bahasa melayu di persada dunia pengajian ... - … tasik titiwangsa, kuala lumpur. kemuncak promosi...

1
Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 Pengajian Bahasa Melayu di Korea T ahniah harus diucapkan kepa- da Kementerian Pelancongan Malaysia, kerana meran- cang pelbagai acara yang menarik bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007). Baru- baru ini Perdana Menteri kita, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan TMM 2007 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kemuncak promosi TMM 2007 sempena Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia ialah pelan- caran buaian roda atau Ferris Wheel “Eye On Malaysia”. Anehnya, me- ngapa “Eye On Malaysia”? Mengapa tidak “Mata Malaysia” atau “Tarikan Malaysia”? Sememangnya kempen TMM 2007 adalah bertujuan untuk menarik pelancong asing ke Malaysia, tetapi mengapa pada waktu yang sama, kita lupa untuk mempromosikan bahasa kebangsaan kita yang menja- di jati diri negara Malaysia? Apakah TMM 2007 yang diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan tanah air yang ke-50 ini hendak kita pamer- kan kepada dunia luar, bahawa kita masih lagi megah dengan bahasa Inggeris, bahasa penjajah kita? “Eye On Malaysia” ini meniru konsep “London Eye” yang menjadi daya tarikan kota London tercang- gih, pada masa ini. Kalau “London Eye” merupakan roda pemerhatian setinggi 135 meter yang dibina di atas tebing Sungai Thames, London, buai- an roda pemerhatian Malaysia ini pula dibina di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Walaupun tidak secanggih “London Eye”, namun menaikinya pada ketinggian 60 meter memboleh- kan kita melihat panorama Kuala Lumpur yang menarik sekitar 20 kilometer. Untuk TMM 2007, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mem- belanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Malaysia. Sayangnya dalam kegahirahan itu, kita seolah-olah terlupa akan jati diri kita. Lihat sahajalah pada tema- nya “Malaysia Truly Asia”. Walhal tema ini boleh dibuat dalam dwiba- hasa dengan mengutamakan bahasa kebangsaan “Malaysia, Asia yang Sebenarnya” dengan diikuti tema dalam bahasa Inggeris. Mengapakah dikatakan tidak wajar mempromosikan negara kita dalam bahasa Inggeris? Pertama, adakah semua pelancong yang datang ke negara ini semuanya bo- leh atau fasih berbahasa Inggeris? Contohnya pelancong dari Perancis, Jepun, Korea, China dan negara- negara Arab, semestinya berasa pelik, kerana kita tidak menguta- makan bahasa kebangsan kita. Kedua, tidak malukah kita kalau mereka menganggap bahawa kita tidak punya satu bahasa yang boleh dibanggakan, sehingga kita memi- lih bahasa Inggeris? Ketiga, kalau semuanya dalam bahasa Inggeris, dapatkah slogan “Malaysia Truly Asia” itu memaparkan maksud yang tersirat dan tersurat? Beberapa acara lain seperti “Florathon 2007” juga tidak menguta- makan bahasa kebangsan, sedang- kan kita boleh menterjemahkannya sebagai “Floraton 2007”. Begitu juga dengan bas KL Hop-On Hop-Off yang menunjukkan bahawa kita hanya mampu meniru, tetapi tidak kreatif menggunakan bahasa kita. Walhal, kita boleh namakannya “Ronda- Ronda Kuala Lumpur” Apa sudah jadi? Lagu tema TMM 2007 juga dibuat dalam bahasa Inggeris dan disiarkan oleh stesen utama RTM sedangkan pende- ngarnya ialah orang Malaysia. Lagu Inggeris ini hanya sesuai untuk dipromosikan di luar negara dan lebih berkesan kalau dibuat dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Melayu - bahasa Inggeris. Mesyuarat Jawatankuasa Mem- perkasakan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran, Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y. B. Dato’ Seri Utama Rais Yatim di Putrajaya, pada 2 Mac 2006 lalu telah menegaskan betapa perlunya kerja- sama semua pihak dalam memarta- batkan bahasa kebangsaan. Oleh itu, Jawatankuasa Mempromosi TMM 2007 harus peka dengan langkah kerajaan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 24 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG B as persiaran bandar raya dua tingkat pertama negara, KL Hop- On Hop-Off yang mula beroperasi sejak 28 Disember lalu pasti meng- gamit lebih ramai pelancong asing ke Malaysia. Hal ini kerana bas perantara yang menjadi kemegahan negara-nega- ra maju seperti London, Paris dan New York kini terdapat di Kuala Lumpur. Menariknya, bas 60 tempat duduk yang eksklusif ini turut dilengkapi dengan rakaman penerangan pelancongan da- lam lapan bahasa termasuk bahasa Melayu. Namun, mengapakah KL Hop-On Hop-Off? Mengapa tidak Ronda-ronda KL yang lebih ringkas dan bercitra Malaysia? Ronda-ronda KL yang dica- dangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memang amat menepati konsep bas perantara ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata ronda yang berasal daripada bahasa Minangkabau bermaksud bersiar-siar atau makan angin. Padanan istilah tersebut bertepatan dengan konsep bas persiaran yang digunakan untuk ber- siar-siar di 42 destinasi pelancongan dan berhenti di 22 buah stesen di selu- ruh Bandar Raya Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menghargai dan memahami usaha kerajaan meng- galakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Justeru, pemilihan nama bas perantara dalam bahasa Inggeris yang mengambil konsep dari Barat boleh diterjemahkan mengikut acuan kita sendiri. Kita seharusnya mengam- bil kesempatan ini mempromosikan bahasa kebangsaan kita di samping mempromosikan destinasi pelancongan dan budaya kita. Kejayaan kita mem- promosikan khidmat yang ditawarkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 dalam bahasa kita sendiri pasti menjadi kenangan berharga kepa- da pelancong yang akan turut mengem- bangkannya di negara masing-masing. Kementerian Pelancongan Malaysia seharusnya prihatin tentang hal ini kerana pakej mempromosikan negara kita hanya lengkap apabila kita mem- promosikan juga bahasanya. KL Hop-On Hop-Off? BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Oleh Normala Mohamad Yusof T erdapat beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi di Korea Selatan yang mengajar bahasa Melayu dan ratusan mahasiswa yang mempelajari bahasa Melayu di Korea Selatan, terutama di dua buah cawang- an Universiti Hankuk, iaitu di Seoul dan di Wangsan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2005 Kursi Pengajian Melayu Keenam telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia di Universiti Hankuk, Korea Selatan. Namun se- hingga kini, Kursi Pengajian Melayu tersebut masih belum ada penyandang- nya. Selain Universiti Hankuk, terdapat dua buah institusi lagi yang menawar- kan pengajaran bahasa Melayu, iaitu Pusan University of Foreign Studies dan Sungshin College of Foreign Studies. Menurut laporan Prof. Chung Young-rhim (1998) antara tahun 1964 hingga 1991 lebih kurang 1150 pelajar yang major dalam bahasa dan kebu- dayaan Melayu telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Hankuk dan Pusan University of Foreign Studies. Purata, setiap tahun seramai 43 orang pelajar Pengajian Melayu menyempurnakan pengajian mereka, di Korea Selatan. Ketua Jabatan Pengajian Melayu- Indonesia Universiti Hankuk, Prof. Chung Young-rhim melahirkan kebimbangannya terhadap semakin berkurangnya minat dan daya tarik- an bagi pelajar Korea untuk mem- pelajari bahasa Melayu pada masa ini berbanding masa dahulu. Ini di- sebabkan pada suatu ketika dahulu pelajar Korea yang mengkhusus dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan lebih mudah mendapat pekerjaan dengan syarikat Korea di Malaysia. Hal ini sudah berubah dan semenjak akhir-akhir ini pihak sya- rikat Korea di Malaysia menganggap bahawa bahasa Melayu sudah tidak penting lagi untuk dipelajari, kerana di Malaysia sendiri bahasa yang dipen- tingkan di sektor swasta bukan lagi bahasa Melayu tetapi bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Namun begitu pusat-pusat penga- jian bahasa Melayu di Korea Selatan masih terus berjalan seperti biasa. Oleh itu, usaha daripada pihak Kerajaan Malaysia mahupun pihak swasta dalam menarik perhatian penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu harus dipergiat, lebih- lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini. Penggunaan ung- kapan harian dalam bahasa Melayu seperti “Selamat Datang”, “Terima Kasih”, “Jumpa Lagi”, “Silakan” dan sebagainya harus dipopularkan supaya menjadi ‘buah tangan’ yang begitu ber- makna untuk mereka bawa pulang, bahkan menimbulkan minat mereka untuk mempelajari bahasa Melayu, sekali gus memekarkan perkembang- an bahasa Melayu di persada dunia. APA SUDAH JADI? Eye on Malaysia? Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Upload: dothuan

Post on 24-May-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAhASA MeLAyU DI PerSADA DUNIA Pengajian ... - … Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kemuncak promosi TMM 2007 sempena Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia ialah …

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007

Pengajian Bahasa Melayu di Korea

Tahniah harus diucapkan kepa-da Kementerian Pelancongan Malaysia, kerana meran-

cang pelbagai acara yang menarik bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007). Baru-baru ini Perdana Menteri kita, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan TMM 2007 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kemuncak promosi TMM 2007 sempena Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia ialah pelan-caran buaian roda atau Ferris Wheel “Eye On Malaysia”. Anehnya, me-ngapa “Eye On Malaysia”? Mengapa tidak “Mata Malaysia” atau “Tarikan Malaysia”?

Sememangnya kempen TMM 2007 adalah bertujuan untuk menarik pelancong asing ke Malaysia, tetapi mengapa pada waktu yang sama, kita lupa untuk mempromosikan bahasa kebangsaan kita yang menja-di jati diri negara Malaysia? Apakah TMM 2007 yang diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan tanah air yang ke-50 ini hendak kita pamer-kan kepada dunia luar, bahawa kita masih lagi megah dengan bahasa Inggeris, bahasa penjajah kita?

“Eye On Malaysia” ini meniru konsep “London Eye” yang menjadi daya tarikan kota London tercang-

gih, pada masa ini. Kalau “London Eye” merupakan roda pemerhatian setinggi 135 meter yang dibina di atas tebing Sungai Thames, London, buai-an roda pemerhatian Malaysia ini pula dibina di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Walaupun tidak secanggih “London Eye”, namun menaikinya pada ketinggian 60 meter memboleh-kan kita melihat panorama Kuala Lumpur yang menarik sekitar 20 kilometer.

Untuk TMM 2007, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mem-belanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Malaysia. Sayangnya dalam kegahirahan itu, kita seolah-olah terlupa akan jati diri kita. Lihat sahajalah pada tema-nya “Malaysia Truly Asia”. Walhal tema ini boleh dibuat dalam dwiba-hasa dengan mengutamakan bahasa kebangsaan “Malaysia, Asia yang Sebenarnya” dengan diikuti tema dalam bahasa Inggeris.

Mengapakah dikatakan tidak wajar mempromosikan negara kita dalam bahasa Inggeris? Pertama, adakah semua pelancong yang datang ke negara ini semuanya bo-leh atau fasih berbahasa Inggeris? Contohnya pelancong dari Perancis, Jepun, Korea, China dan negara-negara Arab, semestinya berasa

pelik, kerana kita tidak menguta-makan bahasa kebangsan kita. Kedua, tidak malukah kita kalau mereka menganggap bahawa kita tidak punya satu bahasa yang boleh dibanggakan, sehingga kita memi-lih bahasa Inggeris? Ketiga, kalau semuanya dalam bahasa Inggeris, dapatkah slogan “Malaysia Truly Asia” itu memaparkan maksud yang tersirat dan tersurat?

Beberapa acara lain seperti “Florathon 2007” juga tidak menguta-makan bahasa kebangsan, sedang-kan kita boleh menterjemahkannya sebagai “Floraton 2007”. Begitu juga dengan bas KL Hop-On Hop-Off yang menunjukkan bahawa kita hanya mampu meniru, tetapi tidak kreatif menggunakan bahasa kita. Walhal, kita boleh namakannya “Ronda-Ronda Kuala Lumpur”

Apa sudah jadi? Lagu tema TMM 2007 juga dibuat dalam bahasa Inggeris dan disiarkan oleh stesen utama RTM sedangkan pende-ngarnya ialah orang Malaysia. Lagu Inggeris ini hanya sesuai untuk dipromosikan di luar negara dan lebih berkesan kalau dibuat dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Melayu -bahasa Inggeris.

Mesyuarat Jawatankuasa Mem-perkasakan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran, Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,

Y. B. Dato’ Seri Utama Rais Yatim di Putrajaya, pada 2 Mac 2006 lalu telah menegaskan betapa perlunya kerja-sama semua pihak dalam memarta-batkan bahasa kebangsaan. Oleh itu, Jawatankuasa Mempromosi TMM 2007 harus peka dengan langkah kerajaan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita.

Hantarkan sebarang kesa-

lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 24 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Bas persiaran bandar raya dua tingkat pertama negara, KL Hop-On Hop-Off yang mula beroperasi

sejak 28 Disember lalu pasti meng-gamit lebih ramai pelancong asing ke Malaysia. Hal ini kerana bas perantara yang menjadi kemegahan negara-nega-ra maju seperti London, Paris dan New York kini terdapat di Kuala Lumpur. Menariknya, bas 60 tempat duduk yang eksklusif ini turut dilengkapi dengan rakaman penerangan pelancongan da-lam lapan bahasa termasuk bahasa

Melayu. Namun, mengapakah KL Hop-On

Hop-Off? Mengapa tidak Ronda-ronda KL yang lebih ringkas dan bercitra Malaysia? Ronda-ronda KL yang dica-dangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memang amat menepati konsep bas perantara ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata ronda yang berasal daripada bahasa Minangkabau bermaksud bersiar-siar atau makan angin. Padanan istilah tersebut bertepatan dengan konsep bas persiaran yang digunakan untuk ber-siar-siar di 42 destinasi pelancongan

dan berhenti di 22 buah stesen di selu-ruh Bandar Raya Kuala Lumpur untuk membeli-belah.

Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menghargai dan memahami usaha kerajaan meng-galakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Justeru, pemilihan nama bas perantara dalam bahasa Inggeris yang mengambil konsep dari Barat boleh diterjemahkan mengikut acuan kita sendiri. Kita seharusnya mengam-bil kesempatan ini mempromosikan bahasa kebangsaan kita di samping mempromosikan destinasi pelancongan dan budaya kita. Kejayaan kita mem-promosikan khidmat yang ditawarkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 dalam bahasa kita sendiri

pasti menjadi kenangan berharga kepa-da pelancong yang akan turut mengem-bangkannya di negara masing-masing. Kementerian Pelancongan Malaysia

seharusnya prihatin tentang hal ini kerana pakej mempromosikan negara kita hanya lengkap apabila kita mem-promosikan juga bahasanya.

KL Hop-On Hop-Off?

BAhASA MeLAyU DI PerSADA DUNIA

Oleh Normala Mohamad Yusof

Terdapat beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi di Korea Selatan yang mengajar bahasa

Melayu dan ratusan mahasiswa yang mempelajari bahasa Melayu di Korea Selatan, terutama di dua buah cawang-an Universiti Hankuk, iaitu di Seoul dan di Wangsan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2005 Kursi Pengajian Melayu Keenam telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia di Universiti Hankuk, Korea Selatan. Namun se-hingga kini, Kursi Pengajian Melayu tersebut masih belum ada penyandang-nya.

Selain Universiti Hankuk, terdapat dua buah institusi lagi yang menawar-kan pengajaran bahasa Melayu, iaitu Pusan University of Foreign Studies dan Sungshin College of Foreign Studies. Menurut laporan Prof. Chung Young-rhim (1998) antara tahun 1964 hingga 1991 lebih kurang 1150 pelajar yang major dalam bahasa dan kebu-dayaan Melayu telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Hankuk dan Pusan University of Foreign Studies. Purata, setiap tahun seramai 43 orang pelajar Pengajian Melayu menyempurnakan pengajian mereka, di Korea Selatan.

Ketua Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia Universiti Hankuk, Prof.

Chung Young-rhim melahirkan kebimbangannya terhadap semakin berkurangnya minat dan daya tarik-an bagi pelajar Korea untuk mem-pelajari bahasa Melayu pada masa ini berbanding masa dahulu. Ini di-sebabkan pada suatu ketika dahulu pelajar Korea yang mengkhusus dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan lebih mudah mendapat pekerjaan dengan syarikat Korea di Malaysia. Hal ini sudah berubah dan semenjak akhir-akhir ini pihak sya-rikat Korea di Malaysia menganggap bahawa bahasa Melayu sudah tidak penting lagi untuk dipelajari, kerana di Malaysia sendiri bahasa yang dipen-tingkan di sektor swasta bukan lagi

bahasa Melayu tetapi bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Namun begitu pusat-pusat penga-jian bahasa Melayu di Korea Selatan masih terus berjalan seperti biasa.Oleh itu, usaha daripada pihak Kerajaan Malaysia mahupun pihak swasta dalam menarik perhatian penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu harus dipergiat, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini. Penggunaan ung-kapan harian dalam bahasa Melayu seperti “Selamat Datang”, “Terima Kasih”, “Jumpa Lagi”, “Silakan” dan sebagainya harus dipopularkan supaya menjadi ‘buah tangan’ yang begitu ber-makna untuk mereka bawa pulang,

bahkan menimbulkan minat mereka untuk mempelajari bahasa Melayu, sekali gus memekarkan perkembang-an bahasa Melayu di persada dunia.

APA SUDAh JADI?

Eye on Malaysia?

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor