rumusan ringkas tentang konsep teater.docx

5
RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP, JENIS DAN AKTIVITI TEATER Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Hal ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya. Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah. Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab.

Upload: kaizenkohana

Post on 26-Oct-2015

151 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

NOTA TENTANG KONSEP TEATER

TRANSCRIPT

Page 1: RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP TEATER.docx

RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP, JENIS DAN AKTIVITI TEATER

Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan

potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga

berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya

dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Hal ini akan

membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan

masyarakat, bangsa dan negaranya.

Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus

merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar

menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui daya

kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat dilakukan untuk

menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan yang maksimum

lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah.

Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan

teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set pengajaran

dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi

dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan

menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi

menangani murid-murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya

menyuburkan kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan

bertanggungjawab.

Seni teater pada dasarnya merupakan hasil dari sebuah proses yang berkembang

dari waktu ke waktu sesuai dengan perkembangan pemikiran masyarakat di lingkungan

teater itu sendiri. Tiga konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan teater

seperti :

1. Realis - Nyata

Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu

daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah

menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah

menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah

Page 2: RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP TEATER.docx

sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi

artistik.

2. Absurd - Tidak Nyata

Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan

katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah.

Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik

sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun

berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

3. Surealis - Separa Nyata

Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman.

Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis

adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah

dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun

pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami

penonton.

Jika kita susuri maksud dan definisi teater di mana perkataan teeater berasal dari

perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani

( greek tua ). Hal ini merupakan satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua

unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara

langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu. Maka, jelaslah bahawa

merupakan satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan

kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli

persembahnnya dikenali sebagai pelakon. Teater merupakan suatu bentuk kerja secara

bersama iaitu berpasukan antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa

watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.

Kita akan lihat jenis-jenis teater seperti berikut :

1. Tragedi

Cerita di akhiri dengan kesedihan di mana pengakhiran cerita ini watak utama atau

Wira dimatikan. Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa

kesusahan di mana nasib tidak menyebelahi orang yang baik dalam cerita berkenaa.

Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam

hidupnya di mana pergelutan manusia melawan takdir dan berakhir dengan duka

atau kematian.

Page 3: RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP TEATER.docx

2. Komedi

Cerita yang dipenuhi dengan penuh tawa,gembira dan berakhir dengan

kegembiraan.

3. Komedi tragedi / Tragikomedi

Jenis ini merupakan gabungan komedi dan tragedy. Cerita ini diepnuhi dengan

ketawa yang diakhiri dengan duka.

4. Melodrama

Cerita ini penuh dengan kesyahduan dan biasanya dipadukan dengan muzik

5. Satira

Cerita yang didasari dengan cemohan , ejekan , sindiran kepada masyarakat.

Kebanyakan cerita ini berdasarkan dongeng dan cerita yang disampaikan oleh nenek

moyang dahulu.

6. Muzikal

Cerita ini seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan. Sepanjang cerita dialog

diubah menjadi nyanyian dan pelakon mestilah pandai bernyanyi dan berlakon.

Jenis-jenis teater berdasarkan hubungan antara pertunjukan dengan penontonnya ( HAM,

Roderick, 1972, Theatre Planning, The Architectural, London ) :

1. Tipe arena

Di mana penoton mengelilingi pertunjukan, tidak memerlukan penghayatan yang

serius.

2. Tipe Transverse

Merupakan perkembangan dan variasi dari tipe arena, dimana penonton duduk pada

dua sisi yang berlawanan menghadap panggung.

3. Tipe ¾ arena

Merupakan variasi dari tipe arena, dimana pemain atau aktor/aktris dapat ke naik ke

pentas tanpa melalui ruang penonton.

4. Tipe ¼ arena

Di mana penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah. Luasan pentaskecil.

5. Tipe Procenium

Merupakan perkembangan tipe ¼ arena akibat kurangnya luasan panggung.

Penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah di depan pentas.

6. Tipe Calliper Stage/Extended Stage

Di mana pertunjukan mengelilingi sebagian dari penonton.