fauna terdiri daripada: herbivor seperti annelida(cacing tanah),dipoloda(kaki seribu)

dan serangga, Manakala mikro fauna teridiri daripada protozoa dan rotifera.

Tujuan : untuk menerangkan fungsi biota tanah.

Objektif :

i. Mengetahui fungsi fauna di dalam tanah.

ii. Mengetahui spesis fauna pada lapisan tertentu yang terdapat di dalam tanah.

iii. Mengetahui siratan makanan pada ekosistem di dalam tanah.

iv. Membandingkan kelimpahan spesis dari dua lokasi.

Alat dan bahan :

i. Corong Tulgren

ii. Pembaris

iii. Plastik dan label

iv. Sarung tangan

v. Penyedok tanah

vi. Piring petri

vii. Alkohol

viii. Tanah

Kaedah / prosedur :

i. Alat dan radas disusun seperti dalam gambar rajah.

ii. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua corong Tulgren dan dua beg plastik

berlabel.

iii. Sampel tanah diambil daripada dua lokasi yang berbeza.

iv. Sampel tanah diambil pada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan ‘O horizon’

dan ‘A horizon’.

v. Sampel tanah yang diambil diukur dengan tinggi 3cm, panjang 10cm dan

lebar 10cm dengan menggunakan pembaris.

vi. Fauna diasingkan daripada setiap sampel tanah menggunakan corong

Tulgren setelah dibiarkan selama dua hari.

vii. Fauna yang dijumpai dibersihkan dan diletakkan pada piring petri untuk

pengenalpastian spesis.

viii. Spesis diasingkan mengikut ciri – ciri morfologi seperti bilangan kaki yang

sama, warna, sesungut.

ix. Keputusan dicatatkan dalam jadual

x. Susunan alat radas :

Rajah 1.1 dan 1.2 : Tatacara susunan alat radas

Keputusan :

Berikut merupakan makrofauna yang terdapat dalam hasil eksperimen

kumpulan kami.

(a) Makrofauna

Organisma Jumlah Organisma

1

1

3

3

Jadual 1.1 : Bilangan makrofauna mengikut spesis ditemui di lokasi 1

(a) Makrofauna

Order atau Kumpulan

makrofauna

Lokasi 1

Isipadu tanah = 300

cm3

Bilangan kaki lebih 8 6

Bilangan kaki 6 2

(a) Mikorfauna

Organisma Jumlah Organisma

1

1

Jadual 1.2 : Bilangan mikrofauna mengikut spesis ditemui di lokasi 1

(b) Mikrofauna

Order atau Kumpulan

mikrofauna

Lokasi 1

Isipadu tanah = 300

cm3

Bilangan kaki 4 1

Bilangan kaki 6 1

(c) Perbandingan bilangan species dari dua kawasan

Kumpulan Kumpulan

Species Fauna

Lokasi 1

Isipadu tanah =

300 cm3

Lokasi 2

Isipadu tanah =

300 cm3

1 1 6

2 2

3 1

4 1

3 5 1

6 1

4 7 2

8 2

9 1

5 10 1

(d)Jumlah individu dalam spesies per liter (tanah/daun)

Kumpula

n

Jisim

tanah,

g

Kumpulan

spesis

makrofauna

Lokasi 1 Lokasi 2

Bilangan Jumlah

/ cm3l

Bilanga

n

Jumlah

/ cm3l

1 110 1 6 1.8

2 2 0.6

3 1 0.3

4 1 0.3

3 180 5 1 0.3

6 1 0.3

4 200 7 2 0.6

8 1 0.3

9 1 0.3

5 120 10 1 0.3

Ciri-ciri tanah Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis vegetasi Bawah pokok

kelapa sawit

Kawasan tanah

lapang

Tahap tempat teduh Tinggi Rendah

Kelembapan/kekeringan tanah Lembap Kering

pH tanah 5 6

Kepadatan tanah Padat Kurang padat

Tekstur Tanah Liat dan berbatu Liat dan berpasir

Perbincangan :

Melalui keputusan jadual perbandingan di atas kita dapat melihat terdapat banyak

spesis fauna yang hidup pada lokasi 1 yang terletak di bawah pokok berbanding

hanya sedikit sahaja fauna yang terdapat di lokasi 2 yang terletak di kawasan

lapang. Keadaan tanah yang lembap,kawasan yang teduh dan struktur tanah yang

liat menyebabkan banyak hidupan yang tinggal di kawasan bawah pokok. Kawasan

bawah pokok yang kurang panas membantu hidupan daripada mengalami dihidrasi

yang teruk ini menyebabkan banyak hidupan tinggal di kawasan tersebut malah

hidupan yang tinggal di kawasan bawah pokok dapat mengurangkan risiko untuk di

makan oleh pemangsa yang besar seperti burung. Lokasi 2 yang terletak di kawasan

tanah lapang yang berkeadaan kering dan tidak teduh menyebabkan kurang

hidupan tanah tinggal dikawasan tersebut. Hanya hidupan yang mempunyai

ketahanan panas yang tinggi mampu hidup di kawasan tersebut. Jumlah yang sikit

ini juga membuktikan kawasan tanah lapang kurang sesuai untuk hidupan tanah

kerana terdedah dengan ancaman pemangsa besar seperti burung.

Menjawab soalan :

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu)

makrofauna dari tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Bolehkah

anda mencadangkan mengapa ada mungkin perbezaan. Apakah

parameter tanah yang telah kamu ukur untuk membantu menjelaskan

perbezaan tersebut?

Jadual menunjukkan bahawa bilangan mikrofauna yang terdapat di lokasi 1

lebih banyak berbanding lokasi 2. Perbezaan ini berlaku di sebabkan keadaan

permukaan tanah yang teduh atau lebih tepat kelembapan lokasi tersebut.

Kawasan yang mempunyai kelembapan yang rendah dan terdedah kepada

sinaran matahari membolehkan mikroorganisma mengalami dehidrasi . Malah

kawasan yang lapang dan terdedah menyebabkan pemangsa lebih mudah

untuk menangkap mangsa dengan mudah.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

Makrofauna memainkan peranan penting dalam dekomposisi bahan oraganik tanah,

memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. Makrofauna akan mencapur

adukan bahan yang mati,kemudian bahan tersebut dikeluarkan dalam bentuk

kotoran .Butiran kotoran tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk kotoran pula,sebab

kotoran organisme perombak ini juga akan ditumbuhi bakteria . Oleh karena itu

kotoran makrofauna umumnya mengandungi     element karbon(C) organik dan

unsur tersedia yang lebih tinggi dibandingkan tanah disekitarnya Bahan-bahan ini

akan dirombak oleh mikroorganisme,terutama bakteria,untuk diuraikan lebih lanjut

dengan bantuan enzim spesifik sehingga menjadi proses mineralisasi.Makrofauna

yang membuat laluan pada tanah akan menjadi liang-liang (lubang saluran), yang

bermanfaat sebagai lalu lintas pertukaran udara dan pergerakan air.

.

3. Pada rajah siratan makanan yang disediakan, label jenis biota (fungi,

nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, daun gugur

dan lain-lain) dan terangkan pengaliran tenaga sebagai contoh dimanakah

ianya mula-mula ditangkap dan dimana ianya tamat atau selesai. (di atas

rantaian makanan). Apakah yang akan berlaku kepada nutrien dan tenaga

sekiranya organisma yang berada di bahagian atas rantaian makanan

mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Peranan pemangsa dalam siratan makanan:

Pemangsa selalunya merupakan pengguna kedua dan ketiga mereka menggunakan

tenaga yang hasil daripada pengeluar dan merupakan akhir bagi sesuatu rataian

makan .

Peranan daun gugur(bahan mati):

Peranan bahan mati merupakan sumber pertama yang dimakan oleh detrivor

berperanan sebagai pemula bagi sesuatu rantai makanan.Sebagai contoh:

nematod

Cahaya matahari

artropod

Rumput

Bahan-bahan organik Bakteria

Protozoa (Amoebae, Flagelates ciliates

Nematodes (kulat dan fungal)

Artropod pemangsa

Burung kecil pemangsa

Binatang pemangsafungi

Daun matidetrivorayamhelang

Peranana daun atau tumbuhan dalam siratan makanan:

Tumbuhan berperanan sebagai pengeluar dan merupakan pemula bagi satu-satu

rantai makanan.Contohnya :

Rumput belalangayamhelang

Peranan matahari dalam siratan makanan;

Matahari merupakan sumber utama dalam kitaran tenaga bagi siratan atau rantai

makanan.

Peranan detrivor(nematode,bakteria dan fungi) dalam siratan makanan:

Detrivor berfungsi untuk menguraikan bahan mati dan menjadi bahan organik.

Detrivor juga merupakan pengguna pertama dalam sesuatu rantaian makanan.

Pengaliran tenaga dalam siratan makanan:

Siratan makanan merupakan gabungan bagi beberapa rantaian makanan. Oleh itu

untuk menerangkan pengaliran tenaga satu rantaian makanan di ambil sebagai

contoh;

Rumput-> artopod->artpod pemangsa->burung kecil

Dalam satu-satu rantai makan sumber tenaga bermula daripada cahaya matahari .

Cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses photosintesi

bagi menghasilkan kanji namun begitu hanya 10% tenaga yang dugunakan oleh

tumbuhan tersebut. Tumbuhan dimakan oleh artopod tumbuhan yang dimakan akan

terurai dan hanya 10% tenaga digunakan oleh atropod daripada makan tersebut.

Artopod di makan oleh artopod pemangsa hanya 10% digunakan oleh artopod

pemangsa sebagai tenaga. Artopod pemangsa dimakan oleh burung kecil dan

hanya 10% tenaga digunakan.

Kesan kitaran tenaga dan nutrient sekiranya pemangsa paling akhir mati:

Kitaran tenaga dan nutrient berkitar semula keranan pemangsa akhir menjadi

bahan mati dan akan dikompos menjadi bahan organik.

4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah

kumpulan yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua

kumpulan tersebut?

Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna adalah organisma yang

mempunyai ukuran panjang badan 0.18mm-10.4mm dan ketebalan 100µm-

2mm contohnya termites..Mesofauna berfungsi sebagai subsistem konsumen

dan subsistem dekomposisi. Mesofauna merupakan organism awal bahan

makanan dan bahan oraganik lain seperti kayu dan akar mesofauna

menggunakan bahan-bahan tersebut dengan cara melumatkan dan

mengunyah bahan-bahan tersebut. Mesofauna akan melumatkan bahan dan

mencampurkan dengan sisa-sisa bahan oraganik lainya,sehingga menjadi

pecahan-pecahan kecil yang siap untuk didekompossisi oleh makrobia

tanah.Manakala mikrofauna adalah organisma yang berukuran 0.02mm-

0.17mm dan ketebalan 100µm.Mikrofauna mempengaruhi penyediaan unsur

dalam tanah yang digunakan oleh tumbuhan dan turut membantu dalam

penyerapan nutrient bagi untuk tumbuhan dengan memecahkan bahan mati

kepada bahan yang lebih ringkas. Mikrofauna memainkan peranan yang

penting dalam menghasilkan nutrien yang berharga bagi tanaman,

mengakumulasi dan stabilisasi karbon organik tanah.

5. Rantaian makanan menunjukkan kerumitan biologi, dan oleh itu kesihatan

tanah tersebut. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah kita

mengubah kesuburan tanah.

Meningkatkan kesuburan tanah:

Aktiviti penggemburan tanah membantu dalam kesuburan tanah kerana aktiviti

ini membantu oksigen untuk meresap masuk kedalam struktur tanah.

Penggunaan bahan oraganik sebagai baja turut membantu dalam

mengsuburkan tanah sebagai contoh penggunaan baja vermikompos.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk

tanaman.  Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu

menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh

tanaman.

Mengurangkan kesuburan tanah:

Penggunaan racun serangga dan baja kimia menganggu kesuburan tanah.

Penggunaan bahan asing yang bukan organic akan menganggu kitaran nutrient

dalam tanah dan menyebabkan kuantiti sesuatu nutrient di dalam tanah tidak

seimbang.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem

tanah. Apakah perkhidmatan ekosistem yang ia kawal?

Biota tanah memberi perkhidmatan sokongan dalam ekosistem. Hal ini kerana

biota tanah membantu dalam kitaran nutrient..Tanah mengandungi pelbagai

jenis organisma yang boleh dikelaskan kepada makrofauna,masofauna dan

mikrofauna. Setiap kelas biota tanah memainkan pernanan masing-masing

dalam membantu menguraikan bahan mati. Setiap kelas biota tanah saling

berkerjasama dalam memastikan nutrient tanah dalam keadaan yang optimum.

Biota tanah yang hidup di dalam tanah berperan penting dalam perubahan –

perubahan yang terjadi di dalam tanah, salah satunya adalah perubahan bahan

organik menjadi substansi yang akan menyediakan nutrien bagi

tumbuhan .Biota tanah yang berperan dalam merubah bahan organik menjadi

substansi itu adalah bakteria, dan algae, protozoa.Kewujudan biota tanah

tanah diperlukan dalam berbagai proses yang berperanan dalam kehidupan

dan pengendalian aneka fenomena di dalam tanah Selain itu biota tanah

berfungsi untuk menguraikan bahan mati seandainya biota tanah tidak wujud

maka bankai atau ranting kayu akan berkekalan. Fungsi utama biota tanah

ialah mengekalkan kesuburan tanah dengan membekalkan sumber nutrient

yang mencukupi. Hasil penguraian yang dibuat oleh biota tanah dapat

menstabilkan komposisi tanah.

Bibliografi:

Arif, I. A. (2011). Hutan dan Kehutanan. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Aisyah, T. (2012, Januari 10). Kajian Peranan Mikrofauna Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from tirta-aisyah.blogspot.com: http://tirta-aisyah.blogspot.com/2011/01/kajian-peranan-mikrofauna-tanah.html

Ambar, R. (2012, April 17). Makro Fauna Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from Reny ambar.blogspot: http://renny-ambar.blogspot.com/2012/04/makrofauna-tanah.html

Peranan Mikrofauna Tanah dalam Sifat Fizikal dan Kimia Tanah. (2011, Januari 24). Retrieved Julai 10, 2012, from fitri05.wordpress.com: http://fitri05.wordpress.com/2011/01/24/peran-makrofauan-dan-mikrofauna-dalam-sifat-fisik-dan-kimia-tanah/

Rahman, A. (2012, April 26). Pengaruh Flora dan Fauna Tehadap Kesburan Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from epetani.go: http://epetani.deptan.go.id/blog/pengaruh-flora-dan-fauna-terhadap-kesuburan-tanah-bag-2-1725

Ridha, R. (2012, Februari 22). Biologi Tanah . Retrieved Julai 10, 2012, from Agriculture: http://riskyridhaagriculture.blogspot.com/2012/02/biologi-tanah.html