(rumusan) panduan praktis shalat sunnah rawatib berdasarkan al-quran dan as-sunnah_mohammad hidir...

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 1/17

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 2/17

    Tajuk : Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan As-

    Sunnah

    Karya : Dr. Said Bin Ali Bin Wahf Al-Qathani (Disusun Oleh Abu Muhammad Ibnu

    Shalih Bin HasbullahTerbitan : Pustaka Ibnu Umar

    Tahun : -

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 3/17

    PEMBUKA BICARA

    Segala puji bagi Allah s.w.t. Kita memuji, memohan pertolongan dan meminta ampun hanya

    kepada Allah s.w.t.. Kita berlindung kepada Allah s.w.t. daripada kejahatan diri dan keburukan

    perbuatan. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat

    menyesatkan. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat

    menunjukkan. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t.

    dan tiada ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah hamba dan

    RasulNya.

    Dengan nikmat iman dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia

    muda, dapat juga saya selesai merumuskan buku nipis yang sarat dengan ilmu tentang sunnah Nabi

    s.a.w. ini, bertajuk Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan As-

    Sunnah karya Dr. Said Bin Ali Bin Wahf Al-Qathani (Disusun Oleh Abu Muhammad Ibnu

    Shalih Bin Hasbullah, diterbitkan oleh Pustaka Ibnu Umar.

    Diketahui ibadah yang terutama selepas syahadah adalah solat lima waktu sehari semalam.

    Dengan solat lima inilah seseorang itu muslim atau kafir. Dengan solat lima inilah seseorang itu akan

    dimasukkan ke dalam syurga atau tidak. Dengan solat lima inilah berdirinya agama Islam pada

    seseorang itu. Dan solat yang lima inilah yang paling utama untuk diperhalusi dan dibaiki, ditambah

    kesempurnaannya dengan disuntik amalan-amalan sunnah luar dan dalamnya, dan dihayati makna-

    makna dan hikmahnya bacaan dan geraknya. Semuanya adalah untuk menjadikan solat lima ini

    sempurna yang menjadi penghubung yang kuat antara kita dan Allah dan harapan selepas itu adalah

    syurgaNya.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 4/17

    Solat sunnah rawatib adalah sebagai tambahan untuk menyempurnakan solat yang lima ini.

    Inilah bukunya yang menjawab persoalan solat sunnah rawatib yang bersumberkan Al-Quran dan As-

    Sunnah dan ditambah lagi dengan ganjaran-ganjaran beramal dengan solat sunnah rawatib.

    Perbahasan yang lebih utama adalah bagaimana solat sunnah rawatib Nabi s.a.w. Buku yang bersaiz

    poket ini mempunyai 64 muka ini menjawab semua persoalan itu, sangat baik dibaca dan diamalkan.

    Penyampaian adalah ringkas dan mudah.

    Selama saya membaca buku-buku tentang solat, inilah bukunya yang menjawab dan

    memperincikan solat sunnah rawatib berpandukan As-Sunnah. Pendekatan penulis buku ialah

    membawa dalil As-Sunnah dan menutup perbahasan dengan kesimpulan dan syarah daripada ulamak.

    Dengan itu, pembaca akan mengetahui dan mengikut solat sunnah rawatib cara Nabi s.a.w. Inilah

    yang dinamakan sebagai ittiba.

    Tujuan saya adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat dengan usaha

    penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan akal dan amalan saya. Saya

    harapkan dengan rumusan ini yang serba kekurangan (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka

    hati saya dan pembaca untuk memahami dan beramal dengan kebaikan buku ini.

    Ahad-16 Jun 2013Sungai Chinchin Gombak

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 5/17

    Keutamaan Solat Tatawwu1

    1. Menjadi Penyempurna Solat Fardhu Dengan Menampal Kekurangan-KekuranganSolat Fardhu Tersebut.

    Hadis Tamim Ad-Dari r.a. menyebut;

    Amal seorang hamba yang pertama kali diperhitungkan di hari kiamat adalah solatnya. Jika

    dia menyempurnakan solatnya maka ditulislah solatnya sebagai solat yang sempurna. Jika dia

    tidak menyempurnakan solatnya, maka Allah Azza Wajalla berfirman kepada para

    malaikatNya: Lihatlah apakah kalian menemukan solat tatawwu (sunnah) yang dilakukan

    hamabKu? (Jika ada) maka sempurnakanlah solat fardhunya dengan solat sunnahnya.

    Kemudian (diperhitungkan) zakat seperti itu. Kemudian amal-amal lain pun diperhitungkan

    dengan cara yang sama.2

    1

    Apakah Solat Tatawwu? rawatib?2 HR. Abu Dawud (864,866), Ibn Majah (1425), Dan Ahmad (IV/65, 103)(V/377). Disohihkan Oleh Syaikh Al-

    Albani.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 6/17

    2. Dengan Solat Tatawwu Darjat Pelakunya Meningkat Dan Kesalahan Dihapuskan.

    Hadis Tsauban r.a. menyebut;

    Perbanyakkanlah melakukan sujud (iaitu bersolat) kerana tidaklah engkau bersujud kecuali

    Allah mengangkat darjatmu satu darjat dan menghapuskan kesalahanmu satu kesalahan.3

    3. Banyak Melakukan Solat Sunnah Merupakan Salah Satu Sebab Bagi SeseorangMasuk Ke Dalam Syurga Bersama Nabi S.A.W.

    Rabiahbin Kab Al-Aslami r.a.berkata, Aku bermalam di rumah Nabi s.a.w. Aku

    membawakan air untuk Nabi s.a.w. berwuduk dan menyediakan keperluan Nabi s.a.w. Maka

    Nabi s.a.w. bersabda kepadaku, Mintalah sesuatu. Aku menjawab, Aku ingin bersamamu

    di dalam syurga. Nabi s.a.w. menjawab, Ada apa yang lain? Aku membalas, Hanya itu

    sahaja. Lalu Nabi s.a.w. berkata, Bantulah aku untuk membaiki dirimu dengan cara

    memperbanyakkan solat.4

    3 HR. Muslim (488)4

    HR. Muslim (489)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 7/17

    4. Solat Sunnah Di Rumah Akan Menarik Berkah.

    Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. menggalakkan umatnya

    supaya solat sunnah di rumah kerana;

    Sesungguhnya daripada solat itu, Allah akan menjadikan kebaikan di rumahnya.5

    Dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Nabi s.a.w.

    bersabda;

    Jadikan sebahagian solat kalian di rumah-rumah kalian dan jangan jadikan rumah-rumah

    kalian seperti kubur.6

    5 HR. Muslim (778)6

    Muttafaqun Alaih, Bukhari (432, 1187), Muslim (777)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 8/17

    Terdapat dua jenis solat sunnah rawatib. Pertama ialah Rawatib Muakkadah (Rawatib

    Yang Sangat Ditekakankan) . Kedua ialah rawatib Ghairu Muakkadah (Rawatib Yang Tidak

    Ditekankan)

    1) Rawatib Muakkadah (Yang Sangat Ditekankan): 12 Atau 10 Rakaat.Pertama: Ummu Habibah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Barangsiapa solat dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya

    sebuah rumah di dalam syurga.7

    Penjelasannya;

    ...iaitu 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat

    selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh.8

    Kedua: Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang tekun

    melakukan 12 solat sunnah, maka Allah membangunkan sebuah rumah baginya di syurga,

    iaitu: 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat

    selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh.9

    Juga Aisyah r.a. menyebut;

    Beliau tidak pernah meninggalkan 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat sebelum Subuh.10Ketiga: Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku hafal daripada Rasulullah s.a.w. 10 rakaat

    iaitu: 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib di

    rumahnya, 2 rakaat selepas Isyak di rumahnya, dan 2 rakaat sebelum Subuh

    Juga disebut;

    7HR. Muslim (728)

    8

    HR. At-Tirmizi (415)Disohihkan Oleh Syaikh Al-Albani9 HR. At-Tirmizi (414)Disohikan Oleh Syaikh Al-Albani10

    HR. Al-Bukhari (182)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmohamm 9/17

    Dan 2 rakaat selepas Jumaat di rumahnya.

    11

    Kesimpulan:

    Syaikh Ibn Baz membuat kesimpulan: Keduanya boleh dilakukan samada 12 atau 10 rakaat.

    Sesiapa yang kuat dan bersemangat, lakukanlah 12 rakaat. Dan sesiapa yang dalam kesibukan

    maka lakukanlah 10 rakaat.

    Solat sunnah sebelum Subuh adalah yang paling ditekuni Nabi s.a.w. Kata Nabi s.a.w., Dua

    rakaat solat sunnah sebelum Subuh lebih baik daripada dunia serta isinya.12

    Nabi s.a.w. tidak

    meninggalkan solat sunnah ini samada ketika di kampung atau ketika dalam perjalanan.13

    11

    Muttafaqun Alaihi, Bukhari (118, 937, 1165, 1172), Muslim (729)12 HR. Muslim (725)13

    Muttafaqun Alaih, Bukhari (1171), Muslim (724)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 10/17

    2) Rawatib Ghairu Muakkadah (Yang Tidak Ditekankan)Pertama: Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah

    merahmati orang yang solat empat rakaat sebelum Asar.14

    Kedua: Dua rakaat sebelum Maghrib dan Isyak bersumberkan hadis daripada Abdullah bin

    Mughaffal r.a.15

    Selepas Maghrib merupakan solat sunnah yang ditekankan. Disunnahkan membaca Surah Al-

    Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua di dalam solat sunnah

    selepas Maghrib. Ini juga bersamaan dengan bacaan sunnah ketika solat sunnah sebelum

    Subuh. Ini bersumberkan daripada riwayat Abdullah bin Masud.16

    Ketiga: Empat rakaat selepas Jumaat jika solat di masjid atau dua rakaat jika solat di rumah.

    Tiada solat sunnah sebelum Jumaat melainkan solat sunnah mutlak (daripada riwayat Salman

    Al-Farisi r.a.17 dan Abu Hurairah r.a.18) atau solat tahiyatul masjid. Ini adalah kesimpulan

    yang dibuat oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h.m. bersumberkan riwayat Abdullah

    bin Umar r.a.19 dan riwayat Abu Hurairah r.a.

    14HR. Abu Dawud (1271)Dihasankan Oleh Syaikh Al-Albani

    15 HR. Bukhari (1183, 7368)16

    HR. Tirmizi (1166)Hasan Sohih17

    HR. Bukhari (883 & 910)18 HR. Muslim (857)19

    HR. Muslim (882)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 11/17

    3) Beberapa IsuI. Mengqadha Solat Sunnah Rawatib

    Bersumberkan daripada hadis riwayat Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. menqadha solat

    sunnah rawatib sebelum Zohor ketika melakukan solat sunnah rawatib selepas Zohor.20

    Nabi

    s.a.w. juga dalam hadis yang lain membenarkan seorang sahabat bernama Qais bin Amr r.a.

    menqadha solat sunnah rawatib sebelum Subuh.21 Nabi s.a.w. juga dalam hadis yang lain

    yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. menqadha solat sunnah rawatib sebelum Subuh

    dan solat Subuh kerana Nabi s.a.w. tertidur dalam satu perjalanan.22

    Kesimpulan daripada Syaikh Ibn Baaz r.m.h.: Solat sunnah rawatib tidak boleh diqadha

    kecuali dilaksanakan bersama solat fardhu yang tertinggal. Juga hanya solat sunnah rawatib

    yang ditetapkan sunnah iaitu solat sunnah rawatib sebelum Subuh dan Zohor sahaja yang

    boleh diqadha.

    II. Disunnahkan Memberi Selang Waktu Diantara Solat Fardhu Dan Solat SunnahRawatib

    Bersumberkan daripada hadis riwayat Muawiyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. memerintahkan

    untuk tidak menyambung solat fardhu dengan solat sunnah.23 Hikmahnya untuk membezakan

    diantara solat fardhu dan solat sunnah dan tidak pula tersalah anggapan.

    III. Disunnah Berpindah TempatBersumberkan perbuatan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a iaitu

    memperbanyakkan tempat sujud. Dan apabila ditanya, Ibn Umar r.a. menjawab bahawa Nabi

    s.a.w. melakukan yang sedemikian rupa.24

    20HR. Tirmizi (426)Dihasankan Oleh Syaikh Al-Arnaut

    21

    HR. Tirmizi (422), Abu Dawud (1267), Ibn Majah (1154)22 HR. Muslim (681)23

    HR. Muslim (883)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 12/17

    IV. Tidak Melakukan Solat Sunnah Rawatib Apabila Iqamah Telah DikumandangkanBersumberkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Apabila

    iqamah sudah dikumandangkan, maka tiada solat lain melainkan solat fardhu.

    25

    Hikmahnya

    kerana solat fardhu lebih utama daripada solat sunnah. Maka solat fardhu perlu diutamakan

    ketika dikumandangkan iqamah. Maka putuskan solat sunnah rawatib ketika iqamah

    dikumandangkan dengan salam.

    V. Tiada Solat Sunnah Rawatib Ketika Bermusafir Kecuali Solat Sunnah RawatibSebelum Subuh dan Solat Witir

    Bersumberkan daripada hadis riwayat Ibn Umar r.a. bahawa beliau mengikut Nabi s.a.w.

    bermusafir dan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat sunnah rawatib selepas solat fardhu yang

    diqasarkan. Ibn Umar r.a. mengikut Abu Bakr r.a., mengikut Umar r.a. dan mengikut Uthman

    r.a. bermusafir dan mereka juga tidak pernah menambah solat lainnya selepas solat fardhu

    yang diqasarkan.

    26

    Timbul persoalan adakah salah jika menambah solat fardhu ketika musafir dengan solat

    sunnah rawatib yang lain? Jawapannya ialah, mengikut Nabi s.a.w. adalah lebih utama. Jika

    menambah, si pelaku merasakan bahawa yang dilakukan Nabi s.a.w. adalah tidak cukup

    sehingga perlu kepada penambahan. Kerana mengikut Nabi s.a.w. adalah lebih utama dan

    ganjarannya lebih cemerlang.

    Adapun solat sunnah sebelum Subuh27

    dan solat Witr28

    , maka Nabi s.a.w. tidak pernah

    tinggalkan mengerjakannya selama-lamanya samada ketika di mukim atau bermusafir.

    24 HR. Abu Dawud (1130)Disohihkan Oleh Syaikh Al-Albani25

    HR. Muslim (710)26

    Muttafaqun Alaihi, Bukhari (1101, 1102) Muslim (724)27 Muttafaqun Alaihi, Bukhari (1159) Muslim (724)28

    Muttafaqun Alaihi, Bukhari (999), Muslim (700)

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 13/17

    Adapun solat sunnah tathawwu mutlak seperti solat sunnah dhuha, dan solat sunnah yang

    bersebab seperti solat sunnah tahiyatul masjid, maka ia disyariatkan samada ketika bermukim

    ataupun ketika bermusafir.

    Ini adalah kesimpulan daripada Imam Ibn Qayyim r.m.h.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 14/17

    4) Cadangan Beberapa Pelan Tindakan

    Saya membawakan beberapa cadangan pelan tindakan untuk saya dan pembaca usahakan

    supaya kita mengerjakan solat sunnah rawatib muakkadah secara istiqamah.

    i. Tetapkan niat dan azam untuk ganjaran. Kata Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, jikasetiap hari dikerjakan 10 atau 12 solat sunnah rawatib secara lengkap, maka setiap

    harilah Allah s.w.t. akan memberi kepada pelakunya sebuah rumah di syurga.

    Jika kita terlepas satu waktu solat sunnah rawatib contohnya, janganlah kita langsung

    tidak kerjakan yang lainnya. Kerana walaupun ganjaran sebuah rumah di syurga tidak

    perolehi pada hari itu, kita seharusnya membiasakan diri mengerjakan solat sunnah

    rawatib untuk menampung kesempurnaan solat fardhu yang kita kerjakan.

    ii. Bersiap dan tiba ke masjid atau musolla sebelum azan. Pastikan ketika azandikumandangkan kita sudah berada di dalam masjid atau musolla.

    iii. Terus ke saf pertama masjid atau musolla. Ini akan menjadikan kita lebih fokus untukberibadah kepada Allah s.w.t. Antara lainnya ia akan mengelakkan kita daripada

    bercakap-cakap dengan kawan sehingga terlupa untuk solat sunnah rawatib.

    iv. Berusaha untuk solat berjemaah samada di masjid atau musolla.

    v. Makan dan minum mengikut jadual kerana ia akan menentukan masa membuang airbesar yang terancang. Dengan itu, kita akan mendapat keselesaan perut yang akan

    mempengaruhi ibadah khususnya ibadah solat.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 15/17

    vi. Pengurusan masa harian perlu dikemas-kinikan. Penuhkan dengan aktiviti yang

    berfaedah dan tinggalkan aktiviti yang lagho dan hiburan.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 16/17

    PENUTUP

    Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya dapat saya siapkan rumusan yang singkat

    ini. Saya sangat mengharap bahawa inilah amal soleh yang saya lakukan yang akan

    membantu saya ketika saya sudah meninggal dunia nanti.

    Juga harapan saya agar dengan rumusan ini menambah kemahiran menulis dan kekuatan akan

    saya, sekaligus memberi panduan dan penguat kepada saya untuk beramal hariannya.

    Kerana ittiba Nabi s.a.w. itu adalah penyuluh kehidupan, saya dengan izin Allah s.w.t. akan

    cuba sedaya upaya membuat rumusan amalan yang lainnya. Insyallah.

    Terima kasih.

  • 7/28/2019 (Rumusan) Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan as-Sunnah_Mohammad Hidir Bahar

    http:///reader/full/rumusan-panduan-praktis-shalat-sunnah-rawatib-berdasarkan-al-quran-dan-as-sunnahmoham 17/17

    BIODATA PENULIS

    Saya dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan

    pada 24 April 1988. Bapa saya bernama Baharudin

    bin Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah

    Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian

    melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor

    Setar sehingga tingkatan 5. Selepas itu, saya

    menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di

    Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz Al-

    Quran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah Undang-

    Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam

    Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya mata

    perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Penulis suka mengulangkaji hafazan Al-

    Quran dan membaca buku.

    Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At-

    Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati.

    Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan [email protected].