majlis sambutan hari kemerdekaan yang ke-60 â€؛ phocadownloadpap â€؛ warkah â€؛ warkah...

Download MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 â€؛ phocadownloadpap â€؛ warkah â€؛ Warkah PSآ  Dataran

If you can't read please download the document

Post on 27-Jun-2020

2 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • KUALA LUMPUR: Kejayaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), Hari Kebangsaan 2017 dan Hari Raya Aidiladha yang berturut-turut tiga hari merupakan hari untuk rakyat Malaysia bangkit bersama dan terus melangkah ke depan. Rakyat dari pelbagai peringkat usia dan bangsa datang untuk meraikan kemenangan Malaysia menjadi juara Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kemudian setelah selesai acara penutup Sukan SEA, acara disambung dengan majlis menyambut Hari Kebangsaan 2017 dengan sorakan serta tepukan gemuruh memenuhi sekitar stadium.

    Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 dimulakan di Dataran Merdeka sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang disambut Perdana Menteri dan isteri. Dataran Merdeka bergema dengan nyanyian Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh bekas Leftenan Komander Tentera

    Laut Diraja Malaysia, Mohd Sarif Kalam dan Pegawai Waran 1 (Bersara), Oliver Culvelt serentak dengan 14 das tembakan kehormat melambangkan 14 negeri dalam Malaysia. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara sebelum Perdana Menteri mengambil tempat di tengah pekarangan Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pantomim Ops Tapah F Team diikuti dengan persembahan kawat senyap oleh Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) membabitkan 1,000 anggota. Acara perbarisan Hari Kebangsaan 2017 menampilkan lapan kontinjen utama menggambarkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang turut disertai kontinjen Sukan SEA 2017 dan pasukan keselamatan. Orang ramai dilihat teruja dengan perarakan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain pertunjukan udara melintasi kawasan Dataran Merdeka.

    MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60

    DO NOT TINKER WITH DISCIPLINE OF HISTORY

    CENDERAHATI PERPISAHAN MEMBAWA

    KENANGAN ABADI

    SEJARAH MALAYSIA: PERSIMPANGAN DAN

    POLEMIK

    Menarik di dalam:

    Muka 6

    Muka 12

    Muka 17

    Bil. 53/17 JUL / SEP 2017

    Martabatkan Sejarah Malaysia

  • Warkah PSM diterbitkan oleh:

    PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA Aras 3, Anjung, Wisma Sejarah, 230, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.

    DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR) DRS WAN AMINUDDIN ABD HAMID RAMLAH HJ MUHAMMAD MOHD AROF ISHAK

    SIDANG REDAKSI Tel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388 Faks : 03 - 2681 4388 Email : psejma@gmail.com / sej@psm.org.my

    JUL / SEP 2017

    MARTABATKAN SEJARAH

    MALAYSIA

    TEMA-TEMA HARI KEMERDEKAAN (1970-2017)

    TAHUN TEMA TAHUN TEMA

    1970 1971 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990

    Muhibah dan Perpaduan Masyarakat Progresif Masyarakat Adil Masyarakat Berkebudayaan Malaysia Sains dan Teknologi Alat Perpaduan Masyarakat Berdikari Ketahanan Rakyat 20 tahun Bersama Maju Kebudayaan Sendi Perpaduan Bersatu Berdisiplin Berdisiplin Berbakti Berdisiplin Berharmoni Berdisiplin Giat Maju Bersama Ke Arah Kemajuan Amanah Asas Kejayaan Nasionalisme Teras Perpaduan Bangsa Tegas Negara Teguh Setia Bersatu Berusaha Maju Bersatu Bersatu Berjaya

    Wawasan 2020 Wawasan Asas Kemajuan Bersatu Menuju Wawasan Nilai Murni Jayakan Wawasan Jatidiri Penggerak Wawasan Budaya Penantu Kecapaian Akhlak Mulia Masyarakat Jaya Negara Kita,Tanggungjawab Kita Bersatu Ke Alaf Baru Keranamu Malaysia Malaysiaku Gemilang Perpaduan Teras Kejayaan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

    1 Malaysia:Menjana Transformasi 1 Malaysia; Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

    55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati Malaysiaku Berdaulat ,Tanah Tumpahnya Darahku

    Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Malaysia, Sehati Sejiwa Negaraku, Sehati Sejiwa

    1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999

    2000-2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

    2015-2016 2017

  • 3

    Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu kembali pada keluaran ini.

    Kita sebagai satu organisasi NGO telah bergerak dengan baik dengan memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Walau bagaimanapun sambutan kepada aktiviti-aktiviti warisan di kalangan angkatan muda masih belum menguasai jiwa raga mereka. PSM sentiasa berusaha untuk memikat minat anak muda kepada sejarah supaya mereka dapat menginsafi bahawa kehidupan mereka adalah berkait rapat dengan sejarah. Mereka menghargai sejarah tetapi sejarah belum dapat menguasai jiwa mereka.

    Untuk perancangan masa depan tumpuan akan diberikan kepada penerbitan. Dalam perlembagaan penerbitan adalah tunjang bagi kegiatan PSM. Pengeluaran sebuah jurnal adalah merupakan tugasan pertama dan utama bagi PSM sejak ia ditubuhkan. PSM telah berjaya menerbitkan jurnal ‘Malaysia Dari Segi Sejarah’. PSM amat aktif dalam penerbitan buku. Sehingga sekarang tidak kurang daripada 50 judul buku telah diterbitkan. PSM juga menerbitkan penerbitan berkala ‘Warkah PSM’ yang diterbitkan empat kali setahun dan terbitan berkala cawangan negeri-negeri yang diterbitkan dari masa ke masa.

    PSM akan mempertingkatkan program kerjasama dengan badan-badan seperti universiti, muzium, arkib dan badan penyelidikan dan dengan masyarakat sejarah dari dalam dan luar negeri untuk mengembangkan ilmu sejarah dan faedahnya sebagai penyuluh kehidupan kepada rakyat.

    Aktiviti utama selain daripada penerbitan adalah penyelidikan. PSM ada juga menjalankan kajian secara lisan khusus tentang tokoh terpilih. PSM akan menerbitkan buku tentang biografi Jeneral Datuk Abdullah Shamsuddin, seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada Tanah Air dalam bidang ketenteraan. PSM juga sedang menjalankan kajian tentang kegiatan Bintang Tiga selepas Perang Dunia Kedua yang melibatkan temubual lisan dengan individu-individu yng masih ada.

    Kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan IPT dan lain-lain akan dapat memain peranan masing-masing dalam memartabatkan sejarah Malaysia.

    Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

    Tan Sri Dato’(Dr) Hj Omar Mohd Hashim Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia

    Catatan Editorial Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu pada keluaran kali ini. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang artikel pada kali ini iaitu Prof Emeritus Dato' Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Mohd Nor Long dan Mohd Arof Ishak. Prof Emeritus Dato Dr Abdullah menulis tentang “Sejarah Malaysia: Persimpangan dan Polemik”, Mohd Arof Ishak menulis kepada NST Editor bertajuk "Do Not Tinker with Discipline of History" dan Mohd Nor Long bertajuk "Cenderahati Perpisahan Membawa Kenangan Abadi". Setakat ini untuk keluaran ini agar kita bertemu lagi di keluaran yang akan datang. Sekian, terima kasih.

    Sekian terima kasih.

    Dr Zahidi Dato' Zainol Rashid Ketua Editor Buletin Warkah Persatuan Sejarah Malaysia

    JUL / SEP 2017

  • 4

    PSM DI SANA SINI

    1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999

    2000-2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

    2015-2016 2017

    BENGKEL SEJARAH LISAN 2017 Bengkel Sejarah Lisan 2017 telah diadakan pada 13 dan 14hb Julai 2017 di Dewan Persidangan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Ianya dianjurkan oleh Unit Sejarah Lisan, Bahagian Sejarah, Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Penceramah/Pemudah cara ialah Prof Datin Dr Mahan Musa dan Cik Kuah Li Peng. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik, staf bukan akademik dan pelajar dari universiti awam seperti USM, UPSI, UM, UKM, UUM, UTM dan USIM. Juga yang hadir adalah staf IPG Pulau Pinang, Kota Bharu dan Ipoh, staf PSM dan staf Think City.

    SIMPOSIUM POLEMIK SEJARAH MALAYSIA Simposium Polemik Sejarah Malaysia telah berlangsung pada 31 Julai - 1 Ogos 2017 bertempat di Auditorium, Pusat Pendokumentasian Dan Pemeliharaan Audio Visual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia. YBhg Encik Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara telah menyampaikan ucaptama. Sesi panel I merangkumi bidang Sejarah, Arkeologi dan warisan. Pada petang telah berlangsung majlis perasmian dan sesi dialog TN50. Pada hari kedua pada sesi panel II terdiri dari badan bukan kerajaan. Pada petang pada sesi panel III adalah dari jabatan dan agensi kerajaan.

    MALAYSIA-THAILAND FRIENDSHIP ASSOCIATION (MTFA)

    Satu perjumpaan antara MTFA dan PSM telah diadakan di Wisma Sejarah. Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM. Turut hadir ialah Presiden MTFA iaitu Dato Latt Shariman Abdullah, Presiden TFA dan timbalan beliau, Prof Baharudin Omar.

    Perbincangan bersama MTFA dan PSM di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur

    JUL / SEP 2017

  • 55

    JUL / SEP 2017 MASJID

    TELOK MANOK Oleh

    DR ZAHIDI DATO HAJI ZAINOL RASHID

    Masjid Wadi Al-Hussein yang terletak di Kampung Telok Manok, Narathiwat, Selatan Thailand adalah masjid tertua di Asia Tenggara. Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai usia masjid ini dipercayai berumur 370 tahun. Ia terletak 4 kilometer dari bandar Narathiwat. Kalau hendak melawat masjid ini, ia terletak berdekatan dengan bandar kecil Bachok. Di satu simpang jalan menghala ke barat kita akan melalui satu jalan tanah merah. Mengikut jalan ini, kita akan sampai ke Kampung Te

Recommended

View more >