laporan sambutan bulan kemerdekaan 2014

12
SEK. KEB. PADANG KERIA 2014 Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SK PADANG KERIA 2014 LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN | MUKA SURAT 1

Upload: ancora-imparo

Post on 10-Sep-2015

110 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

SEK. KEB. PADANG KERIA 2014

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

SK PADANG KERIA

2014

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

SK Padang Keria 2014

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

Sekolah SK Padang Keria telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 18 Ogos 2014. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, lafaz ikrar oleh wakil pegawas, dan ucapan guru bertugas. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan denganucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, En. Shauki bin Abdullah dan diiringi dengan lagu setelah Tuan Guru Besar merasmikan gimik majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan. Cabutan bertuah juga turut dijalankan yang mana telah dimenangioleh Tuan Guru Besar. Unit Kokurikulum juga telah menayangkan dokumentari Perjuangan Mendapatkan Kemerdekaan. Melalui tayangan ini, murid-murid mengetahui tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Rasa cinta dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia terpancar pada wajah murid-murid. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu, Jalur Gemilang dan lagu tema sempena Hari Kemerdekaan ke-57 iaitu Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Tanggal 29 Ogos 2014, satu sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang, nyanyian Lagu Negaraku dan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas dan tazkirah ringkas sempena Hari Kemerdekaan. Tujuan tazkiran disampaikan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan serta pejuang kemerdekaan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belenggu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnya kita harus berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan denganpertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan pihak sekolah.

Pertandingan pertama yang dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi murid tahap satu dan pertandingan melukis poster bagi murid tahap dua. Pertandingan dijalankan dalam masa 1 jam 30 minit. Murid-murid pra-sekolah juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Acara ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid. Selepas itu, majlis diteruskan dengan pertandingan pakaian beragam sempena Hari Kemerdekaan. Seramai kira-kira 35 orang telah mengambil bahagian yang terdiri dari kedua-dua tahap. Murid-murid diadili berdasarkan aspek kreativiti dan gaya persembahan. Sambutan yang menggalakkan dari semua murid terutamanya murid tahap satu.

Seterusnya, majlis berhenti berehat. Pada jam 10.30, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dijalankan. Setiap kelas membuat persembahan koir dengan pemilihan lagu dan gaya sendiri. Semua kelas tahap satu dan dua menyertai pertandingan ini dan tiga kelas telah dipilih sebagai pemenang iaitu juara dimenangi oleh Tahun 4 Waja, naib juara dimenangi oleh Tahun 3 Kembara dan tempat ketiga dimenangi oleh Tahun 2 Kelisa. Murid-murid lain turut gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid.

Selain itu, pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan juga turut dipertandingkan. Seramai 9 orang peserta yang terdiri dari tahap dua mengambil bahagian. Murid-murid lain mendengar dengan penuh perhatian dan memahami setiap patah perkataan yang disampaikan dengan baik dan teliti. Sajak-sajak yang disampaikan sangat bermanfaat dan bermakna kepada semua warga sekolah. Di samping itu, pertandingan menghias kelas kemerdekaan masih diteruskan sehingga 16 September 2013. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Penyampaian Hadiah akan dijalankan pada 12 September 2014.

Akhir kata aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah. Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh kawasan bagi melambangkan semangat cintakan tanah air. Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Laporan disediakan oleh, 07 SEPTEMBER 2014

(MUHAMAD ASHRAF BIN TAHIR)Setiausaha,Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah,Sekolah Kebangsaan Padang Keria. RAKAMAN PERISTIWA

Majlis Perasmian dan gimik sempena Majlis Perlancaran Sambutan Hari Kemerdekaan

Tayangan video pendek sempena Majlis Perlancaran Hari Kemerdekaan

Majlis Perasmian dan gimik sempena Majlis Perlancaran Sambutan Hari Kemerdekaan

Tayangan video pendek sempena Majlis Perlancaran Hari Kemerdekaan

Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh warga SKPK

Upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang

Perarakan sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Tazkirah ringkas mengenai Hari Kemerdekaan Maysia yang ke-57

Pertandingan Mewarna murid pra-sekolah

Pertandingan Mewarna murid tahap satu

Pertandingan Melukis Poster murid tahap dua

Pertandingan Pakaian Beragam sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Majlis Perasmian dan gimik sempena Majlis Perlancaran Sambutan Hari Kemerdekaan

Tayangan video pendek sempena Majlis Perlancaran Hari Kemerdekaan

Menjamu selera beramai-ramai

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN | MUKA SURAT11