rumusan 2- seni visual, seni muzik dan pergerakan

18
RUMUSAN 2- SENI VISUAL, SENI MUZIK DAN PERGERAKAN Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang- bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Upload: azlina-mohamed

Post on 10-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

RUMUSAN 2- SENI VISUAL, SENI MUZIK DAN PERGERAKAN

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu.. Di antara tokoh-tokoh barat yang sering memberi pandangan tentang seni visual ialah:

Bil.TokohPandangan

1.Plato ( 427/428 SM-347 SM) Lukisan tiga kali terpisah dari kebenaran. Pembaca puisi memainkan perasaan Seni dan pendidikan berpandukan kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesahteraan dan keindahan. Seni dikaitkan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.

2.Aristotle ( 384 SM-322 SM) Pelukis tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur. Pembacaan puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi.

3. Pestalozzi ( 1746 -1827 ) Semua kanak-kanak perlu diberi peluang belajar seni. Penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan tangan tetapi bukan kepada keistimewaan seni.

4.Herbert Read Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Senia sebagai alat mendidik seseorang.

5.Frank Cizek ( 1865 -1946) Kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri.

6.Walter Gropius Seni visual seharusnya berfungsi dalam member faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri.

7.Elfand dan Chapman Seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat.

Dalam tajuk pengenalan senivisual diterangkan tentang asas-asas seni reka iaitu unsure seni yang terdapat dalam garisan, warna yang terbahagi kepada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Jalinan yang diterangkan tentang cara untuk menghasilkan jalinan dengan cara teknik cetakan, teknik pualaman, teknik kolaj, teknik campuran, teknik binaan dan juga teknik cantuman. Selain daripada itu juga dalam asas seni visual ini diterangkan juga tentang rupa iaitu cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ruang pula diterangkan tang kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Seni visual ini jga diterangkan tentang prinsip-prinsip rekaan. Prinsip-prinsip rekaan terdiri daripada:1. Harmoni2. Penegasan3. Imbangan4. Kontra5. Pergerakan6. Kesatuan7. Kepelbagaian. Seni muzik adalah bidang yang mengkaji tentang seni bunyi-bunyian. Semua manusia terdedah dengan muzik. Satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vocal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskkan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Objektif seni dalam pendidikan ialah, murid akan dapat menikmati pelbagai muzik, memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri, merasai dan mengenal konsep muzik dan juga meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif. Menurut Edwin Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum symbol-simbol muzik yang diperkenalkan. Bagi Carl Orff pula pendekatan seni muzik dibahagikan kepada Intasi, Ekasplorasi, Improvisasi creation,literasi. Konsep muzik merangkumi irama, melodi, warna ton, tekstur, bentuk dan juga ekspresi. Istilah pergerakan membawa maksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala, pendidikan pergerakan pula ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua kategori seperti yang berikut:

Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek seperti dalam rajah berikut:

Rajah Penekanan aspek-aspek pergerakanPergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup adalah penting dan merupakan kunci dalam aktiviti pergerakan. Kemahiran ini membolehkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Malah, gabungan aktiviti seperti berjalan dengan melompat dalam tarian zapin dan joget mengikut iringan muzik juga merupakan bentuk pergerakan asas. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks ini terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran pergerakan asas.

Rajah Pergerakan Asas

Pergerakan ini juga umumnya dikaitkan dengan pendidikan jasmani. Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan pergerakan lokomotor terbahagi kepada dua jenis iaitu lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata.Manakala pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang tetap atau statik di sesuatu tempatpergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku.Contoh pergerakan lokomotor ritma sekata yang biasa dilakukan merupakan berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya manakala pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti gallop, skip dan lain-lain. Pergerakan bukan lokomotor seperti imbangan, duduk, mendekam dan lain-lain.

Lokomotor

Contoh PergerakanBerjalanBerlariMeloncatMelompatLari skipMemacu seperti kudaMeluncur

Bukan Lokomotor

MembongkokMeregangMemulasBerpusingMengangkat badanMerebahMenghayun

Rajah Jenis Kemahiran Persepsi Motor

Pendidikan PergerakanPendidikan pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagi diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, psikologi dan afektif serta kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan. Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual berikut

Kemahiran Contoh

Hubung kait motor-penglihatan Menangkap bola

Melambungkan bola melalui gelung rotan

Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan Mengulang semula sesuatu pergerakan

Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat

di dalam sesuatu gambar

Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang

terdapat di dalam sesuatu arahan

Hubung kait motor-pendengaran Menari mengikut muzik

Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic

yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan

dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan Mendengar dan melakukan arahan

Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk

mengikut irama

Kinestatik Aktiviti penyedaran tubuh badan

Aktiviti mengimbangkan badan.

Hubung kait motor-taktil Memanjat (jungle gym)

Merangkak menerusi terowong.

Rajah Gimnastik Pendidikan

Rajah Gimnastik Irama

Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang, Masa dan DayaDalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di mana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif adalah seperti dalam rajah berikut:

Rajah Objektif Pergerakan Kreatif

Manakala, untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, rajah berikut menunjukkan komponen-komponen asas pergerakan:

Rajah Komponen Asas Pergerakan(a) Imbangan badan Tenaga yang digunakan untuk bergerak. Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. Bahagian atas mencerminkan keringanan.

(b) Masa Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa. Pergerakan lambat banyak menggunakan masa. Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, Degupan (beat) atau denyutan (pulse).

(c) Ruang Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal space) atau lingkungan kendiri (general space). Aras: tinggi, sederhana dan rendah. Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.

(d) Aliran Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau terkawal.