masjid dirar peruntuh keutuhan ummah_mohammad hidir bin baharudin

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 30-May-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    1/19

    1

    Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah

    IUD 102

    USUL TAFSIR

    MOHAMMAD HIDIR BIN BAHARUDIN

    880424-05-5143

    DSEMAK OLEH:

    PROF. MADYA DR. MUSTAFFA ABDULLAH

    DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN

    SEMESTER 1/TAHUN 2010

    PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    2/19

    2

    Ayat Al-Quran

    Asas perbincangan kita bertitik tolak daripada ayat ini;

    Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk

    menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk

    memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang

    telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah:

    Kami tidak menghendaki selain kebaikan. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya

    mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang

    dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa

    (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya

    masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah

    menyukai orang-orang yang bersih. *108* Maka apakah orang-orang yang mendirikan

    masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-

    orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuhbersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    3/19

    3

    kepada orang-orang yang zalim. *109* Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa

    menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan

    Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. *110* (Surah At-Taubah: 107, 108, 109, dan

    110)

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    4/19

    4

    Asbabun Nuzul

    Imam Jalaluddin As-Sayuti (w. 911 H)1

    meriwayatkan beberapa asbabun nuzul berkenaan

    ayat-ayat di atas dalam karya beliau yang bertajuk Lubaabun Nuqul Fi Asbabin Nuzul.

    Pertama: Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Abu Amir Ar-Rahib berkata kepada

    sebahagian kaum Ansar yang sedang mendirikan masjid (Masjid Dirar): Teruskan kerjamu

    mendirikan masjid dan siapkan kekuatan dan senjata perangmu semampu tenagamu. Aku

    akan berangkat ke Kaisar dan kembali membawa tentera-tentera Kaisar untuk mengusir

    Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Ketika masjid itu siap didirikan, mereka datang

    menghadap Rasulallah s.a.w. dan berkata: Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan

    kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami.

    Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulallah s.a.w. daripada solat di

    masjid itu. (Diriwayatkan oleh Ibn Marduwaih daripada Ali bin Abi Talhah daripada Ibn

    Abbas)

    Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa kaum munafik mendirikan masjid untuk

    menandingi Masjid Quba dengan harapan Abu Amir Ar-Rahib akan menjadi imam mereka

    di masjid itu apabila dia berkunjung ke sana. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka

    datang menghadap Rasulallah s.a.w. dan berkata: Kami telah selesai mendirikan masjid

    kami dan kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami.

    Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulallah s.a.w. daripada solat di

    masjid itu. (Diriwayatkan oleh Al-Wahidi daripada Saad bin Abi Waqas)2

    Imam Ibn Kathir (w.774 H)3

    menceritakan:

    Dikisahkan bahawa sebab turunnya ayat-ayat ini ialah seorang Nasrani di Madinah bernama

    Abu Amir Ar-Rahib daripada suku Khazraj. Dia mempunyai kedudukan erpandang dan

    1Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman ibn Abi Bakr, Jalal al-Din al-Suyuti (Rejab 849 H-Jamadil Awal 911 H). Antara

    kitab karangan beliau adalah Tafsir Jalalain, Al-Jami Al-Kabir, Al-JamiAl-Saghir.2Imam Jalaluddin As-Sayuthi (Penyunting Norizan binti Mohammad), Asbabun Nuzul: Sejarah Turunnya Ayat-

    Ayat Al-Quran, Victory Agencie, 2004

    3Al-Fida, 'Imad Ad-Din Isma'il bin 'Umar bin Kathir Al-Qurashi Al-Busrawi (701 H-774H). Antara kitab

    karangan beliau adalah Tafsir Al-Quran Al-Azim, Bidayah Nihayah, Sirah Nabawiyyah.

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    5/19

    5

    terhormat serta disegani di kalangan kaumnya. Abu Amir Ar-Rahib merasa iri hati kepada

    Rasulallah s.a.w. tatkala baginda s.a.w tiba di Madinah dan agama Islam tersebar luas, ramai

    pula penganut dan pula Rasulallah s.a.w. menang dalam perang Badar. Masyarakat Madinah

    berpaling daripadanya kepada Rasulallah s.a.w. Dia kemudiannya, melarikan diri dan

    bersekutu dengan orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekkah untuk memerangi Rasulallah

    s.a.w. Dan terjadilah perang Uhud di mana Abu Amir Ar-Rahib bertambah iri hati sekali lagi

    kerana gagal membunuh Rasulallah s.a.w.

    Abu Amir Ar-Rahib melarikan diri ke Rom dan meminta bantuan Hercules untuk

    menghadapi Rasulallah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Dia menulis surat kepada

    beberapa orang munafik di Madinah memberitahu bahawa dia telah mendapat bantuan

    Hercules untuk memerangi Rasulallah s.a.w. dan dia meminta disediakan baginya tempat

    untuk menjadi markas melaksanakan rancangan jahat mereka. Maka didirikankan sebuah

    masjid. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Rasulallah s.a.w. dan

    berkata: Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat mengharapkan agar

    tuan solat di masjid kami.

    Rasulallah s.a.w. yang bergegas untuk peperangan Tabuk menolak permintaan mereka

    dengan bersabda:

    Sesungguhnya kami sekarang dalam keadaan musafir dan insya Allah sekembali, kami akan

    penuhipemintaan anda

    Selepas peperangan Tabuk dan baginda berhenti di Dhu Awan, turunlah malaikat Jibril

    membawa wahyu Allah:4

    4Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.Salim Bahreisy dan H.Said

    Bahreisy), Victory Agencie, 2006)

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    6/19

    6

    Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk

    menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk

    memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang

    telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah:

    Kami tidak menghendaki selain kebaikan. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya

    mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang

    dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa

    (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya

    masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allahmenyukai orang-orang yang bersih. *108*

    Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim,

    Maan bin Adi atau saudaranya Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

    Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar

    olehmu akannya

    Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.

    Ibn Ishak (w. 150 H)5

    telah menyebut tentang pembinaan masjid yang dibina oleh kaum

    yang zalim dan bagaimana Rasulallah s.a.w. memerintahkan supaya masjid ini dirobohkan

    5Muammad ibn Isak ibn Yasaar ( 85 H-150 H)

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    7/19

    7

    sekembalinya baginda s.a.w. dari Tabuk, iaitu sebelum masuk ke Madinah. Segolongan orang

    munafik telah membina sebuah masjid yang menyerupai reka bentuk masjid Quba. Mereka

    berbuat demikian supaya Rasulallah s.a.w. bersembahyang di dalamnya. Ini akan

    menyenangkan mereka melakukan kejahatan, kekufuran, dan keingkaran di dalamnya sesuka

    hati mereka. Akan tetapi, Allah s.w.t. memelihara rasulNya daripada bersembahyang di

    dalam masjid itu. Permintaan mereka ini diajukan sebelum pemergian Rasulallah s.a.w. ke

    Tabuk. Setelah Rasulallah s.a.w. kembali dari Tabuk, baginda s.a.w. berhenti di Dhu Awan

    (sebuah tempat yang terletak sejauh satu jam perjalanan dari Madinah). Ketika itu, turun

    wahyu kepada Rasulallah s.a.w. menerangkan masjid itu.

    Masjid tersebut dinamakan Al-Dhirar kerana orang munafik mahu menggugat keutuhan dan

    pengaruh masjid Quba, mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya, memecah

    belahkan jamaah dari masjid Quba dan menjadi tempat intipan bagi orang yang telah

    memerangi Allah dan rasulNya sebelum ini.6

    6Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    8/19

    8

    Tafsir Ayat

    Berkata Imam Abu Jafar (Tafsir At-Thabari, XIV/469) bahwa makna dhiraran

    (keburukan) ertinya keburukan terhadap jamaah kaum mukminin, cenderung kepada

    kekufuran kerana memusuhi Rasulallah s.a.w., serta memecah-belah shaf jamaah kaum

    beriman agar mereka ini salat di masjid mereka dan juga di masjid Nabi s.a.w., sehingga shaf

    kaum muslimin menjadi berselisih lalu berpecah-belah, maka itu menguntungkan pimpinan

    mereka iaitu Abu Amir Ar-Rahib yang memusuhi Rasulallah s.a.w. dan ingin

    menghancurkannya, lalu setelah itu mereka masih berani bersumpah: Bahawa tujuan kami

    melakukan ini (membina masjid) hanyalah untuk kebaikan semata.! Tetapi Allah menjadi

    saksi bahawa mereka hanya berdusta belaka.7

    Berkata Imam Ibnu Kathir menambahkan: Menurut Ibn Ishak, orang yang membina masjid

    Dirar seramai 12 oran, iaitu:

    1. Khidzam ibnu Khalid (masjid Dirar dibina bersebelahan dengan rumahnya)2. Tsalabah Ibn Hathib3. Matab ibn Qusyair4. Abu Habibah ibn Adzar5. Ubbad ibn Hanif (ia adalah masih saudara kandung dari Sahl Ibnu Hunaif sahabat

    Rasulallah s.a.w.)

    6. Jariyyah ibn Amir7. Mujma dan Zaid (kedua-duanya anak Jariyyah)8. Nabtal ibn Harith9. Bakhraj10.Bajad ibn Uthman11.Wadiah Ibnu Tsabit.8

    7http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/

    8Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    9/19

    9

    Antara tujuan orang-orang munafik membina masjid itu adalah sebagai tempat berkumpul

    dan merancang strategi untuk memerangi Allah dan rasulNya. Allah s.a.w. menerangkan

    perbuatan mereka:

    ... serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak

    dahulu.

    Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi;

    ... Dan mereka sesungguhnya bersumpah (dengan berkata): ...

    Maksud ayat di atas, orang munafik yang membina masjid Dirar. Allah berfirman;

    ... Kami tidak menghendaki selain kebaikan.

    Maksud ayat tersebut ialah, orang munafikin mahu membina masjid Dirar kononnya untuk

    tujuan yang baik. Allah berfirman;

    ... Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam

    sumpahnya) ... Kemudian Allah berfirman kepada rasulNya;

    Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya....

    Allah s.w.t. melarang Rasulallah s.a.w. mendirikan sembahyang di dalam masjid tersebut.

    Allah s.w.t. memerintahkan baginda s.w.t. agar mendirikan solat di Madinah yang

    diasaskannya berdasarkan takwa iaitu masjid Quba semenjak awal wujudnya lagi. Terdapat

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    10/19

    10

    hadith-hadith baginda s.a.w. yang menerangkan keutamaan masjid Quba. Antaranya ialah

    hadith sahih yang berbunyi:

    Solat di masjid Quba adalah seperti melakukan ibadah umrah

    Kata Imam Ibn Kathir: Masjid Rasulallah s.a.w. lebih utama daripada masjid Quba9

    Al-Sayuti mencatat di dalam Al-Durr Al-Manthur beberapa riwayat yang menyatakan

    bahawa Nabi Muhammad s.a.w bertanya penduduk Quba tentang sebab pujian Allah kepada

    mereka dalam ayat ini (ayat 108: Surah At-Taubah). Mereka menjawab bahawa mereka

    beristinjak dengan air dan setengahnya pula beristinjak dengan batu diikuti dengan air. Beliau

    menyebut bahawa Ibn Majah, Ibn Al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Al-Darqutni, Al-Hakim dan

    perawi-perawi lain yang meriwayatkan daripada Talhah bin Nafi berkata: Abu Ayyub, Jabir

    bin Abdillah dan Anas bin Malik telah menyatakan kepadaku bahawa, setelah diturunkan

    ayat: Rasulallah s.a.w. bersabda: Wahai golongan Ansar

    sesungguhnya Allah s.w.t telah memuji keelokan kamu dalam bersuci. Apakah jenis bersuci

    kamu ini? Mereka menjawab: Kami mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang dan

    mandi junub. Nabi s.a.w. bertanya lagi: Adakah lagi perbuatan lain selain daripada itu?

    Mereka menjawab: Dalam kalangan kami apabila membuang air besar, dia lebih suka

    beristinjak dengan air. Nabi s.a.w. bersabda: Itulah yang menyebabkan kamu dipuji.10

    Fathi Yakin membawa perkataan Syeikh Khudari dalam kitabnya yang bertajuk Nurul Yaqin:

    Ikut serta menolong golongan Munafiq meneruskan cita-cita mereka membina masjid Dirar

    ini ialah segelintir orang-orang Arab Madinah yang keliru dan tidak menerima dakwah

    Muhammad s.a.w. Mereka menyembunyikan kekafiran kerana takut nyawa mereka tergugat.

    Pemimpin kumpulan ini bernama Abdullah bin Ubai bin Salul Al Khazraji. Sebelum

    Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah beliau pernah dicalonkan untuk menjadi ketua

    penduduk Madinah Sesungguhnya tidak diragukan lagi tentang bencana Munafik terhadap

    orang Islam lebih besar daripada bencana yang mungkin diakibatkan oleh orang-orang kafir.

    Orang-orang Munafik hidup bersama orang-orang Islam, mengetahui rahsia mereka dan

    9Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

    10Dr. Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, 2009

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    11/19

    11

    membocorkan rahsia mereka kepada musuh sama ada golongan Yahudi atau golongan yang

    lain sepertimana yang kerap berlaku. Meskipun prinsip-prinsip yang dipegang oleh

    Rasulullah s.a.w terhadap mereka ialah menerima apa yang nyata dan meninggalkan segala

    yang tersirat dalam hati kepada ketentuan Allah s.w.t. tetapi Rasulullah s.a.w tidak pula

    mengamanahkan kepada mereka melakukan sesuatu apa pun. Contohnya Rasulullah s.a.w

    sering meninggalkan Madinah dan sering pula mewakilkan kekuasaannya kepada beberapa

    orang Ansar. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengangkat mana-mana orang yang diketahuinya

    mempunyai ciri-ciri kemunafiqan, kerana Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam mengetahui

    akibat yang mungkin berlaku jika sekiranya mereka diangkat menggantikan beliau semasa

    beliau tidak ada. Mereka pasti akan mengambil kesempatan tersebut untuk merosakkan

    orang-orang Islam. Ini satu pelajaran penting mesti difahami oleh ketua dan pemimpin Islam.

    Rasulullah s.a.w mengajar mereka supaya dalam hal-hal yang penting tidak mempercayakan

    perlaksanaannya kepada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri kemunafikan atau

    menonjolkan apa yang berlawanan dengan isi hatinya.11

    Kemudian Allah berfirman lagi;

    Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan

    keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi

    jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka

    Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. *109*

    Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati

    mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha

    Bijaksana. *110* (Surah At-Taubah: 109, dan 110)

    11Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,

    http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf

    http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf
  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    12/19

    12

    Imam Ibn Kathir berkata: Tidaklah sama orang yang mendirikan bangunannya (masjid) atas

    dasar takwa kepada Allah s.w.t. dan keredhaanNya dengan orang-orang yang mendirikan

    masjid atas dasar kekafiran dan dengan tujuan memecah persatuan dan membawa

    kemudharatan serta untuk tempat persediaan memerangi Allah s.w.t. dan rasulNya. Mereka

    itu yang disebut sebagai mendirikan bangunannya di atas tepi jurang yang runtuh yang akan

    membawa bersama mereka ke dalam api neraka Jahannam. Dan Allah s.w.t. tidak akan

    memberi petunjuk bagi orang-orang yang zalim.12

    12Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.Salim Bahreisy dan H.Said

    Bahreisy), Victory Agencie, 2006)

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    13/19

    13

    Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

    Kategori: Sosial/Syariah

    Tajuk: Masjid Dirar

    Isu: Pengertian Masjid Dirar

    Keputusan :

    Setelah perbincangan Jawatankuasa Fatwa berpendapat;

    Pengertian Masjid Dirar:

    Dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan

    dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan agama

    Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman

    Allah dalam Surah At-Taubah ayat 107.

    Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukan kekufuran,

    untuk memecah-belahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjadi tempat mengintip

    bagi mereka yang memusuhi Allah dan Rasulnya sebelum itu, mereka bersumpah kami

    bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah ...

    .

    Ulasan Jawatankuasa:

    Berdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan

    maksud-maksud atau salah satu maksud itu adalah termasuk dalam hukum Masjid Dirar

    dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di

    antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab

    itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah

    suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah

    termasuk di bawah hukum Masjid Dirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu

    amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para

    ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    14/19

    14

    Di dalam hal ini para Fuqaha telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam

    kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu Daerah,

    dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahuludiperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah

    atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didirikan

    Jumaat.

    Pendapat Jawatankuasa:

    Atas konsep Dirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh

    membawa berpecah-belah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana

    Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid

    Qaba di masa hayat baginda.13

    13http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    15/19

    15

    Komentar

    Orang-orang yang munafik memang ada di mana-mana dan dalam zaman apa pun sepanjang

    sejarah tidak sunyi dan kewujudan mereka. Ini adalah kerana motif dan karenah kemunculan

    golongan ini memang ada dan mungkin wujud bila-bila masa. Ada yang menjadi munafik

    didorong oleh pertimbangan untuk merangkul kepentingan duniawi. Kadang-kadang ia

    berselindung di sebalik taqwa dan agama untuk sampai kepada tujuannya. Ada yang menjadi

    munafik dengan tujuan mencetuskan krisis, melaga-laga dan memecah-belahkan barisan umat

    Islam. Ada yang berbuat demikian kerana niat jahatnya sendiri. Ada pula yang mendapat

    arahan dan orang lain. Mereka pun meresapi jamaah untuk tujuan-tujuan tadi. Terdapat juga

    golongan yang sifat munafik telah mendarah daging dalam dirinya hingga sukar untuk

    melepaskan diri dari sifat ini. Ada yang menjadi munafik untuk berkuasa atau melepaskan

    diri dan penindasan penguasa. Dengan sifat ini orang munafik cuba merangkul habuan dunia

    yang fana, atau pangkat kebesaran yang tidak kekal. Ia malah sanggup menjual agamanya

    dengan mendapat bayaran kesenangan dunia. Kadang-kadang sifat ini ditimbulkan oleh rasa

    dendam, atau dengki atau kedua-duanya sekali. Manusia munafik mempunyai sifat-sifat dan

    perwatakan tertentu. Sifat golongan munafik ini sebagaimana diberitahu Rasulullah s.a.w.

    berakar umbi daripada tiga iaitu apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia akan

    mungkiri dan apabila dia berjanji dia akan khianati. Mereka juga;

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan

    mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka

    bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah

    kecuali sedikit sekali. (Surah An-Nisa: 142)

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    16/19

    16

    Allah s.w.t. menjanjikan kepada mereka;

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah

    dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.

    (Surah An-Nisa: 145). Tujuan asal mereka sepertimana firman Allah s.w.t.:

    Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah

    menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya." (Surah As-Saff: 8)

    Contoh lain untuk kejahatan golongan munafik ini adalah peristiwa Aishah r.a. difitnah atau

    juga dikenali dengan Hadith Al-Ifk. Peranan mereka ini membawa berita palsu tentangAishah r.a. Fathi Yakan menukilkan perkataan Sayyid Qutb:

    Sesiapa pun mesti akan merasa aneh walaupun hingga kini, terhadap peristiwa ini.

    Bagaimana boleh berlaku dalam suatu kumpulan jemaah Muslimin boleh berleluasa tersebar

    berita buruk dan cerita dusta seperti ini. Berita ini pasti meninggalkan kesan yang berat dalam

    jamaah, menimbulkan luka yang dalam, di dalam jiwa yang paling suci dan paling tinggi.

    Sesungguhnya kemelut yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. dan terutamanya yang diharungi

    oleh jamaah Muslimin dan Islam ketika itu adalah kemelut yang paling hebat yang pernah

    dihadapi oleh Baginda s.a.w. di mana Baginda s.a.w. dapat mengatasinya. Baginda dapat

    terus melindungi kewibawaannya, membuktikan kelapangan dada dan kesabarannya.14

    Mengingatkan akan bahayanya golongan ini, Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Munafiqun.

    14

    Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf

    http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf
  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    17/19

    17

    Kesimpulan

    Saya menukilkan kata-kata daripada Imam Ibn Kathir:

    Masjid tersebut dinamakan Al-Dirar kerana orang munafik mahu menggugat keutuhan dan

    pengaruh masjid Quba, mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya, memecah

    belahkan jamaah dari masjid Quba dan menjadi tempat intipan bagi orang yang telah

    memerangi Allah dan rasulNya sebelum ini.

    Tujuan didirikan masjid Dirar dijelaskan seperti berikut;

    Pertama ialah mahu menggugat keutuhan dan pengaruh masjid Quba. Kedua ialah mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya Ketiga ialah memecah belahkan jamaah dari masjid Quba Keempat ialah menjadi tempat intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan

    rasulNya sebelum ini.

    Seharusnya setiap masjid itu didirikan atas dasar takwa kepada Allah. Penulis melihat

    terdapat penyakit dalam masyarakat Islam hari ini dalam hal mendirikan masjid iaitu

    mendirikan masjid adalah dengan tujuan bersaing dalam pembinaannya bukan pula dalam

    mengimarahkannya. Bermaksud, siapa yang lebih besar binaan dan lebih tinggi menara

    masjidnya, maka merekalah yang akan menang. Tidaklah elok jika masjid didirikan untuk

    tujuan itu.

    Sebesar mana pun binaan masjidnya atau setinggi mana pun tinggi menara masjidnya, andai

    tidak dengan asas takwa, maka di kemudian hari, masjid itu akan menjadi lengang daripada

    umat Islam yang mengimarahkannya.

    Dalam satu data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada

    tahun 1993, terdapat 4841 buah masjid di seluruh Malaysia manakala surau pula berjumlah

    10 364 buah Jurnal Pendidikan Islam, 1995).15

    Dan kini, tahun 2010, jumlah itu tentunya

    akan bertambah.

    15Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2002

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    18/19

    18

    Kekuatan umat Islam bergantung kepada kekuatan tauhid dalam dua pengertian, iaitu

    Tauhidullah (mengesakan Allah) dan Tauhidulummah (menyatupadukan ummah).

    Kekuatan yang pertama itu letaknya pada hati setiap individu-individu Muslim manakala

    kekuatan yang kedua itu letaknya pada jemaah kaum Muslimin. Andai disatukan kedua

    kekuatan ini, kaum Muslimin akan mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan Allah

    s..w.t.

    Penutup menutup dengan doa;

  • 8/9/2019 Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah_Mohammad Hidir Bin Baharudin

    19/19

    19

    Rujukan

    1. Imam Jalaluddin As-Sayuthi (Penyunting Norizan binti Mohammad), Asbabun Nuzul:Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Al-Quran, Victory Agencie, 2004

    2. Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.SalimBahreisy dan H.Said Bahreisy), Victory Agencie, 2006

    3. Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka,2005

    4. Dr. Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia, Penerbit UniversitiMalaya, 2009

    5. Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf

    6. Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid, JabatanKemajuan Islam Malaysia, 2002

    7. http://www.alquran-digital.com8. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Suyuti9. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Ishaq10.http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathir11.

    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981

    12.http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/

    http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdfhttp://www.alquran-digital.com/http://www.alquran-digital.com/http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Suyutihttp://en.wikipedia.org/wiki/Al-Suyutihttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Ishaqhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Ishaqhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathirhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathirhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathirhttp://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathirhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Ishaqhttp://en.wikipedia.org/wiki/Al-Suyutihttp://www.alquran-digital.com/http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf