bab 10 : pemasyhuran kemerdekaan 10.1 pengertian …bab 10 : pemasyhuran kemerdekaan cikgu rosle...

19
1 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin 10.1 Pengertian Kemerdekaan BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah) merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh berliku. Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi. Takrif kemerdekaan beberapa tokoh Rashid Rida Mahatma Gandhi Nelson Mandela Soekarno Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Tunku Abdul Rahman Tun Temenggong Jugah anak Barieng Tun Fuad Stephens Tun Dr. Mahathir Mohamad Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper- tahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din al-Afghani]. Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem kha- lifah dan menghapuskan ikatan perkauman [Rashid Rida]. Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengu- ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi]. Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna ku- lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh di- capai melalui politik. bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan [Nelson Mandela]. Takrif Kemerdekaan

Upload: others

Post on 16-Feb-2021

88 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    10.1 Pengertian Kemerdekaan

    BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

    Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah) merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh berliku.

    Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.

    Takrif kemerdekaan menurut Kamus

    Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi.

    Takrif kemerdekaan beberapa tokoh

    Rashid Rida Mahatma Gandhi

    Nelson Mandela Soekarno

    Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

    Tunku Abdul Rahman

    Tun Temenggong Jugah anak Barieng

    Tun Fuad Stephens Tun Dr. Mahathir Mohamad

    Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper-tahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din al-Afghani].

    Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem kha-lifah dan menghapuskan ikatan perkauman [Rashid Rida].

    Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengu-ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi].

    Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna ku-lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh di-capai melalui politik. bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan [Nelson Mandela].

    Takrif Kemerdekaan

  • 2

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta [Soekarno, Presiden Indonesia].

    Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan se-buah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan [Tunku Abdul Rahman].

    Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis [Tun Te-menggong Jugah anak Barieng].

    Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat [Tun Fuad Stephens].

    Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepe-nuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun [Tun Dr. Mahathir Mohamad].

    Kemerdekaan memberikan hak untuk rakyat menentukan sendiri bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa luar. Penghayatan terhadap erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara seterusnya mengukuhkan jati diri terutama bagi mengisi kemerdekaan ini.

    10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

    Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio Malaya menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal dalam sejarah negara.

    Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato' Abdul Ra-zak Hussein memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957.

    Persediaan dibuat melalui penu-buhan jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan. Tumpuan upacara sambutan kemerdekaan adalah di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.

  • 3

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Jawatankuasa Persediaan Fizikal

    Pembinaan sebuah stadium

    Istana untuk Yang di-Pertuan Agong

    Penonjolan identiti negara perlu diberikan perhatian oleh jawa-tankuasa Persediaan Fizikal. Prasarana fizikal yang disediakan untuk meraikan kemerdekaan

    1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi di-perdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    2. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Pen-erangan). Lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari dicipta sebagai lagu kebangsaan negara

    3. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia ada akan dijadikan bendera ke-bangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor.

    4. Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957. 5. Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan.

    Jawatankuasa Sambutan

    Berperanan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu turut ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut

    Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilhamTunku Abdul Rahman sendiri. Sejenis pakaian dari negeri Kedah, iaitu "baju muskat" diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok yang direka untuk menteri.

    Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka bertindak sebagai pega-wai penerangan dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai jemputan luar negara.

    Selain itu, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.

    10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

    Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

    Menjelang tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi ken-deraan. Jalan sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan kaki menuju ke Pa-dang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam.

  • 4

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Kronologi Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan

    10:00 malam

    Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.

    10:30 mlm

    11:58 mlm

    12:00 mlm

    Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat mengambil tempat di ten-gah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan diketuai oleh Ismail Bontak.

    Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan men-jadi gelap gelita.

    1. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai.

    2. Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera.

    3. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu (Bendera Union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan "Merdeka").

    4. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu Nega-raku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan “Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman mem-

    12:10 mlm

    12:25 mlm

    12:55 mlm

    Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Peri-katan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali.

    Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.

    Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

  • 5

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

    Upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang pada pagi 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan barisan pasukan tentera dan orang ramai di-anggarkan berjumlah 20 ribu orang membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi dan, mereka tidak berganjak walaupun hujan turun pada awalnya

    Kronologi Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

    1. Tunku Abdul Rahman tiba di pekarangan stadium dan diikuti dengan ketibaan Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester.

    2. Duke of Gloucester yang mewakili kerajaan British telah memberikan ucapan dan menye-rahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepadaTunku Abdul Rahman.

    3. Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan ba-hawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.

    1. Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara.

    2. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.

    8:15 pagi

    11:00 pagi

    Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

    Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batal-ion Keempat Askar Melayu.

    1:30 tengah hari

    5:25 petang

    1. Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dengan gemanya dan disahut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

    2. Kemudian, disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari yang sayup kedengaran menandakan rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan negara kita.

    3. Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan, iaitu Negaraku. Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menan-dakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdau-lat.

  • 6

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

    Kemerdekaan yang diperoleh memberikan kesan terhadap negara kita terutama pada peringkat awal kemerdekaan. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan negara kita di dalam dan di luar negara sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.

    Peringkat Negara Peringkat Antarabangsa

    Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

    Demokrasi Berparlimen

    Pentadbiran Negara

    Cabaran Kerajaan Persekutuan

    Dasar Luar Menganggotai Komanwel

    Penyertaan dalam Blok Sterling

    Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    (PBB)

    Misi Pengaman PBB

    Pertahanan Negara

    Politik

    Peringkat Negara

    Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan Setelah merdeka, negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dengan bidang kuasa fertentu.

    Demokrasi Berparlimen 1. Sistem Demokrasi Berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan

    pemerintah melalui pilihan raya. Pelaksanaan pilihan raya memberi rakyat hak ber-suara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara.

    2. Hasil kemerdekaan yang dicapai membolehkan parlimen berkuasa menggubal un-dang-undang pada peringkat Persekutuan. Pada peringkat negeri pula, Dewan Un-dangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang.

    3. Keberkesanan undang-undang mampu memakmurkan negara.

    Pentadbiran Negara 1. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

    yang pertama. 2. Beliau mengekalkan ahli kabinet yang ada dan membuat perubahan dengan melantik

    Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. 3. Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai seorang

    Menteri Luar sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara. Jawa-

  • 7

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Peringkat Antarabangsa

    Cabaran Kerajaan Persekutuan 1. Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan, khususnya dalam bidang

    profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan. 2. Tunku Abdul Rahman dan Dato' Abdul Razak Hussein memberikan komitmen yang ting-

    gi bagi melaksanakan penggantian ini secara berperingkat dengan melantik rakyat tem-patan dalam pelbagai bidang.

    Dasar Luar 1. Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan Kementerian Luar. Pada awal ta-

    hun 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan. 2. Tokoh yang berperanan penting menentukan dasar luar negara ialah Tan Sri Muham-

    mad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik menjadi Menteri Luar.

    3. Negara kita juga menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun.

    Menganggotai Komanwel 1. Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel. 2. Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan

    negara ahli. 3. Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap

    isu yang dihadapi oleh negara anggota.

    Pertahanan Negara 1. Sebelum merdeka, negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan

    Britain, Australia dan New Zealand. 2. Selepas merdeka. Tunku Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan

    Britain dan negara Komanwel. 3. Keadaan negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara

    memerlukan bantuan Britain dengan memeterai perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957.

    Penyertaan dalam Blok Sterling 1. Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa. 2. Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi da-

    ripada hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling. 3. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai kedudukan ekonomi yang ku-

    kuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.

  • 8

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Misi Pengaman PBB 1. Negara kita turut terlibat daiam misi pasukan pengaman PBB di Congo. 2. Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada se-

    buah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan konflik an-tarabangsa.

    Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1. Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September 1957

    merupakan anggota PBB yang ke-82. 2. Bendera negara kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New

    York pada 15 Oktober 1957. 3. Dengan menyertai PBB. negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak

    asasi manusia.

    Ekonomi

    Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

    Rancangan Buku Merah

    Pembangunan Luar Bandar

    Institusi Kewangan Tempatan

    Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 Rancangan ini bertujuan: 1. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar. 2. Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran

    getah. 3. Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 1. Ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran

    bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat. 2. Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk me-

    nanam getah atau kelapa sawit. 3. Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka.

    Pembangunan Luar Bandar 1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 17 November 1959, hasil

    penstrukturan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk membangunkan infra-struktur, sosial dan ekonomi luar bandar.

    2. Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan.

    3. Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar.

  • 9

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Institusi Kewangan Tempatan 1. Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus

    untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria. 2. Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959, bagi menggalakkan kestabilan

    kewangan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara.

    3. Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.

    Rancangan Buku Merah 1. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961. 2. Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung,

    jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik. 3. Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah

    diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat.

    Sosial

    Pendidikan Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kemudahan Asas

    Jabatan Penerangan

    Kesihatan

    Pendidikan 1. Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara yang ber-

    satu. 2. Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawa-

    tankuasa Pelajaran 1956 yang lalu. 3. Penyata ini memberikan penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

    di sekolah.

    Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 1. Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam Per-

    lembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan.

    2. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor, se-bagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.

    Jabatan Penerangan 1. Penubuhan jabatan ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam

    dan di luar negara. 2. Selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada

    rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara terutama menjelang ke-merdekaan dan pada tahun-tahun awal negara merdeka.

  • 10

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Kesihatan 1. Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk

    luar bandar. 2. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65

    buah hospital. 3. Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam pemulihan isu sosial serta

    pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

    Kemudahan Asas 1. Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur kepada masyarakat diberikan per-

    hatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan. 2. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan

    penduduk. 3. Kemudahan ini bertujuan membantu usaha meningkatkan taraf hidup, di samping me-

    rapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.

    10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

    1. Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menen-tukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedau-latan negara kita.

    2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi.

    3. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.

    Kedaulatan

    Wilayah pengaruh

    Keunggulan undang-undang

    Lambang

    Rakyat

    Kerajaan

    Wilayah pengaruh 1. Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah

    Melayu. 2. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan

    Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Kedah. Perak, Pulau Pinang,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.

  • 11

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Kerajaan 1. Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir nega-

    ra. 2. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan

    Eksekutif dan Badan Kehakiman. 3. Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh

    rakyat melalui pilihan raya [rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pili-han raya].

    Kedaulatan undang-undang 1. Bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. 2. Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekal-

    kan demi kesejahteraan negara. 3. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan

    negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat.

    Lambang kebangsaan 1. Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupa-

    kan identiti dan jati diri rakyat. 2. Lambang ini juga menjadi simbol perpaduan. 3. Setiap elemen pada lambang ini mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan

    sejarah negara. 4. Lambang ini mempunyai nilai kedaulatannya tersendiri dan lambang jati diri negara.

    Lambang ini perlu diberikan penghormatan sebagai simbol rasmi negara.

    Rakyat 1. Mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan negara juga mempunyai

    hak terhadap rakyat. 2. Semua pihak bertanggungjawab untuk menggunakan hak masing-masing dengan bijak

    bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. 3. Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yang

    dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.

    4. Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan negara.

    Rumusan 1. Prinsip kedaulatan, iaitu kuasa tertinggi yang diperoleh melalui perjuangan yang ber-

    liku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara. 2. Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga. Ke-

    merdekaan yang berkait rapat dengan kedaulatan menuntut kita memberikan kese-tiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu pertiwi.

    3. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara perlu diteladani dan disyukuri supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang dicintai ini.

  • 12

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    Bahagian A: Soalan Struktur

    1. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah meru-

    pakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. a. Apakah maksud kemerdekaan?

    .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    2 markah

    b. Namakan DUA tokoh yang memberikan takrifan kemerdekaan

    i. ii.

    .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    2 markah

    c. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan kemerdekaan negara kita?

    .............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    3 markah

    d. Andaikan anda seorang pemimpin negara, jelaskan persiapan yang anda akan lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan

    ............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    3 markah

    2. Gambar berikut menunjukkan bendera Negara kita

    a. Siapakah yang mencipta bendera negara kita?

    .............................................................................................................................. 1 markah

  • 13

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    b. Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?

    ..............................................................................................................................

    1 markah

    c. Jelaskan maksud lambang-lambang berikut

    i. ii. iii.

    Warna biru .............................................................................................................................. Warna merah .............................................................................................................................. Bulan sabit bewarna kuning ..............................................................................................................................

    3 markah

    d. Mengapakah negara-negara di dunia mempunyai bendera masing-masing?

    ............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    3 markah

    e. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap bendera kebang-saan

    .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    2 markah

    3. Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah

    yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan.

    a. Di manakah permulaan sambutan kemerdekaan diraikan pada malam 30 Ogos 1957?

    ..............................................................................................................................

    1 markah

    b. Namakan pegawai British yang menyertai peristiwa bersejarah sambutan kemerdekaan di stadium Merdeka

    i. ii.

    .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    2 markah

  • 14

    Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

    c. Nyatakan kronologi peritiwa sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

    .............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    3 markah

    d. Jelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengekalkan kemerdekaan Negara kita

    ............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ..............................................................................................................................

    2 markah

    Bahagian C: Soalan Esei

    1. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk mem-bangunkan ekonomi negara.

    a. Jelaskan tentang Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan pada tahun 1956-1960

    4 markah

    b. Nyatakan peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

    4 markah

    c.i Apakah langkah yang diambil untuk memajukan Kawasan luar bandar terutamanya diawal kemerdekaan tanah air

    6 markah

    c.ii Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

    6 markah

    2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.

    a. Jelaskan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

    10 markah

    b. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Ma-laysia untuk mengekalkan kedaulatan negara

    10 markah

  • 15

    BAB SEPULUH: Pemasyhuran Kemerdekaan

    Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.

    Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya di

    ms A Stadium Merdeka

    236 B Padang Bandar Hilir

    C Padang Kelab Selangor

    D Istana Sultan Selangor

    1. Pernyataan berikut adalah

    pengertian kemerdekaan oleh

    seorang tokoh.

    7 Gambar berikut adalah bendera

    Jalur Gemilang yang menjadi

    kebanggan bangsa dan negara

    Malaysia.

    4 Menurut Tun Temenggong Jugah anak Barieng, melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terja-min dan menjadi lebih kuat. Siapakah beliau

    ms A Pemimpin Parti PESAKA 235 B Ketua Menteri Sabah

    C Ketua Menteri Sarawak D Pemimpin Parti USNO

    Siapakah tokoh tersebut? ms A Rashid Rida

    234 B Nelson Mandela

    C Mahatma Gandhi

    D Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

    Tokoh X ialah

    ms A Tunku Abdul Rahrnan 235 B Mahatma Gandhi

    C Tun Fuad Stephens

    D Tun Dr. Mahathir Mohamad Takrif kemerdekaan menurut Ka-

    mus Dewan ialah bebas daripada I. kurungan

    ms II. pencerobohan 234 III. penindasan

    IV. naungan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    3 Menurut Rashid Rida, kedaulatan sesebuah negara adalah dengan rnenghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan

    ms A Penjajahan kuasa asing 234 B Penindasan rakyat

    C Penindasan ekonomi

    D ikatan perkauman

    Kemerdekaan ibarat tempat

    perhentian dalam perjalanan

    yang jauh bagi mewujudkan

    sebuah negara baharu yang

    5 Petikan berikut adalah ucapan

    seorang tokoh tentang ke-

    merdekaan

    Tokoh X

    6 Siapakah yang memaklumkan ten-tang atur cara sambutan ke-merdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957 kepada rakyat menerusi Radio Malaya?

    ms A Tunku Abdul Rahrnan 236 B Tun Saadon bin Jubir

    C Dato' Abdul Razak Hussein

    D Tun Dr Ismail Abdul Rahman

  • 16

    8 Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan negara. Lagu ini berasal daripada lagu Terang Bu-lan, iaitu lagu negeri

    ms A Johor 236 B Perak C Kelantan

    D Terengganu

    14 Semasa pemasyhuran ke-merdekaan sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan ke-hormat di tengah padang menghadap Jalan Raja. Perbarisan ini diketuai oleh

    ms A Dr. Ismail Abdul Rahman 238 B Tun Abdul Razak C Abdul Majid Othman

    D Ismail Bontak

    16 Rantai emas dikalungkan oleh Sar-don Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman. Apakah yang terukir pada pingat yang dikalungkan ke leher Tunku?

    I. Peta Semenanjung Tanah Melayu

    ms II. gambar Tunku Abdul Rahman 239 III. gambar Jata Negara Malaysia

    IV. gambar bendera Malaysia

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III D III dan IV

    11 Berapakah jumlah bendera

    Persekutuan Tanah Melayu ditem-

    pah khas dari kilang kain di Jepun

    untuk memeriahkan sambutan ke-

    merdekaan? ms A 25 ribu 237 B 50 ribu C 75 ribu D 100 ribu

    9 Siapakah pencipta lirik lagu Nega-raku yang menjadi lagu kebang-saan negara kita?

    ms A Mohamed Hamzah 236 B Yaacob Abdul Latif C Saiful Bahari

    D Ali Ahmad

    Stadium Merdeka direka bentuk oleh S. E. Jewkes mempunyai 22 ribu tem-pat duduk serta 3000 daripadanya tempat duduk berbumbung,

    10 Pernyataan berikut berkaitan pem-

    binaan Stadium Merdeka

    Tempoh masa untuk menyiapkan-nya ialah selama

    ms A Lima bulan 236 B Enam bulan

    C Lapan bulan

    D Satu tahun

    13 Bagi memastikan sambutan ke-merdekaan negara berjalan dengan lancar, beberapa jawa-tankuasa diwujudkan. Jawatan-kuasa Perayaan Ibu Kota Perseku-tuan dipengerusikan oleh

    ms A Tunku Abdul Rahman Al-Haj 237 B Dato' Abdul Razak Hussein

    C Saadon bin Jubir

    D H.S. Lee

    12 Menteri dan pegawai tinggi kera-jaan disediakan pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman iaitu "baju muskat". Pakaian ini berasal dari

    ms A Negeri Kedah 237 B Negeri Perak

    C Negeri Selangor

    D Negeri Sembilan

    15 Tepat 12.00 tengah malam ben-dera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu “God Save The Queen”. Bendera Union Jack di-turunkan oleh

    ms A Ali Ahmad 238 B Tahir Abdul Majid

    C Mohamed Hamzah

    D Saadon bin Jubir

  • 17

    17 Tokoh yang mewakili kerajaan British dalam upacara menye-rahkan Surat Perlembagaan Se-rahan Kuasa kepadaTunku Abdul Rahman ialah

    ms A Quen Elizabeth 240 B Duke of Gloucester

    C Duke of Wellington

    D Sir Donald MacGillivray

    19 Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Pernyataan manak-ah yang berkaitan dengan sistem tersebut?

    ms

    242

    A Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong

    B Badan Kehakiman menggubal undang-undang

    C Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa mutlak

    D Rakyat berhak bersuara dan memilih wakil

    20 Pengamalan Sistem Raja Berper-lembagaan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia menetap-kan Yang di-Pertuan Agong men-jadi

    ms A Ketua negara 242 B Ketua Kerajaan C Mengetuai Dewan Negara

    D Mengetuai Dewan Rakyat

    21 Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai seorang Menteri Luar. Jawatan ini disandang oleh

    ms A Dato' Abdul Razak Hussein 242 B Muhammad Ghazali Shafie C Dr. Ismail Abdul Rahman D Tunku Abdul Rahman

    22 Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel?

    ms 243

    A Melambangkan kekuatan negara

    B Mengukuhkan semangat perpaduan

    C Merapatkan hubungan sosio-ekonomi

    D Membantah campur tangan asing

    25 Apakah yang terkandung dalam Rancangan Buku Merah dilancar-kan pada 25 Januari 1961?

    ms

    244

    A Mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas

    B Memantau pengurusan kewangan Negara

    C Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan

    D Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan

    18 Pentas terapung berbentuk kerang dibina di Lake Garden. Kuala l,unrpur bersempena dengan sam-butan kemerdekaan negara.

    Antara artis yang membuat persembahan ialah

    I. P. Ramlee ms II. Saloma 241 III. Sarimah

    IV. Jins Shamsuddin A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    23 Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September 1957. Negara kita merupakan anggota PBB yang ke

    ms A Lapan puluh 243 B Lapan puluh satu

    C Lapan puluh dua

    D Lapan puluh tiga

    24 Pada tahun 1960 Malaysia me-nyertai misi pengaman PBB yang menunjukan pengiktirafan tertinggi PBB kepada negara kita.

    Di manakah pasukan pengaman negara kita dihantar?

    ms A Iran 243 B Congo

    C Anggola

    D Afrika Selatan

  • 18

    26 Apakah tujuan Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan pada ta-hun 1956-1960?

    ms 244

    I. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

    II. Membuka kawasan pertanian baru

    III. Menyediakan kemudahan pinjaman

    IV.

    Mengurangkan kadar ke-miskinan

    A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    30 Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Apakah penekanan Penyata tersebut?

    ms 245

    A Kenaikan darjah secara au-tomatik

    B Penekanan kepada bahasa Melayu

    C Sistem persekolahan sama D Kurikulum seragam

    34 Rajah berikut berkaitan dengan

    sistem pemerintahan dalam

    Persekutuan Malaysia.

    27 Apakah tujuan penubuhan Lem-baga Kemajuan Tanah Persekutu-an (FELDA)?

    ms A Memasarkan hasil pertanian 244 B Menggalakkan kegiatan indus-

    tri desa

    C Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan

    D memajukan tanah baharu secara besar-besaran

    28 Bank Kebangsaan Melayu merupa-kan bank pertama untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur. Tokoh yang bertanggunjawab menubuhkan Bank tersebut ialah

    ms A Maarof Zakaria 244 B Zakaria Ahmad

    C Sa’adon Jubir

    D Zainal Abidin Ahmad

    29 Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 Novem-ber 1959. Apakah keutamaan kementerian ini bagi merancang dan menyelaraskan projek pembangunan?

    ms A penyediaan kemudahan asas 244 B penyediaan kemudahan elektrik

    C penyediaan kemudahan peru-mahan

    D penyediaan kemudahan kesihatan

    31 Penyata Rahman Talib yang menggantikan Penyata Pelajaran 1956 telah memberikan penekanan kepada isu

    ms A Sekolah venakular 245 B Sekolah aliran Inggeris

    C Bahasa pengantar di sekolah

    D Pembinaan negara bangsa

    32 Bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Di manakah Dewan Bahasa dan Pustaka di tubuhkan?

    ms A Kuala Lumpur 245 B Klang, Selangor

    C Batu Pahat, Johor

    D Johor Bahru, Johor

    33 Antara usaha pihak kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup, di samping merapatkan ju-rang antara penduduk luar bandar dengan bandar ialah menyediakan

    I. subsidi baja ms II. bantuan makanan 2 III. bekalan elektrik

    IV. bekalan air bersih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

  • 19

    Badan Perundangan

    Badan Pelaksana Badan Kehakiman

    Yang di-Pertuan Agong

    39 Mengapakah jata negara penting kepada negara dan bangsa Ma-laysia?

    ms A Simbol perpaduan rakyat 247 B Merupakan identiti bangsa C Mempertahan semangat ke-

    negerian

    D Melambangkan kemajuan ekonomi

    35 Apakah yang membolehkan negara kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pen-tadbiran dan politik negara?

    ms A lambang 246 B Kedaulatan

    C Wilayah pengaruh

    D Keunggulan undang-undang

    Berdasarkan sistem tersebut, Kera-jaan merupakan institusi yang ber-tanggungjawab untuk

    ms I. Mengurus negara 246 II. Mentadbir negara

    III. Memerintah negara IV. Mendaulatkan negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    Kawasan yang mempunyai sem-padan untuk membentuk Perseku-tuan Tanah Melayu merujuk

    ms A jajahan takluk 246 B negeri bersekutu

    C wilayah pengaruh

    D wilayah naungan

    36 Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk mengu-ruskan dan mentadbir negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu

    I. Kementerian ms II. Menteri kabinet 246 III. Mahkamah

    IV. Badan Perundangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    37 Maklumat berikut adalah tentang

    Persekutuan Tanah Melayu

    Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Ked-ah, Perak. Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelan-tan dan Terengganu

    38 Apakah yang menjadi asas kedau-latan negara kita yang merdeka bagi memelihara hak setiap rakyat?

    ms A Perlembagaan Persekutuan 246 B Rang Undang-undang

    C Badan Perundangan

    D Mahkamah

    40 Apakah maksud bulan sabit pada

    Jata Negara?

    ms A Keberanian 247 B Perpaduan rakyat

    C Islam agama rasmi

    D Negeri-negeri Melayu