sambutan kemerdekaan

Upload: adriekaka

Post on 01-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sambutan kemerdekaan.doc

TRANSCRIPT

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM KELAB GURU & STAF SK SERI RELAU14.11.2014

Tarikh :14 November 2014

Hari :Jumaat

Masa :8.00 malam-11.00 malam

Tempat :Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Seri Relau

Sasaran :Semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

Anjuran :Kelab Guru dan Staf

Perasmian :Pn Norsilawati Binti Ishak, Guru Besar SKSR

Tujuan :Merapatkan hubungan antara guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau serta meraikan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun ini. Anugerah turut disampaikan kepada guru dan staf yang telah memberikan khidmat cemerlang pada tahun 2014.

Majlis atau jamuan akhir tahun merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Pada tahun 2014, guru-guru telah bersepakat untuk mengadakan majlis ini di sekolah untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Hal ini kerana, pada tahun-tahun sebelum ini, majlis seperti ini diadakan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang. Pihak AJK Kelab Guru dan Staf telah menempah makanan daripada Eden Catering sebagai penyedia makanan utama bagi majlis ini. Selain daripada itu, hasil inisiatif daripada staf SK Seri Relau, pelbagai makanan sampingan dapat disediakan. Antara makanan sampingan yang disediakan adalah roti jala, satay, dan candy buffet yang menyasarkan golongan kanak-kanak.

Ucapan Alu-Aluan Wakil Kelab Guru san Staf

Encik Muhamad Adrie Bin Kamarudin sebagai Setiausaha KGS telah mewakili Puan Azizah Yusoff, Pengerusi Kelab Guru dan Staf yang sedang dalam cuti. Beliau amat berterima kasih kepada para guru dan staf yang telah bertungkus lumus dalam memastikan majlis ini dapatdianjurkan dengan jayanya.Selain daripada itu, Encik Muhamad Adie turut mengucapkan tahniah ke atas kejayaan yang telah dikecapioleh semua guru dan staf. Beliau juga berharap hubungan sesame ahli KGS akan terus utuh dan semakin erat.

Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

Puan Norsilawati Bt. Ishak turut mengalukan kedatangan semua jemputan ke majlis makan mal mini. Beliau mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau kerana telah memberikan komitmen terbaik masing-masing.

Persembahan dari Guru-Guru dan Murid

Acara diteruskan dengan persembahan dari Puan Nurul Ainda Ramli yang membawa lagu yang bertajuk All of Me. Beliau turut bergandingan dengan murid-murid tahun 6 dalam persembahan yang berikutnya.

Penyampaian Anugerah Mengikut Kategori

Guru Besar, Puan Norsilawati Binti Ishak turut menyampaikan anugerah kecemerlangan mengikut kategori kepada guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Anugerah ini dinilai sendiri oleh Guru Besar berdasarkan hasilkerja dan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan staf.