sains t2

3
Nota ringkas Ulangkaji Deria Penglihatan Struktur dan fungsi mata manusia. Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus). Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia. Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull). Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol. Kedudukan mata dalam soket tengkorak. Struktur mata manusia. Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam). Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Upload: joeysueyongyu

Post on 11-Dec-2015

275 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Sains t2

Nota ringkas Ulangkaji

Deria PenglihatanStruktur dan fungsi mata manusia.Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.

Page 2: Sains t2

Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata.

Bahagian Struktur/Ciri-ciri Fungsi

Sklera (sclera) Lapisan putih yang kuat. • Memegang bentuk mata.• Melindungi mata.

Kornea (cornea) Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.

• Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.

• Memfokus cahaya pada retina.

Koroid (choroid) Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah

• Membekal oksigen dan makanan kepada mata.

• Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.

Konjunktiva (conjunctiva) Lapisan epitelium pada depan mata.

Melindungi kornea.

Iris Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.

• Menentukan warna mata.• Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya

yang memasuki mata.

Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada depan mata. Membenarkan cahaya memasuki mata.

Kanta mata (lens) Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.

Membias dan menfokus cahaya pada retina.

Otot silia (ciliary muscle) Otot yang membentang dari koroid.

Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.

Ligamen gantung (supportive ligament)

Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.

Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.

Gelemaca (vitreous humour) Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.

• Mengekalkan bentuk mata.• Menyerakkan dan memfokus imej pada

retina.• Bertindak sebagai penyerap getaran

pada mata.

Gelemair (aqueous humour) Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.

Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.

Retina

(a)   Bintik kuning(yellow spot)

Lapisan sel yang peka kepada cahaya.

Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.

• Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.

• Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.

• Imej objek yang dilihat difokus disini.• Kawasan mata yang tidak peka

terhadap cahaya.• Imej objek yang terbentuk di sini tidak

dapat dikesan.

Page 3: Sains t2

(b)   Bintik buta(blind spot)

Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.

Saraf optik (optic nerve) Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.

Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.