erti kemerdekaan

Download Erti kemerdekaan

Post on 22-Jan-2017

99 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • ERTI KEMERDEKAANUs Hj. Abdul Ghani Samsudin

  • Allah berfirman dalam Surah al-Araf 156-157:

  • Maksudnya:"Dan takdirkanlah untuk Kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku hadapkan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, manakala rahmatKu meliputi serba segala; kelak akan Ku peruntukkan kepada orang-orang yang bertaqwa, orang yang mengeluarkan zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

  • Maksudnya lagi :Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah ; Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada dalam simpanan mereka. Nabi tersebut menyuruh mereka melakukan segala perkara yang baik. Sebaliknya melarang mereka melakukan perkara yang keji. Ia juga menghalalkan untuk mereka segala yang baik, di samping mengharamkan kepada mereka segala yang buruk;

  • Sambungan maksud:Nabi juga melepaskan mereka dari kekangan beban dan belenggu yang merantai hidup dan mecekik leher mereka.

    Oleh itu orang-orang yang beriman kepada Rasul, di samping memuliakan, dan menolongnya, serta mengikuti nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

  • Islam Memusuhi PenjajahanPenjajahan bermaksud:Pemaksaan, dominasi politik, ketenteraan, budaya dan ekonomi atas negeri-negeri yang dikalahkan untuk kemudian dieksploitasi

  • Belenggu BelengguBelenggu Kufur dan SyirikKejahilan dan KebutaanMaksiat dan kefasiqanPenjajahan Mental dan PemikiranPejajahan ekonomiPenjajahan KetenteraanPenjajahan Politik

  • KongkonganAkta Drakonian dan ISASistem Kehakiman Yang BobrokPerundangan Yang ZalimMedia Sebaran Am yang Tidak Adil Seimbang dan Tidak BeretikaSistem Pemerintahan yang Undemocratic

  • Penyalahgunaan Jentera NegaraInstitusi Kepolisian Yang Menjadi Milik Parti dan Bukan RakyatInstitusi Kehakiman Yang TerbelengguInstitusi Pilihanraya atau SPR yang Bertugas Memenangkan Parti yang Memerintah Sahaja.Institusi Pendidikan Yang Gagal Melindungi Jatidiri Umat dan Keperibadian Islam

  • Pertubuhan Antara Bangsa Yang Menobatkan Penjajahan

  • Pengertian KemerdekaanKemerdekaan - dari satu sudut - boleh difahami sebagai bebas dari perhambaan, keterikatan, lepas dari dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa atau negara lain. Merdeka juga bermakna bebas dari belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang membingkai dan menghalang manusia dari mencapai darjat kemanusiaannya yang sejati. Dalam konteks negara; kemerdekaan bermaksud terlepas dari penjajahan, sama ada penjajahan politik, ketenteraan, ekonomi, budaya, informasi dan sebagainya.

  • Allah SWT berfirman dalam Surah al Maidah ayat: 89:

  • Maksudnya:Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengajakan (dengan bersungguh-sungguh). Maka kaffarahnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang (biasa) kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba (yang beriman). Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan kaffarah tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah kaffarah penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Peliharalah sumpah kamu (jangan melanggarnya). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) mudah-mudahan kamu bersyukur. (al-Maidah, 5: 89)

  • Allah berfirman dalam surah Al Imran ayat :35 (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku bernazar kepadaMu (untuk menjadikan) anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Ali Imran, 3: 35).

  • Dalam Surah al Mujadalah ayat :3 Dan orang-orang yang "menziharkan" isterinya, kemudian mereka menarik balik apa yang mereka ucapkan (tentang zihar itu), maka hendaklah (suami wanita berkenaan) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) berseketiduran. Demikianlah, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). (Ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya terhadap apa jua yang kamu lakukan. (Mujadalah, 58: 3).

  • Menurut al KhayyatKemerdekaan bermakna kebebasan manusia dari perhambaan manusia lain, atau kebebasan bangsa dari perbudakan bangsa lain. Sejajar dengan firman Allah:

  • Maksudnya:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan puak, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat, 49: 13).

  • Dorongan KebebasanAllah berfirman lagi mengajak manusia membebaskan dirinya dari perhambaan individu kepada individu lain, di samping menyeru mengikut kebenaran yang ditunjukkan kepada mereka dan tidak mengikut orang yang tidak menyeru kepada kebenaran.

  • Umar Ibnu al-Khattab berkata:Bilakah anda (dibenarkan) memperhamba orang lain padahal ibubapa mereka telah melahirkan mereka dalam (status) merdeka?.[1]Al-Khayyat, Dr. Abdul Aziz Izzat (1999): Al-Nizam al-Siyasi Fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam, h. 43.

  • Al-Imam al-Qusyairi menyebutkan bahawa kebebasan ialah: Apabila seseorang itu bebas dari perhambaan kepada makhluk, terlepas dari kongkongan mana-mana entiti.

  • Ibnu Arabi menegaskan makna yang agak berbeza, iaitu:

  • MaksudnyaPerhambaan yang jitu dan sebenarnya (ialah) perhambaan kepada Allah (semata-mata), iaitu apabila seseorang itu tidak menjadi hamba kepada selain Allah. Sebaliknya, menjadi hamba Allah yang menciptanya untuk tujuan penyembahan kepadaNya; di samping menyempurnakan tuntutan penciptaannya. Bak kata orang: hamba Allah yang terbaik ialah yang segera pulang ke hadhratNya. Dengan lain-lain perkataan, kembali kepada ubudiah yang ia dicipta untuk itu. Ini adalah kerana pada hakikatnya dia adalah makhluk yang dicipta dalam kaadaan memerlukan kepada segala sesuatu yang wujud (di alam ini).

  • Ayatullah Muhammad Baqir al-Sadr berpendapat:

  • TONGGAK KEBEBASAN dan Kemerdekaan1)Konsep Ubudiah Kepada Allah2) Asas Mencari Keredhaan Allah3)Rasa Tanggungjawab Yang Tinggi Kepada Allah

  • Pengertian Kebebasan KiniBebas dalam pengertian sekarang merangkumi kebebasan dari intimidasi, dari paksaan dalam segala bentuk, bebas menyatakan pendapat, sama ada secara lisan dan bertulis, bebas berkumpul, berpersatuan dan sebagainya. Konsep kebebasan berkait rapat dengan konsep hak asasi manusia, kebebasan mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan, hak mendapat pembangunan, perlaksanaan demokrasi kemanusiaan yang murni dan segala yang berkaitan dengannya.

  • Fokas CeramahPerbincangan tentang kemerdekaan dalam maksud kebebasan barangkali lebih menjurus dan berkait dengan maksud tajuk di atas. Ini kerana memperincikan pelbagai bentuk kebebasan yang sah dan diperlukan oleh manusia moden hari ini dalam kehidupan mereka; di samping perlaksanaan kuasa rakyat melalui kaedah shura atau demokrasi yang sebenar adalah lebih penting untuk meningkatkan lagi mutu kefahaman dan amalan hidup berpolitik dan bernegara. Dari situ akan terserlah pula pola pengisian dan agenda untuk memperkasa kebebasan dan kemerdekaan.

  • 17 Jenis KebebasanKebebasan Beragama.Kebebasan Diri.Kebebasan Berfikir.Kebebasan Bersuara.Kebebasan Media.Kebebasan Berpolitik.

  • 17 Jenis KebebasanKebebasan Mencalonkan Diri Sebagai Wakil Rakyat. Kebebasan Berhimpun dan Berpersatuan.Kebebasan Ekonomi.Kebebasan Bekerja dan Menukar Kerjaya.Kebebasan Berkeluarga.Kebebasan Bergerak.

  • 17 Jenis KebebasanKebebasan Untuk Mendapat Penghakiman Yang Adil.Kebebasan Belajar dan Mengajar.Kebebasan Dari Maksiat dan Penderhakaan (Fisq atau Fusuq).Kebebasan Dari Pencemaran Persekitaran.Kebebasan Dari Penindasan Negara Kuasa Besar.[1]Lihat Abdul Ghani Samsudin (2006), Konsep Kebebasan Dari Perspektif Islam dalam Tinta dan Minda AGS: Mengenai Islam, Ulama dan Umara, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication, hh. 115-134.

  • Penjelasan TambahanSenarai kebebasan ini mungkin belum sempurna dan boleh ditambah lagi dengan kebebasan untuk mendapat rawatan, kebebasan para tahanan dari diseksa dengan tujuan mendapatkan pengakuan, kebebasan berdakwah baik di dalam mahupun di luar masjid dan sebagainya. Pendek kata, selagi manusia terus hidup membangunkan tamadun yang tinggi senarai tersebut akan terus bertambah dan lebih terperinci serta menyeluruh.

  • Batasan Umum kebebasan1) Mengguna dan mengamalkan kebebasan dengan niat yang benar, tulus dan sihat .Mengamalkan kebebasan untuk menegakkan kebenaran, menegur kebatilan demi Allah dan kepentingan rakyat.2) Tidak digunakan untuk riak, bermegah, mencaci dan menghina orang lain di khalayak ramai secara yang bertentangan dengan syara.

  • Batasan Umum Kebebasan3) Menjaga akidah dan batasan syariah. Tidak dibenarkan mencaci akidah dan asas-asas agama Islam,merendahkan martabat Rasul dan sunnahnya atas dasar kebebasan bersuar