perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … ucapan... · kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan...

24
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA SEPTEMBER 2015 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 8 SEPTEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA SEPTEMBER 2015

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

8 SEPTEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan September 2015

pada pagi yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Industri Klasifikasi dan Tarif

Dagangan kerana telah mengatur

dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KENAIKAN PEGAWAI SAINS GRED C48

KE GRED C52]

3. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada 5 orang Pegawai Sains atas

kenaikan pangkat dari Gred C48 ke

Gred C52. Mereka adalah:

Puan Maimunah bt. Sulaiman @

Wahid (31 Januari 2015)

Puan Roslin Bar (16 Jun 2015)

En. Wong Kong Yong (16 Jun 2015)

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

6

En. Mohd. Jamadi bin Haji Md. Jidi (16

Jun 2015)

En. Khairul Hadi bin Haji Abdul Raof

(18 Jun 2015)

4. Saya amat berharap agar atas

kenaikan pangkat ini, anda semua

akan menggandakan usaha dan

berusaha dengan lebih gigih untuk

mengangkat tinggi Jabatan Kimia

Malaysia.

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

7

[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]

5. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada YBhg. Dato’ Haji Mohamad

Salleh bin Ramli, Mantan Pengarah

Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Pahang di atas pengurniaan Darjah

Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P)

yang membawa gelaran Dato’

daripada Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Sultan Pahang pada 2

September 2015 di Istana Pahang.

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

8

[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2015]

6. Kita telah menyambut Hari

Kemerdekaan Negara tahun 2015

pada 31 Ogos yang lepas. Sambutan

Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan

pada tahun 2015 lebih menekankan

kepada semangat kejiwaan dan

bersatu hati rakyat Malaysia apabila

“Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema

sambutan Hari Kemerdekaan tahun

2015.

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

9

7. “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh

kesepaduan, kesefahaman, kekitaan

dan kemanusiaan seluruh rakyat di

negara ini selain melambangkan

semangat kesepaduan yang dimiliki

oleh semua rakyat tidak kira di mana

mereka berada.

8. Walau bagaimanapun, saya secara

peribadi merasa agak kecewa dengan

semangat “Sehati Sejiwa” di kalangan

warga Jabatan Kimia Malaysia.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

10

Kemeriahan sambutan bulan

Kemerdekaan kurang dirasai di

Jabatan ini. Bendera kurang digantung

di sekitar kawasan bangunan. Kita

sepatutnya mencontohi Jabatan Kimia

Malaysia, Cawangan Kuching,

Sarawak yang begitu bersemangat

dalam perkara ini. Mereka telah

menjadi Johan dalam Pertandingan

Menghiasi Bangunan sempena Bulan

Kemerdekaan (Kategori Bangunan

Kerajaan).

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

11

9. Saya turut merasa kecewa dengan

kurangnya jumlah kehadiran pegawai

kita terutamanya Pegawai Kanan

dalam Program Amanat Hari

Kebangsaan oleh Perdana Menteri

pada 30 Ogos yang lepas. Sebagai

penjawat awam, kita seharusnya

mendokong semua program anjuran

kerajaan apatah lagi yang melibatkan

Perdana Menteri Malaysia dengan

semangat “Sehati Sejiwa”. Diharapkan

perkara ini tidak berulang lagi di masa

hadapan.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

12

Hadirin sekalian,

[KARNIVAL BOWLING PUSPANITA

MOSTI 2015]

10. Pada 5 September yang lepas, telah

berlangsung Karnival Bowling

PUSPANITA MOSTI yang bertempat

di Kelab Golf, Bukit Jalil. Jabatan

Kimia Malaysia telah bertindak

sebagai urusetia dalam pertandingan

ini.

11. Sekali lagi saya ingin menegur

ketidakhadiran Pegawai Kanan Wanita

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

13

kita dalam acara ini. Sepatutnya kita

seluruh warga Kimia memiliki

semangat “Sehati Sejiwa” dalam

setiap perkara yang melibatkan

jabatan kita yang tercinta ini. Kita

sepatutnya menyokong setiap acara

atau setiap program yang melibatkan

jabatan atau kementerian kita.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA

1436H]

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

14

12. Seperti semua sedia maklum, pada

bulan ini kita akan menyambut Hari

Raya Aidiladha yakni ibadah korban

iaitu pada 24 September 2015

bersamaan 10 Zulhijjah 1436H.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah S.W.T. kerana dengan sifat

Rahman dan RahimNya maka kita

dianugerahkan lagi dengan sambutan

Aidiladha. Bagi mereka yang

mempunyai rezeki lebih sedikit tidak

salah untuk membuat ibadah korban

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

15

ini. Sangat digalakkan, sunat muakkad

dan ganjarannya sangatlah banyak.

13. Saya ingin mengucapkan Selamat

Hari Raya Aidiladha kepada semua

warga Kimia. Marilah kita bersama-

sama meraikan sambutan Aidiladha ini

melalui semangat 1Malaysia dan

”Sehati Sejiwa” yang turut

memperlihatkan kepentingan nilai-nilai

pengorbanan untuk agama, bangsa

dan negara.

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

16

[PENUTUP – PELANCARAN MINGGU

OSH]

14. Selain dari aspek kualiti kerja makmal

yang perlu dipatuhi, aspek kesihatan

dan keselamatan juga tidak kurang

pentingnya dalam memastikan

keberkesanan perkhidmatan Jabatan

Kimia Malaysia. Sehubungan dengan

itu, Jabatan, melalui Unit OSH,

Bahagian IKTD telah mengendalikan

beberapa program dan aktiviti bagi

memastikan tempat kerja adalah

selamat dan tidak membahayakan

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

17

kesihatan pekerja. Melalui aktiviti-

aktiviti OSH, saya berharap agar

semua kakitangan dapat menjadikan

amalan kesihatan dan keselamatan di

tempat kerja sebagai budaya kerja

harian.

15. Pada 2 September 2015 yang lalu,

pihak Ibu Pejabat telah Pasukan Audit

daripada Majlis Negara Bagi

Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan untuk Audit Peringkat

Kedua Anugerah Keselamatan dan

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

18

Kesihatan Negara Peringkat

Kebangsaan 2015. Saya berharap

Jabatan Kimia Malaysia akan berjaya

memenangi anugerah tersebut bagi

kategori Sektor Awam dan Badan-

badan Berkanun. Kali terakhir pihak

Ibu Pejabat memenangi anugerah

tersebut ialah pada tahun 2005.

16. Seperti mana pihak tuan/puan sedia

maklum, pihak pengurusan Jabatan

Kimia Malaysia amat komited dalam

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

19

melaksanakan program-program OSH

bagi memastikan pematuhan kepada

Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 1994 dan keperluan-

keperluan bagi sistem pengurusan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan

OHSAS 18001. Sehubungan dengan

itu, saya ingin menarik perhatian dan

mengingatkan tuan/puan supaya

sentiasa mengikut dan mematuhi

peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Saya dapati masih ramai staf yang

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

20

tidak mematuhi peraturan-peraturan

yang ditetapkan seperti :

Tidak memakai PPE semasa

menjalankan analisis

Makan minum dalam makmal

Merokok di tempat yang tidak

dibenarkan

17. Saya berharap agar semua staf

memberi perhatian serius kepada

perkara ini, memandangkan pihak luar

sentiasa menjadikan Jabatan Kimia

Malaysia sebagai role model dan

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

21

sentiasa menjadi rujukan dalam

pelaksanaan program keselamatan

dan kesihatan di tempat kerja.

18. Minggu ini iaitu dari 7 - 11 September

2015 merupakan sambutan Minggu

OSH peringkat Ibu Pejabat. Beberapa

aktiviti yang menarik dan bermanfaat

telah diatur seperti ceramah

kesihatan, senamrobik, pameran,

pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti ini dijalankan oleh Unit

OSH dengan kerjasama Pemurni dan

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

22

Puspanita Jabatan Kimia Malaysia.

Saya berharap agar warga Kimia

semua dapat meluangkan masa untuk

turut serta dalam aktiviti yang akan

dijalankan sepanjang minggu ini

dalam usaha menjadikan warganya

sihat dan selamat. Selain dari itu saya

juga berharap semua Warga Kimia

hendaklah terus mengamalkan gaya

hidup sihat seperti menjaga

pemakanan, bersukan dan beriadah.

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan

Kimia Malaysia telah mula

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

23

menganjurkan aktiviti walkathon

secara bulanan. Marilah sama-sama

kita menyertai aktiviti ini.

19. Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya

dengan ini melancarkan dan

merasmikan Minggu OSH Ibu Pejabat

Jabatan Kimia Malaysia 2015.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan... · Kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan kurang dirasai di Jabatan ini. Bendera kurang digantung di sekitar kawasan bangunan

24