sakit saraf epilepsi 02

Upload: septinaayusamsiati

Post on 08-Mar-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EPILEPSI

TRANSCRIPT

  • EPILEPSI Apakah itu Epilepsi?

    Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

    Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius.

    Terdapat dua jenis sawan:

    1. Sawan menyeluruh

    Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:

    o Tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan Grand-Mal).

    o Ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan Petit-Mal).

    o Mioklonik.

    2. Sawan separa

    o Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:

    separa kompleks

    separa ringkas

    Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:

    Sindrom West : Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan.

    Sindrom Lennox-Gastaut : Melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan Epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.

    1

  • Bagaimanakah Epilepsi ini terbentuk?

    Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf). Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui aktiviti elektrik. Aktiviti elektrik yang kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang serius.

    Neuron bertukar ganti maklumat sesama sendiri melalui proses elektrokimia. Proses ini boleh dikesan dengan menggunakan Elektro Ensefalo Graf (EEG). Kadangkala, gangguan keadaan kimia di otak boleh mengganggu proses elektrokimia ini dan mengakibatkan sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan akan menunjukkan corak aktiviti elektrik otak yang tidak normal melalui pemeriksaan EEG.

    Apakah penyebab Epilepsi?

    Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur.

    Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:

    1. Penyebab yang biasa

    o Kecederaaan di kepala.

    o Faktor genetik.

    o Tumor otak.

    o Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu - pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).

    o Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.

    2. Penyebab pada orang dewasa:

    o Sklerosis (parutan) hipokampus - bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak).

    o Penyalahgunaan alkohol atau dadah.

    o Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.

    o Jangkitan kuman seperti Meningitis dan Ensefalitis.

    o Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.

    2

  • o Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).

    3. Penyebab pada kanak-kanak

    o Demam yang kuat.

    o Suntikan vaksin - sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.

    o Sawan aruhan televisyen - sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.

    o Kecacatan sewaktu lahir.

    o Kerosakan otak.

    o Keracunan.

    o Kecederaan di kepala.

    o Ubat-ubatan seperti Melatonin - sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.

    Pada sesetengah wanita, Epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Ia biasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.

    Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko Epilepsi?

    Faktor risiko utama yang diketahui ialah keturunan. Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko Epilepsi termasuklah:

    Kecederaan di kepala seperti selepas jatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaan semasa bersukan.

    Strok/angin ahmar. Jangkitan kuman pada sistem saraf pusat seperti Meningitis (keradangan

    meninges yang merupakan 3 lapisan membran tisu perantara yang mengalas tengkorak dan saluran vertebra. Ia juga menutupi otak dan saraf tunjang. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman virus atau bakteria yang menyebabkan pneumonia, siplis atau tibi).

    Penyakit kemorosotan sistem saraf pusat (seperti penyakit Alzheimer . berbentuk penyakit demansia berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan wargatua. Penyakit ini tidak boleh dirawat).

    Tumor otak. Keturunan Sawan ketidakwujudan - sawan berlaku secara tiba-tiba yang mengganggu

    kesedaran pemikiran atau aktiviti.

    3

  • Sawan Mioklonik yang progresif - sejenis Epilepsi yang diikuti dengan mioklonus (kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba terutama ketika mengangkat sesuatu atau membengkok tangan).

    Epilepsi Mioklonik juvana - sindrom sentakan mioklonik yang menyerang secara tiba-tiba terutamanya di waktu pagi atau ketika tertekan atau keletihan).

    Bagaimanakah kedudukan Epilepsi ini?

    Malangnya, data mengenai epilepsi di Malaysia adalah terhad. Terdapat sedikit sahaja kajian yang telah dijalankan terhadap Epilepsi. Ciri-ciri Epilepsi di Malaysia adalah agak serupa sebagaimana yang dilaporkan di tempat-tempat lain. Daripada 165 kes yang dilaporkan, 42.4% merupakan Epilepsi menyeluruh.

    Apakah tanda-tanda dan gejala Epilepsi?

    Terdapat dua kategori utama Epilepsi:

    1. Sawan separa atau setempat.

    2. Sawan menyeluruh.

    Di dalam kategori ini, terdapat lagi pelbagai jenis yang lebih kecil. Jenis-jenis bagi setiap kategori adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

    Sawan Menyeluruh

    Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawan menyeluruh:

    1. Sawan menyeluruh tonik-klonik

    o Tidak sedarkan diri.

    o Menggigit lidah atau pipi.

    o Mengalami sentakan kaki dan tangan.

    o Pernafasan terhenti sementara.

    o Hilang kawalan usus dan pundi kencing.

    o Sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.

    2. Petit Mal

    o Tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.

    o Keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong).

    4

  • o Kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor.

    o Serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 - 100 kali setiap hari).

    o Sering terjadi di zaman kanak-kanak.

    o Boleh mengganggu pembelajaran.

    Sawan Separa

    Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan boleh dikategorikan kepada dua jenis:

    1. Separa Ringkas

    o Masih sedarkan diri.

    o Gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.

    o Mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata.

    o Keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasa.

    2. Sawan kompleks

    o Seringkali bermula dengan rasa tidak selesa pada abdomen atau gangguan terhadap deria rasa tertentu (seperti berbau sesuatu yang aneh).

    o Mungkin mengalami pening, berpeluh, kulit menjadi merah atau anak mata membesar.

    o Pergerakan yang tidak dapat dikawal berlaku secara berulang-ulang (automatisma) seperti mengunyah, mengecap bibir atau menelan.

    o Mungkin hilang pertimbangan.

    o Tidak sedarkan diri tetapi tidak mengalami perubahan postur.

    o Amnesia.

    o Sembuh secara perlahan-lahan.

    Apakah komplikasi yang boleh berlaku dari Epilepsi?

    Jarang sekali Epilepsi menyebabkan kematian, tetapi 1 dalam 200 pesakit Epilepsi mati setiap tahun atas sebab-sebab yang tidak dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun,

    5

  • kebanyakan kes yang membawa maut adalah disebabkan oleh sawan tanpa henti (status Epileptikus). Komplikasi yang paling biasa berlaku ialah kecederaan sewaktu serangan sawan berlaku.

    Beberapa komplikasi Epilepsi termasuklah:

    Kecederaan akibat terjatuh, terhantuk dan menggigit diri sendiri. Sawan ketika memandu. Kesukaran untuk belaja. Kesan sampingan yang buruk dari ubat yang diambil. Kerosakan otak yang kekal. Penyedutan (kemasukan benda asing) cecair ke dalam paru-paru menyebabkan

    pneumonia.

    Apakah ujian yang dilakukan untuk menentukan Epilepsi?

    Untuk menentukan penyebab atau punca Epilepsi adalah sangat mencabar kerana ianya mungkin berpunca dari faktor-faktor neurologi, psikologi, kardiovaskular dan lain-lain lagi. Cara terbaik untuk menilai sawan epilepsi ini ialah dengan memantau gelombang otak dan rentak jantung semasa serangan berlaku, sama ada di klinik atau di hospital. Walau bagaimanapun, diagnosis bagi Epilepsi adalah berdasarkan sejarah pesakit yang diperolehi dari pesakit itu sendiri serta saksi-saksi yang boleh dipercayai. Pemeriksaan fizikal serta ujian-ujian makmal akan menyokong sejarah pesakit bagi menentukan keseluruhan sindrom Epilepsi.

    Ujian-ujian yang boleh dijalankan :

    Ujian paras kalsium dan magnesium dalam darah. Paras glukosa dalam darah. Ujian fungsi hati dan buah pinggang. Elektro Ensefalo Gram (EEG). Pemantauan video-EEG. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI - Magnetic Resonance Imaging) atau

    Tomografi Berkomputer (CT - Computed Tomography) pada otak.

    Penilaian neuropsikologi. Paras GABA - GABA adalah asid amino yang terdapat dalam sistem saraf pusat

    terutamanya dalam otak.

    6

  • Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan

    Gejala-gejala, penyakit, kecederaan, sejarah keluarga yang menghidap Epilepsi serta faktor-faktor lain yang berkaitan akan disiasat. Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan.

    Ujian darah

    Ujian darah dijalankan untuk menilai keadaan keseluruhan kesihatan seseorang individu dan mengesan keadaan-keadaan lain yang mungkin bertanggungjawab ke atas kejadian sawan yang berulang.

    Elektro Ensefalo Gram (EEG)

    Merakamkan aktiviti elektrik otak. EEG dirakamkan semasa sawan berlaku untuk melihat corak aktiviti otak yang tidak normal.

    Pemantauan video-EEG

    Video serta peralatan pemantauan EEG berkomputer digunakan untuk memantau pesakit 24 jam sehari.

    Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

    MRI boleh mengenalpasti kawasan yang rosak atau berparut di otak dengan jenis-jenis sawan yang tertentu. Imej yang terhasil boleh membantu sama ada ketidakaturan ini boleh dirawat dengan pembedahan ataupun tidak. Ia juga mungkin berguna sebagai panduan kepada para doktor.

    Tomografi Berkomputer

    Menggunakan X-ray untuk memberikan gambaran 3 dimensi struktur otak. Ujian ini boleh mengenalpasti kewujudan tumor, strok serta keabnormalan lain yang menyebabkan sawan.

    Penilaian neuropsikologi

    Teknik ini digunakan untuk menilai bahagian-bahagian seperti memori, bahasa, persepsi, pemikiran dan fungsi emosi.

    Aras GABA (kajian sahaja)

    Pengukuran paras GABA bersama dengan rakaman EEG boleh membantu menilai sawan yang berulang dan mengenalpasti pesakit yang boleh mendapat faedah dari ubat yang boleh meransang fungsi GABA.

    7

  • Apakah rawatan untuk Epilepsi?

    RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

    Sawan yang berulang biasanya boleh berakhir dengan sendiri. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin satu petanda bagi sesuatu penyakit yang lebih serius. Bantuan perubatan diperlukan apabila:

    Sawan berlanjutan sehingga lebih dari 10 minit. Sawan berlaku secara perlahan-lahan atau mangsa mengalami kesukaran untuk

    bernafas.

    Sawan di kalangan wanita hamil atau sawan yang datang bersama-sama penyakit lain.

    Berlaku kecederaan yang serius disebabkan oleh serangan sawan (seperti jatuh, terhantuk atau menggigit diri sendiri).

    Adalah penting untuk bertenang apabila seseorang itu mengalami serangan sawan. Anda perlu lakukan pekara-perkara berikut untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang serius.

    Jangan masukkan sebarang benda ke dalam mulut mangsa. Lap segala air liur yang berlebihan. Lapangkan kawasan tersebut dari segala perabot serta benda-benda lain yang

    boleh menyebabkan kecederaan.

    Jangan cuba memegang mangsa untuk mengelakkan mangsa bergoyang. Sokong kepala pesakit dengan menggunakan bantal ataupun sebarang objek

    yang lembut. Jika boleh, alihkan pesakit mengiring bagi membolehkan ia bernafas dengan lebih mudah.

    Sentiasa bersama pesakit sehingga ia pulih sepenuhnya.

    Rawatan bukan farmakologi

    Rawatan alternatif termasuklah:

    1. Pembedahan.

    2. Diet/pemakanan khas.

    3. Rangsangan saraf vagus.

    1. Pembedahan Pembedahan merupakan satu pilihan dalam kes-kes Epilepsi yang disebabkan

    8

  • oleh tumor ataupun `sklerosis hipokampus atau apabila ubat-ubatan gagal mengawal sawan. Keputusan ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah kekerapan serta keterukan sawan, risiko kerosakan otak, kesannya terhadap kualiti hidup, keadaan keseluruhan kesihatan pesakit dan kebarangkalian pembedahan boleh mengawal episod sawan.

    2. Diet/pemakanan khas

    Doktor mungkin mengesyorkan sejenis diet khas jika ubat-ubatan tidak mampu menghentikan sawan. Diet ini yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi diberi untuk kanak-kanak yang menghidap sawan tertentu. Kadangkala, sawan disebabkan oleh kekurangan vitamin B dan magnesium. Para doktor mungkin memberi vitamin tambahan, tetapi fungsinya hanyalah untuk menggantikan kehilangan vitamin yang disebabkan oleh dadah-dadah tertentu.

    3. Rangsangan saraf vagus

    Ini merupakan satu terapi yang baru diluluskan di mana satu peralatan elektrik akan diletakkan di bahagian atas dada pesakit untuk merangsang saraf vagus yang terletak di leher.

    Rawatan farmakologI

    Terapi dadah

    Jumlah dan jenis terapi dadah yang diberikan bergantung pada umur pesakit serta jenis, kekerapan dan penyebab sawan. Jika terdapat kesan buruk yang serius, penggunaan dadah perlulah ditarik balik secara perlahan-lahan apabila dadah yang baru diberikan. Didapati bahawa, epilepsi dapat dikawal dengan menggunakan satu dadah dan diambil secara tetap dan berterusan. Jika ini gagal, doktor mungkin memberi dadah tambahan atau menambah dos dadah kedua. Dadah yang mungkin digunakan termasuklah:

    Karbamazepin (Tegretol)

    Berkesan untuk sawan separa ataupun sawan tonik-klonik menyeluruh apabila digunakan bersendirian ataupun digabungkan dengan dadah-dadah lain. Ia biasanya digunakan untuk kanak-kanak kerana kesan sampingannya terhadap pemikiran dan perlakuan adalah kurang. Kesan sampingan yang lain termasuklah penglihatan kabur, sakit kepala, rasa mengantuk, pening serta gangguan pada perut. Pesakit perlu memberitahu doktor mereka jika terdapat sebarang tanda-tanda degupan jantung yang tidak tetap, sakit tekak, demam, lebam atau sebarang pendarahan yang luarbiasa. Rawatan jangka panjang boleh menyebabkan osteoporosis pada wanita, oleh itu mereka dinasihatkan supaya mengambil kalsium dan vitamin D tambahan.

    9

  • Fenitoin (Dilantin)

    Berkesan bagi mereka yang menghidap epilepsi tonik-klonik menyeluruh serta sawan separa ringkas dan kompleks. Sesetengah doktor memberi Fenitoin untuk pesakit yang mengalami kecederaan di kepala dan mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk memperolehi sawan. Kesan sampingannya termasuklah pertambahan bulu pada badan, kulit menjadi melepuh dan kasar serta anoreksia ataupun bagi kes-kes tertentu berlakunya kerosakan pada hati.

    Valproate (Depakene)

    Biasanya digunakan untuk sawan menyeluruh dan berguna untuk hampir kesemua sawan yang biasa berlaku. Ia TIDAK disarankan untuk kanak-kanak. Kesan sampingannya kurang tetapi pesakit mungkin mengalami masalah pada perut dan usus seperti rasa loya, muntah-muntah serta pedih ulu hati.

    Fenobarbital (Luminal)

    Berkesan untuk sawan tonik-klonik menyeluruh dan sawan separa ringkas. Kesan sampingan yang paling biasa ialah pening serta gangguan ingatan. Kanak-kanak serta warga tua boleh mengalami hiperaktiviti manakala orang dewasa pula mengalami kemurungan.

    Pirimidon (Misolin)

    Ia ditukarkan kepada fenobarbital dalam tubuh dan memberi faedah serta kesan sampingan yang sama seperti fenobarbital.

    Etosuksimid (Zarontin)

    Berkesan untuk sawan ketidakwujudan sahaja. Kesan sampingan yang biasa termasuklah masalah perut, pening kepala, kehilangan koordinasi serta terasa letih.

    Klonazepam (Klonazepam)

    Ia disarankan bagi mereka yang menghidap sawan Mioklonik dan Atonik dan yang tidak dapat dikawal oleh dadah-dadah lain. Ia juga boleh digunakan untuk sawan menyeluruh atau sawan separa. Pesakit mungkin mengalami rasa mengantuk, gangguan imbangan serta menggigil, rasa tidak selesa, menjadi lebih agresif, masalah pada otot mata, gangguan pertuturan, mengalami ketaran (tremor), masalah kulit dan perut serta hiperaktiviti (pada kanak-kanak).

    Dadah tambahan atau dadah alternatif seperti Gabapentin, Amotrigin, Topiramat serta Vigabatrin. Ia biasanya merupakan gabungan beberapa jenis dadah yang menawarkan faedah yang tertentu. Malangnya, ia memiliki pelbagai kesan sampingan yang buruk.

    10

  • Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk Epilepsi?

    Pemantauan paras dadah di dalam plasma adalah penting bagi dadah-dadah tertentu. Pesakit perlu berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Kiraan sel darah dan/atau ujian fungsi hati mungkin dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda anemia ataupun kerosakan pada hati.

    Anda juga boleh mengurangkan kekerapan serangan epilepsi dengan melakukan perkara-perkara berikut:

    Pastikan semua ubat yang diberikan diambil mengikut nasihat doktor anda. Jangan terlupa mengambil ubat anda kerana ini boleh menyebabkan serangan epilepsi berulang.

    Cuba elakkan dari mengambil bahan perangsang atau sebatian yang boleh menyebabkan ketagihan seperti rokok, alkohol, kafein serta pil tidur kerana ia boleh meningkatkan kekerapan berulangnya serangan sawan.

    Kawal keresahan dan tekanan mental anda. Rujuk kepada doktor anda mengenai cara untuk menangani keresahan dan tekanan.

    Apakah prognosis bagi penyakit Epilepsi?

    Epilepsi biasanya merupakan keadaan yang akan berlanjutan hingga ke akhir hayat. Lebih kurang 80% individu yang menghidap sawan boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan. Manakala selebihnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap dadah antiepilepsi boleh dirawat dengan terapi lain seperti pembedahan.

    Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil?

    Pada peringkat ini, masih belum ada garis panduan mengenai pencegahan terhadap Epilepsi.

    Dalam kebanyakan kes, ubat-ubat yang diberi serta rawatan perubatan yang lain seperti pembedahan digunakan hanya untuk mengawal Epilepsi. Dalam kes-kes yang tertentu, epilepsi boleh dikawal dengan mengelakkan diri dari sinaran matahari yang terang, lampu yang berkelip dan bunyi yang kuat.

    Di bawah ini ada beberapa garis panduan bagi pesakit Epilepsi :

    Bawa bersama anda pengenalan perubatan yang menunjukkan anda menghidap Epilepsi.

    Elakkan daripada menceburi bidang sukan yang berisiko tinggi seperti sukan ski air, bola sepak dan menyelam. Jika anda ingin bersukan, pilihlah sukan-sukan yang ringan dan pastikan ada orang lain yang menemani anda.

    Jangan memandu, berenang ataupun mengendali mesin-mesin yang berat kecuali mendapat kebenaran doktor anda.

    11

  • Jangan melakukan kerja-kerja yang berat atau mendedahkan diri anda kepada cahaya matahari yang terang serta bunyi yang kuat.

    Ambil diet yang seimbang serta berkhasiat dan dapatkan rehat secukupnya. Makan ubat anda sebagaimana yang telah diberikan oleh doktor. Elakkan keadaan yang boleh menimbulkan tekanan mental serta keresahan. Banyak dadah boleh membahayakan janin, oleh itu adalah sangat penting bagi

    wanita yang boleh hamil untuk melakukan pencegahan kehamilan jika mereka mengambil rawatan Epilepsi. Apabila Epilepsi dapat dikawal, (biasanya selepas setahun rawatan), ubat-ubatan tersebut boleh dikurangkan secara perlahan-lahan dan pesakit boleh memikirkan untuk hamil semula.

    12