rumusan-tingkatan 4 sabtu 18 jan 2014-2

6
The Best tuition Centre in K.L” 03-4256 6699 (Hunting Line- BAHAGIAN 2 RUMUSAN DAN PETIKAN RUMUSAN A. PENGENALAN 1. Soalan rumusan dikemukakan dalam Kertas BM 2 Bahagian 1. 2. Soalan ini memperuntukkan 30 markah. 3. Pelajar perlu akur jumlah patah perkataan rumusan tidak lebih 120 patah perkataan. 4. Pelajar perlu mengambil perhatian terhadap soalan ini kerana mereka mudah untuk memperoleh markah penuh sekiranya faham kaedah menjawab soalan dengan format yang dikehendaki. B. KAEDAH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN 1. SEBELUM MENULIS RUMUSAN a. Baca dan fahamkan arahan soalan supaya pelajar dapat mengesan kehendak soalan dengan tepat. b. Gariskan kata kunci utama dan sampingan yang akan memandu pelajar untuk mencari i. Isi tersurat ( Tersenarai dalam petikan) ii. Isi tersirat ( Perlu ditulis sendiri berdasarkan kata kunci sampingan dan perkaitannya dengan isi tersurat ) c. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali atau sehingga anda faham, kemudian gariskan isi tersurat yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan kata kunci utama. d. Untuk mendapatkan isi tersirat, anda perlu mengaitkan isi tersurat yang anda peroleh dan menulis perkaitannya berdasarkan kata kunci sampingan. NO. K. KUNCI UTAMA KATA SAMA MAKSUD DENGAN KATA KUNCI UTAMA 1 Sebab-sebab punca-punca, faktor-faktor, potensi 2 Langkah-langkah usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan- cadangan, teknik, modus operandi 3 Masalah kekangan, penghalang, karenah, batasan, 4 Faedah-faedah keperluan, , kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal 5 Kesan-kesan akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah 6 Ciri-ciri sifat-sifat, kriteria, 7 Cadangan Usul, pendapat, pandangan, 8 Peranan fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan Headquarter s : 13-2, 13-3, 21-3 &23-3, Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, Kuala Lumpur : 11-1, Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, Kuala Lumpur Wangsa Maju : 34C-1-3 & 34D-1-4, Jalan Wangsa Delima 6, KLSC, Pusat Bandar Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur 03-41426266 Cheras : 3B, Jalan Suadamai1/3, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, 43200 Selangor Darul Ehsan 013-3303194 Taiping : No. 15, 2 nd Floor, Jalan Regat, Off Jalan Kamunting, Taiping, 34600 Perak Darul Ridzuan 05-8057768

Upload: muhammad-hazwan-rahman

Post on 10-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sangat berguna untuk anda...

TRANSCRIPT

The Best tuition Centre in K.L03-4256 6699 (Hunting Line-5Lines)03-4256 3699 (Fax)BAHAGIAN 2 RUMUSAN DAN PETIKAN RUMUSAN

A. PENGENALAN1. Soalan rumusan dikemukakan dalam Kertas BM 2 Bahagian 1.2. Soalan ini memperuntukkan 30 markah.3. Pelajar perlu akur jumlah patah perkataan rumusan tidak lebih 120 patah perkataan.4. Pelajar perlu mengambil perhatian terhadap soalan ini kerana mereka mudah untuk memperoleh markah penuh sekiranya faham kaedah menjawab soalan dengan format yang dikehendaki.

B. KAEDAH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

1. SEBELUM MENULIS RUMUSANa. Baca dan fahamkan arahan soalan supaya pelajar dapat mengesan kehendak soalan dengan tepat.b. Gariskan kata kunci utama dan sampingan yang akan memandu pelajar untuk mencarii. Isi tersurat ( Tersenarai dalam petikan)ii. Isi tersirat ( Perlu ditulis sendiri berdasarkan kata kunci sampingan dan perkaitannya dengan isi tersurat )c. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali atau sehingga anda faham, kemudian gariskan isi tersurat yang terdapat dalam petikan berkaitan dengankata kunci utama.d. Untuk mendapatkan isi tersirat, anda perlu mengaitkan isi tersurat yang anda peroleh dan menulis perkaitannya berdasarkankata kunci sampingan.

NO.K. KUNCI UTAMAKATA SAMA MAKSUD DENGAN KATA KUNCI UTAMA

1Sebab-sebabpunca-punca, faktor-faktor, potensi

2Langkah-langkahusaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi

3Masalahkekangan, penghalang, karenah, batasan,

4Faedah-faedahkeperluan, , kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal

5Kesan-kesanakibat, keburukan, impak, implikasi, natijah

6Ciri-cirisifat-sifat, kriteria,

7CadanganUsul, pendapat, pandangan,

8Perananfungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan

9Faedahkebaikan, manfaat, keuntungan, kelebihan

Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan:-

1. Petikan memperkatakan......2. Petikan menyentuh...3. Petikan berkaitan...4. Petikan membincangkan...5. Petikan mengenai...6. Petikan menerangkan..7. Petikan menghuraikan..8. Petikan menjelaskan9. Petikan tentang.....

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentanglangkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomidankesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.

Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah danSarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu,Sabah.

Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah IkhtiarMalaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global, Berita Harian, 11 Mac 2009)1PENDAHULUAN

2ISI TERSURAT :

1.

2.

3.

4.

5.

6.

3ISI TERSIRAT :

1.

2.

4PENUTUP :

Soalan 2 (a) Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar?[2 markah]

2. Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan?[3 markah]

3. Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara.[4 markah]

1._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Headquarters :13-2, 13-3, 21-3 &23-3, Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, Kuala Lumpur

:11-1, Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, Kuala Lumpur

Wangsa Maju :34C-1-3 & 34D-1-4, Jalan Wangsa Delima 6, KLSC, Pusat Bandar Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur 03-41426266

Cheras:3B, Jalan Suadamai1/3, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, 43200 Selangor Darul Ehsan 013-3303194

Taiping:No. 15, 2nd Floor, Jalan Regat, Off Jalan Kamunting, Taiping, 34600 Perak Darul Ridzuan 05-8057768