rasyid ridha_pemikirannya dan pengaruhnya di malaysia_mohammad hidir baharudin

28
 AL-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA & PEMIKIRANNYA   IUD 202 ALIRAN PEMIKIRAN MODEN      MOHAMMAD HIDIR BIN BAHARUDIN XXXXXX-XX-XXXX      DISEMAK OLEH: PROF. MADYA MOHAMAD KAMIL AB. MAJID     DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN SEMESTER 2/TAHUN 2010 PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA  

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 09-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 1/28

 

AL-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

&PEMIKIRANNYA

 

 

IUD 202 ALIRAN PEMIKIRAN MODEN

 

  

 

 

MOHAMMAD HIDIR BIN BAHARUDIN 

XXXXXX-XX-XXXX

 

 

 

  

DISEMAK OLEH: 

PROF. MADYA MOHAMAD KAMIL AB. MAJID

 

 

 

 

 

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN SEMESTER 2/TAHUN 2010 

PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA 

 

Page 2: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 2/28

 

PRAKATA

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang cerdas, badan

yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain nikmat tidaklah muat

tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya. Sudah lama penulis idamkan untuk 

menulis akan AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA & PEMIKIRAN beliau dan segala

puji bagi Allah – berkait dengan kerja kursus mata pelajaran Aliran Pemikiran Moden – dapat

juga akhirnya penulis tamatkan bacaan dan menulis.

 

Penulis berharap tulisan ini akan diambil manfaat oleh sekalian umat Islam. Inilah yang penulis

tinggalkan dan semoga tulisan ini akan dikira Allah s.w.t sebagai amalan solih yang ganjarannya

tidak putus-putus.

Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan menulis sebegini, dapatlah

sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus mengikut jejak-jejak generasi

awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah s.w.t.

Sekali lagi penulis berterima kasih kepada Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid kerana sudi

menberi bimbingan dan tunjuk ajar yang bernilai dalam mata pelajaran Iktibar Sejarah Rasul dan

tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan kepada ibu bapa penulis, Hajjah Che Mun Che Din dan Haji Baharudin Othman

kerana segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai.

Akhir kata, terima kasih.

 

 

 

Page 3: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 3/28

 

 

1. SEJARAH KELAHIRAN

Nama penuh beliau ialah Al-Sayyid Muhammad Rashid bin al-Sayyid Ali Rida bin Sayyid

Muhammad Shams al-Din bin Sayyid Muhammad Baha al-Din bin Sayyid Munla Ali Khalifah

al-Baghdadi. Dilahirkan pada 27 Jamadil Awwal tahun 1282 Hjirah bersamaan 23 September

865 Masihi di al-Qalamun yang merupakan sebuah perkampungan kecil di Syria.1

2. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mendapat pendidikan tidak formal

daripada bapanya yang juga merupakan seorang ulama. Bapa beliau adalah seorang yang

bermazhab Syafie dan bertugas sebagai imam masjid di Qalamun. 2

Beliau berasal dari keluarga yang sangat soleh serta berpengalaman dalam pengetahuan

Islam. Banyak dari ahli keluarganya dipanggil sheikh kerana keluasan dalam ilmu pengetahuan

Islam. Di samping itu, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida memulakan pengajian awal secara

tidak formal daripada bapanya dan kemudian di kuttab di perkampungan al-Qalamun. Di sini

beliau belajar membaca al-Qur‘an dan menulis, mempelajari nahu, matematik dan menghafal al-

Quran.

Selepas tamat pengajian asas, beliau menyambung pengajiannya di peringkat rendah di

Madrasah al- Ibtida‘iyyah al-Rashidiyyah di Tarablus. Pada tahun 1299 Hijrah atau 1882 Masihi

beliau memulakan pengajiannya di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiyyah di Tarablus. Selepas

itu beliau meneruskan perguruan dengan al-Shaykh Husayn al-Jisr di Madrasah al-Rahbiyyah

dan juga di rumah gurunya di Tarablus. Dalam 1884 hingga 1885 Masihi pertama kali beliau

 1 Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida: Pengaruhnya Di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, 2009

Ahli sejarah berselisih pendapat berhubung tarikh beliau dilahirkaan. Ada yang mengatakan pada tarikh

27 Jamadil Awal 1282H bersamaan 18 Oktober 1865M. Ada yang mengatakan pada 1279H bersamaan

1862M.

2 Ibid. 

Page 4: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 4/28

 

didedahkan pada al-Wuthqa `al-Urwa, jurnal yang ditulis oleh Jamal al-Din al-Afghani dan

Sheikh Muhammad Abduh. Akhirnya beliau berhasil untuk menemui Sheikh Muhammad

Abduh. Usul dan saran pertama yang ditujukan kepada Al-Sayyid Muhammad Rashid Ridadaripada Sheikh Muhammad Abduh adalah agar beliau menulis tafsir Al-Quran dengan kaedah

yang digunapakai dalam penulisannya di majalah al-Urwah al-Wustqa. Hal ini kerana Al-Sayyid

Muhammad Rashid Rida melihat kaedah yang digunapakai oleh Sheikh Muhammad Abduh amat

jelas dan difahami tidak kira golongan mujtahid mahupun golongan masyarakat awam seperti

golongan muqallid. Pada tahun 1314 Hijrah bersamaan 1897 Masihi beliau meninggalkan Syria

untuk Kaherah bersama Sheikh Muhammad Abduh dan tahun berikutnya mereka melancarkan

majalah al-Manar. Ia sebuah jurnal tulisan mingguan dan kemudian diterbitkan kepada bulanan

yang terdiri tafsir-tafsir Al-Quran. Setelah lapan tahun menuntut akhirnya pada tahun 1315

Hijrah beliau dianugerahkan oleh gurunya Ijazah Alamiyyah.3

3. GURU DAN SUMBER ILMU

Guru-guru yang banyak membentuk keperibadian beliau ialah;

 al-Sheikh Muhammad Abduh (m.1323H/1905M)

Orientas dakwah yang dikemukakan oleh Sheikh Muahammad Abduh mencakupi tiga

perkara utama; Pertama: Membebaskan akal fikiran umat Islam daripada belenggu taklid. Kedua:

Menjadikan agama sebagai rakan kongsi untuk segala ilmu kehidupan. Ketiga: Memahami

agama melalui metod salaf ummah.

Beliau juga aktif dalam menumpukan dakwah dalam islahnya dalam bidang pendidikan.

Usaha ini ditumpukan di Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau berpandangan supaya diintegrasikan

diantara ilmu agama dan ilmu moden, juga supaya umat Islam member tumpuan dalam

pendidikan Bahasa Arab.4

 

3 Ibid.

4 Ibid.

Page 5: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 5/28

 

 al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani (m.1315H/1879M)

Kaedah pembaharuan yang dibawa oleh beliau ialah kesatuan umat Islam berteraskan keimanankepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih, juga politik berasakan agama. Beliau berpendapat

unsure secular adalah penyebab kemunduran umat Islam.5

 al-Shaykh Muhammad al-Qawaqji (m.1305H/1888M)

 al- Shaykh Abd al-Ghani al-Rafi (m.1308H/1890M)

 al-Shaykh Mahmud Nashabah (m.1308H/1890M)

 al-Shaykh Muhammad Husayn al- Jisr (m.1327H/1909M)

4. PENGALAMAN HIDUP

 As-Sayyid Muhammad Rashid Rida meninggalkan Mesir pada tahun 1908 untuk melawat

Negara kelahiran beliau iaitu Syria. Beliau mengasaskan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-

Islamiah di sana.

 As-Sayyid Muhammad Rashid Rida berangkat ke Istanbul pada tahun 1909. Di sana

beliau melihat terdapat tiga golongan ulamak dan ahli pemikir umat Islam. Pertama:

Golongan yang terpengaruh dengan secular. Kedua: Para ulamak tradisionalis. Ketiga:

Para ulamak modenis. Golongan yang ketiga ini dirapati oleh As-Sayyid Muhammad

Rashid Rida kerana selari dengan pemikiran beliau. Beliau juga berada di Istanbul untuk 

mewujudkan sekolah integrasi di antara ilmu agama dan ilmu barat.

 Tahun 1912, beliau dijemput untuk menghadiri persidangan tahunan Jamiah Nadwah Al-

Ulamak di Lucknow India.

 Tahun 1916, beliau ke Hijjaz untuk menunaikan ibadah haji.

 Tahun 1920, beliau berkunjung ke Syria sekali lagi dan dilantik sebagai Presiden

Kongres Syria.

 

 

5 Ibid.

Page 6: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 6/28

 

 Tahun 1925, beliau sekali lagi ke Hijjaz untuk menghadiri Persidangan Islam yang

dianjurkan oleh Malik Abd Aziz As-Saud.

 Tahun 1931, beliau ke Palestin untuk menghadiri Persidangan Islam yang diadakan di

Baitul Maqdis untuk membincangkan masalah Palestin. Persidangan ini diusahakan oleh

Mufti Palestin, Sheikh Amin Al-Husayn yang pernah menjadi anak murid beliau.

5. KARYA AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

Selain Tafsir AlManar yang menjadi karya utama As-Sayyid Muhammad Rshid rida, beliau

telah menghasilkan banyak karya yang dikategorikan kepada karya asli yang dihasilkan oleh

beliau sendiri seperti majalah majalah al-Manar (1898-1935), al-Wahy al-Muhammadi (1938),

al-Manar wa al-Azhar (1933), `Aqidah al-Salib (1912), Yusr al-Islam fi Usul al-Tashri` al-`Am

(1956), Tafsir Surah Yusuf (1926), Tafsir al-Fatihah wa Sitt Suwar min Khawatim al- Qur‘an

(1934), Tafsir al-Qur‘an al-Karim atau Tafsir al-Manar (1926), al-Khilafah wa al-Imamah al-

`Uzma (1922), al-Wahdah al-Siyasiyyah wa al-Ukhuwwah al-Diniyyah (1946). Selain itu, beliau

juga banyak menghasilkan karya berbentuk ulasan dan kritikan serta karya berbentuk risalah

ringkas.

6. PEMIKIRAN AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

Secara umum pandangan Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tentang kajian mengapa umat

Islam mundur dalam segala segi peradaban. Ia melihat bahawa kemunduran itu terjadi kerana

ketidakmampuan umat Islam mengimbangkan antara ajaran-ajaran Islam dengan masalah

kemakmuran duniawi, padahal ajaran Islam merangkumi kedua-dua hal tersebut. Umat Islam

ketika ini dikatakan leka dan melebihi duniawi kerana tidak mahu ketinggalan dalam zaman

yang moden ini. Tetapi umat Islam tidak tahu bahawa mereka sememangnya sudah ketinggalanjauh akibat terlalu mementingkan kemodenan tersebut dan meninggalkan ajaran Islam yang

dapat membantu mereka. Jika ajaran Islam difahami dan ditaati sebaik-baiknya, umat Islam akan

memperolehi kekuatan, kehormatan, peradaban tinggi, dan kesejahteraan.

 

Page 7: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 7/28

 

Ringkasnya, umat Islam akan menjadi jantung peradaban dunia selama mereka menjadi

Muslim yang sebenarnya. Menurut Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, ada sesuatu yang telah

hilang dari pangkuan umat Islam, iaitu sifat-sifat jihad yang sebenar.

Pemahaman jihad kini terpesong disebabkan salah tafsir al-Quran yang menambah buruk 

keadaan masyarakat Islam. Jihad yang dimaksud ialah usaha dinamik dan hal itu terdapat pada

ajaran Islam. Umat Islam harus bersikap aktif, berusaha keras dan rela memberi pengorbanan

harta dan jiwa, demi mencapai cita-cita perjuangan. Sifat-sifat inilah yang membawa umat Islam

di zaman klasik terdahulu dapat menguasai dunia. Akan tetapi pada masa kini, yang memiliki

sikap dinamik ini adalah orang-orang Eropah. Oleh kerana itu, mereka mampu menaklukkan

alam, mereka rela mengorbankan kehidupan dan harta demi bangsanya. Di samping itu, mereka

memiliki kesetiaan yang tidak seorang pun dari mereka berani mengkhianatinya.

Keadaan seperti sedemikian inilah sebenarnya juga dapat dimiliki umat Islam kembali,

tetapi dengan cara yang berbeza dengan Barat. Jika orang Barat aktif dan dinamik kerana

melepaskan agama mereka dan menggantikannya dengan prinsip kebangsaan, maka umat Islam

pula dapat memperolehnya dari ajaran agamanya sendiri. Walaupun Al-Sayyid Muhammad

Rashid Rida mengakui kemajuan peradaban Barat, tetapi beliau tidak setuju dengan faham

sekular Barat, iaitu pemisahan agama dari perasaan kebangsaan atau politik negara. Menurut Al-

Sayyid Muhammad Rashid Rida, umat Islam tidak perlu meniru Barat dalam fahaman

kebangsaan ini, kerana dalam ajaran Islam rasa kebangsaan itu menjurus menbangunkan atas

dasar keagamaan.

Dalam hal ini, beliau memahami kebangsaan atau nasionalisme tidak dalam erti

kesamaan etnik, akan tetapi dalam erti suatu umat yang sama agamanya, yakni umat Islam.

Kemungkinan beliau menghidupkan konsep itu sebagai reaksi terhadap nasionalisme yang

dibawa oleh Napoleon, yang pengaruh kuat negara-negara Islam pada waktu itu. Seiring dengan

konsep tersebut, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menginginkan kesatuan dunia Islam. Untuk 

itu beliau berharapan terhadap kepemimpinan Turki Uthmaniah, akan tetapi pemerintahan Turki

Uthmani akhirnya runtuh. Harapannya beralih pula kepada kerajaan Ibn al-Saud.

 

Page 8: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 8/28

 

Beliau juga menganjurkan pembentukan organisasi al-Jamiah al-Islamiyah di bawah

naungan khalifah, berdasarkan prinsip persaudaraan Islam yang menghapuskan ikatan-ikatan

perkauman dan menyusun peraturan untuk segenap kaum muslimin dalam suatu masyarakat.Oleh itu, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengemukakan idea islah masyarakat Islam dalam

pelbagai bidang menerusi Tafsir al-Manar dan beberapa karya yang lain. Idea tersebut adalah

hasil daripada pengamatan beliau terhadap fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam.

Ekoran itu, muncul tafsiran yang bersifat semasa dalam usaha merungkai permasalahan

yang berlaku dalam masyarakat Islam. Pendekatan yang digunakan ini adalah untuk 

membetulkan akidah dan mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran al-Quran yang

sebenar. Gerakan ini adalah berlandaskan dan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai model

dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh

sebagai rujukan beraqidah.

Yakni memberikan petunjuk bagi kehidupan manusia, dan merungkaikan pengertian ayat

tersebut dengan hukum-hukum alam yang berlaku dalam masyarakat dan kemajuan peradaban

manusia. Agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada

perkembangan Islam khususnya di alam Melayu. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem

politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat

yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara. Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida

seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau

menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Qur‘an dan al-sunnah dan manhaj

salafi.

Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali6 Ibn Taimiyyah7 dan Ibn Qaiyim8.

Falsafah beliau jelas mewakili suatu transasi dari modernis, rasional, liberal dan reformis tradisi

 

6 Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i. Lahir di Thus; 1058 / 450 H

dan meninggal di Thus; 1111 / 14 Jumadil Akhir 505 H; umur 52– 53 tahun adalah seorang filosof dan

teolog Muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

(http://id.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali)

Page 9: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 9/28

 

yang diwakili oleh Muhammad Abduh dan Jamal al-Din Al-Afghani dengan falsafah supremasi

Muslim dan radikal dari Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Justeru, pemikiran beliau dikatakan

berada tahap bersederhana yang mengimbangi reformis tradisional dan reformis radikal sertamembela kepentingan Islam di seluruh dunia tanpa perbezaan antara mazhab atau doktrin.

Walaupun pemikirannya merupakan rentetan dari pemikiran Abduh namun idea beliau

dipandang sah dan menjadi satu pusat untuk menjana kembali Islam dan membawa kepada

keserasian dengan moden atau peradaban tamadun kini.

Bagi beliau, penghayatan yang mendalam terhadap ajaran Islam yang berpaksi kepada

nilai-nilai tauhid pasti memberi kesan mendalam kepada kehidupan seseorang individu Muslim.

Ia seperti yang ditegaskan oleh Ibn Qayyim yang menganggapnya sebagai asas dan teras, seperti

 

7 Abul Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani. Bahasa Arab: 

وارا ة ها دع ه ما دع ه دحأ هدا ق سع أ, atau yang biasa disebut dengan nama Ibnu

Taimiyah saja. Lahir: 22 Januari 1263/ 10 Rabiul Awwal 661 H dan wafat: 1328/ 20 Dzulhijjah 728 H,

adalah seorang pemikir dan ulama Islam dari Harran, Turki. 

Ibnu Taymiyyah berpendapat bahwa tiga generasi awal Islam, yaitu Rasulullah Muhammad SAW dan

Sahabat Nabi, kemudian Tabi'in yaitu generasi yang mengenal langsung para Sahabat Nabi, dan Tabi'ut

tabi'in yaitu generasi yang mengenal langsung para Tabi'in, adalah contoh yang terbaik untuk kehidupan

Islam. (http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Taimiyah)

8 Muhammad bin Abi Bakr ( bergelar ,(ادق) ), bin Ayyub bin Sa'd al-Zar'i, al-Dimashqiد ه أ کر

Abu Abdullah Syamsuddin ( -), atau lebih dikenal dengan nama Ibnu Qayyim Alأ عد ش اده

Jauziyyah, dinamakan karena ayahnya  menjadi penjaga (qayyim) di sebuah sekolah lokal yang bernama

Al-Jauziyyah. Dalam Bahasa Arab namanya tertulis: قا ها ةزجا قا ها، بأ ه ر أ ه د هدا ش.

Dilahirkan di Damaskus, Suriah pada tanggal 4 Februari 1292, dan meninggal pada 23 September 1350)

adalah seorang Imam Sunni, cendekiawan, dan ahli f iqh yang hidup pada abad ke-13. Ia adalah ahli fiqih

bermazhab Hambali. Disamping itu juga seorang ahli Tafsir, ahli hadits, penghafal Al-Quran, ahli ilmu

nahwu, ahli ushul, ahli ilmu kalam, sekaligus seorang mujtahid.

(http:// id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Qayyim_Al-Jauziyyah)

Page 10: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 10/28

 

akar tunjang bagi sepohon pokok atau hati bagi manusia. Islam menolak kekeliruan-kekeliruan

yang terdapat pada sesetengah menusia, dimana mengetengahkan fikrah Islam serta

menyebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Dalam usaha tersebut,tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar. Apabila

hati itu bersih dan mantap, maka lahirnya tindakan pancaindera yang selari dengan sunnah Allah.

Hal sedemikian difahami dengan mendalam oleh al-Sayyid Muhammad Rashid Rida,

justeru sukar bagi beliau berkompromi dengan beberapa amalan negatif yang berlaku dalam

masyarakat Islam seperti tawassul, amalan berunsur syirik, bidah dan khurafat serta taqlid buta

dan sebagainya yang banyak diberi penekanan oleh al- Sayyid Muhammad Rashid Rida dalam

Tafsir al-Manar.

7. KEWAFATAN

Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida telah meninggal dunia secara mengejut di dalam kereta

sekembalinya daripada terusan Suez menuju ke Kaherah pada 22 Ogos 1935. Jenazah beliau

disemadikan di Kaherah, Mesir.9

8.

 TAFSIR AL-MANAR

Tafsir al-Manar pula adalah sebuah buku yang terdiri daripada idea, buah fikiran dan gagasan

yang dilontarnya yg boleh dijadikan panduan kepada umat Islam tapi malangnya beliau

meninggal sebelum menyiapkannya pada 1935. Tafsir ini mengungkap ayat-ayat al-Quran

dengan memberi pengertian yang mudah difahami dan memberi kesan yang mendalam. Tafsir

Al-Manar adalah salah satu kitab tafsir yang banyak berbicara tentang budaya dan

kemasyarakatan. Suatu corak penafsiran yang menitikberatkan penjelasan ayat Al-Qur‘an pada

segi-segi ketelitian penyusunannya ayatnya, kemudian menyusun kandungan ayat-ayatnya dalam

suatu penyusunan yang indah dengan penekanan pada tujuan utama turunnya Al-Quran.

 

 

9 Ibid.

Page 11: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 11/28

 

Bagi beliau Islam yang sebenar bukan terletak pada tempat-tempat yang berpretij seperti al-

Azar dan lain-lain. Di dalam Tafsir al-Manar beliau mempersoalkan beberapa persoalan terutama

mengenai masalah kemasyarakatan.

9. PERSOALAN TAQLID

Perkataan taqlid dari sudut literasi bermaksud mengikut, menghias, menunjuk, atau

melakukan sesuatu perkara tanpa membuat sebarang pemerhatian dan penelitian. Sementara

ulama fiqh mendefnisikan taqlid sebagai melakukan sesuatu perkara atau meninggalkannya

dengan merujuk kepada pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Bagi al-Sayyid

Muhammad Rashid Rida, taqlid bermaksud mengikuti sesetengah orang yang dihormati,dipercayai atau orang yang disangka baik mengenai perkara-perkara yang tidak diketahui

kedudukannya samaada betul atau salah, baik atau buruk dan sesuatu yang membawa kebaikan

atau kejahatan.

Amalan bertaqlid di kalangan umat Islam berlaku kerana mereka menganggap pintu ijtihad

telah tertutup. Ia berpunca apabila golongan muqallidin berpendapat tidak ada individu yang

menepati syarat sebagai mujtahid. Keadaan ini mendorong kepada amalan taqlid berterusan

khususnya pada kurun keempat iaitu selepas tiga kurun terbaik seperti disifatkan oleh Nabi s.a.w.

Seterusnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Hal ini berlaku kerana setiap

kelompok mengikut dan berpegang kepada pendapat seseorang tokoh mengenai sesuatu perkara,

walaupun ia bertentangan dengan dalil-dalil al-Quran, As-Sunnah, pendapat majoriti sahabat dan

tabiin. Pandangan golongan muqallidin itu ditentang oleh al-Sayyid Muhammad Rashid Rida

kerana ia menggambarkan tentang ketidakyakinan umat Islam kepada diri sendiri dan buruk 

sangka terhadap orang lain, malah ia juga membuktikan sikap terlalu mengagungkan ulama

silam.

Secara umum Muhammad Abduh, Jamal al-Din al-Afghani dan Rashid Rida

menyalahkan apa yang dinyatakan oleh pemerintah Muslim ketika itu, dan beberapa sufi yang

menentang penglibatan para ulama dalam politik serta meninggalkan apa yang dianggap sebagai

tulisan Islam yang sebenar.

 

Page 12: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 12/28

 

Sedangkan di dalam al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak dalil yang menunjukkan

taqlid dalam masalah agama tidak dibenarkan dan larangan ini juga ditegaskan oleh para ulama

salaf. Malah Rasulullah s.a.w. memberi peringatan keras kepada umat Islam supaya tidak mengikut kesilapan yang dilakukan oleh golongan ilmuan menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Janganlah ada di kalangan kamu orang yang bertaqlid terhadap agamanya dengan mengikut 

seseorang lelaki. Sekiranya lelaki itu beriman, dia beriman dan jika lelaki itu menjadi kufur, dia

turut kufur. Sesungguhnya tidak ada ikutan pada kejahatan.”  

Aspek lain menonjolkan alahan dan sensitiviti beliau terhadap amalan taqlid buta yang

melibatkan masalah pokok dalam agama, kerana taqlid buta adalah lambang kejumudan dan

kejahilan. Beliau menyarankan supaya masyarakat Islam mengutamakan pandangan yang benar

berdasarkan neraca akal dan bukan sekadar bertaqlid kepada individu tertentu yang hanya

berasaskan kepada sangkaan semata-mata. Keadaan ini membawa beliau mengkritik ajaran

batiniyyah seperti Bahaiyyah, Qadyaniyyah dan sesetengah ajaran sufi yang bertaqlid kepada

ajaran imam dan guru-guru mereka secara membabi buta. Para pengikutnya menolak sumber

ijtihad, sama ada yang diperolehi menerusi akal atau qiyas yang menjadi sebahagian daripada

sumber ilmu. Malah sikap pesimisnya terhadap budaya taqlid itu, kadangkala mendorong al-

Sayyid Muhammad Rashid Rida mengkritik gurunya sendiri seperti al-Shaykh Husayn al-Jisr

dan tokoh ulama yang lebih utama seperti al-Imam al-Ghazali dan lain-lain, tetapi kritikannya

halus berasaskan budaya ilmu dan dengan penuh beradab.

Kefahaman al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tentang ajaran al- Quran menyebabkan

beliau tidak dapat menerima taqlid buta yang berkaitan dengan masalah agama, kerana

bertentangan dengan tuntutan mencari ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim, tidak 

menepati konsep ilmu menurut al-Quran yang menjadikan dalil yang kukuh dan fakta yang tepat

sebagai sumber ilmu seperti firman Allah:

“Tidak ada di sisimu dalil tentang ini. Adakah kamu berkata terhadap Allah tentang apa yang 

kamu tidak ketahui”  

 

 

Page 13: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 13/28

 

Perkataan al-sultan dalam ayat di atas bermaksud al-burhan iaitu dalil atau bukti yang

diperlukan oleh seseorang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan seterusnya membolehkan

mereka membincangkan pelbagai masalah khususnya yang berkaitan dengan agama. Dengankata lain amalan taqlid dalam agama adalah sesuatu yang bertentangan dengan aspirasi al-Quran

dan sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu, beliau juga menjadikan 112 surah Hud berikut sebagai

panduan.

Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida secara jelas menganjurkan umat Islam mengikut nas

dan menjauhi takwilan akal dan menjauhi bertaqlid dalam perkara-perkara agama yang

menyentuh persoalan akidah dan ibadat. Seterusnya dalam usaha untuk menjelaskan tentang

larangan bertaqlid, al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengemukakan pendapat yang

dikemukakan oleh al-Imam al-Syawkani10 mengenai kedudukan taqlid. Menurut beliau, al-

Imam al-Shawkani menjelaskan bahawa para ulama berselisih pendapat tentang bertaqlid kepada

perkara-perkara yang berkaitan dengan cabang agama. Kemudian beliau mengemukakan pula

pendapat al-Qarafi yang berkata: Mazhab Maliki dan jumhur ulama berpendapat wajib

menggunakan ijtihad dan ditegah daripada bertaqlid. Beliau seterusnya menjelaskan pula

pandangan al-Imam Ibn Hazm yang mendakwa bahawa ulama sepakat melarang umat Islam

daripada bertaqlid dan beliau seterusnya memetik kata-kata al-Imam Malik: ―Aku adalah seorang

manusia biasa, kadang-kadang salah dan kadang-kadang betul. Oleh itu hendaklah kamu meneliti

pandanganku mana-mana yang menepati al-Qur‘an dan al-Hadith hendaklah kamu ambil dan

menolak mana-mana yang bertentangan‖.  

 

 

 

10 Imam ini bernama Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Abdullah al-Syaukani  al-San‘aani. Beliaudilahirkan pada tengahari Isnin , 28 Zulkaedah 1172  Hijrah di Syaukan. Beliau meninggal dunia  pada

malam Rabu 27 Jamadil Akhir 1250 Hijrah. (http://reocities.com/Athens/stage/4407/AL-

SYAUKANI.html)

 

Page 14: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 14/28

 

Kenyataan yang ditegaskan al-Imam Malik itu yang melarang daripada bertaklid adalah

sama dengan pendapat al-Imam al-Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah. Apa yang pasti

kehidupan berlandaskan agama memerlukan ilmu pengetahuan yang bersumberkan maklumatyang tepat dan jauh daripada unsur-unsur syak dan tidak pula berdasarkan andaian. Kehidupan

beragama tidak selari dengan falsafah taklid yang bersifat mengongkong kehidupan manusia,

justeru al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menyifatkan budaya taklid sama seperti seorang

kanak- kanak yang terikat dengan bapa atau seorang murid yang bergantung kepada guru.

Senario ini adalah tidak sesuai dilakukan oleh seorang Islam yang berfikiran matang dan

bebas. Banyak faktor yang menyebabkan al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menolak taklid

buta, antaranya taklid tidak sesuai dengan fitrah semulajadi manusia, kerana Allah memberi

penghormatan yang besar kepada manusia dengan penganugerahan akal yang berfungsi untuk 

menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Lantaran itu manusia disaran supaya proaktif,

mengembeling tenaga dan bebas mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukannya

bertaklid secara membabi buta. Budaya taklid buta tidak disenangi oleh golongan reformis bagi

perpecahan ummah, malah dilihat oleh al-Imam al-Shawkani sebagai ancaman kepada kesatuan

ummah. Oleh itu pembaharuan Islam yang diperjuangkan oleh al-Sayyid Muhammad Rashid

Rida adalah bertitik tolak daripada tujuan di atas dan juga untuk membebaskan umat Islam

daripada kesesatan orang-orang terdahulu seperti yang berlaku kepada kaum Thamud, Madyan

dan sebagainya. Senario itu dijelaskan oleh Allah menerusi firmanNya:

“Mereka berkata: wahai Shu`ayb adakah sembahyang kamu menyuruh supaya kami

meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau supaya jangan kami melakukan

terhadap harta kami apa yang kami sukai?”  

Menurut beliau lagi, sekiranya amalan bertaklid merupakan hujah yang dapat diterima

Allah, maka sudah pasti Allah menerima taklid semua umat, kerana Allah bertindak dengan

penuh adil dan saksama kepada semua manusia. Lantaran itu ulama-ulama besar menolak 

amalan taklid, malah tidak keterlaluan apabila al-Imam Ibn al-Jawzi dalam kitab Talbis Iblis

mengganggap golongan muqallid sebagai golongan yang tidak yakin dengan apa yang diikuti

dan perbuatan taklid itu dilihat merosakkan fungsi akal manusia.

 

Page 15: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 15/28

 

Walaubagaimanapun bagi al-Imam al-Shatibi, orang yang betul-betul awam yang tidak 

mengerti dalam masalah agama dibolehkan bertaklid dengan memenuhi dua syarat berikut:

 Tidak boleh bertaklid kecuali pada orang yang benar-benar ahli di bidang agama.

 Tidak boleh mengikat dirinya serta menutup dirinya dari mengikut selain mazhabnya, jika

telah jelas pendapat mazhabnya itu lemah, maka wajib baginya mengikuti yang lebih kuat

dan jelas kebenarannya.

Pendapat ini dilihat lebih sederhana berbanding pendapat al-Sayyid Muhammad Rashid Rida,

kerana mengharamkan taklid secara mutlak adalah menafikan golongan awam yang benar-benar

jahil terhadap agama. Sedangkan mewajibkan taklid dan menutup pintu ijtihad berertimenghilangkan universal Islam yang sentiasa relevan dan responsive terhadap keperluan zaman.

Padahal banyak hal-hal baru yang tidak mampu dijawab dan ditangani kecuali dengan ijtihad.

Kerana itu setiap orang perlu ditempatkan sesuai dengan kemampuan dan situasinya.

10. PORSOALAN TAWASSUL

Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mendefnisikan perkataan tawassul secara literasi

berpandukan pendapat al-Raghib menerusi karya al-Mufradat fi Alfaz al-Quran dan Ibn Manzurmenerusi karya Lisan al-Arab. Perkataan tawassul didefnisikan sebagai mendekatkan diri kepada

sesuatu. Manakala dari sudut syariat ia ditakrifkan sebagai mendekatkan diri kepada Allah

dengan mentaati dan beribadat kepadaNya serta mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan

melakukan sunnah-sunnahnya. Pengertian tentang tawassul dijelaskan juga oleh Abu Bakr al-

Jazairi dengan mendefnisikannya sebagai suatu permohonan atau doa yang dipanjatkan kepada

Allah. Ia dilakukan oleh seseorang Islam melalui amalan soleh yang berasaskan ilmu atau

perantaraan orang-orang tertentu supaya permohonan tersebut diterima oleh Allah, seperti berdoa

dengan menyebut sifat-sifat Allah:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku bermohon denganMu, bahawa sesungguhnya Engkau

bersifat pemurah dan pengasih, maka ampunkanlah dosaku”  

 

Page 16: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 16/28

 

Perbahasan tentang soal ini diperincikan dengan membahagikan tawassul kepada dua

jenis, iaitu:

 Tawassul yang disyariatkan dan ia disepakati oleh mejoriti ulama tentang harus beramal

dengannya kerana berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.

 Tawassul yang tidak menepati syariat Islam dan ia dianggap bidah.

Seterusnya al-Sayyid Muhammad Rashid Rida membahagikan tawassul yang disyariatkan

kepada dua bahagian utama. Pertama: Tawassul yang bermaksud patuh dan taat kepada Allah,

iaitu bertawassul dengan Asma Allah al-Husna dan sifat-sifatNya yang mulia. Tawassul jenis ini

banyak terdapat dalam al-Quran, justeru, ia perlu dilakukan oleh setiap muslim kerana amalan ituselari dengan firman Allah:

 “Bagi Allah ada nama-nama yang baik, maka hendaklah kamu berdoa dengannya”  

Amalan bertawassul dengan nama-nama Allah pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad

s.a.w. dan ini membuktikan keharusannya, seperti doa nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Masud:

“Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang baik milikMu. Nama-nama itu dinamakan

sendiri olehMu, atau kamu menurunkannya di dalam kitabMu atau mengajarnya kepada seorang

daripada hambaMu atau yang tersembunyi dalam ilmu ghaib yang berada di sisiMu”  

Selain itu, banyak lagi contoh yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdoa

dengan bertawassul menyebut nama dan sifat-sifat Allah dan baginda menggalakkan umatnya

berbuat demikian. Bertawassul jenis ini sebenarnya masih lagi dalam ruang lingkup beribadat

dengan patuh dan taat kepada perintah Allah iaitu dengan menyebut nama dan sifat-sifat

kebesaranNya.

Kedua, tawassul dengan doa nabi dan doa orang-orang salih yang masih hidup. Salah satu

jenis tawassul yang diharus dan diterima menurut al-Sayyid Muhammad Rashid Rida ialah

tawassul dengan perantaraan doa nabi dan doa orang-orang salih semasa mereka masih hidup.

Pendapat yang dikemukakan oleh beliau mempunyai persamaan dengan pendapat ulama lain

seperti al-Imam Ibn Taimiyyah dan sebagainya.

 

Page 17: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 17/28

 

Malah amalan bertawassul seperti yang disepakati ini pernah juga dilakukan oleh Umar

bin al-Khattab ketika memohon hujan daripada Allah setelah dilanda kemarau, dalam doanya

beliau berkata:

“Wahai Tuhan kami dahulu semasa nabi masih hidup kami dilanda kemarau dan bertawassul

memohon sesuatu kepada Engkau melalui (doa) nabi kami Muhammad s.a.w., maka Engkau

menurunkan hujan kepada kami. Kini kami bertawassul memohon kepada Engkau melalui (doa)

bapa saudara nabi kami (al-`Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami. Setelah itu hujan

pun turun.”  

Menurut al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, bertawassul dengan doa Nabi semasa baginda

masih hidup adalah diharuskan seperti yang dilakukan oleh Umar bin al-Khattab dan bukannya

dengan diri nabi. Lantaran itu, Umar bin al-Khattab bertawassul dengan doa al-Abbas setelah

kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Andainya tawassul yang dilakukan itu adalah dengan diri

Nabi, maka sudah pasti bertawassul dengan diri Nabi adalah lebih baik daripada diri al-Abbas,

tetapi ia tidak dilakukan oleh Umar al-Khattab. Ini menunjukkan bahawa bertawassul yang

dibenarkan ialah menerusi doa nabi ataupun doa orang soleh yang masih hidup. Sebenarnya

tawassul seperti itu banyak kedapatan dalam al-Qur‘an dan juga hadis Rasulullah s.a.w.,

antaranya adalah seperti yang dilakukan oleh anak-anak Nabi Yaqub a.s. yang bersalah kerana

menzalimi Nabi Yusuf a.s. Mereka meminta daripada ayahnya supaya memohon keampunan

daripada Allah dengan pendekatan tawassul itu.

Amalan itu juga pernah dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Contohnya suatu ketika

pernah berlaku kemarau, lalu para sahabat meminta Rasulullah s.a.w. supaya berdoa memohon

hujan. Peristiwa tersebut diriwayatkan oleh Anas, katanya: suatu hari ketika Rasulullah s.a.w.

sedang berkhutbah pada hari Jumaat, lalu beberapa orang sahabat bangun dan berkata: ―Wahai

Rasulullah, kemarau telah melanda, dedaun sudah kelihatan merah dan banyak binatang yang

mati, oleh itu doakanlah untuk kami supaya hujan turun.

Lalu Rasulullah s.a.w. pun berdoa: Wahai Tuhanku turunkan hujan kepada kami (diulang

sebanyak dua kali).

 

Page 18: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 18/28

 

Pada waktu itu kami mendapati tompok awan tidak kelihatan, tetapi dengan tiba-tiba

awan mula mendung dan menurunkan hujan. Rasulullah s.a.w. turun dari mimbar dan

bersembahyang, hujan turun terus menerus sehingga seminggu‖.  

Manakala tawassul yang tidak dibenarkan oleh syariat ialah tawassul yang menggunakan

perantaraan zat Nabi untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah. Lantaran itu al-Sayyid

Muhammad Rashid Rida berpendapat tawassul seperti itu tidak diharuskan oleh syariat kerana

tidak bersandarkan dalil-dalil al-Qur‘an dan hadis sahih. Ia hanya diambil daripada hadis-hadis

Daif, Marfu, dan Mawquf, atau daripada pendapat seseorang individu yang tidak mempunyai

sumber yang jelas, malah ia tidak pernah dilakukan oleh para sahabat sama ada semasa nabi

masih hidup atau selepas kewafatan baginda dan mereka tidak mengetahui doa-doa tawassul

seperti itu.

Pendapat di atas jelas selari dengan pendapat al-Imam Abu H anifah11 dan ulama salaf 

yang sealiran dengannya. Mereka sepakat mengatakan bahawa sesuatu perkara tidak boleh

diminta, tidak boleh ditawassul dengan hak dan pangkat seseorang, seperti berkata: Wahai

Tuhanku aku memohon daripadaMu dengan perantaraan hak si pulan, atau dengan hak nabi dan

rasulMu dan dengan hak Bayt Allah.

Dalam hal ini juga, al-Sayyid Muhammad Rashid Rida turut memetik kenyataanAbu Usayn al-Qudduri dalam kitab fqhnya Sharh Mukhtasar al- Karkhi dalam Bab al-Karahah

 

11 Nu‘man bin Tsabit bin Zuta bin Mahan at-Taymi (bahasa Arab: تث ه نىا), lebih dikenal dengan

nama Abū Ḥanīfah, (bahasa Arab: ) (lahir di Kufah, Irak pada 80حىفة H / 699 M — meninggal di

Baghdad, Irak, 148 H / 767 M) merupakan pendiri dari Madzhab Yurisprudensi Islam Hanafi. 

Abu Hanifah juga merupakan seorang Tabi'in, generasi setelah Sahabat nabi, karena dia pernah bertemu

dengan salah seorang sahabat bernama Anas bin Malik, dan meriwayatkan hadis darinya serta sahabat

lainnya.( http://id.wikipedia.org/wiki/Abu_Hanifah)

 

 

Page 19: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 19/28

 

yang menyatakan tentang pendapat Abu Hanifah dan sahabat-sahabat beliau yang menolak 

tawassul dengan hak itu. Walau bagaimanapun, terdapat golongan yang mengharuskan

bertawassul dengan hak dan pangkat kedudukan seseorang. Mereka mengemukakan beberapadalil hadis dan athar yang dipetik daripada beberapa orang al-salaf al-salih. Pun begitu menurut

al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, hadis-hadis tersebut semuanya daif, malah ada yang palsu.

Menurut beliau, tidak ada hadis sahih yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. yang boleh

dijadikan bukti, kecuali hadis lelaki buta yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. berdoa untuk 

mengembalikan pengelihatannya dan hadis `Umar bin al-Khattab. Doa yang di ajar oleh

Rasulullah s.a.w. Maksudnya: “Wahai Tuhanku, aku memohon dariMu dan menumpukan

harapan kepadaMu dengan perantaraan nabi Muhammad, nabi yang membawa rahmat, wahai

Muhammad sesungguhnya aku menghadapkan permohonan dengan perantaraanmu kepada

Tuhanku untuk mengubati hajatku ini, semoga Engkau menerima permohonanku, semoga

Muhammad s.a.w. memberi syafaat kepadaku.”  

Hadis berkenaan lelaki buta itu tidak boleh dijadikan dalil untuk membolehkan seseorang

itu bertawassul dengan hak dan pangkat nabi, kerana hadis itu sebenarnya menjelaskan tentang

keharusan bertawassul dengan doa Nabi s.a.w., serta syafaatnya dan bukan dengan

kedudukannya sebagai seorang nabi. Lelaki itu meminta daripada nabi supaya berdoa untuk 

mengembalikan penglihatannya, lalu Rasulullah s.a.w. mengajar beliau supaya berkata: (Wahai

Tuhanku semoga Muhammad memberi syafaat kepadaku). Lantaran itu Allah mengembalikan

penglihatan lelaki itu setelah Nabi turut sama berdoa membantunya dan ia merupakan satu

kelebihan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Manakala doa Umar bin al-Khattab

bertawassul memohon hujan yang terkenal di kalangan Muhajirin dan Ansar juga tidak 

menunjukkan harus bertawassul dengan diri, hak dan pangkat nabi s.a.w.

Sebaliknya ia menunjukkan tentang tawassul yang disyariatkan iaitu bertawassul dengan

doa dan syafaat nabi. Andainya bertawassul dengan diri Nabi dibenarkan, maka sudah pasti

Umar dan para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar terus berbuat demikian dan bukannya

dengan al-Abbas. Apa yang pasti, bertawassul dengan diri nabi dan para wali membawa maksud

memohon sesuatu hajat daripada mereka dan ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

 

Page 20: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 20/28

 

Menurut al-Imam Abu H anifah dan ulama yang sealiran dengannya, termasuk mazhab

Maliki bahawa tindakan itu tidak diharuskan oleh syariat, pun begitu ada sesetengah golongan

yang tidak bertanggungjawab menyelewengkan fakta ini dan menyandarkan amalan tawassul itukepada al-Imam Malik12 dan sahabat-sahabatnya, sedangkan al-Imam Malik sendiri menentang

orang-orang yang berdoa: Ya sayyidi…Ya sayyidi, dan Ya hannan Ya mannan!, kerana bagi

beliau amalan itu tidak mempunyai sumber yang jelas. Berbekalkan prinsip dan keyakinan itu

mendorong al-Imam Malik dan ulama yang sealiran dengannya termasuk al-Sayyid Muhammad

Rashid Rida tidak berkompromi dengan golongan yang salah faham terhadap tawassul dan

menyalahgunakannya.

Lantaran itu, beliau dengan berani mengatakan, pemahaman tentang tawassul yang

berlaku di kalangan masyarakat awam pada zaman mutakhir sebahagiannya bertentangan dengan

syariat Islam. Ia tidak bersumberkan sahabat, tabiin dan ulama salaf, melainkan beberapa riwayat

palsu yang disandarkan kepada al-Imam Malik. Fenomena bertawassul dengan menggunakan

perantaraan diri nabi, orang-orang soleh adalah berlaku pada kurun pertengahan dengan tujuan

untuk menolak malapetaka atau untuk mendapat sesuatu kebaikan. Amalan ini terus berleluasa

dalam masyarakat Islam sehingga mereka melakukan beberapa amalan tawassul yang

meragukan. Punca daripada krisis kejahilan yang melanda umat Islam, ditambah pula dengan

sikap segelintir ilmuan yang mentakwilkan perbuatan tersebut sebagai tawassul yang diharuskan

oleh syariat. Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menjelaskan tentang kehendak tawassul yang

sebenar iaitu beribadat secara terus kepada Allah tanpa melalui perantaraan dan tidak 

bertawassul dengan diri Nabi, kerana Nabi hanya pemberi petunjuk tentang cara bertawassul

yang sebenar iaitu dengan mempelajari al-Qur‘an dan memperdalaminya.  

 

 

12 Mālik ibn Anas bin Malik bin 'Āmr al-Asbahi atau Malik bin Anas (lengkapnya: Malik bin Anas bin

Malik bin `Amr, al-Imam, Abu `Abd Allah al-Humyari al-Asbahi al-Madani), (Bahasa Arab: وأ ه ك),

lahir di (Madinah pada tahun 714 (93 H), dan meninggal pada tahun 800 (179 H)). Ia adalah pakar ilmu

fikih dan hadits, serta pendiri Mazhab Maliki.( http://id.wikipedia.org/ wiki/Malik_bin_Anas)

 

Page 21: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 21/28

 

11. ISU-ISU BIDAH DAN KHURAFAT

Akidah tauhid yang mantap berasaskan sumber al-Quran dan hadis membentuk sikap danpendirian al-Sayyid Muhammad Rashid Rida yang sensitif terhadap amalan-amalan yang

membawa kepada syirik, bidah dan khurafat yang berlaku dalam masyarakat Islam. Ia dapat

dilihat menerusi perbincangan yang dikemukakan oleh beliau dalam Tafsir al-Manar yang

menyentuh persoalan tersebut.

Perbincangan mengenainya turut dibincangkan dalam karya beliau yang lain seperti al-Wahy

al-Muhammadi, Dhikra al-Mawlid al-Nabawi, Khulasah al-Sirah al-Muhammadiyyah wa

Haqiqah al-Da`wah al-Islamiyyah dan lain-lain. Fakta sejarah penyelewengan agama tauhid yangdiperjuangkan oleh semua nabi dan rasul. Penyelewengan itu bermula apabila ajaran Nabi

Isma\il diselewengkan oleh Lahy bin Qamaah bin al-Khandaq Abu Khuzaah dengan merujuk 

kepada sumber al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal. Sumber-sumber tersebut menyebut

bahawa berhala yang disembah oleh masyarakat Nuh a.s ialah Wad, Suwa, Yaghuth, Yauq dan

Nasr adalah bersempena nama orang-orang soleh dari kalangan umat Nabi Nuh a.s. Setelah

mereka meninggal dunia, syaitan menghasut masyarakat tersebut supaya membentuk lembaga

dan dinamakan seperti nama-nama lelaki soleh itu. Pada peringkat awal lembaga itu tidak 

disembah, tetapi lama kelamaan lembaga itu dijadikan bahan sembahan oleh masyarakat.

Penyembahan kepada patung itu adalah dalam bentuk bertawassul dan meminta syafaat

dengan mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah. Juga mengadakan upacara sembelihan

untuk membayar nazar atau sebaliknya yang dilakukan oleh kebanyakan dari kalangan ahli kitab

atau orang-orang Islam yang mengikut tradisi itu.

Faktor lain yang menyebabkan berlaku perbuatan syirik, bidah dan khurafat di kalangan

masyarakat Islam adalah sikap orang-orang Islam menokok tambah ajaran agama, sedangkan

ajaran itu tidak terdapat di dalam al-Quran, al-hadith, malah ia tidak pernah dilakukan oleh

Khulafa al-Rashidin dan jumhur sahabat. Ia terus berlaku di dalam masyarakat Islam dengan

bersumberkan teori akal serta percubaan menserasikan di antara agama dengan falsafah akal.

 

Page 22: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 22/28

 

Sesungguhnya masalah bid`ah dan khurafat yang berlaku di dalam masyarakat Islam

tidak disenangi, justeru beliau mengkritik segelintir ulama fqh yang membenarkan perbuatan

bidah tersebut berleluasa dalam masyarakat Islam seperti membuat binaan di atas kubur sertamemasang kelambu seperti yang dilakukan terhadap Kabah dan lain-lain. Tindakan berunsur

bid`ah itu dilihat sama dengan tindakan masyarakat Kristian yang melukis gambar, mengukir

patung nabi-nabi dan orang-orang soleh dan ditempatkan di dalam gereja bukan untuk disembah,

tetapi dijadikan sebagai bahan peringatan kepada orang yang masih hidup. Mereka berdoa,

memohon berkat dan bertawassul dengan menjadikannya sebagai perantaraan dengan tuhan

supaya sesuatu hajat yang dipohon dimakbulkan. Berdasarkan ayat 159, daripada surah al-

An`am, beliau menyifatkan golongan yang melakukan perbuatan bidah sebagai golongan yang

memporak perandakan agama. Juga berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi13, Ibn

Jarir14 dan al-Tabrani yang menegaskan bahawa golongan yang memecah belahkan agama

adalah mereka yang melakukan perbuatan bid`ah. Sesungguhnya banyak amalan yang dilakukan

 

13 Dilahirkan pada 279 H di kota Tirmiz, Imam Tirmizi bernama lengkap Imam Al-Hafiz Abu Isa

Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dahhak As-Sulami At-Tirmizi. Sejak kecil, Imam

Tirmizi gemar belajar ilmu dan mencari Hadits. Untuk keperluan inilah ia mengembara ke berbagai

negeri, antara lain Hijaz, Irak, Khurasan, dan lain-lain.

(http://opi.110mb.com/haditsweb/sejarah/sejarah_singkat_imam_tirmizi.htm)

14 At-Tabari (bahasa Arab: يرطا, AD 838 - AD 923 / 310 H) adalah seorang sejarawan dan pemikir

muslim dari Iran, lahir di daerah Amol, Tabaristan (sebelah selatan Laut Kaspia). Nama lengkapnya

adalah Abu Ja'far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin Ghalib al-Amali at-Tabari, lebih dikenal

sebagai Ibnu Jarir atau at-Tabari. Semasa hidupnya, ia belajar di kota Ray, Baghdad, kemudian Suriah

dan juga di Mesir. 

Di antara karyanya yang terkenal adalah Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk (Sejarah Para Rasul dan Raja) ,[1]

 

atau lebih dikenal sebagai Tarikh at-Tabari. Kitab ini berisi sejarah dunia hingga tahun 915, dan terkenal

karena keakuratannya dalam menuliskan sejarah Arab dan Muslim. 

Page 23: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 23/28

 

oleh masyarakat Islam berbentuk bidah dan khurafat yang boleh membawa kepada syirik sama

ada kecil (al-khafy) atau besar (al-jaliy). Ia terus diamalkan disebabkan keyakinan bahawa

amalan tersebut adalah sesuatu yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat Islam ataudisebabkan kejahilan umat Islam terhadap ajaran Islam sebenar. Pun begitu perbincangan

mengenai masalah ini hanya ditumpukan kepada beberapa amalan berunsur bidah yang berlaku

dalam masyarakat Islam dan ia adalah seperti dua perkara berikut;

 Maulid Nabi iaitu perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. turut

dilakukan oleh masyarakat di Islam Mesir. Pada masa itu juga diadakan sambutan

memperingati kelahiran beberapa tokoh yang dianggap wali seperti al-Sayyidah Zaynab

bint Ali bin Abi T alib, al-Imam al-Shafie15 dan lain-lain. Ia disambut dengan meriah,

kaum wanita menyanyi kegembiraan, kanak-kanak berjalan kaki dan berkenderaan, dan

berlaku percampuran di antara satu sama lain. Dalam keadaan itu sudah pasti terdapat

ruang-ruang yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara bidah, khurafat dan syirik 

yang ditentang oleh ulama. Tanggapan al-Sayyid Muhammad Rashid Rida berhubung

perayaan menyambut hari kelahiran nabi adalah selari dengan tanggapan ulama beraliran

salaf. Mereka melihat amalan tersebut sebagai bidah atau sesuatu yang diada-adakan

mengenai agama. Pendapat itu disandarkan kepada dua alasan yang utama. Pertama:

Sekiranya Allah ingin memuliakan nabiNya menerusi pendekatan ini, maka sudah tentu

Allah akan mensyariatkan amalan itu kepada umat Islam dan memerintahkan mereka

 

Karya lainnya yang juga terkenal berupa tafsir Quran bernama Tafsir al-Tabari, yang sering digunakan

sebagai sumber oleh pemikir muslim lainnya, seperti Baghawi, as-Suyuthi dan juga Ibnu Katsir.( 

http://id.wikipedia.org/wiki/At-Tabari)

15 Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Shafie bin

Al-Saib bin Ubaid bin Yazid bin Hashim bin Abd al-Muttalib bin Abd Manaf bin

Man bin Kilab bin Murrah bin Lui bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin

Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma‘d bin 

Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada Abd

Manaf. Beliau meninggal pada tahun 204 Hijrah.

Page 24: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 24/28

 

supaya melakukannya. Kedua: Amalan ini tidak dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan

imam-imam mujtahid, sedangkan mereka mengetahui kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w.

Merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. hanya dilakukan oleh umat Islam

setelah mereka kurang menghayati ajaran Islam.

 Ziarah dan berdoa di sisi kubur. Menziarah kubur dan berdoa kepada Allah untuk 

kesejahteraan ahli kubur adalah suatu amalan yang tidak bertentangan dengan ajaran

Islam. Malah ia digalakkan kerana amalan itu boleh mendatangkan keinsafan kepada

orang yang masih hidup. Walau bagaimanapun amalan menziarah kubur mula terkeluar

daripada kehendak syariat apabila sebahagian umat Islam bertindak melakukan perkara-

perkara bid`ah dan khurafat seperti berdoa di sisi kubur para wali dan orang- orang soleh

dengan alasan berdoa di sisi kubur para wali dan orang- orang soleh adalah mustajab.

Segelintir masyarakat bertindak keterlaluan seperti mengelilingi kubur orang-orang soleh

dan meminta sesuatu daripada mereka, mempersembahkan hadiah, membakar kemenyan

dan membakar lilin. Amalan bid`ah dan khurafat seperti ini tidak disenangi oleh

golongan reformis Islam dan menganggap perbuatan itu bertentangan dengan syariat

Islam. Tokoh-tokoh ini tidak pernah mengatakan bahawa berdoa di sisi kubur para wali

dan orang-orang soleh adalah lebih utama daripada berdoa di tempat-tempat lain. Ia

bertentangan dengan dalil al-Qur‘an ayat lima surah al-Fatihah yang memusatkan sesuatu

permohonan dan pertolongan hanya kepada Allah dan bukan kepada yang lain, malah

keyakinan itu disifatkan sebagai memenuhi ciri-ciri kesempurnaan iman.Pandangan itu

selari dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang Bersabda maksudnya: ―Apabila kamu

memohon sesuatu perkara, maka mohonlah dengan Allah dan apabila kamu meminta

sesuatu pertolongan, maka mintalah pertolongan itu dengan Allah”. Kekeliruan

kemungkinan timbul kerana terdapat beberap hadis yang membenarkan seseorangmuslim memberi salam ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

 

 

Page 25: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 25/28

 

Walau bagaimanapun tidak ada di kalangan ulama al-salaf al-salih yang menyatakan

bahawa berdoa di sisi kubur Nabi lebih mustajab, malah hadis Nabi ada menyebut:

Maksudnya: ―Wahai tuhanku jangan Kamu jadikan kuburku sebagai berhala yang

disembah. Sangat besar kemurkaan Allah ke atas sesuatu kaum yang menjadikan kubur

nabi mereka sebagai masjid.

12. TAREKAT

 Tarekat Syadziliyyah

Beliau mulai mempelajari tasawuf dari gurunya, Husain Al-Jisr. Setelah beliau menggali danmemperdalam ilmu dan ushuluddin, sadarlah ia bahwa membaca Wirid tersebut termasuk bidah.

Kerana itu, ia pun meninggalkannya dan lebih memilih untuk membaca dan mempelajari al-

Quran.

 Tarekat Naqsyabandiyyah 

Mengenai hal ini, As-Sayyid Muhammad Rashid Rida menyebutkan bahwa yang membuatnya

bersungguh mempelajar Tasawuf adalah pesona kitab ‗Ihya‘ ‗Ulum ad-Diin‘ karya Imam Al-Ghazali. 

Kemudian beliau meminta kepada gurunya dalam tarekat Syadziliyyah, Muhammad Al-Qawiqji

untuk memperkenankannya untuk tetap menjalankan tarekat Syadziliyyah secara formalitas saja.

Setelah bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai Sufi, beliau menuturkan pengalamannya,

“Saya sudah menjalani Tarekat Naqsyabandiyyah, mengenal yang tersembunyi dan paling 

tersembunyi dari misteri-misteri dan rahsia-rahsianya. Aku telah mengarungi lautan Tasawuf dan telah meneropong intan-intan di dalamnya yang masih kokoh dan buih-buihnya yang

terlempar ombak.

 

Page 26: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 26/28

 

Namun akhirnya petualangan itu berakhir ke tepian damai, „pemahaman Salaf ash-Shalih‟ dan

tahulah aku bahwa setiap yang bertentangan dengannya adalah kesesatan yang nyata.” 

Beliau terpengaruh lagi adalah beliau buku-buku karya Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dan

Muhammad bin Abdul Wahhab.16

13. KESIMPULAN

Kupasan isu islah masyarakat yang dipaparkan dalam Tafsir al-Manar adalah sebahagian

daripada perjuangan dakwah mengembalikan masyarakat kepada ajaran al-Quran yang sebenar.

Tafsiran yang semasa dengan meraikan keperluan masyarakat menjadi tarikan kepadamasyarakat berinteraksi dengan karya tersebut. Ia juga menarik minat para sarjana meneliti dan

mengkaji idea islah tersebut dengan lebih mendalam. Justeru perbincangan islah masyarakat

yang melibatkan persoalan taklid, tawassul, bidah, khurafat dan perayaan Mawlid Nabi banyak 

yang dapat diambil manfaat dan melambangkan penguasaan ilmu dan peradaban. Ia juga

memperlihatkan sikap sebenar al-Sayyid Muhammad Rashid Rida terhadap perkara-perkara

tersebut.

Beliau tidak berkompromi dengan hal-hal yang telah jelas kebenarannya tidak 

mempunyai dalil, tidak wajar dilakukan oleh umat Islam memandangkan ia tidak bersumberkan

al-Quran dan hadis. Ia juga tidak pernah diakui oleh para sahabat, tabiin atau para imam

mujtahid seperti al-Imam Malik, al-Thawri, al-Awzai, al-Layth bin Sad, Abu Hanifah, al-Shaf`i,

Ahmad bin Hanbal17 dan sebagainya. Serta tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah

 

16 (http://id.wikipedia.org/wiki/Rasyid_Ridha) 

17 Ahmad bin Hanbal (781 - 855 M, 164 - 241 AH)[1] (Arab لىح ه دحأ   ) adalah seorang ahli hadits dan

teologi Islam. Ia lahir di Marw (saat ini bernama Mary di Turkmenistan, utara Afganistan dan utara Iran)

di kota Baghdad, Irak. Kunyah beliau Abu Abdillah lengkapnya: Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin

Hilal bin Asad Al Marwazi Al Baghdadi/ Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dikenal juga sebagai Imam

Hambali. Wafat pada tahun 241 Hijrah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_bin_Hanbal#Waf at_beliau)

Page 27: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 27/28

 

golongan yang mencampur adukkan di antara masalah ibadat dan adat malah cuba menjadikan

adat sebagai syiar. Bagi beliau, ini menimbulkan kekeliruan kepada golongan awam. Justeru

usaha beliau mengupas ayat-ayat al-Quran dengan sumber-sumber yang sahih dan muktabaradalah untuk mengislah masyarakat Islam dan menunjukkan mereka jalan yang sebenar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 28: Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

8/8/2019 Rasyid Ridha_Pemikirannya Dan Pengaruhnya Di Malaysia_Mohammad Hidir Baharudin

http://slidepdf.com/reader/full/rasyid-ridhapemikirannya-dan-pengaruhnya-di-malaysiamohammad-hidir-baharudin 28/28

 14. RUJUKAN

 Al-Quran Al-Karim 

 Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida: Pengaruhnya Di Malaysia, Penerbit university Malaya,2009 

 Indeks Al-Quran, Pustaka Jiwa, 1998 

 Internet