rumusan artikel journal

2
Daripada artikel journal yang telah diperolehi, terdapat banyak kepentingan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Salah satu daripadanya adalah mata pelajaran ini membolehkan pelajar meningkatkan dan mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau luar daripada bilik darjah. Selain itu, kelas Pendidikan Jasmani menyediakan peluang semulajadi untuk mempelajari pelbagai konsep dan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang melibatkan diri dalam kelas Pendidikan Jasmani juga, semakin hari akan merasai perubahan iaitu, menyebabkan badan mereka menjadi cergas dan otak mereka lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dengan kelas Pendidikan Jasmani. Kajian juga telah menunjukkan bahawa, proses semasa melakukan aktiviti senaman akan menyebabkan peningkatan psikologikal jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta perkembangan mental. Aktiviti fizikal semasa pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani juga memberikan kesan positif biasa dalam keyakinan diri orang dewasa. Daripada artikel ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan tahap fizikal aktiviti dalam diri kanak-kanak. Selain itu juga, aktiviti fizikal dan kesihatan amat berkaitan, dengan tahap kecergasan seseorang yang sederhana sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Daripada artikel journal juga, kajian menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani, termasuk kurikulum sekolah memberi faedah

Upload: amirul-naim

Post on 25-Jun-2015

446 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan Artikel Journal

Daripada artikel journal yang telah diperolehi, terdapat banyak kepentingan pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Salah satu daripadanya adalah

mata pelajaran ini membolehkan pelajar meningkatkan dan mengembangkan

kemahiran bahasa dan komunikasi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di

dalam atau luar daripada bilik darjah. Selain itu, kelas Pendidikan Jasmani

menyediakan peluang semulajadi untuk mempelajari pelbagai konsep dan aktiviti yang

berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang melibatkan diri dalam

kelas Pendidikan Jasmani juga, semakin hari akan merasai perubahan iaitu,

menyebabkan badan mereka menjadi cergas dan otak mereka lebih cerdas berbanding

kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dengan kelas Pendidikan Jasmani.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa, proses semasa melakukan aktiviti senaman

akan menyebabkan peningkatan psikologikal jangka masa pendek dan jangka masa

panjang serta perkembangan mental. Aktiviti fizikal semasa pembelajaran dalam

Pendidikan Jasmani juga memberikan kesan positif biasa dalam keyakinan diri orang

dewasa. Daripada artikel ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa Pendidikan Jasmani

dapat meningkatkan tahap fizikal aktiviti dalam diri kanak-kanak. Selain itu juga, aktiviti

fizikal dan kesihatan amat berkaitan, dengan tahap kecergasan seseorang yang

sederhana sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian.

Daripada artikel journal juga, kajian menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani,

termasuk kurikulum sekolah memberi faedah fizikal, psikologikal dan intelektual kepada

kanak-kanak. Pendidikan ini juga membantu mencegah penyakit, meningkatkan

keadaan keseluruhan fizikal, mengekalkan kestabilan emosi, menganjurkan sosial

berkesan, mempengaruhi pencapaian akademik serta mewujudkan aktiviti yang positif.